Suara Anak Pahang - Perlu Baca

31 July, 2010

ASIAN BLOGGERS & SOCIAL MEDIA CONFERENCE

Bangga rasanya apabila dijemput menyertai ‘Asian Bloggers & Social Media Conference 2010’ pada 28 dan 29hb di Berjaya Time Square Hotel, KL.

Kira-kira 400 peserta dianggarkan hadir dimana ucaptamanya telah dilakukan oleh Ybhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bukanlah terlalu besar harapan kami selaku blogger pro/mesra kerajaan, hanya sekadar dihormati seadanya dan dihargai apa yang kami lakukan bagi membantu dan menyokong kerajaan selama ini.

Namun dikebanyakan negeri (termasuk Pahang), kerajaan masih tidak menghargai langsung peranan yang dimainkan oleh para blogger selaku penggerak dan pengamal media sosial.

Bukan saja para blogger tidak dihargai, bahkan kami juga dikhianti apabila ada pihak hanya mengambil kesempatan diatas hasil usaha kami namun membiarkan kami begitu saja dengan janji-janji palsu mereka.

Di Pulau Pinang, blogger penyokong kerajaan dianugerahi dengan pingat PJK manakala kerajaan Selangor mengumumkan akan memperuntukan sejumlah RM15 juta kepada penggerak media sosialnya bagi menentang kerajaan BN.

Apa pula yang kerajaan BN berikan kepada blogger pro kerajaannya? Tahi hidung masin?

-------------------------------------

Dalam ucaptamanya, Tun antara lain menyatakan;

Setiap penulis melalui media alternatif iaitu blog di negara ini perlu mempunyai kod etika bagi memastikan hasil tulisan mereka adalah berasaskan pada fakta dan kebenaran. Kod etika itu juga merupakan peraturan asas untuk mendisiplin diri setiap penulis blog.

Blog adalah merupakan antara medium terbaik untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat. Penulis blog berkuasa menyampaikan pelbagai maklumat seterusnya mempengaruhi pemikiran rakyat melalui maklumat yang disampaikan.

Sekiranya peranan baik berjaya dimainkan, saya percaya blog yang kita miliki bukan sahaja akan popular malah menjadi rujukan seluruh pembaca media alternatif itu di serata dunia," katanya.
Dr. Mahathir berkata, tiada kebebasan media di negara ini kerana kebanyakannya sama ada dimiliki oleh kerajaan atau pembangkang dikawal oleh pihak tertentu.

29 July, 2010

BANGSA MELAYU DI PRU13




Sahabat saya blogger dari Bentong terkejut dan meulis tentang 'Tiba-tiba Pas Jadi Melayu'. Seorang lagi sahabat berasal dari N9 dan lama di Pahang menulis 'PRU13 - Pertarungan Melayu-Bukan Melayu' Novandri juga mengungkapkan rasa terkejut banyak pihak termasuk dari kalangan pembangkang sendiri yang sudah dikejutkan oleh sikap rasis pemimpin DAP ~ Baca Sini. Baca juga blog 'Media Permatang Pauh'


Banyak kesedaran telah timbul terhadap arahtuju politik parti DAP yang disokong kuat oleh Pas dan PKR. Perjuangan mereka sebenarnya bukanlah untuk kesamarataan semata-mata bahkan apa yang mereka kehendaki dan sedang rancang sekarang ini adalah menguasai segalanya, iaitu politik dan ekonomi di negara kita. Jika dibiarkan berlaku maka akhirnya bangsa Melayu akan merempat di negara sendiri.


Cuba singkap kembali siapakah yang beria-ia menghapuskan hak-hak orang Melayu dan Bumiputra? Mereka menggunakan alasan kesamarataan untuk perlahan-lahan merampasnya dari kita. Namun apa yang kita lakukan selama ini? Kita masih bercakaran sesama Melayu yang dengan ini telah membuka ruang yang sangat luas untuk kaum rasis itu memecahbelahkan kita. Akhirnya baru kini Pas terkejut dan sedar bahawa apa yang mereka lakukan selama ini hanyalah sia-sia.


Tidak mustahil PRU13 adalah persaingan kuasa diantara Melayu dengan bukan Melayu (yang disokong oleh Melayu), dan keputusannya mungkin akan membuatkan Melayu lebih lemah di negara sendiri. Siapakah yang benar-benar berjuang untuk bangsa Melayu? Pas hanya berjuang untuk 'Isle' (Islam) semata-mata dengan menolak konsep bangsa dan kebangsaan kebelakang. Pemimpin UMNO yang kononnya perjuangkan bangsa Melayu nampaknya masih lebih menimbulkan kebencian rakyat kerana sikap mereka yang lebih mementingkan diri sendiri serta kaum kerabatnya.


Saya melihat PRU13 nanti adalah kecelaruan buat bangsa Melayu dan tidak mustahil kekuasaan politik bangsa Melayu selama ini juga akan terhakis dan bahkan padam selama-lamanya.

26 July, 2010

HAI MAMBANG TANAH........



Hai mambang tanah, mambang air, mambang api, mambang angin
mambang berasal dari gunong si-mambang
berdampinglah denganku wahai si-mambang
hanya itulah pesanku wahai mambang!

Saya CnP dari blog sahabat saya 'The Antic of Husin Lempoyang' yang mengulas dari Agenda Daily.

Akhirnya rakyat sedar bahawa dimana-manapun ada mambang-mambang yang rakus merompak harta dan hak rakyat jelata.

Di Perak, mambang tanah yang berkuasa tak berapa lama dulu mengagihkan tanah-tanah kepada kroninya bagi menarik hati mereka serta sebagai imbuhan atas usaha dan sokongan yang diberikan dalam PRU12 lalu.

Di Selangor, mambang pasir sedang gila dan 'ketar kepala' mengorek dan pasir-pasir sehingga Selangor 'berlobang sana sini' kerana aktiviti peerlombongan yang berlebihan, juga membantu para kroni dengan merampas hak dan mengagihkan hak rakyat.

Di Kelantan dikhabarkan bahawa mambang balak sedang mabuk membantu perkayakan kroni dangan menerangkan hutan-hutan tenmpat tinggal segala haiwan dan margastua.

Ganas sungguh mambang-mambang dari Pakatan Rakyat ini rupanya.

Tapi sebenarnya bukan disana sahaja, di Pahang pun mambang-mambang tetap mengganas. Beberapa hari lalu saya CnP dari facebook mengenai apa aduan para rakyat mengenai mambang-mambang yang ni sedang berkuasa memerintah ketika ini.

Saya dedahkan apa yang rakyat perkatakan tentang keganasan mambang dari Temerloh. Kita juga sedang mengumpul kisah mengenai 'Raja' kepada segala mambang di Pahang. Mambang ni berasal dari hutan di Bentong dan dia adalah ketua mambang-mambang Pahang. Mambang ni pekak dan buta, kerana itu dia tidak mendengar segala serapah jampi oleh para 'Dukun, bomoh dan Tok Mudin'.

Raja mambang ni sedang mengumpul segala yang mampu kerana tidak lama lagi dia akan dihalau jauh dan tidak lagi dapat berkuasa.

Terima kasih sahabat saya Husin lempoyang kerana memanjangkan serapah jampi kita supaya dapat didengar oleh para pemimpin kita diatas sana . Harap-harap TMY sedang lakukan sesuatu terhadap kakitangannya sendiri. Saya juga ada menegur mengenai pemberian kontrek dibawah kementeriannya sebelum ini. Tengok-tengoklah juga. Saya bukan kontrektor tapi tetap prihatin dan simpati terhadap mereka yang berkenaan.

24 July, 2010

SIAPA MAKAN NANGKA DIA KENA GETAH...

SIAPA MAKAN NANGKA DIA KENA GETAH...dan mungkin juga kembong perut. Falsafah....falsafah...hehe..


Saya banyak terima email kerana posting semalam, ada positif dan ada negatif, biasalah tu. Ada yang kata saya tak jujur terhadap perjuangan, saya nak tanya semula apakah kita mampu berjuang jika dalam keadaan kelaparan? Orang-orang kelaparan hanya berjuang antara hidup dengan matinya saja. Saya rasa eloklah UMB Pahang saja yang berjuang dan meneruskan perjuangan mereka. 


Ada sesiapa 'brruppp' ke? Kalau durian tentu berbau, tapi kalau pisang entahlah pulak, tu kena tanya orang-orang di Lancang ni.


Hari ini pun saya tak nak tulis apa-apa, sekadar CnP apa dari facebook Sdr. Man Kadir. PM kata tak betul rakyat meluat dengan UMNO ni, dan UMNO ada lebih 3 juta ahli (?). Tapi mungkin ramai yang tak tau bahawa mereka adalah ahli UMNO. Mungkin mereka jadi ahli secara tidak sengaja? Hehehe...lambat lagi ke PRU ni?








SUNGAI PAHANG AIRNYA DERAS ... (8)






xxxxx//

23 July, 2010

ALANG-ALANG MANDI BIAR BASAH,

Alang-alang mandi biar basah. Dari basah seorang diri biar kita basah bersama. Kalau tenggelam pun biar bersama. Ini sikap Melayu sebenarnya.


Kali ini saya bukan nak menulis apa-apa cuma nak CnP apa yang diperbncangkan dalam facebook. Mungkin ada yang tidak berpeluang membacanya di facebook maka berpeluang membacanya diblog Beranikan Hati ini. Banyak lagi yang akan bh singkapkan. Selama ini bh hanya berdiam diri untuk memberi peluang dan ruang namun kesempatan ini tiada pihak yang ingin mengisinya. Mungkin kerana ego, sombong dan tinggi diri atau pasrah?


Ini kes di Temerloh, lepas ini kita buka kes di Bentong pulak. Sana pun berserabut juga, semua orang dah tau tapi orang-orang diluar Bentong dan diluar Pahang banyak yang masih belum tau lagi, eloklah kita dedahkan. Ini baru namanya ketelusan yang sebenar. 


Ini dari laman facebook 'Lemang Bakar';







KALAU DULUNYA PAHANG PERNAH MENGANUGERAHKAN GELARAN "TENGKU WONG" KPD.SEORANG PENIAGA KAYU BALAK .KINI WAJAR SEKALI DIBERIKAN GELARAN"TENGKU AKEK" KEPADA SEORANG PENIAGA KAYU BALAK DARI MENTAKAB KERANA DAPAT MENGUASAI KETUA2 KAMPUNG/JKK DALAM PARLKIMEN TEMERLOH YANG DIBERIKAN KONSESI KAYU BALAK DALAM KAWASAN RAYAU ORANG ASLI.DIFAHAMKAN BELIAU ADALAH "ABANGADIK" KPD.SEORANG YB. DARI TEMERLOH.
Added July 20 · Comment · LikeUnlike
Ku Iskandar Ku Saad
Saya berbangga sekiranya ada anak bangsa yang kaya kerana kerajinannya..saya berduka sekiranya ada insan menggunakan kedudukan dan pangkat untuk mengkayakan diri sendiri atau kaum kerabat..kini wang mampu membeli maruah dan harga diri..begitulah tingginya nilai wang masa kini..
Yesterday at 2:01pm · LikeUnlike · Flag
Megat Asri Abdul Jalil
laa...kenapa padam nama penerima surat ni...?
Yesterday at 2:16pm · LikeUnlike · Flag
Megat Asri Abdul Jalil
Mungkin penama surat ini ada memohon balak kawasan yang sama...haha..siapa itu?...
Yesterday at 2:18pm · LikeUnlike · Flag
Man Kadir
Oooo ... gitu ya! Nanti banyaklah Ketua cawangan dan Ketua Pemuda Umno dalam Parlimen Temerloh gigit jariiiiiii .... Jangan perpecahan besar dalam cawangan sudahlah, Kita Nyanyi lagu Umno Berrsatu kita bersatu, hutan balak kita sapu! Sapa tidak terlerpas, jangan terus mernungguuuuuu ....
Yesterday at 4:29pm · LikeUnlike · Flag
Abbas Saad
x kire parti mane yg mmerintah....smua nyer suker kat balak.....
Yesterday at 4:49pm · LikeUnlike · Flag
Anta Branta
isunya apa tuan,,ada penyelewengan mana-mana pehak ke,,tak bayar hasil kpd kerajaan negeri ke,,,marah dia orang dapat kerana kita tak dapat ke,,,
Yesterday at 4:52pm · LikeUnlike · Flag
Abbas Saad
anta...tu lh yg sbenarnye.....camner nk dpt..x mohon pn....
Yesterday at 4:53pm · LikeUnlike · Flag
Anta Branta
hahahaha,,,jangan sampai marah pada takdir tuhan dah la
Yesterday at 4:54pm · LikeUnlike · Flag
Suhaimi Bin Said
Harapkan balak, balak akan habis, tapi cara habis tu questionable, rakyat tak untung, org yang dapat pun untung sikit je, towkay jugak yg kaya.
Yesterday at 4:58pm · LikeUnlike · Flag
Anta Branta
memang semua yang dinamakan tokeh tu kaya,,,yg selalu miskin bila dia hanya tahu cemburu pada yang kaya dan mencari alasan menyalahkan yang kaya,,sedangkan dia tak buat apa pun....kita cuma menentang penyelewengan dan korup
Yesterday at 5:03pm · LikeUnlike · Flag
Suhaimi Bin Said
Nak komen pun rasa geli
Yesterday at 5:20pm · LikeUnlike · Flag
Suhaimi Bin Said
Kpd org yang tak pernah dapat duit selonggok, balak tu jadi bala. Dihabiskan secara tak bermoral, ada yg pandai minum arak, ada yg cari betina, ada pandai berjudi, dan hujung sekali bila Lembaga Hasil Dalam Negeri, cari dia sebab tak bayar income tax.l Baru dia menangis tanpa lagu!
Yesterday at 5:25pm · LikeUnlike · Flag
Man Kadir
Mewahlah si kaya, papa kedanalah si miskin jika berpandu kepada kebanyakan komen di atas. Baguslah gitu! Ramai jugalah nanti yang akan dapat melawat komboja, karimun, vietnam, jangan gi maynmar sudahlah! Balik buat temberang pada rakyat - Bersatu kita bersatu, bersatu untuk si penipu .....Bersatu kita bersatu, bersatu untuk penyamun tarbus!
Yesterday at 5:53pm · LikeUnlike · Flag
Kefli Noor
hey tak kan YB Temerloh salah guna kuasa pulok, guna kuasa hai kecik-kecik, tak pe la, balak tu besor bala nya yek
Yesterday at 6:11pm · LikeUnlike · Flag
Attan Kamal Pahang
apa yg ada kat phg tu lagi,,habis nyeh sapu dilanun brtopengkan baik hati nyeh,,,yg org kg jkkk ni dah abuk kayu je lah..
Yesterday at 7:20pm · LikeUnlike · Flag
Lemang Bakar
Berita terbaru bagi mereka yng pekak badak satu lagi kawasan seluas
2000 ekar yang akan dijadikan Felcra berhampiran Lanchang juga di kongkong oleh "Tengku Akik" tanpa dibuat Tender Terbuka juga menggunakan nama Ketua2 Kampung/JKKK sperti mana yang lepas2.
TAHNIAH KPD, YB. ADIKABANG KPD."TENGKU AKIK" NI.
Yesterday at 7:44pm · LikeUnlike · Flag
Man Kadir
LB: Hutan belakang kanmpung Sementerh iaitu Lembah Pandau? OOOO hebatlah siapa yang dapat. Ooooo mana dia Wira Perkasa Temerloh ini khususnya di Lanchang ? Iya ke JKKK boleh dipergunakan oleh pihak tertentu seperti Tengku Akik ? Siapa YB AdikAbang Tengku Akik tu? Biao bebeno .... Makan biar kenyang, cakap biar terang!
22 hours ago · LikeUnlike · 1 personLoading... · Flag
Zakaria Abdullah
LB...itu yang kita tahu....yang kita tak tahu masih banyak lagi...terutamanya pengangkutan "lori" balak diwaktu malam diatas jalanraya dinegeri pahang???????Jabatan Hutan kerja sampai pukul 11-12 malam ke?????atau kayu di"Gred" dulu?????
21 hours ago · LikeUnlike · Flag
Megat Asri Abdul Jalil
abg aji suhaimi banyak pengalaman pasal balak ni...dengarnya dia pun pernah merasa....
17 hours ago · LikeUnlike · Flag
Cicit Imam Perang
abg adik yb temerloh ke hak di pekan ter...
17 hours ago · LikeUnlike · Flag
Mohd Zahari Jack Din
nama penerima terpaksa dipadamkan..... AKIK lupa nak tambah TENGKU kat depan namanya......pahang jual balak...ganu jual minyak...selangor jual orang...DAH KENA DAH PENYAMUN JUAL PENYANGAK.....
16 hours ago · LikeUnlike · Flag
Tok Dukun
Astaga.......buat lagi kerja lama tu !!! 2 tahun yng.lalu tersebut
al kesah seorang Pengerusi JKKK (Tok UMpat Kg. DALA) hanya diberi
RM 10,000 untuk mengisi tabung JKKK dgn.keluasan kawasan
230 ekar -(kononnya untuk RTK orang Asal Kg. Bukit Ngeri juga diLanchang ) kini menjadi rimba muda >>Nilai kawasan hanya Rm 50.00
satu ekar.Cukup UPAH menanda tangan surat permohonan yng.... See More
diarah oleh balaci UMNO Bahagian Temerloh.Sebelum itu Ketua Kampung ini juga "diarah" membuat permohonan kawasan kayu balak
padang ragut Kg. Kuala Kaung.JKKK sendiri TERCONGANG-CONGANG.
(Barangkali "TENGKU" ini juga BULLDOZER dibelakangnya.)
Dalam perkara ini apabila ada ahli JKKK yang tak seberapa bodoh seperti ketua2 Kampung yang lain menyoal nilai yang diberikan untuk
tabung JKKK ALASANNYA:-(Barangkali dari "TENGKU"

A. Telah banyak sponsor ketua2 cawangan ke Indon/Vietnam ???????
B. Telah Banyak jumlahnya digunakan membantu untuk pilihanraya
11 hours ago · LikeUnlike · Flag
Junaidah Awang Hassan
isu balak te..xpernoh abih..semenye kenan mat ke balok te..ter gone..
10 hours ago · LikeUnlike · Flag
Lemang Bakar
Kak Jun kita orang betine ni memang kenan ngat ke balok te akan tetapi yang kita nok kabor kan kerje membodohkan Ketua Kampung/JKKK oleh orang tertentu yang tok sudoh2 telaung sane telaung sini konon bersih ngat tu je.Bila kite selok kainnya penuh dengan kurap, panaunye.Kekadang bersembur air liurnya .sekarangni
kite jemput deme datang jenguk kita sila nafikan jangan ndiam ke diri dasar pengecut
10 hours ago · LikeUnlike · Flag
Tok Dukun
KEMANA PERGINYA PANGLIMA2 YANG TUKANG KOREK JUBOR DAN CIUM JUBOR YB2 NI? HILANG LINTANG PUKANG.ENTAH2 TENGAH
BERKIRA-KIRA NAK MELANCONG SEKALI LAGI KOT?TUKANG SPONSOR DAH ADA.BODOH PUNYA TUKANG KOREK
9 hours ago · LikeUnlike · Flag
Tok Dukun
Yang ramai juak2 dilanchang ni barangkali jenis ikan patin sangkar dan talapia sangkar===MUDAH DITABUR DENGAN TAHIT AYAM SAJA.Hoi..hOI juak2 YB.Shakar sila masuk dan nafikan .Dasar bacul...
Mana Pergi Mr.Jack dan Megat Asri Ketua Pemuda Temerloh persilakan masuk.
5 hours ago · LikeUnlike · Flag
Man Kadir
Mr Jack dan Adinda Megat: TYok Dukun betaspa kita suruh dia keluar, kini dia mengamok pulak dengan mentera jampi serapah sumpah seranahnyA. Kita nak jawap apa? Adakah kita nak berdiam dan masuk ke gua menggantikannya, tak kisah dengan hal rakyat dan kepincangan yang dfilakukan oleh pemimpin? Kalau kita diam, rakyat akan terus kata perkara itu yes... See More! LB pulak janganlah terusd kutuk Ketua Kampung dan JKKK yang nak dapat saham tu nanti mereka tak merasa pulak hasil balak tu. Lepas ni kita berbicara bagaimana nak mengagihkan kepada kroni dan sanak saudara orang berkuasa akan borang felcra 2,000 ekar di Lembah Pandau. Harap Adinda Megat pastikan borang2 itu dapat pada olrang Lanchang.
4 hours ago · LikeUnlike · Flag
Megat Asri Abdul Jalil
Tok Dukun..,wah semenjak keluar dari pertapaan di pangkal merbau lubuk senggarat ni bukan main garang. Dapat syeh Bahaman ke?..Koi tak nak mengulas benda yang koi tak jelas ujung pangkei dan ulas butirnya...bukan bacul, bukan penakut.,aok pun tau koi siapa..,kalau tak berani melanggar arus tak duduk koi di tempat sekarang ni..
3 hours ago · LikeUnlike · Flag
Megat Asri Abdul Jalil
AMK : Tentang borang Felcra,sape pun boleh dapat....
3 hours ago · LikeUnlike · Flag
Melukut Senja
Kawan rasa surat tawaran dari Jbtn Perhutanan Pahang kpd yg berkenaan tidak menjadi kesalahan, tujuannya kalau yg berkenaan ingin menyertai tender yg dikeluarkan tidak menjadi kesalahan.... itu surat tawaran menyertai tender dlm kawsan tersebut..... apa yg tak kenanya.... kalau benar ianya dlm kawasan rayau Orang Asli, mengapa pihak yg berkenaan tidak membantah...
about an hour ago · LikeUnlike · Flag
Fahmi Mi
Lumayan dapat mengeluarkan saki baki kayu balak....
49 minutes ago · LikeUnlike · Flag
Melukut Senja
Lumayan bagi yg berusaha ke arah itu...... ini tidak, nak tunggu benda jatuh ke riba, bila lihat org dapat, kita mula canang seluruh kampung....
47 minutes ago · LikeUnlike · Flag
Ahmad Bin Sa'abun
Pahang ne balak dan bala dah hampir sama rasanya...
41 minutes ago · LikeUnlike · Flag
Azam Abd Rahman
Baguslah tu, jual negara pun tak mengapa, tak berlaku kesilapan atau ketirisan atau tumbuk rusuk ke di Perhutanan?
15 minutes ago · LikeUnlike ·

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...