Suara Anak Pahang - Perlu Baca

25 September, 2011

WANITA PAHANG - MIMPI KETIKA HARI SIANG

Jawatan adalah amanah dan tanggungjawab, ia bukannya hak mutlak


1. Walau apa pun, walau bila pun, PRU semakin hampir. Maka semakin ramailah orang-orang politik yang tak lena tidur kerana gagal mencipta mimpi indah - untuk jadi Yang Berhormat! Semuanya bercita-cita dan merancang itu ini untuk dapat dicalonkan dalam PRU nanti. Jika ditanya harapan untuk menang jika mereka dicalonkan, semua yakin mereka akan menang dan berpendapat jika dicalonkan orang lain tentu akan kalah.

2. Sekali lagi tokoh-tokoh politik kita jadi seperti anai-anai yang mengiggit tiang-tiang untuk meruntuhkan bangunan sama ada dalam sedar atau tidak. Musuh UMNO adalah UMNO sendiri.

3. Di Jerantut apabila Ku Lan umumkan tidak akan bertanding lagi maka ujudlah beberapa kem yang berusaha untuk merebut kekosongan itu. Nampak atau tidak, jelas atau tidak usaha pancung memancung sedang berlaku. Beberapa blog tertentu dengan rakusnya menghukum pencabar 'bos' mereka. Media sosial digunakan sepenuhnya dalam perang antara sesama kita. Malangnya mereka lupa bahawa pihak pembangkang juga sedang bersungguh-sungguh memerhatikan langkah kita. Segala keburukan antara kita yang dibongkar akan jadi senjata pihak lawan juga dalam perang sebenarnya nanti. Apakah kita sedar? Jerantut 1 + 3 adalah antara kawasan yang tidak lagi selamat dalam PRU akan datang.

4. Ketua Wanita UMNO Pahang bukan rendah harapan dan cita-citanya. Parlimen Maran adalah sasaran. Tapi kisah dalaman Wanita yang lintang pukang harus juga diambil kira. Khabarnya ramai ketua-ketua bahagian yang tidak setuju dengan cara pengurusan wanita yang tidak teratur dan dibuat sambil lewa saja. Mesyuarat hanya seperti bincang di kedai kopi bahkan khabarnya ada beberapa kali mesyuarat tidak cukup korum. Tapi ketuanya masih tenggelam dengan angan-angan dan angau-angaunya.

5. Jika Ketua Wanita UMNO Pahang berani untuk membersihkan diri dan mencipta nama, maka keluarkanlah kepala kura-kura-nya dan tentanglah YB Fuziah Salleh di Kuantan. Barulah nanti akan mencipta kemenangan bergaya untuk jadi sebutan zaman berzaman. Namun jika rasa penakut, maka berlindunglah dibelakang kawan-kawan sambil akui bahawa YB Fauziah lebih kuat dan popular dan lebih patut disanjung dari diri sendiri yang hanya mengharapkan serta perasan 'glamer'.

6. Dari sok-sek, sok-sek yang didengar, wanita kini lebih menyanjung tinggi cara-cara Dato' Maznah Mazlan menguruskan wanita sebelum ini berbanding sekarang ini yang caca-marba dan entah apa-apa. Wallahualam! (Tahniah Dato' Maznah Mazlan, bos saya suatu waktu dulu). Saya juga sayangkan dan hormati Ketua Wanita Pahang sekarang ini, namun saya lebih sayangkan UMNO dari mana-mana individu.


24 September, 2011

BONUS DAN KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM - NAMUN RASUAH AKAN TETAP KEKAL....


Foto PM gambaran dari media sosial pembangkang, 
apa tindakan siber tropper pro kerajaan terhadap tohmahan-tohmahan sebegini?



1. Salam. Beberapa hari tak menulis dan bukan mudah untuk menulis terutama bagi blogger bebas dan tidak ditaja oleh sesiapa,  namun atas nama perjuangan dan minat maka sesukar manapun tatap akan diteruskan.

2. PM cadang bonos dan kenaikan gaji lumayan tentu mengembirakan mereka yang disektor awam. (Baca sini) Namun saya tetap terkilan kerana nampaknya masih tiada pembelaan terhadap mereka yang berkerja sendiri dikampung-kampung. Ketika peneroka FELDA menerima itu dan ini, penduduk kampung tradisi masih dicengkam kepayahan hidup. Mungkin kerana undi mereka kurang bererti atau pihak kerajaan menganggap bahawa mereka bukan dari kalangan yang memprotes dan memberi masalah kepada kerajaan, justeru mereka dipinggirkan.

3. Nampaknya akan gembira sakanlah penjawat awam kelak. Mereka akan dapat bonos dan kenaikan gaji, kerja masuk jam 10 dan keluar tengahari, fail sudah bertambah dan betimbun-timbun. (Bukan semua) Duit kopi sentiasa datang kerana rasuah sudah jadi 'darah-daging' penjawat awam sebagai cara 'pemudahcara' dalam sagala macam urusan, dan yang lebih tidak wajar adalah mereka inilah kebanyakkannya yang tidak menyokong BN. (Juga bukan semua) Apakah ini satu rasuah yang ingin PM kita berikan kepada penjawat awam?

4. Di media-media sosial, penyokong pembangkang masih menguasai 'permainan'. Siber tropper BN ketara masih tidak tersusun dan lemah dalam strategi dalam peperangan maya. Mungkin kerajaan merasakan bahawa sudah cukup menguasai media sosial dengan menaja beberapa blogger tersohor sahaja? Mereka terlupa agaknya bahawa musuh bukannya hanya seorang.

5. Kebelakangan ini saya banyak menumpukan kepada fb dan sungguh ketara bahawa kita masih tidak berupaya menentang pembangkang. Kita sedar bahawa mereka mempunyai dana yang besar untuk menguasai media sosial sedangkan pihak BN masih lagi bermimpi dengan teori serta angan-angan bahawa BN akan tetap memenang PRU akan datang.

6. Mampukah BN bertahan ketika berontak jiwa rata-rata rakyat sedang memuncak? Seorang demi seorang pemimpin disemua peringkat dimalukan dengan salahlaku mereka selama ini. Apakah tindakan BN  dan PM sendiri ketika kebanyakkan rakyat berbicara tentang teori RAHMAN, bahawa DS Najib adalah PM Malaysia terakhir dari BN atau bahkan dari kalangan orang Melayu sendiri? 

7. Apa tindakan pemimpin-pemimpin lain ambil untuk meneguhkan 'barisan'? Yang ramai hanya mengambil sikap berdiam diri serta tunggu dan lihat atau bersedia dengan harapan untuk dapat melompat ke kapal baru kerana menyangka keadaan ini hanyalah satu 'permainan' dalam politik dan tidak akan memberi kesan besar kepada bangsa dan negara.

8. Saya juga sudah berputus harap pada perjuangan yang nampaknya sia-sia! Saya melihat kita sedang menggali lubang untuk kita sendiri.

19 September, 2011

ISA: PANDANGAN ZAID IBRAHIM






1. Pagi tadi Datuk Zaid Ibrahim, diwawancara oleh TV3 bersama-sama Dato' Ti Lian Ker dan bakas Ketua Pengarang (?) BERNAMA. Perbincangan disekitar pandangan mengenai pengumuman penghapusan ISA oleh PM beberapa hari lepas.

2. Datuk Zaid menyokongan penghapusan ISA namun ianya hendaklah dihapuskan seluruhnya dan bukan hanya penjenamaan semula. Jangan ada ISA lain dengan nama lain.

3. Datuk Zain juga setuju adanya akta yang akan mengawal dan mengekang keganasan seperti yang diguna pakai di negara-negara lain termasuk US, UK dan lain-lain. Jika tidak akan mengundang keadaan huru-hara dan hilang kawalan.

4. Dalam masa sama beliau berharap pasukan keselamatan akan dapat lebih professional dan mempertingkatkan skil perkhidmatan mereka kepada masyarakat, bertugas dengan lebih telus yang juga membawa makna tidak terlibat dengan penyalah-gunaan kuasa serta rasuah.

5. Presiden parti KITA itu juga cuba memperkenalkan hala-tuju parti serta ideologi yang mereka pegang bagi menawarkan khidmat dan pilihan kepada rakyat dalam PRU13 nanti.

6. Dato' Ti Lian Ker tenggelam dalam kecewanya terhadap kepimpinan sebagaimana tulisan-tulisan diblognya yang sekejap ke kiri dan sekejap kekanan.

7. Catatan: Blog Datuk Zaid Ibrahim telah berpindah dari 'Zaid Ibrahim'  ke  'Zaid Untuk Rakyat'

17 September, 2011

MANSUH ISA; MENDAHULUKAN RAKYAT?




1. Ramai sahabat menanyakan pendapat mengenai pemansuhan akta ISA yang diumumkan oleh DS Najib baru-baru ini. Tiba-tiba kerongkong saya jadi haus untuk menjawab soalan itu. Umpamakan itu sebagai penceraian, satu-satunya perbuatan halal yang dibenci Allah.

2. Saya tertanya-tanya alasan sebenar menghapuskan ISA, apakah kerana desakan pembangkang, menagih simpati dan sokongan atau benar-benar demi rakyat yang 'kunun'nya diutamakan?

3. Jika kerana desakan pembangkang, bermakna pemimpin kita bukanlah seorang yang berani menghadai desakan.

4. Jika kerana ingin menagih simpati dan sokongan, kaum-kaum bukan Melayu tetap akan mendesak untuk mendapat itu dan ini namun dalam masa sama tidak akan memberi undi kepada BN kerana sedar bahawa BN dalam kedudukan yang paling lemah.

5. Jika benar kerana hendak mendahulukan rakyat, memansuhkan tol-tol serta cukai kepada bahan makana tentunya akan lebih bermakna. Baca blog MIK

6. Justeru untuk kepentingan siapakah sebenarnya pemansuhan ISA itu? Saya juga keliru! Baca Peneh Miang, Berani Membuat Pilihan, ParpuKari,

7. Jika DS Najib menyangka rakyat gembira dan menunggu-nunggu  pengumuman berkenaan ternyata dia teramat silap kerana majoriti rakyat merasa teramat kecewa. Kemungkinan kebenaran teori RAHMAN semakin nyata!

16 September, 2011

16 SEPTEMBER

Sambutan hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Maran, Pahang;
Dato' Shahaniza Shamsuddin yang tetap disenangi pengundi DUN Kuala Sentol.



1. Hari ini 16hb. September, kita menyambut Hari Kemerdekaan (tertunda) ke 54 kerana hari kemerdekaan jatuh pada hari Raya Aidil-Fitri Ke-2. Penundaan sambutan Hari Kemerdekaan ini pun dijadikan isu oleh pihak pembangkang, mungkin kerana sudah ketiadaan isu atau hanya setakat menyatakan tidak puas hati mereka.

2. Rakyat terutama penyokong pembangkang ternanti-nanti juga tarikh 16hb September ini pada janji Anu arr untuk menaiki takhta Putrajaya. Bagaimanapun tiada sebarang acara mengenainya di Putrajaya. Lagi rakyat menelan janji palsunya pembohong nombor 1 anugerah Tuhan itu.

3. Semalam dalam Perutusan Kemerdekaan, DS Najib umumkan pemansuhan ISA. (Baca di blog Generasi Pejuang Bangsa). Gembirakah puak-puak Pakatan Haram itu? Jawapannya tentu sekali tidak dan bahkan mereka akan tetap menuduh itu dan ini serta meminta itu dan ini lagi.

4. Mat Sabu mungkin akan tertawa berdekah-dekah kerana dia tidak perlu takut pada ISA lagi. Menteri Amaran juga senang hati kerana tidak perlu memberikan apa-apa amarah yang membosankan jiwa rakyat. Tetapi bagaimanapun sejarah telah membuktikan bahawa komunis adalah musuh negara dan rakyat, sama ada tercatat sebagaimana Bukit Kepong atau hanya sebagaimana Kuala Krau. (Baca di blog Pahang-Ku)

5. Bangsa kita memang tidak peka kepada sejarah bahkan gagal mendokumentasikan perkara yang berlaku dan akan jadi sejarah pada masa depan, mujur juga adanya sebilangan yang bernama blogger yang mencatat peristiwa hari ini yang akan jadi sejarah pada hari esok.

6. 16hb Septermber, Myvi model baru dilancarkan, satu lagi kebangaan dan kejayaan mampan industri  automotif negara, tentu Anu arr dan pihak pembangkang hanya membisu sambil gigit jari yang sudah hampir kematu. (Klik Sini) 

7. 16hb September bagi Anu arr adalah...



8. Mari kita ajak 'Tukar Tiub' untuk tukar juga kondomnya dan bersama kita untukk kah kah kah kah kah kah kah kah!!!

15 September, 2011

NAH! SUCK NAMEWEE.......




1. Sejak lama dulu bangsa Melayu telah kehilangan pemimpin sebenar, pemimpin yang dapat diterima oleh majoriti bangsa Melayu, entah mengapa demikian terjadinya.

2. Pemimpin rakyat adalah mereka yang berjiwa rakyat. Mereka yang berjiwa rakyat adalah mereka yang memahami kehendak dan perasaan rakyat sebenar. Mereka adalah yang lahir dari kalangan rakyat marhaen.

3. Pemimpin yang ada ketika ini adalah dari kalangan bangsawan, yang tidak langsung memahami kehendak rakyat. Segala yang ditunjukkan dalam media massa bahawa mereka memahami kehendak rakyat adalah sendiwara semat-mata sedangkan hakikatnya mereka tidak demikian.

4. Pemimpin rakyat lahir dari kalangan rakyat dan berjuang dengan apa cara sekalipun untuk membela rakyat. Tun Dr Mahathir, sewaktu zaman awalnya membuka klinik sanggup memberikan khidmat percuma kepada rakyat yang tidak mampu membayar khidmatnya. Itulah sumbang khidmatnya untuk rakyat.

5. Maaf! Pemimpin masa kini tidak menghayati perjuangan untuk rakyat kerana lahir dari istana. Kehendak rakyat dan kebencian rakyat tidak diambil peduli sama sekali kerana merasakan dia berkuasa.

6. Jika Najid masih menemui Namewee, pasti dia akan kehilangan banyak lagi sokongan orang-orang Melayu namun dalam masa sama masih juga tidak mendapat undi kaum cina.

7. Bapak Menteri, maaf jika saya akan berpaling arah...hanyalah kerana Melayu ini sudah terlalu marah!!! Kebelakangan ini banyak blogger yang menyuarakan kemarahan mereka berkenaan isu ini, ada sesiapa peduli??   Baca ParpuKari.

8. Nampaknya sia-sia sajalah perjuangan kita selama ini membela bangsa. Sia-sia perjuangan para blogger, sia-sia perjuangan Perkasa...sia-sia.....


14 September, 2011

NAH! NAJID SUCK BANANA !!





1. Mungkin Najid akan teruskan juga untuk mengadakan pertemuan dengan Namewee walaupun terdapat banyak tentangan dari orang-orang Melayu. Mungkin Najid anggap Namewee adalah penjuang sebenar bangsa Malaysia dan ikon 1Malaysia. Baca Papagege.

2. Mungkin juga Namewee dari seorang budak kurang ajar yang rasis serta yang memperbodohkan seluruh Melayu sudah diterima dan dianggap seorang reformis yang berjaya. Baca Perak Bangkit.

3. Namun masih ada beberap blogger yang cuba menyedarkan Najid dari lenanya, tapi apakah beliau mendengar atau memberikan perhatian? Baca Pena Minang.

4. Orang Melayu inginkan pemimpin yang lebih berani berjuang untuk bangsanya. Azli Shukri Today menulis:  Mahathir Serang Najib? 

5. Jika Najid tidak juga mendengar, mungkin orang Melayu harus bersama Namewee dan nyanyikan lagu untuk beliau; Nah! Najid, Suck Banana !!!

6. Yang menentang akan disanjung, yang setia dan menurut akan dipijak....1Melayu.....

13 September, 2011

NAMEWEE CELAKA: RAKYAT BERUBAH MENGUBAH KERAJAAN






1. Namewee telah bangkitkan kemarahan orang-orang Melayu dengan isu-isu rasisnya dan sikap kurang ajarnya. Marah Melayu ini ada yang diluahkan ada juga yang masih kekal disimpan didalam hati.

2. Beberapa laman blog juga menulis dan menyuarakan kebencian mereka kepada 'celaka' Namewee ini. Saya juga menyuarakannya, baca  sini, 

3. Bukan sedikit kemarahan orang Melayu bila Namewee diterima dengan baik oleh Menteri Nazri Aziz dan sudah tentu banyak blog mencerca perbuatan itu sebagai pemimpin yang penakut untuk bertindak.

4. Tiba-tiba kita lebih terkejut apabila PM bersedia untuk berjumpa pengkhianat dan si mulut celupar ini. Baca Mazidul  dan juga MalaysiaKini

5. Ini telah bangkitkan semula kemarahan orang Melayu yang juga penyokong UMNO sendiri. Banyak yang diperbincangkan mengenainya dilaman-laman facebook. Baca di fb Aminuddin Mohamad. Baca juga diblog ini.

6. Maaf bapak-bapak menteri, kami melihatnya begini:

1) Menteri-menteri terdiri dari mereka yang penakut untuk bertindak terutamanya Hishamuddin Tun Hussein yang sudah sinonom dengan panggilan Menteri Amaran.
2) Menteri-menteri kebanyakannya lahir di Istana dan rumah-rumah besar dan dari kalangan bangsawan dan kaya raya, kerana itu mereka tidak ada semangat berjuang bersama rakyat, kerana itu mereka tidak berjuang untuk rakyat.
3) Menteri-menteri hanya sayangkan kepentingan mereka sendiri saja dan tidak pedulikan dan perjuangkan rakyat lagi.
4) Menteri-menteri membuatkan rakyat berfikir bahawa untuk mendapat perhatian dari menteri-menteri rakyat mesti membantah dan membangkang. Kerana selalunya pembangkang akan diberi parhatian lebih dari mereka yang jujur dan setia.

7. Saya juga ingin dipanggil untuk bertemu PM, jadi mestikah saya bersikap kurang ajar, menentang kerajaan serta rasis?

8. Mestikah saya juga tunjukkan tidak menyokong Kerajaan dalam PRU akan datang serta mengajak lebih ramai sanak saudara dan rakan-rakan untuk tidak menyokong kerajaan?

9. Dan, saya tidaklah bersendirian....

10) Mungkinkah benar bahawa Muhyiddin Yassin lebih bersemangat membela rakyat dan dia tidak duduk dibawah bayangan suri?

12 September, 2011

PERSEPSI KITA TERHADAP KERAJAAN





1. Amerika Syarikat mengenang dan menyambut besar-besaran 11 september, seolah-olah mereka menerima musibah besar angkara pengganas Islam. Mereka berusaha menunjukkan bahawa mereka diganasi dengan kejamnya oleh Islam. Masalahnya juga cuba diheret jadikan masalah global. Maka seluruh dunia memandang negara-negara Islam sebagai negara pengganas. Dunia akan melihat seluruh umat Islam sebagai pengganas dan agama Islam sebagai agama yang menggalakkan keganasan. Demikian AS berusaha mengubah persepsi buruk dunia terhadap umat, negara dan agama Islam.

2. Di negara kita, musuh-musuh kerajaan dan musuh parti memerintah berusaha keras juga untuk mengubah dan memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan memerintah. Maka segala yang kerajaan lakukan dicemuh mereka dan dicanang mereka ke serata ceruk rantau dan bahkan ke seluruh dunia bahawa kerajaan yang memerintah adalah kerajaan yang kejam, zalim, tidak adil, tidak demokratik, tidak bersih, tidak telus. Dalam masa sama mereka menutup segala keburukan tentang diri mereka sendiri. Mereka menyembunyikan hakikat sebenarnya bahawa merekalah yang kejam, zalim, tidak adil, tidak demokratik, tidak bersih, tidak telus.

3. Kerajaan digambarkan sebagai bertanggungjawab dengan semua kesalahan dan keburukan yang berlaku. Bahkan sehingga jika seekor anak ayam mati dilanggar sebuah lori, maka kerajaanlah, Barisan Nasionallah dan UMNOlah yang bersalah dan bertanggungjawab. Dan rakyat bukan semuanya bijak dan cerdik dalam mencerna segala apa dakyah yang pembangkan bawakan, justeru memang ada diantara mereka yang mudah terhasut dengan kejahatan dakyah pembangkang itu, terutamanya golongan muda yang 'kunun'nya bersemangat waja namun mereka hanya mengikut nafsu dan panas hati sendiri saja.

4. Sekarang sejarah juga sudah cuba diputarbelitkan dan dijadikan isu untuk menarik simpati dan mendapat sokongan dan undi golongan tertentu. Sejarah negara juga hendak mereka ubah, apa yang akan diubah nanti? Bangsa Melayu bukan penduduk asal Negara (supaya kaum pendatang juga akan berhak jadi pemimpin utama)?, Komunis diiktiraf sebagai pejuang (supaya Ching Peng boleh diterima sebagai bapa kemerdekaan negara)? Tungku Abdul Rahman bukan Bapa Kemerdekaan tetapi adalah pengkhianat dan talibarut British?

5. Segalanya adalah supaya akhirnya nanti segala hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu boleh ditarik balik dan memberikan hak sama rata kepada kaum pendatang. Supaya tiada lagi bantuan khas untuk orang-orang Melayu agar ekonomi bangsa Melayu terus tidak meningkat dan orang Melayu dibelenggu kemiskinan seterusnya akan dijajah ekonominya oleh kaum lain. Supaya bangsa Melayu akan kembali menjadi hamba dinegeri sendiri.

6. Terkini Mat Sabu sibuk memburuk-burukkan kerajaan. Tetapi rakyat juga tidak lupa keburukkan yang Mat Sabu Lakukan. Kisah hubungan sulit dengan Normah di Bilik 121 Hotel Perdana Kota Baharu masih hangat dalam ingatan. Perihal duit Tabung memali yang lesap disapunya juga masih kekal dan jadi pertanyaan.

7. Apa yang ingin dan akan kita ubah? Ubahlah segala persepsi buruk terhadap kerajaan setidak-tidaknya kerajaan kita jauh lebih baik dari sesetengah kerajaan lain didunia ini. Namun, ada juga dikalangan menteri kita yang juga mengelirukan kita dengan cuba mengubah persepsi rakyat selaras dengan persepsi mereka....mengenai 'new politic' umpamanya....(?)

11 September, 2011

MEDIA BARU DAN PEMIKIRAN LAMA DIPEDALAMAN (JERANTUT)





Saya memerhatikan perkembangan media sosial di daerah kelahiran saya sendiri, nampaknya telah berkembang pesat. Ketika saya mula terlibat dengan media sosial ini pada tahun 2007, segalanya masih gelap. Tidak ramai yang turut mainkan peranan mereka dalam media sosial seperti blog atau setidak-tidaknya yang paling mudah seperti facebook. Mungkin kerana jauh di pedalaman serta kekurangan dari segi kemudahan internet membuatkannya demikian.

Namun segalanya sudah berubah. Kini sudah banyak blog-blog yang berwajahkan Jerantut biarpun kecenderungan utamanya adalah menulis politik. Facebook juga sudah tidak lagi terkira jumlahnya, sehingga di ulu sungai dan jauh di pedalaman seperti Kg. Bantal dan Kg. Mat Daling juga sudah ada kecenderungan ber-facebook. Saya tidak pasti pula sama ada twitter juga jadi kegemaran disini, mungkin tidak buat masa sekarang namun akan sampai juga waktunya nanti mereka akan asyik ber-twitter sepanjang masa seperti budaya di KL.

Memang perkembangan ini memberikan kebaikan kepada semua pihak, namun kerajaan atau pemerintah harus memantaunya dengan ketat, jika tidak ini akan memberikan kesan buruk kepada kerajaan pemerintah. Kita semua maklum bahawa kegagalan kita dalam PRU12 lalu adalah kerana kegagalan kita mentafsir impak yang mampu diberikan oleh media sosial. Kita gagal menguasainya sehingga pihak pembangkang menggunakan sepenuhnya sebagai saluran komunikasi mereka untuk menguggat kerajaan.

Kita percaya ketika ini kerajaan sudah sedar peranan dan impak yang mampu diberikan oleh media sosial, tetapi kita melihat bahawa ianya masih gagal dikawal sebaik-baiknya. Bahkan kita masih percaya yang majoriti pengamal media sosial adalah dari kalangan penyokong pembangkang. Keadaan ini jika dibiarkan tentu sukar memberikan kemenangan kepada parti kerajaan didalam PRU akan datang.

Saya melihat bahawa media sosial adalah sebagai satu ledakan revolusi yang tidak terkawal. Jika pemimpin kerajaan tidak berusaha untuk mengawalnya maka revolusi itu akan menghancurkan kerajaan yang ada. Apa yang harus dilakukan adalah pemimpin harus turun ke akar umbi dan tonjolkan diri sebagai pemimpin kepada revolusi media sosial ini dan seterusnya mejadi pemimpin rakyat. Media sosial sudah jadi media rakyat, justeru untuk memenangi hati rakyat pemimpin harus menjuarai media sosial untuk seterusnya menjuarai rakyat.

Apakah yang pemimpin kita lakukan selama ini? Mari kita ibaratkan pengamal media sosial ini sebagai revolusiner....mereka lahir didalam keadaan celaru dan haru-biru, mereka ketiadaan pemimpin namun mereka ingin berjuang dengan caranya, maka mereka yang bersenjatakan apa saja akan mencederakan bahkan membunuh siapa saja sesama mereka. Jika pemimpin kita turun ke akar umbi dan memandu mereka untuk kenali siapa sahabat dan siapa musuh, maka sudah tentu setiap serangan yang dilakukan akan jadi lebih teratur dan memberi impak yang besar kepada kerajaan dan rakyat juga. Seterusnya memberikan peluang kerajaan untuk terus memerintah.

Tahniah kepada laman-laman grup facebook di Jerantut; Dewan Parlimen Jerantut, Satu Jerantut, Kome Satu Jerantut dan sebagainya yang tak mampu saya sebutkan satu persatu. Tahniah juga kepada blog-blog baru politik Jerantut; Kutukan Dewata, Pemikir Politik Jerantut dan lain-lain lagi. Menulislah, bersuaralah untuk memberikan pandangan dan pendapat rakyat, tetapi harus dengan berhemah.

Di zaman Jerantut masih 'gelap' media sosial, kesian 'seseorang' yang sering dituduh sebagai penulis blog hanya kerana dia lah penulis blog terawal. Mungkin mereka lupa bahawa masih ramai orang yang mampu malakukannya bahkan mungkin lebih baik selain 'dia'. Jika masyarakat Jerantut masih gelap masa kini, tentu mereka akan pening kepala kerana sudah tentu mereka sedar bahawa tentulah tidak mampu 'seseorang itu' untuk memiliki kesemua lebih 40 blog yang ada sekarang ini serta beberapa puluh bahkan ratus laman facebook. Masa telah selamatkan 'orang itu' dari tertuduh selamanya.



08 September, 2011

MAT SABU KETUA KOMUNIS REGIMEN 121 ?




1. Mat Sabu terus-terusan melalut dengan isu komunisnya. Mat Indera dikaitkan, terbaru mengeluarkan kenyataan bahawa Tunku Abdul Rahman tak mungkin jadi Perdfana Menteri Pertama seterusnya Bapa Kemerdekaan. (Klik Sini)

2. Sejarah telah mencatat begini: 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis Melayu. Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja, bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisser Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk. (Klik di Wikipedia)  ~ Komunis Melayu ditipu dan diperalatkan sebagaimana Pas diperalatkan DAP ketika ini..

3. Laman-laman facebook dimeriahkan dengan perbincangan (dan maki hamun penyokong pembangkang) mengenai isu yang ditimbulkan oleh Mat Sabu itu. (Klik ke fb)  Akhirnya Mat Sabu berjaya memesongkan kita dari isu lebih besar iaitu isu liwat Anu Arr yang sedang berlangsung di mahkamah. Mungkin ini bantuan terbaik dari Mat Sabu untuk 'madunya'.

4. Ada orang berkata; Mat Sabu adalah komunis dan pemimpin Regimen 121 dan kita teringatkan kisah di bilik 121 Hotel Perdana Kota Baharu dulu ketika beliau ditangkap berdua-duaan (bermesra-mesraan [?])) bersama Normah. (Klik sini)  Nasib baik Nik Aziz gunakan kuasanya membebaskan Mat Sabu dari tuduhan, sebagaimana Nik Aziz mendapatkan pengampunan dari Allah bagi dosa ADUN Selinsing yang dituduh bersama isteri orang didalam koc keretapi dulu. (Tengok TV klip)

5. Kita juga teringat mengenai kemana lesapnya duit Tabung Memali yang dikendalikan oleh Mat Sabu? Mungkinkah duit Tabung Memali yang dilespkan Mat Sabu itu adalah kerana salah UMNO? Oppps! Seekor anak ayam telah dilenyek lori, ini pun adalah salah UMNO juga. Kahkahkah! Tukar Tiub tapi tak tukar tayar ni pun tentu salah  UMNO. ( Klik ke blog yang marahkan Mat Sabu dan seluruh keturunannya ).

6. Mat Sabu di pelawa berdebat oleh KJ 'Beruk Google' tetapi hilang keberaniaannya yang turut menghilangkan kemaluannya,   (TheMalaysianInseder) 

7. Jangan kita buang masa melayani isu remeh temeh ini yang tidak akan ada akhirnya kerana ini hanya satu strategi mereka mengubah perhatian kita dari soal pokok. Facebookers pro kerajaan juga jangan melatah dan menyerang mereka di wall mereka, bahkan jemput mereka dengan sopan ke wall kita untuk berbahas dengan lebih beradab dan bersopan. (Baca sini,   sini,    sini,)  Adoiii! Mat Sabu, macamanalah puak-puak Pas ni boleh lantik dia jadi pemimpin? 


07 September, 2011

MAT SABU BUTA SEJARAH KARPAL SINGH PANDAI BERHELAH

Mayat anggota keselamatan yang dibakar dengan kejamnya 
oleh pengganas dalam peristiwa Bukit Kepong


1. Ucapan Mat Sabu bukan saja telah menimbulkan kontraversi bahkan menimbulkan kebencaian sebilangan besar rakyat terutamanya orang Melayu terhadapnya bahkan terhadap Pas dan Pakatan Pembangkang sendiri. (Klik sini ke Video Klip)

2. Karpal Singh meredakan keadaan dengan menyanggah kenyataan Mat Sabu bagi mengurangkan kemarahan rakyat terhadap Pakatan Pembangkang. (Blog CheDet)

3. Suka atau tidak bahawa dunia telah mengakui Sejarah Bukit Kepong dan mengiktiraf anggota keselamatan yang mempertahankan Balai Polis berkenaan sebagai pejuang dan komunis yang menyerang sebagai petualang dan pengganas. (Baca di Wikipedia  dan  fotopage askar jahat)

4. Ada orang berkata; Apakah Mat Sabu yang buta sejarah itu wajar cuba mengubah sejarah negara? Apa yang sedang dilakukannya hanyalah untuk 'political milage'nya saja tanpa memikirkan akibat kepada bangsa dan negara. Siapakah dia yang mukanya terpalit kekotoran dan najis dari skandal bersama Normah di bilik 121 Hotel Perdana Kota Bharu yang berhak bercakap mengenai kemerdekaan dan perjuangan?

5. Mat Sabu menurut pandangan seorang tokoh politik (Blog Dr Mohamad Khir Toyo)

6. Apapun, Mat Sabu bertambah popular berikutan kontroversi itu dan diperkatakan di media-media sosial terutamanya di laman facebook. Ada pro dan kontra. Tetapi rata-rata orang Melayu membencinya dan mengutuknya. Ada yang berkata kuburnya wajar saja di kencing jika beliau mati kelak.

7. Untuk mendapat sokongan kaum lain, Mat Sabu sanggup menguris hati bangsa Melayu sendiri - mungkin kerana beliau sedar bahawa orang Melayu marahnya tidak akan lama...atau mudah lupa, atau hatinya mudah dipujuk...mungkin atas nama perjuangan yang dijanjikan syurga untuk mereka - Wallahualam!

8. Dari pemerhatian saya dilaman-laman sosial saya merumuskan bahawa Pas semakin terpinggir dan orang Melayu sudah semakin hilang percaya. Benarlah seperti kata Tun Dr. Mahathir di blognya:   Pas sekarang tidak lagi Pas Ustaz Zulkifli, Burhanuddin Al-Helmi, Asri Muda. Pas sekarang sanggup membelakangkan Islam pun kerana gila kuasa dan Putrajaya. Na’uzubillah.




06 September, 2011

PEMIMPIN HILANG ARAH ?

Dato' Shahaniza Shamsuddin ADUN Ulu Jempol, Pahang 
bersama Dato' Shaharizat Jalil @ Mami


1. Kebelakangan ini kita melihat tokoh-tokoh politik semakin celaru, mungkin akibat tekanan dan desakan dari keputusan PRU12 lalu.

2. Politikus Pembangkang menyalahkan Politikus Kerajaan dalam apa-apa hal sekalipun untuk mendapat 'political milage'. Sehingga kadang-kadang ianya kelihatan melampaui dan bahkan merugikan bangsa dan negara sendiri. Politikus Kerajaan juga tidak kurangnya melakukan sesuatu yang merugikan parti dan negara sendiri, mungkin kerana lebih memgutamakan kepentingan diri.

3. Mat Sabu yang tercemar dengan skandal berasmara dengan Normah di bilik 121 Hotel Perdana,Kota Baharu dulu mencari populariti dengan menuduh anggota keselamatan penganas dan komunis adalah pejuang kemerdekaan. Kenyataan Mat Sabu yang buta sejarah ini dbidas oleh Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, seorang ahli sejarah terkenal negara. Klik Sini  dan Sini

4. KJ @ Khairi Jamaluddin yang popular dengan jolokan 'Beruk Google' juga mencari publisiti dan populariti murahan dengan kenyataan terbarunya. Baca di House PK

5. Mami Shahrizat Jalil juga tak kurang meroyannya bila cakap tak seupa bikin. 'Kunun' minta BN letak 30% calon wanita dalam PRU akan datang, tapi dalam masa sama mengenepikan seorang ADUN Wanita yang telah dipilih rakyat dalam PRU ketika Sambutan Hari Wanita di PWTC tak lama dulu. Mungkin dia terlupa bahawa dia dilantik oleh PM sedangkan ADUN berkenaan di pilih oleh rakyat.

6. UMNO BN jangan salahkan rakyat kalau kelak rakyat menolak mereka kerana mereka terlalu berpolitiking dan saling cantas mencantas didalam parti. Apakah Mami (Shahrizat) rela DUN Kuala Sentul kalah ditangan pembangkang dalam PRU13 nanti? Mungkin ada tangan-tangan hitam dan kotor dari Pahang sendiri yang melakukan sabotaj ini. Kami sayangkan 'Mami' tapi kami lebih sayangkan UMNO dari Mami sendiri.  Baca disini

7. Ahli Parlimen Temerloh membuat kenyataan bahawa bukan mudah BN menang diTemerloh, tapi kita berpendapat bahawa akan lebih mudah jika calonnya bukan Saifuddin Abdullah. Baca sini

8. Saya pasti rakyat masih sayangkan UMNO BN tetapi bencikan sebilangan para pemimpinnya. Mereka yang harus disingkirkan sebelum menjadi barah dan duri dalam daging.



05 September, 2011

SIAPA PENGKHIANAT?




1. Kegagalan BN menguasai kerusi-kerusi Parlimen dan DUN adalah dilihat kerana kegagalan wakil-wakil rakyat tertentu dalam memberikan khidmat kepada rakyat.

2. Kemenangan pihak pembangkang adalah terjemahan dari undi protes dari rasa tidak puas hati rakyat.

3. Sebenarnya parti pembangkang tidak pun menarik minat dan mendapat kepercayaan rakyat majoriti.

4. Kebijaksanaan pembangkang hanyalah memanapulasikan keadaan dengan meletak segala kesalahan kepada kerajaan memerintah @ BN @ UMNO.

5. Segala yang salah berlaku maka UMNO BN lah yang dipersalahkan, sehingga ada yang berkata jika anak ayam dilanggar lori pun maka salahnya adalah pada UMNO BN juga.

6. Pemimpin pembangkang menuding jari menyalahkan kerajaan dan para pemimpin memerintah, para penyokong pembangkang pun menuding jari kearah yang sama, hatta pada kesalahan atau sesuatu yang mereka sendiri ciptakan.

7. Mereka terlupa bahawa mereka juga berbuat salah bahkan mereka dalam banyak hal adalah punca segala masalah.

8. Kita juga jangan terlupa bahawa penjawat awam yang menyokong pembangkang juga berbuat salah dengan mensabotaj banyak agenda kerajaan memerintah.

9. Siapa sebenarnya pengkhianat dan 'duri dalam daging' dalam negara kita?

04 September, 2011

POLITIKUS DAN BLOGGER PENDUSTA




1. Tuan-tuan; bahawa politik kita sudah semakin gawat. Politikus sangup lakukan apa saja untuk meraih sokongan dan undi.

2. Terbaru, kematian seorang wartawan telah dipolitikkan oleh Latheefa Koya. Beliau tidak dapat membezakan tugas resmi sebagai rakyat atas nama Kerajaan dengan UMNO. Baginya UMNO adalah Kerajaan dan Kerajaan adalah UMNO.

3. Ketika semua rakyat bersedih dan memberikan simpati kepada Allahyarham, sama ada dari pemimpin parti pemerintah dan bahkan pembangkang, rupanya masih ada yang ingin mengambil kesempatan menempa nama untuk diingat sebagai pengkhianat negara.  Klik sini: (Generasi Pejuang Bangsa)  juga sini  (MPP Online)

4. Bukan sedikit blogger pro pembangkang yang memutarbelikan isu (spin) dari kalangan pembangkang. Dulu  dengan isu cincin dan kini ingin meminda sejarah negara.  Klik sini; (Milo Suam)  Harap pembaca akan lebih bijak menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Blogger upahan ini hidup mewah 'menjual dusta'. 

5. Aww! Blogger Milo Suam...(?) Hehe!








03 September, 2011

POLITIK MALAYSIA YANG GAWAT





1. Sejak berakhir PRU12 lalu rakyat tidak pernah merasa selesa kerana politiking yang tidak pernah reda.

2. Pembangkang merasakan impian dan cita-cita mereka sudah semakin hampir - menduduki Putrajaya. Justru mereka terus kuatkan usaha dan kerja. Berbagai isu ditimbulkan berbagai gimik diadakan untuk terus bangkitkan semangat berontak rakyat. Beberapa acara juga dianjurkan untuk mengkaji dan menguji kekuatan dan kelemahan mereka untuk 'the last battle' PRU13 nanti.

3. Pembangkang menguasai media sosial dengan sebaiknya; blog, facebook serta twitter. Disini mereka mencerna agenda demi menguasai minda rakyat. 'Kita' masih leka dan tercari-cari arahtuju. Selain itu bukan senang memohon permisi ini dan permisi itu - segalanya protokol yang meninggalkan kita semakin jauh dibelakang.

4. Ketika pembangkang mensasarkan kita, kita pula mensasarkan sesama kita. Ketika pembangkang mengenali kita sebagai musuh mereka, kita pula mencari sesama kita untuk dijadikan musuh.

5. Lebih mudah jadi pembangkang dari jadi penyokong. Menembak membabibuta dan terus menyerang ketika penyokong sentiasa sibuk menepis setiap tohmahan. Lebih mudah dan mewah jika berpaling arah. Lebih mudah perjuangkan diri sendiri dari berjuang untuk orang lain yang tidak pandai menghargai.

6. Semakin panjang perang ini maka akan semakin parah dan semakin banyak korban, dan yang kecewa akan berpaling pulang kebelakang.

7. Tuan-tuan; bahawa politik kita semakin gawat.  Benar-benar sedarkah kita?


Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...