1. Kita semua baru selesai merayakan Hari Raya, tidak lama lagi akan datang pula hari Pilihan Raya.
2. Sempena menyambut Hari Raya kita bermaaf-maafan sesama kita, ini membuangkan yang keruh dan mengambil yang jernih. Salah dan silap serta dosa setahun ingin kita bersihkan, diri ingin kita sucikan.
3. Dalam menghadapi Pilihanraya 13 yang akan datang calon-calonnya haruslah membersihkan diri masing-masing kerana rakyat zaman ini sudah cerdik dan pintar untuk memilih mana yang benar dan mana yang salah. Mana yang hanya pandai berjanji dan mana yang janjinya ditepati. Mana yang sebenarnya perjuangkan agama dan mana yang menjadikan agama sebagai alat perjuangan. Rakyat memerhati tetapi masih berdiam diri.
4. Pemilihan kali ini bukan semata-mata antara BN dengan Pakatan Pembangkang, malah melebihi dari segalanya. Pemilihan kali ini sebenarnya adalah diantara Najib dan Anu arr. Parti dan para pemimpin dalam barisan adalah alat dan jenteranya sahaja kerana parti mana yang menang nanti pemimpin utama merekalah yang akan memimpin dan menentukan halatuju negara.
5. Pemilihan kali ini ada pihak memandangnya sebagai sengit namun saya berpendapat BN tetap menang cuma untuk menambahkan kemenangannya dan menjadikan satu kemenangan bergaya. Pemilih harus mengubah sikap mereka dalam memilih. Jangan ada yang menganggap bahawa biar BN menang sedikit supaya akan ada keseimbangan kerana kita bimbang keadaan akan jadi sebaliknya jika salah percaturan.
6. Pemimpin yang hendak kita pilih mestilah bersih dari segalanya. Yang pasti bahawa bukanlah Anu arr yang akan kita pilih nanti kerana Anu arr bukanlah pemimpin yang bersih. Untuk bersihkan dirinya Anu arr mesti bertaubat. Karpal Singh pun sudah menggesa Anu arr bertaubat dulu lagi kerana Karpal sedar bahawa Anu arr bukannya bersih.
7. Umum sudah tahu bahawa Anu arr terlibat dengan kes liwat dan melanggan Pelacur China. Setakat menafikan dan menuduh itu adalah satu konspirasi tidak memadai. Anu arr mesti bersumpah. Anu arr mesti juga bertaubat. Terlalu banyak skandal tentang Anu arr yang dibuka, bukan oleh penyokong UMNO semata-mata bahkan mereka yang pernah mengikuti Anu arr dan berpaling tadah kerana sedar bahawa menyokong Anu arr adalah menyokong kemungkaran dan pembohongan.
8. Anu arr mesti bertaubat! Anu arr mesti bertaubat! Anu arr mesti bertaubat! Jika Anu arr bukannya seorang pengecut, Anu arr mesti bersumpah bahawa dia tidak melakukan segalanya itu.
9. Benar, ramai yang kononnya keluar UMNO/BN menyertai pembangkang,namun niatnya hanya inginkan sesuatu dan ramai juga dari pembangkang yang meningalkan pakatan. Lihatlah siapa dan berapa? Selidikilah kerana apa? Berapa orang lagi pangasas PKR yang masih bersama Anu arr sehingga kini?
10. Hanya mereka yang dibayar sahaja yang masih setia menyokong Anu arr dan meriuhkan media sosial di blog, facebook dan twitter. Mereka itu hanyalah pencacai pencari makan sebagai sibertropper pakatan haram, yang rela merosakan bangsa dan negara.