Suara Anak Pahang - Perlu Baca

24 March, 2010

ANU-ARR - APA LAGI HARAPAN YANG TINGGAL?

Wajah seorang Penglipur Lara Kontemporari


Hari terus berlalu dan Anu-arr terus dihambat resah dan rasa bersalahnya. Apa lagi harapan yang tinggal buatnya? Segalanya telah tersingkap..segala 'kemaluan' telah terserlah dan tidak dapat disembunyikan lagi. Dua tapak tangan tidak mampu menutupi wajah malunya kerana jika tapat tangan menutupi wajah, 'kemaluan'nya tentu akan terpamir.

Sahabat saya (blogger) telah membuat analisa tentang apalagi yang dapat dilakukan oleh Anu-arr dihujung 'senja'nya. Berikut adalah analisa beliau;

Jika Anwar boleh memilih perjalanan masa depannya dalam jarak terdekat ini, apakah yang patut menjadi pilihannya? Mula kita perlu senaraikan beberapa faktor;

Jika Anwar dipenjarakan, buat kali ini tiada siapa pun akan merinduinya. Tidak akan wujud sebarang Blog atau Website seperti Free Anwar Campaign dulu. Sebab RPK pun sudah menjadi banduan dalam larian yang bakal dipenjarakan juga jika dia balik ke tanahair.

Kali ini tidak ada sesiapa pun akan percaya sebarang tuduhan bahawa Kerajaan berkonspirasi atau menzalimi Anwar. UMNO dan Kerajaan tidak masuk campur dalam kes Anwar liwat Saiful Bukhari. Isu ini melibatkan hanya Anwar dan Saiful sahaja. Anwar peliwat dan Si Saiful kena liwat.

Kemungkinannya juga paling besar penyokong Anwar yang hardcore pun sudah letih dan akan berkurangan. Kita boleh lihat bahawa kali ini tidak sampai 100 orang yang menghadiri bicara kes liwatnya. Dan yang hadir pun perlu dibayar upah dan dibawa khas menaiki bas.

Bila Anwar masuk penjara, rakyat Malaysia akan melupakan Anwar buat selamanya. Dan jika Anwar masih hidup lagi selepas melalui hukuman penjara dan juga masih sihat apabila dibebaskan kelak, tiada siapa pun akan mengenalinya lagi. Riwayat politik dan juga riwayat hidup Anwar akan habis dalam penjara buat selamanya.


Melihat kepada senario ini, cuba Anwar fikir baik-baik. Sembilan tahun atau 10 tahun dari sekarang dia akan keluar penjara tanpa kesihatan yang baik (mungkin dia akan diserang sakit belakang kronik), tanpa usia muda, tanpa tenaga dan kecergasan otak, tanpa kecergasan tenaga batin (tak boleh meliwat atau menikmati perhubungan seks – tambah lagi bukan saja bini dah tua tapi Syamsidar pun dah tua juga)

Pendek kata masa depan Anwar Ibrahim amat gelap, gelita, gundah dan gusar sekali.

Melihat kepada senario seperti ini, yang bukannya tanpa asas, lebih baik bagi Anwar Ibrahim melarikan diri ke Amerika, Australia atau United Kingdom di mana dia mempunyai ramai kawan, penyokong dan juga kebebasan untuk memenuhi kehendak hawa nafsunya.

Anwar masih bebas ke luar negara sebab Mahkamah tidak menahan paspotnya. Dan Anwar juga mudah mendapat sokongan suaka politik (political asylum) daripada jaringan Yahudi antarabangsa kenalannya seperti Paul Wolfowitz, Bill Cohen, Al Gore, Madeleine Albright, Michel Camdessus dan sebagainya.

---

Tapi bahaya besar bagi Anwar ialah apabila kes ini menghampiri ke penghujung perbicaraannya Pendakwaraya boleh memohon kepada Mahkamah untuk menahan paspot Anwar supaya dia tidak boleh melarikan diri ke luar negara. Jika Mahkamah membenarkan permohonan itu, peluang Anwar untuk hidup sebagai seorang manusia bebas dan seorang pejuang dan pemimpin dalam buangan akan terpenjara. Oleh itu mengikut lojiknya, lebih baik Anwar melarikan diri ke luar negara dengan secepat mungkin.

Anwar juga boleh menjadi ‘pemimpin dalam buangan’ seperti Ayatollah Khomeini tinggal di Perancis dalam buangan dulu. Anwar boleh membuat rakaman VCD, siaran YouTube, Facebook, Twitter dan sebagainya yang bakal disebarkan ke seluruh dunia terutama sekali di Malaysia. Anwar masih boleh beri nyawa kepada penyokong dan perjuangannya di Malaysia. Kemungkinanya PKR tidak akan terkubur dengan terlalu cepat jika Anwar hidup dalam buangan di Australia (atau negeri lain pun).

Rahim Ghouse masih lagi menyimpan beratus juta Ringgit duit Anwar di Australia. Oleh itu Anwar tidak perlu khuatiri makan, minum atau tempat tinggal. Anwar boleh hidup dalam keadaan mewah buat selamanya. Tambah lagi kerajaan Australia, Amerika, United Kingdom dan Turki semua akan sedia membantu kewangannya jika perlu.

Wan Azizah pula boleh mengiringi Anwar sebagai isteri. Tapi melihatkan bahawa Wan Azizah bukan tertuduh atau banduan, dia boleh keluar masuk dari Malaysia pada bila masa pun. Wan Azizah boleh menetap selama beberapa bulan di Australia bersama Anwar dan balik untuk bersama anak dan cucu untuk beberapa bulan lain. Dan apabila Wan Azizah tiada bersamanya di Australia, Anwar pun bebas untuk menceburi aktiviti-aktiviti yang amat digemarinya. Mungkin dengan sebahagian daripada 50 Ahli Parlimen gay di Australia yang telah menyokongnya.

Jadi inilah senario yang realistik bersama beberapa pilihan bagi Anwar pertimbangkannya. Tiada guna bagi sesiapa pun, bukan saja Anwar, untuk merengkuk dalam penjara. Dan jika sudah confirm bahawa Anwar akan merengkuk dalam penjara, tiada guna bagi Anwar membazirkan peluang baik untuk melarikan diri dan menyelamatkan dirinya.

(Klik ke sumber asal di blog The Unspinners)


23 March, 2010

SEBUAH BANGSA BERNAMA MELAYU

Kita masih menaruh harapan terhadap PERKASA


Apa sebenarnya yang sedang berlaku dan akan terjadi nanti, namun kesannya sangat besar terhadap sebuah bangsa bernama Melayu.

Yang jelas kelihatan sekarang ini adalah bangsa Melayu semakin berpecah-belah kerana sokongan taksub terhadap parti politik dan tidak dapat disatukan semula. Pemimpin-pemimpin Melayu pun tidak ada kesungguhan untuk menyatukan bangsa Melayu dan kesempatan ini diambil oleh bangsa asing untuk terus memecahbelahkan bangsa Melayu bagi menguasai politik negara serta merampas penguasaan terhadap ekonomi negara.

Memang Melayu bangsa yang malang. Jika pemimpin-pemimpin Melayu tidak dapat diharapkan lagi, jika penjawat awam Melayu juga tidak bertanggungjawab terhadap kepentingan bangsa juga, siapa lagi yang dapat kita harapkan untuk membela dan menguatkan bangsa.....sebuah bangsa bernama Melayu.

Mungkinkan bangsa Melayu akan terus layu dan hilang akhirnya ditanah air sendiri?


Majlis perasmian mesyuarat agung pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dijadualkan pada 27 Mac ini, tiba-tiba menjadi isu.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah yang pada mulanya bersetuju untuk merasmikan mesyuarat tersebut, telah membatalkan hasrat baginda. Menurut kenyataan Istana Selangor, pembatalan tersebut bagi mengelak kontroversi dan manipulasi pihak tertentu.

Perkembangan tersebut membuatkan Perkasa terutama Presidennya, Ibrahim Ali tersentak. Lebih menimbulkan rasa tidak senang Perkasa ialah laporan akhbar The Sun yang mendakwa Sultan Selangor telah menasihati Perkasa agar mengurangkan sikap ultra-Melayu.

(Sila klik untuk baca artikel penuh diblog Dari Kacamata Melayu)


22 March, 2010

YANG BODOH MEMANG PATUT KENA TIPU

Pok Anu-arr, jange la mu buak ambo lagu tu, ambo janji ambo ikuk kato mu


Mmm, lama tak update blog. Saya pergi bercuti; Cuti-Cuti Satu Malaysia sambil Jalan-Jalan Cari Makan. Berdua pulak tu, mmm. Kalau Cucu Mamak Kutty ada, boleh jadi bertiga.

Dah balik ni rasa malas nak tulis blog. Tapi kesian juga pada pencacai pengangkut najis yang menjaga blog saya ni, si Cucu Mamak Kutty yang nak sangat membaca di blog saya. Jadi selepas Jalan-Jalan Cari Makan eloklah saya teruskan dengan Duduk-Duduk Cari Gaduh, hehe!

Saya copy n paste dari blog adik saya ni, khusus utk bacaan Cucu Mamak Kutty. Bukan nak mengutuk dia, tapi nak memberikan kesedaran semuga dia akan insaf dan berubah serta melihat kebenaran yang hakiki.

Bacalah dan komenlah sepuas-puasnya. Memang orang lain aku tak beri masuk dan baca blog ni serta berikan komen, ini khusus utk awk saja. Kahkahkah!


Akhir zaman menyaksikan Tuk Guru parti politik dan pejuang reformasi serta ketua kafir harbi berganding bahu bersama-sama untuk membina EMPAYAR PAKATAN bagi memerintah sebuah negara bernama Malaysia.

Yang peliknya walaupun masing-masing mempunyai AGENDA yang berlainan 360 darjah antara satu sama lain, mereka berpakat untuk bergabung atas dasar DENDAM dan KEPENTINGAN puak masing-masing. Memang pelik perangai manusia akhir zaman ini.

Namun PAKATAN itu bukanlah PAKATAN SEJATI jauh sekali dari PAKATAN HATI cuma sekadar PAKATAN PARTI yang masing-masing mempunyai AGENDA sendiri. TIba masa yang sesuai mereka semua akan mula tunjuk TARING masing-masing. Nampaknya sekarang ini, ketua kafir HARBI dah mula tunjuk TARING kerana mengambil berkat dari tahun Harimau tahun ini.

Saya sendiri tidak pasti, mengapa tuk guru dan pejuang reformasi ini sanggup menjual bangsa dan agama untuk mengambil hati ketua kafir harbi?...Mungkinkah mereka sudah digula-gula dan dijadikan kuda tunggangan mereka?...Pada pendapat saya, ketua kafir harbi tidaklah salah dalam hal ini, kerana memang itu sudah kewajipan mereka sebagai ketua kafir harbi memusuhi dan cuba menjatuhkan musuh mereka.

Yang saya pelik, mengapa pula tuk guru dan pejuang reformasi langsung tidak mengerti dan membiarkan diri diperbodoh-bodohkan dan dipijak-pijak bangsa dan agamanya hanya untuk mengambil hati ketua kafir harbi? Apakah mereka sudah buta hati kerana gila kuasa, harta dan tahta?..

Mungkin pengikut-pengikut tuk guru parti politik dan pejuang reformasi boleh menjawabnya. Cuma saya pesan, tolong jangan contohi perkataan tuk guru parti politik yang tidak beradab itu untuk menjawab soalan saya.

Sekian.

P/S : Sebenarnya siapa yang sokong ketua kafir harbi, mereka adalah pengkhianat kepada agama dan bangsa, dan bersekongkol dengan agenda Yahudi untuk memusnahkan umat Islam.

18 March, 2010

MENCONTENG ARANG DI MUKAMU

Ini bukan menconteng arang, ini menghias diri oleh seorang pahlawan..




Menconteng arang di mukamu, setelah kau menconteng arang di buntut......(?)

Tiba-tiba wajah seseorang yang merasakan ianya hero dan ingin menjadi hero telah dipalit dengan lumpur atau mungkin juga diconteng dengan arang atau bahkan dilumuri najis oleh bekas anak buahnya sendiri.

Itulah apa yang terjadi kepada Anu-arr semasa perbahasan di dewan Parlimen semalam. Zahrain telah membuat kejutan dengan mendedahkan segala pembohongan Anu-arr selama ini dan berkenaan mimpi peralihan kuasa 16 September lalu.

Tidak tahan menanggung malu dan menanggung 'kemaluan' nya, maka beliau telah bertindak meninggalkan dewan walaupun ada terdengar suara-suara meminta beliau jangan keluar dan menjadi seorang yang lebih berani.

Namun itulah wajah sebenar seorang pemimpin yang penuh dengan pura-pura, penuh dengan tipudaya. Perjuangan sebenarnya bukanlah untuk rakyat, bukan juga untuk pengikut-pengikut yang rapat dengannya, melainkan hanyalah untuk dirinya sendiri semata-mata.

Kasihan dengan Kak Jijah yang akan berendam dengan airmata dan berendam dengan 'airkencing' Anu-arr. Hendak ditutup muka dengan tapak tangan kerana malu, malu pula 'kemaluan' akan kelihatan (sebagaimana beruk). Kesihan juga pada anak-anaknya. Tetapi, kita lebih kasihan kepada semua rakyat yang telah menelan kata-kata perjuangannya dan mengharapkan pembelaan yang dijanjikannya selama ini. Semuanya adalah DUSTA belaka.

Sahabat-sahabat saya blogger disebelah sana, kenapa memuncung kan bibir saja? Apakah menelan airliur serasa menelan lahar panas gunung berapi? Carilah kebenaran dan berubahlah jika kebenaran ada disini kerana kebenaran itu bukanlah milik orang tertentu sahaja.

Saya tak hendak berkata banyak-banyak berkenaan dengan 'kemaluan' ini. Cuma, jika ingin tahu lebih banyak sila baca link yang saya sertakan dibawah ini. Semuga kita akan mendapat manafaat dari segalanya. Wallahualam!





p.s.
Komen saya di blog Gomo:

bRAVEhEART said...

Salam,

Aku mendengarnya dan luka lama berdarah kembali...bukan kerana aku dilukai, tetapi kerana para sahabat aku juga dilukai.

Apakah orang politk menghargai kita seadanya? Tidak pernah sedikitpun aku merasakan demikian. Apakah mereka menganggap yang kita lakakukan ini adalah perjuangan? Tidak sekali-kali. Kepada orang politik, apa yang kita lakukan ini bukanlah perjuangan. Bahkan anggota tentera yang benar-benar berjuang pun mereka anggap bukan perjuangan sebenar - bagi mereka, hanya merekalah yang sebenar-benarnya berjuang menurut kacamata mereka.

Justru itu sahabat, menulislah hanya kerana ingin menyatakan kebenaran dan kerana ingin menulis. Dan hentamlah sesiapa saya yang dirasakan salah waima mereka dari kalangan kerajaan sendiri. Ini baru namanya perjuangan.

Ini baru dinamakan berani berjuang ~ bRAVEhEART

March 18, 2010 11:39 AM


17 March, 2010

PULAU PINANG; SINGAPURA KEDUA



Posting ini adalah ulangsiar, namun memandangkan keadaan semasa dan bagaimana DAP menunjukkan keras kepalanya serta melihatkan PKR dan PAS hanya mampu berdiam diri dan akur kepada kebodohan diri serta kegagalan terhadap perjuangan bangsa Melayu dan agama Islam, maka posting ini dirasakan masih relaven untuk disiarkan semula.






Orang-orang Melayu Penang (Pulau Pinang) dijangka akan berpindah ke Kedah serta menukar kerakyaatan berikutan kemerdekaan negara Penang dari Malaysia .


Penang mendapat status kemerdekaan dari Malaysia dan mendapat keanggotaan dari Majlis Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menjadikan keahlian Bangsa-bangsa Bersatu kepada 193 negara.

Satu pakatan pemerintahan dengan sistem perkongsian kuasa yang diura-urakan akan berlaku diantara parti pemerintah dengan sebuah parti yang berteraskan Islam telah gagal mencapai persefahaman bagi membentuk sebuah kerajaan campuran. Kegagalan itu membuatkan parti berkenaan terpinggir dari kuasa pemerintah dan juga menyaksikan bangsa melayu dipinggirkan.

MAKLUMAT NEGARA REPUBLIK PENENG:

Negara: Peneng ( sebutan pening )

Keluasan: 1030 KM persegi

Ibu Negara: Guaneng City

Tarikh Sertai PBB: 2015

Tarikh Merdeka: 2014 dari Malaysia

Ahli PBB ke: 193

Populasi Tahun 2008: 1.5 Juta

Cina: 43.2%

India: 9.9%

Melayu:40.1%

Lain-lain (Bumi):0.38%

(Bukan Bumi): 6.1%

Sistem Pemerintahan: Demokrasi Diktator (Satu Parti)

Parti Pemerintah: Parti 'Demokrasi Ala Peneng' (DaP)

Bahasa Pertuturan Resmi: Chinglish (Cina dan (Broken) English)

Tulisan Resmi: Cina dan Roman English

Agama Resmi: Tiada

Mata Wang: Pening Kupang. 1USD = 100PEK

Bendera Resmi: ?

Logo Resmi: ?

Sumber Ekonomi: Pelancongan, Pelacuran, Perjudian, Pengedaran Dadah

Info: Negara yang mengamalkan kebebasan bersuara sebenar - dimana rakyat bebas memuji dan menyatakan sokongan kepada kerajaan (tetapi tidak dibenarkan membangkang). Mengamalkan juga sek bebas dan membenarkan berkahwin sesama jenis bahkan turut membenarkan perkahwinan secara sah dengan binatang sebagai tanda sifat kebinatangan yang tebal dikalangan pemerintah.

(Untuk tidak mengecewakan seorang politikus penjual maruah bangsa dan negara, PM Peneng melantik beliau sebagai penasihat hal-ehwal tikam belakang yang beretaraf menteri).


Ini buka sesuatu yang mustahil berlaku jika kita masih leka dan tidak bersatu. Kita telah berputih mata apabila Singapore (Singapura @ Temasik) mendapatklan hak kemerdekaan daripada Malaysia. Kita melihat kehadapan tetapi dalam masa yang sama harus juga memandang bebelakang.

12 March, 2010

ULAMAK POLITIK MELATAH

Kata ulamak ni (agaknyalah):
Kito cari surgo kito di akhirat, surgo dunio bui ambo day anok menantu ambo jo lah, heheh



Salam kepada sahabat-sahabat yang menyayangi aku dan juga musuh-musuh yang membenci aku. Cucu Mamak Kutty dan para sahabatnya yang jiwanya memang telah hitam sejak azali lagi. Saya juga masih menganggap awak sebagai saudara dalam Islam walaupun awak mungkin menganggap saya sebagai musuh hanya kerana kita berlainan fahaman dalam politik.

Ramai orang politik, bila mereka ingin tegakkan apa yang mereka namakan kebenaran, mereka akan mecabar pihak yang satu lagi untuk berdebat, dan untuk nampak mereka lebih hero maka mereka akan minta debat itu dilakukan diharapan khalayak, secara langsung melalui radio dan tv. Dan kalau boleh mungkin waktu siarannya akan menggantikan siaran langsung bolasepak piala dunia peringkat separuh akhir (sekurang-kurangnya). Kerana apa? Kerana inginkan populariti. Perjuangan kah namanya itu? atau sekadar mencari nama dan kemasyhuran?

Kali ini, khas untuk Cucu Mamak Kutty dan sahabat-sahabatnya, saya 'copy n paste' satu posting dari adik saya, blogger muda dari Kuala Lipis, Pahang (tak jauh dari kampong saya tu) yang tulisannya menarik untuk diperbincangkan. Justru, marilah kita bersama memberikan komen dan anggaplah ini sebagai satu perbincangan bagi mengembangkan minda serta mencari kebenaran.

Bagaimanapun, adab dan sopan sangat perlu dijaga. Justru, kali ini sekiranya ada mana-mana pihak menggunakan bahasa kesat dan memberikan maksud yang tidak baik, maka saya tidak akan teragak-agak untuk 'delete' komen berkenaan. Betul, saya hargai kebebasan memberikan pendapat dan berbicara, tetapi kebebasan juga harus ada batasannya. Kadang-kadang ada pihak yang tidak menghargai kebebasan yang diberikan. Bak kata, beri betis hendakkan peha, beri peha...entah hendakkan apa pula....'

Berikut CnP sepenuhnya dari posting 'adik baru saya' PuteriNafisah dari blog 'Kembara Di Perjalanan Ini'


BILA ULAMAK POLITIK MELATAH

Hari ini seorang ulamak politik yang terkenal dikalangan pemujanya sebagai tuan guru mursyidul am melatah lagi. Kali ini, beliau mengajar pentaksubnya untuk melihat dan menganggap hanya beliau ulamak sejati, dan kekal sebagai pemberi syurga kepada pengikutnya. Selain dari beliau dan parti yang kononnya diiktiraf sebagai jalan ke syurga, yang lain selain dari itu, semuanya ahli-ahli neraka walaupun yang mengucap syahadah, berilmu agama dan tidak tinggal solat lima waktu.

Bagi beliau, hatta tidak mengucap syahadahpun tetapi menyokong beliau dan partinya, maka layaklah disyurgakan...malah ada di antara mereka layak juga digelar setaraf khalifah umar al aziz kerana berjuang dan bersekutu bersama beliau.


Inilah fitnah akhir zaman, yang dibawa oleh seorang ulamak politik.

Memecahbelahkan kasihsayang dan perpaduan umat Islam. Mengeliru dan memutarbelitkan fatwa, itulah pekerjaan mereka, walaupun secara peribadinya saya bersimpati tetapi perbuatan ulamak ini amatlah merbahaya dan tidak salah untuk kita membenci perbuatannya.

Hari ini beliau menuduh seorang ulamak lain yang kita kenal tidak berpihak pada mana-mana parti tetapi berani menegakkan kebenaran sebagai ulamak agen yang jahat. Biarlah Allah sahaja yang menjadi PENGADIL atas tuduhan jahat beliau itu. Mungkin selepas ini akan lebih banyak BALA dan PENDEDAHAN Allah ke atas kerja jahat ulamak politik itu selama ini.



- bRAVEhEART ~ huhu!

11 March, 2010

UMNO BUSUK HINGGA KE USUS?

Ilustrasi dari blog SenjaLiza



Kah kah kah! UMNO busuk hingga ke usus? PKR, Pas dan DAP macam mana? Kalaulah UMNO busuk hingga ke usus, tetapi di lubang juburnya tidak lah busuk sangat seperti PKR ini. Dah tau itu 'setor kunyit' kenapa dok belasah juga?

Kenapa tak belasah je ekzos kereta ke, ekzos motor ke? Kan? Tak lah busuk sangat. Yang membelasah tu satu hal, ni yang memujanya tu pun satu hal juga. Mereka tetap percaya bahawa pujaan mereka itu adalah maksum, insan yang mulia, insan pilihan Allah yang tiada cacat celanya.

Pengundi-pengundi PR di Selangor tentu menelan rasa kesal mereka kerana tersalah membuat pilihan...membuat pilihan yang salah.


Berikut adalah janji-janji Pakatan Rakyat Selangor semasa pilihanraya ke-12 dahulu:

1. Janji potongan cukai pintu sebanyak 20 peratus untuk premis kediaman dan 10 peratus untuk premis perniagaan.
2. Elaun tadika RM50 seorang setiap bulan
3. Elaun anak pusat asuhan kanak-kanak sebanyak RM75 seorang setiap bulan.
4. Elaun khas ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
5. Elaun khas ibu tunggal.
6. Bantuan kewangan untuk anak muda berkahwin.
7. Bantuan geran untuk perniagaan.
8. Sewa percuma sekurang-kurangnya tiga bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri.
9. Rawatan percuma untuk warga Selangor berusia 60 tahun ke atas.
10. Bantuan masuk universiti.

Namun apa yang kita disajikan adalah:

1. KY Jelly dan spender Levis percuma untuk Saiful Buhari.
2. Sesi bergambar percuma bersama EXCO Selangor Elizabeth Wong.
3. Duit zakat nak dibedal.
4. MB berhutang dan sehingga sekarang belum bayar lagi.
5. Arak bukan beer – bak kata Ronnie Liu.
6. Premis urut semakin bertambah.
7. Seks satu sedekah dan bukan rasuah.
8. Projek babi mega dan kuil besar.
9. ADUN boleh langgar orang sebab tidak mampu upah driver
10. Kek RM 5 ribu percuma untuk orang yang boleh jamin syurga.

Sumber / posting asal: (Klik sini)

10 March, 2010

TERBAKAR KAMPONG NAMPAK ASAPNYA..

Hiasan: Hasil seni lukisan bertajuk - Burning Village



Sahabat saya TaipingMali meminta saya 'support' serta 'copy and paste' posting terbaru beliau mengenai ADUN-ADUN PR yang 'kunun'nya akan mem'boikot' sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada 30 hb Mac nanti.

YB Nizar, MB 'Gila Meroyan' Negeri Perak dikatakan bersama-sama ADUN Pembangkang tidak akan menghadiri sidang dewan berkenaan. Kononnya! Tetapi dalam hati mereka masih bermimpi akan membuat lawak sarkas dan lawak ganas dalam dewan seperti sebelum ini. Begitulah apabila beruk mendapat bunga.

Saya lebih tertarik dengan makluman ini, yang tertera di sebelah kanan atas blog Taipingmali yang berbunyi begini:

TT UNTUK BLOGGERS PRO BN PERAK

Program Teh Tarik ini khusus untuk bloggers Perak sahaja.

Sesiapa yang berminat untuk turut serta boleh memberi nama dan no telefon ke email berikut taipingmali@gmail.com.

Tarikh dan lokasi dan akan dimaklumkan melalui telefon anda. Lokasi TT ialah di bandar Ipoh.

Hanya penulis blog pro BN/Umno sahaja boleh hadir.

Jika ada pemuda Umno atau lain-lain yang berjawatan dalam parti atau tidak dibenarkan menyertai TT ini.

Mohon banyak-banyak maaf.

Seperkara lagi ialah blogger tersebut mestilah menetap dalam negeri Perak.


Begitulah usaha para blogger dan sokongan yang kerajaan negeri berikan di negeri-negeri yang UMNO/BN kalah. Pemimpin UMNO mula buka mata, buka fikiran dan melihat sekelilingnya dan realiti. Di negeri-negeri seperti Pahang yang kemenangan kepada UMNO adalah 100% walaupun sampai kiamat, sudah tentunya kerajaan tidak perlu lakukan apa-apa. Usah bimbang, UMNO pasti akan menang. Kalau kalah pun, yang kalah UMNO bukan pemimpin-pemimpinnya. Kantong para pemimpin sudah penuh, apa mesti peduli?

Sebagai blogger, kami juga ada perasaan. Terkini, Kumbang di blog Analisa Kumbang menyatakan tidak puashatinya secara tidak langsung. Kita harus selama apa dalam hatinya. Apa kekecewaannya. (Klik sini) Saya pernah merasai perasaan yang hampir serupa namun atas sokongan kawan-kawan saya teruskan menulis, dan menjadi diri saya sendiri. Saya tidak memihak mana-mana. Ini adalah suara hati saya sendiri. Baik UMNO kita puji, buruk UMNO kita keji. Begitu juga buruk PKR dan Pas kita keji, baik...?(?) Ishh! ada ke kebaikan yang dilakukannya?

Dulu pernahn Blogger di jemput pada program pelancaran blog TMY. Ejen TMY janjikan untuk blogger yang hadir dengan broadband. Namun sehingga sekarang masih belum menerimanya. Mungkin kilang broadband tu dah tutup dan tak sempat nak buatkan untuk kami. Tapi kami menelan janji-janji palsu. Kami menulis bukan kerana nak kan broadband tu, selama ini tanpa apa-apa pun kami terus menulis. Kami cuma merasa seronok bila dihadiahkan broadband sebagai pengikhtirafan pada usaha kami. Ini ke tanya Gomo, siapa yang janji dan kenapa janji tak dapat ditunaikan? Mana mulut yang menyemai janji tu?

Teringat pada Karam Singh Walia: Terbakar kampong nampak asapnya, terbakar dihati siapa yang tau? Nampaknya Karam Sing lebih cerdik dan perihatin dari kebanyakan ahli politik kita.

09 March, 2010

Hari Onggg! Onggg!

Mari nyanyikan lagu katak, biar hujan akan turun basahi bumi ini



Semalam saya meredah di chatroll AIDC. Budak-budak disana semuanya resah sebab kepanasan yang teramat sangat. Adalah cakap-cakap pasal lapisan ozon yang semakin menipis. Ada yang kaitkan dengan limau nipis dan sebagainya. Bahkan ada yang nakal cakap pasal lapisan lain yang juga nipis, hehe.

Di Seremban, Yong dan kaum kerabatnya kata panas dan ada tempat-tempat yang bekalan airnya sudah terganggu. Hah! Kerejalah KJ! Adalah yang dah lama tak mandi agaknya tu. Serikandi kata di Damansara ada hujan. Maka adalah yang minta dihantarkan sedikit hujan atau awan hujan ketempat mereka supaya mereka juga dapat merasai hujan. Mmmm!

Apapun, hujan atau panas adalah urusan Allah. Kita bersyukurlah pada apa yang diberikan. Begitupun kita harus berusaha supaya kita akan sentiasa sihat dan bahagia. MB Pahang kata, kurangkan aktiviti-aktiviti luar di sekolah-sekolah. Ini bolehlah dipertimbangkan. Selain itu, banyakkanlah meminum air (air mineral, drinking water atau air masak) Yang budak-budak dalam AIDC tu cakap pasal cendol pulut ke air ABC tu ke, tak usahlah kerana itu akan lebih mendatangkan mudarat.

Makhluk lain pun risau dengan kepanasan ini. Katak-katak kedengaran berbunyi disana sini memanggil hujan. Kerana itulah banyak kita melihat dan ketahui katak-katak melompat kesana kesini.

Orang politik pun macam katak juga. Lompat sana lompat sini. Terbaru dan masih hangat dipasaran adalah mengenai YB Muhammad fairuz, mantan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang yang telah melompat keluar dari PKR dan melompat masuk ke UMNO. Maka suasana politik negarapun kembali panas.

Yang ahli partinya melompat keluar pun menggelarkan ahli itu tidak berguna dan tidak setia. Yang melompat keluar itu juga akan berkata kerana prinsip dan sebagainya dan parti yang akan menerima seseorang yang akan melompat masuk itu juga akan berkata bersedia menerima mereka yang telah sedar akan halatuju dan arah perjuangan sebenar.

Memang ini musim katak riuh. Mungkin juga musim katak mengawan. Tidak mengapalah kerana itu fitrah. Tapi bagaimanapun pastikanlah bahawa mengawanpun mesti mengikut fitrahnya, jangan main rodok saja. Pastikan juga masuk melalui pintu depan kerana pintu belakang itu adalah pintu 'kecemasaan'.

Pastikan juga segala perbuatan dengan cara yang halal. Masyarakat sudah tidak sanggup melihat anak-anak yang tidak berdosa dibuang disana-sini seperti membuang lampin pakai buang. Hidup juga harus beradab dan bersopan.

Arif Omar kata , Pas parti tak tau malu..(baca sini) ....kalaulah Pas ada "kemaluan'...(?) Pas masih mengigau dan mimpi dengan kenangan menteri besar Perak, Pas memimpin tetapi DAP yang berkuasa. Hehehe.

Apapun sudah ada bayangan bahawa Melayu akan bersatu. Perkasa telah mengorak langkah kehadapan. Kerana itu bangsa lain mula merasa bimbang dan berhasrat untuk mengagalkannya. Baca apakata Aspirasi Bangsa (sini) bagaimana suratkhabar Cina sudah mulakan perang saraf mereka, memperkecil dan menghina usaha ini.

Soalnya, kesedaran mesti ada dan Melayu mesti bersatu. Sudah sampai masa kita menyedari bahawa selama ini kita telah dipecah dan diperintah dan ekonomi yang menguasai politik. Kita harus kembali merebut segala yang hak bagi kita. Itu perjuangan sebenar untuk anak cucu kita nanti.

Ooo. Beberapa hari ini tidak kelihatan cucu mamak kutty. Mungkin dia sedang mengenggam telornya atau dia sudah bersiap sedia untuk melompat keluar dan masuk. Baguslah kalau dia sudah insaf, sudah sedar diri dan menyedari bahawa seburuk-buruk UMNO ini, namun UMNO masih kekal releven untuk perjuangkan bangsa Melayu berbanding parti-parti lain. Memang makhluk seperti cucu mamak kutty yang bebal ini susah nak diinsafkan, tetapi Allah akan membukakan hatinya.

UMNO itu Melayu dan Melayu itu Islam. Pas itu Islam(?) Mat Sabu..kah kah kah, Nik Aziz wali selipar dan menantunya..kah kah kah. Cucu mamak kutty? ...KAH KAH KAH, KAH KAH KAH!
Bacalah sini, catatan Husin.



08 March, 2010

UMNO PAHANG TIDAK LAGI PERJUANGKAN MELAYU

Sebahagian peserta Konvensyen UMNO Pahang pada majlis perasmian




UMNO Pahang telah mengadakan Konvensyen selama 3 hari bermula pada 19hb. Feb 2010 lalu jam 3.petang dengan di resmikan oleh PM Malaysia DS Najib di Kompleks UITM Bandar Jengka, Pahang.

Manakala perasmian penutupnya pada 21hb Feb 2010 telah dilakukan oleh TPM Malaysia TS Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun belumpun Konvensyen berakhir, ada pihak yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perjalanan Konvensyen berkenaan.

1. Dalam konvensyen berkenaan, agenda Melayu tidak ditekankan langsung sedangkan Umno ditubuhkan untuk membela Melayu, jikapun ingin bangunkan agenda satu Malaysia, ianya boleh dibincangkan dan majukan dalam konvensyen BN. Kalaulah Umno sendiri tidak perjuangkan Melayu, siapa lagi? Dan apa perlunya orang melayu menyertai Umno lagi?

2. Dalam konvensyen, Mubarak dilihat menguasi dan memandu dalam perbincangan kertas kerja yang akhirnya suara sebenar dari akar umbi disekat atau ditapis dan tidak sampai keatas sebagaimana yang dikehendaki oleh Presiden parti. Tidak lagi ada ketelusan.

3. Pasdec, dalam projek perumahan/rumah kedai yang dibina sama ada oleh Pasdec atau diatas tapak tanah milik Pasdec dijual dengan harga tinggi yang tidak mampu milik oleh kebanyakan orang Melayu. Kerana itu kebanyakannya terjual kepada kaum Cina dan akhirnya orang Melayu terpinggir. Pasdec sepatutnya sediakan kuota bagi premis perniagaan untuk bangsa Melayu, jika tidak ini akan menyebabkan dimonopoli oleh bukan Melayu.

4. Dalam kes tertentu ada Majlis Perbandaran merobohkan gerai perniagaan yang diusahakan oleh orang Melayu. Apakat sudah tidak ada pertimbangan dan tolakansur bagi orang Melayu yang sedang bertatih untuk berniaga? Orang Melayu sudah tidak ada lagi keistimewa di negara sendiri.

5. Umno perlu mengawasi penjawat awam yang merupakan duri dalam daging yang sentiasa menikam Umno dari belakang. Ahli Umno tidak lagi dapat berbangga terutama bila berurusan dengan pejabat kerajaan, jika kita ahli Umno, permohonan kita akan diabaikan kerana penjawat awam adalah dari kalangan pembangkang yang hanya akan memberikan kesempatan dan membantu sesama mereka saja. Ini juga terjadi kepada tender pembekalan makanan dengan kementerian pendidikan. Kegagalan pemimpin Umno memantau kakitangan awam yang pro pembangkang membuatkan ahli Umno kecewa. TS Muhyiddin kena buka mata dan bersedia kerana ahli Umno ingin membalas dan meghukumnya kerana janji yang tidak ditepati.

6. Dalam masa sama Wanita UMNO juga mengadakan konvensyennya pada 20hb februari 2010 dari 9.30 pagi hingga 4.30 ptg. Sesi itu dan sesi ini, ucap itu dan ucap ini, forum ‘Wanita UMNO nadi Transformasi & Inovasi Negara’ dari 10.00 pg hingga 1.00 tgh hari. Sungguh cekap wanita UMNO, hanya dalam 3 jam segalanya boleh diselesaikan, agenda transformasi. Apakah segalanya telah tersedia dan wanita hanya hadir untuk menganggukkan kepala. Namun agenda tersembunyinya, terutama Negeri Sembilan dan Pahang - TS Muhyiddin harus disedarkan, jangan sampai tertikam belakang.

(klik baca lanjut)


Kepada UMNO negeri-negeri yang belum lagi mengadakan Konvensyennya, tegakkanlah dan perjuangkanlah agenda bangsa Melayu kita bagimemperjuangkan Agama, bangsa dan negara. Jika UMNO sudah lari dari landasannya, apalagi yang orang Melayu harapkan dari UMNO?UMNO tidak perlu takut pada tuduhan parti dan bangsa lain bahawa UMNO ini parti rasis kerana bangsa lain pun dalam masa sama melakukan perkara saya - memperjuangkan bangsa mereka, malah mereka lebih komited dengan 'ultra kiasu'nya.


Janganlah kekecewaan UMNO Pahang akan dibawa kepada keseluruhan UMNO dan menjadikan UMNO tidak lagi perjuangkan orang Melayu. Jangan nanti hanya UMNO yang perjuangkan nasib pelbagai kaum dengan mengenepikan bangsa Melayu sedangkan bangsa lein memperjuangkan nasib mereka saja dengan mengenepikan nasib bangsa Melayu. Siapakah nanti yang akan rugi?


Bertolak ansurpun mesti ada batasnya ~ bRAVEhEART



07 March, 2010

MADAH PUTERI NAFISAH





Khas untuk cucu mamak kutty (Melayu ke bangsa apa ntah ni, atau memang dari bangsa yang tak berbangsa) serta kaum kerabat yang sepertinya:

Dalam mencari bahan-bahan untuk menulis dan membuatkan cucu mamak kutty serta kaum kerabatnya menyukai saya, saya menemukan kata-kata ini dari sebuah blog 'adik' saya dan saya rasakan patut saya lakukan 'copy and paste' supaya dapat dibaca oleh cucu mamak kutty serta kaum kerabatnya.

Semuga Allah membukakan pintu hati mereka dan mengetuk minda mereka yang bebal untuk menerima dan memahami bahawa Islam adalah Agama dan Pas adalah parti politik (yang hanya menggunakan agama sebagai sandarannya)





1 . Menasihati orang yang bersalah, tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang.

2. Kalau kita jemu makan makanan yang selalu dimakan, tidak mengapa.
Tapi jangan jemu membuat kebaikan kerana selalu melakukannya.

3. Pemurah biarlah bertempat. Bakhil begitu juga.
Barulah dikatakan pandai berbelanja.

4. Membuang sifat marah tidak mungkin karena merupakan fitrah awal kejadian manusia.
Yang salah meliarkan sifat marah. ALLAH berfirman maksudnya:
Orang Mukmin itu membenamkan sifat marah.

5. Seseorang itu diikuti karena beberapa faktor:

i. Kerana kebenarannya.
ii. Kerana kuasanya.
iii. Kerana ada sesuatu padanya yang diharapkan.
iv. Kerana fanatik orang dengannya.
v. Kerana kejahilan orang yang mengikutnya.
vi. Kerana orang terhutang budi kepadanya.

6. Orang yang selalu memikirkan kesalahan orang,
orang yang hasad dengki dengan orang,
orang yang meletakkan dunia dalam hati dan orang yang berdendam,
tidak pernah tenang jiwanya.

7. Pemurah banyak caranya.
Pemurah dengan harta.
Pemurah dengan ilmu.
Pemurah dengan tenaga.
Pemurah dengan kuasa.
Pemurah dengan nasehat.
Pemurah dengan senyum.

8. Kesalahan itu satu dosa.
Bertambah dosa bila tidak mahu mengakui kesalahan,
akan bertambah besar dosa itu bila tidak mahu bertaubat dengan dosa.

9. Susah hati dengan sebab dunia, akan menghitamkan hati.
Susah hati dengan dosa, akan memancarkan cahaya.

10. Susah hati dengan dosa akan membawa keselamatan.
Susah hati dengan sebab dunia akan merosakkan.

11. Orang yang mengaku buat baik,
janganlah diharapkan kebaikan daripadanya.

12. Orang yang ingin hidup kerana hidup,
tidak sama dengan orang yang mahu mati kerana hidup.
Lebih-lebih lagi tidak sama orang yang mahu hidup untuk mati.

13. Tenanglah di dalam segala hal
walaupun kerana mahu menunaikan kebaikan seperti sembahyang.
Kerana tenang itu adalah sifat Mukmin.

14. Mengumpulkan manusia tidak sama dengan mempersatukan manusia.
Kerana mengumpulkan manusia itu menyatukan fizikalnya
tapi menyatukan manusia ialah menyatukan hatinya.

15. Bersatu fikiran, fizikal dan hati tidak sama.
Bersatu fikiran tidak mesti bekerjasama. Bersatu fizikal tidak mesti satu arah.
Tapi bersatu hati itu akan sehidup semati.

16. Akal terang dengan ilmu.
Hati terang dengan zikir serta mujahadah untuk membuang mazmumah.


06 March, 2010

PENGIKUT PAS JUMUD DAN DIPERBODOHKAN

Balakrisnan, bakal Pesuruhjaya Pas Pahang
insan yang melihat Rasulullah (?) dalam mimpi todinya



Alangkah malangnya nasib banga Melayu kita dibawah Pas. Pas mendidik mereka manjadi jumud. Bangsa Melayu diperbodohkan dengan nama Islam. Sehingga kaum kafir harbi yang mempersendakan Islam pun turut mereka sanjung tinggi.

Didalam pas, yang bodoh akan diperbodohkan sebodoh-bodohnya dan dihina sehina-hinanya. Dan memanglah para pengikut Pas memandang tinggi tok guru- tok guru mereka itu. Apa saja kata tok guru mereka anggap sebagai wahyu.

Lebih malang adalah apabila mereka juga percaya pada tipu saya keling paria yang mendakwa menemui Rasulullah dalam mimpinya. Tinggi sungguh darjatnya, bahkan Nik Aziz pun belum bermimpi bertemu Nabi. Kalau ada mimpi pun mungkin hanya menemui Si Eli Bukit Lanjan, hehe. Mmmm! Memang seksi!

Pada saya, andai benar Balakrisnan bermimpi bertemu Rasulullah, sudah tentu telah terbuka pintu hatinya untuk memeluk Islam. Mungkin juga hatinya sudah terbuka, cuma menunggu masa saja, menunggu masa untuk mengambil alih tempat Tuan Ibrahim Tuan Mas sebagai Pesuruhjaya Pas Pahang.

Saya percaya Balakrisnan lebih layak menjadi Pesuruhjaya Pas memandangkan darjatnya lebih tinggi berbanding Tuan Ibrahim Tuan Man. Bukan sebarang manusia dapat melihat wajah Rasulullah walaupun dalam mimpi. Justru kita minta Pesuruhjaya Pas Pahang melepaskan jawatan itu dengan hormat untuk diisi oleh insan yang lebih mulia disisi Allah. Takebeer!

Beginilah jika kebohongan juga sudah dipercayai sebagai kenenaran. Malanglah umat Islam dan Melayu dinegara kita ini.

Baca sini dan sini.


05 March, 2010

DEMO PAS BILA KERAJAAN ENGGAN GUGUR KES LIWAT ANU-ARR

Beginilah agakkah agaknya pemimpin Pas bersama muslimah nya mengadakan demonstrasi
bila kerajaan enggan mengugurkan kes liwat Anu-arr



Posting saya hari ini tak ada kena-mengena dengan gambar yang saya siarkan. Cuma saya nak buatkan andaian semata-mata.

Jika dulu, Pas sanggup berbaring ditengah jalan demi menghalang Sultan Perak ketika pertabalan MB Besar perak, apakah mereka akan sanggup berbuat seperti gambar diatas ini kerana membantah kerajaan tidak mengugurkan kes liwat DS Anwar Ibrahim?

Apakah Nik Aziz dan kaum muslimah Pas akan berdemo sebegini nanti? Kah kah kah! Memang benar kata Husin Lempoyang; jual orang lebih baik dari jual onta (unta)

04 March, 2010

PAS EKSTREM DAN KEARAH MILITAN

Panglima Perang Siber Pas,
yang ternyata biadap dan tidak beradap, yang Pas ciptakan dan pertahankan.



Sedar atau tidak, namun dari sehari ke sehari kita melihat apa yang telah Pas tanam dan apa yang akan kita tuai hasilnya.

Dari dulu lagi saya sering percaya bahawa Pas adalah sebuat parti ekstrem. Sebuah parti yang akan menjurus ke arah gerakan militan. Kita melihat DAP sebagai sebuah parti sosialis namun mereka bukan militan, tetapi Pas berbaza benar. Di Malaysia hanya Pas saja parti yang menuju ke arah kekerasan.

Adakah ahli mana-mana parti lain yang sanggup berbaring ditengah jalan raya dihadapan sultan, raja yang memerintah sebuah negara. Mana rasa hormat mereka kepada raja-raja Melayu? Atau mereka hanya menganggap mereka Islam tetapi bukan dari bangsa Melayu bani Jawi?

Pas telah meracuni fikiran pelajar-pelajar kita dengan nama perjuangan Islam, namun yang diajar adalah bersikap kurang ajar. Yang tanamkan dalam jiwa anak-anak muda adalah membenci Umno dan kerajaan tetapi dalam masa sama mereka lah yang kebulurukan segala peruntukan dan sumbangan dari kerajaan. Mereka ini lebih hina dari anjing yang diberi makan namun mengigit tangan tuannya.

Di kampong-kampong mereka ke masjid dan surau-surau kerajaan. Mereka berceramah dengan apa yang kerajaan bina tetapi mencerca dan menghina kerajaan. Malahan mereka ini adalah dari bekas kakitangan penjawat awam yang digajikan oleh kerajaan. Yang semasa kerja tidak melakukan apa-apa kerja selain dari mengutuk dan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.

Mereka yang anak-anaknya belajar dengan biasiswa kerajaan, mendapat segala macam bantuan-bantuan dan subsidi dari kerajaan. Memang mereka ini dari jenis yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih. Memang mereka dari golongan yang tidak mengenang budi.

Bolehlah Pas berbangga dengan apa yang telah mereka hasilkan itu. Pas telah menghasilkan kerosakan dimuka bumi ini. Pas membentuk sikap kurang ajar kepada pemerintah dan telah meninggalkan nilai-nilai murni dan adab sopan bangsa Melayu. Pemimpin Pas harus bertanggungjawab pada segala macam kerosakkan yang mereka telah ciptakan ini.

Baca sini, sini dan juga sini. Segalanya ada kaitan dengan isu yang kita bincangkan.




03 March, 2010

PR: KITA DENGAR DAN LIHAT




Hari ini saya malas nak menulis apa pun. Marilah kita dengar dan lihat apakah pelajaran yang kita dapat dari tokoh-tokoh ini. Ini kah kebaikan yang diajarkan kepada umat manusia? Seburuk-buruk pemimpin Umno, mereka tidak sanggup melakukan ini kepada bangsanya sendiri. Tetapi lihatlah apa yang Pas ucapkan dan lakukan.

Semuga kita insaf dan melihat kebenaran. Islam sebenar tidak mengajar kita menjadi sedemikian buruk manusia.

02 March, 2010

ANTARA BATU-BATU DAN MUTIARA

Pencipta mimpi




Perkembangan politik negara kebelakangan ini sangat menarik dan penuh warna-warni. Ada yang dari sini lompat kesana begitu juga dari sana lompat kesini. Semuanya atas kepentingan peribadi masing-masing. Kita cuma berharap agar pemimpin-pemimpin Umno dan kita sendiri tidak terlalu ghairah dengan perkembangan ini. Kita bimbang bahawa yang kita kutip dan pungut itu nanti hanyalah batu-batu sahaja sedangkan kita terlepas pandang pada mutiara sebenarnya.

Kita bimbang kera di hutan disusukan dan anak sendiri di rumah mati kelaparan. Kita bimbang jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak kalah sabung, ayam menang kampong tergadai. Kita bimbang bahawa ini hanya mainan untuk melekakan kita. Untuk membuat kita merasa kita makin kuat tetapi sebenarnya kita masih seperti dulu juga.

Sayugia seperkara harus diingat, bahawa kelemahan pembangkang bukanlah bererti kekuatan kepada kita. Mungkin saja pembangkan bertambah lemah tetapi kita masih tidak juga bertambah kuat dari dahulu. Justru, janganlah ada antara kita yang menjadi seperti Pak Kaduk, melihat ayam menang dan kita melompat terkinja-kinja sehingga koyak baju dan seluar kertas kita. Akan beroleh malulah kita nanti apabila 'kemaluan' kita terserlah kepada khalayak ramai.

Saya ingin ulang sekali lagi bahawa; 'kelemahan lawan bukan bermakna kekuatan kita'







01 March, 2010

Jaga, Anu-arr kat belakang tu..



Teringat cerita masa budak-budak kat kampong dulu, balik mengaji jalan ramai-ramai. Yang last sekali tentu kena sakat....'Hantu belakang kau tu, lari....!!"

Sekarang kampong pun dah terang benderang, tak lagi gelap gelita macam dulu. Ini semua hasil usaha kerajaan Umno BN. Jadi budak-budak masa ni tak lagi takut kalau disakat hantu. Jika ada lagi yang berjalan ramai-ramai macam tu, tak usahlah nak sakat sebut pasal hantu sebab mereka tak akan lari. Tapi apa kata kalau cuba sebut macam ni: ' Jaga, kat belakang tu ada Anu-arr..!"

Kah kah kah! Tentu Cucu Mamak Kutty rasa marah dan sakit hati, hehe. Tapi aku tau dalam masa sama dia pun tergelak juga, kah kah kah! Dia tulah yang selama ini menconteng arang kemuka Tun Mahathir...kerana ingin duduk di kerusi PM habis dijaja kesana-sini kununnya buruk Mahathir.

Tapi kita tak akan lupa bahawa dia bukan saja menconteng arang kemuka, bahkan menconteng arang ke buntut juga, hehe! Chairil Anwar akan sentiasa diingat dengan cetusan revolusinya dan sajaknya..'aku ini binatang jalang..' Anu-ar ini akan tetap diingati kerana mencuba mencetus reformasi dan akan tetap diingat sebagai..'jantan jalang' dan 'penikam belakang'

Cucu Mamak Kutty, tentu kau rasa sakit hati...tapi bersabarlah, lama-lama nanti kau akan melihat kebenaran ~ bRAVEhEART




PERANG MEDIA SOSIAL DAN RUNTUH MORAL

Edisi Sisipan 2.25Ptg: SIAPA DI BELAKANG? Oleh bh,
(min.sHOGUn. baru habis kursus UMB di Janda Baik dan kepenatan, kah kah kah!)

UMB Pahang tidak akan dapat berperanan baik jika masih diketuai oleh orang yang salah


Pada demonstrasi membantah campurtangan Ahli Parlimen Australia dalam institusi kehakiman negara beberapa hari lalu, KJ ditempelak kerana merampas acara yang disusun awal oleh beberapa Ngo. Perbuatan ini dianggap biadap serta tidak menghormati orang lain. Dilaporkan bahawa beberapa Ngo telah merancang demonstrasi tersebut pada jam 10 pagi dan KJ pada saat akhir telah merancang perkara sama namun mengadakannya lebih awal pada jam 9 pagi.


Yang menjadi pertikaiannya adalah, KJ telah merampas acara diatas usaha orang lain yang mengumpulkan khalayak dalam jumlah yang ramai dan KJ kemudiannya datang serta menggunakan khalayak yang sama untuk mendapat publisitinya. Dia datang seakan seorang jeneral yang tidak diundang kemudiannya memimpin perjuangan untuk mengibar panji-panji kejayaan. Banyak pihak memendam rasa kesal terhadap kejadian tersebut dan melihat perbuatan itu sebagai tidak bermoral, namun itulah politik.


Parpukari dan Sam Marahku meluahkan rasa marah mereka, dan saya bersetuju dengan mereka. Memang dari segi politiknya KJ berjaya namun dari segi moralnya, KJ memang tidak ada moralnya.


---------------------------


Kumpulan Blogger Pembela Negara (BPN) dibentuk secara sukarela atas kesedaran individu untuk membantu kerajaan setelah menerima tamparan hebat akibat kegagalan mendapat undi majoroti 2/3 yang disebabkan antaranya oleh peranan blogger pro pembangkang. Perjuangan itu dilakukan secara ikhlas dan dengan penuh tanggungjawab


Namun setelah menyedari kepentingan dan peranan media sosial penting dan dapat membantu meningkatkan simpati dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan, maka Pemuda UMNO dibawah pimpinan KJ telah menbentuk Unit Media Baru (UMB) yang melakukan peranan yang sama namun lebih menyeluruh. KJ yang satu ketika pernah mencaci blogger akhirnya menyedari kesilapannya memandang rendah terhadap peranan blog sebagai alat yang berkesan dalam media sosial.


Dengan dana yang ada maka UMB dapat meningkatkan usaha ini secara serata diseluruh negara. Namun yang dikesalkan adalah kenapa BPN dibiarkan begitu saja umpama melukut ditepi gantang. Bahkan dalam diam beberapa blogger yang dulunya ahli BPN diserapkan kedalam UMB. Kenapa ahlinya yang berpengalaman diambil tetapi badan itu sendiri dibiarkan dan tidak dipedulikan? Bagaikan lebah sesarang, madunya diambil namun sarang dan lebahnya dibakar dan terbang terbuang.


Bandingkan dengan senario diatas, ada persamaannya? Dalam hal ini, BPN telah dijadikan mangsanya dan UMB mendapat labanya. UMB seharusnya lebih jujur dalam usaha memajukan media sosial pro UMNO/Kerajaan. Janganlah bersikap membunuh rakan seperjuangan kerana ingin merampas penghormatan. Saya masih ingat, selapas PRU12 dan dalam membantu Perak, BPN lah yang kehadapan berjuang sedangkan UMB belum atau masih dalam proses kelahiran. Kita harap UMB mengambil langkah positif dan tidak melukakan hati rakan seperjuangan. BPN juga harus distrukturkan semula dan merangka halatunjunya dengan lebih jelas, atau bubarkan dan menyerap kedalam UMB.


Parpukari dan Sam @ Marahku mungkin setuju dengan saya bahawa UMB juga tidak bermoral bila menyingkirkan BPN tetapi memancing ahlinya bagi membantu mereka.


Perjuangan dan kejayaan haruslah juga dengan bermaruah dan pemimpin media baru di negeri-negeri pun (termasuk di negeri aku) perlu bermaruah ~ bRAVEhEART

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...