Suara Anak Pahang - Perlu Baca

30 August, 2010

NAMEWEE KEPARAT YANG KURANG AJAR PERLU DIKENAKAN TINDAK TEGAS



Wee Meng Cheng @ Namewee keparat yang kurang ajar itu buat hal lagi. Seperti dulu juga, kali ini keparat celaka ini sekali lagi mencabar dan membakar hati bangsa Melayu dengan klip video nya yang bersifat rasis dan perkauman. Si celaka ini juga menghina kerajaan dan pemimpin kita secara tidak langsung kerana dia menghina sistem pentadbiran dan perundangan kita.

Banyak pihak mahu tindakan keras diambil terhadapnya supaya akan menjadi contoh pada masa depan. Dalam hal ini kerajaan mesti benar-benar tegas. Kegagalan kerajaan mengenakan tindakan kepadanya akan memperlihatkan bahawa kerajaan takut bertindak terhadap kaum cina,  kelemahan kepimpinan kerajaan serta kekuatan sokongan terhadap parti pembangkang.

Ramai blogger juga mengharapkan tindakan tegas diambil kerajaan, cuma apakah kerajaan benar-benar berani dan tegas dalam hal ini?

DS Rais Yatim dalam satu wawancara berkata tindakan keras patut diambil jika beliau didapati bersalah. Apakah mungkin ini bukan satu kesalahan menghina negara dan kepimpinan? Saya dan ramai lagi rakyat akan keliru jika ini bukanlah satu kesalahan.

Mungkin jika kita tanya kepada Menteri Dalam Negeri, reaksi yang akan kita terima adalah; kita memberi amaran sekeras-kerasnya.....(namun tidak akan tindakan sampai bila-bila, hehe)

Satu lagi menteri yang menarik untuk didapatkan jalan penyelesaian kes ini, Dato' Ismail Sabri. Tentu beliau akan berkata; Jangan tonton video klip itu..(sebagaimana sewaktu beliau mencadangkan penyelesaian peningkatan harga bawang putih dengan memberi saranan jangan makan bawang putih, hehehe)

Dalam PRU13 nanti, akan ramai calon yang terdiri dari Tok Mudin, Pak Dukun dan Mak bidan akan bertanding kerana mereka juga merasa layak jadi menteri berdasarkan prestasi menteri-menteri kita dewasa ini. Pahang pun sama juga, MB dan exco juga sudah patut diganti kepada yang lebih cergas dan lebih berusaha membela rakyat. Jika tidak, mereka harus bertanggungjawab kehilangan beberapa kerusi kepada pembangkang kelak.



28 August, 2010

RAKYAT MAKIN HILANG PERCAYA





Tuan Pemimpin,
sudah banyak kami bersabar dan 
menaruh angan-angan kepercayaan
akhirnya kami sudah hilang percaya
kerana tuan lemah dan tidak bermaya;
bila kaum lain perlekeh kami,
tuan diam - dan kata bersabar itu iman!
bila kami bertindak pertahankan harga diri
kami dikenakan tindakan - kunun tuan nak ambil hati kawan
bila masjid dilontar kepala babi dan disembah cat
tuan kata itu konspirasi bangsa sendiri
akhirnya kami persalahkan segala perbuatan
dan membenarkan segala perbuatan orang lain.
memang Melayu tak akan bersatu
memang Melayu tak akan bersatu
memang Melayu tak akan bersatu
Melayu perlu pemimpin yang bukan saja pandai
tetapi juga keras keberaniannya
bagai sebilah pedang
bukan saja mesti tajam tetapi juga kukuh
tetap pada perjuangan agama, bangsa dan negara
apa gunanya jadi SATU jika akan hilang Melayu?
tidak akan ada pemimpin jika pengikutnya tiada
pemimpin mesti adil dan saksama
jangan ada yang disisihkan kerana merasa 
sokongan mereka tak mampu menambah perkiraan
RM300 Peneroka, Penjawat Awam RM500, 
penduduk kampong tradisi dapat apa?
selain harga barangan naik dan subsidi yang dipotong?
bila bawang putih naik harga 
pak menteri kata jangan makan bawang putih
itu lari dari tanggungjawab
jika demikian jalan penyelesaian
tok mudim pun boleh jadi menteri
kami dikampong terpencil dan dipondok usang
berzikir ditengah malam;
kami semakin hilang percaya,
kami semakin hilang percaya
kami semakih nilang percaya
......
kami nampak bulan 
tetapi hilang disebalik awan




27 August, 2010

MAKNA KEADILAN - BAGI KJ.

Nak tunjuk kuat, nak lompatpun orang terpaksa tolong....'kontol gedik'


Kebelakangan ni saya lihat blog-blog mula membelasah KJ lagi. Saya bersetuju kerana apabila KJ mempamirkan kelemahan Pemuda UMNO dalam menangani isu demonstrasi BENDERA di Kedutaan Malaysia dengan membakar Jalur Gemilang serta melempar najis. Sepatutnya tindak balas yang lebih tegas perlu ditunjukkan kepada Kedutaan Indonesia disini supaya mereka juga tahu bahawa Malaysia juga bermaruah dan ada pemimpin yang berani.Malangnya kepimpinan KJ seakan dipermainkan di sindir oleh kebanyakan blogger.


Terkini, KJ disindir (di blog Husin Lempoyang) kerana persoalkan dan bangkitkan isu adil serta ketelusan dalam pemberian kontrek oleh kerajaan. Mungkin dia terlupa satu ketika semasa dia menjadi menantu PM dia juga mendapat habuan kerana ketidaktelusan pemberian kontrek (agaknya lah)


Bila agaknya Pemuda UMNO akan jadi 'jantan'? Mungkinkah Pemuda sudah ketandusan kepimpinan yang berana seperti dahulu? Harap-harap pemuda akan berubah dengan adanya perubahan dalam kepimpinannya kelak. Justru, siapakah pemimpin pelapis Pemuda yang benar-benar berani dalam perjuangan?


Siapakah selepas KJ? ....................................








26 August, 2010

KERAJAAN SATU MALAYSIA - RAKYAT SEMAKIN HILANG PERCAYA


Gambar hiasan: Sebuah rumah disebuah kampong tradisi dipedalaman


Harap tulisan ini dibaca oleh PM atau menteri-menteri tidakpun oleh pak guard-pak guard serta pembancuh kopi menteri untuk dipanjangkan kepada mereka supaya mereka tahu inilah suara dari anak merdeka yang harus didengar:


Terbaru, kerajaan mengumumkan pemberian khas bantuan kewangan RM500 kepada penjawat awam. Terdahulu kerajaan telah mengumumkan kepada peserta Felda peruntukan sejumlah RM300. Bagaimana dengan pekebun, petani dan nelayan? Apa yang mereka dapat? Bukan saja kerajaan BN malahan kerajaan PR juga menumpu kepada golongan yang sama. Baca sini dan  sini.

Nasib orang-orang kampong tradisi nampaknya tidak dibela. Dengan kenaikan harga barangan serta potongan subsidi itu dan ini membuatkan nasib rakyat miskin ini tidak diperhatikan. Kita faham mereka ini tidak dinilaikan hanya kerana mereka tidak ada 'bargain power' lantaran suara mereka tidak sekata sebagaimana suara peneroka Felda. Malangnya sebenarnya mereka inilah golongan yang sangat memerlukan bantuan kerajaan.


Jika diperhatikan betul-betul mereka kebanyakannya adalah terdiri dari golongan tua serta mereka yang taraf ekonominya sangat rendah kerana tidak memiliki aset atau asetnya (tanah) yang tidak ekonomik.


Nampaknya kerajaan lebih mengutamakan kesinambungan kuasa politik mereka sahaja dan perjuangan terhadap rakyat miskin bukanlah satu agenda utama. Dalam kata lain, kerajaan hanya mengutamakan mereka yang berupaya mengancam mereka atau yang suaranya serta undinya mampu menguggat mereka, justru rakyat di perkampongan tradisional akan sentiasa dipinggirkan.


Peneroka Felda diberi perhatian kerana kerajaan cuba mengambil hati peneroka yang kebelakangan ini menunjukkan sokongan kepada pembangkang. Penjawat awam juga cuba dipancing kerana kerajaan sedar bahawa kebanyakan penjawat awam juga tidak menyokong kerajaan. Lebih malang kerana sebahagian penjawat awam adalah duri dalam daging kerana merekalah yang banyak terlibat dalam gejala rasuah. Bahkan ada antaranya yang juga menerima saham felcra sedangkan orang yang lebih memerlukan tidak  menerimanya.


Kaum asing juga selalu diberi muka oleh kerajaan dan kebanyakan desakan mereka terpaksa kerjaan patuhi dan bertolak ansur. Sebagai contoh, semasa PRK Hulu Selangor, kaum Cina menerima banyak faedah kerana kerajaan ingin memancing undi mereka.

Di Pahangpun masih banyak kampong-kampong dan rakyat dipedalaman yang tidak dihiraukan kerajaan. Ada kampong yang bukan saja MB tidak pernah lawati bahkan nama kampongnya pun MB tidak pernah dengari. Wakil-wakil rakyatnya juga kurang berminat melawat kerana jumlah undi yang sedikit serta keyakinan bahawa mereka akan tetapi mengundi kerajaan.


Jadi siapakah sebenarnya pembela kaum Melayu dipedalaman dan kampong-kampong tradisional? Maaf! Saya semakin hilang percaya kepada Satu Malaysia dan kepimpinan kerajaan sekarang ini.




25 August, 2010

PEMUDA UMNO DIBAWAH KJ YANG SUDAH HILANG 'KONTOL'NYA

 Makkk! mana saya punya...(?).


Pemuda UMNO satu ketika dahulu dikenali sebagai golongan pendesak, yang sentiasa mendahului kerajaan dalam memperjuangkan agama bangsa dan negara. Jika ada parti komponen cuba hendak mempermainkan atau mengambil kesempatan dalam sesuatu isu terutama berkaitan agama dan bangsa, maka Pemuda UMNO lah yang akan terlebih dahulu kehadapan. Sehinggakan parti-parti komponen lain sangat takut dan menghormati Pemuda UMNO waktu itu.

Namun itu semua tinggal kenangan belaka. Kerana Pemuda UMNO waktu ini dipimpin oleh tokoh yang tidak menghayati perjuangan UMNO itu sendiri, tidak pernah duduk dibawah bersama rakyat marhaen lalu dia tidak dapat merasai apa erti perjuangan sebenarnya. Katua Pemuda yang selama ini hanya terperap dicelah ketiak Pak Mertua dan selalunya berada dicelah (....) anak Pak Mertuanya tentu tidak akan dapat menghayati perjuangan UMNO dan ini adalah salah satu kelemahan UMNO dewasa ini - pemimpin yang tidak ada semangat juang.

Baca blog House PK dan Darul Ehsan Today.

24 August, 2010

PAS AKUI KHUTBAH DOA LGE

Akhirnya Pas mengakui (dalam hati) bahawa khutbah yang dibacakan dan mendoakan LGE dengan meninggalkan YDP Agong adalah benar. Kerana itu Nik Aziz sejak awal lagi tidak berani membuat sebarang kenyataan. (Klik DET) Baca juga di sini

Sebagaimana biasa, Pas akan cuba mempertahankan tindakanya dengan apa cara sekalipun. Setelah puas memutarbelitkan kata, menuduh konspirasi yang dirancang oleh UMNO dan sebagainya, akhirnya mereka merancang untuk mengadakan demonstrasi. (baca sini)

Apa lagi selepas ini? Apa lagi kebijaksanaan menipu yang akan mereka lakukan untuk memperdayakan rakyat? Akhirnya Pas terpaksa mengakui bahawa memang benar khutbah mendoakan LGE berlaku menggantikan YDP Agong.

Kapada DS Najib yang nyata Islam mereka doakan pecah perut. Kepada LGE yang nyata kafir harbi mereka doakan sejahtera dalam khutbah. Tapi bagi Pas, semua ini bukan pelik dan tidak menghairankan.

PEMIMPIN PUNCA KEGAGALAN URUSTADBIR UMNO?

1. Saya membaca posting ini dari blog UMB Pergerakan Pemuda UMNO Pahang;


Mana Datang Budgetnya???
Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Baru -baru ini, kecoh dalam beberapa blog yang memperjuangkan UMNO mempertikaikan UMB Pahang. Malah ada juga beberapa dakwaan yang UMB Pahang sendiri pun tidak pernah dengar. Diantaranya, UMB Pahang dapat budget tetapi tidak membawa manfaat terhadap perjuangan alam siber.

Pelik, tapi itulah hakikatnya. Persoalannya, mana datang budget itu? Siapa yang bagi dan siapa yang menerimanya? Yang menulis blog mengenai UMB Pahang dapat budget ni tau ke siapa yang menulis untuk blog UMB Pahang ini?

Tambah menghairankan, ada juga blog yang turut bersekongkol dengan Pahang Daily Online (PDO) yang terang dan nyata pro pembangkang. Sedangkan diblog mereka jelas tulis menyokong UMNO. Pernah terlintas persoalan siapa yang membiayai PDO selama ini? Kalau nak dibandingkan blog tersebut dengan PDO, tahan gagah lagi PDO cari duit sendiri. Bukan seperti blog yang menyokongnya hanya mengharap pengikhtirafan daripada kerajaan Negeri.

Bila kerajaan negeri tak bagi, wah! Macam-macam difitnahnya. Macam - macam perkara dibangkitkannya. Hanya sebab tak dijemput ke Konvensyen pun boleh jadi alasan kononnya usaha mereka tidak dihargai. Ini jati diri yang nak ditunjukkan kepada generasi baru? Buat malu adalah.

Itulah hakikat orang yang kononnya memperjuangkan UMNO. Malu nak cerita perangai mereka ini. Tak pernah ikhlas buat kerja. Semua bergantung harap kepada orang lain. Sikap kebergantungan kepada orang lain sangat tebal. Cakap pandai, buat kerja? Haram.

Sama ada dalam perjuangan siber mahupun perjuangan hakikinya. Semua berharap. Manakala kata suruh buat, tidak.

Buat sekian kalinya, UMB Pahang membuka ruang kepada sesiapa sahaja yang mahu menyumbangkan artikel mengenai apa sahaja isu ke alamat umbpahang@gmail.com.

Dah berbulan tawaran ini dibuka kepada ahli UMNO Pahang khususnya. Tapi berapa ramai yang sudi memberikan sumbangan? Tiada. Ada pun sorang dua yang menulis sekali - sekala sekadar meluahkan apa yang mereka rasa, mereka lihat dan mereka dengar.

Orang UMNO ni memang pandai. Pandai mempertikai, pandai membuat spekulasi, pandai membuat andaian sendiri. Mana dapat cerita kata UMB Pahang dibayar? Mana buktinya? Kalau ada tunjukkan.

Ini satu cabaran. Siapa berani sahut kalau tidak mahu mengaku kata pandai bercakap, tapi tak pandai buat. Kita tengok nanti.
Posted by Unit Media Baru at 12:54 AM
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz
5 comments:

gengsahabat said...

salam...sebagai pejuang bukan pengiktirafan yang dikejar,bukan wang ringgit yang dicari dalam memartabat bangsa,agama dan negara...tuduhan ,fitnah dan dakyah yang dilempar harus diperangi..UMB Pahang selama ini wujud atas sifat dan sikap semangat kekeluargaandan persefahaman..kami juga berkorban masa,tenanga,fikiran demi menangkis serangan jahat pembangkang melalui platform ini..Apa yang kami mahu adalah keprihatinan pihak atasan dalam memberikan akses kepada kami sebagaimana yang telah diputuskan dalam konvensyen tempohari..itu sahaja..
August 18, 2010 6:01 AM
melayurayadaily said...

umbpahang,

Saudara jangan tawar hati. Biasalah bila kita dalam perjuangan apa pun boleh orang kata mengikut persepsi mereka. Yang penting kita ada daya tahan. Teruskan kehadapan..
August 18, 2010 7:14 PM
Unit Media Baru said...

Bukan tawar hati atau marah dan sebagainya.
Soalnya sekarang tuduhan yang melampau. Elligation tanpa sebarang bukti.
Kami di UMB Pahang juga masih menunggu perlaksanaan seperti yang telah dibentangkan dalam konvensyen. Menanti dengan kesabaran.
Tidak pula bagi sesetengah orang yang hanya tahu mempertikai, membuat spekulasi dan tohmahan yang tidak berasas.
Apa gunanya? Apa kelebihannya dengan mempertikai organisasi sendiri?
Keadaan Politik Melayu sekarang semakin terancam. Tetapi apa yang dipentingkan bagi sesetengah orang hanya pengikhtirafan, peruntukan dan recomendation dari pihak atasan. Untuk apa? Itu persoalannya.
August 18, 2010 8:19 PM
Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

ada sesetengah org kecewa krn mereka mempunyai kepentingan atau kehendak peribadi. kita berjuang lillahi ta'ala, sebaliknya mereka berjuang kerana kehendak tertentu atau minta dihargai.

itu masalahnya jika niat kita berjuang itu kerana kepentingan atau kerana org lain. bila kepentingan itu tidak dipenuhi, atau org yg disokong tdk mampu beri apa yg mereka mahukan, mereka akan kecewa.

jika niat kita berjuang kerana Allah swt, insyaallah, kita tidak mungkin akan kecewa kerana tidak mungkin kita kecewa dengan Allah atau kerana Allah. Jd nasihat saya, biarkan mereka, teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara dgn penuh keikhlasan dan penuh ihsan. Mudah2an perjuangan diberkati. Amiiin :)
August 19, 2010 10:44 AM
bRAVEhEART said...

tapi kerajaan juga harus berlaku adil, kenapa generasi pertama blogger negeri Pahang sering dicier dari setiap program yang diadakan? apakah agendanya? tiada siapa akan terasa dalam hati sekiranya UMB Pahang dan Biro ICT Pahang adil dan saksama, masalah dalam UMNO adalah terlalu berkroni-kroni
August 22, 2010 7:13 PM


Saya terasa saya disasarkan tetapi malangnya penulis blog berkenaan 'malualah'. Kenapa tidak berani menghalakan muncung senapang tepat pada sasaran? Jikalaulah begini dalam perjuangan, UMB Pemuda UMNO Pahang hanya membazirkan peluru saja. Dengar sini adik, abang besar nak bagi tau; bahawa berjuang mesti berani dan berpegang teguh pada pendirian, Jika terasa kurang berani, sila undur kebelakang dan jadi penakut sampai bila-bila. Ya, saya ada kehendak dan kepentingan peribadi, tetapi bukan wang ringgit sebaliknya pengiktirafan dalam perjuangan serta keadilan. Mahal sangatkah?


2. Kebetulan UMB Pahang menanyakan tentang bajet, Saya akui bahawa memang tidak ada bajet. Bahkan menurut sumber yang boleh dipercayai, UMNO Pahang sudah mufis sehingga gaji Setiausaha kerja masih belum berbayar. Ada beberapa bahagian yang gaji SUK berkenaan dibayar hasil usaha Ketua Bahagian atau SU Bahagian sendiri.

Dimaklumkan UMNO di sebuah negeri (bukan UMNO Pahang) kehilangan punca pendapatan sekitar RM200K sebulan berikutan penjualan syarikat milik kerajaan negeri. Ehem..ehem!


3. Sempena lawatan PM ke sebuah negeri (bukan Pahang) dimaklumkan UMNO negeri menerima peruntukan sebanyak RM400K namun hilang mungkin angkara Ali Baba dengan 40 Orang Penyamun.


4. Mujurlah segalanya bukan berlaku pada negeri Pahang, mujurlah UMNO Pahang tidak gagal dalam urustadbir, hehehe

23 August, 2010

HANGAT: KENYATAAN PAS DOA LIM GUAN ENG

 Simpan gambar ini di rumah, surau dan masjid-masjid janji syurga untuk mereka yang berdoa kepadanya jaminan mutlak dari Pas dan Tok Guru Nik Aziz




 
 

 
Memang Pas Parti Ajaran Sesat yang merosakkan Islam. Memang Pas Parti Angkara Syaitan yang memecahkan umat Melayu. Pas sanggut berdoa untuk LGE pemimpin DAP, tetapi mendoakan 'Pecah Perut' kepada DS Najib pemimpin Melayu UMNO. Apakah ada kewajarannya sikap sedemikian ini? 


Tetapi seperti biasa, pengikut Pas yang berfikiran setaraf lembu dan sanggup seperti lembu berbaring ditengah jalan atas nama perjuangan Islam pasti akan percayai kata pemimpin mereka walau bagaimana mereka ditipu dan khianati kerana syurga yang dijanjikan.

Hangat mengenai doa terhadap LGE, sila baca disini;  Si Khatib Pas ni kata dia doakan Guan Eng supaya masuk Islam. Tapi apa yang didoanya amatlah lain bunyi dengan tujuannya. Apakah si Khatib ni berbohong?

"Ya Allah,Ya Tuhanku,Kau selamatkanlah pemimpin kami Yab Tuan lim guan eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang"
sambung baca sini.

Juga baca (sini), (sini), (sini)  dan (sini),
maka kenyataannya adalah lengkaplah bahawa Pas adalah parti penipu rakyat yang hanya menggunakan Islam sebagai modal, menjanjikan penyokongnya dengan syurga diakhirat tetapi pemimpinnya mereka berebut-rebutkan harta didunia ini. Pas penjahanam Agama dan bangsa.

22 August, 2010

UMNO SEMAKIN LEMAH DAN TIDAK BERMAYA DIERA DS NAJIB?





1. Tak lama dulu TPM adakan pertemuan dengan UMNO Pahang. Antara yang disampaikan adalah UMNO Pahang harus bersiap sedia bagi kerajaan mengadakan Pilihanraya Umum ke 13 dalam masa 30 bulan.

2. Baru-baru ini PM dalam lawatan ke Perlis  meminta UMNO Perlis dan Kedah mencari penyelesaian dalam sengketa dalaman parti. Klik sini dan sini Kejatuhan Kedah kepada pembangkang bukanlah kerana kekuatan parti pembangkang tetapi kerana kelemahan UMNO itu sendiri.


3. Yang nyatanya pemimpin UMNO dimana-mana adalah sama. Mereka lebih pentingkan diri sendiri dan kroni masing-masing. Apa yang sering mereka ucapkan ' ...demi Agama, Bangsa dan Negara' hanyalah retorik semata-mata. Ini berlaku dimana-mana ada UMNO. Pahang tak terkecuali. Kerana itu saya berani katakan bahawa Pahang akan kehilangan beberapa kerusi dalam PRU13 nanti, kerana UMNO memang busuk sampai ke ususnya.


4. Di Jerantut pun UMNO bercakaran sesama sendiri, kerana merebut kedudukan masing-masing. Baca blog SPU. Ada pihak sengaja mencipta persaingan kerana mengharap ' Jong akan pecah dan Yu akan kenyang' dengan tidak memikirkan kelemahan parti akan meruntuhkan parti dan kekuasaan Melayu itu sendiri.


5. Saya beranggapan bahawa dalam PRU 13 nanti akan ada golongan yang protes kerana membenci pemimpin-pemimpin dalam UMO dan kerajaan kerana sikap mereka. Mereka akan bertindak mem'boikot' atau mengundi parti lawan.


6. DS Najib perlu dapatkan lebih nasihat dan pandangan TDM serta kurangkan penglibatan DS Rosmah.



21 August, 2010

HANGAT : ANWAR MAIN BELAKANG WAN AZIZAH




Selama ini Wan Azizah menahan perasaannya. Sudah banyak blog-blog yang membongkar kenyataan Ezam yang menyatakan Wan Azizah mengetahui bahawa DS Anwar sealu melakukan sesuatu dibelakang (disebalik pengetahuannya). Kerana itulah Wan Azizah meminta Ezam awasi DS Anwar. Kerana itulah Wan Azizah cemburui lelaki yang rapat dan mesra dengan DS Anwar.


Kerana itu juga Ezam berani mengeluarkan kenyataan demikian dan Wan Azizah tidak berani melakukan apa-apa sebagaimana selalunya. Banyak pihak percaya jika Waz Azizah atau DS Anwar menyaman Ezam maka lebih banyak lagi keburukkan tentang DS Anwar akan terbongkar.


Yang nyatanya adalah Wan Azizah tahu dan sedar bahawa DS Anwar lakukan sesuatu yang sumbang dibelakangnya namun terpaksa juga berdiam diri demi pertahankan maruah suaminya dan demi survival politik DS Anwar sendiri.


Baca: Azizah Telanjangkan Anwar,dan Sini

20 August, 2010

UMNO MULA MEMBURUKKAN SESAMA SENDIRI - MELOBI CALON PARLIMEN




Sudah banyak kali saya menulis tentang ketidak-stabilan politik UMNO di Pahang, khususnya di Jerantut. Saya juga berkeyakinan jika silap percaturan tidak mustahil beberapa kerusi DUN dan Parlimen, termasuk Jerantut diramal akan jatuh kepada pembangkang. Fenomena ini bukan hanya berlaku di Pahang saja, bahkan di Negeri Sembilan juga di ramalkan demikian, baca blog Paneh Miang

Baca: Gelora Politik Jerantut - Menentu Calon Parlimen di blog Suara Prihatin UMNO Jerantut. Sudah ada gelora dan perebutan dalam lobi-melobi untuk menentu siapa akan jadi calon Parlimen Jerantut bagi PRU13 nanti, jangan kata terlalu awal kerana ada pihak yang melakukan usaha melobi lebih awal lagi.

Cuma saya merasa kesal bila ada satu pihak yang tidak bertimbang rasa serta kelihatan rakus dalam politik mengambil kesempatan itu untuk menghentam bekas tokoh UMNO setempat. Apa rasionalnya Dato' Wan Abu Bakar di'conteng' sedemikian? Harap pihak MB Pahang serta PM sendiri tidak mencalonkan bahkan menolak sebarang pencalonan terhadap mereka yang berperangai buruk ini kerana akan merosakkan UMNO keseluruhannya.

19 August, 2010

PRU13 - KUASA MELAYU SEMAKIN TERHAKIS

Melayu: Dagang lalu ditanakkan, suami pulang kelaparan. 
Kera dihutan disusukan anak mati kelaparan


Bagi memastikan kerajaan 1Malaysia DS Najib akan terus memerintah, undi dan sokongan semua pihak harus diperolehi se-maksimum mungkin. Justru itu segala yang 'keras' harus di'lembik'kan, segala tuntutan perlu ditunaikan dan segala ketidakpuashatian perlu dikurangkan.


Menyedari akan hal itulah maka beberapa pertubuhan yang mewakili kaum-kaum, sama ada ngo bahkan parti politik cuba sedaya membuat tutuntan sama ada secara lembut bahkan secara ugutan. (Baca blog Sri Tri Buana)


Dapatkan kita nafikan bahawa suara yang dibawa oleh DAP dan MCA tidak sekata dalam perjuangkan kepentingan kaum cina? Dan mereka semakin hari semakin menekan dengan berbagai cara dan desakan. Mereka sedar bahawa kelemahan utama bangsa Melayu adalah gagal untuk bersatu padu. Mereka juga sedar bahawa dalam sejarah bangsa Melayu wujud Si-Kitol dan lain-lain rupa pembelot bangsa.


Memang, salah satu ciri-ciri sifat bangsa Melayu adalah; jika mereka tidak berupaya untuk dapat maka mereka lebih rela memushankannya, atau jika mereka gagal mendapatkan sesuatu dalam persaingan maka mereka rela sesuatu yang direbut itu dapat kepada orang lain bahkan bangsa lain selain  dari musuh yang mereka saingi itu. Inilah sifat bangsa Melayu yang mungkin Tun Dr. Mahathir terlupa(?) untuk huraikan dalam Dilema Melayu.


Itulah wajah sebenar DS Anwar Ibrahim yang sanggup perjudikan hak orang Melayu sebagai tawaran untuk mendapat sokongan kaum cina. Maka kaum cina sebagai satu kaum opportunis tentu saja akan mengambil kesempatan yang terbuka ini untuk menguasa negara tanah Melayu ini setelah menguasai ekonomi negara selama ini.


Apakah sikap DS Anwar berbeza dengan sikap pemimpin melayu Pas? Sudah tentu tidak kerana mereka juga sanggup perjudikan segalanya bahkan Agama dan kalimah Allah asalkan dapat mencium ketiak masam DAP bahkan mungkin juga mereka teringin untuk meneroka 'lurah hutan bukit lanjan' . Bersekongkol dan berkerjasama dengan UMNO mereka hukumkan sebagai HARAM tetapi berkerjasama dan menjadi anjing DAP kafir harbi itu mereka HALAL-kan. Tidak ada perbuatan yang lebih haramjadah selain dari mengharamkan sesama Islam dan sebangsa, tetapi Pas sanggup bahkan rela berkerjasama dengan Syaitan demi menjatuhkan UMNO. Jika demikian PAS harus digelar sebagai "Parti Anutan Syaitan'.

Terbaru,Timbalan Ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi Abd Rani dalam satu kenyataannya sangat kesal dengan tulis Dr. Ridhuan Tee yang mendakwa "PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir" dan beliau menuntut Dr. Ridhuan menarik balik kenyataannya itu. Tetapi sebelum itu tentu ramai yang sependapat supaya Pas juga menarik balik segala kenyataan jahatnya yang mengharam dan mengkhafirkan UMNO selama ini. (Baca Rajahmas)


Dalam pada mendapat tekanan dari parti dan kaum lain, DS Najib juga menghadapi masalah yang sangat berat iaitu dari dalam UMNO sendiri. Pemimpin UMNO disemua peringkat dinegeri-negeri masih belum bersedia untuk berubah. Bahkan mereka sebenarnya masih dengan fikiran lama mereka yang perjuangannya adalah untuk kepentingan diri dan kroni mendahului kepentingan rakyat.


Tidak heranlah bila blog Pena Minang membayangkan PRU13 nanti N9 akan jadi milik pembangkang. Ini kerana pemimpin UMNO masih rela memusnahkan sesama sendiri dari memberikan keutamaan kepada bangsa dan negara serta parti. Di Pahang pula pemimpinnya besar kepala dan enggan mendengar suara rakyat marhaen kerana merasakan bahawa mereka sentiasa benar.


Akhirnya saya terpaksa percaya bahawa akan lebih banyak lagi hak-hak orang Melayu terpaksa digadaikan demi terus memagang kuasa pemerintahan negara. Sesiapapun terutama Melayu dari pembangkang, jangan kelak menyalahkan pemimpin kerana terlalu mengikut kehendak kaum cina dan india bahkan harus sedar bahawa Melayu sebenarnya sudah kehilangan kuasa. Melayu sudah kehilangan keberanian. Melayu sudah kehilangan keMelayuan. Melayu sudah kehilangan maruah dan harga diri dan pelacurnya adalah bangsa Melayu sendiri.


Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian melaratlah kehidupan anak cucu dihari depan.












memastikan

SIAPA YANG LEMAHKAN BANGSA MELAYU?


Orang Melayu berjuang pertahankan Tanah Melayu tetapi hasilnya 
diambil oleh bangsa lain kerana sikap bangsa Melayu sendiri



Para blogger (Melayu) sedang sibuk berjuang melalui siber membantu kerajan pertahankan pemimpin-pemimpin negara dari tekanan kaum cina rasis yang hendak dihapuskan kota 30% ekonomi bumiputera. (Baca sini, sini  dan  sini )

Pemimpin MCA cuba menjuarai kaum cina dengan bercakap lantang mengenai isu tersebut. Chua (Kong-kek)  pernah menjadi menteri kabinet, justru dia bukan tidak faham mengenai aspirasi rakyat dan hasrat kerajaan, tetapi sebagai 'mayat' dalam politik dia lebih berani bersuara bagi membuktikan kepada kaumnya bahkan berusaha untuk memberikan sesuatu yang besar kepada kaumnya.

Kaum cina tidak banyak beza dengan yahudi; mereka tamak, khianat dan sanggup menindas bangsa lain demi kepentingan kaum mereka. Mereka yang tidak pernah jujur dalam sebarang kerjasama dengan bangsa Melayu dan mengkhianati bangsa melayu selama ini namun dengan cabul menganggap Melayu bangsa yang malas dan kurang berusaha.

Kenapakah perniagaan melayu sering gagal? Tidakkah kita lihat bahawa mereka seama mereka akan sabotaj sebarang usaha menaikkan bangsa melayu dimana-mana dan dalam apa bidang sekalipun. Masihkah kita ingat dengan rangkaian kedai 'G-mart' yang dianjurkan oleh agensi kerajaan, kenapa ianya gagal? Kerana kaum cina sebagai pembekal khianati bangsa dan peniaga Melayu bagi mengagalkan usaha kerajaan menaikkan bangsa Melayu dalam perniagaan.

Apakah pemimpin-pemimpin UMNO diperingkat bahagian-bahagian sedang lakukan ketika ini? Apa yang mereka lakukan bagi membantu bangsa Melayu? Apa yang mereka lakukan dalam membantu pemimpin mereka yang diserang oleh pemimpin kaum lain mengenai hak-hak bangsa Melayu? Mereka sebenarnya masih tidur dan tidak peduli. Mereka masih mencari peluang mendapatkan harta dan mengongsikannya dengan kaum cina dan membiarkan bangsa Melayu terkapar-kapar.

Di Pahang, ada pemimpin yang sentiasa memberi peluang kepada kaum cina dalam segala hal termasuk kawasan balak kerana percaya orang melayu pandai berniaga dan tidak pandai dalam segala hal tetapi dalam masa sama mereka lupa bahawa mereka juga bangsa Melayu dan ibu bapa mereka bangsa Melayu, bangsa yang mereka katakan tidak pandai lakukan apa-apa itu.

Mungkin lebih baik jika kita berikan juga peluang DAP memerintah negeri Pahang ini supaya kita akan dapat rasai kenikmatannya. Tambahan pula DAP berjanji dan sanggup berikan RM1000 untuk membantu orang-orang miskin. Di Pahang masih ramai yang benar-benar miskin dan tidak mendapat bantuan kerajaan kerana Felcra hanya diberikan kepada kakitangan kerajaan bahkan ada yang suami dan isteri kedua-duanya mendapat saham berkenaan. Ada juga kisah dimana untuk mendapat borang Felcra mesti membelinya dengan nilai RM100 dari Penghulu atau orang-orang berkenaan. Tok Nan, bagun tidur tu dan pegi siasat!


Jika berlaku 13 mei sekali lagi, sudahkan bangsa melayu bersedian untuknya? Bangsa cina akan membeli apa pun dengan duit banyak yang mereka ada. Hatta pemimpin melayu pun sudah mereka beli, hehe ini kenyataan...

Baca juga blog sahabat saya Sri Tri Buana mengenai racism (klik)

18 August, 2010

POLITIK PAHANG - JONG PECAH YU KENYANG

Ini satu berita hangat dan baru diterima dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Perebutan untuk menjadi calon wakil rakyat Ahli Parlimen di Jerantut semakin bertambah hangat. Terbaru diberitakan bahawa seorang anak tempatan Jerantut yang pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah dan Setiausaha kepada bekas MB Pahang sedang di'lobi' untuk menjadi calon Ahli Parlimen Jerantut dalam PRU13 nanti.

Diberitakan juga pencalonannya disokong kuat oleh bekas Ahli Parlimen merangkap bekas Ketua UMNO Bahagian dan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian dalam era yang sama.

Sebelum itu ada desus-desas bahawa Dato' Sharif Shamsuddin, Pengerusi Tetap UMNO Bahagian akan dicalonkan. Jika benarlah berita terbaru ini maka akan hampalah harapan Dato' Sharif untuk menjadi AP dan akan sedihlah segala penyokong dan juak-juaknya kelak.

Bagaimanapun banyak pihak juga tidak menyukai calon yang disokong oleh bekas Ketua dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian ini kerana disifatkan sebagai satu lagi 'jerung putih'.

Nampaknya UMNO Pahang, khususnya Jerantut sedang sibuk mencatur calon-calon wakil rakyat PRU13 nanti. Apakah mereka sedar bahawa diatas sana, TMY sedang panas 'berperang' dengan Presiden MCA. Apakah sumbangan mereka untuk membantu mempertahankan pemimpin? Atau mereka hanya menanti untuk menangguk diair yang keruh atau mengharap jong akan pecah supaya yu akan kenyang.

17 August, 2010

MELAYU MESTI BERSATU PERTAHANKAN NEGARA TANAH MELAYU

Dulu bangsa Melayu pernah bersatu membebaskan negara dari Penjajah.
Ketika bangsa Melayu berjuang untuk kebebasan, bangsa asing hanya berjuang untuk diri mereka sendiri dan kini merka ingin mengambilnya dari kita. Apa akah kita biarkan begitu saja?

Sahabat saya menulis begini semalam;


Pihak ultra kiasu mahu menggulingkan kerajaan

Pihak ultra kiasu telah merangka sebuah perlembagaan baru untuk menghancurkan orang islam. Perkara ini didedahkan oleh Mufti Perak iaitu Tan Sri Harussani. Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

''Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga tidak membenarkan rumah bernilai RM150,000 ke bawah dibina di tengah bandar. Pulau Pinang kini ke arah menjadi Singapura. 'Jambatan kedua Pulau Pinang yang menjadi kebanggaan kita akan memudahkan pengusiran orang Melayu secara beramai-ramai dari Pulau Pinang," katanya.

''Dalam setiap tamadun manusia mesti ada pengkhianatan yang menghancurkan perpaduan. Kalau zaman Khalifah Usman dan Ali dulu ada Abdullah Ibn Saba yang melaga-lagakan umat Islam, zaman sekarang pun ada 'Abdullah Ibn Saba' yang menyebabkan perpecahan orang Melayu dan Islam di Malaysia," katanya. (Klik sini)



Dalam bentuk sindiran saya beberapa kali menulis mengenai kemerdekaan Pulai Pinang. Terbaru saya menulis lagi dengan tajuk Wilayah Autonimi Pulau Pinang sebagai respon kepada artikel di MalaysiaKini. (Klik sini)

Segalanya semakin nampak nyata bahawa ada usaha tersembunyi yang telah lama dirancangkan oleh bangsa Kiasu itu untuk merampas negara  Tanah Melayu ini dengan pertolongan bangsa Melayu sendiri. Dengan sokongan dari Pas dan PKR membolehkan bangsa kiasu itu bersatu diantara MCA, Gerakan dan DAP dalam mencapai cita-cita mereka.


Orang-orang Melayu seharusnya merasa takut dan curiga dengan penguasaan DAP terhadap Pulau Pinang di utara dan Singapura yang telah menunggu lama di selatan untuk melengkapkan penguasaan terhadap 'economic belt' di pantai barat Semenanjung.


Malangnya melayu haramjadah didalam Pas dan PKR bukan setakat hanya membiarkan ini berlaku malahan bersama dan menyokongnya. Mereka ibarat mengadaikan segala apa yang ada hanya untuk mendapat hanya sedikit apa yang dapat kiasu itu berikan. Melayu harus bangkit dan berjuang pertahankan hak-hak bangsa Melayu di bumi Tanah Melayu ini. Pilihan kita hanyalah PERKASA.



SETPOL-SETPOL SANA-SINI

Ini wajah Encik Setpol disini


Membaca di blog sahabat saya Parpukari, beliau mengenai mengenai Setpol MB Kedah yang menurutnya bertaraf bangang (baca sini) Kata Parpukari, Encik Setpol itu pun ada blog dan banyak menulis cetusan ideanya yang haprak didalam blog beliau (baca sini) 

Semalam saya menulis tentang seorang Menteri dari Pahang yang sungguh bijaksana menyelesaikan masalah harga dan bekalan bawang putih (baca sini) Kan kah bijak menteri-menteri kita ni? Sebelum itu, satu ketika semasa kenaikan harga dan kekurangan bekalan gula, kita juga pernah dengar MB kita pernah kata yang ala-ala sama juga....kurangkan makan/minum gula. (Yang itu tak ada kat sini, tetapi didalam blog Pahang Daily Online dan saya pun dah malas nk linkkan ke blog pro pembangkang tu. Kalau nak baca carilah sendiri).

Encik Setpol Pahang juga ada blog. Nama blognya 'cakap kecik' saja, tapi orang nya terlalu nampak ego dan besar kepala. Dia bukan saja penulis blog tetapi juga tenaga pengajar penulisan blog di Pahang dan sangat tersohor dari Kuantan hinggalah ke Rompin. Tapi Encik 'Ketam' ni ajar orang tulis blog tetapi blog dia sendiri sudah tidak lagi ditulis kerana dia asyik menumpu kepada Facebook kerana ramai sahabat-sahabat yang boleh dihubungi dan diayati. Maka gahlah dia didalam jaringan dia bersama sahabat-sahabatnya saja namun dia tidak sedar disudut lain orang menghentam MB di kiri dan kanan, mungkin dia sengaja tidak peduli kerana dia sedang dalam syok sendiri.

Encik Parpukari bersahabat baik dengan Encik Setpol ini dan pernah datang bersama blogger Syamsul ke Bandar Pusat Jengka semasa Konvensyen UMNO Pahang dulu untuk bertemu dengan Encik Setpol ini tetapi Encik Setpol ini terlalu amatlah sibuknya waktu itu dan tidak dapatlah mereka bertemu.

Rupanya tidak banyak sangatlah bezanya diantara Setpol di sana dengan Setpol disini. Encik Parpukari tak nak ke usik Encik Setpol disini pulak? Hehehe!!

16 August, 2010

CALON MB PAHANG - BUKAN SUSAH JADI MENTERI.....


Layak sebagai calon MB Pahang kerana kebijaksanaannya 
menyelesaikan masalah kenaikan harga Bawang Putih


Blog BUMIYANG menulis mengenai kemungkinan kenaikan harga ayam menjelang Hari Raya Aidil-Fitri nanti dan nasib orang Melayu serta kerajaan Malaysia yang sering kena buli oleh pembekal ayam. 


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Wira Mohd Johari Baharom bagaimanapun berkata bekalan ayam, telur dan daging untuk keperluan sepanjang Ramadan dan musim perayaan dijamin mencukupi dan jika sekiranya harga terus meningkat, kerajaan akan mengeluarkan permit mengimpot bagi menstabilkan harga berkenaan. (Baca sini)

Saya bersyukur kerana dan berterima kasih kepada menteri (Timb.) ini kerana tidak mengambil dan mengamal tindakan serupa seperti mana kebanyakan menteri-menteri terdahulu iaitu dengan meminta rakyat jangan makan ayam bagi tujuan menurunkan permintaan serta menurunkan harga ayam dipasaran.


Memang susah menjadi menteri dengan banyak bebanan dan tanggungjawab, bagaimanapun jika hendak senang lakukanlah seperti menteri ini (baca sini) Memberikan cadangan jangan makan bawang putih kerana harga bahan berkenaan yang meningkat. (Hehehe! Kalau malas nak berkerja, jangan jadi menterilah!)


Saya teringat akan cadangan dari seorang PM tidak lama dulu supaya rakyat kurangkan makan nasi. Jika demikian bukanlah susah sangat untuk menjadi menteri dan menghadapi masalah. Bila harga gula naik, kita kurangkan makan dan minum minuman bergula, harga ayam naik, kita kurangkan makan ayam, harga bawang naik, kita kurangkan makan bawang, bila minyak naik, kita kurangkan pengunaan minyak.


Untunglah Pahang ada menteri yang bijaksana seperti ini, peninggalan dan warisan dari PM terdahulu. (Klik sini baca blog Jelapang) Masalahnya Pak Menteri; bila rakyat sudah naik minyak dan naik darah, apakah yang Pak Menteri dan kerajaan nak lakukan nanti?







MEDIA SOSIAL PAHANG ANTARA TIKUS DAN LABU

Wajah Si Tikus yang membaiki labu Media Sosial Pahang. 
Bila lagi nak adakan kursus blogger? Peruntukan masih banyak kan?
Kita sebat je lah, hehe


Sangkakala, adalah sebuah blog yang berada didalam liga blogger Jerantut di bawah link Suara Prihatin UMNO Jerantut. Terbaru blog Sangkakala menulis berkenaan blogger yang sepatutnya tidak dipolitikkan oleh tokoh-tokoh politik kita. (Klik sini)




Apa yang hendak kita sampaikan kepada UMNO Pahang terutama UMB Pahang dan Biro ICT Pahang bahawa sekarang ini seakan ada satu kebangkitan suara dari para blogger di pahang ini yang tidak bersefahaman dengan pemimpin kerajaan (bukan parti UMNO) kerana alasan yang tertentu.




Apakah UMB Pahang hanya akan membiarkan kudis ini bernanah dan menjadi pekong didada? Saya melihat kebangkitan ini harus disekat kerana jika tidak pasti ia akan memberikan impak yang tentunya bukan sedikit kepada UMNO dalam PRU13 nanti.




Saya telah banyak kali memberikan isyarat untuk difahami oleh pemimpin kita namun nampaknya mereka masih terlena dalam mimpi dan berharapkan DS Najib mampu selesaikannya. DS Adnan harus melihat bahawa dalam pentadbirannya ada musuh dalam selimut yang dengan sengaja membiarkan dia jahanam.



15 August, 2010

UMNO PERTUBUHAN SIASAH TIDAK BERMORAL?

DS Adnan ~ Pemimpin berjiwa besar...(?)



KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Umno hari ini meminta bantuan sahabat maya untuk menaikkan semula imej serta nama parti itu yang sering menerima pelbagai tohmahan oleh pihak tertentu, terutama parti pembangkang.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengki Mansor berkata, sejak lima tahun kebelakangan ini, pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada Umno sehingga parti itu dilihat seperti pertubuhan siasah yang tidak bermoral.

"Umno digambarkan seperti parti yang tidak berakhlak, yang seolah-olah hanya layak diletakkan di bawah kaki...saya sedih dengan keadaan ini.

"Kita tidak minta banyak...kita cuma minta diiktiraf apa yang telah dilakukan parti selama ini, apa yang telah dilaksanakan untuk kebaikan semua," katanya sempena majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan Facebook (FB) Media-Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
....(Sebahagian dari laporan BERNAMA, klik untuk baca sepenuhnya)





1. Kerajaan Pahang, UMB Pahang dan Biro ICT Pahang tidak akan mengambil langkah apa-apa mengenai saranan SU Agung UMNO ini kerana sudah tidak mampu untuk melangkah dan mungkin merasakan Pahang tidak terlibat dengan semua itu kerana rakyat Pahang tidak menggunakan Internet pun selama ini.


2. UMB Pahang dan Biro ICT Pahang tidak merasakan peranan blogger dan facebookers sebagai mampu pengaruhi undi sehinggalah nanti bila Pahang telah jatuh ke parti lawan baru mereka akan sedar bahawa selama ini mereka juga 'bebal'.


3. Yang meruntuhkan moral UMNO adalah para pemimpin UMNO sendiri, demikianlah bila pemimpin yang tidak bermoral dilantik secara tidak bermoral untuk menerajui parti. (dengan cara rasuah politik)


4. DS Tengku Adnan juga terlibat dalam meruntuhkan moral UMNO secara tidak langsung apabila mendiskriminasikan blogger pro kerajaan UMNO (Klik sini)


5. Baca juga isu kontroversi bh semalam mengenai UMNO Pahang dan ICT. (Klik)

LANJUTAN: UMNO PAHANG ~ PERTEMUAN DENGAN TPM DAN SETUJU DS ADNAN TIDAK DIKEKALKAN

Isyarat penghargaan MB Pahang terhadap blogger






Berikut adalah sebahagian dari komen yang saya pilih untuk disiarkan sebagai posting kali ini.


Saya sedar posting begini tidak akan menambah jumlah pembaca kerana mereka tidak berminat untuk mebaca hal yang remeh temeh begini, namun saya lakukan ini dengan penuh tanggumgjawab. Supaya pihak yang berkenaan dapat membaca dan menyedarinya. Supaya pihak lain juga akan tahu dan dapat membuat pertimbangan siapa benar dan siapa salahnya.


Saya masih berpendapat bahawa jika orang yang bekenaan masih memimpin UMB Pahang, saya pasti madia sosial Pahang tidak akan kemana dan ;pihak pembangkang akan mengambil kesempatan dari kelemahan ini untuk kemenangan mereka dalam propaganda dalam PRU13 nanti.


Terima kasih kepada semua yang ikhlas memberikan komen mereka;





Blogger MymassaVoice said...
bro,
belajarlah dari pengalaman dulu. umno selangor, umno penang, umno kedah semuanya berpecah sampai ada yang tolong kempen poster dan video puak2 haram jadah pembangkang. skrg apa dah jadi? negeri tergadai kat cina lg! tolonglah stop
kan kerja sonsang nih! kalau kita tak puas hati pun usahakanlah dengan cara yang lebih bijaksana. bukan dgn cara memanjangkan lagi kempen pembangkang haram jadah kepada org lain!
August 13, 2010 3:25 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...
Saudara Mymassavoice, 

Memang benar kalah pecah akan jatuh kpd pembangkang tapi sapa yg wujudkan perpecahan? Mengapa juak2 MB pilih bulu dlm soal blogger menyokong kerajaan?
Mungkin MB tak tahu tapi 'little napoleon' dia tau, diaorg yg decide sapa boleh dan sapa tidak boleh berjuang utk UMNO. UMNO akan hancur bukan kerana pembangkang kuat tapi UMNO banyak masalah dalaman.

Musa Kumil
August 13, 2010 11:04 PM
Delete
Blogger bRAVEhEART said...
Salam sdr. MymassaVoice, Malang awak tidak berada ditempat saya, dan malangnya awak juga tidak cukup bijaksana untuk selesaikan permasalahan ini dengan cara bijaksana dengan pemimpin yang tidak ada kebijaksanaan langsung. Pemimpin UMNO tidak pernah belajar untuk berubah. Kejatuhan Kedah bukan kerana pencacai UMNO tetapi kerana pemimpin UMNO yang lebih pentingkan diri masing-masing. Ingat, sedangkan Tun Mahathir sanggup mereka khianati, ini kan pula rakyat marhaen. Dan yang lebih penting adalah awak perlu belajar lebih banyak lagi sebelum cuba mengajar saya tentang pengkhianatan ini, bukan saya yang mengkhianatyi mereka tetapi mereka yang mengkhianati saya. Saya cadangkan awak diam saja kerana itu lebih baik untuk awak kerana pemimpin UMNO Pahang tidak pun merasakan ini sebagai ancaman dan awak pun bukan pemimpin UMNO Pahang. Just shut-up!
August 14, 2010 12:19 AM
DeleteAnonymous 
Anonymous sangkakala said...
Apa yang braveheart cakap itu betul. Dah banyak juga blog-blog bersuara sebelum ini. Bloggers jangan dikucai. Kalau dikucai tahulah akibatnya. Jangan atur bloggers seperti pemilihan umno kampung. Sebaliknya peranan pemimpin menerima semua tanpa ada usaha melaga. Ini tidak, gunakan bloggers baru untuk tibai orang lama buat apa?.
August 14, 2010 9:38 AM
Delete
Anonymous SPU said...
Salam Tuan,
Blogger generasi pertama Pahang tentu lebih faham mengenai segala yang berlaku. Kami masih berharap agar pihak UMNO Pahang mengambil tindakan yang bijak dan menyelesaikan kekusutan ini dengan segera kerana jika tidak ianya akan merugikan UMNO Pahang sendiri. Saya rasa bh tentu akan ingin bertolak ansur sekiranya penyelesaian ingin dicari dan sebagai seorang dari blogger generasi pertama Pahang saya juga rasa disisihkan selama ini dan saya rasa ramai lagi pihak yang merasakan demikian, seseorang harus berani bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan.
August 14, 2010 9:52 AM
Delete
Anonymous UMBJerantut said...
Cuba lihat apa sebenarnya yang berlalu sehingga blogger Pahang seperti Warisan pahang, Yanggambi,seratah, jurirakyat, musang tembaga dan banyak lagi sudah tidak lagi aktif berblog? Cuba tanya kenapa? Dan manakah blogger generasi kedua Pahang dari UMB Pahang? Ini semua kes mengenyangkan perut little napoleon tu saja..gamaknya..
August 14, 2010 9:59 AM
Delete
Anonymous
Anonymous Anonymous said...
Inilah jadinya bila kepimpinan UMNO Pahang meletakkan unit media/blogger di atas bahu org yg ada kepentingan... MB Pahang dan lain-lain pemimpin tidak pernah peka dgn blogger-blogger pro kerajaan... kalau ada yg ikhlas menulis, ada pihak yg menghentam, mengenepikannya.. kalau kita lihat, ketua UMB UMNO Pahang lebih byk menerajui golongan muda FB dgn cerita2 bertonyeh.....bukan nak menangkis tomahan pembangkang....
August 14, 2010 11:58 AM
Delete
Blogger bRAVEhEART said...
Salam,
Saya pernah menegur bahawa UMB Pahang dibawat Dato' Sam hanya memberi tumpuan kepada facebook semata-mata dan leka dengan rakan2 muda remaja dengan isu-isu yang menyukakan hati mereka sendiri saja. Saya melihat bahawa demi kemajuan UMB Pahang sesuatu harus dilakukan dan seseorang harus mengundurkan diri bila sudah tidak mampu berperanan dengan baik lagi.
August 14, 2010 12:08 PM
DeleteDelete
Anonymous Anonymous said...
Salam bro, ada beberapa perkara yg saya mungkin tidak setuju dgn cara tulisan tuan dlm blog.... itu ikhlas dari saya... tetapi dlm bab artikel ini saya setuju amat...banyak kebenarannya...

Saya teringat sewaktu menjadi peserta Konvokesyen UMNO Pahang di UITM Jengka yang lalu, kebetulan saya dipilih menjadi peserta dalam bengkel Unit Media baru.... disitulah saya lihat ada pihak yang berkepentingan untuk mengaburi mata MB Pahang serta Kepimpinan lain... dari tinjauan saya dalam dunia blog pro UMNO di Pahang, terlalu banyak blogger-blogger yang menulis secara ikhlas dan banyak yang terkenal, seperti tuan BH berserta sahabat2 blogger yanggambi, warispahang, YB Raz dan lain-lain yang menulis tanpa berhenti. Tetapi apa yang berlaku, penganjur bengkel lebih mengenengahkan blog Dtk Sam dan Dtk Shaharniza, walau ada dikalangan peserta bengkel menyebut2 nama blogger ini untuk dipaparkan..apa yang saya tahu dua orang ini sudah lama tidak menulis blog, kalau ada pun sekadar mempromot diri sendiri...

Inilah UMNO Pahang, sentiasa mencemburui akan kelbihan serta keikhlsan perjuangan orang lain...UMB yang diterajui Dtk Sam melalui FB,
cuba kita sama-sama tinjau betul-betul, apa mereka buat.....

Saya ada juga meniliti beberapa penulis blog yang dilahirkan oleh JASA Pahang, banyak saya lihat mereka menulis utk menangkis segala kemungkaran pembangkang, tapi langsung tiada keperhatinan UMNO pada mereka, malah saya pernah jumpa UMB Pemuda UMNO dalam FB menghentam, mengkritik JASA secara terbuka, sedangkan kita tahu dikalangan JASA boleh dikatakan 100% pegawainya lahir dari perut UMNO.....

Kalau inilah sikap kepimpinan UMB Pahang dibawah bosnya Dtk Sam, saya yakin Kepimpinan UMNO Pahang akan sentiasa dikaburi mata dengan kepincangan mereka.....

Saya pada mula tertarik dengan paparan-paparan blogger-blogger Pahang, tetapi mulai hari ini saya namapk ianya lebih kepada syok sendiri mengikut acuan Dtk Sam...tak salah kalau saya katakan kejatuhan Datuk Seri Adnan selaku Menteri Besar Pahang kerana sikap Datuk Sam selaku Setiausaha Politiknya..... Datuk Shakar juga syok sendiri dengan
gaya tersendiri, berlagak.......
August 14, 2010 2:42 PM
DeleteDeleteDelete
Blogger bRAVEhEART said...
Salam Anon 2:42,
Tuan telah menyatakan kebenarannya. Apakah ada sesiapa fikir bahawa saya sengaja ingin memburukkan dan meruntuhkan UMNO? Tetapi dalam masa sama pemimpin itu yang memimpin UMNO maka mereka patut diperbetulkan dengan apa cara sekalipun. Tahukah bahawa saya telah datang pada hari konvensyen bersama Parpukari dan Samsul @ Marahku bagi mencari perdamaian tetapi pihak satu lagi menolak dan melarikan diri. Dia sememangnya seorang pengecut, dan setelah itu saya sedar bahawa sememangnya UMB Pahang sudah tidak ingin memperbaiki keadaan ini dan akan terus menyalahkan saya. Tetapi saya akan tetap bersuara walau sebagai pembangkang sekalipun. Saya tidak akan berketuakan sipengecut sampai bila-bila pun dan saya akan terus menulis mengenai ini sehingga ianya berakhir. Blogger Megat Pisau juga telah menceritakan kepada saya apa sebenarnya yang berlaku didalam kursus blog yang UMB Pahang anjurkan dulu. Sebenarnya saya terhimpin diantara 2 kumpulan yang ingin berkuasa. Mungkin saya dianggap sebagai pro kepada satu kumpulan itu maka kumpulan yang satu lagi terus menyisihkan saya. Inilah buruknya politik dalam UMNO di Pahang. Suka atau tidak saya akan tetap bersuara dan terus menulis mengenainya dan mereka itu. Cuma saya harap mereka diluar
sana akan faham dimana kebenarannya ~ bh
August 15, 2010 5:24 AM

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...