Suara Anak Pahang - Perlu Baca

30 November, 2010

PAS SUDAH TERSESAT - NIK AZIZ DIHERDIK


Nik Aziz sudah terpesong jauh sehingga bekas rakannya dahulu 
berani mengherdiknya dan minta kembali kejalan yang benar.


Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu, Khazan Che' Mat minta ilmuan serta bijak pandai agama Pakatan Pembangkang khususnya Pas menasihati kepimpinan Pakatan itu agar belajar menghormati ayat-ayat suci al Quran supaya tidak dijadikan bahan mainan.

Tan Sri Haussani Zakaria, Mufti Perak  berkata pemimpin politik bukan Islam tidak sewenang-wenangnya menggunakan ayat-ayat suci al Quran untuk kepentingan politik kerana ia menghina umat Islam.

EExco Pemuda Malaysia, Nazir Hussin Akhtar minta pemimpin Islam daripada PKR tidak memperalatkan ayat-ayat al Quran demi tujuan politik.

(Utusan Malaysia, Nov30, 2010)



Mungkin tidak perlu mendesak kepimpinan Pas untuk halang mana-mana pihak mengguna dan mentafsir ayat-ayat suci Al-Quran kerana mereka sebenarnya tiada ‘ulama Islam’ yang ada hanya ulama politik’.

Berdasarkan beberapa kes, mereka bela tidak kira  sesiapa yang guna ayat Al-Quran asal sejajar dengan aliran perjuangan mereka. Mereka sendiripun guna ayat-ayat Al-Quran tafsir mengikut kepentingan mereka.

Pas akan menggunakan apa sahaja untuk tujuan politik termasuk kalimah Allah yang mereka sanggup korbankan untuk digunakan oleh agama lain. Mereka melabelkan umat Islam yang bukan datang dari kelompok mereka sebagai jahil dan beku serta tiada inisiatif dakwah jika menghalang bukan Islam menggunakan ayat-ayat dari kitab suci.

Andai kalimah syahadat itu dalam bentuk barangan, sudah pasti mereka tukarkan akan sanggup tukarkan dengan undi sekiranya itu kehendak bukan Islam.

Semangat dan roh 'Dajjal' sudah menguasai umat Islam diMalaysia. Tidak payahlah desak mereka kerana bukan mudah untuk mengubah ketentuan Allah melainkan berdoa agar mereka berpaling dari kesesatan. 

SAH ANWAR MAIN BELAKANG WAN AZIZAH





Kongres PKR Nasional berlangsung dalam suasana yang sukar digambarkan sebagai sebuah parti politik yang mendukung prinsip demokrasi dan keaadilan. PKR yang ditubuhkan atas prinsip keadilan akhirnya rebah kerana tidak mampu bersikap adil terhadap ahli-ahli partinya.

Pada hari Kongress berlangsung, ketibaan Presiden dan Ketua Umum parti disambut dengan kain rentang dan protes yang tidak siapa menduganya selama ini. Yang jelas, Anwar dan Wan Azizah sudah tidak lagi dihormati oleh ahli.

Mungkin kerana menyedari apa yang berlaku itu telah menjatuhkan martabat mereka berdua, kerana itulah Ketua Wanitanya dalam ucapannya cuba mengangkat kembali martabat Ketua Umum mereka dengan mencadangkan jawatan tertentu yang hanya diujudkan untuk Anwar seorang saja. Begitulah Anwar cuba diagungkan.

Tidak cukup dengan itu, teks ucapan Presiden parti juga diselitkan dengan kata-kata yang sungguh meloyakan tekak semua manusia waras yang mendengarnya iaitu; Anwar adalah Pemimpin Malaysia anugerah Tuhan! Sewaktu membaca teks itu, Wan Azizah seperti teragak-agak menyebutnya. Ini adalah kerana teks ucapan ini ditulis oleh individu lain dan beliau hanya membacanya saja. Siapakah yang betanggungjawab menulis teks ucapan berkenaan? Tidakkan teks ucapan berkenaan ditulis oleh seseorang yang sudah dipengaruhi oleh Anwar sendiri? Dalam kata lain, Anwar meminta penulis teks itu menulis demikian dan Wan Azizah membacanya. Siapa yang sedang memainkan belakang siapa nampaknya? Sah Anwar main belakang Wan Azizah!

Memang jelas dan nyata PKR adalah parti untuk Anwar sekeluarga serta rakan-rakanya sahaja. Perjuangannya tidak ada hala tuju dan tidak berlandaskan untuk rakyat Malaysia.Perjuangan ini hanya survival peribadinya saja yang masih bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri. Mimpi 916!

29 November, 2010

PEMIMPIN ANUGERAH TUHAN - SIAPA YANG PERCAYA?

2 pemimpin yang sanggup mempergunakan apa saja untuk kepentingan diri sendiri


Kerusi pun tidak sanggup mendengar pembohongan PKR dalam Kongress mereka


DS Dr. Wan Azizah tanpa rasa malu, tetapi dalam kemalu-maluan telah dalam ucapannya di Kongres Nasional PKR menyatakan bahawa DS Anwar adalah pemimpin Malaysia anugerah Tuhan. Kita tidak dapat menafikan bahawa sesiapapun anak manusia yang lahir ke bumi manusia ini adalah anugerah Tuhan. Cuma sebagai pemimpin Malaysia, DS Anwar bukanlah satu anugerah.

Sejarah telah mencatatkan bahawa DS Anwar telah lahir sebagai seorang perusuh jalanan. Beliau dikenali sebagai pemimpin mahasiswa yang selalu melakukan kekeceoah dengan mengetuai berbagai demonstrasi jalanan menentang kerajaan.

Tun Dr, Mahathir telah 'mengutip' DS Anwar dari jalanan dan mengilapnya untuk dijadikan permata. Beliau diasuh dan ditatang bagai minyak yang penuh. Beliau diberikan laluan mudah dari menjawat jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO sehinggalah beliau sampai ketempat yang sangat hampir untuk menjadi pemimpin utama UMNO seterusnya sebagai PM Malaysia.

Bagaimanapun, Tuhan menganugerahkan Tun Dr. Mahathir fikiran yang telus, mampu menilai antara kaca dan permata. Allah juga masih sayangkan negara Malaysia ini serta rakyatnya dan agamanya, maka ditunjukkanlah segala keburukan yang selama ini dapat diselindungi oleh orang yang bercita-cita besar ini. Maka dibukakanlah aibnya sejelas-jelasnya, dan kita bersyukur apabila menyedari bahawa tidakan Tun Dr. Mahathir menghumbankannya semula kejalanan adalah sesuatu tindakan yang sangat wajar. Kita dikejutkan dengan keputusan mahkamah yang mengesahkan ada berlakunya perbuatan liwat dan kemasukkan dalam perbicaraan kes liwat DS Anwar itu.

Sama ada mahkamah mendapatinya bersalah atau tidak sudah bukan satu persoalan lagi, tetapi dari segi moralnya DS Anwar adalah sudah tidak bermaruah sama sekali dan tidak layak langsung untuk menjadi pemimpin di negara kita yang agama resminya adalah agama Islam.

Justru, apabila DS Dr. Wan Azizah membaca teks ucapan yang menyebut DS Anwar sebagai anugerah Allah, kita menyedari bahawa beliau hanyalah seorang Presiden hanya sebagai 'tunggul kayu' semata-mata, yang hanya menyatakan apa yang orang mahu dia menyatakannya.

Namun kita turut kecewa dengan kenyataan pemimpin Pas yang turut memperakui bahawa DS Anwar adalah anugerah Tuhan. Kenyataan Nik Aziz sangat mengelirukan sesetengah orang. Namun bagi mereka yang sudah biasa dalam membaca tingkahlaku dan arus pemikiran Nik Aziz, perkara demikian bukanlah sesuatu yang mengejutan. Kerana sebelum ini, Nik Aziz dan parti Pas sudah banyak kali mempersendakan Allah dan kalimah Allah.

Saya melihat bahawa politik Malaysia semakin mencabar dan mendambakan pengetahuan dan pemikiran rakyat yang lebih bijak. Rakyat mesti lebih waspada terhadap semua pemimpin politik kerana wajah mereka semua bukanlah wajah sebenar. Mereka boleh datang dengan berbagai wajah dengan mengenakan topeng-topeng yang berbeza di pada setiap ketika yang berlainan. Tidak kita parti apa yang mereka wakili dan tidak kira wajah siapa yang mereka gunakan, sama ada sebagai pejuang hak kebebasan bersuara, keadilan bahkan sebagai pemimpin yang perjuangkan agama, mereka tetaplah seorang ahli politik yang mesti sentiasa dicurigai setiap ucapan yang mereka lafazkan.

Pas bukanlah Islam dan Islam bukan juga Pas.

27 November, 2010

HANGAT: SIVAJI THE BOSS - KONGRES NASIONAL PKR, ANWAR SUDAH DI PENGHUJUNG JALAN




Perhimpunan Agung 'Kongress Nasional 'PKR yang turut dihadiri oleh DS Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR telah dicemari dengan tunjuk perasaan ahli-ahli yang tidak puashati terhadap kegagalan pucuk pimpinan mengendalikan permasalahan dalam parti selama ini. Beberapa sepanduk dan kata nista serta cacimaki menyambut ketibaan beliau bersama-sama Presiden Parti DS Dr. Wan Azizah.

Dalam majlis yang sama beberapa petugas media turut dihalau dengan kata-kata kesat dan ugutan. Sekarang baru rakyat nampak belang sebenarnya pemimpin agung mereka serta apa makna keadilan bagi mereka sendiri. Jika selama ini mereka menuduh UMNO berlaku tidak adil dan tidak membenarkan kebebasan kepada media, maka kini mereka melakukan perkara yang sama, malahan mereka nyata lebih ganas dan biadap.

Keburukan demi keburukan sudah terserlah dan semakin nyata bahawa perjuangan PKR sebenarnya hanyalah satu; untuk Anwar Ibrahim. Untuk membebaskan si peliwat dari segala tuduhan keatasnya dan membersihkan segala kekotoran dan najis yang dilakukan selama ini. Kerana itu, tidak hairanlah ahli-ahli parti seorang demi seorang bertindak keluar meninggalkan PKR kerana tidak ada keadilan seperti yang di janjikan sama sekali dalam PKR bahkan berlaku penindasan dan konspirasi yang diaturkan oleh pucuk pimpinan bagi menjatuhkan tokoh-tokoh yang cuba bangkit yang benar-benar memperjuangkan keadilan untuk rakyat.

Jika dulu, Anwar mengepalai dan mengajar ahli-ahlinya mengadakan demonstrasi jalanan, kini anak-anak yang diajar itu sudah semakin 'kurang ajar' dan bertindak mengajar gurunya sendiri; "guru kencing berdiri, anak murid mengencingi guru: - inilah apa yang sedang berlaku. Apakah Anwar akan terus-terus menyalahkan mereka itu dengan tuduhan berpaling tadah, khianat kepada parti dan kepadanya sendiri dan sebagainya?

Jika ada makhluk yang akan dipersalahkan di Malaysia ini kerana segala perbuatan khianat dan bertindak kurang ajar, maka makhuk itu (yang mungkin tidak layak disebut insan itu) tidak lain dan tidak bukan adalah DS Anwar - Sivaji The Boss!! Beliau nampaknya sedang sibuk menggali kuburnya sendiri dan bersiap sedia mengapankan dan menalkinkan karier politiknya. Adios DS Anwar!

Update:
DS Dr. Wan Azizah dalam ucapannya selaku Presiden dilaporkan membaca teks yang dituliskan oleh seorang ustaz. Bagaimanapun ada beberapa perenggan telah diubahnya secara spontan bagaimanapun, secara keseluruhannya ucapan beliau masih menimbulkan kontroversi, antaranya;

1. Menghapuskan ketuanan Melayu
2. Konsep ketuanan Melayu patut dibakulsampahkan ditukar kepada ayat yang lebih sopan iaitu ditinggalkan
3. Menganggap DS Anwar adalah pemimpin agung dan terulung dan anugerah Tuhan.

Nampaknya Presiden PKR yang juga isteri kepada Penasihat Umum PKR juga sudah meraban dan hilang akal. Mungkin kerana keresahannya apabila lebih banyak ahli-ahli parti tanpa segan silu memprotes dan bertindak keluar dari parti sejak kebelakangan ini.




Klip video kekecoham kogress PKR ini dimasukkan terkemudian.

23 November, 2010

TIDAK ADA ROMBAKAN KEBINET, TETAPI BERSEDIALAH UNTUK PRU



1. Akhirnya dengan tegas DS Najib menyatakan tidak ada rombakan kabinet. Ini telah mematikan banyak spekulasi dan gembar-gebur yang sebarkan oleh banyak pihak, termasuk rakan blogger.

2. Bagaimanapun, dari sumber yang rapat dan boleh dipercayai, PM diberitakan sudah besiap sedian untk mengadakan PRU13 dalam waktu terdekat. BN sudah kelihatan bersedia demikian juga dengan parti-parti komponennya. UMNO juga sudah kelihatan semakin mantap dari dahulu. Moral pemimpin-pemimpin UMNO kelihatan semakin pulih dan sudah bersedia untuk menghadapi rakyat dalam PRU. Saya juga secara peribadi berpendapat bahawa ini adalah masa sesuai untuk PRU kerana ketika ini Pakatan Rakyat berada didalam keadaan yang sangat buruk dan tertekan.

Ini terutamanya berikutan perpecahan yang berlaku didalam parti tunghan kepada barisan pakatan berkenaan - PKR. PKR yang sedang mengadakan pemilihan sudah tidak dapat menyimpan rahsia bahawa mereka tidak mampu mempertahankan keteguhan parti lagi berikutan sikap kronism yang terlalu kuat didalam parti.

Dikebanyakan Cabang berlaku kekecohan dalam pemilihan akibat perebutan kuasa serta sikap kronism yang berusaha untuk menjaga kepentingan kroni mereka. Ini memperjelaskan lagi bahawa PKR adalah parti yang hanya menjaga kepentingan DS Anwar serta kaum keluarga dan sahabat handainya.

Keputusan Dato' Zahid Ibrahim untuk keluar parti juga turut memberikan tamparan hebat kepada pucuk pimpinan PKR. Kerana itulah kepimpinan PKR telah mengadakan rapat demi untuk mengecam tidakan Zahid meninggalkan parti. Pada mereka, apabila meninggalkan PKR adalah satu kesalahan da perbuatan khianat, tetapi apabila meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR mereka menganggap ini satu tindakan bijak dan berjuang untuk rakyat. Apakah ada beza diantara PKR dengan Pas dalam soal ini? Pas juga satu masa dulu bersikap demikian bahkan sanggup menjatuhkan hukum 'kafir' kerana berjuang bersama UMNO.

Nyata bahawa politik kita masih dangkal, bukan diperingkat pemimpin tetapi diperingkat bawahan, diperingkat pengikut. Mereka masih boleh percaya pemimpin ketahap yang sukar dibayangkan oleh manusia yang berfikiran raasional. Pas sudah menganggap pemimpin mereka seperti wali yang maksum sedangkan mereka juga manusia biasa dan mengamalkan pilih kasih serta terlibat juga dalam penyelewangan dan rasuah. Mereka tidak melihat bahawa Pas hanyalah sebuah parti politik yang menggunakan Islam sebagai landasan untuk mendapat undi masyarakat Islam dari bangsa melayu. Tidak menyertai Pas bahkan jika tidak mengundi Pas pun bukanlah satu dosa sepertimana juga apabila mengundi dan menyertai Pas bukanlah satu pahala.

3. Perkembangan politik luar negara, di Myanmar memperlihatkan pejuang demokrasi Aung San Suu Kyi dibebaskan oleh junta tentera. Banyak pihak berpendapat ini hanya bertujuan mengalih pandangan dunia terhadap keserongan dan penyelewengan daalam pilihanraya yang diadakan baru-baru ini.

PKR dan poemimpin utamanya DS Anwar cuba menyamakan dirinya dengan Suu Kyi bagi meraih simpati rakyat dan masysrakat dunia tetapi kenyataannya berbeza sama sekali. Benar bahawa Suu Kyi menderita  kerana memperjuanhgkan demokrasi di Myanmar, tetapi DS Anwar tidak sama sekali. Bahkan beliau mendapat peluang menghadapi perbicaraan dengan sangat adil serta menadapat khidmat kumpulan peguam. Selain itu juga beliau mendpat akses di media tempatan dan antarabangsa, dibenar bergiat dalam aktif dalam parti politiknya serta bergerak bebas keserata dunia bahkan bebas juga memburukkan imej negara.

DS Anwar bukanlah seperti Suu Kyi yang harus mendapat simpat, bahkan mungkin dibelakang kita beliau akan tersenyum mentertawakan dan dalam hati berkata; bodohnya rakyat Malaysia dan senang ditipu serta dipermainkan perasaan mereka.

4. Yang pentng adalah, pemimpin BN khususnya UMNO berubah sikap dengan lebih rapat mendekati rakyat, berusaha semula mendapatkan kepercayaan dan menunjukkan sikap teluas serta jujur dalam perjuangan. Cuma seperkara yang pemimpin harus ingatkan bahawa politik bukanlah matematik; rakyat keluar PKR bukan bermakna mereka akan sokong dan undi UMNO/BN.

17 November, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL-ADHA



Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Adha kepada semua pembaca yang seringkali hadir ke blog ini, terutama sekali kepada 354 follower yang setia sejak dari mula lagi. Saya juga memohon maaf atas segala apa yang menyinggung hati sesiapa dalam tulisan saya.

Bagaimanapun, semenjak beberapa posting yang lalu saya telah mengubah cara penulisan dengan lebih berhemah lagi. Saya percaya bahawa menyatakan kebenaran serta pendapat bukan semestinya dengan menyinggung perasaan orang lain. Kita boleh berbeza pendapat namun dalam menyatakan pendapat kita itu harus juga dengan cara yang sopan. Penulisan yang bermaruah akan mengangkat martabat kita sebagai blogger yang dihormati, jika kita tidak akan dikenang sebagai bloggerpun, namun kita masih seorang insan yang bermaruah.

16 November, 2010

JERANTUT BANTAH PEMBANGUNAN YANG MEMINGGIRKAN KEPENTINGAN BANGSA MELAYU



Sejak beberapa hari lepas, blog-blog di Jerantut sibuk dengan isu Pembangunan Bandar Baru Jerantut. Saya mengesannya di blog Suara Prihatin UMNO Jerantut. Ini bermula bila Blog Hulu Tembeling mengulas mengenainya (sini). Kemudiannya blog MuaraSat menulis surat terbukanya (sini) Berikutnya diulas juga oleh beberapa blog lain; WZWH, Jerantut Post, Berita Pemuda dan Sangkakala.

Saya salinkan ringkasan isi Surat Terbuka berkenaan yang ditujukan kepada Menteri Besar Pahang dan salinannya kepada Perdana Menteri untuk pengetahuan bersama (di bawah ini) ;



PEMBANGUNAN BANDAR BARU JERANTUT SECARA PENSWASTAAN.


1. Kerajaan Pahang meluluskan tanah seluas lebih kurang 15 ekar dibandar baru Jerantut kepada Syarikat Gandamsa Sdn. Bhd. yang didalamnya Stesen Bas, Pasar, Dataran Majlis, Kawasan Pasar Malam / Pekah Sehari,  Tapak Ekspo dan lain-lain sekitarnya.

2. Tanah tersebut telah diluluskan kepada Syarikat Grandmas Sdn Bhd. Ahli Lembaga Pengarahnya terdiri dari  Goh Seng Kam, Haji Rosdi Awang Sulong, Rahmat Yusuf dan seorang lagi nama melayu yang tidak dikenali sebagai proksi.

3.  Kami dimaklumkan juga syarikat grandmas telah bertukar tangan atau telah dijual kepada orang lain yang bukan orang Jerantut.  65%  seorang China dan 35% seorang melayu. 

           
ISU YANG TIMBUL ADALAH:

1. Kami diberi tahu pelan pembangunan telah diluluskan. Dewan perniagaan china Jerantut seramai 300 orang telah membantah supaya stesen bas yang dalam cadangan akan dipindahkan dikekalkan ditempat lama.

2. Dataran Jerantut merupakan pusat aktiviti sosial, tempat berhimpun Hari Kemerdekaan, Persembahan Kebudayaan, Aktiviti golongan muda / belia akan dimusnahkan untuk membangunan ‘The Mall’. Rakyat Jerantut membantah pemusnahan kawasan dataran lapang tersebut dan ada ura-ura akan mengadakan demonstrasi jika diteruskan.

3.  Stesen Bas baru ( 3 tingkat), di bahagian bawah berfungsi sebagai hentian bas.  Tingkat  2 dan 3 adalah lot-lot perniagaan untuk peniaga kecil dianggarkan 160 orang. Semua peniaga-peniaga kecil yang bertaburan dalam bandar Jerantut akan ‘direban’ disitu. Gerai-gerai yang ada akan diroboh dan diganti dengan bangunan kedai mewah yang tidak mampu dibeli oleh orang Melayu.

4. Kami difahamkan juga kedai-kedai yang akan dibina 3 dan 4 tingkat dengan harga 600,000 hingga 1,000,000 keatas berdasarkan harga di bandar baru Inderapura dan bangunan yang dibina atas tapak taman di bandar baru yang tidak mampu milik oleh orang Melayu kerana harga 600,000 keatas.


KESANNYA:

1. Pemilikan harta Melayu di bandar Jerantut peratusannya akan semakin mengecil.

2. Orang Melayu tidak mampu membeli harta tersebut.  (Pada satu ketika dahulu  PKNP di ikuti oleh IKIP telah membina bangunan yang orang melayu mampu membelinya. Hanya itu sahaja yang masih tinggal untuk orang Melayu).

3. Kenapa UMNO Bahagian Jerantut, Pegawai-pegawai kanan di Pejabat Daerah Jerantut serta Ahli-ahli Majlis Jerantut membenarkan jadi begini? Mereka kata mereka tidak ada kuasa dan kuasa melulus adalah kuasa MB dan Exco Kerajaan Negeri.

4. Kami ingin tanya YAB Dato' Seri; Apa rasionalnya kerajaan negeri meluluskan pembangunan yang orang melayu tidak mampu berkongsi sama? Tidak kerajaan terfikir suatu hari nanti Melayu tenggelam dalam hutan batu yang bukan milik mereka, dan di buru bagai anjing oleh Majlis Bandaran walaupun untuk mencari rezeki kais pagi makan pagi?.

5. Apakah Kerajaan Negeri tidak mengambil ikhtibar dari apa yang berlaku diPulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan lain-lain? Tidak kah Kerajaan terfikir untuk menjaga masa depan bangsa Melayu generasi akan datang?
Mahukah Dato' Seri menjadikan sama Jerantut ini dengan Bentong, Raub, Temerloh, Kuantan, majoriti melayunya tidak sampai 55peratus sedikit masa lagi?


RAYUAN:

Kami memohon projek berkenaan ditangguh untuk diteliti dengan lebih mendalam serta memberi kesempatan Dato' Seri mendengar pandangan dari banyak pihak terlebih dahulu. Lebih dihormati lagi jika ianya ' batalkan' terus..

Kami terpaksa membuat rayuan ini di laman blog kerana kami mahu suara kami turut didengari. Selama ini kami tidak ada peluang dan ruang untuk bersuara kerana kami bukan pemimpin UMNO, bukan Ahli Majlis dan bukan Wakil Rakyat, justru kami jadikan ‘media sosial’ sebagai ‘Dewan Yang Mulia’ bagi kami. 




Apapun yang disuarakan kita percaya bahawa segalanya adalah pandangan rakyat terutamanya bangsa Melayu yang merasakan kehidupannya terancam akibat dari pembangunan ekonomi yang tidak memihak kepada mereka.


Kita sangat berharap semoga Pedana Menteri dapat mendengar suara-suara sebenar rakyat dan memberikan perhatian khusus mengenai perkara yang dibangkitkan ini. Kita tidak ingin melihat adanya pihak-pihak yang mengadaikan kepentingan bangsa Melayu kerana kepentingan peribadi mereka sendiri saja.

15 November, 2010

POLITIK BUKANLAH SEPERTI MATEMATIK

Gelaklah puas-puas, orangpun dah puas gelakkan awak!
Kalau takut kena minta maaf jangan cium keris, cium saja selipar tentu tak siapa akan paksa minta maaf



Media arus perdana bahkan blog-blog pro BN memainkan isu kekecohan dan keretakkan yang dialami oleh PKR dalam suasana menghadapi pemilihan parti. Memang banyak keburukan yang kelihatan selama ini. Keadilan dan ketelusan yang dijanjikan dan diperjuangkan juga tidak berlaku didalam pemilihan parti. Bahkan ada pihak menyifatkan ianya malah lebih buruk dari apa yang berlaku didalam UMNO. Banyak pihak berpendapat bahawa PKR adalah parti Anwar serta kroninya.

Dulu diwar-warkan bahawa bilangan keahlian parti mencecah 600,000 orang. Mungkin itu bilangan yang digambarkan bagi menunjukkan bahawa PKR mendapat sokongan rakyat, namun jika kehadiran mesyuarat diambil kira maka berlaku penguncupan yang sangat ketara. Kita boleh mengambil kesimpulan bahawa; 1) Sebagai protes ahli kepada pucuk pimpinan kerana adanya rasa tidak puashati lalu tidak menghadiri mesyuarat berkenaan dan, 2) Memang keahlian PKR sangat sedikit dan jumlah yang digembar-gemburkan selama ini hanyalah satu pendustaan belaka bagi menunjukkan PKR diterima rakyat. Hakikatnya mereka yang jadi ahli itu pun tidak pernah mendaftar untuk menjadi ahli.

Memang PKR menuju kemusnahan, bagaimanapun janganlah UMNO @ BN merasa riak kerana kekalahan PKR itu bukanlah bererti kemenangan bagi UMNO. Politik bukanlah matematik! Jangan kita fikir bahawa yang menolak PKR itu akan menerima UMNO! Besar kemungkinan bahawa mereka yang meninggalkan PKR itu tidak akan memberikan sokongan UMNO @ BN atau pada mana-mana parti.

Dalam PRU12 lalu, rakyat yang memprotes UMNO @ BN memberikan sokongan mereka kepada PKR dan pembangkang sebagai satu menefestasi protes mereka. Justru, jikalau pun ada antaranya yang benar-benar menyokong PKR @ PR dan kecewa dengannya tidak semestinya mereka akan menyokong UMNO @ BN pula. Mungkin mereka akan bertindak dengan tidak akan keluar mengundi. Hal begini banyak berlaku di negara-negara maju juga dengan alasan tertentu.

Apa yang ingin saya katakan adalah pemimpin-pemimpin kerajaan dan UMNO masih perlu berusaha bersungguh-sungguh mengembalikan keyakinan rakyat terhadap mereka. Golongan muda masih banyak yang tidak menyertai mana-mana parti politik dan arahtuju serta kecenderungan politik mereka juga sukar untuk diramal. Dalam laman blog dan facebook masih banyak kita dapati golongan muda ini yang menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap kerajaan serta pemimpin. Justru, pemimpin harus berusaha memeperbaiki diri mereka dan mendekatkan diri mereka dengan golongan muda bagi memastikan sokongan terhadap kerajaan meningkat.

Saya tidak membuat kajian khusus tentang sokongan rakyat terhadap kerajaan, namun dari apa yang kita lihat dan dengar sekeliling kita saya merasakan bahawa untuk kerajaan mendapat majoriti undi 2/3 di Parlimen adalah sesuatu yang semakin sukar untuk dilakukan. Bukan sahaja kerana sokongan terhadap pembangkang yang bertambah, tetapi sokongan terhadap kerajaan juga sudah sangat berkurangan. Dalam kata lain, ada pihak melihat bahawa setelah terlalu lama memerintah maka rakyat sudah merasa jemu terhadap kerajaan yang tidak banyak berubah pada cara pemerintahannya.

Selain itu, para pemimpin juga digambarkan sebagai ‘tuan tanah’ atau mereka yang rakus mencari kekayaan dengan kuasa politik yang mereka miliki. Menyertai UMNO bukan kerana perjuangan tetapi adalah kerana mencari peluang dan mendapat habuan. Kerana itu jugalah UMNO seakan ditolak oleh golongan muda selama ini.

Pergerakan Pemuda UMNO juga dilihat gagal meningkatkan sokongan golongan muda. Tidak seperti Pemuda UMNO masa lalu yang didalamnyalah semangat juang anak muda dibakar disamping menjadi golongan pendesak dan ‘check and balance’ kepada parti. Pemuda dahulu terkenal atas kelantangan dan keberaniannya yang mampu membela rakyat dan menjuarai hati golongan muda. Namun Pemuda sejak kebelakangan ini sudah semakin hilang sengatnya. Ini dapat kita kesani terjadi apabila Pemuda mula diketuai oleh generasi kedua. Mereka dari kalangan yang tidak naik dari bawah dan tidak menjiwai perjuangan UMNO sebaliknya mereka hanya mewarisinya dari kerabat mereka terdahulu.

13 November, 2010

'TUKAR TIUB', SESEKALI TUKARLAH TAYAR TU JUGA!

Macam ni punya tayarpun lagi mau pakai ka? Kah1 Kah! Kah! 


Saya ke blog Hishamuddin (Kahkahkah) Rais. Membaca keresahannya tentang permasalah dalaman yang bakal meruntuhkan PKR dalam masa terdekat. Hisham masih menaruh harapan walaupun sudah tinggal sedikit untuk PKR kembali pulih semula. Bagaimanapun saya merasakannya tidak kerana PKR ditubuhkan hanya untuk membela seorang individu yang didapati bersalah dan dibuang dari parti dimana dia naik – PKR tiada asas perjuangan.


Saya tidak menafikan bahawa dalam parti pemerintah ada individu yang rakus kerana dalam mana-mana partipun sikap demikian pasti ada. Bahkan saya melihat dengan mengeluarkan DS Anwar dari UMNO maka UMNO lebih kelihatan bersih walaupun saki-baki individu bersikap demikian masih ada, mereka akan dibersihkan kemudian seorang demi seorang mengikut keutamaan. Saya berpendapat, jika pohon yang kita tanam itu diserang dedalu maka kita tidak boleh memotong keleluruhan batangnya namun kita boleh merawatnya dengan membuang dahan demi dahan, bagai marahkan nyamuk, janganlah kelambu dibakar.

Hisham menyatakan seramai 213 orang telah menyertai satu pertemuan yang dinamakan Rapat Anak Muda Keadilan dan meluluskan 6 resolusi;
1.  MEDIA TIDAK HARUS DIGUNAKAN SEBAGAI MEDAN PERDEBATAN.
2. PEMILIHAN PARTI SEHARUSNYA BERASASKAN IDEA SEGAR, NILAI DAN REKOD KE ARAH MEMPERKASA ANGGOTA DAN RAKYAT.
3. RAPAT ANAK MUDA MEMPERAKUI BAHAWA SESUNGGUHNYA PEMILIHAN PARTI KALI INI MEMPUNYAI BANYAK MASALAH.
4. PARTI MESTI DENGAN SEGERA MEMBERHENTIKAN PROSES PEMILIHAN YANG SEDANG BERLANGSUNG SEHINGGA SEMUA ADUAN DISIASAT
5.   RAPAT ANAK MUDA JUGA MEMUTUSKAN AGAR SEMUA CALON DAN/ATAU PEMIMPIN DI SEMUA PERINGKAT TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN MELETAKKAN JAWATAN DAN/ATAU MENARIK DIRI DARI BERTANDING BERIKUTAN KRISIS YANG MELANDA
6.  ATAS SIFATNYA SEBAGAI SEORANG TOKOH YANG DISEGANI DAN TIDAK BERTANDING, RAPAT ANAK MUDA BERSETUJU AGAR DATO’ FAUZI ABDUL RAHMAN, PENGERUSI MPN, KEADILAN PAHANG, MENJADI JURUCAKAP DAN MEMBAWA RESOLUSI INI UNTUK DISERAHKAN KEPADA PRESIDEN PARTI.


Sejarah Hisham telah mencatat bahawa beliau adalah diantara pendemonstrasi jalanan yang telah dipergunakan oleh DS Anwar sejak zaman pelajar di IPT dahulu. Saya ingin ingatkan bahawa zaman telah berubah dan pendekatan kepimpinan dikalangan pelajar juga harus berubah. Menentang kerajaan dengan cara berdemonstrasi  dijalanan tidak lagi dianggap perwira atau pejuang. Justru saya cadangkan Hisham supaya tidak lagi hanya menukar tiub, bahkan tukarlah tayarnya sekali kerana tayar lama sudah tidak selamat untuk  digunakan lagi. Kah! Kah! Kah!

12 November, 2010

KEMANA ARAH ZAID IBRAHIM TUJU?




Blog Rakyat Malaysia memperkatakan soal  Datuk Zaid Ibrahim yang menganggap DS Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin negara. Tahniah atas kesedaran Zaid Ibrahim itu namun soalnya kenapa sekarang? Kenapa setelah beliau merasakan bahawa beliau sudah tidak ada tempat dalam PKR baru beliau menyedari akan hal itu? Lupakah beliau sewaktu beliau meninggalkan UMNO dulu kerana mengikut jejak DS Anwar? Apakah janji DS Anwar yang tidak tertunai kepadanya sehingga kini?

Soal DS Anwar tidak layak jadi pemimpin negara sudah semua rakyat Malaysia ketahuinya. Bahkan sewaktu Zaid Ibrahim sendiri masih belum menyedarinya orang lain sudah sedar. Jadi tidak perlulah beliau cuba untuk mengingatkan orang lain, yang beliau perlukan adalah sentiasa mengingatkan dirinya sendiri bahawa jangan gelojoh dalam politik dan jangan jadikan politik sebagai taruhan dalam mencari kehidupan.

Tun Dr. Mahathir adalah insan yang telah bertanggungjawab mengangkat DS Anwar dalam politik. Beliau adalah insan yang lebih rapat dan lebih banyak mengetahui tentang DS Anwar dan kerana itulah beliau telah mengambil tindakan mengugurkan DS Anwar kerana beliau sudah hilang kepercayaan terhadap timbalannya itu. Tetapi kenapa dari saat itu sehingga akhir ini baru kini Zaid Ibrahim menyedarinya?

Saya melihat Zaid Ibrahim sebagai seorang politikus murahan, yang cuba mengambil kesempatan politik untuk mendapat kepentingan peribadinya sendiri sahaja. Tidak lebih dari itu. Beliau juga adalah diantara mereka yang telah membantu memporak perandakan negara dengan apa yang mereka fikirkan dan lakukan atas nama kebebasan bersuara.

Ada terdengar desus desan bahawa Zaid Ibrahim akan menyertai Perkasa dan ada juga pendapat mengatakan bahawa beliau akan menubuhkan parti baharu, walau apa pun dan kemana pun beliau akan pergi, beliau bukanlah orang yang akan berjaya dalam politik, kerana beliau bukanlah dilahirkan sebagai pemimpin.

Baca juga pertikaian antara Zaid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim di blog  Tunku  atau sambil-sambil sendal gigi di blog Husin Lempoyang

02 November, 2010

GALAS - SLOGAN PAS MENGHALALKAN RASUAH ATAS NAMA ISLAM PERLU

Mungkin ini slogan yang sangat sesuai untuk 'Parti Ajaran Sesat' ini.




Akhirnya semua rakyat sudah sedar bahawa Pas hanya sebuah parti politik yang mempergunakan Islam untuk memaksa sebahagian dari orang-orang Melayu untuk menyokongnya bagi mereka mendapat pengaruh dan berkuasa. Pas sudah tidak peduli apakah yang mereka lakukan itu HALAL atau HARAM. Pas juga sudah tidak kira DOSA atau PAHALA. Pas sudah tiada beza dari UMNO bahkan lebih 'ganas' lagi dengan sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-cita dan kepentingan parti dan pemimpin mereka. Blog Gelombang Wangsa Maju menulis begini sebagai sebab-sebab mengapa Nik Aziz tidak layak lagi jadi MB Kelantan;

1. Menghadiri Perlantikan Sami Budha Dan Pembakaran Mayat Sami Budha Pada Bulan Mac 1995


2. Islam Membenar Kan Mencarut - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999

3. Arak,Dibenar Jual Oleh Orang Bukan Islam Kepada Golongan Itu Saja,Jika Diharamkan Menyulitkan Orang Bukan Islam Untuk Menikmatinya -Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia 19 November 1992

4. Dalam Perlembagaan PAS Tidak Mengandungi Untuk Menubuhkan NegaraIslam DAP Boleh Tengok Sendiri Dan Baca Perlembagaan Itu - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001

5. DAP Boleh Hina Islam,Fasal Dia Bukan Islam,Tetapi Orang IslamUMNO Itu Lebih Menghina Islam - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009

6. PAKATAN Dengan Orang Kafir Penting Kerana Kita Mahukan Sokongan Undi Bukan Islam Untuk Menangi Pilihanraya - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan Di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke 31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004

7. Jika Melawan UMNO Tiba-Tiba Meninggal Dunia,Maka Kita Dikira Mati Syahid - kuliah Nik Aziz Nik Mat Di Masjid Kg Pulau Melaka

8. Kelantan Menggunakan Hasil Cukai Arak, Lesen Anjing Dan Sebagai nya Bagi Menampung Kos Membuat Jalan Dan Lain-Lain Projek Pembangunan - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994

9. Kalau Kita samseng Maka ALLAH Lebih Samseng Lagi - Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat Berhubung Isu ALLAH Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002

10. Kita Bersyukur Dengan Pendirian DAP Kerana Sanggup Bekerjasama Dengan PAS,Asalkan PAS Tidak Mendirikan Negara Islam - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999





Sepanjang kempen PRK DUN Galas, Pas telah menjanjikan bahkan melaksanakan beberapa perkara yang sah bertentangan denga Islam, tapi sebagai sebuah parti dengan pemimpin yang hipokrit, Pas tetap pertahankan perbuatannya dan memfatwakannya sebagai 'HALAL'.


Pas memberikan Sijil Pemilikan Tanah kepada penyokong Pas sahaja di Galas, bagaimanapun Gerannya tidak. (Sini)  Pengundi-pengunid diugut hak mereka akan ditarik balik jika Pas kalah di Galas. Pas bercadang 'merasuah' RM250.00 seorang untuk membawa mereka balik mengundi di Galas. (Sini)   Selain itu Pas juga memfitnah calon dan pemimpin-pemimpin UMNO. Nik Aziz juga menuduh Ki Li tidak cekap jalankan tugas dan banyak tidur tetapi hakikatnya adalah disebaliknya. (Sini)  Konon nak pantau BN jika merasuah pengundi, tapi bagaimana jika Pas sendiri yang menyogok? (Sini)

Hakikatnya Pas bukan Islam. Tidak berdosa jika tidak mengundi Pas. Mengundi Pas bukan tentu masuk syurga. Memang kita hendakkan syurga di akhirat kelak, tetapi di dunia ini kita juga hendakkan kesenangan dan bukannya kesenangan dunia ini hanya milik pemimpin Pas sahaja. Undilah calon yang akan memberikan kesenangan di dunia ini supaya memudahkan akhirat kita kelak. BN untuk GALAS.

01 November, 2010

PRK GALAS - SEMBANG PUTERI UMNO GUA MUSANG

Nik Nora Hiryani, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Gua Musang.



Petang semalam saya berkesempatan bersembang dengan Ketua Puteri UMNO Bahagian Gua Musang Cik Nik Nora Hiryani b Nik Mohd Yusof. Berikut temubuial santai antara BH dengan Nik Nora. 

Tempat: Restoran Tasik, berhampiran IPD Gua Musang.
Tarikh /Masa: 31hb.Okktober, 2010 / 8.00 Malam



BH: Nik Nora, sejak bila menyandang jawatan Ketua Puteri Bahagian?

NN: Sejak peringkat penajaan lagi, iaitu tahun 2000.

BH: PRK Galas, apa pandangan Nora peluang UMNO / BN untuk menang?

NN: Peluang untuk menang cerah. Peratusannya bertambah dan respon dari pengundi sangat menggalakan. Mereka yang selama ini bersikap pasif nampaknya sudah menunjukkan perubahan dengan melibatkan diri dalam banyak program dan ceramah yang dianjurkan. Kerana itu kita sangat yakin mereka sudah berubah dan memberikan sokongan kepada calon UMNO / BN.

BH: Ada cakap-cakap mengatakan Ketua Pemuda tidak menyokong calon bahkan enggan berkerjasama dengan parti dalam berkempen, apa kenyataan Nora?

NN: Itu hanya cakap kosong saja. Itu usaha pihak yang ingin melemahkan jentera kempen parti. Buka setakat Ketua Pemuda, bahkan Wanita dan Puteri juga diberitakan sebagai tidak berkerjasama dalam kempen parti, tetapi hakikatnya semua pihak dan sayap-sayap UMNO memberikan komitmen yang tinggi kepda calon dan parti.

BH: Saya berkesempatan menggabungkan diri dalam ceramah-ceramah anjuran Pas dan mendapati sambutannya sangat kurang berbanding semasa PRU dahulu. Apa komen Nora?

NN: Ramai beranggapan begitu. Mungkin rakyat sudah semakin hilang kepercayaan kepada Gabungan Pakatan Rakyat ini khususnya kepada Pas terutama dari kalangan pengundi muda. Mereka inginkan pembangunan dan peningkatan tahap ekonomi untuk dapat bersama-sama mengecapi perkembangan ekonomi negara yang semakin pesat.

BH: Pengundi muda, apa usaha Puteri dalam menarik sokongan mereka?

NN: Kita sedar pengundi muda semakin bertambah dan pandangan mereka terhadap politik juga berbeza, bukan konservatif. Mereka inginkan kemajuan dan pembangunan. Mereka ingin bersama menikmati kemajuan ekonomi. Hakikatnya mereka inginkan perubahan fisikal dan Pas dilihat gagal memberikan semua ini sehinggakan mereka terpaksa berhijrah ke luar Kelantan untuk mencari penghidupan. Lebih banyak pengundi muda dibawa balik untuk mengundi bermakna akan lebih banyak pertambahan undi akan kita dapati kelak. Pada saya, pengundi muda adalah penyokong kerajaan dan UMNO / BN. Puteri memang mensasarkan pengundi muda dalam kempen dan gerakkerja, dan responnya sangat membanggakan. Golongan muda lebih banyak mengunakan IT jadi kami dedahkan mereka dengan laman-laman blog menyokong kerajaan untuk bersama berkongsi pandangan politik dari beberapa sudut.

BH: Difahamkan juga sepanjang kempen kali ini Pas sudah dikira kalah dari peringkat awal kerana mereka ketiadaan isu.

NN:  Memang kali ini banyak pihak berpandangan begitu, Pas ketandusan isu. Apabila mereka jadikan isu calon UMNO tidak berkelulusan, mereka juga dibalas terutama oleh pihak blogger tentang Naib Presiden Mereka yang juga tidak berkelulusan, akhirnya mereka seperti meludah ke langit!

BH: Terima kasih Nora. Bersamalah kita berdoa agar calon UMNO / BN akan mendapat kemenangan besar dalam pemilihan pada 4hb. nanti.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...