Suara Anak Pahang - Perlu Baca

11 June, 2012

PRU13 - BN DALAM BAHAYA?




1. BN Bukan benar-benar dalam keadaan selesa menghadapi PRU13 nanti. Ini diakui oleh banyak pihak bahkan termasuk pucuk pimpinan sendiri. Memang payah untuk menyatakan sesuatu yang benar yang kadangkala ianya pahit untuk ditelan. Menyatakan kebenaranpun kadang-kala akan dipandang serong dan sinis.

2. Himpunan belia yang baru lalu memperlihatkan generasi belia ada kecenderungan untuk menyokong kerajaan BN, namun berapa ramaikah antara mereka yang layak mengundi? Berapa ramai juga yang sudahpun mendaftar untuk mengundi? 

3. Beberapa hari lalu saya menonton iklan di tv yang meminta mereka yang masih belum mendaftar 'daftar pemilih' supaya berbuat demikian. Dinyatakan bahawa jika mereka mendaftar sekarang (ketika itu) maka mereka akan layak untuk mengundi jika PRU13 diadakan pada bulan September nanti. Bunyi iklan yang menarik namun berapa ramai antara para belia yang melihat apa yang tersirat didalam kenyataan berkenaan? Berapa ramai para belia yang bergegas untuk mendaftar bagi menyokong memperteguhkan kerajaan BN dalam PRU nanti?

4. Mungin BN tidak seperti yang digambarkan iaitu benar-benar dalam bahaya tetapi saya yakin bahawa BN bukan benar-benar dalam keadaan selesa. Sokongan kaum Cina masih belum pulih dan belum dapat dipastikan. Undi generasi belia masih belum tentu mampu membantu. Bahkan undi kaum Melayu sendiri masih berpecah-pecah.

5. Pengikut Pas yang taksub masih mengharap 'syurga' mudah yang dijanjikan oleh Nik Aziz biarpun Nik Aziz sendiri belum tentu mendapat syurga Allah dari angkara memecahbelahkan umat yang diperbuatnya. Pengikut PKR yang taksub dan mendapat imbuhan yang memuaskan masih juga tetap setia bersama Anu arr meskipun sudah yakin pasti bahawa Anu arr itu memang peliwat bersiri, Anu arr itu pelanggan pelacur, Anu arr itu pembohong, Anu arr itu mengamalkan korup, kronism dan nepotism. Mereka masih dan akan tetap menyokong selagi Anu arr memberikan mereka 'belanja' untuk bersubahat bagi membenarkan segala dusta.

6. Berapa ramai pula pemimpin UMNO sendiri yang benar-benar setia kepada parti? Ada yang sudah berkira-kira jika tidak dicalonkan mereka akan bertanding dengan lambang lain, menyertai parti lain atau akan bertanding bebas. Ada juga yang sudah merancang-rancang untuk menikam calon yang terpilih dari belakang. Ada yang masih 'besar kepala' menganggap bahawa jawatannya dan kedudukannya didalam parti bagaikan dirinya dewa.

7. Jika tidak demikian masakan Kedah kalah kepada lawan? Jika tidak masakan Kelantan sehingga kini masih belum dapat ditawan?

8. Ada antara pengundi yang berpendapat bahawa lebih baik UMNO dikalahkan untuk mengajar para pemimpin UMNO (tertentu) supaya mereka akan sedar diri. Walaupun perbuatan itu akan merugikan  parti kerana mungkin itu akan lebih bererti. Ada yang berpendapat runtuhkan segalanya dan bina semula diatas keruntuhan itu supaya semuanya bermula dari satu, supaya pemimpin akan sedar diri dan menginsafi.

9. Harus diingat bahawa kekalahan (kemerosotan undi) dalam PRU12 adalah kerana protes terhadap pemimpin UMNO yang besar diri dan tidak membantu rakyat dan apa yang rakyat kehendaki. Tidak mustahil ianya akan berulang sekali lagi jika pekatan pembangkang berjaya mainkan perasaan rakyat.

10. Saya percaya bahawa bukan parti yang rakyat pentingkan sangat kerana mereka sedar bahawa mereka tetap sama, dalam golongan marhain. Yang mereka ukur adalah perkhidmatan yang kerajaan dan parti yang mereka sokong serta pemimpin-pemimpinnya mampu berikan. Jika pemimpin dan kerajaan mampu yakinkan rakyat mereka akan mendapat apa yang hak bagi mereka maka sudah tentu mereka akan menyokong. Jikalau mereka patut berubahpun kerana hilang percaya maka itu bagi mereka bukanlah juga satu masalah.

11. Secara mudahnya adalah, rakyat akan bertanya; jika saya menyokong, apakah yang akan saya dapat? Apakah hanya sekadar menonton apa yang orang lain dapat dihadapan mata atau saya juga akan mendapat sebahagian darinya? Hatipun boleh berubah-ubah!

07 June, 2012

ANU ARR BODOH EKONOMI MEMANG PATUT DIBAYAR RM1

Kisah  silam Anu arr menteri kewangan yang bodoh dibongkar?

1. Ini mengenai seorang yang bercita-cita untuk jadi PM. Dia adalah mantan TPM dan dia juga adalah mantan Menteri Kewangan pada suatu ketika. Dia adalah Anu arr penghianat negara, seorang petualang yang mengunakan 'topeng' seorang pejuang.

2. Ini juga mengenai seorang 'binatang politik' yang bukan setakat 'baling batu sembunyi tangan, bahkan beliau sanggup 'baling batu dan menuduh orang lain yang membaling'. Ingat tohmahan terhadap DS Najib mengenai kapal selam? Namun tidak ada sebarang perbicaraan mengenainya di mahkamah di Perancis. (Baca Sini) Bagi menunjukkan bahawa beliau bersih dan layak jadi PM maka beliau tawarkan diri dan dilantik oleh Kerajaan Selangor sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri.

3. Dengan bayaran gaji hanya RM1, untuk menunjukkan bahawa beliau bukanlah berkhidmat kerana wang. Namun sebenarnya beliau sudah terlalu kenyang dan 'brruppp' beberapa kali sebelum ini. Kerana itulah beliau selalu berusaha menunjukkan kerajaan korup, untuk menunjukkan bahawa beliau adalah suci murni.

4. Anu arr merasakan bahawa beliau pandai seedangkan beliau bodoh dalam ekonomi, malahan lebih menyedihkan beliau berusaha memperbodohkan pemimpin-pemimpin pembangkang dan rakyat penyokongnya untuk mempercayainya. Jika beliau bukan bodoh ekonomi kenapa berlaku Bank Negara kerugian RM30 billion sewaktu beliau jadi Menteri Kewangan? Atau apakah ada berlaku ketirisan dan kecurangan? (Baca Sini)

5. Anu arr juga mengakui bahawa beliau turut terlibat dan bertanggungjawab mengenai kerugian RM30 billion yang ditanggung Bank Negara. (Baca Sini)

6. Namun, apa muslihat atau agenda Lim Kit Siang apabila mengungkit mengenai Bank Negara yang kerugian RM30 billion itu? (Baca Sini) Impaknya kepada Anu arr adalah jikalaupun Pakatan Pembangkang ditakdirkan menang dalam PRU, kemungkinan besar belaiu juga akan disingkirkan dari menduduki kerusi PM atas alasan tidak bijak ekonomi, tidak telus.....selain dari berupaya untuk membolos disana dan disini

06 June, 2012

'SUCK' LAWAN NAJIB DI PEKAN?





1. Suck-mongkol, didalam blognya serta didalam ceramah-ceramahnya seringkali 'menghentam' DS Najib. Segala yang dilakukan semuanya tidak betul pada pandangan beliau. Segalanya? Jikalau demikian siapakah yang betul?

2. Suck-mongkol konon ada alasan untuk menghentam DS Najib. Kononnya untuk memperbaiki segala kelemahan dan memperbetulkan yang songsang. Cuma kita merasa hairan, kenapakah semua ini tidak dilakukan sewaktu beliau masih didalam BN, didalam UMNO? Lebih jelas kenapa tidak semasa beliau jadi wakil rakyat mewakili UMNO BN? Kenapa hanya setelah tidak lagi dicalonkan sebagai wakil rakyat baru disedari kesalahan dan kesilapan pemimpin BN? Apakah dia sendiri tidak sedari kesalahan yang dilakukan sewaktu beliau masih wakil rakyat? Apakah buta matanya selama ini dan hanya celik setelah tidak lagi jadi wakil rakyat? Apa yang dilakukan untuk rakyat bahkan ada rungutan untuk menemui beliaupun begitu susah, waktu bertugas dari 9 - 5.  Bodoh sangatkah rakyat uintuk tidak faham alasan sebenarnya?

3. Suck patut mencabar DS Najib secara lebih jantan dengan bertanding di Parlimen Pekan. Bukan setakat kokok berderai-derai ekor bergelumang najis, biar menang jadi abu kalah jadi arang. Begitu sikap seorang pahlawan. Mana tahu kalau nasib baik menang dan sudah tentu layak jadi PM, tentu Suck akan lebih baik dari Al-Juburi kerana Suck ada pengetahuan ekonomi yang tinggi (menurut beliau sendiri). Sekurang-kurangnya Suck bukanlah jenis yang 'main belakang'.

4. Jikalau Suck rasa was-was untuk menang di Parlimen Pekan, bolehlah beliau bertanding di 2 kerusi, Parlimen Pekan dan DUN Pulau Manis. Jika tidak menang kedua-duanya sekalipun, mungkin akan dapat menang 1. Bahkan jika kalah sekalipun Suck tidak rugi apa-apa, sekurang-kurangnya beliau dapat merasa untuk mencabar DS Najib dipentas PRU.






05 June, 2012

KENAPA PM LEWATKAN PRU?




1. Sebelum ini ramai yang berpendapat bahawa PRU akan diadakan pada Mei atau Jun ini, tetapi nampaknya sudah pasti tidak pada Mei dan tidak mungkin juga pada Jun. Khabarnya memang PM nak adakan pada bulan-bulan berkenaan, bahkan mantan PM, Tun Dr. Mahathir pun sudah beri isyarat bahawa inilah masa yang sesuai untuk PRU kerana sokongan rakyat sudah meningkat. Namun ada perkiraan lain PM perlu selesaikan.

2. Anu arr sedar sokongan terhadap Pakatan Pembangkang sudah semakin menurun. Sokongan terhadapnya secara peribadipun juga sudah menurun berikutan skandal 'main jubur'nya serta 'chinadoll' dan terkini adalah skandal 'aiskrim shamsidar'. Skandal Azmin dan pemimpin-pemimpin pembangkang juga semakin banyak yang dibongkar, semuanya membuatkan rakyat semakin bencikan pembangkang yang hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah menepatinya.

3. Anu arr sedar untuk memenangi PRU13 adalah sukar, justeru beliau sudah bersiap sedia dengan alasan dan menanam persepsi untuk memburukkan kerajaan. Antaranya PRU tidak bersih. Bahkan dalam PRU12 lalupun pembangkang mendakwa demikian walaupun 5 negeri ketika itu jatuh kepada pembangkang. Jikalau tidak bersih dan tidak telus, kenapakan BN membiarkan pembangkang memenangi negeri-negeri berkenaan? Bodoh sungguhkah BN membiarkan mereka menang? Atau apakah pada pendapat mereka, bersih dalam PRU hanyalah apabila semua kerusi yang dipertandingkan mereka menangi?

4. Kerana itulah Anu arr secara halus sudah merancang untuk menimbulkan kekecohan sebaik saja Parlimen dibubarkan dan PRU diumumkan. #Bersih3 adalah satu ujian bagi menilai setakat mana kekuatan dan sokongan penyokong-penyokongnya apabila diminta 'berkorban' dan 'mengorbankan' diri mereka. Anu arr sedar bahawa tahap bebal dan kebodohan serta ketaksuban penyokong tegarnya sangat tinggi. Walaupun kurang yakin akan kejayaan rusuhan dapat menjadikannya PM sekurang-kurangnya Anu arr akan senang hati melihat ada nyawa yang terkorban kerana cita-citanya.

5. Sejak awal lagi kita sudah kenal bahawa Anu arr bukanlah pemimpin yang aka berjuang untuk kepentingan rakyat, sebaliknya Anu arr adalah pemimpin yang hanya me minta rakyat berkorban untuk dirinya bagi mencapai cita-citanya. Anu arr tidak akan berkongsi kekayaan yang di'samun'nya sewaktu beliau jadi Menteri Kewangan dulu. Anu arr juga tidak ingin kita berkongsi keseronokan dan kebahagiaan yang dinikmatinya. Kita tidak berkongsi 'jubur-jubur' yang Anu arr pernah main. Kita tidak berkongsi 'chinadoll' yang Anu arr langgani. Kita tidak juga bersama Anu arr menikmati 'aiskrim shamsidar' yang hebat itu. Kita cuma akan berkongsi kesusahan untuk kepentingan Anu arr......Si Binatang Politik.

6. Kerana mengetahui bahawa Anu arr sedang merancang rusuhan besar-besaran yang seakan-akan apa yang berlaku di Dataran Tahrir, Mesir. Yang akan mengakibatkan banyak yang akan cedera bahkan aka terkorban, kerana itulah PM terpaksa melewatkan PRU supaya keadaan akan jadi lebih tenang dan supaya rakyat terutama penyokong pembangkang sedar apa yang sedang berlaku dan insaf untuk kembali menyokong kerajaan.

7. PRU13 nanti bukanlah hanya memilih parti yang akan jadi kerajaan memerintah, bahkan lebih dari itu. PRU13 adalah untuk memilih siapakah yanag akan jadi PM yang akan mengurustadbir negara kita. Siapakah yang akan kita pilih diantara kedua-dua ini? DS Najib yang masih kelihatan bersih walaupun sering cuba dicalarkan imejnya oleh pembangkang, atau Anu arr, 'Si Binatang Politik' yang sudah kita pasti bahawa beliau adalah seorang peliwat tegar dan bersiri yang kita sudah jelas kotornya dengan berbagai skandal.


SIAPA YANG AKAN HALAU FUZIAH DARI KUANTAN DI PRU NANTI?

Dato' Maznah ketika hadiri Konvesyen Ekonomi Pahang 2012


1. Saya menulis sepintas lalu mengenai Politik Pahang (Klik Sini) Mengenai pembangkang di Pahang yang hanya mendapat 2 kerusi Parlimen (secara tidak sengaja kerana itu adalah undi protes).

2. P82 Indera Mahkota Azan menangi dengan majoriti 1027 mengalahkan calon BN Salman Ali Rizal Hj. Abdul Rahman yang mendapat 18,796 undi manakala Fuziah Sallah menang di P83 Kuantan dengan hanya  majoriti 1826 mengalahkan calon BN Fu Ah Kiow yang mendapat 16.572 undi.

3. Azan Ismail akan meninggalkan kerusi Indera Mahkota namun khabarnya Fuziah Salleh akan tetap ingin pertahankan Parlimen Kuantan kerana itulah walaupun beliau kurang memberi khidmat kepada rakyat dikawasannya namun beliau berusaha mengilap namanya sebagai 'Ratu Demonstrasi Jalanan' aka 'Ratu Anti Lynas'.

4. Siapa yang layak beradu dengan Fuziah Salleh di Parlimen Kuantan dalam PRU13 nanti? Pahang tidak ramai tokoh wanita yang berkaliber. Ketua Wanita negeri nampaknya masih 'separuh masak', dikalangan ketua-ketua wanita bahagian pun beliau kurang popular bahkan kurang disenangi. Meletakkannya sebagai calon di Kuantan seumpama merestui Fuziah sebagai Ahli Parlimen bagi penggal berikutnya sedangkan DS Najib yang ingin mencipta kemenangan gemilangnya mesti tidak akan membiarkan walau satupun kerusi Parlimen Pahang jatuh kepada pembangkang.

5. Dato' Maznah Mazlan adalah calon yang sangat sesuai untuk menendang Fuziah keluar dari Kuantan. DS Najib sebagai PM pun mungkin sudah berfikir demikian dan melihat kecemerlangan dan ketokohan Dato' Maznah selama ini.

6. Dato' Maznah Mazlan adalah mantan Ketua Wanita UMNO Pahang dan Exco Pelancongan dan Hal-Ehwal Wanita. Beliau menang cemerlang dalam PRU 12 lalu di N41, DUN Muadzam Shah menewaskan calon PKR dengan manjoriti 3520 dan mendapat 6681 undian. Kemenangan cemerlang dan menyakinkan untuk meletakkannya di kerusi Parlimen Kuantan.

7. Keberkesanan beliau menjalankan tanggungjawab tidak dapat dinafikan. Sewaktu memeggang Exco Pelancongan beliau sangat berjaya mempromosikan pelancongan domestik Pahang. Beberapa event juga dianjurkan dengan jayanya oleh beliau, antaranya Ekspedisi Berakit Sungai Pahang peringkat Antarabangsa serta Pertandingan Mengenal Burung di Fraser Hill.

8. Faktor tambahan adalah beliau dilantIk sebagai Senator oleh Mantan PM Tun Abdullah Badawi dan memeggang potfolio Timbalan Menteri Sumber Manusia dan mempamirkan khidmat cemerlangnya setakat ini. Mungkin ada saingan politiknya dalam Wanita UMNO yang cuba membenamkannya akibat sokongannya semasa pertarungan diantara Kak Ijat dengan Kak Pidah, namun beliau adalah 'Permata Pahang' yang cemerlang, yang tetap bersinar walaupun didalam lumpur. 

9. Kita sangat percaya bahawa Parlimen Kuantan akan dapat dikembalikan kepada BN jika calonnya adalah Dato' Maznah. Kita juga percaya bahawa Fuziah Salleh akan di'buang' keluar apabila bertemu 'buku dengan ruas' Kita percaya bahawa rakyat Kuantan akan sangat-sangat gembira menerima wakil rakyat yang rekod perkhirmatannya cemerlang ini. 

10. Walaupun masih awal, saya ucapkan tahniah dan akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada beliau. 


04 June, 2012

FATWA SYAITAN




1. Apakah boleh kita lupakan begitu saja apabila pemimpin parti yang digelar ulamak mengeluarkan fatwa 'Undi Pas Masuk Syurga'?

2. Bolehkah kita maafkan semudah itu saja apabila ada 'Tok Guru Parti Politik' yang jatuhkan hukum 'kafir' kepada penyokong parti lain, berimamkan mereka yang dari parti lain, sembelihan orang lain, bahkan berkahwin dengan mereka yang dari kalangan parti lain?

3. Wajarkah kalau diberi madu dibalas racun? Diberikan kemudahan pengangkutan dan kesihatan yang terbaik ketika dia sakit tetapi apabila sudah sembuh dibalas dengan 'doa pecah perut'? Hatta seekor anjingpun mungkin tidak akan mengiggit tangan orang yang memberikannya makanan walaupun hanya sekadar seketul tulang!

4. Patutkah UMNO dikafir dan diharamkan apabila berkerjasama dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional, namun apabila mereka (Pas) berkerjama dengan dengan DAP yang sah dan nyata musuh Islam dan bangsa Melayu mereka 'halalkan'.

5. Pelikkah apabila 'Tok Garu' 'ularmak' songsang berkata bahawa... 'usahkan DAP, kalau syaitan nak bantupun kita (Pas) terima! Mungkin beliau yang terlalu tinggi ilmu agamanya terlupa bahawa makna dalam  kalimah 'Bismillah...' adalah 'Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.....'.



Mudah-mudahan kita akan tergolong dikalangan orang-orang yang benar






Tok Guru yang keliru....antara agama dan politik ...politik dan agama..



Amanat jahat (bukan jihad)


BANGSA MELAYU DIUMPAMAKAN BABI...




1. Dalam senyum dan diam, DAP menghina bangsa Melayu dan sifatkan Melayu sebagai babi(?) Baca kisah dibawah ini yang dipetik dari sebuah laman portal. Konon ingin memertabatkan bahasa Melayu tetapi sebenarnya mereka menghina Melayu dan umpamakan bagai babi.

2. Artikel berkenaan adalah ditulis oleh AK-47. Saya kurang pasti apakah orang yang sama dengan Sakmongkol AK47 aka 'suck-mongkol' atau mereka hanya mempunyai nama yang hampir-hampir sama.

3. Apa pun tulisan ini perlu diberikan perhatian serius oleh bangsa Melayu, bahawa jika benarlah demikian, maka benarlah kita sedang dihina dan dicaci oleh golongan ultra kiasu itu.

4. Soalnya, apakah Pas dan PKR (Melayu)  yang sedang bersama mereka itu tidak sedar penghinaan ini? atau mereka tidak kisah? Atau ini sebahagian agenda politik mereka dan memang mereka menyukai apa yang dilakukan ini?

5. Jika bangsa Melayu sudah dicerca sehingga disamakan dengan 'khinzir' (Babi), apakah kita masih dapat menerimanya? Apa kata para penyokong Pas apabila mereka disamakan dengan babi? Apa fatwa dari Nik Aziz atau Hj Hadi?


Bermula pada minggu ini Roketkini akan menyiarkan terjemahan novel Animal Farm, karya George Orwell, secara bersiri sebagai sebahagian usaha Roketkini untuk memartabatkan bahasa Melayu menerusi penerbitan karya-karya agung dunia dan juga Nusantara.
Itulah ayat untuk entri pada 21 May (bukan 21 Mei – kaedah memartabat yang menarik) di laman Roketkini.
Beberapa baris petikan ‘memartabatkan’ bahasa Melayu;
Di salah satu sudut gudang besar, di atas sebuah podium yang tinggi letaknya, si Major duduk di atas tilam jerami, di bawah sebuah tanglung yang tergantung di tiang. Ia berusia dua belas tahun dan kebelakangan ini tubuhnya semakin berisi. Namun ia tetap seekor babi yang berparas agung dan terlihat jelas gigi panjangnya tidak pernah dipotong. Tak lama kemudian binatang lain datang berduyun-duyun dan dengan caranya sendiri-sendiri berusaha duduk atau berdiri dengan nyaman.

Yang pertama sampai tiga ekor anjing, iaitu Bluebell, Jessie, dan Pincher, diikuti sekumpulan babi yang segera mengambil tempat duduk di atas jerami di depan podium. Kumpulan ayam betina bertenggek di ambang jendela, sementara burung-burung merpati mengepak-mengepak di atas alang, dan sekumpulan biri-biri serta sapi berbaring di belakang para babi sambil mulai mengunyah rumput.
**Tanglung mesti mahu sebut.
Gambar besar pada tajuk entri itu adalah gambar seekor babi. Kisahnya penuh dengan perjalanan hidup babi dan bir dan entah apa-apa yang merepek.
Roketkini adalah organ media dalam talian milik DAP.
Kisah babi, bir dan anjing digunakan untuk memperlihatkan usaha memartabatkan bahasa Melayu. Kisah itu pula penuh dengan sindiran.
Ini perbuatan menghina ke apa?
Dengan pilihan raya semakin hampir, macam-macam temberang dibuat juak-juak DAP yang dinaungi sepenuhnya pihak PAS dan individu seperti Anwar Ibrahim, untuk mengaburi mata dan pemikiran orang Melayu.
Mengapa tiba-tiba DAP mahu memartabatkan bahasa Melayu sedangkan baru beberapa hari lalu ejen mereka, Dong Zong meminta kelas bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina dipendekan.
Kini, memartabatkan bahasa Melayu melalui cerita babi, anjing dan bir pula.
Apa yang paling menarik, usaha memartabatkan itu dengan tatabahasa yang penuh dengan kesilapan.
Paling penting, kepada DAP, hentikan sikap hipokrasi anda. Kami semua tidak akan lupa bagaimana Teresa Kok dengan bangganya memperlihatkan bantahan terhadap tulisan jawi yang kecil yang dibuat di beberapa papan tanda jalan beberapa tahun lalu.

Tulisan jawi itu dipertikaikan dengan begitu sekali, sedangkan tulisan berbahasa Cina dengan begitu meluas digunakan di papan tanda dan pelbagai tempat, tanpa ada sesiapa merunggut apa pun. Apakah Teresa gagal memahami sikap toleransi kaum di negara ini ketika itu?
Kini, DAP cuba memartabatkan bahasa Melayu dengan kisah babi, bir dan anjing?
Sekali lagi, hentikan hipokrasi anda untuk semata-mata untuk mendapatkan undi.


Oleh: AK-47




02 June, 2012

NIZAR DAH GILA BILA MEMOHON KEJATUHAN PAS





1. Bangsa Melayu diseluruh negara adalah pengamal agama Islam. Selaras dengan Islam adalah agama resmi yang dianuti turun temurun. Pegangan terhadap agama Islam sangat menebal, justeru ada kalangan pemimpin dan parti politik mempergunakan agama untuk menarik simpati dan sokongan.

2. Dalam pada mendapatkan sokongan pengikut banyak perkara yang dijanjikan oleh pemimpin politik bahkan ada diantara mereka mengeluarkan fatwa yang bukan-bukan, bukan dari ajaran Islam sebenar. Ada antara mereka sanggup menipu untuk meraih simpati.

3. Allah maha besar. Ada antara dosa yang diperbuat Allah berikan balasan dan azab diakhirat kelak, namun ada juga yang Allah tunjukkan di dunia ini juga.

4. Dalam klip di atas, Nizar, pemimpin Pas mantan Menteri Besar Perak (sementara) sangat terkenal dengan pembohongannya akhirnya Allah tunjukkan (perhatikan di 0:11). Beliau yang ingin katakan .....'petanda kejatuhan UMNO...' akhirnya telah dipesongkan lidahnya lalu diucapkan.....'petanda kejatuhan Pas...'

5. Marilah kita 'amin-kan' beramai-ramai. Semoga apa yang Allah ingin tunjukkan, iaitu kejatuhan Pas akan menjadi kenyataan. Umat Islam di Malaysia sudah tida redha dengan perbuatan mempolitikkan agama oleh pemimpin-pemimpin Pas ini.

6. Apa logik akalnya bahawa mengundi Pas akan masuk syurga? Apakah Allah itu hanyalah milik pengikut Pas sahaja? Apakah Pas itu parti yang diturunkan Allah sebagaimana agama Islam? Hanya mereka yang hitam hatinya saja yang percayakan itu semua.

01 June, 2012

DALAM MIMPI, DATO' FAUZI DAN TUAN IBRAHIM BERGADUH SIAPA JADI MB

Dato' Fauzi dan Tuan Ibrahim mungkin akan terpaksa mengikut langkah 
Ketua Pembangkang yang gagal jadi PM


1. Pembangkang hanya ada 2 kerusi parlimen di Pahang, P81 Indera Mahkota dan P83 Kuantan. Kedua-duanya disandang oleh PKR dalam PRU12 yang lalu.

2. Sementara dari 42 kerusi DUN Pahang pembangkang hanya berupaya merebut 5 kerusi. Bebas di N1 Tanah Rata, 2 DAP di N7 Tras dan N38 Triang sementara 2 lagi adalah milik Pas di N12 Beserah dan N32 Kuala Semantan. Justeru apakah mimpi dan angau mereka kononnya untuk merampas Pahang dalam misi Selamatkan Pahang yang diilhamkan oleh Pas Pahang.

3. Dalam mood dan semangat BN yang tinggi bagi menghadapi PRU13 nanti serta kita pasti Pahang dibawah kepimpinan DSD Adnan Yaakob akan mampu merampas kembali beberapa kerusi yang selama ini dikuasai pembangkang.

4. N1 dimenangi calon Bebas dalam persaingan 3 penjuru dengan majoriti 575 undi. N7 dan N38 dalamm persaingan satu lawan satu dimenangi oleh DAP dengan majoriti 2451 dan 2469 undi. Sementara Pas mendapat 2 kerusi di N12 dan N32 dengan undi majoriti sebanyak 1541 dan 932.

5. Apakah asas impian pembangkang untuk menawan Pahang dalam PRU13 nanti  dengan berbekalkan hanya 4 kerusi ? (tolak calon bebas). Dengan majoriti undi yang tipis dan berbekalkan semangat yang semakin menebal untuk memberikan sokongan terus kepada kerajaan dibawah pimpinan DS Najib, kita percaya BN akan dapat merampas semula kerusi-kerusi berkenaan, selain dari N38 yang kemungkinan sukar atas alasan komposisi kaum dan pengundi.

6. Menjelang PRU13 nanti, kita percaya kerjasama diantara pakatan pembangkang akan semakin longgar dan akan berlaku perpecahan sesama mereka akibat dari ketidaksefahaman dan satu hala tuju dalam perjuangan. PKR juga diramalkan akan kehilangan banyak penyokong akibat krisis yang dialami oleh para pemimpin mereka di peringkat pusat.

7. Anu arr dan Azmin Ali sudah tidak dapat lagi memberikan perhatian dan sokongan kepada PKR negeri-negeri akibat tekanan hebat yang sedang mereka alami sekarang ini. Justeru, Parlimen Beserah dan Kuantan akan berdepan dengan kehilangan sokongan pengundi.

8. Sama ada Dato' Fauzi atau pun Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang sangat bercita-cita untuk jadi MB Pahang, kedua-dua mereka akan terpaksa mengigit jari dan menahan kecewa apabila mereka akan ditolak oleh pengundi dalam PRU13 nanti.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...