Suara Anak Pahang - Perlu Baca

28 February, 2011

PRK KERDAU DAN MERLIMAU - PEMBANGKANG DAN BLOGGERNYA TEWAS AWAL



Makkkk! Tolongggg anjing kejarrrr......, hehehe



Saya silap! Saya pernah menjangkakan bahawa dalam PRK DUN Kerdau dan Merlimau yang sedang berlangsung ini akan berlaku pertentangan hebat diantara blogger pro kerajaan dan blogger pro pembangkang sebagai kesinambungan dendam dalam PRK di DUN Tenang dulu. Rupa-rupanya itu tidak berlaku sama sekali dalam PRK kali ini. Apa yang kami hadapi kali ini adalah ketiadaan pertentangan sama sekali.

Apakah ini kerana PRK di DUN Kerdau dan Merlimau diadakan secara serentak yang membuatkan kekuatan blogger pro pembangkang terbahagi dua? Mungkin juga dalam PRK kali ini mereka ketandusan isu? Tapi yang pastinya adalah sokongan terhadap pembangkang di alam siber ini sudah semakin berkurangan akhir-akhir ini.

Bukan saja di laman-laman blog yang sudah semakin dingin dan sepi bahkan di laman facebook sekalipun kehangatan terhadap perang siber diantara kedua-dua pihak sudah menjadi semakin dingin. Ada yang mungkin tertanya-tanya apakah punca segalanya ini?

Jawapannya mudah saja; Pembangkang sudah hilang sokongan dan simpati dari rakyat. Tentu kita juga mendengar berita-berita mengenai blogger yang sudah  berpaling arah dan insaf kerana menyedari selama ini meeka berada dan berjuang sia-sia kerana menyebelahi pihak yang salah. Bahkan banyak kalangan politikus juga yang berubah arah.

Secara rasionalnya tentu kita sendiri sedari dan akui bahawa tidak ada kebaikan yang kita dapati dengan menyokong pihak pembangkang ini. Janji mereka adalah janji dusta semata-mata. Jika kita mengharap mereka akan membawa pemerintahan yang lebih baik lagi ternyata Selangor, Pulau Pinang dan Kedah mampu membuktikan kegagalan pemerintahan mereka. 

Pas di Kelantan selama lebih 30 tahun hanya mampu memberikan janji syurga sedangkan 'tiket' ke syurga ataupun 'kunci' syurga masih tetap tidak mampu mereka berikan, dalam kata lain, mereka tidak mampupun memberikan rakyat keyakinan terhadap janji-janji mereka itu selama ini.

Di Kerdau dan Merlimau, saya melihat bahawa pembangkang khususnya Pas sudah kalah lebih awal, demikian juga para blogger penyokongnya yang sudah hilang semangat juang. Apabila mereka sedar mereka dipihak yang salah, keberanian mereka juga semakin pudar, ayam pun mereka nampak  arang bagaikan anjing yang menerkam.

Kah kah kah! Selamat jalan Pas.

CMK KAH YANG MERAYAU DAN MEROYAN ITU ?


Kesian sahabat lama saya CMK yang kebelakangan ini kehilangan arahtuju. Dia kununnya meninggalkan PKR tetapi dalam masa sama PKR juga menendangnya keluar. Dia cuba untuk bersama Pas, malangnya hanya sempat sekali dua saja berkongsi pentas akhirnya dia disingkirkan.

Dalam masa PRK Kerdau ini sesekali kelihatan kelibat wajahnya namun dipinggirkan dan diasingkan juga. Kesihan dia. Dengar khabarnya CMK cuba menagih simpati dan menjual dirinya kepada UMNO, malangnya sudah tidak ada tempat untuk orang sepertinya didalam UMNO Pahang ini.

Rupanya susah juga jika menjadi 'hantu raya' yang tidak bertuan ini. Dulu CMK selalu menyindir BH sebagai orang yang merintih dan menagih simpati, akhirnya sudah tidak ada bezanya antara dia dengan saya, hehehe! Kita serupa! Huhu!

GEMBALA KAMBING MARAH 'KANDANG KAMBING' DIKAWAL


Sepatutnya begini: Pagar dututup dikhuatiri Pas naik ke masjid


Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa kerajaan UMNO BN menyalahgunakan kuasa dengan mengawal  segala surau dan masjid-masjid dalam DUN Kerdau sepanjang PRK DUN kerdau ini. Itulah tohnmahan yang sungguh tidak bertanggungjawab dari seorang tokoh pembangkang di negeri pahang ini.

Saya secara peribadi sangat bersetuju dengan tindakan demikian kerana jika tidak sudah tentu segala surau-surau dan masjid dalam kawasan pilihanraya Kerdau ini akan dijadikan 'kandang kambing' oleh puak-puak Pas yang mengaku memperjuangkan Islam namun sebenarnya merekalah yang mencemarkan Islam dengan budaya biadap dan kurangajar mereka.

Saya ada di Tenang ketika PRK DUN Tenang untuk beberapa waktu dan saya sendiri melihatnya dimana surau dan masjid dijadikan hotel murahan oleh penyokong Pas.  Mereka seolah-olah menawan segala surau dan masjid dan memperlakukannya sesuka hati mereka. Mereka tidur dan berbaring lintang-pukang serta bertuala kesana kesini di persekitaran surau dan masjid berkenaan. Teguran dari penduduk tempatan serta jawatankuasa suran dan masjid tidak dihiraukan, bahkan dalam keadaan tertentu mereka mengejek dan memprovoke pengundi yang lalu berhampiran surau dan masjid dimana mereka menumpang itu.

Benar surau dan masjid itu rumah Allah, tetapi bukan Allah menyuruh mereka datang untuk menyokong parti politik mereka yang kununnya perjuangkan Islam tetapi dalam masa sama bersahabat dengan syaitan yang direjam. Sesungguhnya mereka itu adalah dari golongan yang sesat dan Pas itu adalah sebuah parti yang kununnya Islam tetapi sesat lagi menyesatkan.

TOK GARU KERAJAAN BULAN


Ambo tork mitok jadi Melayu, ambo menyesal jadi Melayu. 
Ambo cumo nork jadi tok garu Kerajoea Bule ajo!


Kota Bharu: Dia orang tua, kita hormat dia, boleh jadi dia terlupa makan ubat hari ini, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas kritikan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadapnya kebelakangan ini.

Demikian laporan Sinaran Harian 28hb. Februari MS N10 ketika melaporkan ulasan Nik Aziz mengenai komen TDM terhadapnya berkenaan isu Nik Aziz tidak meminta dilahirkan sebagai Melayu.
Jika saya yang menentuka siapakah yang salah antara kedua-dua tokoh ini, sudah tentu saya akan salahkan ini kepada TDM. Kesalah TDM adalah sebagai seorang doktor telah tidak membekalkan ubat kepada Nik Aziz. Selain itu kesalahan TDM adalah gagal memberikan nasihat dan cadangan ubat tertentu yang menyebabkan Nik Aziz terus nyanyuk dan hilang tumpuan pada ingatannya.

Nik Aziz kata beliau tidak minta dilahirkan sebagai Melayu. Apakah beliau minta dilahirkan sebagai orang Arab atau  Mesir atau Parsi? Tentu juga beliau tidak minta dilahirkan sebagai Kelantanese. Pasti beliau juga tidak minta dilahirkan untuk menjadi tok garu. Mungkin beliau kesal menjadi tok garu Pas kerana kekurangan pengaruh. Mungkin beliau ingin menjadi seperti Ayah Pin dengan kerajaan langitnya.

Mungkinkah tok garu Nik Aziz ingin dilahirkan sebagai pemimpin sebuah kerajaan sebagaimana Ayah Pin yang memimpin kerajaan langit. Mungkin Nik Aziz ingin dilahirkan sebagai tok garu dan pemimpin 'Kerajaan Bulan'? Nik Aziz dah nyanyuk dan taraf kesihatannya juga sudah menurun, eloklah diganti dengan orang lain yang ada idea yang lebih murni untuk memimpin Pas.

Kita tunggu pengumuman Tuan Ibrahim tentang pelancongan Politik di negeri Kelantan pula nanti. PRK di N6 ! Mungkin itu akan banyak memberikan pembangunan kepada negeri Kelantan kelak jika Pas ingin berbuat jasa kepada rakyat.

27 February, 2011

SEHARI NAJIB DI DUN KERDAU


DS Najib ketika perkenalkan calon BN kepada umum


Seperti yang saya maklumkan semalam, hari ini adalah hari yang sibuk dalam jadual lawatan PM ke DUN Kerdau sempena PRK ini. DS Najib memulakan harinya dengan tiba di Felda Jengka 23 untuk bertemu dengan para peneroka disana.
Selanjutnya beliau bertemu pula dengan para peneroka di Jengka 22 dan diikuti oleh Jengka 25. Selain dari jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau juga adalah menteri yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Felda. Justeru, kedatangan nya pada hari ini banyak membantu menyelesaikan masalah yang tertunggak selama ini dan menghilangkan keraguan para peneroka semua.

Peneroka sepatutnya menyokong penuh kerajaan kerana atas idea dan komittmen kerajaan BN lah ujudnya tanah rancangan Felda ini. Kerajaan BN juga bersungguh-sungguh membantu rakyat untuk membangunkan ekonomi mereka. Kejayaan BN membangunkan Felda telah dijadikan sebagai model bagai pembangunan negara-negara lain didunia ketiga.

Kerajaan Pas Kelantan juga cuba meniru model Felda ini dengan menwujudkan projek yang dinamakan Ladang rakyat, namun ianya tidak berkesampaian kerana tidak ada kesungguhan mereka selain dari mendapat 'political millage' semata-mata.

Selain dari lawatan ke Felda-Felda, PM juga berkesempatan melawat dan bertemu dengan penduduk-penduduk perkampongan tradisional lainnya dalam DUN Kerdau ini. Pertemuan berkenaan diadakan di Kampong Batu Sawar pada jam 3.00 petang tadi. Selepas itu PM turut melawat pekan Kerdau untuk bertemu rakyat dikawasan berkenaan.


TAHNIAH KEPADA PAS


Doa Pas yang tidak dimakbulkan Allah kerana 
Pas itu sendiri tidak mendapat keredaan Allah.


Jangan kata Pas tidak melakukan apa-apa, kerana telah banyak kerosakan yang dilakukannya. Ketika semua umat Islam berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam, Pas bersahabat dengan syaitan-syaitan yang direjam itu. Pas ingin gantikan UMNO, tetapi jika UMNO menggantikan Pas, maka sudah tentu 'halal' bagi UMNO merejam Pas yang bersahabat DAP kafir harbi dan bersubahat dengan syaitan yang direjam.

Slogan 'Pas For Aww!' telah berjaya memecahbelahkan undi kaum Cina dan India untuk mengundi mereka dalam melemahkan kerajaan. Kerajaan yang lemah membuatkan kaum-kaum ini semakin naik 'ke kepala', mereka yang diberikan 'betis' sudah 'hendakan peha'.  Selain itu sekali sekala DAP pun memberikan 'peha' nya bahkan menunjukkan apa yang ada dicelah pehanya kepada Pas. Eli Wong mendahului segalanya dan kerana itulah ada ahli muslimah sanggup meratap dan menangis untuk pertahankannya dari meletakkan jawatan dalam satu sidang akhbar.

DAP dan kaum Cina dan India bukan jujur menyokong Pas. Mereka bukan undi Pas kerana nak kuatkan Pas tetapi kerana nak lemahkan kekuasaan bangsa Melayu. Pas bangga kerana rasa mereka berjaya mentarbiah kaum lain dan mendekatkan mereka dengan agama Islam. Tetapi Pas tidak mampu membawa DAP memeluk agama Islam, Pas cuma mampu membuat DAP memeluk Pas, sambil menginai peluang menikam belakang.

Pas kununnya cuba menunjukkan sifat yang mulia dari ajaran Islam, tetapi Pas gagal mendidik pemimpinnya menjiwai sifat mulis Islam itu sendiri. Kerana itu Mat Sapu selain dari ditangkap berduan dengan Normah di Hotel Pedana Kota Bharu, juga berjaya menyapu bersih duit 'Tabung Memali'. Selinsingnya juga berjaya menjadi terkenal dengan skandal sek dengan bini orang yang dibawanya lari tetapi ditangkap berduaan didalam  koc keretapi. Terbaru, Perupuk juga sedang menghadapi tuduhan terlibat dengan skandal namun masih senyap mendiamkan diri.

Islam Pas telah mampu membaca ciri-ciri yang tersangat mulia yang ditunjukkan oleh pemimpinnya. Dalam pemimpin-pemimpin agama lain berusaha mendoakan kebaikan untuk makhluk Allah, tok garu mereka mengajak mendoakan 'pecah perut' kepada pemimpin negara kita. Halal dan haram sentiasa ada pada tangan mereka dan merekalah yang berhak menentukkannya. Kerana itulah 'haram' bagi UMNO dan sentiasa 'halal' bagi apa yang Pas lakukan.

Pas berjaya membuatkan sibodoh merasakan bahawa 'Pas adalah Islam dan Islam adalah Pas'. Pas mampu membuatkan pelajar yang cerdik jadi bodoh dan fanatik. Pas berjaya membuat yang celik jadi buta hatinya. Pas gagal memberikan jaminan kehidupan bahagia didunia tetapi mampu menjamin kahidupan diakhirat yang tidada siapapun layak memberikan jaminan sedemikian.

Pas ingin menggantikan UMNO yang sekular dan menjadi sekular seperti UMNO. Jika kita boleh percaya Pas boleh menggantikan UMNO, kita akan lihat bahawa negeri yang selama ini dipimpin UMNO akan menjadi negeri yang dipimpin Pas. Negeri-negeri yang selama ini maju tentu akan menjadi mundur seperti negeri Kelantan. Kita akan berubah kepada lebih mundur dan lebih miskin. Kita tidak akan diberikan pembangunan tetapi akan dijanjikan syurga.

Kepada pelajar-pelajar yang cerdik tidak dapat diikut dan bodoh tidak dapat diajar, belajarlah mengenali kehidupan. Janganlah merasakan bahawa mereka seorang pelajar maka mereka adalah terpelajar. Belajarlah berterima kasih kepada ibu bapa. Kemudian berterima kasih kepada kerajaan yang memberikan banyak bantuan yang banyak negara lain tidak mampu memberikannya kepada pelajar-pelajarnya. Segalanya bukan datang bergitu saja dan segalanya bukanlah hak tetapi adalah tanggungjawab.

26 February, 2011

LAWATAN PM KE KERDAU ESOK





Dimaklumkan bahawa DSNajib akan mengadakan lawatan resminya ke DUN Kerdau esok bermula sejak 9.30 pagi. Dalam rangka lawatan berkenaan beliau akan melawat beberapa rancangan Felda serta beberapa kampong tradisi dalam DUN Kerdau. Tidak ketinggalan beliau juga akan melawat pekan Kerdau bagi bertemu rakyat dan menunjau sendiri pembangunan dan keperluan rakyat dalam DUN Berkenaan.

Menurut sumber, lawatan ini adalah dalam rangka lawatan biasa yang dirancang sejak lama dahulu dan tidak ada kena mengena dengan pilihanraya kecil DUN Kerdau ini. Selain bertemu rakyat beliau juga tidak menolak akan pertemuan dengan calon BN bagi PRK DUN Kerdau yang baru diumumkan secara resmi oleh SPR pagi tadi.

Felda yang ditubuhkan oleh kerajaan pada era TUN Abdul Razak telah dapat membantu meningkatkan ekonomi rakyat miskin sehingga kini mereka sudah mampu memiliki apa yang mereka ada sekarang. Ada sebahagian peneroka yang bertanya apa yang mereka dapati selama ini? Soalan bodoh ini sepatutnya tidak perlu dijawab sesiapa kerana yang mereka dapat adalah Felda ini sendiri. Tidak ada Felda jika kerajaan tidak merancang dan membinanya. Serta jika peneroka itu tidak menyertai Felda sudah tentu mereka tidak akan berada disini waktu ini.

Sebahagian peneroka yang lemah fikirannya sangat mudah dihasut oleh pembangkang, dan mereka itu adalah diantara orang-orang yang tidak bersyukur. Memang mudah menabur fitnah seperti apa yang pembangkang lakukan, namun bukan mudah untuk merancang dan membangunkan apa yang telah berjaya kita bangunkan selama ini. Apa yang pembangkan sudah lakukan untuk kita? Apa faedah yang kita nikmati selama ini? Tanyalah diri kita sendiri dan jawaplah didalam hati serta jangan lupa untuk kita mengucapkan kesyukuran kita kepada Allah dan terima kasih kita kepada kerajaan.


MELAYURAYA DAILY DIMASUKKAN KE HOSPITAL

 
 
 
 
Makluman kepada semua sahabat blogger:

Blogger MelayuRayaDaily, Dato' Azizan Yaakob telah dimasukkan ke Hospital di Temerloh kerana diserang stroke. Awal pagi tadi beliau dimasukkan ke Hospital Jerantut bagaimanapun dipindahkan ke Hospital Temerloh kira-kira jam 11.00 pagi tadi. Keadaan beliau dikatakan stabil.

Selain dari menulis di blog MelayuRayaDaily, beliau juga menulis dibeberapa blog lain lagi. Bersamalah kita berdoa agar kesihatan beliau dipulihkan Allah dengan kadar seberapa segera. Hasrat beliau untuk bersama-sama kita memeriahkan lagi PRK DUN Kerdau ini tidak dapat dilaksanakan dan tidak kesampaian. BH memohon maaf bagi pihak beliau atas kesulitan yang rakan blogger GAP hadapi yang melibatkan janji-janji beliau.

SATU LAWAN SATU












Sebentar tadi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia mengumumkan pemilihan di kedua-dua DUN Kerdau dan Merlimau adalah satu lawan satu. DUN Kerdau menyaksikan pertandingan antara calon UMNO BN Syed Ibrahim Syed Ahmad dengan calon Pas,Hassanuddin Salim sementar di Merlimau Roslan Ahmad UMNO BN ditentang oleh Yuhaizad Abdullah yang mewakili Pas.

Di Kerdau, ura-ura ada calon bebas akan bertanding tidak berlaku namun mungkin semangat dari golongan PKR yang kecewa masih ada dan membawa. Kesihan pada Hj. Suhaimi Said, seorang aktivis yang berkebolehan namun tidak diberikan peluang.

PENAMAAN CALON PRK KERDAU





Foto-foto sekitar proses penamaan calon di PRK DUN Kerdau pada 26hb. Februari, 2011 jam 9.30 pagi, di Pusat Penamaan Calon, Dewan Tun Razak, Temerloh





AWAS - TENTERA SYAITAN MULA MENYERANG KERDAU DAN MERLIMAU




Awas! Pas adalah sebuah parti politik yang pergunakan Islam untuk mencapai cita-cita peribadi pemimpin mereka. Mereka sanggup bersahabat dengan syaitan yang direjam hanya semata-mata kerana ingin dapat berkuasa. Mereka mengunakan aya-ayau Al-Quraan sekerat-sekerat untuk disesuaikan kehendak mereka. Mereka kafirkan sesama Islam dan menolak saudara se-Islam mereka namun sanggup bersahabat dengan kafir harbi. Mereka tidak berjaya pun membuat  DAP memeluk Islam namun mereka hanya berjaya membuatkan DAP memeluk Pas untuk menghancurkam Melayu Islam.


Kita biasa lihat Pas mengangkat bendera DAP, tetapi apakah kita lihat DAP mengangkat bendera Pas?


Pas boleh bila-bila masa bertindak ganas


Pas bertindak jahat atas nama Jihad


Pas menghasut minda anak-anak sejak dari mereka kecil lagi



Pas sanggup mendoakan keburukan muslim lain kerana politik sempit mereka


Awasi surau-surau dan masjid dari dicemari.


25 February, 2011

DUN KERDAU - JANGAN TERKEJUT ADA ORANG KE-3

Esok iaitu 26hb Februari merupakan hari penamaan calon bagi DUN Kerdau N 28. BN telah mengumumkan calonnya iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad. Sementara PAS sudah muktamad dan tekad menurun calon 'recycle', Hassanudin Salim, Ketua Penerangan PAS Negeri. (Klik baca blog DUN Kerdau)

Jangan terkejut bila ada orang ke-3 sebagai calon bebas, dari kalangan PKR yang tidak berpuashati dengan pengagihan kerusi DUN.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PRK Kerdau, Tahniah Calon Pas

Calon Pas, Hassanuddin Salim telah tewas dalam PRU lalu ketika merebut kerusi DUN Kerdau.

Sebelum itu beliau juga tewas kepada Shakar Shamsuddin ADUN Lancang dengan majoriti yang besar.

BH ucapkan tahniah kepada Hassanuddin kerana masih bersedia untuk dikalahkan sekali lagi dan dijadikan 'punching bag'.

Syabas juga kepada beliau kerana sangat patuh kepada pucuk pimpinan Pas dan sedia dijadikan 'kambing hitam' untuk dikorbankan apabila tokoh lain semuanya tidak sanggup untuk dimalukan dalam PRK Kerdau ini.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MALANG SUHAIMI SAID DI DUN KERDAU


Hj Suhaimi ada sokongan sendiri dari kalangan peneroka Felda dan masyrakat Orang Asal


Sebagaimana semua maklum, TS Mhyiddin, TPM telah mengumumkan Syed Ibrahim Syed Ahmad sebagai calon UMNO BN PRK DUN Kerdau. Saya juga telah menyatakan penapat saya tentang calon ini bahawa sahabat saya itu adalah calon 'winnable' dan bahkan juga merupakan calon 'unbeatable' di kerusi DUN Kerdau ini. Semua pihak sangat yakin akan kemenangannya, cuma yang sedang kita usahakan adalah satu kemenangan  dengan majoriti besar.

Banyak pihak menanti-nantikan Tuan Ibrahim Tuan Man akan dicalonkan supaya pertandingan ini akan jadi satu pertandingan yang hampir-hampir seimbang, Secara peribadi saya tidak yakin Tuan Ibrahim ada keinginan untuk dicalonkan kerana beliau juga sudah dapat mengukur kekuatan lawan dan kelemahan mereka disini. Beliau sebagai seorang senior dalam politik sudah tentu tidak mahu memagang rakod kekalahan, terutama jika kekalahan itu dengan majoriti yang besar. 

Selain itu beliau sudah ada kommitmen dengan PRK Merlimau apabila dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya kecil itu. Meninggalkan tanggungjawab itu untuk dicalonkan (dan dikalahkan disini) akan memberikan imej buruk kepada beliau sebagai seorang yang tamakkan kuasa. Justeru, menolak dicalonkan adalah satu tindakan yang terbaik buat beliau bagi menjaga airmuka nya.

Ada pendapat bahawa Nasaruddin Hassan Tantawi akan dicalonkan, saya juga merasakan itu tidak akan berlaku kerana beliau bukan anak tempatan. Bertanding disini tidak memberikan apa-apa kelebihan kepadanya dan beliau juga tetap akan membawa kekalahan kepada Pas selain dari hanya menconteng arang kemukanya. Sangat bijak apabila beliau 'takut' menerima pencalonan itu.

Hasanuddin Salim, sepatutnya juga sudah mengukur siapa dirinya dan siapa calon UMNO BN. Malangnya beliau tidak tahu meihat mukanya dicermin, atau mungkin beliau dengan terpaksa dan berat hati dipaksakan untuk menerima pencalonan seterusnya bersedia untuk dikorbankan oleh kepimpinan didalam Pas. Hasanuddin adalah Ketua Penerangan Pas Pahang dan juga calon bagi kerusi sama dalam PRU12 lalu dimana beliau telah dikalahkan.

Jika saya ingin memberikan pujian kepada calon Pas ini, pujian saya hanyalah kerana beliau seorang yang patuh dan akur keputusan parti untuk dijadikan kambing hitam yang akan dikorbankan sedangkan dalam masa sama beliau sudah tahu bahawa walauapa dan bagaimana cara sekalipun beliau tetap akan dikalahkan lagi nanti.

Keseluruhannya, saya sungguh kecewa dengan kepimpinan Pas pusat yang enggan bertolak ansur dalam meletakkan calonnya dikedua-dua PRK ini. Pas Pahang yang sepatutnya sudah mengukur kekuatan mereka seharusnya memberikan laluan kepada calon PKR dan menumpu kepada PRK di Merlimau, tetapi kerana tamakkan peluang dengan alasan untuk sekadar latihan maka mereka tidak langsung menjaga hati sahabat mereka dengan memberikan laluan untuk dipertandingkan.

Kita faham apa yang ada didalam 'serban' dan kepala pemimpin Pas ini. Mereka tidak mahu memberi peluang kepada PKR dalam PRK ini kerana bimbangkan kerusi berkenaan akan dituntut mereka dalam PRU nanti, selain itu mereka bimbang pengaruh PKR akan menghakiskan pengaruh mereka dikerusi-kerusi berkenaan. Seperti biasa, 'tanduk' sudah mula kelihatan disebalik serban mereka itu.
Saya sangat sedih dan kasihan kepada PKR Kuala Krau. Saya melihat peluang mereka lebih besar dari peluang yang ada pada Pas namun mereka dihalang. Andailah Hj Suhaimi Said dicalonkan, saya percaya sokongan yang akan diterimanya tentulah lebih besar dari yang mampu diraih oleh Pas. Saya juga percaya bahawa Hj Suhaimi juga pasti ada penyokongnya sendiri. Kenapa tidak turut serta dalam pertandingan ini? Sebagai calon bebas? Mana tahu, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Untung 'Mat Sapu dapat sapu duit Tabung memali', untung 'mat leather king' dapat membenam tropedo dalam-dalam'! Hehehe!

Hampas punya Pas, bagilah peluang calon PKR Hj. Suhaimi Said bertanding kerusi DUN Kerdau ni. Dasar khawarij tamak dan kedekut. Kita lihat apa fatwa haram dan halal Pas semasa PRK Kerdau ini nanti. Kita lihat juga berapa banyak tiket ke syurga akan diberikan percuma oleh wali selipar itu nanti.

Sila rujuk post-post lalu mengenai calon DUN Kerdau.

24 February, 2011

CALON DUN KERDAU, PAS BATUK DITANGGA, UHUK! UHUK! UHUK!


Akhirnya sah Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man 'takut' bertanding di DUN Kerdau dalam PRK nanti.  Sah juga 
Nasaruddin Hassan Tantawi 'kecut telor' untuk dicalonkan di DUN Kerdau. Maka, sahlah Ketua Penerangan Pas Pahang, Hassanuddin Salim yang juga calon yang kalah dalam PRU lalu terpaksa dengan muka 'bodohnya' ditandingkan dengan calon yang lebih 'gagah' dari UMNO BN.

Baca ulasan dan pandangan BH mengenai PRK DUN Kerdau berdasarkan calon-calon yang bertanding itu. Apapun, Pas nampaknya hanya ibarat melepaskan baruk ditangga: Uhuk! Uhuk! Uhuk! Keh keh keh!!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

TERIMA KASIH DS ADNAN YAAKOB, HARGAI BLOGGERS



Klip video sumber dari blog PahangKu

Saya merasa sungguh terharu apabila membaca dan mendengar klip video di blog PahangKu, dimana YAB DS Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang merakamkan ucapan tahniahnya dan mengikhtiraf para blogger yang berusaha keras berjuang di media sosial bagi mengangkat martabat kerajaan UMNO BN yang dcemarkan oleh pengamal media sosial pro pembangkang sehingga mengakibatkan kekalahan kerajaan dalam PRU yang lalu.

Saya yang sebelum ini banyak mengkritik kerajaan Pahang, sama ada secara halus dan bahkan kasar bagi menyedarkan pemimpin akhirnya dapat menarik nafas lega mendengar kenyataan beliau itu. Saya ingin merakamkan permohonan maaf kepada YAB Menteri Besar secara terbuka disini dan akan berusaha membantu dengan daya dan upaya yang ada.

Bahawa apa yang saya lakukan sebelum ini hanyalah untuk memberikan kesedaran kepada mereka yang berkenaan namun kerana tidak adanya sikap ingin berubah dan membetulkan kesilapan maka saya terpaksa melakukannya dengan lebih kasar. Alhamdulillah! Keadaan sudah berubah sekarang ini dan saya menganggap isu terdahulu sudah selesai.

Kepada rakan blogers dari luar Pahang yang akan bersama dalam saf untuk bersama berjuang, saya memohon bakti saudara semua untuk membantu kami bagi memenangkan calon pilihan rakyat dalam PRK DUN Kerdau ini dengan sepenuh keikhlasan. Saya percaya kita mampu membantu UMNO BN untuk berubah seterusnya mengubah rakyat dan negara kearah kemajuan dalam mencapai wawasan negara.

Salam Satu Malaysia! Sila klik ke blog Pahang-Ku dan DUN Kerdau.


BERSAMA PETUGAS JALINAN RAKYAT WANITA UMNO JERANTUT



Kesempatan untuk bersama jentera Wanita UMNO Bahagian Jerantut di Jengka 25. Semangat perugas-petugas masih tinggi dengan keazaman membantu memenangkan calon UMNO BN dalam PRK DUN Kerdau.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ceramah Perdana Perkasa 'Membongkar Pengkhianat Islam'.

Dato Ibrahim Ali, Dr. Asraf Dasuki, Roslan Kasim akan mengegarkan pentas ceramah di tapak Pasar Malam Kg. Teluk Sentang malam ini jam 8.00 malam.

Semua dijemput hadir bagi mengetahui bagaimana Islam dikhianati oleh golongan tertentu yang memperalatankan agama untuk kepentingan politik sempit mereka.

Pesanan diterima dari Dr. Zubir Harun, Naib Presiden Perkasa merangkap Pengerusi Perkasa Pahang melalui Adzlan Zakaria Pengerusi Perkasa Kawasan Jerantut.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KERAJAAN SELIPAR vs. KERAJAAN LANGIT

1. Ayah Pin, ketua @ Wali Kerajaan Langit sedang diburu kerana ajaran sesatnya yang banyak memesongkan akidah umat Islam di Malaysia ini.

2. Tok Garu Nik Aziz @ Wali Selipar serta tok garu-tok garu lainnya juga memesongkan akidah umat Islam secara halus selama ini.

3. Antara pemesongan akidah mereka adalah apabila mengkhafirkan seseorang Islam yang lain selain dari golongan mereka yang menyokong perjuangan parti politik Pas, bersembahayang 2 imam, mengharamkan sembelihan orang UMNO.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



HANGAT: ADNAN JAWAB TOHMAHAN PAS KELULUSAN SYED IBRAR




Seperti biasalah, puak-puak Pas ni yang merasa mereklah insan pilihan Tuhan akan memperkecil-kecilkan orang lain. Jika dulu mereka mengkafirkan UMNO, kini dalam PRK Kerdau mereka pula memperlekehkan kelulusan calon UMNO, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Apa saja yang orang lain buat akan sentiasa tidak betul pada mereka dan apa yang mereka buat semuanya betul pada anggapannya, bagaimanapun sehingga kini tidak ada apa satupun yang mereka perbuat untuk kita rakyat Malaysia banggakan selain dari memaki hamun dalam ceramah-ceramah politik mereka.

DSD Adnan, MB Pahang menjawab tomahan mengenai kelulusan calon UMNO BN, dan dalam waktu terdekat kita akan cuba dapatkan salinan sijik kelulusan beliau untuk disebarkan. Apa lagi puak khawarij ini hendak lakukan bagi menghancurkan rakyat? Apa lagi yang DAP arahkan kepada mereka untuk mereka lakukan supaya umat Islam Malaysia aka sentiasa berpecah dan tidak bersatu padu?

Cuba kita bayangkan jika Syed Ibrahim ini adalah calon Pas, apakah mereka akan pertikaikan kelulusannya juga? hehehe! Sudah tentu mereka akan angkat Syed Ibrahim ini setinggi langit.

23 February, 2011

BIASISWA YAYASAN PAHANG DINAIKAN - MB PAHANG

Dalam satu sidang akhbar ringkas selepas Majlis Penyampaian Biasiswa Sekolah Menengah,

Biasiswa Sekolah Rendah dan Hadiah Pelajar Cemerlang bertempat di Sekolah Menengah Telok

Sentang, Temerloh yang bermula jam 3.00 petang tadi (23 Februari 2011), YAB MB Pahang

mengumumkan bahawa Yayasan Pahang telah menaikan kadar biasiswa pelajar sekolah rendah dari

RM250.00 ke RM300.00 manakala biasiswa pelajar sekolah menengah dinaikan dari RM500.00 kepada

RM600.00.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAHANG DAILY ONLINE MEMANG ACUAN PAS

Pahang Daily Online dalam postingnya menganggap UMNO BN salah pilih calon DUN Kerdau. Nampaknya syaitan yang selama ini bersahabat dengan Pas sudah juga mempengaruhi PDO. Bagi Pas apa saja yang UMNO lakukan adalah HARAM tetapi jika perkara sama dilakuakan oleh Pas adalah HALAL. Fatwa Pas: UMNO 'haramun' dan Pas 'halalun'.

Begitu juga bagi PDO, apa yang orang buat adalah salah dan apa yang mereka buat adalah benar. PDO memang benar-benar 'sesumpah' yang hilang arah. Hehehe! Kita sudah melihat warna sebenar PDO.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DUN KERDAU HANGAT: CALON LAWAN ADALAH.......


Logo calon bebas dengan motto: Masa Untuk Berubah dan Berubah-ubah


Sebelum ini, BH sudah memaklumkan kepada umum khususnya sebagai amaran kepada pembangkang terutama Pas bahawa calon pilihan UMNO BN adalah calon 'unbeatable'. Beliau bukan saja menepati citarasa Menteri Besar Pahang bahkan juga dipersetujui sangat-sangat oleh Timbalan Pedana Menteri dan Perdana Menteri sendiri. Ingat! Sahabat saya ini bukan saja calon 'winnabale' bahkan 'unbeatable'.

Beliau tidak mudah dikalahkan dan akan menang, insyallah dengan izin Allah. Bagaimanapun apa yang penting adalah jentera UMNO BN serta akar umbi sendiri supaya bersatu dan merapatkan saf, jangan biarkan ada sedikit ruangpun kerana musuh kita akan mengisi ruang itu untuk memusnahkan dan mengagalkan tanggungjawab kita terhadap masyarakat, agama dan bangsa.

Musuh kita tidak memerlukan ruang yang luas, kerana mereka itu adalah dari kalangan syaitan yang direjam. Kerana mereka adalah dari kalangan bangsa Melayu dan Islam yang bukan saja sanggup besekongkol dengan kafir harbi bagi menghancurkan kita, tetapi mereka bahkan sanggup bersahabat dengan syaitan untuk menghancurkan kita.

Blog PahangKu (klik sini) bagaimanapun meramalkan Pas tidak akan bertanding dalam PRK DUN Kerdau bagi menyelamatkan maruah mereka dari kekalahan bersiri sepanjang PRK terkini. Terdahulu saya memberikan 2 pilihan kepada Pas; 1. Memberikan laluan kepada PKR untuk bertanding di kerusi DUN Kerdau ini, dan 2. (Pas dan PKR) Tidak bertanding sama sekali bagi menjimatkan perbelanjaan pilihanraya sebaliknya menumpu di Merlimau. Manakala blog Badut Rakyat  (klik sini)  berpendapat pertandingan 3 penjuru akan berlaku dimana pihak Pas ataupun PKR akan juga ditentang oleh calon bebas.

Saya menyangkal pendapat ini sama sekali kerana saya tidak yakin calon yang dimaksudkan itu akan mendapat sokongan pengundi. Ini berdasarkan umur calon yang dimaklumkan sebagai bekas wakil rakyat itu yang sudah dikira lanjut berbanding dengan calon UMNO BN. Pengundi tidak lagi akan memilih beliau walaupun beliau dulu sudah banyak berjasa sebagai wakil rakyat di DUN Kerdau ini kerana bimbangkan PRK ini akan diadakan sekali lagi. Justeru rakyat berangapan pilihan terbaik adalah memilih calon yang masih muda dan sihat untuk terus berusaha kuat membela nasib rakyat.

BH menyangkal sama sekali adanya pertandingan 3 penjuru itu, terutama dengan menamakan calon bekas wakil rakyat yang sudah berumur. Bagaimanapun BH tidak menolak satu kemungkinan lain iaitu, tidak ada pertandingan 3 penjuru, tidak ada calon Pas dan PKR yang akan bertanding, tetapi calon UMNO BN ini akan ditentang oleh seorang calon bebas yang masih muda dan bersemangat waja. Beliau pernah bertanding di satu DUN di Pahang atas tiket PKR dalam PRU yang lalu.  Beliau sudah meningalkan PKR atas keinsafan dirinya sendiri. Beliau akhir-akhir ini selalu diberikan peluang atas dasar kasihan untuk berkongsi pentas dengan Pas. Beliau masih mengintai peluang dan menanti mendapat ruang dari UMNO (agaknya lah). Beliau adalah, tidak lain tidak bukan....blogger CMK.

CMK diramal akan bertanding mewakili Pas dan PRK atas nama calon bebas bagi menyelamatkan maruah kedua-dua parti berkenaan dari menerima kekalahan yang memalukan. Bagaimanapun, CMK dikhabarkan akan menggunakan lambang'sesumpah' bagi memenuhi citarasanya dan citarasa Pas dan PKR sendiri. Apa blog Pahang Daily Online nak kutuk aku lepas ni agaknya?

AMARAN KEPADA LAWAN: BN FOR KERDAU !!!!




Syabas kepada sahabat saya yang telah diumumkan sebagai calon bagi PRK DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad. Beliau bukan saja setakat calon 'winnable' bahkan saya sifatkan beliau sebagai calon 'unbeatable' di kerusi berkenaan. Ketokohannya, keperibadiannya serta faktor anak tempatan akan membuatkan dia sukar ditandingi oleh sesiapa saja, termasuk oleh Tuan Ibrahim sendiri sepertimana spekilasi saya sebelum ini.

Elok saya perkenalkan calon ini lebih jelas terutama bagi mereka yang masih belum mengenalinya secara dekat:

Nama : Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
Tarikh Lahir : 18 Januari 1967
Umur : 44 tahun
Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.
Status : Berkahwin
Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Bil Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan

Pendidikan
(i) Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh
(ii) Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh
(iii) Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang
(iv) Universiti Al azhar

Pengalaman Kerjaya
(i) Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)
(ii) Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 – 2000)
(iii) Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov – Dis 2000)
(iv) Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 -)

Pengalaman Politik
(i) Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
(ii) AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
(iii) AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
(iv) Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.
(v) Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh
-------------------------------------------------------
Biodata Isteri
Nama : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Umur : 45 tahun
Tarikh Lahir : 19-01-1966

Pendidikan
(i) Maahad Muahmmadi, Kota Bharu, Kelantan.
(ii) Ijazah Sarjana Muda (Usulludin).

Pengalaman
Guru Sek Menengah Agama Darul Naim
Saya sudah menunjukkan kekuatan beliau secara jujurnya bukan kerana beliau sahabat saya tetapi kerana itulah hakikatnya. Selain itu, ini adalah amaran kepada pihak pembangkang supaya cuba menghindari sebarang pertembungan yang akan merugikan mereka sendiri. Dalam kata lain, usahlah membuang masa dan wang ringgit untuk menyertai pertandingan yang mana kekalahan sudah menjadi satu kepastian bagi mereka (dengan izin Allah).
Dalam perkiraan yang mudah, begini. Andai Pas meletakkan Nasaruddin Hassan Tantawi, beliau akan kalah kerana faktor utama beliau bukan anak tempatan bahkan bukan anak Pahangpun. Jika meletakkan calonnya Tuan Ibrahim Tuan Man, tetap juga akan kalah kerana bukan anak tempatan serta faktor semangat sokongan kepartian, yakni DUN Kerdau adalah kubu kuat UMNO. Meletakkan Tuan Ibrahim Tuan Man hanya untuk mengalahkannya akan menjejaskan imej tokoh itu sendiri pada masa depan.
Saya melihat Pembangkang hanya ada 2 pilihan:-
1. Memberikan laluan kepada PKR, yang juga akan kalah tetapi tidak menambahkan lagi bebanan kekalahan bersiri Pas yang memalukan, atau
2. Memboikot atau dalam erti kata lain, tidak bertanding dengan memberikan laluan mudah kepada calon UMNO BN itu.
Selain dari kesediaan jentera UMNO BN Pahang untuk berkerja bersungguh-sungguh bagi mencapai sasaran kemenangan dengan majoriti besar, para blogger pro kerajaan juga sudah siap siaga untuk menganyang blogger pro pembangkang sebagai kesinambungan dari apa yang mereka lakukan di DUN Tenang dahulu.
BH hanya akan memerhati dari jauh kerana sumbangan yang tidak diperlukan, namun akan tetap memberikan sokongan sepenuhnya kepada para sahabat blogger, para pengundi di DUN Kerdau dan terutama sekali kepada sahabat saya, calon bagi DUN Kerdau, Syed Ibrar (nama penggilannya). 

Kepada seluruh rakyat Malaysia; ............. BN for Kerdau! Terima kasih kepada MB Pahang dan PM kerana memilih calon yang tepat.


22 February, 2011

Pengumuman Calon UMNO PRK Kerdau

Sebantar tadi, TPM TS Muhyiddin Yassin memgumumkan calon yang akan mewakili BN UMNO dalam PRK DUN Kerdau nanti adalah Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Turut hadir dimajlis berkenaan, YAB Menteri Besar Pahang, DSdR Adnan Yaakob.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Terkini: Pengumuman Calon UMNO BN dalam PRU Kerdau

Sedang menunggu keputusan yg akan diumumkan. TS Muhyiddin Yasin sedang membuat ucapan.BH akan maklumkan sebaik nama calon diumumkan nanti.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HANGAT: CALON PRK KERDAU ~ IBRAHIM vs. IBRAHIM ?


Syed Ibrahim Syed Ahmad


Tuan Ibrahim Tuan Man
(Mengangkat kedua belah tangan tanda mengaku kalah)


Desus desas sekeliling hangat menyatakan bahawa bagi PRK DUN Kerdau akan menyaksikan pertandingan yang unik diantara calon Pas dan UMNO. Calon-calon harapan kedua-dua parti itu adalah Ibrahim's.

UMNO diramal meletakkan harapannya yang tinggi menggunung kepada calon muda yang berwibawa dan disenangi ramai terutama pengundi di DUN Kerdau iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pegawai Khas Agama MB Pahang dan beliau adalah lulusan Ijazah Bahasa Arab dari  Universiti Al-Azahar, Mesir. Beliau adalah anak tempatan.

Pas diramalkan akan meletakkan harapan yang hanya tinggal sedikit itu kepada Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas Pusat @ Pesuhuhjaya Pas Pahang. Sekadar makluman, beliau bukannya anak tempatan dun kerdau. Banyak pihak berpendapat Pas dalam PRU ini ibarat hanya sekadar ingin melepaskan batuk ditangga, uhuk! uhuk! uhuk!

UMNO akan mengumumkan calonnya sebentar lagi, manakala Pas akan mengumumkan nama calonnya pada hari esok.

MEMANTAU PERSEDIAAN PRK KERDAU


BH dalam perjalanan memantau persediaan pilihanraya kecil DUN Kerdau. BH akan cuba melihat persediaannya dari dekat. Kita lakukan ini bukan kerana ada tanggungjawab kita terhadap UMNO atau kerajaan, tetapi ini dilakukan adalah kerana kecintaan kita kepada demokrasi dalam negara kita yang masih subur. Kadangkala, UMNO / BN sendiri pun terlepas pandang kepada beberapa perkara, atau mungkin masih berpandangan negatif terhadap perkara-perkara tertentu.

BH akan cuba, dalam beberapa hari ini melihat persedian itu dari sudut kedua-dua belah pihak, tanpa bias kepada mana-mana, Insyallah!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


PAS PAHANG MOHON DERMA UNTUK KERDAU?




Sempena PRK DUN Kerdau, Pas Pahang telah menyebarkan pekeliling melalui laman blognya 'Pahang Selamat, Rakyat Nikmat'  bagi memohon sumbangan. Laman blog berkenaan menulis begini:

Assalamu’alaikum. Sumbangan infaq tuan/puan amat diperlukan bagi membantu PAS Pahang menghadapi PRK Dun Kerdau dalam masa terdekat. Infaq terus ke akaun Perhubungan PAS Pahang: XXXX  060xxxx00000xx. XXX xxx05xxxxxxx. Makluman infaq, SMS ke 013xxxxxxx

~ Setiausaha Perhubungan PAS Pahang

Kita rakyat tertanya-tanya; Mereka yang nak bertanding kenapa pula kita yang mesti menderma? Jika menang merka yang akan jadi YB dan kita rakyat tetap seperti dulu juga.

Dan satu soalan bonus yang kita nak tanya mengenai tabung-tabung ni adalah; Apa cerita dengan Tabung Memali dulu? Mat Sabu sudah sapu ke? Hehehe!

HANGAT: MB PAHANG SOKONG APCO ?


MB Pahang: Foto dari blog PahangKu


Nampaknya tohmahan pihak pembangkang yang menyatakan UMNO terlibat dan menyokong APCO memang benar. Baru-baru ini, menurut blog PahangKu, MB Pahang sendiri menyatakan bahawa ahli UMNO perlu memberikan sokongan dan melaksanakan dasar-dasar APCO ini.

Dalam taklimatnya selama 1 jam itu, MB besar Pahang menggesa semua pihak dari AJK bahagian hingga ke cawangan berusaha keras untuk menambah bilang keahlian dalam UMNO. APCO yang dimaksudkan adalah istilah ringkas bagi gerak kerja yang bermaksud Ahli Perlu Cari Orang, bagi menambah ahli diperingkat akar umbi dalam memastikan kemenangan besar UMNO BN dalam PRU nanti.
Klik dan baca blog PahangKu








PRK KERDAU: UMNO CAWANGAN DESA MURNI SUDAH BERSEDIA

 Ketua dan Ketua Penerangan UMNO Cawangan Kg. Desa Murni


 Sebahagian dari AJK UMNO Cawangan


 Ketua Wanita UMNO Cawangan


Bilik Gerakan UMNO Cawangan Kg. Desa Murni dihias indah


Malam semalam sempat saya meninjau persiapan PRK di DUN Kerdau. Saya melalui beberapa kawasan PU dan mendapati jentera-jentera UMNO dicawangan masih sibuk berkerja. Antaranya menghiasi bilik gerakan, memasang banner dan bendera, bahkan ada yang bermesyuarat dan berbincang untuk melakukan sesuatu pembaikan dicawangan masing-masing.

Saya sempat juga berbual dengan Ketua dan beberapa ahli jawatan kuasa UMNO Cawangan Kg. Desa Murni, Kerdau yang baru saja selesai bermesyuarat. Mereka masing-masing memberikan petanda positif dan tetap akan menyokong siapa saja yang dicalonkan nanti.

Janji mereka kepada BN adalah akan memastikan PU Desa Murni akan menang seperti sebelum ini, malahan mereka ingin menambah bilangan undi berbanding PRU12 lalu.  Dalam pertemuan itu, saya juga dimaklumkan beberapa program yang telah mereka rancangkan sepanjang kempen PRK DUN Kerdau berlangsung, termasuk yang melibatkan menteri-menteri kabinet.

Selamat berjaya UMNO Kg. Desa Murni. Selamat berjaya UMNO Keseluruhannya. Kita pastikan Kerdau untuk BN.


21 February, 2011

BN SUDAH BERSEDIA DI KERDAU


Peta kawasan Peti Undi dalam DUN Kerdau


Semalam saya meluangkan masa saya melawat beberapa kawasan PU dalam DUN Kerdau bagi melihat persediaan jentera pilihanraya BN. Saya cukup 'impress' dengan apa yang cawangan-cawangan dan bahagian sudah lakukan. Nampaknya semua sudah bersedia, hanya menanti MB Pahang memalu 'gendang perang'.

Saya sempat menjenguk di PU Rumpun Makmur, Lipat Kajang, Kerdau, Desa Murni dan menyaksikan segalanya sudah bersedia. Segala keperluan dan kelengkapan asas sudah disediakan. Perjuangan kita bukan hanya untuk menang, tetapi lebih dari itu, iaitu menang dengan majoriti yang lebih besar. Sambil akan memastikan tidak ada lagi peti undi yang kalah seperti dalam PRU lalu dimana BN kalah 5 undi disatu PU (sengaja tidak mahu diumumkan).








 PU Kerdau


 PU Lipat Kajang

 PU Lipat Kajang


 PU Kerdau

PAS MESTI DIKALAHKAN!

Pas yang buta hati, mengangkat panji-panji kafir harbi samalah juga kafir seperti mereka itu


Kebelakangan ini Pas kelihatan semakin hilang arah. Kekalahan demi kekalahan dalam PRK membuatkan mereka hilang punca dan sesat arah tuju. Kerana itulah kebelakangan ini kita dengar kenyataan demi kenyataan pemimpin mereka nampak sudah tidak tetap pendirian.

Segala-galanya adalah kerana gelombang sokongan UMNO yang melanda selepas PRU12 lalu. Memang ramai kalangan pengundi terutama anak muda telah membantu kemenangan pembangkang. Saya juga melakukan demikian ketika itu. Kita menyokong pembangkang bukanlah kerana kita benar-benar percaya kepada perjuangan mereka. Kita juga tidak percaya pada janji-janji mereka kerana kita lebih percaya bahawa mereka semua adalah pendusta politik. Tetapi kita menyokong mereka hanyalah kerana kita benci kepada parti memerintah.

Terlalu banyak keburukkan yang parti pemerintah itu lakukan ketika itu, Kerana itulah kita mengundi pembangkang bagi memberikan pengajaran kepada kerajaan supaya berubah. Kini, apabila berlaku perubahan pucuk pimpinan dam rakyat melihat bahawa DS Najib memang bersungguh-sungguh ingin melakukan tranformasi, maka rakyat juga kembali sedar akan kesilapan yang kita lakukan. Rakyat juga ingin berubah. Pembangkang yang menjanjikan perubahan yang membawa kebaikan rupanya menambah keburukan yang sedia ada, bagaikan mencurah minyak kepada api yang sedang membara.

Selangor kelihatan bagaikan cacamarba. Mujur Perak dapat dirampas kembali, jika tidak tentu lebih besar bencana yang dilakukan oleh mereka dan kaum itu. Kedah akan kita rampas kembali dalam PRU13 nanti manakala Kelantan kita biarkan mereka berubah sendiri.

Rakyat Kelantan akan mengubahnya sendiri kerana mereka sudah tidak tertahan lagi menanggung penderitaan mereka sekian lama. Mereka sedar janji-janji manis dan syurga para 'tok garu' juga adalah janji dusta. Mereka tidak mampu memberikan kita kehidupan duniam justeru mereka menjanjikan akhirat yang tiada siapa pun boleh melihat kebenarannya. tetapi dalam masa sama, dunia juga mereka rebut dengan rakus sesama mereka, berkongsi anak beranak dan kroni.

Pulau Pinang, mmmm! Pulau Pinang hanyalah tinggal sebagai impian kita semua. Bangsa Melayu akan kehilangan Pulau Mutiara itu sebagaimana kehilangan Temasik dahulu. Siapakah yang memperolehi keuntungan apabila Melayu sesama Melayu berperang? Gajah sama harimau berperang, 'babi' ditengah-tengah juga yang mengaut keuntungan.

Melayu mesti bersatu. Pas mesti duikalahkan dalam semua PRK sebelum PRU13. Apabila mereka kalah mereka tentu akan bersama kita merapatkan saf perjuangan memperjuangkan hak kita keatas bumi bertuah ini. Pas mesti dikalahkan. Pas mesti dikalahkan. Pas mesti dikalahkan. Asala jangan ada petualang diantara kita, Asal jangan ada yang menikam belakang. Asal jangan ada lagi si kitol dan mendaliar yang mengkhianati bangsa kita. Kita akan menang. Pas akan dikalahkan.


PAS SUDAH TERIMA ISYARAT MEREKA AKAN DITOLAK DI KERDAU


Jika Pas dah jadi seperti UMNO, untuk apa lagi mengundi Pas?


Menurut blog PahangKu, dari sumber resmi dan dipercayai, pengundi Melayu di DUN Kerdau menolak Pas mahupun PKR seandainya parti berkenaan meletakkan calonnya. Ini kemungkinan besar adalah kerana gelombang yang melanda politik negara dewasa ini yang banyak memihak kepada UMNO BN.

Sejak dari beberapa siri PRK kebelakangan ini kita melihat undi yang didapati oleh UMNO BN semakin meningkat terutamanya dikawasan-kawasan dimana majoritinya adalah kaum Melayu. Perubahan sikap pengundi khususnya pengundi muda banyak mempengaruhi sikap keseluruhan pengundi lainnya.

Kerdau alah sangat terkenal sebagai kubu kuat UMNO sudah tentu pengundinya tidak akan mengalah dan memalukan UMNO dan kerajaan. Sokongan padu rakyat kepada Menteri Besar dan Perdana Menteri diterjemahkan melalui undian yang akan diberikan kelak.

Selain itu, sikap Pas yang tidak tetap pendirinnya membuatkan pengundi muda semakin hilang percaya terhadap parti berkenaan. Dulu Pas menolak perjuangan bangsa dan perkauman tetapi kini Pas ingin membela bangsa Melayu pula. Kemanakah perginya slogan membangun bersama Islam? Apakah Pas sudah tidak ingin menjadi parti Islam lagi? Atau Pas sudah bersedia menjadi sebuah parti sekular pula? Bagi mencapai cita-citanya untuk menggantikan UMNO? Pas memang hamPas.

-------------------------------------

Baca CnP dari PahangKu:

Belum pun sesi berkempen bermula, sudah ada cerita dikalangan pengundi yang menolak PAS sebagai wakil rakyat mereka.

Terutama sekali dikalangan pengundi bukan Melayu yang ada disekitar kawasan. Mereka bukan sahaja tidak percaya kepada perjuangan PAS, malah pendirian parti itu juga turut diragui.



Nak pulak lepas PAS anjurkan konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa baru - baru ni. Timbul keraguan dalam hati mereka yang PAS hanya nak perjuangkan Melayu.

Dengan adanya konvensyen tersebut, PAS secara tidak lansung telah mengenepikan kaum - kaum lain yang ada di Malaysia ini.

Termasuk la Cina, India, Masyarakat Orang Asli, Singh dan sebagainya kerana jelas kaum itu tidak menjadi keutamaan bagi PAS.  (Baca lagi, klik disini ke PahangKu)







CERAMAH PAS DI KERDAU SEMALAM .......


Markas Pas Kerdau tempat Anu arr dan rakan 6 jahanamnya kencing semalam


Pondok menunggu bas berhadapan Markas Pas sudah mereka tawan,
buat tidak tetapi tetap ingin merampas, lepas ni habis masjid dan suran akan dirampas mereka


Malam minggu yang  lalu PKR mengadakan Ceramah di Seberang Jaya , depan Tesco Extra .  Ceramah berkenaan dihadiri oleh bintang utama pelakon 'anugerah tuhan', DS Anwar Ibrahim di kubu kuatnya sendiri. Bagaimanapun hehadiran pada malam itu dianggarkan lebih kurang 4000 orang sahaja, namun  pengerusi majlis itu mengumumkan bahawa kehadiran yang tinggi sehingga sampai 15,000 orang. Entah bagaimana pengiraan dibuat agaknya, mungkin juga dengan. mengira juga penghuni umah2 flet & pengunjung Tesco  berkenaan, Hahahaha ! Itu pun mau kencing juga ka?

Semalam di Kerdau, di Tapak Kompleks Pas Kerdau. Penceramah dari kumpulan 6 Jahanam telah mengencingi para pengundi dun kerdau, antaranya Anu arr Ibrahim, Tuan Ibrahim Tuan Man, Chua Jui Meng, Hamzah Jaafar dan Leong Ngah Ngah. Kehadiran juga seperti yang dijangkan, hanya sekitar 800 orang, itupun termasuk para peniaga. Kalau nak banyak, mungkin pokok-pokok getah dikiri-kanan kawasan ceramah itu juga bolehlah dikira sekali. Hehehehe!

Anu arr sudah semakin dipinggirkan. Menjelang PRU13 nanti, nama Anu arr pun tentu sudah dilupakan melainkan sebagai seorang tokoh 'Penglipurlara Negara'.


HANGAT: PKR BOIKOT DAN AKAN SABOTAJ KERDAU ?


 Fauzi, hang jangan la dok merajuk, buruk nampaknya, muka hang pun dah tua nampak 
macam muka kura-kura je, hehe


Menurut blog PahangKu, (klik sini) Pengerusi PKR negeri Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman telah menghilangkan diri dan tidak lagi dapat dihubungi. Menurut sumber, ini adalah kerana beliau kecil hati kerana tidak dicalonkan di PRK DUN Kerdau yang kosong baru-baru ini.

Patutlah pada malam semalam ceramah yang diadakan di Kerdau tidak dihadirinya. Patutlah hanya ada 5 Jahanam pada lamam semalam.

Saya secara peribadinya memang bersetuju supata kerusi ini di berikan kepada PKR memandangkan Pas sudah ada kommitmennya di Merlimau. Tambahan pula Tuan Ibrahim sendiri sudah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya disana, tak kan dalam masa sama nak juga jadi calin PTK di Kerdau. Nampak sangatlah ketamakkannya.

Saya suka kerusi Kedau diberikan kepada tetapi bukanlah untuk Datuk Fauzi, kerana calon yang lebih sesuai adalah Haji Suhaimi Said Ketua PKR Cabang Kuala Krau. Entahlah apa nak jadi dengan puak khawarij yang tamak ini, tak ada langsung keinginan untuk bertolak ansur dan percaya mempercayai sesama sepasukan. Mengukut kata mereka, mereka lebih rela Pas sendiri yang bertanding kerana jika PKR kemungkinan untuk melompat parti itu adalah tinggi. Mungkin juga ada benarnya, kerana didalam Pas mereka yang bertanding mestilah 'berbaiah' dengan menjatuhkan talak 3 jika mereka melompat parti, hehe! Asal Pas mestilah halal.

Haramjadah punya klhawarij!

AWASI ANJING SEMASA PRK KERDAU


Mungkin patut ditulis begini: Anjing Di Larang Masuk


Masjid dimana gambar papantanda diatas diambil


1. Saya teringat kepada komen seorang pambaca tentang perangai puak-puak khawarij sewaktu PRK yang sering mencemar masjid dan surau-surau.

2. Semalam secara tidak sengaja saya menemui sebuah papantanda di sebuah masjid yang cuba memberikan amaran bagi menghindari dari dimasuki anjing-anjing.

3. Mungkin juga sudah sampai waktunya pihak berkuasa tempatan mengawal masjid dan surau-surau sepanjang PRK di Kerdau ini nanti. Selain dari itu, pembaca fikirlah sendiri maksud yang tersirat.

4. Bacalah sekali lagi komen dari pembaca yang prihatin terhadap rumah Allah dari dicemari oleh juak-juak politik dari sebelah sana tu.


Anonymous said...

    JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK  

• Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.  

• Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.  

• Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.  

• Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.  

• Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.  

• Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.  

• Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribadat dengan khyusu’.  

    February 18, 2011 2:34 PM



PRK KERDAU: TUAN IBRAHIM vs. SYED IBRAHIM?


Saya tak dapatlah nak membantu berkempen sebab malu, dia orang dok peringat cerita tentang Hotel Perdana dan kekasih saya Normah tu. Isu saya melesapkan duit Tabung Memali pun dia orang ungkit juga.



Menurut sumber resmi, BN akan mengumumkan calon PRK DUN Kerdau mereka pada Selasa ini. Malah Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob sudah pun menyerahan empat nama kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Antara empat nama yang diserahkan itu adalah Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Bekas Adun Kerdau, Datuk Redzwan Harun, Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Krau, Abdul Razak Ahmad serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Krau, Norahan Abu Bakar.

Pas pula menyenarai pendekkan tiga nama daripada tujuh nama pada peringkat awal. Mereka adalah Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Naib Presiden Pas, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasaruddin Hassan Tantawi serta Ketua Penerangan Pas Pahang, Hassanuddin Salim bekas calon DUN Kerdau Pas pada pilihan raya umum 2008 yang tewas kepada Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim dari BN.

Bagaimanapun, siapa yang bakal bertemu siapa hanya akan diketahui pada Selasa (BN) dan Khamis (Pas) ini apabila kedua-dua parti yang bertanding menentukan calon yang sesuai untuk menggalas cabaran dalam PRK kali ini. Apapun difahamkan bahawa UMNO BN diramalkan mempunyai peluang yang lebih besar berbanding lawannya. Soal calon tidak timbul sama sekali kerana gelombang sokongan rakyat yang telah kembali semula menyokong UMNO BN semakin jelas terasa.

Ramalan peribadi saya calon yang akn terpilih nanti adalah Syed Ibrahim Syed Ahmad (UMNO/BN) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga sebelum ini dilantik sebagai Pengarah PRK DUN Merlimau. Tuan Ibrahim sepatutnya lebih menumpukan tugas dan tanggungjawabnya kepada PRK Merlimau, namun kerana keinginannya untuk bertanding lebih tinggi maka beliau menolak tugas dan tanggaungjawabnya yang suah dipersetujui sebelum ini. Nampaknya kepentingan peribadi melebihi segalanya.

Ada pihak berpendapat Tuan Ibrahim wajar menolak pencalonan DUN Kerdau sebaliknya fokus kepada tanggungjawabnya di Merlimau dan menyerahkan DUN Kerdau kepada PKR sebagai sifat psesahabatan dan setiakawan antara mereka. Haji Suhaimi Said bahkan Datuk Fauzi sendiri bersedia untuk menerima pencalonan sekiranya Pas lebih bertolak ansur dengan PKR di Kerdau. Ada suara-suara menyatakan PKR Kuala Krau kurang berpuashati dengan Pas yang dianggapnya terlalu tamak untuk berkuasa.

Bagaimanapun ada pihak lain berpendapat Pas lebih rela dimalukan sepanjang siri PRK apabila mencatat kekalahan berturut-turut daripada bertolakansur dengan PKR kerana curiganya atas kemungkinan calon PKR berkenaan akan melompat parti setelah memenangi kerusi berkenaan. Rupanya antara Pas, DAP dan PKR, mereka hanya boleh tidur sebantal namun mempunyai mimpi berlainan. Mereka juga boleh tidur bersama sambil meliwat antara satu sama lain.



Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...