Suara Anak Pahang - Perlu Baca

30 October, 2010

PAS YANG SESAT DAN MENYESATKAN










Kata PAS : UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. "Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur.." (Kuliah Di Marang 1983)KEMUDIANNYA.,PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan...raya ke-11 & 12.

Kata PAS: "Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin".KEMUDIANNYA.. Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

Kata PAS: "Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi"KEMUDIANNYA.. Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carlsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

Kata PAS: Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: "Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga? Babi? "KEMUDIANNYA.. Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?! Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka 'kerajaan Babi'.

Kata PAS: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.KEMUDIANNYA.. Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata "Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah".

Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata : "Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…"KEMUDIANNYA.. Bila Anwar kena pecat, PAS kata: "UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam".

Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: "Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi". Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.KEMUDIANNYA.. Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: "Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..

Kata PAS: "Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir"KEMUDIANNYA.. PAS Kedah yang baru memerintah kata : "Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

Kata PAS: "Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur".KEMUDIANNYA.. PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

Kata PAS: "Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: "Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir".KEMUDIANNYA.. PAS Kedah kata : "Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah" (Datuk Seri Azizan Razak, MB Kedah)

Kata PAS: "UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves".KEMUDIANNYA.. PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.APA KATA ANDA?!

Kata PAS: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.KEMUDIANNYA.. Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.KEMUDIANNYA.. PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

Kata PAS: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara KEMUDIANNYA.. PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

Kata PAS: "Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam"KEMUDIANNYA.. PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: "Kami menentang negara Islam" (YB Lim Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: "Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO".

PAS kata: "UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya"KEMUDIANNYA.. PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS? Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

PAS kata: "UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah"KEMUDIANNYA.. PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Pulau Pinang,Selangor dan Kedah.

PAS kata: "Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam" (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).KEMUDIANNYA.. PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

APA KATA ANDA?
(Asal dari blog papa gomo)


29 October, 2010

PAS SEDAR MEREKA AKAN KALAH DAN DIMALUKAN DIGALAS




PRK DUN Galas - Pas semakin terdesak. Ceramah-ceramah yang diadakan kurang mendapat sambutan. Serta dengan isu-isu tertunggak yang masih belum mampu diselesaikan antaranya, rampasan tanah orang kampong untuk dijadikan ladang Rakyat, kegagalan membekalan air yang jernih sehingga hari ini dan banyak lagi telah membuatkan jentera kempen Pas mengelabah.

Mereka sedar bahawa mereka akan mendapat malu kerana UMNO akan berjaya merampas semula Galas dari mereka. Jentera UMNO nampaknya semakin mantap. Sokongan pengundi terutama pengundi muda semakin bertambah kerana kepercayaan mereka kepada UMNO / BN yang mampu mengubah keadaan pembangunan dan ekonomi Gua Musang. Kerana itu Pas menggunakan Sultan untuk mendapatkan simpati pengundi supaya percaya pada kata dusta mereka.

Dalam keadaan terdesak ini, jentera kempen Pas telah menggunakan cara yang sungguh tidak terhormat dan biadap iaitu memusnahkan sebarang bendera dan poster BN. Apakah fatwa terbaru para ulamak Pas kini? Memusnahkan poster dan bendera BN adalah jihad? Menggunakan gengster untuk mengugut bagi mendapatkan undi juga jihad? Semakin lama semakin banyak Pas kelihatan melakukan perkara-perkara jahat!

Pas mengugut

Pas merosakan poster

GALAS - BN AKAN KALAH


Ketua Pemuda UMNO Gua Musang



Kempen Pilihan Raya Kecil Galas dan Batu Sapi semakan hangat. Pengundian serentak di kedua-dua kawasan itu akan diadakan serentak pada 4 hb November nanti. Saya tidak menyertai mana-mana kempen seperti sebelum ini. Kali ini tidak ada undangan dan arahan. Mungkin kerana saya bukan dari kumpulan A atau B. Saya pun tidak pasti samaada saya dari kumpulan C atau pun D ataupun memang tidak berada dalam mana-mana kumpulan kerana bukan kroni sesiapa.

Membaca blog serta mendengar nanti.cerita dari kawan-kawan, kemungkinan untuk menang adalah tinggi. Pas kalah dari segi isu. Antara isu yang menghangatkan dan menungkinkan Pas tewas adalah isu calon adalah 'Orang Luar'. Anak temptan Pas Gua Musang sungguh kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon, kerana itu mereka bertindak memboikot segala kempen yang dijalankan. (Baca Sini)  Ini membuatkan jentera Pas dari luar Gua Musang juga kecewa dan bersikap dingin terhadap kempen. Tambahan pula peruntukan kempen dari pusat diberitakan tidak sampai, justru bagi sesetengah jentera, mereka terpaksa mengeluarkan belanja sendiri. (Baca Sini)

Selain berkenaan, isu tanah orang kampong yang dirampas kononnya untuk dijadikan 'Ladang Rakyat' tetapi sebenarnya diusahakan oleh 'Tokey Ladang dan Tokey Kebun Sayur Cina' masih menimbulkan ketidak-puashatian orang-orang kampong.sama ada mereka penyokong BN mahupun Pas sendiri. Isu bekalan air berkeladak selama pentadbiran Pas sejak dahulu lagi masih membuatkan pemimpin Pas merasa sendah diri kerana gagal mengatasi isu berkenaan. Ini membuatkan ceramah-ceramah sepanjang kempen Pas selama ini semakin suram.  (Baca Sini)

Rakyat Kelantan sudah muak mendengar janji syurga yang diberikan oleh ulamak Pas. Mereka sedah selain syurga, mereka juga inginkan kehidupan bahagia dan senang didunia ini. Mereka juga sedar bahawa para pemimpin mereka yang menjanjikan syurga untuk mereka juga berlumba-lumba merebut dunia. Generasi muda rakyat Kelantan sekarang ini sudah berbeza fikirannya dari generasi terhahulu dan Pas nyata gagal menangani kehendak mereka semua.

Justru, peluang BN menang adalah sangat cerah. Bagaimanapun kemungkinan kekalahan tetap ada dengan adanya mereka yang akan menjaringkan gol sendiri.(Baca Sini) Galas - BN akan kalah jika dalam parti masih ada manusia yang berperangai sebegini. Jika masih ada mereka yang menyayangi diri sendiri serta kumpulan mereka melebihi dari menyayangi perjuangan parti. Kita kena lihat apakah ini kerja seseorang secara peribadi atau sabotaj parti secara berkumpulan. Jika benar apa yang diperkatakan itu, Pergerakan Pemuda UMNO yang berketuakan KJ mesti menyelesaikan isu ini.
(Baca juga disini)

28 October, 2010

GALAS - SAJAK ENTETOYA UNTUK MAT SABU DAN PUAK-PUAK KHAWARIJ



Ada yang memohon disiarkan sekali lagi sajak untuk Mat Sabu dan puak-puak khawarij sempena kempen Pas di DUN Galas. Jadi saya penuhi permintaan mereka, saya siarkan semula sajak berkenaan dalam keadaan asalnya disini;

Untuk makluman, Mohamad Sabu telah membaca sebuah sajak berjudul "Altantuya" pada malam kesenian di Muktamar PAS ke 55 di Stadium Malawati, Shah Alam Jumaat lalu. Saya diminta oleh seseorang yang menamakan dirinya ’Entetoya Sabuu’, yang mengirimkan sebuah sajak (sebagai balasan untuk sajak mat sabu) untuk disiarkan diblog saya. Saya tidak langsung memahami tentang sajak sebelum ini namun sangat teruja untuk menyiarkan sajak berkenaan, khusus untuk Mat Sabu.



Sajak Entetoya Untuk Mat Sabu

Agama kau junjung tinggi
diatas kopiah serta serban
menutupi jambul dan tanduk setanmu yang bercabang,
jari jemarimu pantas memetik butir-butir tasbih
mengira berapa untung akan kau dapat pada akhirnya
dari setiap derma dan sedekah -
pada setiap ceramah.
Ibadah apakah kau namakan ini - adalah ceramah
menghamun dan mencaci-maki
lalu kau penuhi seluruh ruang masjid dan surau
dengan kata dusta dan nista
bersambut dekahan ketawa makmum
engkaulah imam mereka menuju neraka
menjahanamkan bangsa.
Bukankan syurga dicipta untuk umat manusia
penuh bidadari didalamnya?
namun didunia ini kau dambakan juga wanita
anak dara, bini orang atau janda
salahnya kau wahai manusia
bertopengkan agama
rakus mengutip harta dunia.
Semasa ’dia’ kau musuhi
dialah sedunia antara yang terbenci
kerana itu kau menghinanya dan mencaci
kau namai Al-Juburi pencinta lelaki
maka syurganya kau cipta dipenuhi bidadara
dan kau menjaja kisahnya
diseluruh ceruk negara.
Tetapi bila angin sudah berubah arah
kau dan dia bisa tidur sebantal, seselimut
namun katamu, kau sudah pasrah
cuma sebelum lampu terpadam
pastikan pintu belakangmu sudah kau tutupi
kemas terkunci jeriji besi
supaya tidak nanti
roh’ku’ meresapi tubuhnya dan
memberi benacana
ketika bangun esok pagi
kainmu dan dia sudah bertukar ganti.

Nukilan: Entetoya Sabuu


Nota:
Penulis memohon selepas membaca puisi ini, minta tolong sebarkan kepada khalayak ramai, di majlis ceramah-ceramah PAS, di masjid dan surau-surau, di majlis-majlis baca puisi, kenduri-kendara dan dimana-mana yang patut. 

27 October, 2010

PAS BUAT JANJI MUNAFIK



Beberapa minggu lalu heboh dan kecoh puak-puak Pas bila ada pihak yang membuat provokasi meminta calonkan Ku Li bagi ADUN N45 Galas. Maka puak-puak Pas pun gila meroyan. Ada yang kata tidak akan letakkan calon jika Ku Li yang bertanding dan ada yang kata akan letakkan calon Orang Asli sebagai calon Pas.

Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya berjanji untuk meletakkan wakil Orang Asli sebagai calon Pas di DUN Galas. Mungkin memandangkan majoriti undi orang asli disana. Maka berjanjilah puak
'Khawarij' ini untuk mencalonkan orang asli. Dan orang asli disana pun menaruh harapan yang besar untuk dicalonkan. Akhirnya pada hari penamaan calon mereka sedar bahawa mereka tertipu oleh janji manis munafik.

Blogger Pisau berkesempatan ke Lojing bertemu dengan seorang tua dalam lingkungan 60an ,sambil berbual katanya 'kita ini siapa untuk PAS ambil jadi wakil politik,orang tok guru beri keropok ikan dan biskut untuk kami sokong,janji macam macam tapi orang lain yang jadi calon' getus Andak Aji sambil mencemik muka.


Lagi besar serban dikepala, lagi panjang tanduk yang disembunyikan, lebih banyak penipuan yang direncanakan. Mungkin kita lupa ciri-ciri munafik iaitu; apabila berjanji kita mengingkari dan mendustai...Pas lebih baik janji sesuatu yang tidak dapat dilihat dan dicapai...janjikanlah syurga..... yang mereka sendiripun tidak mampu menentukannya. Jangan janjikan hal-hal dunia kerana sudah pasti mereka tidak mampu menunaikan, selain dari sebungkus keropok cap bulan, hehehehe




Bila nak keluarkan keropok Cap Syurga wahai puak 'Khawarij'?

26 October, 2010

NIK AZIZ PEMEGANG KUNCI SYURGA?


Ini dia syurga dunia yang Pas janjikan di Kelantan! 
Lagu mano ni Pok Nik? Halal ko Hare hok ni? Kito dok kecor air lior doh ni!



Berpuluh tahun Pas memerintah Kelantan. Slogannya membangun bersama Islam. Dari segi ekonomi kita tidak nampak apa yang telah dibangunkan, hatta mesjid dan surau-suraupun Kerajaan Pusat yang membinanya. Berpuluh tahun juga rakyat dibekalkan air berlumpur. Apabila rakyat memohon kerajaan negeri pembinaan keperluan asas, maka mereka dihidangkan dengan kata-kata; itu semua harta dunia, kita semua menuju akhirat. Sehingga para 'ularmak' mereka sanggup menjanjikan syurga untuk pengikut Pas. Bahkan 'Undi Pas masuk syurga!  Begitu angkuh dan takburnya mereka mengunakan Islam demi kuasa politik mereka.

Rakyat terbiar miskin sehingga anak-anak muda terpaksa berhijrah keluar negeri untuk mencari rezeki apabila kerajaan tidak dapat memberikan mereka pembangunan ekonomi. tetapi dalam masa sama pemimpin mereka membolot juga hasil mahsul negeri sehingga hutan rimba menjadi padang jarak padang terkukur. Tidak ada lagi hutan untuk generasi anak cucu dimasa depan. Segalanya diteroka bagi kepentingan pemimpin dan kroni mereka sendiri.

Beberapa hari lalu saya terbaca di akhbar kosmo yang memaparkan kegiatan restoran-restoran di Tumpat yang menawarkan minuman keras. Restoran yang tumbuh bagaikan cendawan itu menawarkan gadis-gadis siam sebagai pembuka botol minuman keras yang juga menawarkan perkhidmatan seks.

Nampaknya Kelantan yang tersohor dengan jolokan serambi mekah juga sudah berubah wajah menjadi 'serambi lucah'. Segalanya kerana kerajaan negeri tidak mempu menaikan taraf ekonomi rakyat tempatan. Dalam pada kita menuju akhirat, kita juga inginkan kehidupan dunia yang selesa supaya kita dapat beramal ibadat dengan berlapang dada. Bijaknya pemimpin Pas adalah mereka menjanjikan apa yang tidak boleh di pegang dan dilihat, iaitu syurga diakhirat. Segalanya dilakukan kerana melepaskan tanggungjawab mereka kepada rakyat dalam memberikan kehidupan sempurna di dunia.

Kita inginkan akhirat namun kita juga inginkan kehidupan didunia ini dengan sempurna. Kita inginkan kehidupan bahagian di dunia ini dipastikan oleh kerajaan memerintah, kerana kehidupan akhirat itu tiada siapa yang boleh menjanjikan untuk kita. Nik Aziz bukan pemegang kunci syurga!

25 October, 2010

TIDAK BERDOSA JIKA TIDAK MENGUNDI PAS



Salam Perjuangan kepada para sahabat yang bermukim di DUN Galas untuk pastikan kemenangan kita!

Untuk Boidata Calon BN Galas, klik ke blog Pisau.Net.

Nik Aziz umumkan 4hb.November, hari mengundi PRK Galas sebagai hari cuti seluruh Kelantan. Apa lagi yang mampu Nik Aziz lakukan selain dari itu? Kerajaan BN dah lakukan lebih dari itu sebelum ini. BN dah istiharkan cuti-cuti umum pada Hari Raya Aidil Fitri, Raya Aidil-Adha, Maulud Nabi dan banyak lagi. Itu sajakah yang Nik Aziz mampu berikan kepada rakyat Kelantan?

Rakyat Kelantan mahukan lebih dari itu. Mereka mahukan bekalan air yang bersih dan jernih. Mereka mahukan pembangunan pesat supaya mereka dapat juga mencari rezeki ditanah air sendiri dan tidak perlu lagi berhijrah. Mereka juga ingin mendapat kemakmuran sumber hasil alam negeri sendiri. Hutan yang sudah jadi padang jarak padang terkukur hanya untuk kroni-kroni pemimpin Pas sahaja. Pengikut Pas papa kedana sedangkan pemimpin mereka kaya raya. Pengikut Pas dijanjikan hanya syurga di akhirat sedangkan pemimpin mereka mendapat kemewahan di dunia serta akhirat.

Demi kuasa dan pengaruh Pas sangup buat apa saja. Kita semua tau, dulu UMNO jatuhkan hukum haram kerana berkerjasama dengan MCA dan MIC, tetapi kerjasama yang serupa antara Pas dan DAP dihalalkan pula. Dulu janji nak letakkan calon Orang Asli di Galas, awal-awal lagi Kaum Orang Asli sudah ditipu

Tidak akan berdosa jika tida mengundi Pas. Tidak ada janji syurga dari sebarang manusia melainkan segalanya dari Allah. Para ulamakpun menumpang syurga Allah. Berdosalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab memberi kebahagian kepada rakyat. Berdosalah pemimpin yang tidak menunaikan janjinya kepada rakyat. Berdosalah pemimpin Pas yang memakan segala hasil rakyat. Tidak berdosa jika membuang pemimpin yang tidak mampu berkhidmat untuk rakyat. Tidak berdosa jika menolak parti Pas kerana Pas bukan Islam dan Islam bukan Pas.

Kembalikan Galas kepada BN. Kembalikan Galas kepada yang hak dan yang mampu memberi kebahagiaan kepada rakyat Galas.

24 October, 2010

PRK GALAS - BLOGGER HARUS BERPIMPIN TANGAN



Selalunya kerajaan / UMNO akan mengulangi perkara sama. Bagaikan berjalan dalam satu bulatan. Mengulangi perkara sama berkali-kali. Kali ini kita hendak lihat apakah perkara sama berulang semula?

Ini mengenai duit. Mengenai PRK di Galas dan Batu Sapi. Berapa ramai blogger yang dihantar dan berapa banyak peruntukan yang diberikan? Berapa banyak yang ditelan ditengah jalan? Mungkin kali ini masih Parpukari di kumpulan A dan Gomo dikumpulan B. Tetap mereka menuju arah yang sama - Galas. BPN kemana?

Sesuatu harus dilakukan dan segalanya harus dimulakan dengan baik. Jangan nanti diakhirnya baru kita salahkan pihak sana dan sini. Jangan rumah siap pahat berbunyi.

Baca kembali posting saya yang lepas untuk mengingatkan diri kita sendiri, saling ingat dan mengingati;

1. Blogger Ular Sawa
2. Blogger Upahan dan Mata Duitan
3. Blog - Jika melibatkan UMNO ....
4. Konspirasi blogger

23 October, 2010

SUARA KE-3?

Dari blog Rocky's Bru








Semalam saya kata;
Kita ada sedikit maklumat tentang apa yang akan berlaku itu tetapi kita tidak boleh mengatasi peraturan. Negara kita ada 'undeng-undeng'! Kita tunggu apa mahkamah kata nanti....


Akhirnya Parpukari telah mendahului dengan postingnya begini, klik sini

The Malay Mail today reported Rais son, Dino is involved in a telco civil lawsuit. Read the full report below:

Rais’s son named in telco civil case

KUALA LUMPUR: The Civil High Court here this morning was the setting for a case involving a telecommunications company, where the son of a minister in charge of the industry, was mentioned.

Dino Rais, son of Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim, was named in an affidavit filed by businessman Abdul Razak Mohd Nor and Nor Aishah Harun against respondents Magic Telecom Sdn Bhd, Sejahtera Saluran Sdn Bhd and Looh Siong Chee. Read More...



Kerana itulah ada pihak yang tidak suka kepada peranan yang dimainkan oleh para blogger dalam menyampaikan berita. Tiada apa lagi yang mampu dirahsiakan, bagaimanapun saya rasa ini lebih baik dari berita begini didahulukan oleh pihak pembangkang.

Jika dulu Pergerakan pemuda UMNO berperanan sebagai golongan pendesak, namun kebelakangan ini Pemuda kelihatan begitu lembik dan alangkan baiknya bila blogger mengambil alih tugas berkenaan yang mempu memperbetulkan tindakan pemimpin-pemimpin agar mereka tidak melakukan sesuatu sewenang-wenangnya seterusnya memberikan imej buruk kepada UMNO.

Jika nak gelak-gelak sambil menyendal gigi dipagi hari ini, baca Husin Lempoyang,atau pertimbangkanlah apa yang blogger laporkan baca Another Brick Ini The Wall, atau Big Dog  atau di Rocky's Bru .

Pemuda hanya berani bersuara apabila mereka mendapat faedah dari apa yang mereka suarakan itu, demikianlah perjuangan pemuda masakini. Rupanya perjuangan orang politik memang begitu! Berjuang untuk mendapatkan sesuatu.Tetapi golongan blogger bersuara hanya mencari kebenaran yang disembunyikan dari rakyat. 

22 October, 2010

I'M WITH YOU ROCKY BRU




Saya masih ingat pada zaman Tun masih jadi Pedana Menteri, pada ketika itu UMNO dalam keadaan kritikal dan berpecah dua. Lalu pesaing kepada Tun untuk jawatan Presiden UMNO telah keluar dan menubuhkan sebuah parti baru. Ikut serta adalah beberapa orang menteri termasuklah seorang menteri dari negeri.

Bagi 'mengexpresikan' perasaan dan gelodak jiwanya maka dalam satu ucapan menteri berkenaan telah dengan tegas menyatakan bahawa dia tidak akan berpatah arah, tidak akan berbalik kebelakang maka dia 'membakar jembatan'

Pada satu ketika lain menteri itu telah terhantuk kepalanya pada 'jenang' pintu lalu dia tersedar akan kesilapannya. Akhirnya dia berpatah kembali kebelakang, walaupun dia sudah berpatah arang berkerat rotan! Kali ini, sekali lagi menteri berkenaan ingin menconteng arang kemukanya sendiri. Beliau seakan ingin sekali lagi membakar jembatannya.

Beliau juga seakan mengistaharkan perang kepada blogger(?) atau sekumpulan blogger mengistiharkan perang terhadapnya(?)! Bagaimanapun sudah pasti ada sesuatu yang tersembunyi yang banyak kita tidak ketahui. Kerana itulah apabila menteri itu disentuh mengenai suatu isu, maka beliau bagai cacing kepanasan melompat dan melatah. Jika tidak bersalah kenapa harus takut? Berani kerana benar!

Kata House PK;
....Steady Rocky! We are with you! Ada something special akan berlaku hari ini, apa dianya tu? Kita tungguuu.... (Klik sini)


Kita ada sedikit maklumat tentang apa yang akan berlaku itu tetapi kita tidak boleh mengatasi peraturan. Negara kita ada 'undeng-undeng'! Kita tunggu apa mahkamah kata nanti....kahkahkah. I'm with you Rocky Bru!!



21 October, 2010

PM SILA AMBIL PERHATIAN, KJ MEMANG LAYAK....


Sokongan kepada KJ didalam dewan semalam adalah lakonan semata-mata dari askar upahan, 
manakala yang ini adalah sebenarnya protes yang ikhlas dari perjuangan kebenaran




Perhimpunan Agung UMNO sayap pemuda sudahpun selesai. Semua orang fokus kepada KJ yang sedang berkerja keras dan berjuang, bukan sangat untuk agama, bangsa dan negara tetapi untuk diri sendiri supaya dilantik sebagai menteri kabinet.

Banyak blog yang pro dan kontra menulis tentang KJ. baik dan buruknya. Antaranya Azli Shukri Today, salam setiakawan, Jebat Must Die, Anak Omak, BumiYang dan tak ketinggalan House of  PK. Ada blog yang mencadang KJ dilantik sebagai Menteri KDN. Dulu ada juga yang mancadang sebagai Menteri Belia dan Sukan. Itu pasal dia bertanding sebagai Timbalan Presiden FAM. Tapi satu apa pun dia tak boleh buat selain dari buat bodoh dan buat lawak-lawak bodoh.

Bagi saya, saya tidak nampak ada mana-mana kementerian untuk dia. Bahkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO itupun masih belum layak untuknya. Lupakah kita apabila KJ menang dengan undi rasuah? Memberikan KJ bertapak dalam kabinet samalah dengan usaha untuk menghalalkan rasuah dalam UMNO dan Kerajaan. Jika UMNO benar-benar mahu dibersihkan, orang pertama yang mesti disingkirkan adalah KJ.

Pandangan saya dan sebahagian besar rakyat, kepimpinan DS Najib masih lagi lemah, justru membawa masuk KJ aka Si-Kitol kedalam kabinet  akan melemahkan lagi pentadbiran kerajaan. Memadailah bebanan yang sedang DS Najib pikul dengan adanya Nazri Aziz dan Zahid Hamidi yang menjadi duri dalam daging. Jika ditambah lagi dengan KJ maka akan runtulah pentadbiran DS Najib kerana kita tidak tau apa konspirasi antara mereka dengan DS Anu-arr dalam menjalankan agenda peralihan pucuk pimpinan.

Memang layak tempat Nazri Aziz dan Zahid Hamidi adalah digudang barang-barang lusuh sementara KJ memang layak dihumban kepusat pengumpulan barang 'reject'.

20 October, 2010

MARAHKU SI-KITOL

KJ sewaktu bertugas membela bangsa dan negara sambil melayani GRO dan minum-minum
(foto ini telah disiarkan dibeberapa blog tidak lama dulu)


Tadi aku mendengar berita radio 24 dan antara berita utama adalah ucapan TPM TS Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno di pelancaran perhimpunan agung sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno.

Macam macam lah yang disebut oleh TS Muhyiddin dan seperti biasa Radio 24 meminta pandangan para pemimpin yang hadhir dan antara yang ditanya ialah timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan si kitol.

Si kitol dengan biadab mengucapkan tahniah kepada TS Muhyiddin Yassin keatas ucapan yang progresif....eh kitol kau siapa nak ucap tahniah pada dia?

engkau juri pertandingan pidato ke?

kau paham tak yang TS Muhyiddin datang merasmikan perhiumpunan agung tiga sayap ni sebagai Timb Presiden.

dia datang sebagai bapak kepada pemuda dan puteri dan abang kepada wanita.

dia datang memberi amanat dan nasihat

(Klik untuk baca semua di blog Shamsul Marahku) 


Marah benar nampaknya Shamsul pada KJ. KJ dipanggilnya Si-Kitol. Demikianlah pemimpin yang dilantik jika mereka bukan datang dari bawah. KJ bukan pernah menjadi 'gurka' dan ahli di cawangan. KJ bukan pernah kenal erti perjuangan. KJ hanya seorang 'opportunities' yang mengambil kesempatan ke atas bapa mertuanya ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri. KJ yang pandai mengambil kesempatan bukan saja hartabenda bahkan ingin juga mendapatkan kuasa.

KJ pemimpin pemuda yang tidak ada semangat perjuangan tulin. KJ tidak layak memimpin Pergerakan Pemuda UMNO. KJ hanya menambah kudis dalam UMNO dan menjadikanya busung. KJ membuatkan politik wang semakin bersemarak didalam Pemuda UMNO. KJ patut dihantarkan keluar dari UMNO untuk membersihkan semula UMNO.

19 October, 2010

PANDANGAN TERKINI TUN DR MAHATHIR



1. Tun Dr. Mahathir berucap di forum antarabangsa 'The Creation Of Global Citizens; Media Liberation And New Political Realities' di PWTC semalam (18hb.Okt.2010)

2. Antara lain beliau berkata bahawa beliau telah melakukan yang tindakan yang betul terhadap DS Anu-ar Ibrahim. (Baca blog Sahabat Gunung))

3. Pemerintahan secara diktator juga boleh memberikan kebaikan kepada rakyat  (Baca blog Info Blog Pakatan Rakyat)

4. DS Najib perlu lakukan lebih banyak lagi bagi memaksimumkan perolehan sokongan rakyat  (Baca blog Just Read)

5. DS Najib kelihatan sukar untuk mendapat undi majoriti 2/3  (Blog Biaqpila)

6. Baca juga bernama di sini

18 October, 2010

PAS HARAMKAN UMNO, PAS HARAMJADAH

 Kehkehkeh! Pas....memang harmajadah!


Tulisan ini saya petik dari Blog PeNa BiAsA:

PADA MULANYA…
2 Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.
KEMUDIANNYA..
Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

PADA MULANYA…
9 PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.
KEMUDIANNYA..
PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.


Inilah wajah Pas sebenarnya. Parti politik yang berjuang untuk kepentingan peribadi dan kroninya dengan menggunakan Islam. Parti yang pemimpinnya berselindung disebalik 'serban'nya. Parti yang pemimpinnya mencari pengaruh melalui hasil sumbangan derma rakyat dengan menjadikan agama Islam sebagai gadaiannya.

Sila baca blog PeNa BiAsa dengan klik disini.

15 October, 2010

UMNO? PKR? ATAU....?




Kebelakangan ini kita melihat Pakatan Rakyat sedang menghadapi gelora, khususnya PKR sebagai komponennya. Satu demi satu berlaku dan meruntuhkan PR serta PKR dan semakin mereput. Laporan dari beberapa akhbar tentang permasalah dalam PKR dalam mesyuarat-mesyuarat cabangnya jelas menampakkan bahawa PKR sudah semakin goyah akibat perebutan kuasa dalam parti. Pergaduhan dan tidak puashati berlaku dikebanyakan mesyuarat cabang yang diadakan. Demikian juga laporan keluar parti oleh ahli-ahli PKR yang sudah semakin hilang percaya terhadap parti.

DS Anu-arr juga semakin terdesak dengan adanya beberapa laporan yang menambah bebanannya sewaktu sedang menghadapi perbicaraan kes liwatnya itu. Semakin banyak laporan liwatnya yang kita dengan, namun mungkin juga masih banyak yang tidak kita dengar. Rasanya beliau semakin sukar untuk menepis tohmahan terhadapnya. Beliau kini sudah tidak lagi dapat dilihat sebagai insan bersih, tidak bersih dan tidak kelihatan bersih!

Bagaimanapun pemimpin UMNO jangan merasa selesa dengan perkembangan ini. Penyokong PKR dan PR yang keluar meninggalkan parti bukanlah juga bermakna mereka akan menyokong UMNO BN. Bahkan jika kita kaji secara jujurnya, sokongan yang rakyat berikan kepada PKR PR dalam PRU lalu bukanlah kerana mereka benar-benar menyokong pakatan berkenaan, cuma sekadar undi protes kerana ingin 'mengajar' UMNO BN. BN harus berusaha lebih bersungguh-sungguh menarik sokongan rakyat untuk kembali kepangkuan UMNO BN sebelum PRU13 nanti.

Bagaimanapun kepada pemimpin negara uang kita kasihi, dalam menarik perhatian pengundi kaum Cina dan India, janganlah hati bangsa Melayu diguris luka. Kita harus ingat bahawa kemenangan calon MCA adalah kerana undi Melayu bukan sebaliknya.

Ketika UMNO mendedahkan ahli PKR keluar parti dan menyertai UMNO, PKR pula mendedahkan bahawa laporan itu adalah kebohongan UMNO dan propagandanya. Siapa yang benar dan siapa yang salah?  Salah UMNO kah atau salah PKR kah atau salah media kah?

Saya cuma nak: kahkahkah! Kerana demikian inilah permainan dalam politik    Klik ke blog: Anak Sungai Derhaka   dan   Blog Aspan Alias

06 October, 2010

DUN GALAS - MASA UNTUK BERUBAH

 Orang Perjuangan yang akan mencipta sejarah


Perbicaraan umum masih berkisarkan kepada PRK N45 DUN galas. Perlantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihan Raya disambut baik banyak pihak. Cadangan meletakkannya sebagai calon juga menjadi isu perbincangan yang panas. Tiba-tiba saja Nik Aziz melompat dan berkata Ku Li bukan calon yang sesuai untuk DUN Galas. Beliau tidak layak kerana akan merendahkan martabatnya serta hubungan darah kekeluargaan dengan Sultan Kelantan juga membuatkan Ku Li tidak layak menjadi calon. Ku Li juga tidak layak kerana sudah duduki kerusi sebagai ahli Parlimen.

Nik Aziz dan ahli Pas tidak usah risau akan hal ini kerana ini adalah masalah UMNO. Biarlah UMNO menyelesaikannya. Melainkan jika Nik Aziz nak masuk UMNO. Pas cuma selesaikan masalah mereka sendiri, kalaulah ada calon yang layak maka bolehlah dicalonkan. Calon mestilah bukan perokok, bukan juga penipu rakyat dan bukan juga perogol Ujian air kencing juga patut dilakukan oleh calon berkenaan selain dari ujian HIV. Akhir sekali barulah mereka boleh mendatangani kontrek yang bersyarat jika mereka melompat parti maka akan jatuhlah talak atas isteri-isteri mereka itu. Jika tidak eloklah tidak bertanding. 

Saya melihat Ku Li ada peranan yang besar nanti. Selepas memenangi DUN Galas, beliau sepatutnya memimpin UMNO Kelantan untuk merebut Kelantan dari Pas. Biar beliau pula mengekepalai perjuangan dan bila menang nanti biar beliau menjadi MB UMNO pertama setelah dapat merampasnya dari Pas. Kita nampak sinar yang cerah di sebalik cahaya bulan yang berbalam-balam. Memadailah kerosakan dan penderitaan yang rakyat Kelantan telah alami selama ini. Ini masa untuk berubah!





05 October, 2010

AHLI PAS HENTI MERKOK

 Tok Guru ini menghisap rokoknya yang terakhir sebelum berhenti merokok

“Kalau merokok saya memang tidak boleh terima untuk jadi calon. Itu kena bagi tau awal-awal kerana merokok ini boleh merosakkan segala-galanya dan tidak ada doktor baik Islam atau kafir mengatakan rokok ini baik”.- Nik Aziz
 Demikian kenyataan terbaru dari Wali Selipar Nik Aziz mengenai calon PRK DUN Galas. Setelah sekian lama merapu dan sasau baru sekali ini kita dapat melihat Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang normal.


Selalunya Nik Aziz memang sering mengeluarkan kenyataan yang kontroversi dan susah diterima akal, antaranya; undi Pas masuk syurga..... Walaupun banyak pihak berpendapat kenyataan atau fatwa terbaru Nik Aziz ini sebagai satu gimik dan publisiti murahan namun ianya memang wajar. Apa lagi terhadap rokok yang telah nyata makruh hukumnya.


Cuma kita harap agar Nik Aziz jangan saja nampak perkara yang kecil seperti ini tetapi melihat juga perkara yang lebih besar dosanya jika dilakukan. Umpamanya isu berkenaan tuduhan perzinaan 'Din PuduRaya', YB berkenaan patut dilucutkan dari parti kerana melakukan perkara yang bertentangan dengan kehendak agama Islam.


Selain itu, bagaimana kedudukan Mat Sabu yang khabarnya tertengkap berdua-duaan dengan bukan muhrim di Hotel Perdana Kota Bharu tidak lama dulu? Apakah hendak dipejamkan mata begitu saja?


Harap Ulamak Tuan Guru Nik Aziz ini akan melakukan sesuatu yang susah juga, jangan setakan melakukan sesuatu yang senang sahaja bagi menarik hati pengundi. Selain itu harap orang-orang Pas semua menyahut seruan Tok Guru untuk tidak merokok. Kita cadangkan supaya tindakan dipecat dari parti Pas jika ahlinya didapati merokok.


Baca juga disini


xxx

04 October, 2010

KU LI CALON DUN GALAS BAKAL MB KELANTAN







Banyak pendapat; pro dan kontra bila Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya DUN Galas serta ura-ura (?)  mencadangkan beliau sebagai calon DUN Berkenaan.


Ada pendapat mengatakan jawatan Pengarah Pilihanraya yang selalunya dipegang oleh PM atau Timbalan PM baik untuk Ku Li, mengangkat martabat beliau. Bagaimanapun diletak sebagai calon DUN Galas sebagai sesuatu yang rendah untuk diberikan kepada beliau yang sudah banyak berjasa dan berpengalaman bukan saja kepada parti bahkan kepada negara.


Berbagai sebab dan alasan yang diberikan mengikut perkiraan masing-masing dan semuanya betul, namun manakah yang lebih betul diantara segalanya? Saya tak nak membincangkan dengan membandingkan beliau dengan orang itu dan orang ini serta memberikan teori-teori bagi menyokong pendapat. Saya hendak berfikir secara rasional dan mudah.


Ku Li tokoh besar negara. Berpengaruh besar di Kelantan terutama di Gua Musang, justru jika beliau dicalonkan peluang untuk menang adalah hampir 90%. UMNO/BN perlukan kemenangan lalu kenapa kita mencari jalan susah untuk menang jika jalan mudah sudah ada?


Selain itu kita tidak tahu apa ada dalam fikiran PM, mungkin PM merasa usaha menawan Kelantan akan lebih mudah jika Ku Li dijadikan ayam sabungan. Mungkin juga ini sebagai satu petanda Ku Li bakal menerajui Kelantan jika BN berkuasa kelak. Segalanya serba berkemungkinan, dan hanya PM saja yang tau kerana dialah yang bakal menentukannya.


Selama ini banyak pemimpin Kelantan yang di letakkan sebagai MB bayangaan dalam usaha merampas Kelantan namun segalanya gagal. Kenapa tidak dicuba Ku Li? Mungkin Ku Li sendiri sudah tidak ada keinginan untuk menjadi menteri kabinet kerana telah memegang beberapa jawatan penting selama ini, tetapi mungkin atas alasan untuk membangunkan negeri Kelantan beliau akan sanggup menerima tanggungjawab ini.


Nik Aziz 'jange dok gege' kalau Ku Li dicalonkan. Berapa banyak ahli Pas yang bertanding di Parlimen dalam masa sama juga bertanding DUN? Tak kan bila Pas boleh bila UMNO tak boleh pulak? 

03 October, 2010

PKR LEBIH DEMOKRATIK DAN BEBAS




Hahaha! Memang lawak PKR ni. Macam filem Labu-Labi juga. Ni baru round ke 2. Dalam Labu-Labi tu sampai round ke beratus-ratus. Lambat lagilah habis nampaknya. Dan Jenuh lagi lah kita dapat tengok aksi-aksi PKR yang tak pernah berlaku dalam sejarah politik tanahair.


Memang benar PKR sebuah parti yang demokrati dan mengamal kebebasan. Selain dari kebebasan bersuara mereka juga bebas melontar kerusi dan bebas menumbuk sesiapa saja. Jangan lupa bahawa mereka juga bebas mengadakan hubungan sek bebas dengan sesiapa saja. Bebas mengangkang disini dan disana. 


Ketua UMUMnya pula bebas menuduh itu dan ini jika tidak memberi faedah kepadanya. Bebas menetapkan tarik untuk perubahan kerajaan atau sebagainya. Memang dia seorang yang bebas melayan ilusinya, melayan impiannya un tuk menjadi PM dalam khayalan.




Bebas membelasah;






Bebas mengangkang;






Bebas berfikir dan bertindak;











02 October, 2010

YB DIN PUDURAYA DAN HUKUM HUDUD PAS





Kata gomo diblognya;

Namun bagi tak menghapakan pembaca maka Gomo cerita lah serba sedikit! Kira ni untuk pedoman pembaca lah jugak! Gomo dapat cerita ringkas dan lain lain tu tunggu je lah kami dedahkan!

Kelantan to KL - Sampai Hotel Puduraya - Halimah Dalam Bilik Hotel - Yb Sampai Masuk Bilik - Memantat Tak Ingat Dunia - Tampa Di Sedari Adengan Telah Di Rakam - 2 Round Yb Balun - Nasib Baik Tak Balun Belakang - Selesai Sudah adengan Ranjang - Yb Berambus Meninggalkan Hotel - Halimah Keluar Terkangkang kangkang - Rupanya Suami nya menunggu di Luar Puduraya - Halimah Bini Orang - Yb Berzina Dengan Bini Orang - Bukan Sekali Adengan Memantat di Puduraya - Ada lah sampai Adengan Berjaya Di Rakam .
- (Klik baca disini)

Kata gomo lagi:

Rakyat boleh nilai sendiri! Aku bagi KLU mudah untuk rakyat faham! Kalau Najib Boleh bersumpah tak kenal Altantuya walaupun di Fitnah bagai nak gila oleh Pakatan Haram! Apa kata Yb Din Puduraya Bersumpah yang beliau tidak sama sekali ke Hotel Puduraya!

Gua nak dia bersumpah tak ke Hotel Puduraya! Tu je dah cukup! Tak perlu bersumpah dia Balun atau tidak Isteri orang tu! Kita boleh lihat kebenarannya nanti!!!...  -  (Klik sini)


Kalau negara diperintah Pas dan melaksanakan hukum hudud;
1. Apa akan jadi pada YB Din PuduRaya ni?
2. Apa akan jadi pada YB Eli Kangkang tu yang juga berzinar?
3. Macamanapula dengan kes Mat Sabu di Hotel Perdana KB dulu tu?
4. Keh keh keh! Anu-arr si peliwat ni macamana pulak?


01 October, 2010

PRK DUN GALAS, UMNO MENGGALAS HARAPAN

 Ku Li - kepadanya tanggungjawab dan harapan diberikan


PRK bagi N45 DUN Galas dalam P32 Gua Musang akan diadakan tidak lama lagi. Kekosongan berlaku berikutan wakilnya Che Hashim Pas meninggal dunia baru-baru ini.



Dalam Pilihanraya Umum lalu Che Hashim mengenepikan calon BN dengan majoriti 646 undi.


Keputusan PRU12 bagi N45 DUN Galas:

Pemilih berdaftar                  - 10330
Kertas undi ditolak                 - 171
Kertas undi dalam peti undi      - 8323
Kertas undi dikembalikan          - 8356
Kertas undi tiddak dikembalikan - 33
Peratus pengundi                      - 80.89%
Majoriti                                    - 646

Pemenang         - Che Hashim (Pas)
Tewas               - Mohamad Saufi b. Deraman (BN/UMNO)




Berikut pula adalah keputusan PRU bagi Parlimen Gua Musang sebagai perbandingan dan makluman:


Keputusan PRU12 bagi P32 Parlimen Gua Musang:

Pemilih berdaftar                  - 28986
Kertas undi ditolak                 - 489
Kertas undi dalam peti undi      - 24221
Kertas undi dikembalikan          - 24238
Kertas undi tiddak dikembalikan - 62
Peratus pengundi                      - 83.77%
Majoriti                                    - 4394

Pemenang         - Tengku Razaleigh Hamzah (BN/UMNO)
Tewas               - Dr. Zul (Pas)


Banyak pihak meramalkan dalam PRK akan datang BN/UMNO akan berjaya merampas kembali kerusi yang sebelumnya dikuasai oleh UMNO. Antara alasan bagi kenyataan demkian adalah; PRK ini mudah bagi BN/UMNO memfokus kepada satu-satu kerusi DUN. Ku Li yang dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya tentunya akan membuktikan keupayaannya dan pengaruhnya di Gua Musang. Jarang sekali Jawatan Pengarah Pilihanraya dipegang oleh orang lain selain dari Presiden UMNO dan Timbalan. Perlantikan itu sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan kepada Ku Li.


Selain itu, usaha UMNO akan digembelingkan secara bersungguh-sungguh bagi mencapai kemenangan untuk mengembalikan maruah parti. UMNO dalam keadaan stabil sedangkan maruah Pas sudah calar-balar.


Cuma UMNO perlu berusaha bersungguh-sungguh dan bersatu dengan ikhlas, jangan ada musuh dalam selimut, jangan ada cas keting dan jangan ada yang akan menikam dari belakang. UMNO masih mampu melakukan ini, asal saja pemimpinnya mengubah sikap mereka selama ini. Ramai percaya rakyat tak bencikan UMNO, tetapi sikap sesetengah pemimpinnya yang mambuatkan rakyat membenci.


Pemimpin UMNO disemua peringkat harus melihat kedalam cermin dan mencermin diri mereka, melihat kebaikan dan keburukan. Jika tidak, UMNO akan jadi seperti PKR, sebuah parti keluarga yang mengecil dan akhirnya tidak akan dapat mengembalikan kepercayaan rakyat.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...