29 September, 2010

KENYATAAN DARI SEORANG MENTERI YANG ....

 Melayu? Porah!! Malaysian first, Malay second!
Memang susah menjaga lembu jika tidak bertali.


Tertarik untuk membincangkan polemik tentang kenyataan akhbar Menteri di Jabatan Perdana menteri yang sering menumbulkan kejengkilan ramai. Terbaru beliau bertelingkah lagi dengan wartawan Utusan Malaysia Awang Selamat berkaitan dengan Bangsa Melayu dan mengenai Perkasa.

Yang jelas adalah Nazri seakan cuba mendapatkan publisiti murahan sejak dulu lagi termasuk dengan membuat kecaman terhadap mantan PM Tun Dr. Mahathir. Perlakuan Nazri sejak akhir ini telah mewarnakan wajahnya sebagai seorang menteri yang sukakan pergaduhan, kurang ajar dan tidak bertunjangkan kepada bangsa Melayu.

UMNO sebagai sebuah parti politik telah ditubuhkan untuk memperjuangkan bangsa Melayu. Tidak timbul soal rasis disini kerana penubuhan MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti komponen BN termasuk dari Sabah dan Sarawak pun dengan asas yang sama. Soalnya bagaimanakah Nazri yang tidak menganggap dirinya pejuang bangsa melayu boleh jadi ahli dan dilantik sebagai pemimpin mewakili UMNO?


Jika benar demikian maka benarlah Nazri tidak berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negaranya melainkan adalah untuk dirinya sendiri sahaja. Pemimpin yang mengutamakan perjuangan diri melebihi Agama, Bangsa dan Negara memang patut disingkirkan. Nazri tidak berhak menganggotai UMNO dan tidak berhak menjadi pemimpin UMNO sebenarnya.


Terbaru, laman blog Lenggong Valley melaporkan begini:
...Without regards to the sentiments of the people, Nazri arrogantly proclaimed that he only worked for Prime Minister Datuk Seri Najib, who had appointed him with consent from His Majesty the Yang DiPertuan Agong.

Consequently, the question that arose in the mind of the Malays was whether the Prime Minister did actually direct him to run down Utusan Melayu and paint an ugly image of the vernacular newspaper among the non-Malays.
Timbul juga persoalan didalam hati kita, apakah kenyatan yang Nazri keluarkan mengenai perkasa adalah juga apa yang diinginkan oleh PM, ini kerana beliau menyatakan bahawa beliau berkerja hanya untuk PM semata-mata. Apakah kemahuan PM juga supaya UMNO jauhi Perkasa serta menolak Perkasa kepinggir?

Yang jelas adalah Perkasa perjuangkan bangsa Melayu. Apalah UMNO jika perjuangannya tidak berasaskan bangsa Melayu juga? Ada keraguan bahawa Nazri tidak jujur dalam memberikan sokongannya terhadap PM kerana ada pendapat beliau mempunyai agenda tersembunyi kerana itu beliau sengaja melakukan sesuatu yang akan mencalar imej PM bagi memberikan kesan jangkapanjang.

Baca juga - Nazri Perlu Tutup Mulut (di blog Lenggong Valley)
Alahai Nazri - (Bisik-bisik Mingguan)

 

28 September, 2010

PKR - PARTI ANAK BERANAK YANG SEDANG MEREPUT


Siapa lagi yang kau nak tipu wahai si peliwat? Kenapa bila wartawan soal pasal kronism kau tergagap-gagap nak jawab?


Akhirnya PKR huruhara semasa pemilihan di peringkat cabang sedang berlangsung. Ini berikutan perebutan kuasa didalam PKR sendiri serta reformasi yang berlaku dari akarumbi.

PKR adalah sebuat parti yang tidak ada asas perjuangan yang kukuh melainkan ditubuhkan atas kepentingan seorang peliwat tegar bernama Anu-arr. Ramai menaruh harapan tinggi terhadap parti ini yang diibaratkan sehelai kain putih, namun kain yang disangka putih itu memang sesuai dengan namanya 'Parti Koyak Rabak' .

Siapa tak kenal Anu-arr, seorang pemidato yang baik pemimpin berbakat besar menjual temberangnya di kakilima. Sesuai untuk melariskan jualan minyak urut, minyak lintah serta KY Jelly. Setaraf dengan beberapa tukang ubat yang berlambak di KL. Temberang sana temberang sini. Sana cakap lain sini cakap lain. Perjuangannya hanya satu, untuk kepentingan diri sendiri serta berharap menjadi Perdana Menteri.

Apa jawapan Anu-arr bila ditanya mengenai kronism dan nepotism? Anak dan isterinya bukan kronism, tetapi jika berlaku pada orang lain maka hukumnya akan menjadi kronism. Tentu tak banyak bezanya dengan Pas. Untuk sendiri HALAL dan untuk orang lain HARAM - memang haramjadah dulu, kini dan selamanya.


Maklumat baru dari pejabat PKR, semua keputusan pemilihan cabang di seluruh negara telah dibatalkan, keputusan itu dibuat oleh setiausaha agung PKR, saifuddin nasution dalam satu mesyuarat tergempar parti itu tadi. Tak pasti kenapa tapi menurut sumber, itu lah keputusan saifuddin selaku setiausaha agung pkr. Jikalah berita ini benar maka PKR telah mencipta satu lagi rekod baru iaitu membunuh demokrasi atas nama demokrasi.


Bagaimanapun kerana Anu-ar segalanya pasti boleh dan pasti mungkin. Apa agaknya komen beruk-beruk reformasi upahan dulu tu? Harap-harap mereka akan insaf dan balik kepangkal jalan. Benar bahawa UMNO bukanlah yang terbaik tetapi yang jelasnya PKR adalah lebih buruk lagi. Jika UMNO busuk diusus, maka PKR busuk dari usus hingga ke lubang duburnya sekali. Liwat...jangan tak liwat!


Rujuk blog;

27 September, 2010

NAZRI AZIZ DURI DALAM DAGING PERPADUAN BANGSA MELAYU


'Anjing ini dah lama patut di halau ke hutan....buuoof!'



Dari blog MUMMY ROKIAH

Bekas Perdana Menteri  berkata, ini kerana usia beliau telah pun menjangkau 85 tahun.


"Jadi, tak ada keinginan nak jadi Perdana Menteri. Tolonglah bagi tau kat Nazri ni (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz), dia ingat saya nak jadi Perdana Menteri.


"Dia jadi Menteri pun kerana saya angkat dia, tapi orang macam ini, kita suap dia dengan nasi, dia gigit tangan kita. Inilah manusia yang jadi pemimpin sekarang ini," katanya hari ini.


Beliau berucap di hadapan hampir 20,000 penduduk terdiri daripada pelbagai kaum pada Perhimpunan Melayu Perkasa anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini.
(Sumber : Utusan Malaysia)


Baca juga di blog-blog:
mesin taip buruk
KEPAL NASI KEPAL BERAS
The "thirteen million plus ringgit' Guy Rambles (bigdog)


Rata-rata blogger mengutuk Nazri Aziz dan meminta beliau melepaskan jawatannya sebagai menteri dan turut meninggalkan UMNO. Beliau dilihat sebagai pemangkin kepada perpecahan sebuah bangsa bernama Melayu. Dalam keadaan Perkasa berjuang untuk menyatukan ummah dimana mantan Perdana Menteri turut juga berusaha kearaah itu meskipun umur sudah lanjut, Nazri dengan lancang mengeluarkan kenyataan biadapnya antaranya begini: “Jangan cakap banyak, kalau PERKASA anak jantan, daftarlah sebagai parti politik. Buktikan ianya masih mendapat sokongan orang Melayu”, cabar Nazri di majlis rumah terbuka beliau di Kuala Kangsar.




Haah! Ini gambar si rintik anak si borek yang bukannya Melayu
~ bapak kau pun sama macam kau ye?


Soalnya kerana apa kita mesti ada seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang ada agenda tersendiri? Disaat bangsa Melayu cuba disatupadukan beliau pula cuba memusnahkannya? Apakah beliau mendapat isyarat dari PM DS Najib? Atau beliau memberi isyarat kepada PM bahawa beliau bebas dan tidak menurut kata siapa-siapa? Mungkin juga ada agenda bersama pihak tertentu untuk menjatuhkan PM? Apakah ini bertujuan untuk menstabilkan kelemahan UMNO ketika PKR berada dalam keadaan yang kucar-kacir dan lemah ketika ini?


Kita tidak ada jawapan yang pasti tentang soalan-soalan tadi, bagaimanapun yang pasti adalah sikap Nazri Aziz sudah sangat melampaui batas. Kebebalannya membuatkan dia lupa bahawa UMNO juga diasaskan demi perjuangan bangsa Melayu. Orang-orang Melayu tidak ingin bertuankan pemimpin yang tidak bersemangat dan berusaha untuk membela bangsa Melayu.


Nazri adalah duri dalam daging UMNO, juga Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan DS Najib dan bahkan kepada bangsa Melayu seluruhnya. Kita ingin melihat ketegasan PM untuk melakukan tindakan keras dan tegas terhadap beberapa orang menteri yang seperti ini. Nazri langsung tidak berhak bercakap mengenai Melayu jika dia tidak mengiktiraf kemelayuannya. Mari kita tunjukkan jalannya untuk keluar...


Nazri hanya seorang pengampu setiap PM dalam masa sama cuba menunjukkan kekuatannya dan mencari simpati dengan menghentam mereka yang sudah hilang upaya. Seluruh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia benci dan menolak beliau. Sila buang pemimpin ini ke pusat pelupusan!











25 September, 2010

POLITIK PERKAUMAN LKY SUBUR DI SINGAPURA

Hiasan: Setakan ini hanya TDM mampu mengekang keegoan LKY
Wajar beliau dilantik sebagai Menteri Penasihat dalam kabinet DS Najib



Malaysia tidak pernah menganggap Singapura sebagai ancaman namun Singapura dibawah LKY sentiasa menjadikan Malaysia sebagai alat provokasi menakutkan rakyat Singapura seolah-olah Malaysia adalah satu ancaman besar bagi Singapura.

Rakyat keturunan cina ditakutkan seolah-olah Melayu Malaysia menindas kaum Cina dengan zalimnya sedangkan di Singapura sendiri bangsa Melayu dipecah-pecah dan diperintah sehingga tidak mampu lagi untuk bersuara.


Berikut saya siarkan sebuah catatan dari blog seorang sahabat saya, namun terdapat sedikit ubah suai dan susunan semula bagi tujuan memudahkan pemahaman dan kelancaran pembacaan. Posting asal dari blog SUARA MAJLIS tulisan Dato' Azizan Yaakob. (Klik sini)



Lagenda Nusantara di abad ke13 mengisahkan tentang seorang raja mengarahkan rakyatnya di Temasek menggunakan betis sebagai benteng serangan ikan todak.

Di takdirkan, muncullah seorang budak yang memerhatikan kedunguan raja dan pembesar-pembesar menjadikan rakyat sebagai benteng pertahanan, maka ramailah rakyat mati bergelimpangan. Budak itu tampil menasihatkan raja supaya banteng manusia itu digantikan dengan batang pisang. Logiknya, apabila todak melanggar batang pisang akan tembus dan melekat lantas todak berkenaan mudahlah untuk dibunuh
.
Raja menerima buah fikiran itu dan ternyata berjaya. Bagaimanapun budak itu dibunuh kerana keegoan raja tidak mahu ada yang lebih pintar mendiami pulau tersebut atas nasihat dan hasutan para pembesarnya.

Lagenda ini terlalu futuristik. Ada banyak futuristik penglipur lara dari zaman kezaman.  Sekitar 1960an P. Ramlee mengarah dan melakon layarkan "orang jual orang" dalam banyak siri filemnya. Hari ini kita sibuk dengan perkataan lain " permedagangan manusia" yang benar-benar menjadi perusahaan yang menguntungkan !

Selepas sekitar 600 tahun lagenda  Singapura dilanggar  todak,  peristiwa itu kembali menjadi realiti masyarakat Singapura selepas merdeka dari Malaysia 1965 hingga sekarang.

Singapura adalah sebuah negara demokrasi. Demokrasi adalah sebuah pemerintahan rakyat untuk rakyat sepertimana yang semua kita memahaminya. Demokrasi adalah keputusan berdasarkan suara terbanyak.
Mengikut catatan, terdapat tidak kurang lapan pertubuhan parti politik di Singapura iaitu; PKMS ( Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura), PKS (Parti Keadlian Singapura), PRS (Parti Rakyat Singapura), PSN (Parti Solidariti Nasional),  PDS (Parti Demokratik Singapura),  PP (Parti Pekerja/Workers Party),   DPP (Demokratik Progressive Party) dan  PAP (Peoples Action Party).

Sebenarnya walaupun diadakan pilihan raya umum Singapura, namun akhirnya setiap kali itu juga PAP menang semua.  Tidak ada parti lain berjaya menyaingi kekuatan PAP. Oleh itu PAP memerintah secara mutlak .  Hakikatnya, Singapura diperintah melalui system ‘Satu Parti’ dan pembangkang hanya dilantik dari parti-parti politik yang tewas mengikut cita rasa PAP.

Di dunia ini banyak negara diperintah melalui sistem ‘Satu Parti’. Yang pasti adalah negara-negara dengan sistem beraja (absolute monarchy), pemerintahan parti komunis, pemerintahan tentera,  pemerintahan dictator,  regim rampasan kuasa dan lain-lain termasuk negara demokrasi yang tidak  liberal demokrasi seperti Singapore. Menampakannya demokrasi hanyalah kerana adanya pilihan raya umum, itu sahaja.

Dalam konteks negara mundur dan negara sedang membangun atau negara yang  merdeka selepas perang dunia kedua, semuanya mengaku bahawa mereka memerintah secara demokrasi hatta negara yang diperintah oleh regim rampasan kuasa pun mengakui  mereka demokrasi. Mereka mentafsir demokrasi itu bersandarkan helah mereka.

Mengapa saya kata Singapura tidak demokratik?  Mustahil di sesebuah negara demokrasi calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya dari berbagai-bagai parti  tidak ada seorang pun yang menang.  Ini mesti ada masalah yang ‘terkurung’ jika dikaji secara dalam. Tidak mungkin sentiasa akan begitu kerana sebaik manapun parti politik pemerintah mesti ada kelemahannya. Amat mustahil juga parti-parti yang bertanding menghantar calon-calon yang sangat lemah dan tidak berwibawa.

PAP  pasti menyekat sedaya-upaya mana-mana ahli politik bijak dari parti lain kerana mereka tidak mahu ada model atau idola yang rakyat boleh lihat kepimpinannya dan kelak akan mempengaruhi fikiran rakyat. Ia sangat bahaya kepada system pemerintahan mereka. Jika terjadi juga, maka mereka akan kawal dengan cara lain, setidak-tidaknya dengan memperlahankan volume suara melalui berbagai sekatan.

Tujuannya adalah bagi memelihara kuasa nepotisma dan kronisma dinasti politik PAP turun temurun. Mana-mana pihak yang lantang akan disanksi hingga tidak bersuara lagi.

Diversi selalu dilakukan kepada rakyat Singapura supaya tidak focus kepada apa yang berlaku disekitar kehidupan politik mereka. Rakyat Singapura selalu  ditakutkan dengan  Singa, harimau atau naga dikalangan negara tertangga yang hampir seperti  Malaysia dan IndonesiaMalaysia selalu menjadi mangsa provokatif pemerintah republik demokratik pulau itu. 

Terbaru, LKY  mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia melakukan diskriminasi terhadap kaum lain. Kita tidak faham apa yang tersirat, melainkan apabila majoriti rakyat Malaysia ‘melompat’ dia akan kata " look at your enemy!" kepada rakyat Singapura supaya berhati-hati dengan 'musuh' diMalaysia. Rakyat Singapura akan kecut perut!

Inilah yang dilakukan oleh LKY sepanjang kehidupan dan karier politiknya.  Sesungguhnya Malaysia tidak pernah terfikir bahawa Singapura sebagai jiran terdekat adalah musuh nombor wahid.  Namun demikian Singapura tetap dan sentiasa mengujudkan sensitiviti kepada rakyatnya dengan berbagai persediaan  seolah-seolah bila-bila masa akan berperang.

Kita percaya bahawa selepas LKY sudah tidak ada lagi nanti gaya politik sedemikian. Fikiran rakyat Singapura akan lebih terbuka dan bebas kerana tidak ada lagi ‘penyakat’ seperti LKY yang akan sentiasa menakut-nakutkan mereka. Kepimpinan baru juga akan lebih bebas dari menyakat rakyat, kerana tidak ada keuntungan memerintah rakyat dalam psikologi sentiasa ketakutan.

Rakyat Singapura juga kelak akan lebih terbuka dalam memilih kepimpinannya di dekad mendatang. Calon-calon yang baik dari parti lain akan menang dalam pilihan raya apabila berlaku tsunami politik di negara pulau itu suatu hari nanti.  Itu saya pasti dan hanya masa akan menentukan.

24 September, 2010

IZZAH TANDING NAIB PRESIDEN?

Jawatan tertinggi parti hanyalah untuk ahli keluarga Anu-arr sahaja, yang bukan ahli keluarga hanya layak jadi ahli biasa dan pencacai saja...inilah perjuangan, hehehe!



Puteri Reformasin, Nurul Izzah Anu-arr mengesahkan akan tanding jawatan Naib Presiden PKR november nanti. (Baca Pejuang Bangsa  dan Kedah Ke KL )


Maka PKR akan mendabik dada dan mengatakan bahawa suburlah demokrasi. Maka suburlah demokrasi ala Anu-arr dari mulut hingga ke lubang jxxxr.


Atas nama demokrasi Anu-arr memijak bendera UMNO kemudian ada hati nak jadi PM melalui UMNO, kerana itu Anu-arr masih ada hati dengan UMNO, nak nanti peluang masuk UMNO, rakan-rakannya masih ada dalam UMNO dan sering berusaha untuk menarik Anu-arr naik semula.


Mimpi 16 September akan berterusan. Diluar negara, imej Malaysia sentiasa dicalar supaya DS Najib dilihat sebagai tidak mampu tandbir negara, supaya orang akan melihat bahawa Malaysia memang perlukan Anu-arr sebagai pemimpin yang berwibawa.


Sabah dan Sarawak sedang dipancing untuk membelot BN bagi membolehkan Anu-arr mengambi kesempatan dari ketidakstabilan politik dalam komponen BN.


Pemimpin adalah mereka yang berjalan dihadapan dan membawa pengikut kearah yang dituju, tetapi Anu-arr akan meminta pengikut berjalan dihadapan dan dia akan mengikut dari belakang - awasi belakangmu! Hehehehe! Awww!

23 September, 2010

PROTES TUNTUT TUTUP KEDUTAAN MALAYSIA



JAKARTA 22 Sept. – Kira-kira 500 rakyat Indonesia melancarkan protes bermotosikal di luar kediaman Duta Besar Malaysia di Jakarta hari ini untuk mengutuk penderaan ke atas pembantu rumah dari negara ini oleh majikan di Malaysia.  (Utusan Malaysia)

Adakah NGO kita yang ingin mengadakan demo meminta kedutaan Indonesia juga turut ditutup? Atau demo meminta pekerja-pekerja dari Indonesia juga turut kembali ke tanahair mereka?


Siapa agaknya dibelakang demo-demo berkenaan? Masihkah kita ingat seorang penuntut univ. tempatan, yang pernah mengadakan demo menentang kerajaan dan memijak bendera UMNO, yang akhirnya juga menyertai UMNO dan sampai ke tangga no. 2?


Akhirnya dia jatuh juga kerana tuduhan liwat, beberapa kali meliwat. Kahkahkah!

UMNO MENJELANG PRU13




Gambar ini dipetik dari blog Tukar Tiub (klik)

Bloggernya ketawa berdekah-dekah;..kah..kah..kah
mentertawakan UMNO yang masih hilang punca
yang masih tidak dapat menarik minat dan sokongan golongan muda 
bahkan golongan tua yang ada ini juga sudah beransur-ansur
meninggalkan UMNO,
ada beribu-ribu ahli UMNO Pahang yang masih belum mendaftar mengundi
demikian kenyataan EXCO berkenaan tidak lama dulu
apa yang pemimpin UMNO buat selama ini?
siapa sebenarnya yang sayangkan parti?
ada yang bodoh masih sombong
dan besar diri serta percaya bahawa
UMNO 'TIDAK' akan tumbang
seolah UMNO itu keramat sedangkan
merekalah yang menjatuhkannya
dan rakyat membenci UMNO kerana membenci mereka

22 September, 2010

'PERKASA'KAN MELAYU

 Setidak-tidaknya, Ibrahim Ali berani mencium keris 
dan tidak dengan ketakutan memohon maaf kepada kaum lain 
sebagaimana Melayu yang satu itu



Semua bercakap mengenai perpaduan Melayu. Memang Melayu itu Islam walaupun Islam itu bukan Melayu. Memperkasakan Melayu juga bermakna memperkasakan Islam di Malaysia, semua orang tau itu melain Pas totok yang matanya sudah dikaburkan oleh politik syurga mereka hanya untuk mereka sendiri saja. Tetapi soalnya, bagaimanakan Melayu boleh bersatu padu tanpa mengira kecenderungan politik masing-masing?


Mustahil Melayu dan bersatu padu didalam Pas. Melayu UMNO pasti tidak akan menyertai Pas demikian juga Melayu Pas pasti diharamkan menyertai UMNO. Beginilah Melayu berpatah arang berkerat rotan dan taksub kepada parti politik masing-masing. Tidak seperti kaum Cina yang dengan senang akan duduk se meja dan membincangkan kepentingan kaum mereka walaupun mereka itu MCA, Gerakan ataupun DAP. 

Kaum Cina memang pintar berpolitik dan mereka mendapat segalanya untuk kepentingan kaum mereka dari semua sudut, yang mereka utamakan adalah kepentingan kaum, bukan parti politik kerana parti politik hanyalah wadah sedangkan natijahnya adalah kepentingan kaum mereka.


Apabila Perkasa ditubuhkan untuk menyatukan Melayu, Pas dari awal lagi sudah menjatuhkan hukum kepada Perkasa dengan melebelkan Perkasa itu sebagai UMNO. Lalu Pas menolak Perkasa. UMNO juga menolak Perkasa kerana pemimpin mereka takut kehilangan pengaruh. Bahkan mereka lebih takut apabila parti politik serta NGO kaum Cina melebelkan Perkasa sebagai rasis. Maka UMNO juga menolak Perkasa kerana kaum lain menolaknya, justru bagaimana Melayu dapat bersatu?


Kita sedih apabila ada beberapa kerat pemimpin Melayu yang begitu penakut untuk mengiktiraf Perkasa sebagai NGO yang perjuangkan bangsa Melayu. Apakah mereka lupa bahawa UMNO juga ditubuhkan untuk membela agama, bangsa dan negara? UMNO juga perjuangkan Melayu sama seperti Perkasa. UMNO dan Perkasa sepatutnya berjalan seiringan tetapi kenapa ada beberapa pemimpin UMNO yang bacul sehingga menolak kewujudan Perkasa?


Kaum lain memang tidak ingin melihat Melayu bersatu, mereka memang inginkan Melayu terus berpecah bagi memudahkan dasar pecah dan perintah mereka untuk terus menekan ekonomi dan politik bangsa Melayu, untuk terus mengagalkan dasar kerajaan terhadap bumiputera, untuk mereka terus dapat menguasai ekonomi negara.

Mari kita dengan berani dan penuh kesedaran sertai Perkasa dan menyatukan Melayu didalamnya. Klik Perkasa Pahang (disini).




20 September, 2010

TUN DR. MAHATHIR MALAYSIA, LEE KUAN YEW SINGAPURA

 Pemimpin yang mengangkat nama Malaysia ke persada dunia



Lee Kuan Yew selalu mandabik dada 'kunun' merekalah yang terbaik. Merekalah yang demokratik. Merekalah yang adil terhadap rakyat. Malaysia dituduh tidak berlaku adil kepada kaum Cina kerana mereka inginkan kaum Cina Malaysia tidak puas hati dan menolak BN serta memilih DAP, parti sepupu PAP yang memerintah Singapura. Menutupi hakikat bahawa mereka tersangat tidak berlaku adil kepada bangsa Melayu disana yang dipecah-pecah dan perintah serta ditekan dari setiap segi sehingga akhirnya Melayu Singapura sudah hilang kemelayuannya.


Apabila Tun Dr. Mahathir meninggalkan kerajaan, beliau meninggalkan parti dan segala jawatan yang pegangnya. Sehingga untuk menjadi perwakilan ke Perhimpunan Agung pun beliau terpaksa bertanding dan disekat. )Masih ingat siapa pengkhianat bangsa ketika itu yang menghalang Tun?)


Berbeza dengan Singapura yang 'kunun'nya demokratik itu, apabila Lee Kuan Yew tidak lagi jadi Perdana Menteri kekuasaan masih lagi dipegangnya. Maka dia diangkat menjadi Menteri Penasihat (Senior). Apabila Perdana Menteri itu tidak lagi menjadi Perdana Menteri maka tempat Lee Kuan Yew diisikan oleh bekas PM terbaru dan beliau melonjak lagi naik ke atas. Nampak seperti sistem piramid dalam perniagaan 'direct selling' - LKW akan sentiasa naik sehingga dia jatuh ke bumi dan menghembuskan nafas yang terakhir.


Malaysia menghadapi banyak cabaran dalam pentadbiran akhir-akhir ini. Penasihat yang bijak dan berpengalaman sangat-sangat diperlukan. Diluar sana masih ramai orang lama serta anak-muda yang tahu sejarah dan menghargai keupayaan Tun Dr. Mahathir. Kenapa tidak kerajaan sekarang ini memberikan satu penghargaan dengan mengangkat Tun sebagai menteri mentor? Rakyat masih dahagakan sentuhan Tun.


Apakah kita bimbang Singapura akan menuduh kita tidak demokratik? Atau kita bimbang DAP yang kebanyakan pemimpinnya juga sudah bertaraf 'kotai' dan tua bangka menuduh Tun gila jawatan walaupun umur sudah tua? Malaysia negara kita dan pemimpin kita harus lakukan sesuatu yang terbaik untuk negara dan rakyat negara kita - mengikut acuan dan kehendak kita sendiri, ini baru MERDEKA namanya.



19 September, 2010

PADA PANDANGAN SAYA TUN DR. MAHATHIR.....



Saya bangga sebagai rakyat Malaysia. Bangga dengan pencapaian dan kemajuan negara setakat ini. Bangga dengan PM yang bijak yang mencatat dan menggariskan kecemerlangan negara berbanding negara dunia ketiga lainnya. Tentu kita berterima kasih kepada semua PM kita dan diantaranya yang teramat cemerlang tidak lain dari Tun Dr. Mahathir Mohamed.


Tentu siapa saja akan berbangga dengan pemimpin mereka. Tentu kita inginkan PM kita seorang yang cerdik dan pintar, seorang yang prihatin dan mengasihi rakyat serta mudah didekati, seorang yang bijak kertindak atas kepentingan negara, seorang yang berperawakan menarik, seorang berani dan tegas, seorang yang dihormati serta digeruni kawan dan lawan.


Tun Dr. Mahathir adalah segalanya, dan ramai pemimpin serta rakyat negara luar menghormati beliau dan menganggapnya pemimpin luar biasa dari dunia ketiga. Malangnya kerana fahaman politik sempit ada dari rakyat Malaysia sendiri yang diasuh supaya membenci beliau.


Saya orang biasa yang tidak pernah dapat bersama TDM untuk mengetahui sikap beliau sebenarnya. Justru apa yang saya tulis adalah pandangan dari apa yang saya lihat dan dengar dari media massa dan apa yang saya terasa didalam hati saya sendiri.


Sewaktu beliau menjadi PM saya tidak berapa pasti bagaimana kerana waktu itu saya masih belum cukup dewasa untuk memahami politik. Bahkan saya pun tiddak peduli siapa yang patut menjadi PM sebenarnya. Bagaimanapun saya belajar mengenalinya dan apa yang beliau lakukan untuk memahami siapa beliau.


Perkara pertama yang saya ingat diakukannya adalah menyamakan perbezaan waktu diantara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang berbeza 30 minit. Nampak sebagai perubahan yang kecil tetapi memberi impak besar. Perbezaan 30 minit itu sebenarnya adalah 1 jam mengambil kira diawal dan dihujung hari diantara kedua-dua bahagian berkenaan. 


Menurunkan nilai RM berbanding dengan Dolar Singapura juga telah memberikan keuntungan besar kepada Malaysia dan memberi sedikit tekanan kepada Singapura. Dalam masa yang singkat Singapura sudah bukan lagi destinasi membeli belah warga Malaysia bahkan warga Singapura yang mengunjungi Malaysia sama ada untuk tujuan membeli belah atau pun pelancongan dan rekreasi.

Pembinaan KLIA juga telah mampu mengubah sebahagian dari destinasi pendaratan pesawat dari negara asing. Bahkan banyak lagi sebenarnya. Sehinggakan saya merasakan bahawa Tun Dr. Mahathir itu sendiri adalah Malaysia ini. Sehinggakan pemimpin selepas beliau kelihatan sudah tidak ada apa-apa yang hendak dilakukan lagi, sehinggakan ada yang digambarkan sebagai terpaksa mengisi waktu pendatbirannya dengan menidurkan diri.

Namun  ada juga pihak yang telah merosakkan penghargaan terhadap beliau sehingga melakukan sesuatu yang menghinanya sebagai seorang negarawan. Beliau pernah disembur pemedih mata semasa lawatan ke Kota Baru. Beliau penah dimalukan dengan disekat dari menjadi perwakilan dari bahagiannya ke Persidangan UMNO oleh ahli parti sendiri dengan bantuan beberapa ratus ringgit rasuah politik.


DS Najib kelihatan memiliki sebahagian besar watak yang dimiliki oleh mantan PM itu. Beliau hanya perlu lebih berani dalam bertindak serta jangan terlalu bertolak ansur yang akan membuatkan bangsa Melayu menganggapnya sebagai pemimpin yang tidak berani perjuangkan bangsa Melayu. DS Najib mesti benar-benar menjadi PM Malaysia.

18 September, 2010

AGENDA TERSEMBUNYI SINGAPURA



1. Lee Kuan Yew, Menteri Mentor Singapura tuduh Malaysia tidak berlaku adil dan menyisih kaum lain.

2. Tun Dr. Mahathir mantan Perdana Menteri menempelak dan menyatakan bahawa di Singapura Lee Kuan Yew melakukannya lebih teruk lagi dengan kaum Cina merangkumi 75% penduduk menguasai 95% ekonomi negaranya. Kuan Yew bercakap mengenai keadilan dan kesaksamaan antara kaum tetapi sebaik keluar dari Malaysia kaum Cina menjadi majoriti dan mendominasi republik berkenaan.

3. TDM kata, Singapura bukan negara berbilang kaum sebaliknya adalah negara kaum Cina dan rakyat minoriti tidak mendapat layanan yang sama.

4. Bila Kuan Yew dalam satu temubual, membayangkan Malaysia mungkin menjadi lebih baik jika tidak berpisah dengan Singapura membawa maksud tersirat bahawa keinginan atau desakannya untuk 'mensingapurakan' Malaysia. 

5. Kita harus sentiasa berhati-hati agar tidak tergadai tanah air yang kita cintai ini, kerana Singapura kelihatan ada agenda tersembunyinya...

TUN FAISAL PENCACAI KJ?

Ni gambar dia pegang 'konek'


Yang ini dia pegang 'mic', bukan 'konek'

Tun Faisal pencacai KJ dan spy upahan KJ selama ini? Susah nak percaya tetapi memang susah juga untuk menafikannya.

Beberapa kali saya menemui Tun Faisal dan terbaru adalah di Jengka Pahang tidak lama dulu sewaktu berlangsungnya Konvensyen UMNO Pahang. Bersama Tun Faisal adalah blogger House PK dan Sam blogger Marahku. Mereka berdebat mengenai kewajaran KJ mengambil peluang atas apa yang telah Perkasa lakukan sewaktu mengadakan demonstrasi aman.

Memang teruk Tun Faisal kena bantai namun beliau tetap pertahankan bahawa wajar KJ menonjolkan diri serta mengambil alih dan mengekepalai demo berkenaan walaupun khalayak ramai itu adalah atas usaha Perkasa.

Selain itu Tun Faisal juga nampak pro kepada Setpol Pahang Dato' Sam dalam hal yang berlaku di Pahang mengenai UMB Pahang. Saya menyangka segalanya hanya kebetulan, rupanya memang dia pencacai resmi KJ seperti yang dinyatakan oleh blog Anak Omak. (Sila klik)

16 September, 2010

BLOGGER MESRA KERAJAAN DITAHAN DAN GOMO SEDANG DIBURU

 Gambar hiasan



Beberapa orang blogger mesra kerajaan telah ditahan dan blogger gomo masih diburu. Baca posting sepenuhnya yang diambil dari blog papa gomo dibawah ini. 

Emmmm! Mamak, teh tarik satu, gelas besar!


Putrajaya 16 Sept : Kira kira 30 ribu ahli Pakatan Rakyat DAP, PAS dan PKR telah berhimpun di Sekitar Putrajaya bagi meraikan kemenangan mereka dalam menawan Putrajaya apabila kerajaan Barisan Nasional yang di terajui Dato Seri Najib tumbang awal pagi tadi.


Mengikut Laporan dari wartawan yang bertugas di lapangan Papa Diva memaklumkan bahawa pejabat pejabat kerajaan pada waktu ini sedang di kepung oleh penyokong penyokong pakatan rakyat yang mana sambil melaungkan "Berambus" kepada semua kakitangan kakitangan kerajaan yang ada di dalam bangunan.


Kereta kereta Menteri, Timbalan Menteri dan juga semua kereta Rasmi kerajaan telah berjaya di rampas oleh para penyokong Pakatan Rakyat malah Lori Najis yang di terdapat di Putrajaya juga berjaya di rampas oleh mereka ini.


Di Hadapan bangunan Utama pejabat Kerajaan Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim di iringi Tuan Guru Haji Hadi selaku Presiden Pas dan juga Lim Kit Siang DAP mengangkat tangan kearah para penyokong mereka sambil melaungkan "Reforbasi" berulang ulang kali sambil di ikuti oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang jumlahnya hampir 10 ribu orang.


Kelibat Dato Seri Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan para Menteri serta Timbalan Menteri tidak kelihatan pada masa ini di percayai telah bergegas keluar dari pejabat masing masing apabila Putrajaya berjaya di Tawan Pakatan Rakyat awal pagi tadi.


Laporan juga memaklumkan tedapat segelintir penyokong PAS yang telah berguling guling di atas jalanraya Bagi meraikan Kejayaan mereka menawan Putrajaya.


Kelihatan juga Roney Liu DAP dan penyokong mereka berarak memasuki Bangunan Kementerian Dalam Negeri. Namun sumber tidak dapat mengesahkan apa yang di lakukan oleh beberapa pemimpin DAP dan penyokong mereka di dalam Bangunan tersebut.


Mengikut laporan dari ibu pejabat Bukit Aman, arahan telah di keluarkan awal pagi tadi oleh Dato Seri Anwar Ibrahim selaku ketua Umum Pakatan Rakyat bagi mengerahkan Pasukan Keselamatan mengkuatkuasakan ISA dengan serta merta kepada mana mana Rakyat yang menentang kerajaan baru Pakatan Rakyat.


Laporan dari Haprakdaily juga memetik bahawa Pihak Polis telah berjaya menahan berpuluh puluh orang Blogger di bawah Tahanan ISA kerana mengeluarkan kenyataan yang menentang Kerajaan Pakatan Rakyat.


Di antara Blogger Blogger yang di Tahan di Bawah ISA awal pagi tadi:
GAP
Megat Pisau
Parpu Kari
DET
Garam Manis
Panglima Perang Cyber
RBF
Medan Info
Keris Putra
Jefrry Damien

Dan beberapa puluh lagi blogger lain.


Dalam usaha penahanan Blogger di bawah ISA awal pagi tadi juga satu kekecohan berlaku apabila seorang Blogger yang paling di Kehendaki Kerajaan Pakatan Rakyat Papa Gomo telah berjaya melepasi sekatan pihak Polis, Kastam, dan Imigresen dan telah melarikan diri dengan berlepas menaiki pesawat Air Asia menuju ke Bangkok, Thailand.


Laporan lanjut akan menyusul berhubung Kejayaan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dari wartawan Lapangan Papa Diva..........


Psssttt...bye bye...Gomo dah berlepas ke Bangkok dan Cambodia! He he he! Jangan marah ye!

We Have A Number???


PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
9 comments

15 September, 2010

CMK CALON SESUAI DUN PULAU TAWAR




Perkembangan semasa politik di Jerantut kelihatan semakin gawat. Sila rujuk blog Suara Prihatin UMNO Jerantut serta blog-blog didalam link-nya. Perebutan tempat sebagai calon Ahli Parlimen diantara Dato' Wan Amizan dengan Dato' Dr. Shukri bakal melemahkan UMNO/BN Jerantut.


Walau apapun yang berlaku di parlimen, yang pastinya kekosongan di DUN Pulau Tawar bakal berlaku. Soalnya siapakah yang mampu dan memenangkan UMNO/BN jika dicalonkan? Ada beberapa nama yang diberitakan akan diketengahkan antaranya adalah Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tn. Haji Nazlan, Sdr. Zukarmi, Dato' Hj. Nazri dan Pn. Khadijah Said.


Dalam keadaan UMNO Bahagian yang masih bercakaran ini saya berpendapat dalam PRU13 nanti bukan setakat UMNO/BN tidak mampu pertahankan Parlimen, bahkan beberapa DUN juga mungkin akan terlepas kepada pembangkang.


Dari maklumat yang diterima, Sdr. Mohd Shukri Mohd Ramli seorang blogger tersohor Pahang akan pengendali portal blog Pahang Daily Online akan diletakkan dikerusi DUN Pulau Tawar sebagai calon PKR. Sebagai seorang anak tempatan Pulau Tawar bukanlah susah bagi beliau untuk meraih undi dari kalangan saudara maranya disana. 







14 September, 2010

PERJUANGAN BANGSA MELAYU

 Lebih baik 'dua alam' seperti Cik Khairy;
yang berani tunjukkan keberanian
yang kaya tunjukkan kekayaan
yang malu JANGAN PULA tunjukkan kemaluan


Dalam kebanyakan sejarah perjuangan yang benar-benar berjuang adalah dari kalangan rakyat marhaen. Golongan bangsawan tidak berjuang kerana mereka hidup selesa diistana mereka. Mereka hanya menanti untuk diangkat sebagai pemimpin apabila perjuangan telah selesai.

Banyak contohnya. Jika kita ambil sejarah William Wallace pun sama juga, dan seperti saya katakan tadi banyak lagi contohnya yang boleh kita ambil. Perjuangan adalah bermula dari bawah, oleh rakyat. Sejarah negeri-negeri Melayu pun demikian juga. Yang benar-benar berjuang adalah dari kalangan rakyat. Sejarah kemerdekaan kita pun mungkin sama.

Perjuangan Melayu adalah sejarah perjuangan bangsa yang penakut. Berapa kerat antara mereka yang benar-benar berani berjuang? Kebanyakan perjuangan dipandang sepi oleh masyarakat umum. Tidak kira dimana zaman sekalipun, keberanian bangsa kita memang amat sedikit. 

Perjuangan bermula dikalangan rakyat sebagai minoriti yang memperjuangkan untuk keseluruhan rakyat. Apabila kejayaan sudah hampir didepan mata maka golongan bangsawan ini akan tampi kemuka dan mendabik dada sebagai pemimpin rakyat. Mereka itu golongan opportunitis.


Perjuangan bermula dikalangan rakyat marhaen dengan penuh keberanian namun apabila sudah diterajui oleh golongan bangsawan maka perjuangan itu berakhir dengan kebaculan.Siapakah pemimpin kita sekarang ini yang masih berani bersuara apabila maruah bangsa dicabar?


PERKASA yang cuba berjuang untuk mengangkat martabat bangsa Melayu juga cuba dinafikan oleh pemimpin-pemimpin hanya kerana mereka takut digertak oleh kaum lain. Mungkin orang Melayu kena lebih banyak minum air sabun seperti di zaman penjajahan Jepun dulu untuk bangkitikan kembali keberanian dan semangat juang bangsa.

13 September, 2010

PEMIMPIN MELAYU TIDAK LAGI BERANI BERJUANG UNTUK BANGSA



Nampaknya semakin lama UMNO semakin menipis. Pemimpin yang tinggal bukanlah dari mereka yang bersemangat dan berdarah pahlawan yang faham erti perjuangan seperti yang selalu mereka ucapkan; '.....demi agama, bangsa dan negara...'

Bagaimana rakyat dapat percaya lagi pada pemimpin yang memimpin sekarang ini? Yang jelas dan nyata tidak tentu hala tujunya. Kita semakin bertambah yakin bahawa dalau PRU nanti UMNO akan ditolak, bukan saja oleh parti komponen bahkan oleh orang Melayu sendiri.


Apabila pemimpin kita tidak punya keberanian mempertahankan Melayu, mempertahankan NGO yang perjuangkan Melayu, justru apakah gunanya lagi mereka itu sebagai pemimpin kepada bangsa Melayu dan Tanah Melayu?

KJ memang bodoh. Dato' Hiss memang penakut. MB Pahang pun sama penyangapnya pentingkan perut sendiri dan kroni tapi nasib rakyat tidak dihiraukan langsung. Hidup Rosmah! PM Satu Malaysia.

09 September, 2010

SELAMAT HARI RAYA



Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh! 

Dengan penuh keinsafan dan kesyukuran kehadirat Allah serta atas rasa kekhilafan sebagai hambanya, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Fitri kepada semua para pembaca, khususnya kepada seramai 334 follower (yang tidak mampu saya namainya disini).

Kepada sahabat-sahabat blogger yang saya kenali dan mengenali saya; BumiYang,Taipingmali, House PK, Husin Lempoyang, Ore Oyabun, Panglima Perang Siber (BPN) Abang Tuah,Megat Pisau, Tun Faisal, Norbisa, Gomo, Hilbert Anak Merdeka, Waadat,DET,GAP, Srikandi Melayu juga yang tidak saya namai disini.


Kepada blogger Pahang yang selalu diperhatikan perkembangannya; YB Raz, YangGambi,Warisan Pahang, Sri Tri Buana,Melayu Raya Daily, Suara Prihatin UMNO Jerantut,uRag dRrulug serta yang tidak dinamai.

Kepada 'musuh' media yang juga tetap dikasihi; Pahang Daily Online, N9 Tahan, Cucu Mamak Kutty serta yang lainnya yang sudah saya lupai dan tidak lagi penduli.


Kepada pemimpin-pemimpin negeri dan negara yang tetap juga dikasihi walau dalam posting selalu dipersalahkan; Dato' Sam, Dato' Sharkar, DS Adnan Yaakob, DS Najib, Dato' Hiss! serta kesemua Menteri-menteri kerajaan Persekutuan dan Exco Kerajaan Negeri Pahang.


Kepada kepimpinan Perkasa Malaysia, YDP Perkasa Pahang Dr. Zubir Harun, Pemimpin Perkasa Daerah-daerah negeri Pahang.


Kepada semua, maaf zahir batin semoga Allah memberi barakah kepada kehidupan kita dan anak cucu kita dan semoga Allah memberi keampunan atas segala yang telah kita perbuat selama ini ~ bRAVEhEART




08 September, 2010

PAS YANG MENYESATKAN




Saya merujuk blog sahabat saya Hikayat Malaysia Heaven, baca sebahagian dari posting terbarunya dibawah ini;

pada 4 Sep 10 @ jam 1830 - 2200, di Sunway Pyramid Convention Centre, SUNWAY, satu Program Motivasi Kristian telah diadakan.


Ia bertajuk "Change Your World - You make the Difference" anjuran Christian Creative & Music Ministry of Eagle Point Church bralamat No.2, Jln Rajawali 3, Puchong Jaya.

Hadir lebih kurang 1,400 org remaja brumur 16 - 25 tahun. Yang memberikan pengisian ceramah adalah "ustazah" Hannah Yeoh dan Edward Lee - Adun DAP Bkt Gasing.

Ternyata dalam menjalankan dakwah Kristianisasi, Hannah Yeoh lebih bijak dari Hassan Ali, Iman dan Nasir Masjid USJ Taipan. Mungkin selepas ni akan ramai pengikut PAS keluar islam berikutan sikap PAS yang carca marba.

Dari dahulu lagi Pas sebenarnya bukan benar-benar membangukan Islam di Malaysia. Pas hanya membangukan politik mereka bagi memberikan tempat kepada pemimpin-pemimpin mereka dalam kerajaan negeri mahupun persekutuan. Dalam hal pendakwahan saya lebih hormati usaha yang dilakukan oleh Al- Arqam dan Kumpulan Tabligh yang nyata lebih berusaha mendakwah tanpa ada unsur dan kepentingan politik.

Tidak mustahil lebih banyak anak muda Melayu Islam akan dipengaruhi oleh kristian untuk dimurtadkan oleh pihak yang menangguk diair yang keroh, yang kerap dibawa masuk masjid oleh Pas dan dikenali ramai yang kemudianya pula mendakwah untuk agama kristian.


Eloklah kita seru Pas supaya kembali kepangkal jalan sebelum tersesat lebih jauh dihujung jalan. Jangan kerana sebab pemimpin mereka mengejar dunia (politik dan harta) akan membuatkan lebih ramai rakyat jadi sesat dan sengsara kerana fatwa-fatwa mereka yang sering berubah mengikut kesesuaian kehendak mereka sendiri. Pas memang menyesatkan selama ini.



07 September, 2010

ANAK PEMIMPIN BUKAN BERJIWA PEMIMPIN DAN TIDAK TAU ERTI PERJUANGAN

Hiss!! Kalau sebab cium keris kena paksa minta maaf dan dengan ketakutan meminta maaf, mana keberaniannya? Perjuangan apa lagi yg boleh dilakukan untuk agama, bangsa dan negara?
Mereka lahir dalam istana dan tak tau erti perjuangan, cuma berharap rakyat mengangkat mereka keatas. Mereka tidak layak memimpin rakyat sebenarnya.


Saya merujuk kepada posting semalam, mengenai kaum cina yang menghina Melayu dengan semangat perkauman mereka aka rasis. Semakin hari memang semakin banyak tersebar berita mengenai kaum cina menghina Melayu bahkan menghina agama Islam itu sendiri yang sudah termaktub sebagai agama resmi Malaysia.


Saya masih persoalkan perkara sama; kenapa terlalu lemah pemantauan pihak kerajaan? Kenapa menteri amaran tidak pernah atau tidak berani mengambil tindakan? Apakah harus menunggu sehingga akan berlaku 13 mei sekali lagi?


Malangnya adalah apabila ada suara dari bangsa Melayu ingin menangkis dan melawan tindakan dari kaum lain, maka kerajan akan dengan segera mengambil tindakan terhadap orang Melayu sehingga orang Melayu menjadi takut dan rasa ditakut-takutkan. Apakah pemimpin Melayu berhasrat hendak menghilangkan jatidiri bangsa Melayu? Lalu menjadikan bangsa ini sebuah bangsa yang penakut dan bodoh, walaupun bangsanya dan agamanya dihina?


Saya rasa sudah tiba masanya kabinet melakukan perubahan dengan menukarkan menteri berkenaan, hisss!! kepada orang lain yang lebih berani berjuang untuk bangsa dan negaranya. Rupanya anak-anak pemimpin tidaklah berdarah berani berjuang, mereka hanya menumpang mampu nama bapa mereka semata-mata. Ini terbukti dengan jelas bahawa mereka bukan orang perjuangan.Lihatlah dari atas ke bawah, semuanya sama saja.


Baca posting dari House PK dibawah ini:

Di dalam media siber, kaum Cina terus-terusan menghina Melayu dan Islam tanpa dikenakan tindakan. Ini menyebabkan lebih ramai kaum Cina bangkit ‘menyerang’ Melayu kerana tahu mereka akan tetap terlepas.


Kaum Melayu pula semakin kehilangan sabar dan membuat serangan balas. Walaupun serangan balas kaum Melayu tidak sehebat kaum Cina kerana tidak didokongi politikus, tetapi momentumnya juga semakin meningkat hari demi hari.


Pembangkang pula secara terang-terangan membela kaum Cina yang menyerang Melayu. Melalui satu forum yang mereka adakan, pembangkang bagai membuat kenyataan bahawa menghina Melayu dan Islam itu adalah sifat patriotik.


Hari ini, Melayu semakin tidak sabar, dan Cina pula seolah-olah tidak akan berundur. Sikap ini membawa Malaysia ke ambang ketidakstabilan. Jika ini berterusan, negara ini pastinya akan mengalami huru-hara.

klik ke blog House PK

06 September, 2010

DATO' HISS, KENA TEGAS TANGANI ISU RASIS






Di laman-laman blog masih hangat membicarakan soal rasis. Hangat kerana banyak perkara, antaranya kecaman terhadap klip video namewee serta isu saman TNB terhadap blogger Hasan Sekodeng.


Bagaimanapun, bukan isu namewee yang sudah berkali-kali menghina negara dan bangsa Melayu yang sangat dipersoalkan. Tidak juga mengenai tindakan TNB menyaman Hasan Sekodeng yang hanya berjenaka berbanding namewee yang lebih keras menghina TNB tetapi tiddak diambil sebarang tindakan.


Soalnya adalah seolah ada 2 standard yang digunakan oleh kerajaan dalam menangani isu rasis ini. Dimana apabila ianya dilakukan oleh bangsa Melayu mereka akan dikenakan tindakan keras manakala apabila dilakukan oleh kaum lain mereka tidak dikenakan sebarang tindakan. Inilah isu utama sekarang ini.


KDN dan Dato' Hishamuddin semakin tidak dihormati oleh bangsa Melayu dalam banyak hal. Beliau kelihatan sebagai terlalu segan untuk mengambil tindakan terutama kepada kaum cina dan india. Sehinggakan beliau dianggap sebagai Menteri Amaran yang tugasnya hanya memberi amaran semata-mata, tanpa sebarang tindakan. Sehinggakan namwee sanggup dan berani melakukan penghinaan kepada bangsa Melayu dan negara berulang kali.


Sri Tri Buana
Papa Gomo


blog

04 September, 2010

AHLI UMNO YANG SUDAH TIDAK SETIA?



Saya membaca sebuah laman blog dari Jerantut yang nampaknya sangat aktif (kemaruk) menulis. Blog berwajah ini dimiiki oleh seorang AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian yang bertugas sebagai seorang pendidik. Beliau adalah diantara blogger yang telah diujudkan oleh UMB Pahang (saya jangka) beliau menyertai kursus dan beberapa pertemuan yang dianjurkan oleh  badan berkenaan. 

Tidak dinafikan bahawa tulisan beliau baik dan memberi banyak maklumat. Namun ketelusannya yang keterlaluan itu dilihat sebagai penyakit yang berbahaya kepada UMNO itu sendiri. Kita tidak faham kenapa beberapa perkara yang sulit dan tidak patut didedahkan telah beliau dedahkan didalam blognya seakan memberikan pengakuan kepada khalayak bahawa perkara demikian sebenarnya berlaku.


Mungkin UMNO Bahagian atau negeri patut memikirkan dengan bersungguh-sungguh apakah patut beliau dikenakan tindakan oleh parti kerana mendedahkan dan memburukkan parti.



UMNO Mesti dibersihkan. Biar ahlinya sedikit tetapi taat dan setia daripada ramai tetapi menjadi duri dalam daging. Ada juga dikalangan pemimpin yang tidak setia kepada parti melainkan setia kepada jawatan. Ini juga mesti dibersihkan.

Berikut saya CnP sebahagian penting dari posting beliau namun dengan menapis beberapa perkataan yang saya anggap tidak patut disiarkan kerana akan memburukkan parti dengan keterlaluan. Bagaimanapun kita nilaikanlah apakah beliau masih layak lagi menjadi ahli parti UMNO?:



Kehancuran UMNO Jerantut Pada PRU 13

UMNO akan hancur pada PRU 13 kerana YB? xxxxxxxxx,  Ketua Bahagian UMNO Jerantut sudah hilang punca, lemah kepimpinan, tidak ada pendirian, tidak berminat lagi kepada UMNO, dan yang paling rakyat Jerantut sedih ialah YB? xxxxxxx membazirkan peluang 3 penggal parlimen Jerantut tanpa memberi sumbangan pembangunan kepada Jerantut. Sebab itu beliau menolak jawatan xxx xxx yang ditawarkan dulu.

Jika kita ikuti prestasi YB? xxxx maka ini statistiknya WZWH boleh tunjukkan. Berikut ialah prestasi YB? xxxx:

Sejarah pilihanraya parlimen Jerantut menunjukkan pada tahun 2004, BN mendapat 21,349 undi (61%), PAS mendapat 12,892 undi (37%). Maka pada pilihanraya 2008, BN mendapat 19,543 undi (51%), PAS mendapat 17,597 undi (46%).

Keputusan peratus menunjukkan BN jatuh 10% undi manakala PAS naik 9%. Iaitu penurunan majoriti BN tahun 2004 dari 8457 kepada 1946 pada tahun 2008 sebanyak 6511. BN hilang undi sebanyak 6511 undi akibat gelombang tsunami politik yang melanda negara.

WZWH menjangkakan jika YB? xxxx bertanding lagi sekali, YB? xxxx akan kalah kerana pengaruh PAS dan Dr. Hamzah sudah makin popular di Jerantut. Ditambah lagi penyokong kuat Dato' Wan Amizan dan Dato' Hj Nazri sudah tawar hati, terluka dan menyampah dengan perangai politik xxxx.

Betul xxxx, xxxx xxxx, xxx xxx boleh memujuk Dato' Wan Amizan dan Dato' Hj Nazri tetapi patik WZWH pacal yang hina ini tidak boleh menjamin bahawa penyokong-penyokong Dato' Wan Amizan dan keluarga Wan Tembeling akan terima. Maruah keluarga Wan jangan dipermainkan. Ada ramai lagi keluarga bukan Wan yang menyokong Wan Amizan. xxxx ingat perjanjian lama kita!

WZWH bukan bercita-cita mahu menjadi ADUN dan ahli parlimen sebab itu WZWH berani menyatakan pemikiran bebas politik WZWH demi kemajuan dan kemakmuran Jerantut. WZWH mahu menjadi pemimpin agong Jerantut yang berani menyatakan kebenaran dan kehendak hati dan naluri rakyat Jerantut. Anda tidak perlu jawatan dalam kerajaan dan pangkat Dato' untuk menjadi pemimpin agong.
 
...............................................................................

03 September, 2010

PEMIMPIN BUKAN TENTU PANDAI

Gambar hiasan: 
Lebai Malang, yang mengikut juga tentu lebih malang nasibnya.
Man Kadir, Yob Tulang Sekah, Lemang Bakar dll rakan FBnya


Bukan mesti yang jadi pemimpin itu pandai. Ada juga yang bodoh dari orang pandai yang lainnya. Di Cawangan dan Bahagian-Bahagian UMNO  umpamanya, yang tak jadi pemimpin itu lebih pandai dari yang memimpin. Mereka jadi pemimpin kerana mereka merasuah untuk dilantik sebagai pemimpin. Akhirnya yang jadi pemimpin adalah orang bodoh. Macamana orang pandai nak ikut orang bodoh?


Ada satu ADUN di satu Parlimen di Pahang yang pemimpinnya tak ada ijazah tetepi telah menipu dengan mengatakan bahawa dia ada ijazahitu dan ini, dari luar negara pulak tu. Ini, semua orang di Parlimen berkenaan sudah tau. Akhirnya beliau hanya dijadikan mainan dan sindiran rakyat.


Ada juga khabarnya seorang EXCO yang keluar negara tetapi tak belajarpun, malas agaknya dan tidak lulus apa pun. Masuk politik dan akhirnya dapat jadi EXCO. Hakikatnya ahli politik kita bukanlah terdiri dari orang yang bijak. Itu pasal bila gula naik harga mereka cadangkan jangan makan gula, bila bawang putih naik harga mereka cadang jangan makan bawang putih.

Di peringkat negeri pun ada macam tu. Yang jadi pemimpin tidaklah sepandai mana, selain pandai bermain politik, mencaturkan itu dan ini saja. Ekonomi hancus dan tak dapat dijana. Pelancongan dan Perindustrian gagal. Akhirnya belanjawan negeri defisit setiap tahun. Tapi nasib baik ini bukan dinegeri kita Pahang ni. Ini berlaku di negeri lain - gamoknya lah!


Seperti posting saya sebelum ini, berak dan tutup najis atau jangan bagi orang lalu dijalan itu kerana ada najis kita. Itu bukanlah penyelesaian yang bijak. Sebenarnya bukan penyelesaian pun. Tapi itulah yang selalu mereka lakukan bagi menyelesaikan masalah.


Tentang orang pandai dan orang bodoh ni, sahabat saya menyatakan begini;


Orang bodoh pergi minum berbayar di kafetaria, walaupun majikan sudah sediakan nescafe, milo, biskut dan lain-lain di pantry. Orang pandai tak minum di cafeteria dan minum nescafe, milo, biskut dan lain-lain yang disediakan majikan serta siap bawa balik rumah.

Orang bodoh beli suratkhabar untuk tengok nombor ekor dan buang saja lepas itu. Orang pandai tunggu kaki ekor bodoh buang suratkhabar untuk baca, lalu kumpul banyak-banyak untuk jual kat orang surat khabar lama.

Orang bodoh kentut kuat-kuat di opis tapi bangga dengan bau busuknya. Orang pandai kentut diam-diam, takde bunyi tapi baunya na'uzubillah ... lepas itu salahkan orang bodoh yang kentot kuat.
 
Nak jadi lebih pandai, sila baca lagi dan klik disini.Lepas tu bolehlah ketawa; Kah kah kah! Bagaimanapun bh tidak akan bertanggungjawab jika didakwa dimahkamah kerana membaca dan ketawa selepas membaca blog Husin Lempoyang, bukan Husin Sekodeng.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...