28 July, 2011

HANGAT: PERCATURAN SUDAH BERMULA

Siapa yang mengintai dan menaruh harapan? 
Siapa yang akan dapat laba jika 2 gajah yang berlaga?


Entah mengapa kali ini saya banyak menulis mengenai politik Jerantut. Memang politik Jerantut amat menarik sejak dahulu lagi sehinggakan Jerantut boleh dianggap sebagai daerah dimana politiknya tidak pernah mati. Mungkin orang-orang politik Jerantut sudah hampir menyamai orang-orang politik Pas di Kelantan yang berpolitik sepanjang musim.

Politik Jerantut adalah politik gelora sepanjang masa. Ramai yang mengharapkan supaya Jong Pecah bagi merealisasikan pepatah 'Jong Pecah Yu Kenyang'. Orang-orang Jerantut terlalu arif bermain politik. Yang diangkat hari ini mungkin akan dijatuhkan oleh orang yang sama hari esoknya. Segala-galanya adalah pertarungan diantara ringgit dan kuasa. Justeru tidak menghairankan jika pembangkang mensasarkan Parlimen Jerantut untuk dirampasnya bersama beberapa DUN yang juga kurang stabil dan semakin kehilangan sokongan.

Perang dan politiking sesama sendiri dalam UMNO yang berlangsung bertahun-tahun dan tidak pernah reda membuatkan akar umbi semakin lemah dan hilang percaya terhadap pucuk pimpinan. Jadi siapa lagi yang berani untuk diangkat selepas ini untuk dibenamkan semula sejurus dilambung tinggi?

Malangnya masih ada kalangan pemimpin UMNO Bahagian yang masih tidak mendengar suara rakyat kerana mereka tidak peka terhadap media sosial. Mereka masih percaya bahawa UMNO masih kuat dan utuh dan tidak akan dapat dijatuhkan hatta sesiapapun calonnya. Begini jugalah pendapat kebanyakan para pemimpin peringkat pusat sebelum PRU12 dulu. Mereka seakan tidak percaya UMNO BN dapat ditumbangkan. Mereka seakan menganggap UMNO adalah suatu yang hakiki tetapi mereka lupa bahawa Allah lebih berkuasa menentukan takdir, dan tiada yang akan kekal selamanya, termasuk parti UMNO terutama sekali setelah berkuasa sekian lama.

Petang tadi, dalam program Menteri Besar bersama rakyat Jerantut, rakyat dibenarkan bersuara untuk meluahkan rasa dan ketidakpuasan hati mereka. Namun ada pihak yang sangat pandai dengan menyelitkan suara mereka dicelah-celah suara rakyat yang tulus itu. 2 perkara itu adalah mengenai sokongan terhadap tokoh politik tertentu yang bertujuan untuk mengekalkannya sebagai sebagai calon pada PRU akan datang serta mengangkat satu nama untuk dicalonkan sebagai Ahli Parlimen yang akan dikosongkan oleh TS Tengku Azlan.

2 orang suruhan disatu DUN menyuarakan sokongan secara bertulis terhadap ADUN berkenaan yang sudahpun 4 penggal memberikan khidmatnya dan seolah-olah tiada calon lain yang lebih baik darinya. Mungkin kita boleh bertanya berapa harga sokongan demikian? Namun suara rakyat sebenar sudah kecewa kerana beliau sudah terlalu lama dan prestasi juga sudah semakin menurun.

Dalam sesi soal jawab pula, ada bersuara untuk mendapat perhatian MB supaya seorang tokoh diberikan perhatian untuk dicalonkan sebagai Ahli Parlimen dalam PRU yang akan datang. Watak dan personaliti tokoh berkenaan telah dilukiskan dengan jelas. Soalnya siapakah dibelakang yang bersuara itu dan apakah niat sebenarnya? Jika itu suara Pulau Tawar, apakah niatnya hanya untuk mencincang lumat tokoh berkenaan sebelum beliau sempat siapkan dirinya untuk turun ke gelanggang? Atau tujuannya supaya tokoh terkanan UMNO bahagian mencincangnya sambil melupakan tokoh yang sangat berkeinginan yang ada disebalik suara itu. Permainan politik harus cantik, namun kepada orang muda, jangan terlalu ghairah kerana sokong selalunya akan membawa rebah.

Apapun kita sudah melihat lakaran dan warna-warna politik Jerantut, walaupun masih belum benar-benar jelas. Cuma yang sedang didalam kebimbangan adalah mereka yang sekeliling Ahli Parlimen sekarang yang akan kehilangan segalanya bila  TS Tengku Azlan tidak lagi bertanding dalam PRU akan datang. Mungkin ini adalah pilihan terbaik untuk rakyat Jerantut, kerana mereka sudah terlalu lama marahkan nyamuk sehingga lebih rela membakar kelambu.



26 July, 2011

HORMATI KEPUTUSANNYA




Posting terkini saya adalah mengenai politik Jerantut, yang jarang-jarang saya sentuh dalam tulisan saya. Tajuk postnya adalah 'Warna Politik Kita'

Politik Jerantut jadi perhatian kebelakangan ini apabila Ahli Parlimen Jerantut merangkap Ketua UMNO Bahagian mengumumkan tidakada keinginan untuk bertanding dalam PRU akan datang. Beritanya tersebar luas di kebanyakan media massa arus perdana.

Beberapa laman blog, khususnya blog Jerantut turut memberi ulasan mengenainya. Sila baca diblog  Sri Tri Buana, Laksamana Jebat, Parlimen 81, dan blog WZWH yang banyak menulis mengenai politik YBM TS Tengku Azlan.

Ada beberapa pandangan dan sudah tentu kerana adanya 'interest' tertentu disebaliknya, namun perbezaan itu adalah sangat wajar dan akan dapat lebih membuka minda dan hati nurani sekelian para pengundi dan penduduk Jerantut.

Saya melihat kepada apa yang ada disebaliknya, persoalan yang banyak pihak tidak berasa gembira mengenainya iaitu apakah Parlimen P081 Jerantut ini masih selamat untuk BN, atau pun hanya calon-calon BN tertentu yang akan menentukan ianya masih selamat.

Ada pihak berpendapat kerusi ini tidak lagi selamat jika calonnya bukan YBM TS Tengku Azlan, namun ada pihak yang lain berpendapat bahawa ianya akan lebih selamat tanpa beliau. Namun saya berpendapat kerusi berkenaan tidak wajar dilihat secara bersendirian. Ianya harus dilihat dalam konteks satu komponen bersama-sama kerusi-kerusi DUN Tahan, Pulau Tawar dan Damak.

Sudah tentu ianya satu pandangan dan pendapat yang komplikated dan sukar untuk dijelaskan, namun ini lah cara politik baru negara kita dimana pengundi tidak lagi memilih calon hanya berdasarkan kepada parti yang diwakilinya dan undian bagi kerusi DUN dan Parlimen juga tidak sama berdasarkan kehendak pengundi sendiri.

Apapun, hasrat YBM TS Tengku Azlan harus dihormati dan biarkan Jerantut untuk dipimpin oleh pemimpin lain yang mungkin akan mampu menawarkan khidmat yang lebih baik dan berkesan.






21 July, 2011

WARNA POLITIK KITA

Antara pewarna semasa politik Jerantut


Saya banyak menerima respon dari orang Jerantut (agaknya) apabila menulis mengenai politik Jerantut. Mungkin kerana masyarakat Jerantut begitu peka terhadap perkembangan politik atau mungkin juga politik adalah budaya dan kehidupan. Saya tertanya-tanya kenapa kebelakangan ini blog (Jerantut) WZWH sudah tidak lagi ingin mengulas tentang politik Jerantut? 

Pada dasarnya masalah yang berlaku didalam UMNO Jerantut adalah sama dengan UMNO dimana-mana. Inilah masalah sebenar yang menjadi punca akar umbi meninggalkan perjuangan parti - terlalu banyak politiking, berlakunya 'cas keting' tanpa kawalan, UMNO cawangan-cawangan menjadi semakin kecil kerana banyak ahli dipinggirkan semasa pemilihan peringkat cawangan dan bahagian dan akhirnya UMNO hanya didukungi oleh beberapa orang yang bercita-cita besar. Kesan daripada itu UMNO semakin lemah dan siapa lagi yang akan kita harapkan untuk menyokong dan mengundi kita didalam PRU nanti?

Selepas' biduk berlalu' sepatutnya 'kiambang bertaut'. Para pemimpin sepatutnya merapatkan semula saf sebaik saja selesai pemilihan kerana pemilihan bukanlah penyingkiran ahli parti. 'Carik-carik bulu ayam', seharusnya 'bercantum semula', namun ini jarang berlaku didalam UMNO dikebanyakan cawangan dan bahagian kerana mereka menganggap perjuangan mereka adalah menjuarai UMNO dan bukannya menjuarai rakyat. Justeru tidak mustahil mereka yang menang untuk jadi pemimpin UMNO namun akhirnya gagal untuk menjadi pemimpin rakyat apabila dikalahkan dalam pilihanraya.

Pendekatan yang diambil oleh PM, memilih calon yang berpeluang menang dalam pilihanraya sangat dialu-alukan kerana itu memberi makna bahawa seseorang yang mampu memenangi pemilihan dalam UMNO tidak semestinya calon yang disukai rakyat kerana alasan tertentu, maka pucuk pimpinan UMNO tidak akan memilih mereka ini sebagai pemimpin rakyat selaras dengan slogan berkhidmat untuk rakyat serta menjuarai rakyat.

Menghadapi PRU13 akan datang, kita masih ragu-ragu akan kekuatan kita terutama sekali apabila pihak pembangkang semakin aggresif  dan mengunakan berbagai cara tanpa mempertimbangkan baik-buruknya atas satu alasan - untuk menang dan berkuasa! Apakah kita sudah berusaha bersungguh-sungguh merapatkan semula barisan? Menyusun semula saf-saf? Menghurai kusutnya benang? Menjahit segala yang carik? Untuk bersama kebarisan hadapan dalam perjuangan bagi memertabatkan bangsa dan menjulang Islam agama dan pegangan hidup kita?

Apa yang pemimpin-pemimpin lakukan untuk merapatkan semua UMNO dibahagian-bahagian? Apa yang kita lakukan untuk menyusun semula UMNO dicawangan-cawangan? Kita bukan sahaja tidak mampu menarik musuh menjadi sahabat bahkan kita juga tidak mampu menahan sahabat kita dari menjadi musuh.

Mungkin ada calon yang kita tidak minati untuk diundi dalam PRU nanti, namun kita harus berbalik kepada memilih calon berdasarkan parti. Jika salah calon itu dipilih, maka salahkanlah ahli-ahli parti yang membiar dan membantu calon berkenaan terpilih. Dalam politik UMNO (Jerantut), kita lebih suka kepada lautan yang bergelora kerana kita semua percaya; jika jong pecah, maka yu akan kenyang. Justeru, jangan kita salahkan sesiapa selain dari diri sendiri kerana memilih perwakilan yang salah ke peringkat bahagian dan mereka pula memilih pemimpin yang salah untuk pada mata umum.

Sudahkah UMNO kita berubah? Mampukah kita berubah? Apakah kita masih ada waktu untuk berubah atau UMNO hanya akan jadi cerita dongeng atau bahan sejarah. Ada sesiapa yang peduli? Hahaha! UMNO!!!

19 July, 2011

WAN AMIZAN CALON YANG LAYAK SELEPAS KU LAN BERUNDUR




YBM Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, Ahli Parlimen Jerantut selama 3 penggal baru-baru ini telah mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRU akan datang. Beliau mengumumkan demikian di Tekam Plantation sewaktu menyampaikan hadiah kepada pertandingan pertandingan bolasepak dan bolajaring  bagi DUN Pulau Tawar beberapa hari lalu. (Sila klik NST)

Mantan Timbalan Menteri Pengangkutan itu juga berkata bahawa keputusannya adalah atas kehendaknya sendiri disamping memberi peluang kepada pemimpin muda yang berkebolehan untuk membangunkan parlimen Jerantut dalam menghadapi lebih cabaran dalam era IT ini.

Menyingkap pandangan sebahagian rakyat dari media sosial (blog dan facebook) setempat selama ini, kita dapati ada antaranya yang begitu keterlaluan mengkritik beliau terutamanya blog WZWH, namun kita percaya bahawa bukanlah ini sebab utama YBM Tan Sri Tengku Azlan memutuskan untuk mengundur diri.  Pasti kali ini beliau benar-benar jujur untuk memberikan peluang kepada tokoh yang lebih muda disamping berhasrat untuk berihat dari politik.

Jika kita menghayati apa yang YB Tan Sri Tengku Azlan katakan itu, pasti beliau bermaksud untuk melepaskan jawatannya dan memberikan peluang kepada YB Dato' Wan Amizan, ADUN Tahan kerana kreteria yang beliau maksudkan ada padanya. YB Dato' Wan Amizan Wan Razak adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian adalah satu-satunya calon yang layak mengisi kekosongan yang berlaku kelak.

Mereka yang lain, yang juga dirasakan layak dan kini berada didalam kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut, tidaklah menjadi saingan berdasarkan faktor usia serta kesihatan menghalang. Justeru, kita melihat bahawa beliau lah orang yang paling layak setakat ini. Bagaimanapun, ini bukanlah satu laluan mudah kerana disamping beliau juga ada musuh politiknya, ada juga pihak yang tidak menyenangi beliau atas alasan tertentu dan peribadi, namun kita percaya dengan sedikit perubahan dalam kepimpinan dan pendekatannya dengan masyarakat, beliau akan mampu menarik hati rakyat untuk menyokongnya kembali.

Banyak pihak berpendapat kerusi Parlimen Jerantut adalah kerusi panas dan UMNO kemungkinan akan gagal disini, tetapi saya percaya bahawa YB Dato' Wan Amizan memenanginya dan membuktikan bahawa persepsi demikian adalah salah, asal saja beliau berusaha untuk menguasai pengundi muda yang sangat akrab dengan jaringan media sosial.

Saya melihat bahawa pintu sudah luas terbuka, YB Dato' Wan Amizan harus mengambil keputusan segera bagi memantapkan dirinya untuk menduduki kerusi Parlimen Jerantut dengan membawa aspirasi membangunkan rakyat dan mengejar pembangunan agar kehidupan kita akan setaraf dengan mereka yang ada di kota-kota besar serta kita tidak lagi ketinggalan dari segala bidang.


12 July, 2011

GELOMBANG KE-2 MEDIA SOSIAL




Perhimpunan rusuhan 'Bersih' yang tujuan khususnya untuk menjatuhkan kerajaan secara demonstrasi telah gagal. Kerajaan telah berjaya menghalang perkara-perkara buruk dari berlaku. Pihak pembangkang tentu tidak berpuas hati apabila sasaran mereka tidak kesampaian. 

Memang ada beberapa aduan yang sebenarnya tohmahan 'kunun'nya pihak keselamatan bertindak ganas terhadap  para perusuh, namun jika pihak keselamatan tidak bertindak pantas dan keras sudah tentu jiwa mereka juga tidak akan selamat kerana mereka ketika itu berhadapan dengan perusuh yang ganas dan sudah bersedia untuk berlaku ganas. Jika saya ahli pasukan keselamatan ketika itu, pasti saya akan lakukan pendekatan yang mungkin lebih keras lagi.

Buat seketika pihak kerajaan boleh berehat sejenak dan menarik nafas panjang, namun mereka jangan leka kerana apa yang saya perhatikan adalah kesan yang besar didalam diam. Mungkin tidak ramai yang merasainya namun saya merasakan ini satu gelombang yang jika tidak ditangani dengan baik akan mampu menenggelamkan bahtera yang sedang kita layari sekarang ini. Apakah maksud sebenar saya?

Kita semua akui bahawa gelombang pertama yang melanda dan hampir membenam BN dalam PRU12 lalu adalah dari ledakan media sosial. Namun seketika kita boleh mendabik dada bahawa kita sudah mula dapat mengawalnya dan menjuarainya. Dalam media blog, kita bangkit dengan kumpulan BPN (Blogger Pembela Negara) namun kemudiannya tenggelam dibawa arus masa. Blogger Patriot dibina diatas keruntuhan BPN, sedangkan nafas lebih patut diberikan kepada BPN yang mempelopori perjuangan, namun kerana kepentingan politik BPN dibiarkan berkubur tanpa nesan.

Kita bangga kerana merasa kita sudah menguasai blogger berdasarkan kepada jumlah blog yang menduduki tangga teratas. Sebahagian kita jadi leka dan bersikap sambil lewa dan santai sambil menghisap cerutu dan menghitung laba. Kita merasa kita kuat justeru kita menikam sesama sendiri, tetapi kita lupa bahawa jerat tidak pernah lupakan pelandok.

Sedarkah kita bahawa bersama dengan perhimpunan rusuhan itu, media sosial pembangkang telah bangkit semula kerana mereka menerima dana yang banyak. Lihat saja di blog, mereka aktif lawati  blog kita dan memberikan komennya selain dari aktif menulis diblog mereka sendiri. Demikian juga di Facebook dan Twitter, mereka juga aktif kerana sumbangan dana yang sampai kepada mereka melincirkan segalanya.

Perhatikan juga banyak grup-grup dan laman-laman baru facebook telah diujudkan. Mereka aktif kerana adanya dana yang besar dan akan terus melakukan ini sehingga PRU13 nanti. Apakah yang pihak kita lakukan? Kita tidak ada sebarang dana untuk menggerakkan media sosial kadang-kala ada antara pemimpin kita yang masih  tidak percaya kepada keupayaan media sosial. Kita juga menikam sesama sendiri selama ini. Kerana itulah BPN berkubur dan mati. Ada antara blogger kita mengejar nama dan kebendaan serta mengenepikan perjuangan sebenar bahkan tidak peduli apa kita akan menang atau kalah. Mungkin mereka sangat yakin bahawa BN tidak akan tumbang. Apakah mereka sedar bahawa 'tidak ada bateri yang tahan selamanya'!

Saya tidak tahu apakah tindakan pemimpin kita selepas ini, tetapi saya akan tetap teruskan perjuangan biarpun berseorangan, biarpun tiada menerima apa-apa sumbangan, atau jasa tidak juga akan dikenang. Saya percaya pada kata-kata Tun Dr. Mahathir; 'Perjuagan Belum Selesai' selagi hayat dikandung badan. Ingatan saya kepada sahabat supaya kembali kepada perjuangan asal, seperti bagaimana kita bermula dahulu.

Media Baru UMNO kita, setakat mana di negeri-negeri dan dibahagian-bahagian? Yang saya lihat dan rasakan semuanya masih kaku dan bisu, sepi dan mati.



Huh! Polis pun mereka lawan? Jihad atau Jahat ni?
Walaupun mereka memfatwakan sebagai halal, namun ini tetap haram 
dan mereka semua memang haramjadah!

11 July, 2011

RUSUHAN 'BERSIH' - FOTO-FOTO ANU ARR
















Anu arr hadir pada Perhimpunan 'Bersih' dan mengetuai rusuhan berkenaan. Siapa kata politik tidak terlibat? Siapa kata ini bukan ada kepentingan Anu arr? Anu arr merancangnya dengan tujuan merampas kuasa seperti berlaku di negara Mesir dan Libya. Malangnya di Malaysia rakyat negara kita tidak ramai yang bodoh (yang terpedaya dan mengikuti reformasi yang ingin dicetuskan sekali lagi ini)

Kali ini Anu arr sendiri mengetuai bala tentera 'syaitan' ini kerana berharap sokongan dari rakyat akan berlebih-lebih lagi kerana simpati terhadapnya yang dituduh 'terliwat' bontot dan 'termain' chinadoll seperti klip video yang tersebar luas sebelum ini.

Rusuhan ini gagal. Anu arr gagal. Pemimpin parti pembangkang dan Tok Garu songsang juga gagal. Dalam PRU13 nanti mereka akan diberikan tamparan hebat. BN akan merampas semula semua kerusi-kerusi Parlimen dan DUN. PKR, Pas dan DAP bolehlah berebut kerusi-kerusi di Balai-Balai Raya.


Foto dari blog 'Tukar Tiub' yang sudah insaf dan sedar kesilapannya selama ini dan tidak lagi menyokong Anu arr Al-Juburi. Anda bila lagib mahu berubah?? 


Kata Anu arr : 'Jubo kuning, jubo kuning'...hehe !



10 July, 2011

MUSANG BERBULU AYAM: CUBA BERSIHKAN KEKOTORAN

Ini bukannya musang berbulu ayam sebab 'totey'nya tak ada bulu, hehe





Sejak awal lagi banyak pihak sedar bahawa demonstrasi ‘Bersih’ hanyalah atas kepentingan Anwar. Banyak pihak termasuk Ambiga dan Anwar sendiri menafikannya, kunun Bersih bukan ada kepentingan politik. Namun akhirnya apabila Anwar maju kehadapan untuk mengetuai demonstrasi itu, ianya dilihat sebagai cuba mencetus semula reformasi sepertimana terdahulu. Akhirnya wajah musang sebenar sudah kelihatan disebalik bulu-bulu ayam yang berselerakan.

Demonstrasi ‘Bersih’ telah dapat digagalkan, Anwar sekali lagi gagal dan beliau boleh diibaratkan, ‘ayam terlepas, tangan bau taik’. Sisa-sisa semalam yang tingal hanyalah najis-najis yang berselerakan merata-rata.

Rusuhan itu berakhir dengan keganasan, golongan peniaga menanggung kerugian, pengangkutam awam terjejas, rakyat yang tidak berdosa terpaksa menanggung kesusahan akibat dari kerakusan cita-cita politik golongan yang tidak menghomatii demokrasi.

Selain daripada itu, demonstrasi hanya dapat mengalih pandangan rakyat dari isu pelakon lucah yang 99.99% wajahnya seakan Anwar Ibrahim kepada memberi simpati kepada ‘binatang politik’ itu yang kununnya cedera parah akibat dari tindakan pihak keselamatan.

Kesudahannya rakyat semakin hari semakin membenci Anwar Ibrahim kerana tindak-tanduknya dalam usaha menjatuhkan kerajaan dengan cara yang sangat hina ini.  Berbagai sindiran tersebar meluas dilaman-laman facebook dan twitter yang mencerca Anwar Ibrahim. ( Klik Sini ),  baca juga disini

09 July, 2011

BLOGGER KURANG AJAR DAN DERHAKA SEDANG DIAMBIL TINDAKAN





Beberapa hari lalu beberapa laman blog ( Sini  dan  Sini ) menulis mengenai sebuah blog pro pembangkang yang menulis komen yang didapati menghina titah Sultan Pahang. Berita mengenainya juga ditulis oleh akhbar harian tempatan (Sinar Harian) ( Klik Sini )

Berikutan dengan itu beberapa buah pertubuhan NGO telah mendesak diambil tindakan terhadap penulis blog berkenaan dan beberapa laporan Polis telahpun dibuat. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi, Sains dan Inovasi Negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin menyatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) negeri sudah diarah supaya menyiasat pemilik blog tersebut sebelum tindakan sewajarnya dibuat mengikut lunas undang-undang yang ada. ( Klik Sini )

Blog yang dimaksudkan adalah blog Pak Karamu (Klik Sini ) bagaimanapun posting berkenaan telahpun dipadamkan oleh pemiliknya ( Klik Sini ) Menurut siasatan, identiti blogger berkenaan adalah seperti berikut:

Nama Blog: Pak Karamu
Nama Blogger:  Ariffin Bin Ngah Nasution
Alamat (seperti yanag dikesan):  F30, Parit 11 Batu 16, 36400 Hutan Melintang , Perak

Beliau adalah bekas calon Pas bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh dalam PRU8 lalu.
Facebook: Pak Karamu  ( Klik Sini )

Sebagai seorang rakyat negeri Pahang yang prihatin, menghormati dan menyayangi Sultan, saya merasa amat kecewa dan kesal dengan sikap blogger terbabit yang menunjukkan kebodohannya dengan mengaitkan institusi Raja dalam kecenderungan politik peribadinya.

Walaupun tulisan didalam blog berkenaan sudah dipadamkan tetapi kemarahan rakyat negeri Pahang terhadapnya masih belum pudar, justeru beliau disarankan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Kepada blogger berkenaan, apa yang ingin saya katakan adalah; kebebasan bersuara dan demokrasi bukanlah bermakna anda bebas menghina orang lain terutama sekali pemimpin dan Raja-Raja kerana demokrasi negara kita meletakkan institusi Raja-Raja ditempat teratas untuk dihormati dan berperanan sebagai pelindung rakyat jelata dan anak negeri.

Kita menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan dengan segera terhadap blogger 'kurang ajar' ini supaya ianya dapat menjadi teladan kepada blogger-blogger lain pada masa akan datang. Menyertai Pas parti yang 'kununnya' perjuangkan agama Islam bukanlah tiket untuk bebas mencerca orang lain terutama Raja-Raja dan Sultan.  Beberapa pertubuhan NGO difahamkan masih lagi membuat laporan Polis berhubung perkara berkenaan.






08 July, 2011

SAJAK PERHIMPUNAN BERSIH: PENJILAT WARNA





Sajak ini saya tujukan buat pendokong-pendokong demonstrasi 'Bersih' yang kotor, khusus buat penyajak yang mensajakkan 'Peludah Warna'.




Penjilat Warna


kuning itu bukan lagi warna bersih
bukan lagi sebagaimana putih
kerana cemar oleh segala najis;
penjilat warna ~
negara menjulang namamu
sastrawan ulung teragung
mengangkat martabat bangsa
mengharum aroma bunga-bunga
namun warna keramat bertukar kelam
sebuah nama juga mancatat sejarah hitam
A Samad Shit,
rambut dan janggut putih
wajah yang nampak bersih
berbaur dengan kehitaman hati budi
anak bangsa yang memungkiri janji
melepaskan tali teraju layang-layang yang
sedang terbang
menerpa angin menerjah awan
kiranya jadi petualang
bila mati tidak tersurat
dipusara seharusnya bertaburan bunga-bunga
namun yang ada hanyalah
sehelai kertas tertulis:
'disini seorang pahlawan mati
bergelumang najis

kerana tersalah langkah
kecundang menyongsong arah'

MARI SERTAI PERHIMPUNAN BERSIH ?

Hanya golongan yang sudah hilang akal sanggup menyertai perhimpunan haram begini


Saya terkesima apabila sebuah blog pro kerajaan dalam postingnya mengajak kita semua sertai perhimpunan bersih. Apabila sebuah blog pro kerajaan mengajak kita sertai perhimpunan bersih, maka kita patut bertanya apakah silapnya sehingga blogger berkenaan sanggup melakukan demikian? Saya tiada apa kata yang hendak dikatakan selain dari; 'Tuan-tuan bacalah sendiri' ~ Klik Sini



Klik juga di Video dibawah ini sebagai hiburan kita semasa bergotong-royong membersihkan Kg. Nenas:


07 July, 2011

BERSIH - BILA GAGAL MEREKA MULA SALAHKAN ORANG LAIN

Sebersih manapun demonstrasi jika melibatkan bilangan yang ramai, ianya akan sukar dikawal 
dan rusuhan akan mudah terjadi tanpa dapat dibendung


Inilah akibat dari rusuhan pada 13 mei dahulu - jiwa yang jadi korban



Apakah berbaloi rusuhan itu untuk ini? Kahkahkah!!!



Dari blog sahabat saya, Taiping Mali, menulis tentang PM digesa oleh pihak pembangkang (Pas) untuk menyediakan stadium sebagai tempat mereka mengadakan demonstrasi Bersih.

DS Najib mengemukan cadangan sedemikian sejak awal lagi namun pihak penganjur, termasuk Ambiga dan Pas menolak cadangan itu mentah-mentah dan berkeras untuk mengadakannya secara terbuka yang akan mengakibatkan rusuhan.

Setelah pertemuan Ambiga dengan Yang Di-Pertuan Agong dan mendapat nasihat dari Agong supaya mengadakannya ditempat tertutup (stadium) maka kini mereka mendesak PM untuk menyediakan mereka stadium pula. Moralnya adalah mereka akan mendesak, mendesak dan mendesak! Menyalahkan kerajaan itu dan ini, menyalahkan menteri dan orang lain itu dan ini. Namun mereka lupa untuk melihat diri mereka sendiri dan menyalahkan diri sendiri.

Saya percaya, dalam masa yang tinggal sedikit ini, jikapun kerajaan dan PM akur untuk menunaikan desakan Bersih itu beberapa kemungkinan mungkin berlaku. Bagaimana jika stadium yang dikehendaki itu sudah lebih awal ditempah oleh orang lain? Sudah tentu pihak ini akan tetap juga mendesak dan memberikan alasan bahawa kerajaan sengaja atau sebaliknya. Kerana kita tahu tugas mereka bukanlah terlalu susah, kerana kerja mereka hanyalah mendesak untuk itu dan ini.

Untuk sekali ini, saya berharap kepada kerajaan dan PM agar bersikap lebih berani dan menolak sebarang desakan bagi mengangkat kembali maruah kerajaan. Abaikan mereka dan biarkan mereka. Tentang mereka habis-habisan. Demokrasi bukan bermakna kita harus menerima sebarang desakan yang kununnya mewakili kehendak ramai, sedangkan lebih ramai yang mendiamkan diri tetapi menentang kehendak mereka itu.

Khabarnya pertemuan Ambiga dengan Yang Di-Pertuan Agong diuruskan oleh seorang bekas pemimpin (Klik Sini). Sepatutnya beliau tidak lagi campurtangan dalam hal-hal yang melibatkan kerajaan. Zamannya sudah berlalu. Sudah banyak kerosakan yang telah dilakukan oleh sentuhan-sentuhannya. Beliau sudah gagal dan sebaiknya hanya berdiam diri. Inilah hasil kekebasan yang ingin dilihatnya.....kerosakan yang lebih besar kepada negara, atas nama demokrasi!


Nota: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kekecohan atau rusuhan ketika berlangsungnya perhimpunan Bersih yang dirancang diadakan di Stadium Merdeka, Sabtu ini.

Sebaliknya Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga menjelaskan, perintah awam di negara ini terletak sepenuhnya di bawah tanggungjawab polis dan bukannya Bersih.




05 July, 2011

DATO' FAUZI PERLU BERSIHKAN DIRI

Bersih 'kunun' ! Ini semua jenis yang tak cermin muka sendiri !



Merujuk Sinar Harian 4 Julai 2011 m.s. P2,  kata Dato’ Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Pahang, sehingga kini tiada pihak yang dapat membuktikan bahawa perhimpunan itu kotor seperti yang didakwa parti pemerintah. Katanya lagi, pihak yang menuduh perhimpunan ini kotor adalah mereka yang takutkan pembersihan dalam pendaftaran pengundi.

Rujuk juga laman blog resmi PKR Pahang disini (Klik) yang juga bernada sama dalam isu berkenaan.

Saya menghadiri sesi penjelasan SPR mengenai tuntutan bersih pada 30hb lalu di Seri Pasific Hotel - ‘Penjelasan Terhadap Isu-isu Yang Dibangkitkan Mengenai Pilihan Raya’, dan saya memahaminya, segala tuntutan dan tindakan yang telah, sedang dan akan diambil oleh SPR dengan segala kuasa dan peruntukan yang ada padaanya dari segi undang-undang. Saya juga maklum bahwa ‘Bersih’ terlalu mendesak dan tidak sabar, seakan tidak memahami bahawa kuasa yang ada padanya adalah terhad untuk melakukan segala tuntutan dalam masa singkat.

Yang sebenarnya 'Bersih' dan isu 'SPR' serta 'Daftar Pemilih' telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang. Dalam pertemuan wakil mereka dengan SPR dahulu, mereka sedar dan tahu setakat mana kemampuan SPR memenuhi tuntutan mereka tanpa menunggu kelulusan perubahan akta serta perlembagaan negara kerana mereka semua telah dimaklumkan dan faham kekangan yang membelenggu SPR, namun mereka mereka sengaja menjadikan ini isu untuk sengaja meraih simpati rakyat.

Apa yang boleh saya katakan hanyalah, 'Bersih' adalah sendiwara para pemimpin pakatan yang bergelumang 'Kekotoran' untuk menutupnya agar kelihatan bersih. Anu arr sengaja jadikan Bersih sebagai jalan untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat terhadap isu 99.99% wajah serupanya yang sedang 'berkungfu' dengan chinadoll. Mat Sabu juga cuba mengalih pandangan dari skandal seks nya yang dibangkitkan semula.

Sebersih manakah mereka-mereka itu? Anu arr Al-Juburi dan Mat Sapu (Mat Sabu) (orang yang memberi nama Al-Juburi kepada Anu arr dulu)? Bersih benarkah Dato' Fauzi jika rekod perkhidmatannya dibuka semula untuk semakan awam? Hehehe! Mungkin mereka sudah melupainya tetapi masih ada orang yang masih belum melupakannya, malahan masih segar dalam ingatan.








Ohhh! Rupanya demonstrasi bersih ini adalah untuk menjatuhkan kerajaan, bukanlah semata-mata menegakkan keadilan? Hehehe! Rupanya ramailah anak muda Melayu yang bodoh sudah tertipu selama ini.

Klik baca: Bersih dalam Kotor


04 July, 2011

BERSIH: ANAK MELAYU MEMBAKAR TANGANNYA SENDIRI



Orang-orang Melayu ada yang masih belum sedar bahawa mereka sedang diperalatkan dan masih beria-ia hendak turut dalam perhimpunan 'BERSIH'. Lakukanlah jika merasakan itu adalah pilihan terbaik. Cuma, jangan nanti ada rasa sesal didalam hati. Jangan nanti kecewa bila melihat anak-bangsa melarat kerana kesilapan kita membuat penentuan.

Hayatilah juga lagu ini dan semoga kita sedar bahawa apa balak terjadi nanti. Jangan salahkan anak-cucu jika kubur kita nanti dikencingi mereka keran mereka membenci dan menghina kita kerana kesalahan kita membuat keputusan. Saya sudah merasa cukup bersyukur dengan apa yang sedang saya miliki sekarang ini. Saya tidak akan menjeling pada taman lain walaupun rumputnya nampak lebih hijau. Saya belajar berpuas-hati dan bersyukur dengan apa yang sedang saya miliki dari Allah.

03 July, 2011

ATAS NAMA DEMOKRASI...




Atas nama demokrasi mereka adakan demonstrasi yang lebih menjurus kepada rusuhan. Mereka ingin runtuhkan kerajaan seperti mana yang berlaku di Mesir dan Libya. Mereka namakannya 'Bersih' namun agenda sebenarnya adalah penuh dengan segala macam 'kekotoran'.

Kita dapat melihat siapakah disebalik konspirasi 'kotor' ini, malangnya masih ramai anak-anak muda kita yang tidak melihatnya dan menganggapnya adalah satu perjuangan. Maka akan berjuanglah mereka nanti, antara Melayu dengan Melayu. Yang akan kalah adalah Melayu dan Melayu sedangkan kaum lain tersenyum mengira untung diatas kemusnahan bangsa Melayu.

Pemimpin Melayu didalam Pas dan PKR tidak mampu bersuara kerana mereka telah dibisukan janji dan impian tentang kuasa dan kemewahan untuk diri dan kroni. Mungkin benar bahawa Hang Tuah telah tersilap mengenai bangsanya sendiri, mengenai keyakinannya sendiri bahawa 'Tidak Melayu Hilang Di Dunia'. Inilah masanya, Melayu berada dizaman yang mereka paling lemah dan perlahan-lahan akan hilang dari catatan sejarah dan tamadun bangsa.

Sentaplah dan buanglah segala hak-hak Melayu, dan orang Melayu sendiri yang menyokong dan menuntutnya. Melayu terakhir yang tinggal nanti adalah Pak Kadok, yang ayamnya menang tetapi negaranya tergadai!

SPR tidak bersih kerana membiarkan DAP menang di Pulau Pinang dan Pas menang di Kedah dan Kelantan. SPR tidak bersih kerana membiarkan kerusi pembangkang bertambah di Parlimen. SPR tidak bersih hanya kerana tidak menepati kehendak pembangkang. HALAL hanya untuk mereka dan HARAM untuk selain dari mereka. Itulah standard formula pihak pembangkang!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...