Suara Anak Pahang - Perlu Baca

31 October, 2012

NIK AZIZ INGIN KEKAL PERINTAH KELANTAN





1. Dari Laporan dari sebuah akhbar (Klik Sini), Nik Aziz menyatakan bahawa beliau masih boleh berkhidmat apabila ditanya mengenai keuzurannya dan bila beliau ingin bersara dari politik.

2. Jika kita masih belum lupa, Nik Aziz pernah menyatakan akan turut berundur dari jawatannya dalam politik jika Tun Dr. Mahathir berbuat demikian dalam usahanya mendesak Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatan. Apakah Nik Aziz berpeggang pada janjinya? Apakah hukum ingakari janji?

3. Kata Nik Aziz kononnya Dr. Mahathir dah terlalu lama memeggang jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Namun siapa yang masih memeggang jawatan sehingga sekarang ini? Pada umur berapa Dr. Mahathir melepaskan jawatan ketika itu dan berapakah umur Nik Aziz sekarang ini?

4. Dari klip video diatas, kata Nik Aziz sihat tubuh badan bukanlah sesuatu yang sangat penting dan akal fikiran adalah lebih utama dalam kepimpinan. Nampaknya 'akal' Nik Aziz tetap berkeinganan untuk memerintah Kelantan selama-lamanya.

5. Rupanya yang menamakan dirinya sebagai 'Tok Guru' pun lebih mencintai dunia dan kuasa yang ada.

7. Membangun bersama Islam hanyalah slogan Pas bagi Negeri Kelantan dan slogan itu berubah-ubah kata Nik Aziz. Demikian juga dengan perlaksanaan hukum hudud.....ianya juga adalah slogan dan berubah-ubah seperti sekarang ini dan ianya bukan lagi perjuangan Pas.

8. Baca: Nik Aziz dulu kutuk Mahathir dan Nik Aziz dah hilang upaya

9. Hahahaha! Pengikut totok Pas tertipu lagi...dulu, kini dan selamanya. Mungkinkah mereka menyesal kerana berguling-guling untuk pertahankan Pas sedangkan pemimpinnya sah HamPas.


30 October, 2012

'CI-SELI' KAUM TERMINORITI....?

Bantahan Orang Asli di hadapan pejabat MB Pahang

Yang mana Orang Asli? Yang mana Cina dan yang mana 'Ci-seli'?

1. Diberitakan beberapa hari lalu beberapa Orang Asli (Orang Asal) berkumpul diperkarangan Pejabat Menteri Besar Pahang bagi menyampaikan bantahan mengenai Hak-hak Orang Asli.

2. Menurut sumber, DSD Adnan Yaakob, dalam mengulas kes berkenaan dilaporkan bersetuju bahawa pendedahan dan rungutan masalah Org Asli ada yang munasabah, seperti tanah kubur mereka yang dilanyak, tanah kebun diceroboh dan punca air minuman tercemar. Bagaimanapun yang tak munasabahnya adalah minta kerajaan luluskan lebih banyak tanah kepada mereka. Siapakah sebenarnya yang berada dibelakang mereka ini? Yang akan benar-benar mendapat manafaatnya nanti? Yang nyata adalah mereka hanya jadi alat dan dipergunakan oleh pihak tertentu.

3. Bagaimanapun, apa yang pastinya adalah tunjuk perasaan itu bukanlah benar-benar datang dari masyarakat Orang Asli itu sendiri, sebaliknya adalah atas tajaan pihak pembangkang bagi mewujudkaan keadaan huruhara dan menunjukkan bahawa rakyat membantah kerajaan.

4. Dari sebilangan Orang Asli  yang berkumpul itu kelihatan beberapa wajah yang 'nampak' seperti 'kaum Cina'  tetapi bukan Cina (gamaknya). Yang membantah dan perjuangkan Orang Asli sudah tentulah Orang Asli sendiri. Jadi siapakah mereka?

5. Setelah ditelili baharulah dikenal pasti bahawa mereka itu bukanlah Cina dan bukan juga Orang Asli, tetapi adalah 'CiSeli', satu suku kaum yang baharu ditemui atau dikenal pasti yang juga tergolong dalam Orang Asal. Mereka ini, bukan Orang Asli dan bukan juga kaum Cina namun mereka kononnya nampaknya lebih asli dari Orang Asli sendiri.

6. Dibeberapa penempatan Orang Asli, kita tidak hairan bila temui mereka yang berwajah seperti atau iras-iras kaum Cina, kerana dulu ramai Cina pekerja balak yang kawin kontrek (mutaah) dengan perempuan Asli, dan mereka masih lagi diiktiraf sebagai Orang Asli. Namun, 'CiSel'i ini bukanlah hasil Cina kawin Asli atau Asli kawin Cina, tetapi adalah kaum Cina yang tiba-tiba dan tak semena-mena jadi Orang Asli dan perjuangkan mereka kerana kepentingan peribadi yg tersembunyi.

7. Mereka itu adalah Cina yang boleh jadi ikan dan ular dalam satu masa atau adalah mereka yang opportunis yg menganggap setiap yang bergerak didalam air itu adalah makanan hatta puntung kayu yg hanyut sekalipun.

8. Justeru, pemimpin masyarakat Orang Asli (yang benar-benar asli)  disarankan berhati-hati dengan mainan politik pihak pembangkang yang sentiasa menangguk di air keruh. Dalam politik 'binatang politik' Anu arr, matlamat sentiasa menghalalkan cara.


29 October, 2012

KALAULAH PENGIKUT PAS TAHU....



1. Kalaulah pengikut Pas tahu....bahawa tidak semua yang pemimpin Pas lakukan adalah kerana kepentingan agama, sudah tentu kita akan kecewa dan menolak perjuangan Pas yang kononnya berlandaskan Islam. Namun sebenarnya mereka hanya jadikan agama sebagai alat untuk mencapai cita-cita dan perjuangan peribadi mereka sendiri.

2. Kalaulah pengikut Pas tahu....keratan akhbar diatas adalah tentang pemimpin Pas yang merayu kepada pengusaha rumah urut supaya memohon lesen dan mendaftar supaya cukai dapat dikutip. Kalau kita belum lupa, tidak lama dulu para pemimpin Pas menjerit-jerit mengatakan bahawa kerajaan BN perolehi hasil dari sumber haram dengan mengutip cukai dari perniagaan yang diharamkan oleh agama. Apakah apabila mereka sudah berkuasa dan memerintah maka apa yang mereka katakan haram itu sudah Allah halalkan bagi mereka?

3. Kalaulah pengikut Pas tahu.....Nik Aziz pernah meluluskan sebanyak 44 lesen arak di Kelantan tetapi dalam masa sama bercakap tentang apa yang kerajaan BN lakukan mengenai lesen arak adalah haram dari segi hukum Tuhan. (Klik Sini)

4. Malangnya para pengikut Pas telah buta mata dan hatinya dan terlalu taksub kepada pemimpin yang menjanjikan mereka syurga sedangkan syurga itu bukanlah milik para pemimpin mereka. Di Kelantan kerajaan negeri sering menjuruskan pemikiran rakyat kepada kehidupan akhirat kerena mereka gagal memberikan kebaikan kehidupan dunia bagi rakyat mereka. Kerajaan negeri gagal membekalka air bersih bagi menjamin kesihatan rakyat Kelantan biarpun sudah memerintah sekian lama.

4. Kalaulah pengikut Pas tahu....bahawa mereka sudah sejak sekian lama tertipu, tentu mereka tidak akan sanggup berguling-guling dijalan raya kerana memprotes kerajaan yang sedang memberikan kebaikan untuk mereka dan menunaikan segala janjinya.







10 October, 2012

ROAD TO PUTRAJAYA?




1. Tahun lalu Anu arr dengan penuh keyakinan menipu telah mengumunkan bahawa beberapa Ahli Parlimen akan melompat katak dan menyertainya dan membolehkan beliau ke Putrajaya jadi Perdana Menteri. Anu arr hebahkan ke seluruh negara, kepada seluruh rakyat jelata bahkan kepada negara-negara luar juga bahawa beliau adalah dalam perjalanan ke Putrajaya.

2. Maka puak-puak dan juak-juak pembangkangpun sibuklah mencanang kesana-kemari bahawa mereka akan menguasai Putrajaya. Pemimpin-pemimpin Pakatan masing-masing tersenyum berangan-angan untuk jadi menteri itu dan ini. Mat Sabu yang dahulunya menuduh dan memberi nama Anu arr Al-Juburi kini sudah menjilat ludahnya kembali, bahkan sanggup menjilat jubur Anu arr pula. Demikianlah politik yang menghalalkan cara.

3. Maka merekapun menabur-nabur janji dan menabur harapan menawan Putrajaya. Para pemimpin Pembangkangpun mengajak pencacainya bersama-sama dalam misinya ke Putrajaya.

4. Akhirnya rakyat sedar bahawa mereka ditipu lagi dan lagi dan lagi. Isu Scopene dan pembunuhan Altantuya hanyalah rekaan semata-mata bagi menanam kebencian rakyat kepada DS Najib dan kerajaan. Kebebasan media sosial dalam menyebarkan maklumat menyerlahkan pembohongan Anu arr. Slogan Road to Putrajaya beransur-ansur hilang dan Anu arr serta pemimpin Pakatan Pembangkang bertukar arah kepada 'Road to hospital mental'! 









Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...