Suara Anak Pahang - Perlu Baca

31 December, 2010

RAKYAT SUDAH BENCI PKR DAN PAS FOR AWW'!'

Kha..kha..khalid tu OKU, dia tu kan ga...ga...gap bercakap dan berfikir juga, hehe

Kita teransang apabila membaca posting di blog Penglima Perang Cyber. Ini mengenai tindakan MB Selangor dan PKR yang mengingkari kehendak Sultan atas perlantikan SUK yang baru. (Baca Sini). Nampaknya MB Selangor dengan  nasihat dan hasutan pakatan pembangkang telah bertindak biadap dan durhaka kepada pemerintah. Ini bukan perjuangan Islam, ini adalah perjuangan komunis yang sudah tentunya disokong kuat oleh DAP manakala Pas, parti yang 'kunun'nya perjuangkan Islam tetapi 'bacul' dan panakut tahap 'aww!'

Semua rakyat tahu bahawa pengkianat Melayu dan Islam dari Perak (Nizar) antara yang menasihati berbuat ingkar kepada MB Selangor. MB Selangor yang hampiri taraf OKU kerana kecacatan 'gagap'nya juga telah  jelas juga 'gagap' dalam fikirannya. Yang nyata adalah beliau juga seperti Nizar, MB yang di pacu oleh kaum lain untuk kepentingan mereka dan sanggup membelakangi kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam.

Khalid 'Gereja' Samad tuduh perlantikan Khursin sebagai agenda terancang UMNO / BN untuk membubarkan DUN Selangor sepertimana yang berlaku di Perak (baca sini) Memang demikianlah orang yang busuk hatinya sentiasa menganggap orang lain sama seperti hatinya. 

Pertikaian puak-puak Pakatan Rakyat terhadap perlantikan Khursin sebagai SUK adalah jelas satu penghinaan terhadap Sultan Selangor dan rakyat negeri Selangor juga. Apa yang semakin nyata adalah perjuangan PR selangor adalah berasaskan kepada perjuangan DAP kearah mencapai idea "Malaysian Malaysia' mereka. (Baca sini)  Baca juga pendapat seorang blogger 'elit' mengenai amalan lazim perlantikan SUK di blog SMALL TALK..

Yang kita pertikaikan adalah apakah benar perjuangan Pas untuk Islam dan bangsa Melayu yang beragama Islam ini? Kerana setiap langkah yang kita lihat mereka hanya dijadikan alat untuk kepentingan kaum lain terutama parti DAP yang berjiwa komunis sejak dulu lagi.

Memang sah dan nyata bahawa perjuangan Pas dengan slogan mereka 'Pas for aww!' hanyalah sebagai alat dan batu loncatan bagi DAP dan segala yang dilakukan hanyalah untuk kepentingan pemimpin mereka peribadi semata-mata. Tidak ada ulamak sebenar didalam Pas, yang ada hanyalah mereka yang berpura-pura menjadi ulamak untuk dipilih sebagai 'tok wakil' seterusnya akan mengembangkan payungnya bagi kroni mereka bernaung.

Panglima Perang Cyber menyeru BPN untuk berjuang menentang penderhakaan terhadap Sultan dan kita sudah tentu akan menyahut seruan itu. Dendam PRU12 masih disimpan dan akan kita balas setiap kali kita berpeluang. Kita sudah nampak bahawa rakyat sudah semakin membenci PKR dan Pas for aww! Mereka tidak lagi ada dalam hati nurani rakyat kerana perjuangan mereka itu tidak pernah ikhlas membela agama bangsa dan negara.

30 December, 2010

PAS FOR AWW! - HUHU!

You all tengok itu Mahfuzzz! Itu bareng pun dia mau tengok! 
Mungkin pasal Mat Sabu sudah sapu, itu ADUN pun sudah sebat, jadi dia pun mau dapat juga?

Apabila ramai blogger menyebarkan berita seorang ADUN Pas 'ditangkap' berkhalwat dan berzina dalam koc keretapi, makan Pas sudah mati kata-kata. Bila tersebar diblog-blog klip video pengakuan seorang saksi kes zina berkenaan (klik sini) maka Pas makin terpukul. Keterangan saksi berkenaan telah dengan beraninya menempelak Nik Aziz yang tidak tegas bertindak dalam kes berkenaan. Bahkan, mengikut keterangan saksi berkenaan, Nik Aziz keesokkannya telah dengan mudah menyatakan bahawa kesalahan tertuduh @ si penzina itu telah diampunkan! Wah! Besar sungguh kuasa atau mukjizat yang ada pada pemimpin Pas  ini rupa-rupanya. Mungkin 'nabi' pun tidak memiliki kuasa seperti yang ada pada dirinya.

Berikutan dengan itu, saksi berkenaan juga telah dilaporkan dilanggar dan dicederakan oleh puak-puak samsing yang kemungkinan besar dari kalangan pengikut Pas atau pun diupah oleh pihak Pas bagi menakutkan saksi berkenaan serta 'menghapuskan bukti saksi' Bagaimanapun kes berkenaan tidak tenggelam begitu saja, justru untuk mengalih pandangan rakyat akhbar terbitan Pas 'Haprak @ Serakah Daily' menimbulkan berita seorang amah di rogol oleh seorang menteri bagi 'menconteng' arang ke muka UMNO / Kerajaan. (Baca Sini)

Justru saya lebih percaya pada pandangan blog Darul Ehsan Today (klik sini) yang percaya bahawa isu ini adalah satu konspirasi kerana ianya sudah pun di bawa oleh DS Anwar Ibrahim semasa kempen PRK Bagan Pinang dulu. Ianya adalah memainkan semula cerita lama bagi mengalih pandangan masyarakat dan rakyat dari siu sebenar - ADUN Pas - parti yang mempergunakan agama Islam - berkelakuan tidak bermoral dengan melakukan zina dengan isteri orang.

Kepada blogger-blogger pro kerajaan, jangan kita terpedaya dengan usaha mereka ini. Kita sudah lama mengenali Pas dan apakah bezanya antara Pas dengan DAP? Jika Pas sanggup berkerjasama dengan syaitan, tidak kah mereka juga sama seperti syaitan? Satu soalan bonus; Siapakah bapak syaitan di Malaysia ini? Jawab jangan tak jawab! Huhu! 

Pas for Aww!!!


SLOGAN BARU PAS: PAS FOR AWW!!




Saya sangat tertarik dengan tulisan sahabat saya Rajahmas mengenai politik Pas di Sarawak. Beliau mengibaratkan Pas tidak tahu apa-apa dan apa yang hendak dibuat dalam peranan politik Pas di negeri Kenyalang itu.

Sebenarnya selama ini pun Pas tidak tahu apa-apa dan ini jelas kelihatan kerana mereka sering hilang punca dan arahtuju. Pemimpinnya pun sentiasa berdolak-dalik dalam pelbagai isu. Sekejap mereka kata itu dan sekejap lagi mereka kata ini. Yang lebih mengelirukan terutama pada anak-anak muda adalah tentang pendirian mereka dalam satu-satu hal. Mereka tidak pernah konsisten. Bahkan segala 'fatwa' yang para ulamak dan tok guru mereka keluarkan sangatlah mengelirukan. 

Kerana itu jugalah golongan muda dewasa ini sudah semakin menjauhi Pas. Mereka sudah hilang kepercayaan kepada ulamak dan tok guru yang berdolak-dalik. Umpamanya ketika UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC mereka jatuhkan hukum haram, tetapi apabila mereka berkerjasama dengan DAP mereka katakan itu adalah halal.

Malanglah bagi Pas ketika ini kerana golongan muda sudah semakin menjauhi mereka. Imej ulamak dan tok guru tidak lagi dapat menarik minat dan keyakinan mereka. Tambah pula kebelakangan ini sudah terlalu banyak keburukan yang dibongkarkan berkaitan tingkahlaku pemimpin mereka, antaranya penyalahgunaan kuasa, rasuah dan bahkan khalwat dan zina.

Petanda bahawa Pas sudah tidak lagi dipercayai adalah ketika baru-baru ini diadakan ceramah umum yang dihadiri oleh 'Imam' Mahfuz yang gagal SRP itu dengan dibantu oleh 'sesumpah' CMK yang lebih bijak sedikit darinya dengan berkelulusan SPM. Ceramah umum itu hanya dihadiri oleh seramai 200 orang sahaja walaupun CMK sudah berusaha bersungguh-sungguh bermain-main dengan power-point komputernya. Malangnya golongan muda yang celit IT tidak datang dan yang ada hanya golongan tua yang 'pejam celik' IT dan hanya menganggap itu hanya permainan cahaya sahaja.

Pas tidak akan berjaya di Sarawak dan Pas juga akan gagal dan terpukul hebat di Pahang kelak dengan kebangkitan golongan muda dalam melibatkan diri dalam politik.

Seperti saya katakan tadi, tulisan Rajahmas memang menarik (klik sini) bahkan slogan Pas sinisnya juga menarik: 'Pas for Owl'. Namun saya rasakan akan lebih menarik lagi slogan itu jika diubah kepada 'Pas for Aww!' Keh! Keh! Keh! aWW! aWW! aWW!

29 December, 2010

PRU13 - PAHANG MAKIN MANTAP



Nama-nama pengerusi dan timbalan pengerusi badan perhubungan UMNO setiap negeri talah diumumkan. Sebagai manusia biasa pasti ada yang kita tidak puashatikan, sama ada kita sendiri sebagai calon yang merasa diabaikan atau pun kita sebagai pengikut yang kecewa kerana calon kita diketepikan. Siapakah yang mampu  membuatkan semua pihak akan berpuashati pada setiap keadaan? Tuhan pun tidak mampu puasakan hati semua makhluknya, kerana itulah syaitan telah menderhaka! 

Di Pahang, Menteri Besar Dato' Seri Diraja Adnan Yaakob dan Dato' Sharkar Shamsuddin telah dikekalkan jawatannya sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Kita mengucapkan tahniah! Mungkin ada pihak yang memandang sinis pada saya kerana suatu ketika dulu saya mengkritik hebat MB Pahang ini. Mungkin saya tidak menyukai seseorang, namun kepentingan ramai harus tetap diutamakan dan PM DS Najib lebih mengetahui segalanya, justru yang perlu kita lakukan adalah memberi sokongan padu dan merapatkan saf perjuangan kita.

Saya pasti sudah tentu ada kalangan orang-orang politik juga yang tidak berpuas-hati kerana tidak dipilih. Memang bukan saya yang patut memberikan nasihat kepada mereka namun ingatan ini adalah sangat wajar; Terimalah keputusan ini dengan senang hati dan berikanlah sokongan yang kukuh atas nama perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara tercinta ini. Kita boleh bersaing sesama kita, kita boleh berebut diantara kita namun apabila keputusan sudah dibuat, seharusnya kita akur dan kembali memberikan sokongan bagi memantapkan perjuangan kerana jika kita yang terpilih sudah tentu sokongan mereka semua kita juga perlukan.

Dalam keadaan menghadapi perjuangan, kita harus memikirkan kepentingan ramai dan kita sangat mengharapkan kekuatan dan persefahaman sebagai satu pasukan. Apakah bermakna seandainya hanya kita yang menang dala PRU kelak sedangkan sahabat-sahabat kita dan parti kita tewas? Kita hanya akan jadi melukut ditepi gantang, kita hanya akan jadi ADUN atau Ahli Parlimen pembangkang. Saya masih ingat kata-kata sedemikian dari mantan PM Tun Dr. Mahathir yang mengingatkan kita tentang perlunya bersatu dalam perjuangan.

Kita tahu masalah perpecahan dan ketidaksefahaman ada dimana-mana, termsuk UMNO Pahang, tetapi jika kita mempu membersihkan sedikit hati kita dan menerima takdir yang sudah Allah tetapkan, sudah tentu jiwa kita akan jadi tenang dan perjuangann kita akan menjadi lebih bermakna dan diredai.

Mungkin ada yang berfikir untuk menderhaka jika tidak dipilih, tetapi perjuangan untuk kepentingan diri dan yang tidak ikhlas juga tidak akan diberkati Allah. Lihat sekeliling kita! Lihat pada pemimpin yang berjuang atas dasar kecewa! Apakah mereka bahagia? Bukan sedikit pemimpin UMNO yang menderhaka menyertai pembangkang, 'kunun' atas dasar perjuangan. Tetapi kita harus lihat kembali, apa yang telah mereka peruangkan semasa didalam UMNO dan apa pula yang mereka perjuangkan apabila sudah berada disebelah sana? Rakyat tidak semudah itu untuk ditipu dan rakyat tidak sebodoh dizaman dulu.

Kita lihat di Pahang, ada seorang pemimpin telah tidak terpilih menjadi calon sekali lagi lalu bertindak menyertai pembangkang dan dilantik menjadi ketua. Sudah tentu beliau gembira atas perjuangan barunya. Cuba fikirkan apakah beliau akan sertai perjuangan barunya itu jika tidak terpilih sebagai ketua? Bermakna perjuangannya itu masih bersifat perjuangan diri. Begitu juga, ada seorang bekas ADUN (yang rajin menulis blog) sentiasa menghentam DS Najib mungkin kerana ingin mencari perhatian, jika itu juga dinamakan satu perjuangan, apakah perjuangan itu akan tetap diteruskan sekirannya beliau masih lagi seorang ADUN atau dicalonkan semula?

Dunia ini memang tempat dimana Allah  menguji manusia. Dunia ini juga tempat syaitan menduga iman manusia. Semakin besar tanggungjawab kita, semakin kuat iman kita makan semakin banyak godaan yang kita terima. Tok guru dan alim ulamak juga ada yang tersungkur sehingga membawa kepada fatwa yang sesat dan menyesatkan. Tidak hairan jika parti Pas kebelakangan ini semakin berantakan dengan skandal-skandal yang melinbatkan para pemimpin mereka. Ada yang terlibat dengan rasuah panajaan menunaika haji yang berjumlah berpuluh ribu, ada juga yang terlibat dengan salahlaku seks. Mat Sabu yang memberikan Anu-arr nama 'Al-Juburi' juga 'menjubur' dan berkhalwat. Terbaru dan masih hangat, seorang ADUN Pas dituduh 'menjuburi' isteri orang dan masih tidak mampu mempertahankan dirinya sendiri.

Justru, kita harus balik semula kepada asal. Sebenarnya kita sudah bahagia dan gembira dengan apa yang kita miliki selama ini. Jangan kita menempa nasib malang untuk menagih sesuatu yang tidak pasti. Anu-arr si peliwat tidak akan membawa kita kemana-mana selain akan sentiasa meliwati kita satu demi satu. Kita mesti sentiasa memandang belakang kita sendiri supaya kita sentiasa berwaspada, dan jangan juga memandang belakang sesiapa supaya kita tidak akan 'tergoda'. Sebuah blog pencacai yang menyokong si-peliwat namun sudah beransur-ansur bertukar warna macam sesumpah sedang menanamkan kebencian rakyat kepada UMNO Pahang, tetapi mereka tidak akan berjaya malahan kelihatan semakin lemah kerana perjuangan yang tidak berasas.



28 December, 2010

BERBLOG CARA BARU?

Sekarang blogger benar-benar jadi beruk!


Ramai blogger yang terkejar-kejar untuk mencari rangking dalam 100 rangking alexa. Bahkan sudah ada blog yang tugas resminya adalah mencatat rangking setiap blog yang tersenarai. (Klik sini).


Jika trend ini diteruskan, mugkin akan datang bilangan blogger yang benar-benar menulis akan berkurangan dan blogger yang menjadi sebagai 'pemandu jalan' akan semakin bertambah. Apa yang saya maksudkan adalah begini;

Anda (Klik sini) kemudian anda diminta (klik pula kesini) untuk membaca. Contoh kedua ini: Klik sini kemudian anda akan pergi ke sini (Klik) Mungkin blogging menjadi semakin mudah pada masa depan atau kita akan menwujudkan penulis (blog) yang tidak berapa menulis. Apakah ini budaya baru dalam menulis (blog) selain dari 'copy and paste'?

27 December, 2010

MERAPATKAN SAF PENGAMAL MEDIA SOSIAL

Sebahagian peserta kursus blog dahulu, kemana mereka pergi? 
Atau apa sudah jadi?

1. 
PM sudah memberi isyarat bahawa PRU semakin hampir. Semua jentera pilhianraya negeri-negeri sudah mula digerakkan, demikian juga diperingkat bahagian. Orang-orang UMNO yang selama ini tertidur sudah kembali terjaga dan bernafas. Mereka masih hidup!, dan cuba meneruskan kesinambungan dan wawasan parti yang masih banyak belum terlaksana sepanjang mereka tidur lena.

Pahang yang selama ini membiarkan media sosial tanpa adanya pemantauan kini sudah kelihatan menuju kearah itu. Mungkin blog 'Pahang-ku' - http://pahang-ku.blogspot.com adalah buah yang dhasilkan sebagai terjemahan kepada keinginan menjuarai media sosial yang disaran PM selama ini. Bagaimanapun, ini bukan pertama kali mereka cuba menuju ke arah itu. Dulu UMB bergegar dan digegarkan, namun hilang lesap entah kemana. Kalau tak silap, dulu pernah ada beberapa blog pro kerajaan yang dibina dan akhirnya mati tak berkubur.

Pahang Daily - hilang tanpa kesan. Pahang News dan Pahang Kini - kini tinggal sebagai kuburan usang. Kalau inilah akhir sebuah impian, maka kita tidak akan dapat tidur lena menjelang PRU nanti.

Banyak kali diadakan kursus penulisan blog oleh beberapa pihak di Pahang. Berapa yang dilatih dan berapa yang dilahirkan? Kegagalannya adalah silap dalam membuat tafsiran. Blogger juga seperti lain-lain bidang penulisan, memerlukan bakat, keinginan, komitmen dan pengetahuan. Justru jangan berfikir selepas kita adakan satu kursus maka dari 50 peserta itu mereka akan melahirkan 50 blogger yang baik dan hebat.

Ada blogger yang berfikir dan mengumpul maklumat untuk menulis, ada yang hanya copy and pasti serta beri sedikit ulasan, ada yang hanya copy and paste, bahkan ada yang hanya memberikan link ke blog berkenaan seakan penunjuk jalan...rupa-rupanya macam-macam jenis blogger ada!

Saya selalu sarankan supaya dalam membina pasukan blogger, ambillah dari mereka yang sedia ada dan sedang menulis. Mereka ini akan tetap menulis walau tidak menerima apa-apa dari sesiapa, justru kenapa tidak gunakan minat dan kemahiran mereka untuk melakukan tugas bagi pihak kita? Mungkin dengan sedikit imbuhan akan menggembirakan hati mereka tentunya!


2.
Semua sudah sedar bahawa PRU semakin hampir. Namun banyak pihak masih belum bersedia untuk merapatkan saf dalam perjuangan kita. Kerana itu kita lihat masih ada blog-blog yang masing-masing pro kerajaan / UMNO namun menghentam sesama sendiri. Ini sepatutnya dihindari kerana tu akan melemahkan kita sesama sendiri dan sudahnya berkemungkinan kita akan gagal dalam perjuangan kita nanti.

Saya memantau dan melihat dengan jelas ini masih berlaku, justru saya menyeru blog WZWH, SPU dan UD menghentikan sebarang provokasi dan pergaduhan sesama sendiri.  Tidak ada faedah yang akan kita dapati jika perpecahan terus terjadi. Kita akan lihat apa yang perlu kita lakukan untuk selesaikan permasalahan ini. Sekali lagi, hentikan! demi kejayaan dalam menghadapi PRU akan datang.


26 December, 2010

PEMIMPIN UMNO MASIH KETINGGALAN DALAM MEDIA SOSIAL

Tweet! Tweet!


Blog MIM menulis tajuk: Rangking Tweeter. Com: Pemimpin  UMNO / BN tercorot? Klik sini ke blog MIM

Saya tidak menafikan bahkan sangat bersetuju dengan kenyataan itu. Memang kesedaraan pemimpin UMNO khususnya dan BN umumnya masih sangat kurang terhadap peranan media sosial ini. Sama ada blog, facebook dan tweeter, kita meihat ianya dikuasai oleh pihak pemimpin pembangkang. Soalnya apakah pemimpin UMNO / BN tidak menginsafi bahawa kerana peranan media sosial inilah BN kehilangan banyak kuasa dalam pemerintahan.

Apakah pemimpin UMNO tidak faham dan tidak mengakuinya atau mereka ini 'buta IT'? Saya beranggapan, dengan keupayaan yang UMNO ada sudah tentulah setiap bahagian UMNO memiliki blog masing-masing yang akan digunakan sebagai alat siararaya mereka. Mungkin alasannya masih tidak ramai ahli atau pemimpin peringkat cawangan yang 'celik IT', tetapi bahagianlah yang sepatutnya memulakannya dulu. Sudah pasti ada sebahagian golongan muda yang sudah berada dihadapan sedang menanti-nantikan kewujudannya.

Demikian juga dengan facebook dan tweeter. Pemimpin UMNO / BN seakan mengabaikannya selama ini dan sudah tentu ini sangat bercanggah dengan harapan DS Najib yang mengkehendaki pemimpin-pemimpin UMNO setiap peringkat menjuarai rakyat melalui menjuarai media sosial. Semoga PM tidak akan dibiarkan bersendirian menjeritkan slogan Satu Malaysia-nya tanpa ada sahutan dan sokongan.

ANUGERAH TUHAN - ANU-ARR MEMANG BINATANG POLITIK!




Dalam keadaan politik dan maruahnya semakin burukpun, Anu-arr masih bercakap besar dan menyalahkan orang lain. Baginya hanya dia insan(?) pilihan - the choosen one! Mulut Anu-arr memang manis tertutama ketika memberi janji. Sayangnya hatinya hitam dan sanggup lakukan apa saja demi mencapai cita-citanya, termasuk menconteng arang kemuka dan bahkan menconteng arang ke bontot juga. Itulah Anu-arr - si binatang politik.

Saya masih ingat ketika Anu-arr merebut Timbalan Presiden UMNO dari Tun Ghaffar dulu. Bagaimana dia dengan jelas menunjukkan sikap kebinatangannnya. 'Kunun'nya menghormati Tun sebagai orang tua, beliau tidak akan menentangnya. Tetapi dibelakang, beliau menyusun kerja dan mencari pencalonan disetiap daerah sehingga Tun Ghaffar tidak mampu menyainginya, lalu 'kunun' terpaksa menerima pencalonan itu demi menyedari sokongan dan semangat perjuangan. Memang Anu-arr seorang binantang politik

Seekor binatang juga sangup sangup mengigit tangan yang selama ini memberinya makan. Seekor binatang juga sangup melakukan kegiatan seks songsang. Seekor binatang juga sangup 'membinikan' bini kawan dan main belakang. Maka lengkaplah anugerah Tuhan, seorang binatang politik bernama Anu-arr, yang akan menghancurkan Melayu, Islam dan negara Malaysia ini.

Binatang politik ini tahu setiap kesalahan yang dilakukannya, namun cepat-cepat menyalahkan orang lain atas kesalahan itu. Anu-arr menuduh UMNO yang buruk dalam masalah politik wang sedangkan ketika beliau didalam UMNO, dialah yang memulakannya. Menuduh orang lain mengamalkan kronism sedangkan beliaulah yang lebih mengamalkannya.

Perjuangan Anu-arr sebenarnya adalah untuk menjadi PM, bukan kerana sebenar-benar untuk memimpin dan membangunkan negara tetapi hanya kerana mahu menutup segala keburukan yang dilakukan selama ini. Sudah tentu apabila beliau menjadi PM segala kes yang sedang dihadapi ketika ini akan digugurkan. Bukankah itu sebenarnya perjuangan beliau?

Rakyat Malaysia tertipu. Pengudi-pengundi tertipu. Ahli-ahli PKR tertipu. Parti-parti politik yang bersama didalam Pakatan Rakyat  tertipu dan dalam masa sama juga menipu. Akhirnya Pakatan Rakyat hanyalah satu gagasan penipu rakyat yang perjuangannya hanya untuk membela Anu-arr si binatang politik. Kembalikanlah Anu-arr semula ke sarangnya, beliau hanya seorang pejuang yang layak berada selamanya dalam penjara bagi mencatat sejarah - seorang binatang politik penikam belakang!


25 December, 2010

KENAPA SAYA SOKONG PAS?



Kebelakangan ini terlalu banyak yang berlaku dalam politik tanahair, yang mencerna perubahan sikap dan pemikiran pengundi. Media sosial juga telah memainkan peranan penting dalam menjana perubahan berkenaan selaras dengan perkembangan IT. Maklumat tersebar lebih meluas dan dalam kadar segera serta sukar dibendung. Ianya menyebar bagaikan angin kesegenap penjuru dunia.

PKR sudah diambang kemusnahan. Parti yang 'kununnya' memperjuangan kebebasan rupa-rupanya hanya perjuangkan kebebasan orang-orang tertentu sahaja. Keadilan yang dimaksudkan bukanlah untuk semua, tetapi hanya untuk pemimpin mereka sahaja. Proses demokrasi didalam parti yang sepatutnya menjadi asas kepada pejuangan parti sudah juga tengelam berikutan perebutan kuasa yang sudah tidak dapat dibendung lagi. Kerana itu, pemilihan dikebanyakan cabang parti berlaku dalam keadaan tidak adil serta suasana permusuhan. Pokoknya dalam PKR tidak ada demokrasi dan tidak ada keadilan yang dilaungkan.

Pas, parti yang 'kununnya' memperjuangkan Islam juga sudah semakin jelas membawa kearah kesesatan. Pemimpin Pas mempertaruhkan sokongan Melayu dan agama Islam semata-mata untuk meraih sokongan dan menterjemahkannya menjadi undi dalam pilihanraya. Mereka sanggup lakukan apa saja demi mendapat undi dan kuasa. Bukan setakat bersahabat dengan kafir harbi malahan mereka sanggup bersahabat dengan syaitan juga. Kerana itulah beberapa pemimpin mereka berperangai seperti syaitan.

Terbaru ada seorang ADUN 'syaitan kecil' dituduh berzina dengan isteri orang, dan pemimpin parti tidak mampu menafikannya. Ekoran itu, pihak yang mendedahkannya kepada umum telah diugut dan bahkan cuba dibunuh, yang berkemungkinan atas arahan pihak yang terlbat sebagai tindakan membalas dendam. (Baca Sini) Memang syaitan sudah menjadi sahabat setia pemimpin dan pengikut Pas sejak lama dulu.

Jika saya menyokong pas sudah tentu saya ada alasan sendiri untuk berbuat demikian, dan jika saya ditanya maka inilah jawapan yang akan saya berikan;
1) Undi Pas masuk syurga
2) 'Kunun'; mengikut sunah nabi, pemimpin Pas berbini ramai, saya pun nak berbini ramai. (Baca Berapa Bini Pemimpin-pemimpin Pas)
3) Jika melakukan dosa (Spt. Mat Sabu) pemimpin Pas akan tutup dan ampukan dosa.
4) Rasuah halal dalam Pas kerana ianya dipanggil 'sedekah' didalam Pas

UMNO itu Islam, Pas itu hampas dan jahanam! Kenapa saya sokong Pas? Saya tak sokong pun dan tidak akan jadi lembu bodoh yang sokong Pas sampai bila-bila!

22 December, 2010

NIK AZIZ MESTI LETAK JAWATAN, PAS MESTI DIBUBARKAN, MELAYU MESTI BERSATU




'Kunun'nya perjuangkan Islam. 'Kunun' nak laksanakan hukum hudud. Tapi rakyat melihat segalanya itu hanylah sendirawa semasa semata-mata. Hanya untuk meraih undi. Hanya menipu rakyat yang percaya bahawa Pas adalah Islam dan Islam adalah Pas.

Nik Aziz dan pemimpin Pas selalu gambarkan bahawa UMNO tidak perjuangkan Islam bahkan UMNO sebagai musuh Islam. Hanya Pas lah yang Islam. Kerana itulah mereka berani mengatakan bahawa sokong  Pas masuk syurga. Kata-kata Tok Guru seolah-olah penentu.

Bila ada orang labelkan Nik Aziz pemegang kunci syurga, ramailah 'beruk-beruk' Pas yang marah. Tapi itulah hakikatnya kerana beliau menentukan apa saja berkaitan dengan hukum. Sehingga apa yang Pas lakukan semuanya 'halal' namun jika perkara sama dilakukan oleh 'UMNO' kenapa pula dihukum 'haram'? 

UMNO selalu digambarkan sebagai punca segala masalah dan keburukan. Pemimpin UMNO semuanya dipandang sebagai tidak bermoral dan melakukan segala macam kesalahan. Mungkin beliau lupa bahawa pemimpin Pas juga manusia biasa.

Sewaktu DS Anwar Ibrahim masih dalam UMNO, segalanya buruk sehingga Mat Sabu sanggup memberikan nama jolokan Anwar 'Al-Juburi'. Namun bila Anwar sertai mereka atau mereka sertai Anwar, segalanya berubah menjadi baik belaka. Malah mereka pertahankan dan menyatakan Anwar tidak terlibat dalam liwat meliwat. Demikianlah bila Islam dipolitikkan. Hukum dan fatwa selalu berubah mengikut keperluan mereka.

Dengari dan hayati klip video diatas. Tidakkah Nik Aziz sudah berubah-ubah pendiriannya demi pertahankan wakil rakyat Pas? Sesungguhnya Pas ini sesat dan menyesatkan, dulu kini dan selamanya. Imej pemimpin Pas di kampong-kampong juga tidak sebaik dulu. Rakyat melihat mereka sudah tidak lagi ikhlas berjuang. Perjuangan bukan lagi demi Islam, tetapi lebih kepada kepentingan diri semata-mata. Kerana itu hari demi hari kita menyaksikan banyak pembongkaran dilakukan.

Jika dulu tuduh pemimpin UMNO rasuah, kini pemimpin Pas pun sama. Jika dulu tuduh UMNO ini kroni, kini jelas Nik Aziz juga amalkan sikap kroninya. Jadi apa baiknya Pas yang menjual agama Islam untuk kepentingan diri mereka? Pas hanyalah sebuah parti yang pergunakan Islam untuk kepentingan diri dan menghancurkan rakyat dan orang Melayu.

Nik Aziz mesti meletakkan jawatannya demi tidak terus menyesatkan rakyat. Pas mesti dibubarkan supaya Islam tidak terus dijadikan batu loncatan dalam berpolitik dan supaya Islam tidak terus dijual belikan. Bangsa Melayu mesti bersatu, dan hanya UMNO yang mampu perjuangkan bangsa Melayu dan Islam sekali gus.

21 December, 2010

KEMALANGAN DAHSYAT DI SIMPANG PULAI KERANA SABOTAJ?

Sebahagian mangsa kemalangan yang selamat dan diberikan pertolongan cemas


Membaca di akhbar-akhbar, laman-laman blog serta menonton di tv mengenai kemalangan ngeri yang berlaku di Simpang Pulai, Ipoh sangat memilukan. 

Lapor harian Kosmo begini (sebahagian):

IPOH – Mendengar jeritan dan melihat anggota badan pelancong yang terputus merupakan antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh seorang saksi kejadian yang berada di lokasi kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai, Ipoh, Mohd. Shafwan Mohd. Nan, 17, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke pusat peranginan itu dengan menaiki sebuah bas henti-henti Ipoh-Cameron Highlands.

Katanya, ketika di atas bas, dia terkejut apabila melihat ada beberapa mangsa termasuk seorang kanak-kanak terpelanting di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah dan ada yang telah mati.

“Walaupun cemas dan takut dengan keadaan itu, saya memberanikan diri untuk turun. Bas dua tingkat tersebut remuk dan apa yang memilukan, saya terdengar mangsa-mangsa yang terselamat menjerit dan merintih kesakitan minta diselamatkan.........

Tentu dengan mudahnya kita menyalahkan pemandu bas berkenaan. Selain itu kita juga menyalahkan syarikat kenderaan berenaan. Kita juga akan menyalahkan kerajaan dan JKR kerana keadaan jalan dan selengaraannya yang mungkin penyebab kemalangan berkenaan. Memang mudah menyalahkan orang lain, tentunya.

Bagaimanapun ketika saya menonton tv semalam, sewaktu pemberita tv berkenaan mewawancara YB Dato' Devamany berkaitan kemalangan tersebut, ada sesuatu yang mungkin kita terlepas pandang selama ini - perbuatan khianat.

YB Dato' Devamany a/l S.Krishnasamy, Ahli Parlimen Cameron Highland merangkap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri meragui adanya perbuatan khianat oleh orang-orang tertentu dengan mencurahkan minyak dipermukaan jalan atas tujuan tertentu. Beliau juga meminta pihak polis menjalankan siasatan terhadap kemungkinan berkenaan.

Kita melihat bahawa dakwaan itu bukanlah sesuatu yang mustahil kerana ada pihak-pihak tertentu yang beranggapan bahawa mereka akan mendapat rezeki diatas kemalangan yang berlaku. Mungkin mereka tidak mengharapkan kemalangan yang sebegitu dahsyat, bagaimanapun ianya adala diluar kawalan mereka.

Bukan jarang kita dengan bahawa ada pihak yang merancangan kemalangan dan bersedia menanti untuk memberikan perkhidmatan apabila berlakunya kemalangan. Perbuatan mereka ini sungguh hina dan kejam dengan mempertaruhkan nyawa orang ramai demi rezeki hidup mereka. Kita juga memandang isu ini serius dan pihak polis sudah sepatutnya menyiasat dan memantau jenayah kemalangan terancang seperti ini.

Bagaimanapun sebagai pemandu, kita haruslah sentiasa berhati-hati dijalan raya dan memastikan kita sentiasa mematuhi arahan di papantanda dan tidak memandu laju.Kerana apabila kemalangan berlaku, kitalah yang terlibat serta menanggung akibatnya dan bertanggungjawab sepenuhnya. 


NIK AZIZ PATUT LETAK JAWATAN KERANA FATWA BINGUNGNYA MENYESATKAN UMAH SELAMA INI




Saya membaca disebuah blog baru, Pahang-ku, tentang  'Mengapa Pas Di Singkir Dari Barisan Nasional'. Sebuah ucapan penuh Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Itu menceritakan dan mendedahkan mengenai Pas sebenarnya.

Saya menerima email dari seorang kawan yang bersungguh-sungguh mencari segala maklumat dan mengumpul banyak data mengenai kenyataan dan fakta-fakta Nik Aziz yang membingungkan. Membingungkan kerana fatwanya sering berubah-ubah mengikut keperluan dan kepentingan mereka.

Itu memperjelaskan bahawa Nik Aziz hanya mengutamakan kepentingan politiknya melebihi segalanya, termasuk rela dan sanggup berkerjasama dan menjadi hamba syaitan. Justru itu, beliau tidak layak mendakwa Pas adalah sebuah parti yang perjuangkan Islam. Beliau juga harus bertaubat dan harus meletakan jawatan dan meninggalkan perjuangan Pas supaya tidak lagi menyesatkan umat Islam di Malaysia. Sila baca dibawah ini:


FATWA BINGUNG NIK AZIZ

BIL.
KATEGORI
KATA-KATA NIK AZIZ
1.
Negara Islam
1.       "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

2.      "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

3.      "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

4.      "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.
2.
Mengkafirkan UMNO
1.       "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

2.      "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

3.      “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

4.      ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

5.      "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.
3.
Kerjasama dengan bukan Islam
1.       "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2.      "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

3.      "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

4.      "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

5.      "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

6.      “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.

7.      "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.
4.
Hukum Mencarut
1.       "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

2.      "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.
5.
Kerjasama dengan Syaitan dan Malaikat
1.       "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
2.      “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.
6.
Allah Samseng
1.       "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.
7.
Pengundi Hantu
1.       “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.
8.
Haram Wanita Bekerja
1.       “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.
9.
Undi PAS masuk syurga
1.       “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
10.
Arak
1.       "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

2.      "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.
11.
Kepentingan politik PAS
1.       "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

2.      "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

3.      "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

4.      “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.



20 December, 2010

RAKYAT SARAWAK TOLAK BIAN BARU

Bian Baru, Ketua PKR Sarawak merangkap Naib Presiden PKR dilantik


Saya melawat (bukan meliwat) blog-blog Sarawak, bermula dari blog Rajahmas sebagai tunggak blog Sarawak. Kadang-kadang kita jarang ada kesempatan untuk lakukan ziarah sebegini kerana kekangan waktu, namun hari ini saya mampu lakukannya.

Saya menemui sebuah blog yang baik tulisannya; Anak Negeri (Klik Sini) Tulisan yang segar dan bersemangat dari anak negeri Sarawak, yang prihatin terhadap politik dan perkembangan semasa. Beliau juga menyuarakan rasa hatinya sebagai warga negeri Sarawak, justru ini boleh kita jadikan sebagai pandangan umum rakyat Sarawak. Yang nyata mereka menolak PKR yang hanya cuba menghuru-harakan negeri dengan halatuju politik yang tidak menentu dan berkepentingan diri semata-mata.

Anak Negeri menulis mengenai perlantikan Bian Baru sebagai Naib Presiden PKR merangkap Ketua PKR Sarawak. Dengan sinis menyindir perlantikan tersebut bahkan menyatakan Bian Baru bukanlah calon yang dikehendaki oleh rakyat Sarawak. Baca seterusnya disini. (Klik)

Malang bagi PKR kerana salah pilih calon yang tidak langsung mendapat penghormatan dari rakyat Sarawak. Malang juga bagi Bian Baru kerana sama ada dengan sedar atau tidak beliau telah diperalatkan oleh PKR. Saya hanya dapat berikan pandangan supaya berhati-hati agar tidak 'terliwat' oleh Anu-arr Al-Juburi yang terkenal rakus dalam berpolitik.

PENCACAI ANU-ARR DEDAH LEBAM MATA

Kesian Orang Utan ni, kerana dia tidak meliwat sesiapa


Sebuah laman blog melaporkan begini (Klik). Mengenai pendedahan laporan perubatan Raja Petra tentang kes mata lebam Anu-arr dulu.Maka blogger itu marahlah kepada AG 'kunun'nya perangai babi hutan! 

Soalnya adalah kenapa setiap kali kita hendakkan jawapan dari Anu-arr, beliau menyoal semula. Apabila kita menuduh dia lakukan itu, maka dia akan tuduh kita lakukan ini. Memang pandai sungguh si peliwat ini mencari helah. Memang dia peliwat anugerah Tuhan.

Apabila wikileaks dedahkan ada kebenaranya dia terlibat dalam perbuatan meliwat, maka riuhlah dia sehingga ingin menyaman Tun Mahathir pula.

Pencacai Anu-arr @ RPK mendedahkan perihal lebam mata Anu-arr, tetapi apahal dengan kes lebam lubang bontot tu? Nak dilupakan saja?

19 December, 2010

CHEGUBARD TUKAR TIUB, KAH! KAH! KAH! - MASA UNTUK TUKAR TAYAR


Chegubard tewas dalam pemilihan sebagai Ketua AMK. Pertandingan yang telah sejak awal menentukan siapa menang dan siapa yang akan kalah ~ demokrasi terpimpin ala PKR. Kah! Kah! Kah!

Beliau melaporkan kepincangan dalam parti terutamanya berkaitan pemilihan yang dirasai tidak adil yang menyebabkannya kalah. Kah! Kah! Kah! PKR adalah Parti Keadilan Yang tidak adil.

Beliau 'kunun'nya berkeras tidak akan menerima sebarang jawatan lantikan namun akhirnya menerima lantikan sebagai Timbalan Setiausaha Agung PKR. Kah! Kah! Kah! Hatinya bukan sekeras besi tetapi hanya sekeras kerak nasi.

Apapula jadi dengan blogger CMK (Cucu Mat Kilau) ? Kenapa terus keluar parti? Tak ada ke tawaran apa-apa jawatan dari pemimpin tertinggi PKR?  Kah! Kah! Kah! Hakikatnya PKR adalah parti menikam belakang. Kerana tak sanggup tertikam belakanglah Zaid Ibrahim juga keluar.

Tahniah kepada Chegubard atas perlantikan itu. Terimalah dengan senyuman. Kalau selama ini 'tukar tiub', rasanya kali ini perlulah 'tukar tayar' sekali. Kah! Kah! Kah! Teringat pepatah; Sekeras-keras kerak nasi, Hangat-hangat tahi ayam....Kah! Kah! Kah! Masa untuk Chegubard main tahi ayam!



POLITIK ANU-ARR, MEMBAWA KEBELAKANG

Kahkahkah! Sapa punya lembu ni sudah terlepas tengah jalan?







Saya seratus peratus sangat bersetuju dengan pendapat sahabat saya di GAP (Menuju Putrajaya Atau Menuju Zoo Negara). Mengenai janji dan harapan yang diberikan oleh Pakatan Pembangkang dalam mengimbangi hegemoni politik BN selama ini.

Pakatan diharapkan mengubah taraf kehidupan rakyat dengan memulakannya melalui membawa suara rakyat kelas pertengahan untuk disuarakan di Parlimen. Namun apa yang berlaku selama ini amat mengecewakan kita. Kerana mereka yang kita sokong dan mengharapkan memperjuangkan kita tidak langsung berusaha untuk memperjuangkan kehendak rakyat, sebaliknya hanya perjuangkan kepentingan dan survival orang-orang tertentu dan kita rakyat ditinggalkan.

Kita mengharap mereka berusaha mengatasi isu kos kehidupan yang semakin meningkat, kesempitan hidup dan kadar kemiskinan, isu kenaikan harga barangan, penambahbaikan sistem pendidikan dan mutu kesihatan. Inilah perkara-perkara asas yang kita hendak mereka perjuangkan. Tapi apakah itu yang mereka lakukan?

Lebih 3 tahun kita menunggu-nunggu wacana politik baru yang pakatan janjikan, namun yang mereka berikan hanyalah jeritan dan pekikan dari satu demonstrasi ke demonstrasi dalam berbagai gaya termasuklah dengan nekad berguling-guling diatas jalan, bertindak seperti monyet di zoo dalam DUN Perak dan terbaru demo dihadapan Parlimen. Soalnya, apakah ini yang rakyat inginkan? Apakah faedah yang akan rakyat dapati? Serta siapa dan untuk apakah ‘perjuangan’ (?) itu mereka lakukan?

Pakatan masih belum mampu menunjukkan keintelektualan mereka selam berkuasa dan diberikuasa. Yang kita lihat hanyalah tindakan kurang matang dan bodoh berserta moral yang teramat rendah yang tidak sanggup kita lihat sebagai pemimpin yang akan memandu rakyat dalam kehidupan. Benar, ada pemimpin kerajaan UMNO / BN yang juga buruk moralnya, tetapi mereka cuba menutupinya. Berbeza dengan pemimpin pembangkang yang menganggap mereka boleh lakukan apa saja dan seolah-olah kelancangan dan sikap kurang ajar serta rakus mereka itu adalah budaya baru yang mampu membawa kejayaan dan akan dianggap sebagai ‘hero’ oleh rakyat.

Menurut blog GAP; perhatikan isu air di Selangor,  Pakatan dulu adalah oposisi. Namun sekarang mereka adalah kerajaan dan sepatutnya peluang yang diberikan oleh rakyat dapat mereka gunakan sepenuhnya untuk menunjukkan kualiti dan kehebatan mereka mentadbir. Sayangnya bila kes air mula diceritakan kisah benarnya, mereka membawa perangai lama - demontrasi di jalanan sebagai cara untuk menyelesaikan masalah. Apakah inikah sahaja yang mampu mereka bawakan kepada rakyat ? Adakah ini corak pemikiran politik baru ?

Tidak ada harapan yang pembangkang dapat berikan kepada rakyat, malah mereka akan lebih rakus memporak-perandakan kerajaan sehingga tidak akan dapat dikawal lagi, segalanya mereka lakukan atas nama demokrasi, ‘kunun’nya. Sedangkan apa yang mereka lakukan adalah memusnahkan demokrasi itu sendiri.

Cukuplah kita disajikan dengan mimpi-mimpi. 16 September pun sudah 2 kali berlalu tanpa menghasilkan apa-apa. Janji Anu-arr hanyalah angan-angan dan pembohongan yang diciptanya kemudian dia sendiri mempercayai pembohongan yang diciptakan itu serta mengajak kita sama-sama bermimpi.

Negara akan lebih aman tanpa adanya Anu-arr pengkhianat anugerah Tuhan itu. Jika tidak ada Anu-arr, tentu tidak ada PKR, tentu tidak ada mimpi Pakatan Rakyat dan tentu tidak ada kecau-bilau dan kerosakan di muka bumi Malaysia ini. Kita menyeru kerajaan supaya segera mengambil tindakan tegas terhadap segala kesalahanya dan segera melontarkannya kemana sepatutnya dia dan impiannya itu dipadamkan.

Mungkin kita fikir pentadbiraan kerajaan sekarang ini buruk, tetapi membenarkan Pakatan Pembangkang memerintah akan menjadikan keadaan bertambah-tambah lagi buruk. Ibarat kata; 'lari dari lubang tikus, masuk ke lubang taik' (emmm! bukan lubang belakang yang Anu-arr suka tu?)

18 December, 2010

ANU-ARR 'ANUGERAH TUHAN' YANG 'TERPERANGKAP' KERANA 'TERMELIWAT'

Mungkin ini katanya: Dengar! Dengar! Aku nak kelentong sikit 

 Penin kepala aku aihh! Tak tau apa aku dah kata tadi

 Aku punya temberang, huiii! Serupa kentut teloq temelang

Hang ni monyet, buat 'drop my water face' saja


Baca CnP sebahagian dari berita di MalaysiaKini. Ini bukan kata saya!

Kira-kira 15 orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Demokrasi Hitam 2.0 berhimpun di hadapan bangunan parlimen sejak pagi tadi sebagai tanda bantahan terhadap penggantungan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat.
NONEMereka yang sepatutnya berarak bagi menghantar memorandum aduan kepada Suhakam dari bangunan Parlimen ke pejabat Suhakam di Jalan Raja Laut sejurus tengahari ini, bagaimanapun dihalang oleh polis.
Akibatnya, berlaku kejadian tolak-menolak antara mereka dengan kira-kira 50 anggota polis yang sejak pagi tadi mengawal kawasan sekitar parlimen itu.

Akibatnya dua orang penyokong Demokrasi Hitam 2.0 ditahan polis dan Yusmadi Yussof (PKR-Balik Pulau) pula kelihatan sedang berbincang dengan polis.
Mereka yang ditangkap polis itu dikenali sebagai Lee Khai Loon (atas, berbaju merah), anggota exco AMK dan G Pravin (bawah, berbaju hitam), ketua penerangan PKR, Padang Serai, yang juga anak kepada ahli parlimen Padang Serai, G Gobalakrishnan. (Klik Sini ke MalaysiaKini)



Ini kata saya; Tunjuk perasaan Demokrasi Hitam 2:0 hanya sekadar cuba mengalih perhatian dari dakwaan 'wikileaks' tentang kesahihan kes liwat seseorang. Segala-galanya kerana Anu-arr. Malaysia menjadi huru-hara kerana Anu-arr. Melayu jadi huru-hara juga kerana Anu-arr. Insan (bolehkah dipanggil insan?) bernama Anu-arr ini 'kunun'nya 'anugerah Tuhan' Tapi tingkahlakunya tidaklah demikian. Demi survival dirinya, dia sanggup lakukan apa saja. Dia mesti menjadi PM untuk 'memutihkan' segala 'kehitaman' wajahnya selama ini yang akibat dirinya sendiri.

Anu-arr sendiri yang menconteng arang ke'anu'nya sendiri. Berbagai cara dilakukan untuk melepaskan diri. Halalkan gunakan kalimah Allah di gereja, Malaysia ini bukan Melayu yang punya, 16 september AP melompat 'katak' dan terkini berikutan pendedahan 'wikileaks' beliau menyatakan bahawa beliau 'terperangkap'. Wah! Beruntung sungguh menjadi Anu-arr. Apabila didakwa melakukan kesalahan maka dia pula mendakwa pendakwanya. Memang dia 'Anugerah Tuhan', tapi bukan sebagai pemimpin yang akan membela bangsa dan negara, Beliau 'anugerah Tuhan' sebagai penjahanam bangsa dan negara dari neraka jahanam!

Hairannya, Pas tetap juga menganggapnya 'anugerah Tuhan'. Hanya kerana inginkan kuasa Pas juga sanggup mengadai segalanya.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...