Suara Anak Pahang - Perlu Baca

31 May, 2011

MENJELANG MUKTAMAR PAS




Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Pemilihan Muktamar Pas ke-57 sehingga kini masih mengekalkan rekod bersih tanpa gejala rasuah berdasarkan tiada laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Rekod itu didorong sikap ahli parti yang mendukung dasar perjuangan berteraskan ajaran Islam.  (Klik Sinar Harian)

Maka orang-orang pas yang berjangut sejemput-pun senyum-senyum kambing sambil merasakan lebih kambing dari kambing sebagaimana merasakan lebih Islam dari orang Islam lainnya. Juga kerana merasakan bahawa benarlah mereka bakal ahli-ahli syurga seperti yang dijanjikan oleh para pemimpin mereka.


Soialnya, apakah mereka benar-benar bebas dari gejala rasuah hanya kerana tiada laporan tentang gajala itu terhadap SPRM? Bermakna jika gejala rasuah dalam parti itu memang berlaku tetapi hanya kerana tiada laporan dibuat maka mereka menyifatkan bahawa mereka adalah bersih dari rasuah. Rasuah adalah apa yang berlaku bukan apa yang dilapor.


Tentulah orang-orang Pas merasa bangga dan membanggakan diri mereka dengan kenyataan itu, bahawa mereka tidak rasuah walaupun mereka juga mengamalkannya. Mungkin kita semua akan percaya bahawa Pas memang tidak mengamalkan rasuah dalam pemilihannya seandainya segala rasuah berkenaan dinamakan sedekah. 


Rupanya Pas sentiasa memutarbelitkan kata mereka hanya untuk menghalalkan segala apa yang mereka lakukan. Semakin Pas menekan UMNO untuk mendapatkan kuasa, semakin DAP menekan dan banyak menerimanya dari Pas.

Nota kaki:
Pas hanyalah sebuah parti politik dan pemimpin Pas juga adalah manusia biasa. Pas sama seperti UMNO dan pemimpin Pas sama seperti pemimpin UMNO. Rasuah UMNO rasuahlah Pas. Buruk pemimpin UMNO buruk jugalah pemimpin Pas. Mat Sabu masih segar dengan tuduhan penyelewengan Tabung Memali serta skandal di Hotel Perdana. ADUN Selinsing? Husam Musa dan Projek Ladang Rakyat....Opppps! Tuan Ibrahim pun ada tanah Felda?...huhu


Baca juga disini (Klik)

29 May, 2011

SANTAI AHAD - BLOGGER JERANTUT MESTI BANGKIT




Jarang saya meulis mengenai Jerantut, kampung kelahiran saya sendiri, melainkan sejak akhir-akhir ini, kerana saya percaya tugas berkenan dipikul dengan baik oleh beberapa blog tempatan; antaranya Suara Prihatin UMNO Jerantut, uRag dRrulug, WZWH, Parlimen81, N9 Tahan, patpatsikulipat, menyegar, Hulu Tembeling  dan lain-lain lagi (sekadar menamakan sebahagian sahaja) walaupun kebelakangan ini kebanyakkannya seakan menyepi diri. Namun saya percaya mereka akan bangkit semula apabila masanya tiba kelak. Tambahan pula khabarnya UMNO Bahagian Jerantut sudah berusaha untuk menggerakan mereka semua.

Saya percaya mereka akan bangkit, namun dalam dua keadaan yang kita masih belum dapat pastikan. Sama ada mereka akan bangkit dengan memberikan sokongan kepada usaha itu atau akan bangkit untuk menentangnya dengan beberapa alasan tertentu.

Saya, dengan kapasiti yang ada cuba mendapatkan pandangan sebahagian mereka secara berasingan berkenaan usaha yang akan UMNO lakukan itu. Namun soalan yang saya terima adalah; Kenapa sekarang? Kenapa tidak beberapa bulan malah beberapa tahun dulu? Apakah baru kini UMNO Jerantut sedar akan peranan blogger dan media sosial ini? Bagaimana saya harus menjawab soalan-soalan ini kerana saya bukan dalam kapasiti tertentu yang membolehkan saya memberikan jawapannya.

Saya pernah menemui sebahagian dari mereka beberapa kali secara berkumpulan juga berasingan. Bukan saya blogger yang pro UMNO, malahan saya juga menemui mereka yang berpandangan lain dan kami masih mampu bersembang tanpa kaitkan fahaman politik masing-masing. Tidakkah dapat kita merasakan hubungan sebegini sangat indah? Bertemu atas nama blogger, atas nama bangsa Melayu dan atas nama seagama Islam?

Saya mengenali blogger N9 Tahan (pro Pas) dengan akrab, pernah membantu beliau berkaitan dengan blogging dalam banyak hal, bahkan beliau dengan ikhlas memanggil saya 'abang' sebagai tanda hormatnya. Yang ingin saya jelaskan disini adalah, blogger di Jerantut mampu bersatu tanpa pengaruh fahaman politik. Inilah keharmonian yang harus kita jalin dan kekalkan selamanya.

Hubungan akrab saya dengan ramai sahabat blogger membuatkan ada orang-orang tertentu menuduh sesuatu yang diluar capaian pengetahuan mereka, namun saya abaikan segala tohmahan itu kerana saya faham bahawa mereka itu tidak memahami apa pun tentang blog dan tidak juga membaca blog, melainkan mendengarnya dari pihak-pihak lain hinggakan mereka mendapat maklumat yang salah sama sekali.

Hari ini saya cuba untuk bertemu dengan blogger WZWH, terpaksa bergegas dari Rompin untuk satu pertemuan sebagai sahabat kerana saya tidak pernah mengenalinya secara dekat. Mungkin banyak yang akan saya dapati dari pertemuan ini kelak. Insyallah! 

Kepada blog-blog Jerantut, masa sudah tiba untuk bangkit dari rehat yang panjang. Kehilangan seorang tokoh yang sentiasa memberikan kamu semangat bukanlah satu alasan untuk kamu tidak meneruskan perjuangan ini. Patah tumbuh, hilang berganti! Bangkitlah dengan lebih bersemangat, dan perjuangan ini  kamu    tujukanlah kepadanya!

Sedekahkan juga 'Al-Fatihah' kepada sahabat blogger kita yang telah pergi meninggalkan kita sebelum mereka dapat melihat hasil perjuangan ini. Kepada Allahyarham Dato' Azizan Yaakob (MelayuRaya Daily / Suara Majlis), dan Sdr. Aziz Saharun (Aku Yanggambi). Jika tiada yang lain mengingati kamu sebagai blogger ketika ini, maka kamu masih ada aku yang sentiasa menyimpan ingatan yang tidak pernah terpadam.


28 May, 2011

PERTEMUAN BLOGGER JERANTUT?



Tajuk posting diatas terasa macam lawak, namun demikianlah khabar yang dibawa oleh ketua (?) blogger Jerantut yang 'kununnya' telah mendapat isyarat dari Ketua UMNO Bahagian.

WZWH pula menulis mengenai keperhatinan UMNO Jerantut terhadap blogger (Klik Sini) dengan merujuk kepada posting saya terdahulu (Klik Sini)

Alhamdulillah, akhirnya sudah ada kesedaran setelah berkali-kali UMNO cuba dikejutkan dari tidur lenanya selama ini. Ada pendapat mengatakan sudah terlambat kesedaran ini datang dan sudah banyak kerosakan yang berlaku kerana kegagalan menguasainya sejak mula dulu lagi.

Mungkin benar bahawa kesedaran ini sudah sedikit terlewat namun adalah lebih baik dari terus tidak sedar sampai bila-bila @ koma,  kerana tentu akibatnya akan lebih buruk lagi.

Media sosial; blog, facebook, friendster, twitter dan banyak lagi...(terbaru tumblr)  telah banyak membantu 'perang saikologi' bagi parti-parti politik menjelang PRU13. UMNO/kerajaan tidak harus hanya bergantung kepada media arus perdana atau konvensional semata-mata. Media sosial adalah saluran alternatif pilihan pembangkang kerana sifatnya yang tidak mampu dikawal oleh pihak kerajaan. Membiarkan pembangkang menguasainya  bermakna menempa kekalahan sepertimana berlaku dalam PRU12 lalu. Klik Sini untuk melihat perang siber yang sedang berlaku sekarang ini.

Media sosial sudah menjadi media rakyat. Pemimpin harus turut serta bersama rakyat dalam membahaskan sebarang isu serta memberikan pandangan mereka. Rakyat sudah bijak menilai pemimpin. Pemimpin pelakon wayang cina (opera cina) sudah tidak diterima lagi. Maklumat juga tersebar dengan pantas. Apa yang dilakukan oleh pemimpin di pusat karaoke di Kuala Lumpur boleh disebarkan dalam masa hanya beberapa minit saja ke seluruh dunia.

Lihatlah kesan media sosial blog dan youtube kepada seorang yang disyakki sebagai tokoh pemimpin pembangkang apabila klip video lucahnya disebarkan. Jika dulu kita hanya mampu mendengar gosip mengenainya yang disebarkan dari mulut ke mulut, kini kita sudah boleh melihat 'belalainya' dengan jelas sekali dalam klip berkenaan yang dengan mudah kita dapati di internet.

Saya dipelawa (hanya melalui komen diblog) oleh seorang jawatankuasa UMNO Bahagian yang juga seorang blogger 'tersohor' untuk bersama membangunkan jalinan blogger di Jerantut. Tetapi saya melihat tugas ini adalah lebih kepada memulihkan kerosakan yang telah berlaku selama ini kerana kegagalan mereka sendiri memantaunya sewaktu masih diperingkat awal. Saya terpaksa menolaknya, selain  kerana saya ada kommitmen khusus, saya juga  merasakan bahawa adalah satu kerja sukar untuk menghambat blogger-blogger berkenaan yang sudah berada jauh dihadapan sedang kita masih terkial-kial dibelakang dan baru mula cuba untuk mengenali mereka.

Saya akui bahawa saya mengenal sebahagian dari mereka, namun untuk mengumpulkan dan menjinakkan kesemuanya saya rasakan tindakan ini agak terlewat. Bagaimanapun, harap UMNO Bahagian Jerantut akan berjaya menanganinya. Dan ini juga terpulang kepada siapa pemimpinnya kelak. Saya melihat tidak banyak pilihan yang ada dan mungkin pilihan itu juga bukanlah pilihan yang akan menyenangkan hati kita.

UMB Pergerakan Pemuda UMNO Jerantut nyata telah gagal menerajui media sosial tanpa strategi yang betul. Apapun, selamat berjaya kepada UMNO Bahagian! Jika mampu menemukan kuncinya, mungkin pintu rahsia itu akan terbuka - saya sudah terlalu jauh dihadapan untuk membantu dan memusing ke belakang.

27 May, 2011

BLOG MENGHINA ISLAM

Foto dari blog kurang ajar dan menghina Islam, 
kerajaan perlu ambil tindakan tegas dan segera


Diruang sembang media sosial heboh memperkatakan mengenai sebuah blog yang isi kandungannya menghina Islam dan Nabi Muhammad. Klik ke blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Baru-baru ini Majlis Belia Daerah Jerantut telah membuat laporan polis mengenai perkara tersebut. Klik ke Facebook MBD Jerantut (Sini). Kita sedar tidak banyak yang dapat dilakukan oleh MBD Jerantut dalam menangani isu berkenaan, namun keprihatinan mereka dalam isu berkenaan harus diberikan pujian. Klik juga ke Berita Harian di Sini

Kita tertanya-tanya dimanakah UMNO Bahagian dalam isu ini? atau apapula tindakan Pas dalam menangani isu ini? Mana perjuangan Islam yang dilaung-laungkan?

Kita berharap kerajaan mengambil tindakan tegas dalam menangani perkara begini supaya tidak terjadi lagi dimasa-masa akan datang.

Beberapa minggu lalu blog saya dibuat laporan polis kununnya menulis yang berbau rasis. Antara yang membuat laporan polis berkenaan kebanyakannya adalah Melayu beragama Islam. Dimanakah mereka-mereka itu ketika menghadapi isu ini yang dirasakan lebih serius dan boleh menganggu akidah seluruh muslim dinegara kita?

Jelas bahawa perjuangan mereka hanyalah bermotifkan politik semata-mata. Apabila isu mengenai Lynas, mereka tampil kehadapan, apabila ada isu dari blogger yang dianggap rasis mereka juga kehadapan sebagai pejuang, namun apabila ada isu yang lebih besar menguggat akidah Islam, mereka menyemunyikan kepala bagai kura-kura.

26 May, 2011

KJ ?


Hayati puisi WSRendra mengenai maksud baik


Sahabat saya menulis mengenai KJ. (Klik Sri Tri Buana) Saya sudah melupakannya, dan ramai juga yang demikian. Bagi banyak pihak, imej KJ adalah imej seorang anak mudah yang rakus dalam politik dan beliau juga antara penyumbang kepada banyak permasalahan yang sedang politik kita hadapai sekarang ini.

Sri Tri Buana mengulas mengenai tiba-tiba saja KJ bersuara untuk menjadi juara rakyat marhaen dalam isu harga minyak. Saya tidak hairan kerana sebagai oportunis, beliau sanggup lakukan apa saja demi mencapai cita-cita politiknya.

Pada zaman dimana media sosial masih belum diterima ramai, KJ pernah melabelkan blogger sebagai beruk. Pada ketika itu bukan sedikit blogger 'beruk' yang membencinya kerana title yang diberikan kepada blogger yang perjuangkan martabat UMNO. Namun apabila menyedari bahawa peranan blogger dalam media sosial bukanlah sedikit dan mampu memberikan impak besar, maka KJ 'Beruk' ini mengupah para blogger untuk berblog bagi mengangkatnya.

Bukan sedikit juga blog-blog yang khusus dibina (dengan pembiayaan) untuk melaksanakan tugas itu. Bahkan kebelakang ini terdapat juga kecenderungan blogger-blogger (termasuk yang sudah tersohor) yang dahulunya menentang KJ kini sudah berpaling arah dan sanggup membuntuti KJ pula. Ini tidak menghairankan kerana apabila mereka di'brrupppkan', blogger itu sanggup lakukan apa saja.

Bagaimanapun saya percaya, semakin kuat sokongan yang dibina oleh KJ untuk mengangkatnya kembali, semakin kuat juga pihak yang berjuang menentangnya dan akan membenamkan karier politiknya. Saya berpendapat sudah memadai UMNO ada seorang 'Anu arr' dan tidak memerlukan yang kedua yang sepertinya.

25 May, 2011

Pemimpin Buta IT?

Bekas presiden AS, Bill Clinton mengakui beliau hanya menghantar 2 email semasa menjadi Presiden selama 8 tahun manakala kakitangannya menghantar 40 juta email.

Keh keh keh, itu di AS, di sini? Berapa ramai wakil rakyat yang tak tahu mengenainya? Berapa pula Ketua Umno Bahagian? Berapa Ketua Wanita Umno Bahagian? Keh keh keh, pemimpin-pemimpin Umno kita....huuuuuu, 'kunun' nak berubah!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

24 May, 2011

UMNO GAGAL KUASAI PENGAMAL MEDIA SOSIAL JERANTUT






BANDAR JERANTUT - Kemunculan pelbagai media alternatif alaf baru khususnya melalui Internet memerlukan rakyat berfikiran lebih bijak menilai berita atau maklumat yang disampaikan. 

Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berkata, media alaf baru seperti blog, Facebook dan Twiter kini menjadi pilihan rakyat untuk berhubung dan mendapatkan maklumat, namun jika ia disalahgunakan akan memberikan kesan kepada negara. 

Menurutnya, banyak contoh diperlihatkan menerusi penggunaan media alaf baru yang digunakan kerajaan dan pembangkang bagi menyampaikan agenda masing-masing. 

“Pengendalinya bukan sahaja perlu kreatif, namun lebih utama perlu bertanggungjawab dalam penulisan yang disampaikan supaya kesannya tidak memecahbelahkan rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut di Dewan Majlis Daerah kelmarin. 

Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut, Norhelan Mahmud. 

Tengku Azlan berkata, kini pelbagai usaha dilakukan banyak pihak untuk menarik perhatian rakyat dan meraih undi bagi mendapat kepercayaan sehingga mencetuskan perbalahan serta politik ekstrem. 

“Ini antara petanda tidak baik apabila media alaf baru disalahgunakan. Seharusnya kemudahan ICT digunakan pada landasan yang betul dan bukan sebaliknya untuk menjadi medan memecahbelahkan rakyat. 

“Dalam usaha menangkis serangan dan tohmahan pembangkang, saya melihat pergerakan parti dan sayap parti sendiri juga perlu berperanan mewujudkan satu kumpulan bagi mengendalikan media alaf baru ini,” katanya. 

Beliau berkata, pengendali perlulah melakukan penulisan bermaklumat, menjawab tohmahan pembangkang dengan penerangan jelas dan betul serta menjauhkan elemen yang boleh mencetuskan perpecahan. 

“Rakyat boleh menilai situasi politik semasa yang berlaku, justeru menjadi tanggungjawab parti memerintah memberikan informasi menerusi pelbagai kaedah bersesuaian dengan golongan sasar,” katanya. (Klik ke Sinar Harian)





Saya ingin memberi respon secara umum kepada semua pemimpin UMNO, kerana menurut pandangan saya tahap kesedaran terhadap peranan media sosial ini relatifnya masih lemah. Pemimpin tidak peka dan bahkan ada yang masih beranggapan bahawa media sosial ini tidak akan memberi impak yang besar terhadap iklim politik negara. Kesimpulan ini saya rumuskan berdasarkan pemerhatian saya selama ini dan tindakbalas yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

Mungkin mereka beranggapan bahawa pengundi mereka bukan dari kalangan pengguna internet, atau memang media sosial sebenarnya tidak memberi apa-apa pengaruh kepada iklim politik tanahair. Malanglah jika ada pemimpin kita yang masih berfikiran demikian, namun hakikatnya mereka yang begini masih ada,

Kita telah meninggalkan PRU12 lama dulu, kesan dari ketidakpekaan kita terhadap media sosial sudahpun kita terima sebagai balasannya, namun kenapa tidak apa pemimpin yang mengambil inisiatif untuk membangunkannya dan mengawalnya supaya menuruti acuan yang kita ingini?

Sama ada dengan atau tanpa kita, media sosial akan tetap berkembang dan menjadi denyut dari rakyat, jika kita tidak menguasainya maka pihak sebelah sana akan lebih pandai menggunakannya untuk menikam kita atau ianya akan berkembang tanpa kawalan yang juga akhirnya menikam belakang kita nanti.

Di Jerantut, saya sudah memerhatikan sejak lama dulu, dan saya juga sudah menyuarakannya kepada pihak-pihak tertentu namun mereka mungkin tidak mengerti apa yang saya perkatakan, atau mungkin pandangan dari kaum marhaen ini tidak diberikan perhatian, kerana itu mereka abaikan begitu saja. 

Junteru, jangan salahkan media sosial hanya kerana kita tidak mampu kuasainya, kerana kita juga tidak berusaha untuk menguasainya. Jangan juga salahkan orang lain jika kita gagal kuasainya dan gagal menentukan arahtujunya. Saya juga sudah hilang minat untuk membantu Jerantut!


11 May, 2011

BILA ADA MELAYU BERJUANG, SENTIASA ADA PENGKHIANAT BANGSA SENDIRI







Membela Agama dan bangsa adalah satu perjuangan yang dituntut. Tonton klip video diatas, laporan Pergerakan pemuda UMNO Pulau Pinang rerhadap Lim Guan Eng - itu namanya perjuangan.


Baca dibawah ini, post dari blog Pejuang Bangsa - ini namanya perjuangan:



Lu memang bangsat la Guan Eng !! Cukup celaka punya Ketua Menteri ... 

Kalau hang nak cakap seribu kali pun  budak Cina TBH yang bantu tolong songlap projek Bumiputra untuk kroni DAP itu tak bunuh diri ...itu hang punya pasal la ..

Yang aku berang , apa kejadahnya hang kaitkan nama  Najib sebagai orang nak bunuh diri dan nak kahwin dengan Rosmah esok  ??   Dalam Islam haram melakukan kerja bunuh diri . Mengapa hang guna nama seorang PM untuk bikin kisah logik BABI DAP ini  ?

Geng BABI rasis ini memang cukup kurang ajar punya mulut . Selepas Anwar pundek gelarkan Najib sebagai Pandi Kutty ,  diikuti pulak oleh kepala regim DAP pulak yang kaitkan bunuh diri dengan Najib . 

Biadap sungguh mulut Guan Eng musibat ini !  Kena terjah dengan Ketua Pemuda UMNO PP pandai pulak lari dari jawab soalan , tetapi depan semua  bangsa hang bukan main lagi suka hati petik nama Najib . 

BANGSAT  PUNYA DAP !  - Blog Pejuang Bangsa


Anu arr yang sudah hilang arah dan tenggelam punca kerana klip video lakonan hebatnya yang sudah tersebar meluas, sudah tidak lagi dapat sembunyikan kegelisahan hatinya yang sebenar, sudah mula meracau dan meroyan menuturkan kata-kata kesat terhadap PM. Inikah Melayu yang akan berjuang untuk bangsanya?;

.....................
Anwar dalam ceramah dengan masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu.

Perbuatan Anwar itu mendapat kecaman pelbagai pihak dengan menyifatkannya sebagai sudah panik kerana rakyat semakin bijak menilai peribadinya dan semakin menolak kepimpinan yang jelas tidak mempunyai prinsip dan hala tuju.

Ketika diminta mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya penubuhan Briged Setia Negara oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) sebagai cubaan melatih kumpulan militan di negara ini, Najib berkata keharmonian dan keamanan dalam negara harus diutamakan.......The Malaysian Insider

Itulah pengkhianat bangsa sebenarnya yang selama ini bertopengkan watak sebagai pejuang. Yang ini pula apa? (klik sini) Mereka adalah pencacai dan penyokong tegar si peliwat dan bahkan mereka adalah anjing-anjing suruhan DAP, pengkhianat bangsa sendiri.

10 May, 2011

AKU BUKAN RASIS !


Perhatikan bermula dari minit 2:50

1. Atas hasutan dan dorongan CMK dilaman facebooknya, satu laporan polis dibuat terhadap BH 'kununnya' atas alasan rasis.  Yang membuat laporan adalah dari bangsa Melayu yang 'kununnya' bencikan sikap perkauman. Khusus kepada mereka itu, saya letakkan klip video dari Namwee (diatas) supaya mereka belajar apa makna rasis.

Jangan kita kesal jika bangsa Melayu akan hilang didunia, kerana didalam Melayu ada manusia yang berwatak sebagaimana Si-Kitol dan Raja Mendaliar. Inilah hakikatnya. Pada ketika kita inginkan perpaduan bangsa Melayu, ada kalangan Melayu sendiri yang menghancurkannya.

Saya tidak hairan jika kaum lain menuduh saya rasis walaupun saya sentiasa berpegang bahawa saya adalah nasionalis. Cuma saya kecewa kerana bangsa sendiri yang menuduh saya demikian. Ketika Namewee (cina) dengan jelas bersikap rasis kepada bangsa Melayu, kaum mereka dari DAP dan MCA sama-sama memberikan sokongan kepadanya dan bangsa Melayu kita tetap berdiam diri.

Kata Hang Tuah; Tidak Melayu Hilang Di Dunia - namun apa gunanya jika Melayu yang tinggal, semangat dan fikirannya bukan lagi Melayu? Apa gunanya jika yang tinggal hanyalah Melayu yang mengadaikan bangsa dan agamanya hanya kerana ingin dipeluk oleh kaum lain.

CMK orang kecewa dalam politik adalah blogger Melayu yang dayus, yang jika benar dia dari keturunan pahlawan Melayu Mat Kilau, dia hanya memalukan dan mencemarkan darah pahlawan, malah memalukan bangsanya. Kenapa bukan dia sendiri yang membuat laporan polis itu sedangkan di laman facebooknya dialah yang mendesak supaya laporan dibuat? Kenapa laporan dibuat oleh ahli-ahli parti PKR? Apakah kerana kepentingan politik sempit mereka yang kini sudah semakin hilang sokongan rakyat?

Baca apa pandangan blog WZWH terhadap CMK. PDO @ CMK Adalah Barua DAP  Mungkin dia tidak rasa terhina tetapi saya terasa. Beberapa posting dari beberapa blog lain juga menghentam CMK. Baca  Pahang Daily Online Tidak GentlemenBantah Dengan Cara KhurafatPahang Daily Mengamalkan Politik Setengah Masak  dan  di blog Sri Tri Buana.


2. Blog MarahKu yang mendedahkan perancangan DAP untuk mengkristiankan Malaysia telah di godam dan sudah tidak dapat berfungsi seperti biasa lagi. Demikianlah hukuman apabila menyatakan kebenaran yang pahit mengenai pihak pembangkang. Yang kita kesalkan adalah pemimpin Melayu kita yang 'kununnya' perjuangkan kesucian agama Islam selama ini hanya mengambil sikap mendiamkan diri bahkan ada yang membidas pihak yang menyebarkan hakikat berkenaan. Baca komen  tokoh Pas disini.

Apakah yang Pas sebenarnya perjuangkan? Agama Islam atau perjuangan parti? Jika Pas perjuangkan Islam maka sepatutnya Pas menyokong pembongkaran yang dibuat mengenai perancangan mengkristiankan Malaysia, namun itu tidak berlaku.

Umat Melayu dan Islam Malaysia sebenarnya dalam kecelaruan minda.

09 May, 2011

STRATEGI PEMBANGKANG SERANG BLOGGERS


Bila agaknya aksi cium 'molot' akan disiarkan?


Secara ringkasnya, semua sedar bahawa media sosial telah membantu pembangkang memenangi banyak kerusi dalam PRU13 lalu. Akhir-akhir ini, pengamal media sosial khususnya blogger pro kerajaan telah bangkit dan semakin menguasai dunia siber negara. Lantaran itulah kebanyakan keputusan pilihanraya-pilihanraya kecil akhir-akhir ini telah dimenangi oleh BN. Pembangkang sedar keadaan ini, mereka juga sedar bahawa jentera siber mereka semakin lemah dan dikalahkan, justeru mereka berusaha memerangi blogger pro kerajaan dengan berbagai cari, bahkan LKS telah mengistiharkan perang terhadap bloggers dengan slogan 'kill the messenger'.

Tidak hairanlah bahawa akhir-akhir ini banyak laporan polis dibuat terhadap blogger-blogger kerajaan dengan berbagai alasan. Tujuannya hanya satu, untuk melemahkan semangat juang blogger pro kerajaan itu.

Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh seorang sahabat bahawa satu laporan polis di buat kepada blogger braveheart (BH) oleh pihak pembangkang atas alasan tulisan BH yang berbau rasis. Segalanya bermula dilaman facebook blogger cucu mat kilau (CMK) yang menghasut orang ramai supaya laporan polis itu dibuat. (Baca dibawah ini: )

Yesterday at 11:19am · Like

Cucumatkilau Cmk Jom kita buat laporan polis.. teruk sgt dah nii... ada sapa2 yg kenal dia x secara personal....../..


Yesterday at 11:22am · Like

Cucumatkilau Cmk TOLONG BUAT LAPORAN POLIS.. DOKUMEN CMK DAH SAVE

Yesterday at 11:22am · Like

Cucumatkilau Cmk TERUK SGT TUUU KATA PELACOUR2 DAN KONGSI GELAP... KAT CINA YG DTG BEKERJA DI MALAYSIA... BESAR SGT DOSA DIA TU...


Yesterday at 11:52am · Like

Cucumatkilau Cmk ZA>> Ni dah teruk sgt nii ZA oi.... mana pg semangat 1Malaysia yg dilaung2kan oleh PM Najib Razak...?


Jelas bahawa CMK bersungguh-sungguh menghasut orang ramai supaya laporan itu dibuat. Jika ada anugerah pencacai politik bagi kategori negeri Pahang, tentu ianya akan dimenangi oleh CMK. PDO yang diasas oleh CMK juga sebenarnya adalah portal blog penghasut nombor 1 negeri Pahang selama ini dan memainkan peranannya dari dulu sampai sekarang.

Bagaimana  CMK dan PDO boleh menuduh blog Pahangku sebagai blog UMNO? Satu logo UMNO pun tidak di-blog PahangKu. Mungkin CMK dan PDO dalam meroyannya terkeliru yang mana satu blog UMNO dan yang mana satu blog penyokong UMNO.

PahangKu adalah blog yang di hasilkan oleh beberapa orang blogger penyokong UMNO. BH bukanlah sebahagian dari mereka namun kadang-kala menulis diblog berkenaan sebagai penulis tamu. Tidak ada sebarang bayaran yang diterima. Jika UMNO hendakkan sebuah blog yang punyai ramai  pembacanya sudah tentu UMNO akan menawarkan itu kepada PDO dan CMK kerana blog merekalah yang lebih dikunjungi ramai.

Jika benar-benar UMNO Pahang inginkan sudah tentu UMNO Pahang sudah membayar CMK dan PDO dengan harga yang CMK telah tawarkan. Tapi UMNO Pahang dan pemimpinnya bermaruah. Justeru CMK terkecewa kerana diabaikan dan tidak dipedulikan. BH banyak menerima maklumat mengenai CMK yang menawarkan itu ini untuk mendapat tawaran menyertai UMNO dengan karpet merah, namun pihak kepimpinan UMNO negeri yang bermaruah enggan menerimanya.

Saya percaya selepas ini nanti, beberapa laman blog lagi akan diadukan laporan polis oleh pihak pembangkang dengan apa-apa alasan pun bagi menjayakan agenda mereka membunuh sokongan pengamal media sosial kepada kerajaan BN.

Apakah selepas ini giliran PahangKu pula (klik sini) akan di buatkan laporan polis?  atau blogger WZWH  (klik sini)  kerana menyatakan sokongan mereka terhadap BH. Mungkin juga blogger Taiping Mali kerana posting rasisnya (klik sini)  Mungkin juga blog Big Dog ? (klik sini)  Blogger MarahKu  (klik sini)

Sasaran pembangkang adalah blogger pro kerajaan yang banyak membantu kerajaan BN menaikkan semula sokongan generasi muda terhadap kerajaan. Awaslah! Satu persatu kita akan diserang supaya kita lemah moral bagi memudahkan mereka membelasah kerajaan kelak. Mereka juga menyerang kita dengan cara menghantar virus ke blog-blog kita supaya blog kita tidak lagi boleh dibuka dan kemudiannya kita berhenti menulis.

Inikah kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh Parti Keadailan yang langsung tidak bersikap adil kepada rakyat. Sahabat saya, CMK yang kecewa kerana gagal dalam pemilihan AMK telah keluar dari PKR dan mula merapatkan diri dengan Pas kini sudah mula memeggang 'hukum'! Lihatlah! CMK sudah berupaya menghitung dan menentukan dosa seseorang dan dosa BH besar atau kecilnya. Baca disini: 

Cucumatkilau Cmk TERUK SGT TUUU KATA PELACOUR2 DAN KONGSI GELAP... KAT CINA YG DTG BEKERJA DI MALAYSIA... 'BESAR SGT DOSA DIA TU...'


Beruntunglah saya jika UMNO membayar kepada saya untuk menulis blog seperti dakwaan CMK. Bagaimanapun saya berharap supaya MB Pahang akan mempelawa CMK dan PDO untuk menulis bagi UMNO dan membayarnya, kerana itulah yang dia mahukan dan itulah perjuangannyab selama ini, supaya dapat menutup mulut CMK yang selama ini keji dengan menghasut serta memfitnah.

Yang ini mungkin pejuang bagi mereka yang menyokongnya (klik sini)  (klik sini)  Apa cerita pula dengan yang ini? (klik sini; Mahfuz The Beans)

Siapa sebenar rasis? (klik sini:  Jangan Terlalu Mengalah Sehingga Kalah)  Saya hanya seorang nasionalis kecil yang menyayangi bangsa dan agama, yang ingin berjuang bersama pejuang-pejuang besar dan agung dalam mencatat sejarah bangsa Malaysia yang gemilang untuk anak-cucu kita nanti. Malang bila bangsa sendiri menghukum perjuangan dan mengkhianati kerana kepentingan politik sempit mereka yang mereka sedari semakin hilang pengaruhnya.

  

08 May, 2011

MASA DEPAN MELAYU DI MALAYSIA



2011/05/08

SINGAPURA: Parti memerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengekalkan kuasanya tetapi perhatian tertumpu kepada parti pembangkang apabila mencatat keputusan terbaik dalam sejarah pilihan raya umum Singapura.

Walaupun bersaing sengit, PAP yang dipimpin Perdana Menteri, Lee Hsien Loong kembali memegang tampuk kuasa dalam pilihan raya umum ke-14 dengan memenangi 81 daripada 87 kerusi Parlimen termasuk lima kerusi yang dimenangi tanpa bertanding bagi Perwakilan Kumpulan Kawasan Pilihan Raya (GRC) Tanjong Pagar. 


Ini menunjukkan penurunan berbanding 82 daripada 84 kerusi semasa pilihan raya umum pada 2006.Undi PAP turun kepada 60 peratus berbanding 67 peratus pada pilihan raya umum lalu. (Berita Harian)



Undi PAP di Singapura merosot ketika undi DAP di Malaysia meningkat. Walaupun kini mewakili berlainan negara namun sejarah mencatat hubungan antara kedua-dua parti politik berkenaan.

Mungkin kemenangan pembangkang yang mencabar PAP sangat kecil berbanding dengan kemenangan DAP yang menjadi pembangkang kepada BN namun bagi pengkaji politik segalanya memberi petunjuk kepada populariti sesebuah parti politik itu serta sebagai indikator sokongan rakyat kepada pentadbiran sesebuah negara.

Mungkin kita boleh andaikan bahawa sokongan rakyat kepada BN sudah menurun dengan meningkatnya sokongan kepada DAP dan pembangkang, dan dalam masa sama juga sokongan terhadap pembangkang di Singapura meningkat dan mencabar parti pemerintah.

Apakah yang sebenarnya rakyat kehendaki? Perubahan dari segi apa yang rakyat hendak? Soal yang penting untuk kita fikirkan adalah kita semua sentiasa merasa tidak puas hati dengan apa yang kita miliki. Bahkan kita sanggup mempertaruhkan masa depan anak cucu kita semata-mata hanya untuk berubah.

07 May, 2011

SARAWAK - DAP INGIN MENGUSIR KEPIMPINAN MELAYU?


Peta lama: Benua Keling, Benua China dan Tanah Melayu



Angin yang membawa khabar! Jika benarlah angin itu, maka benarlah khabar ini dan bukanlah ianya hanya khabar-khabar angin semata-mata:


Sebuah gerakan Anti-Taib (MoCS) telah mengeluarkan kata dua kepada kepimpinan Taib Mahmud supaya segera mengundurkan diri sebelum 13 Ogos, memberi kita satu suasana baru dalam persada politik negara menunjukkan betapa ‘berkuasanya’ gerakan seperti ini mengatasi undi rakyat.



Ketuanya, Francis Siah mendakwa akan mengetuai kumpulan pembangkang dan berbagai pertubuhan kemasyarakatan lain untuk melakukan demonstrasi selama seminggu malah lebih lama daripada itu jika Taib Mahmud enggan patuh kepada desakan mereka.



Kata Francis Siah lagi, MoCS akan mengadakan protes jalanan sehingga Taib Mahmud meletak jawatan sepertimana yang berlaku di Mesir terhadap pemimpinnya Hosni Mubarak. Rakyat Sarawak akan turun beramai-ramai menyokong Francis Siah seperti di bawah;


Francissssss!!!!!! francis! francis! francis! francis!


Bukanlah mustahil perkara sedemikian akan belaku di Sarawak, kerana semasa kempen PRN Sarawak dulupun parti rasis cina DAP itu pergunakan sentimen suku-suku dan bangsa-bangsa untuk memenangi hati pengundi cina.

Cina-cina rasis itu memang celaka dan ingin mencelakakan negara serta bangsa Melayu yang menjadi tuan di Tanah Melayu ini. Jangan kita memandang cadangan itu hanya sebagai impian dan mainan belaka. Jangan lagi kita merasa kita akan sentiasa kuat dan kerana itu kita tidak berbuat apa-apa.

Bangsa Melayu dan kaum bumiputra di Sarawak, bahkan Sabah da seluruh negara harus bangkit dan tunjukkan bahawa kita berkuasa terhadap negara kita. Petualang-petualang dari 'benua cina' dan 'benua keling' (menggunakan rujukkan dalam hikayat-hikayat lama)  harus diajar bahawa mereka harus menghormati bangsa Malayu, tuan dibumi Melayu (bawah angin) ini.

Sejarah Melayu harus diajarkan supaya pendatang-pendatang ini sedar diri bahawa mereka datang ke Tanah Melayu ini sebagai kuli di ladang-ladang serta lombong-lombong. Mereka juga didatangkan sebagai pelacur-pelacur dan kongsi gelap. Jangan mereka lupakan sejarah asal usul mereka sendiri.

Janganlah yang datang dari 'benua keling' itu juga lupa bahawa mereka adalah dari golongan 'pariah', kasta terendah sekali. Apakah mereka ingin merasakan mereka dijemput dengan karpet merah untuk datang ke Tanah Melayu ini? Mereka bukan keturunan bangsawan. Mereka adalah 'pariah'! Pariah! Pariah! Paruah!

Bukan Melayu yang meletakkan kasta mereka sebagai kasta pariah kerana dalam alam Melayu kita tidak membezakan darjat hingga sedemikian rupa. Salahkanlah kepada bangsa dan kaum mereka sendiri di 'benua keling' itu kerana mangamalkan sistem kasta. Salahkanlah datok nenek mereka sendiri.

Salahkan juga British yang membawea mereka kemari. Negeri Tanah  Melayu lebih aman tanpa kaum-kaum kamu semua.

Ajarilah anak-anakmu sejarah lama agar mereka akan mengenali tanah airnya dan bangsanya sendiri kelak.


06 May, 2011

AGENDA MEMPERTAHANKAN ANU ARR, AGENDA MEMPERTAHANKAN ANU ANU ARR


Anu arr dengan 'anu'


Memang kebelakangan ini saya sengaja melarikan diri dari menulis isu yang ramai blogger menulisnya - isu video seks Anu arr. Alasan saya mudah saja, antaranya kerana bilangan blogger sudah semakin banyak dan ramai diantara mereka menulis perkara yang sama, justeru saya rasa saya harus mencari sudut yang lain yang bagaimanapun punyai matlamat yang sama.

PKR ditubuhkan ketika Anu arr berada didalam tahanan kerana salah-lakunya kali pertama dulu. PKR ditubuhkan adalah untuk membela dan mempertahankan Anu arr ( baca Anwar Ibrahim) yang kununnya di khianati dan difitnah. Maka ramailah anak-anak muda (yang tidak tahu apa-apa) turut menyokongnya atas nama perjuangan, atas nama keadilan.

Bagaimanapun setelah sekian lama, PKR masih dilihat hanya bertujuan untuk menjaga kepentingan  Anu arr dan kroninya semata-mata. Keadilan pada PKR hanyalah untuk Anu arr. Jika sesuatu itu memihak atau memberi faedah kepada Anu arr dan kroninya, maka itulah keadilan. Pihak-pihak lain didalam PKR tidak memerlukan keadilan sedemikian itu, justeru mereka tidak perlu diberikan perhatian dan pembelaan seperti kepada Anu arr. Mungkin juga Anu arr seorang saja yang terinaya atau difitnah dan dikhianati didalam dunia ini. Anu arr memang anugerah Tuhan apabila beliau ada sebilangan pengikut dari sebuah parti politik yang menyokongnya bahkan segala perilaku dan perbuatannya.

Jika dulu, PKR pertahankan Anu arr (kerana Anu arr dikatakan dianiayai), apakah pula alasan kali ini 'anu' Anu arr dipertahankan ?


05 May, 2011

CINA SENTIASA MENGUJI DAN MENCABAR


Orang Melayu lari ketakutan bagaikan tak cukup tanah 
bila dihambat oleh kaum cina semasa 13 Mei lalu




Apakah Melayu didalam Pas masih menyokong perjuangan DAP?



Selepas kekuatan BN dalam politik negara dicalar dalam PRU13 lalu, kaum cina sedar bahawa bangsa Melayu telah berpecah dengan teruknya. Bagaikan retak yang terus menjadi belah, dan bagai patah tidak dapat disambung kembali. Ada Melayu yang bersedih apabila kehilangan kuasa dalam pentadbiran negara. Namun ada Melayu yang berbangga kerana mampu membantu menjatuhkan sebibilangan Melayu itu. Yang senyum dalam senyap adalah kaum cina yang meraih keuntungan secara total dari mana keadaan sekalipun selama ini.

Dalam impian kaum itu untuk menguasai negara sepertimana yang mereka lakukan kepada Temasik dulu, maka kaum itu sentiasa menguji dan mengacah untuk menilai kekuatan kerajaan pimpinan bangsa Malayu ini. Kerana itulah DAP mendesak itu dan ini termasuk menghapuskan hak-hak orang Melayu.

Sepatutnya kaum itu menanyakan apa yang mereka telah dapati dari tolak-ansur orang-orang Melayu kepada mereka selama ini serta apa yang akan mereka dapati lagi kerana sikap mesra bangsa Melayu terhadap mereka, bukan mempertikaikan hak-hak orang Melayu sebagai tuan punya negara ini.

Usaha kaum itu merekalakukan secara terancang. Tidak hairanlah apabila DAP menyuarakan sesuatu untuk kaumnya makan MCA juga akan menyahutnya pula. Walaupun wajah mereka berlainan (antara DAP dan MIC) namun hati mereka tetap sama. Malahan tidak cukup dengan itu saja, ada pula individu yang terang dan nyata mencabar kesabaran bangsa Melayu dengan melakukan beberapa provokasi. Lupakah kita pada suatu nama? Namewee! Si sial yang nyata rasis namun tingkahlakunya dipertahankan oleh DAP dan MIC sendiri.

Tidakkah kita melihat bahawa pemimpin Melayu kita sentiasa diuji dan diasak untuk sentiasa memberi kepada mereka. Mereka hanya menanti-nanti titik dimana kita sangat lebah untuk mendapatkan apa yang mereka idamkan. Mereka juga sangat terhutang budi kepada Anu arr, si binatang politik yang sanggup menggadaikan segalanya demi mendapatkan kuasa dan mencapai cita-citanya untuk menjadi PM.

Siapakah nanti yang akan menjadi pembela bangsa Melayu? Jangan kita menaruh harapan kepada Anu arr kerana dia akan dengan rela menyerahkan segalanya asalkan mendapat kuasa dan dapat menjadi PM. Jangan juga kita harapkan kepada pemimpin Pas kerana mereka tidak pedulikan dan tidak pejuangkan bangsa Melayu, bahkan Nik Aziz sendiri tidak berbangga dilahirkan sebagai Melayu.

Siapakah yang akan jadi penyelamat Melayu? Siapa yang akan kita taruhkan harapan untuk membela anak dan cucu kita masa depan? Saya hanya ada soalan dan seperti orang-orang lain yang sayangkan bangsanya, saya juga mencari-cari jawapan kepada soalan saya itu.

04 May, 2011

BAGAIMANA NASIB MELAYU ANDAI 13 MEI BERULANG LAGI?




Datuk Ahmad Maslan, dalam satu program anjuran persatuan Silat Kalam
yang diadakan di Kuching, Sarawak.


Dari pengamatan saya, saya melihat bahawa post saya semalam yang berkaitan dengan tragedi 13 Mei sangat manarik perhatian pembaca. Saya yakin pembaca juga turut sama menyedari apa yang saya bimbangkan dan bersama-sama berfikir apakah tindakan yang akan kita ambil bagi mengelak malapetaka berkenaan berulang serta jika ianya berulang atas kehendak kaum cina apakah pula penyelesaian yang harus kita ambil?

Sewaktu tragedi 13 May lalu, kita masih ada para pendekar serta waris para-para pesilat Melayu yang bersemangat kental. Siapa yang boleh lupa dengan nama Kiyai Saleh dengan kumpulan 'Selendang Merah' nya yang berani tampil dan mencabar para samseng cina ketika itu? Kiyai Saleh dan anak buahnya  diberitakan bahawa tubuh mereka tidak ditembusi senjata. Mereka berselendang merah atau memakai kain lilit kepala berwarna merah dan mampu masuk ketengah gelanggang dimana ketika itu kaum cina diberitakan menyembelih orang-orang Melayu.

Kaum cina sangat takutkan gerombolan 'Selendang Merah' ini, bahkan khabarnya kerana itu juga banyak kedai-kedai mereka yang tidak berani menjual kain merah yang dibimbangi akan dijadikan selendang pembakar semangat bangsa Melayu ketika itu.

Diserata kampong, anak-anak muda ketika itu membina bangsal-bangsal persilatan untuk belajar serta menguatkan ilmu pertahanan diri serta jatidiri mereka. Namun kini segalanya sudah dilupakan bahkan semangat bangsa Melayu kita pun jadi semakin layu. Bahkan Nik Aziz juga menyatakan bahawa beliau tidak berbangga menjadi Melayu. Satu kenyataan yang menghina bangsa sendiri.

Pada ketika itu, anak-anak mudanya menghormati yang tua. Belajar silat bukan hanya untuk belajar ilmu mempertahankan diri semata-mata, bahkan yang lebih penting adalah menghidupkan semula adat dan budaya serta sifat-sifat terpuji bangsa Melayu itu sendiri. mempelajari ilmu persilatan juga bermakna menghargai ilmu serta menghormati yang lebih tua. Guru-guru silat yang tidak mengharapkan bayaran itu, sekurang-kurangnya merasa bangga bahawa mereka dihargai oleh anak muda dan masyarakat.

Sekarang apakah masih ada guru-guru silat serta guru-guru agama seperti yang diperkatakan tadi? Mereka telah hilang ditelan zaman bersama-sama segala ilmu yang tidak sempat mereka wariskan kepada anak bangsa untuk terus disegarkan sebagai warisan budaya bangsa kita.

Tatkala bangsa cina berlatih dan mempraktikan tarian singa / naga mereka, anak-anak kita hanya memandang sini budaya kaum itu. Dalam masa sama juga memandang kolot seni pertahanan diri warisan bangsa yang kununnya sudah ketinggalan zaman. Akhirnya kaum lain mampu berdiri kuat namun bangsa Melayu semakin lemah dan layu. Bukan sedikit antara anak Melayu kita yang tewas oleh najis dadah serta terlantar akibat merempit.

Apakah kekuatan bangsa melayu yang masih ada untuk kita hadapi trageidi 13 Mei jika ianya berlaku sekali lagi?erana kita tidak punyai apa-apalah kaum lain dengan mudahnya menghina bangsa kita. Bahkan mereka juga menuntut untuk mengubah sejarah negara dan bangsa kita.

Kaum cina menuntut mereka tidak dianggap sebagai kaum pendatang serta dalam masa sama mereka juga menuduh kita juga adalah bangsa pendatang. Kaum India menuntut mereka tidak dipanggil sebagai kasta 'Paria' sedangkan sejarah sememangnya mereka dari kasta paria dari India. Apakah jika mereka dari kasta yang lebih mulia mereka akan sanggup bergelandangan ke negara kita hanya untuk menjadi buruh ladang?

Jika bangsa Melayu sudah gagal untuk membunuh walau seekor semut, tentu semut itu akan berani mengigit kaki kita kelak. Saya bukan rasis, tapi saya adalah diantara sebahagian nasionalis yang tidak perlu didendangkan.

03 May, 2011

MELAYU MUNGKIN BERSATU BILA 13 MEI BERULANG SEMULA


Mungkin Melayu akan sedar bila azab 13 Mei berulang lagi, 
bila ramai Melayu disembelih seperti dahulu atau bila Melayu akan jadi abdi d inegeri sendiri


ALOR SETAR: Penyatuan secara menyeluruh orang Melayu yang kelihatan agak sukar berikutan perbezaan fahaman politik ketika ini boleh berlaku jika ada isu besar yang menggugat kedudukan mereka, kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah.

Katanya, beliau yakin orang Melayu boleh bersatu tetapi mesti ada sebab serta isu yang sesuai dan ia tidak harus lahir atas dasar konflik dengan kaum lain, tetapi lebih kepada jati diri mereka sendiri. (Klik ke Berita Harian)


Ku Li yakin Melayu mampu bersatu, tetapi soalnya bila dan atas alasan apa? Melayu tidak mampu bersatu kerana kita berlainan fahaman politik. Kerana belainan fahaman politik juga kita pisahkan sesama kita dengan menggunakan agama. Kita dipihak sini  menganggap lebih perjuangkan bangsa melayu manakala disebelah sana pula menganggap mereka lebih Islam. Sebenarnya kita hanya mencari-cari alasan untuk memecahbelahkan sesama kita.

Dengan alasan yang kununnya bijak, pemimpin kita pecahkan bangsa Melayu jadi beberapa kumpulan yang lebih kecil untuk akhirnya menagih simpati kepada kaum lain dibumi kita sendiri.

Kerana Melayu tidak bersatulah maka UMNO memerlukan MCA dan MIC untuk kekal berkuasa. Demikian jugalah harapan oleh Pas untuk mendapat kuasa mereka rela bersama DAP yang nyata tidak perjuangkan Islam bahkan membencinya.

Bijaknya kaum lain adalah kerana mereka mengenali dan memahami kebodohan bangsa melayu yang enggan bersatu dan seterusnya mengeksplotasikan keadaan itu. Kerana itulah kaum cina mendapat sesuatu dari tangan kanannya (MCA) dan dalam masa sama mendapat juga sesuatu dari tangan kirinya (DAP). Bangsa Melayu tetap didalam kerugian kerana terpaksa sentiasa mengalah dan memberi.

Ada pendapat mengatakan bahawa melayu akan bersatu bila mereka dihimpit dan tertekan. Justeru, untuk sekali ini mari kita lakukan sesuatu yang ekstream, yang jarang-jarang kita lakukan, iaitu menyerang..dengan tidak lagi bertolak ansur kepada mana-mana permintaan kaum lain. Kita juga jangan mengalah kepada sebarang tuntutan. Apa lagi yang kaum lain kehendaki dari kita sehingga maruah bangsa kita pun ingin robek?

Sekali ini, hanya untuk sekali ini. Mari dengan berani kita tentang petualang itu. Jika untung sabut kita akan timbul, dan jika untung batu kita akan terus tenggelam. Biarlah bangsa melayu akan tenggelam selamanya jika itu memang yang saudara kita semua mahukan. Jangan kita takut dengan penggilan rasis kerana sebenarnya kita adalah nasionalis.


01 May, 2011

MELAYU YANG MALANG SENTIASA DALAM PERPECAHAN

Foto ikhsan Berita harian


Pintu sudah dibuka. Tangan sudah dihulurkan. Janganlagi salahkan UMNO jika mereka masih lagi berhati batu dan berhitam hatinya menolak perpaduan bangsa melayu dan Islam. Andai mereka masih menolak, nyata mereka lebih kafir dari segala kafir-kafir dimuka bumi ini.

Baca Berita Harian (Klik Sini), baca juga Utusan Malaysia (Klik Sini) Kedua-dua akhbar ini melaporkan tawaran yang dibuat oleh DS Najib kepada Pas untuk berjuang bersama UMNO bagi mengangkatkan martabat Islam serta perpaduan bangsa Melayu.

Jika selama ini Pas boleh mengikuti DAP, kenapa pula tidak untuk bersama-sama dengan UMNO? Namun akhbar mencelakakan Melayu, Harakah (Klik Sini) melaporkan Haji Hadi meminta ahli-ahli UMNO meninggalkan UMNO dan menyertai Pas.

Nampaknya pemimpijn Pas masih dengan hati hitamnya serta dengan hati batunya. Kenapa dengan DAP mereka tidak persoalkan DAP mesti tinggalkan parti mereka dan menyertai Pas? Apakah kita meninggalkan yang lebih besar untuk menyertai yang lebih kecil? Meninggalkan yang lebih kuat untuk menjadi lebih lemah? Kenapakah pemimpin Melayu didalam Pas masih berfikiran sesempit itu?

Saya dapat mengagak bahawa kerana beberapa alasan: Pertama, mereka tidak benar-benar ikhlas untuk perpaduan Melayu. Kedua, mereka lebih pentingkan jawatan mereka didalam parti serta mengharap mendapat jawatan didalam kerajaan. Pokoknya, pemimpin Pas juga tidak benar-benar berjuang dengan tulus hati untuk agama dan bangsanya.

Kaum cina akan menyambut ketidak sefahaman bangsa Melayu ini dengan gembira. Mereka yang masih kelihatan berada dikiri dan kanan (didalam DAP dan MCA) tentu akan bertsotak gembira bahawa mereka yang sesungguhnya dari kalangan minoriti tetapi masih mampu menjadi kuasa penentu didalam politik negara.

Kita percaya membuka pintu untuk Pas bersama-sama UMNO dilakukan adalah bagi mengukuhkan perpaduan Melayu dan perjuangan agama Islam. Jika hanya untuk memantapkan BN, mungkin saja tawaran demikian boleh dibuka untuk DAP yang tentunya kelak akan meninggalkan Pas bersendirian menjadi melukut ditepi gantang.

Maka bangsa Melayu yang kununnya perjuangkan Islam serta sentiasa didalam perpecahan ini akan sentiasa tinggal didalam kebodohan. Syabas kepada seluruh umat Melayu. Teruskan kebodohan! Teruskan untuk ditindik hidung seperti kerbau dan lembu didalam Pas oleh kaum cina! Jangan kita kesalkan, kerana inilah nasib malang bangsa kita yang ditentukan oleh pemimpin bangsa kita sendiri.

Rujuk juga blog ini:
waadat
Sahabat Gunung

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...