Suara Anak Pahang - Perlu Baca

28 December, 2012

# TANYA ANWAR AL-JUBURI

# Tanya Anwar Al-Juburi dia kenal yang disebelahnya tu?

# Tanya Anwar Al-Juburi dia tak malu ke asyik kelentong je?


Politik negara semakin kelam kabut dan tidak ketentuan. Segalanya kerana Anu arr. Kerana Anu arr sanggup menjanjikan apa saja walaupun dia sedar bahawa dia tidak akan mungkin menunaikan segala janji-janjinya. Itu Anu arr tidak peduli. Kerana bagi Anu arr, yang penting adalah kestabilan negara dapat digugat. Politik negara jadi huru-hara. Keselamatan negara jadi tidak selamat. Kerana dalam keadaan beginilah dia akan tampil konon sebagai pemimpin yang akan membela rakyat.

Pemimpin DAP dan Pas juga sedar apa yang Anu arr lakukan itu akan merosakan negara. Namun mereka juga 'binatang' yang rakus kuasa politik, mereka juga mencari kesempatan yang ada. Mereka ibaratkan burung pemakan bangkai. Bahkan mereka adalah jenis yang sanggup makan bangkai sahabat dan saudara sendiri. Asalkan mereka dapat peruntukan dana dan faedah bagi menghadapi PRU akan datang.

Semua rakyat yang berakal sedar bahawa Anu arr adalah pembohong besar. Cakap dan janji 'Keling Botol' lebih baik dan boleh dipercayai berbanding cakap-cakap Anu arr. Konon nak bantu rakyat dengan ekonomi itu dan ini, tetapi kenapa semasa beliau Menteri Kewangan tidak dilakukannya? Kenapa membiarkan negara hampir terjerat dengan pinjaman IMD dulu? (Baca Sini     dan    Sini)

Dan Anu arr seperti biasa, cerdik dan licik membelit. Semua akibat dari kesalahan yang dibuat akan dilonggokkan kepada UMNO. Dia ingin menampilkan wajah suci sedangkan satu dunia sudah tahu bahawa dia adalah 'Setan Politik'. Siapa dalang sebalik tuduhan Isu Scopene. Siapa disebalik isu pembuduhan Altantuya? Siapa disebalik isu NFC dan banyak lagi. Jelas, Anu arr sangup musnahkan apa saja dan sesiapa saja demi dirinya. PKR pun ditubuhkan hanyalah kerana membela dirinya.

# Tanya Anwar Al-Juburi.....siapa yang memanggilnya Al-Juburi dan kenapa? Tanya Anwar Al-Juburi kenapa sampai sekarang dia masih tidak lagi ingin bersumpah bahawa dia tidak meliwat? # Tanya Anwar Al-Juburi kenapa dia lari ke Kedutaan Turkey (terkincit-kincit) konon dia akan dibunuh hanya kerana ingin larikan diri dari ditangkap isu meliwat? # Tanya Anwar Al-Juburi lagi......lagi....dan banyak lagi.....(Klik Sini) .# Tanya Anwar Al-Juburi bila dia nak insaf?


16 December, 2012

DAP KIASU CHAUVINIS MENUNJUK TARING

Bagi yang waras, beliau adalah seorang yang biadap dan kurang ajar, 
tetapi bagi Pas....(?)


1. Kongress DAP baru saja berlangsung. Seperti yang dijangkakan, ianya akan memperlihatkan 'warna'nya yang sebenar. Tidak hairanlah apabila parti kiasu chauvinist itu ingin mendapatkan lebih untuk mereka sambil menafikan hak orang lain. Sebagaimana dengan Pas yang sentiasa menghalalkan apa yang mereka dapat dan kehendaki serta mengharamkan apa yang UMNO dapat dan kehendaki, DAP juga demikian. Apa saja yang mereka kehendaki dan perjuangkan untuk bangsa mereka tidak mengapa, namun bila UMNO bersuara tentang hak bangsa Melayu maka mereka akan terus melabelkan UMNO sebagai rasis.

2. Lim Guan Eng mahukan DAP diperuntukkan lebih kerusi dalam PRU akan datang, sekurang-kurangnya 3 kerusi Parlimen dan 10 DUN di Semenanjung. Maka Pas dan PKR mesti mengalah konon atas dasar semangat kepercayaan. Tidak banyak beza antara DAP ini dengan zionis? Mereka sentiasa mahukan lagi dan lagi.....Kita cuma mampu melihat Melayu PKR dan Pas diperbodohkan atau memang sebenarnya bodoh sejak azali.

3. Dalam isu pengusaha saloon di Kelantan yang disaman oleh PBT dimana pekerja wanita bukan Islam  memberikan khidmat kepada lelaki bukan Islam juga, Pas diberikan amaran keras oleh Karpal Singh supaya menarik balik tindakan tersebut. (Klik Sini).  Maknanya, jika hudud Pas dijalankan di Kelantan ianya hanya untuk orang Islam sahaja. Tidak akan ada kesamaan hukuman kepada rakyat kerana perbezaan agama. Jikalau ramai orang Islam Kelantan melakukan jenayah mencuri maka kita akan saksikan ramai orang yang kudung tangannya sedangkan tidak demikian kepada orang bukan Islam.

4. Karpal Singh mengaskan tetap mahukan Anu arr jadi PM jika Pakatan Pembangkang menang PRU nanti.. Itu bagi mematikan hasrat penyokong Pas yang mahukan Hj. Hadi jadi PM sebagaimana suara penyokong Pas dalam muktamar Pas baru-baru ini. Nampaknya DAP tetap tidak akan memberikan peluang kepada Pas mengisi mana-mana ruang sesuai dengan fungsi Pas sebagai parti 'pencacai' dalam Pakatan Pembangkang. DAP tetap tidak akan biarkan Pas mendapat lebih kuasa kerana bencikan perjuangan Islam. Tentu kita tidak lupa kata-kata karpal Singh, langkah mayat saya dulu jika Pas hendak tegakkan negara Islam. Nampaknya usaha Pas mentarbiah DAP hanyalah 'mimpi basah' NIk Aziz sahaja.

5. Kita juga ragu-ragu akan kejujuran Karpal yang pernah mencerca Anu arr kerana terlibat dalam skandal 'main jubur' ketika Anu arr masih jadi TPM. Karpal lah antara yang lantang bersuara supaya Anu arr dikenakan tindakan bahkan pernah juga Karpal menyarankan supaya Anu arr mesti bertaubat. Nampaknya sudah sampai masanya untuk Karpa Singh pula bertaubat kerana semakin lama lidahnya semakin bergulung-gulung.

6. Jika para pemimpin dan ahli Pas masih waras, tidak terlewat bagi mereka untuk membuat keputusan yang baik untuk bangsa dan negara iaitu kembali bersatu bersama UMNO dan memperjuangkan Islam bersama-sama. Kerana hanya UMNOlah yang konsisten dan bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam bukan hanya dengan kata-kata sebagaimana yang dilakukan oleh Pas selama ini.

7. Para pemimpin Pakatan Pembangkang semuanya sudah berusia dan bahkan hampir-hampir hilang upaya. Tempat mereka harus diganti oleh pemimpin yang lebeh bertenaga bagi memperkuatkan parti. Selagi didalam Pas ada Nik Aziz dan Hj. Hadi, selagi didalam DAP masih ada Lim Kit Siang dan Karpal Singh, selagi itu mereka tidak akan mampu menandingi UMNO yang dipimpin oleh pemimpin yang lebih muda dan bertenaga. Apa yang dapat diharapkan kepada 'otai-otai' itu lagi? Tanaga sudah kurang dan akal fikiran juga semakin lemah berikutan otak yang semakin mengecut.

8. Kata orang sejarah akan sentiasa berulang. Jika ada Si-Kitol dan Raja Mendeliar diabad ini, mereka itu mungkinlah orang Malayu yang ada didalam DAP. Mungkin mereka itu adalah 'Aspan Alias' dan 'Suckmongkol', yang sanggup berkhianat kerana kecewa tidak mendapat kuasa. Namun mereka lupa bahawa mereka telahpun diberikan peluang, bahkan mereka sudah merasa nikmatnya semasa didalam UMNO dulu. Perjuangan apakah yang mereka perjuangkan ini? - Wallahualam!.





09 December, 2012

HANGAT: ANU ARR AKAN BERSUMPAH....

Al Sheikh Anu arr Al-Juburi


1. Anu arr,  binatang politik yang boleh berubah-ubah. Sini kata begini situ kata begitu. Semalam kata lain esok kata lain, semua orang sudah tahu. Anu arr membuat penipuan sehingga 360 darjah. Sehingga penyokongnya juga sudah percaya pada segala penipuannya meskipun pada mulanya mereka tahu bahawa semua itu hanyala tipu belaka. Sehingga akhirnya Anu arr sendiri percaya pada segala penipuan-penipuannya.

2. Anu arr terlalu yakin bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti. Tetapi dia sendiri masih belum pasti bilakah suatu hari itu. Untuk capai cita-citanya Anu arr sanggup lakukan apa saja dan dengan harga berapa sekalipun. Kerana itulah penyokong-penyokong masih kekal memberikan sokongan, kerana mereka menerima bayaran yang berbaloi. Tanya saja kepada para pencacainya berapa yang mereka dapat untuk membuatkan rakyat percaya pada semua tipudayanya. 

3. Namun suratan sudah demikian, bahawa Anu arr tidak mungkin akan jadi Perdana Menteri Malaysia sampai bila-bila. Peluang buatnya sudahpun berlalu dan tidak ada lagi peluang untuk kali kedua. Anu arr yang Tun Mahathir kutip dari jalanan kini kembali terlantar dan terlempar dijalanan. Anu arr cuba menentang suratan takdirnya. Mungkin beliau yakin bahawa duit adalah segalanya. Mungkin sebahagiannya benar namun tidak untuk segalanya. Mungkin pemimpin-pemimpin Pas boleh dibeli, begitu juga dengan pemimpin DAP. Tetapi masih ada manusia yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

4. Anu arr sudah hampir menemui jalan buntu. Segala keburukannya sudah diketahui ramai. Pekong didadanya sudah terbuka. Dari isu rasuah, kronism dan nepotism sehingga kepada isu keruntuhan moralnya. Seluruh Rakyat melihat Anu arr dengan perasaan jijik. Para pemimpin Pas yang menyokongnya juga turut kelihatan jijik. Kerana itulah Karpal Singh juga berani menyeru supaya Anu arr bertaubat.....Anu arr harus bertaubat!

5. Apabila disaran supaya Anu arr bersumpah bahawa dia tidak meliwat, maka Anu arr pusing 180 darjah dengan alasan itu dan ini, namun tidak juga berani untuk bersumpah. Orang Melayu masih percaya dengan kata 'Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah'. Apabila orang yang menuduhnya berani bersumpah dengan nama Allah bahawa Anu rr meliwat kenapa Anu arr pula tidak berani bersumpah jika beliau tidak?

6. Anu arr bukan saja setakat binatang politik yang sanggup lakukan apa saja demi capai kehendaknya, bahkan beliau adalah syaitan politik yang mengamalkan kepercayaan 'Matlamat Menghalalkan Cara'. Justeru siapa dapat menduga, menjelang PRU nanti Anu arr akan tampil dikhalayak ramai, dihadapan rakyat dan bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak meliwat....

7. Syaitan sangup lakukan apa saja, tidak juga menghairankan jika ulamak politik juga sedia bersahabat dengan syaitan demi mencapai cita-cita politik peribadi mereka.

07 December, 2012

I HELP YOU, YOU HELP ME: NAJIB ATAU ANU ARR?




1. Klip video diatas adalah rakaman tersembunyi, justeru itu jangan pertikaikan kualitinya jika sekadar ingin menegakkan benang basah.

2. Puak pencacai pembangkang selama ini menyindir DS Najib yang konon pernah merayu undi dengan mengeluarkan perkataan; ' I help you, you help me'. Maka mencacailah ke hulu dan ke hilir puak-puak itu mambawa kata-kata tadi.

3. Setelah mengikuti klip video diatas dengan teliti dan berkali-kali, tentu kita dapat mengesahkan bahawa Anu arr yang meminta Deepak membantunya dalam konspirasi jahatnya terhadap DS Najib telah mengucapkan perkataan itu, 'I help you, you help me'.

4. Anu arr sanggup menjelaskan hutang DP @ Deepak Paria itu yang berjumpah RM170 Juta. Jangan ditanya dari mana datangnya duit sebanyak itu kerana kita memang tahu bahawa bekas Menteri Kewangan ini kaya raya, maklumlah....dulu Menteri Kewangan.

5.  Berikut adalah catatan dari laman blog Gelombang Wangsamaju;



Sejak dari semalam selepas tersebarnya rakaman video sulit ini, tidak ada satu pun portal pro pembangkang yang berani menyentuh mahupun menyiarkan, baik dalam bentuk artikel mahupun dis
iarkan video ini mengenai keceluparan mulut Deepak 'Conman' Jaikishan mengaitkan nama Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan R Sivarasa dalam melakukan 'character assasination' terhadap Perdana Menteri DS Najib dan isterinya DS Rosmah.

Malaysiakini? ...
FreeMalaysiaToday? ...
Malaysian Insider? ...
Suara Keadilan? ... 
Harakahdaily? ... (dah kena balun dengan perwakilan Muktamar masih tak sedar diri)

Hikayat dongeng kebebasan media dalam melaporkan berita secara adil dan saksama, Talk about Press Freedom In Malaysia ... 

Rakyat terus dihadapkan dan disuapkan dengan fitnah berterusan pembangkang tanpa sebarang titik noktah.


Adalah lebih baik jika sekiranya Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan R Sivarasa memberikan penjelasan kepada umum :

1) Sama ada benar berlaku pertemuan diantara Deepak 'Conman' Jaikishan dengan Anwar Ibrahim dan R Sivarasa pada penghujung November 2012 di rumah Ravi Dharan, Pengerusi Daya Group of Companies, di Tropicana Utama, Petaling Jaya.

2) Benarkah Anwar Ibrahim akan melangsaikan hutang piutang Deepak 'Conman' Jaikishan dengan Kuwait Finance House (KFH) bernilai RM170 juta, atas kesanggupan Deepak 'Conman' Jaikishan memberikan perkhidmatan berkomplot memfitnah Perdana Menteri DS Najib dan isterinya DS Rosmah.

3) Benarkah Anwar Ibrahim mengarahkan R Sivarasa menjadi peguambela kepada Deepak 'Conman' Jaikishan dalam kes perbicaraan Awan Megah agar Deepak 'Conman' Jaikishan dapat membaca skrip yang ditulis untuk memfitnah Perdana Menteri DS Najib dan isterinya DS Rosmah sewaktu perbicaraan berlangsung.

4) Dari sumber kewangan manakah Anwar Ibrahim mendapat duit sebegitu besar untuk melangsaikan hutang piutang Deepak 'Conman' Jaikishan dengan Kuwait Finance House (KFH) bernilai RM170 juta, atas kesanggupan Deepak 'Conman' Jaikishan memberikan perkhidmatan berkomplot memfitnah Perdana Menteri DS Najib dan isterinya DS Rosmah.

Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan R Sivarasa jangan berdiam diri dan bertindak bacul ...

06 December, 2012

ANU ARR TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN KERANA PENAKUT




1. Sedap mulut je DS Najib menggelar Anu arr sebagai 'Sesumpah Politik' dalam PAU baru-baru lalu. Maka  Anu arr pun panas kepala dengan gelaran itu. Mungkin kerana beliau lebih gemar gelaran yang diberikan oleh Tok Garu (Bukan Tok Guru)  Mat Sabu, Anu arr Al-Juburi. Mungkin juga kerana 'jubur' sudah sinonim dengannya yang telah sekian lama terkenal sebagai Peliwat. Namun Anu arr terpaksa menyimpan kemarahan dan dendamnya kerana dia seorang yang penakut.

2. Bukan saya yang kata Anu arr penakut, tetapi ramai orang yang menyatakan demikian. Rakyat menyatakan demikian.

3. Apabila diketahui bahawa Saiful akan membawa kesnya ke Mahkamah, maka Anu arr lari ketakutan ke Kedutaan Turki. Konon kerajaan akan menginaya dirinya yang tidak berdosa.

4. Apabila mahkamah akan membuat keputusan berkenaan kes liwatnya, maka Anu arr kerahkan 'pencacainya' berkumpul beramai-ramai di mahkamah untuk melakukan rusuhan jika mahkamah jatuhkannya dengan hukuman bersalah.

5. Dalam himpunan bersih 2, Anu arr ada bersama-sama perusuh dan hanya memberikan isyarat tangan supaya perusuh para pencacai penjilat setor kunyitnya merempuh sekatan. Kerana apa tidak beliau sendiri yang melakukannya dan berada dibarisan hadapan? Jawapannya sangat mudah. Kerana Anu arr adalah seorang pemimpin yang penakut dan tidak berani bertanggungjawab.

6. Saya ada di Rumpun Makmur, ketika klip video diatas dirakam. Anu arr berceramah bertentangan dengan Ummi Hafilda, hanya diseberang jalan yang jaraknya kira-kira 150 meter. Berbagai kata dan cabaran yang Ummi laungkan namun Anu arr langsung tidak berani menjawab segala serangan yang dibuat. Apakah benar takut kerana salah? Maruah Anu arr sudah tidak ada pada malam itu. Anu arr bagai ditelanjangkan oleh Ummi seakan sebagaimana ketika beliau bersama chinadoll...tanpa seurat benang.

7. Pada malam itu, Anu arr cepat-cepat menghabiskan ucapan dan berlalu tanpa menjawab sepatah katapun kepada apa yang Ummi dedahkan. Kenapa Anu arr tidak menjawab? Jawapannya adalah kerana Anu arr seorang lelaki yang dayus dan penakut.

8. Keberanian Anu arr hanyalah melakukan kejahatan dari belakang. DS Najib ditohmah itu dan ini semahunya, namun hanya dibelakang. Apabila berhadapan beliau akan menunjukkan muka 'lebe nya'. Muka tidak bersalah, muka insaf namun apabila dibelakang wajah syaitannya akan menjelma. Tidak hairanlah Anu arr dikenali sebagai penikam belakang.

9. Terbaru, Anu arr seperti biasa memainkan peranannya dibelakang dalam isu Deepak memfitnah DS Najib. Namun cepat-cepat Anu arr menafikannya kerana takut akan kemarahan ahli-ahli UMNO yang sedang berhimpun di PAU ketika itu.

10. Anu arr adalah seorang pemimpin yang penakut bila berhadapan. Anu arr hanya berani bila di belakang dan berani menikam belakang. Anu ar Al-Juburi tidak layak jadi pemimpin kerana seorang yang penakut. Jika berani dan benar-benar tidak meliwat, tampillah kehadapan dan bersumpahlah dengan nama Allah!

11. Anu arr diperbodohkan oleh Pas apabila beliau diperangkap untuk berucap di Rumpun Makmur sedangkan sudah tahu bahawa Ummi akan ada ditempat sama pada malam itu. Pas merancang dengan baik supaya Anu arr dapat dimalukan dan ditelanjangkan pada malam itu. Kesian Al-Juburi, dalam pada selalu menikam belakang orang lain akhirnya belakangnya juga ditikam orang.

12. Anu arr bukanlah pejuang rakyat, tetapi hanya mengharapkan berjuang untuk dirinya.

04 December, 2012

MENJAWAB SERANAH CAI PEMBANGKANG....




1. Pencacai pembangkang sangat marah bila kita menyatakan kebenaran yang menunjukkan bahawa mereka menyokong pemimpin yang salah dan yang berbuat salah. Lalu cai berkenaan tinggalkan komen negatif sebagaimana dibawah ini:
Anonymous Anonymous said...
KALAU OTAK DAH BIRU DGN DAKI UMNO, LAIN PAS KATA LAIN KAU TAFSIR.

Anonymous
2. Saya ingin juga menjawab namun sudah ada yang memberikan jawapan yang memuaskan hati saya dibawah ini:
 Anonymous said...
Uittt! Marah sangatlah pulak? Tp kita dah biasa dengan puak2 khawarij ni, hanya mereka yag betul dan boleh menyalahkan orang lain, syurga hanya untuk mereka saja dan Islam itu hanya untuk Pas saja. Bangsa2 lain termasuk mereka yang di Mekah dan Madinah itu pun mungkin semuanya kafir sebab bukan ahli Pas. Karat sungguh otak lahabau ni....


3. Lalu, untuk membuktikan bahawa apa yang saya tulis itu bukanlah semata-mata fitnah, maka saya sertakan beberapa foto yang mungkin dapat menjernihkan kepala 'anon' berkenaan yang sah dan nyata penuh kekaratan:













JASA-JASA PAS...., KATA NIK AZIZ




1. Dalam laman sosialnya, Nik Aziz juga mengulas mengenai Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Nik Aziz membangkitkan soal jasa, bahawa Pas juga banyak berjasa kepada Rakyat (Baca Sinar Harian di sini)


2. Maka kita pun menyenaraikanlah apakah jasa-jasa yang telah Pas lakukan selama ini. Memang banyak.....

1) Selama 20 Tahun memerintah Kelantan Pas berjaya membekalkan air yang kurang bersih, berkeladak dan berbau. Namun masih ramai rakyat dipedalaman Kelantan yang langsung tidak mendapat bekalan air sama sekali.

2) Selama 20 tahun itu, Pas berjaya membina (hanya) sebuah Masjid. (Itupun dari hasil sumbang dan derma ahli-ahli agaknya)

3) Membina Ladang Rakyat yang ala-ala FELDA namun akhirnya tidak berjaya membangunkan rakyat selain hanya mampu memberi faedah kepada pemimpin dan kroninya serta syarikat dari Singapura.

4) Berjaya memecah-belahkan orang Melayu Islam di negara ini dengan fatwa mengkafirkan mereka yang bukan dari kalangan mereka yakni Pas biarpun orang itu masih menunaikan solat dan taat kepada Allah.

5) Berjaya merancang projek besar 'Lembah Sireh' (Klik Sini) yang hanya menjayakan orang atau syarikat tertentu sahaja sedangkan rakyat tidak menikmati apa-apa faedah darinya.

6). Berjaya memperbodohkan pengikutnya dengan fatwa yang mengelirukan iaitu 'Haram bagi UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC kafir zimmi ', dan 'Halal bagi Pas bekerjasama dengan DAP Kafir harbi'.

7)  Jika dalam menentang UMNO dan tiba-tiba mati, maka mati itu adalah syahid.

8) Mengundi Pas masuk syurga.

Dan banyak lagi........







02 December, 2012

AFF: HARIMAU MALAYA

Harimau Malaya vs Garuda


1. Bolasepak adalah sukan yang punyai tarikan besar diseluruh dunia. Namun bolasepak bukanlah permainan baru bagi negara kita. Kita sudah menciptana nama dan melahirkan 'hero' sejak lama dulu. Siapa yang tida kenal dengan Ghani Minhat? (Klik Sini)  Kemudiannya Mokhtar Dahari (Klik Sini).Mereka telah mencipta nama hingga keperingkat antara bangsa dan menyumbangkan keupayaan luarbiasa mereka pada lewat tahun 60an dan 70an.

2. Bolasepak dimata dunia mencatatkan bahawa Malaysia hanya berupaya berada ditangga ke-156, jatuh dari tangga 152. (Ranking FIFA/Berita Semasa)  Cuba bandingkan dengan rakan negara-negara Asia Tenggara lainnya: Vietnam-97, Thailand-141, Filipina-148 dan Indonesia-151.

3. Kita masih ingat ketika zaman kegemilangan Mokhtar Dahari bersama rakan-rakannya R.Arumugam, Soh Chin Aun, Santokh Singh dan lain-lain, mereka telah menggilap nama negara dalam sukan bolesepak keperingkat antarabangsa. Malaysia adalah pasukan yang digeruni ketika itu bahkan kita berupaya menenggelamkan pasukan negara besar seperti China, Korea Selatan serta Jepun. Pestabola Merdeka yang diadakan setiapa tahun di Kuala Lumpur dilihat sebagai pertandingan yang sangat berpristage ketika itu.

4. Dimana silapnya sehinga kita tiba-tiba dengan mudah dimalukan oleh beberapa pasukan yang kita lihat lebih terkebelakang dari kita. Bangladesh, Laos dan Myanmar bukanlah tandingan kita pada masa lalu namun ketika ini kita rebah dikaki mereka. Banyak pihak melihat itu adalah kejatuhan sukan bolesepak negara kita, namun saya melihat dari sudut berbeza.

5. Mutu bolasepak kita tidak jatuh cuma ianya kekal statik ditahap sama sedangkan dinegara-negara lain mereka mampu melonjak naik. Banyak formula dan cara yang sudah diterapkan untuk memulihkan kembali mutu bolasepak kita. Banyak kali kita gagal menganjak semula. Malangnya apabila kita tewas dalam satu-satu perlawanan yang dipersalahkan dan jadikan mangsa cuma pemain dan jurulatih. Apabila sekali beroleh kemenangan mereka diangkat tinggi namun apabila tewas mereka akan dicaci.

6. FAM perlu melihat kepada diri sendiri selain dari menuding jari kesana-sini. Benar, banyak yang sudah FAM lakukan untuk pembangunan sukan bolasepak negara namun masih banyak juga lagi yang perlu dilakukan untuk membangunkannya. Politiking dalam pengurusan harus dihapuskan. Rasuah mesti dibenteras (jika ada) dan kegiataan menjual perlawanan dalam liga tempatan mesti dihapuskan terus. 

7. Kemenangan keatas Indonesia semalam membanggkan seluruh rakyat Malaysia. Walaupun ianya hanyalah kegembiraan sementara dan hanya sebahagian kecil dari kegembiraan yang mampu kita rebut, namun ianya memadai untuk sementara ini. Cabaran berikutnya adalah untuk mengalahkan Thailand digelanggang sendiri. Sokongan padu penonton sangatlah diperlukan. Era mem'boo' pasukan sendiri sudah berlalu. Buruk atau baiknya kita mesti kekal dengan pasukan sendiri. Jika para pemain sendiri terpaksa akur menerima kekalahan, kenapa pula kita yang hanya menonton tidak mampu untuk bersimpati dengan mereka. Kita mesti belajar berkongsi kegembiraan dan kedukaan bersama.

8. Bagi kesebelasan Harimau Malaya, kebolehan bermain dengan skill, stamina dan speed perlu disertakan dengan ketahanan mental dan fokus kepada perlawanan. Sokongan peminat yang tidak berbelah bagi juga akan memberikan semangat kepada Harimau Malaya, pasti akhirnya kita akan mampu menguasai sukan bolasepak sekurang-kurangnya diperingkat Asia Tenggara seperti masalalu.

9. Semoga Harimau Malaya kita akan berjaya mengalahkan Thailand dan seterusnya mengalahkan mana-mana pasukan yang menghalang kemaraan kita. Kita ingin berada dipuncak kejayaan dan menjulang panji-panji keramat kita, 'Jalur Gemilang'.

10. Safee Sali dan Mat Yo jangan kecewa apabila sudah hilang bisa dalam perlawanan semalam. Segalanya nampak tidak menjadi. Saya melihat wajah duka dan kekesalah Safi apabila gagal menjaringkan gol pada setiap peluang yang diperolehi. Tidak mengapa, penyokong tidak melihat siapa yang menjaringkan golnya, kami cuma mahu pasukan kita menang. Tidak ada siapa 'wira' dalam pasukan kerana keseluruhan pasukan Harima Malaya adalah wira-wira belaka.

11. Seluruh rakyat Pahang berbangga dengan pencapaian 'Zack' dan usaha dan permainan cemerlangnya dalam perlawanan malam semalam (menewaskan Indonesia). Warga Maran berbangga, YB ADUN Kuala Sentul juga turut berkongsi kebangaan......'Benih Yang Baik, Jatuh Ke Laut Menjadi Pulau...'

01 December, 2012

#PAU2012: PERWAKILAN UMNO MENITISKAN AIRMATA




1. Para perwakilan menitiskan airmata ketika lagu warisan dinyanyikan. Demikianlah semangat dan kecintaan ahli UMNO terhadap Agama, Bangsa dan Tanah Air.

2. Sebelum itu seorang ahli UMNO Bahagian Mersing yang tidak pernah menjawat sebarang jawatan dalam parti,  Nordin Kamaruddin berumur 72 tahun sudah 4 kali menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di PWTC menangis sebak apabila ditemuramah stesyen TV3.

3. KJ dalam ucapannya mengharapkan UMNO turut memenangi media sosial bagi memenangi peperangan maya menjelang PRU13 nanti. KJ yang pernah melabelkan blogger sebagai beruk kini juga sudah sedar peranan media sosial dan sibertropper dalam politik negara. Alhamdulillah apabila semuanya telah berubah.

4. DS Najib yakin bahawa UMNO BN akan memenangi 2/3 dalam PRU13 nanti dengan semangat yang ditunjukkan oleh para perwakilan sepanjang 5 hari bersidang.



#PAU 2012: MEMASYARAKATKAN UMNO....

Datuk Rosli Mat Hassan wakil Terengganu


1. Bagi mereka yang meminati mengikuti perkembangan politik tentu tidak dapat lari dari mengikuti Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang sedang berlangsung sekarang ini. PAU ini sangat penting dalam membayangi keupayaan UMNO BN menghadapi PRU13 nanti. Seperti yang ramai mengakui kekalahan banyak kerusi kepada pembangkang dalam PRU12 lalu bukanlah semata-mata kerana kekuatan pihak pembangkang, namun ianya adalah kerana kelemahan UMNO BN itu sendiri.

2. Saya tertarik dengan ucapan dari wakil Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan yang antara lain menyatakan bahawa UMNO mesti di masyarakatkan (atau di rakyatkan). UMNO bukanlah parti yang hanya untuk orang-orang tertentu atau hanya untuk kasta tertentu sahaja.

3. Saya tidak melihat dibahagian lain namun di bahagian yang saya menjadi ahli perkara demikian berlaku dengan jelas dan nyata. Apabila seseorang ketua cawangan rakus dalam mengekalkan jawatannya untuk menjadikannya hak milik peribadi hingga mati maka mana-mana calon yang difikirkan layak dan berupaya untuk mengambilalih jawatannya akan dengan segera di'cantas'. Ini akan membuatkan orang-orang muda beranggapan bahawa UMNO hanya untuk orang tertentu sahaja.

4. Untuk memastikan akan kekal jadi ketua selama-lamanya, keahlian UMNO dicawangan rela diperkecilkan dengan membuang mereka-mereka yang berpotensi untuk menentang. Ini yang membuatkan UMNO semakin lemah kerana ianya sudah jadi milik peribadi dan keluarga. Cuba perhatikan cawangan yang Si Bapanya jadi Ketua, Ibunya jadi Ketua Wanita dan anak lelaki jadi Ketua Pemuda, seolah-olah orang lain tidak ujud dalam cawangan berkenaan.

5. Begitu juga apabila mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, hanya orang-orang tertentu sahaja yang dimaklumkan untuk menyertainya. Saya berpendapat bahawa dalam menganjurkan aktiviti kemasyarakatan pemimpin UMNO cawangan tidak harus meminggirkan sesiapapun dari kampong yang cawangannya wakili hatta mereka itu adalah penyokong atau ahli pembangkang. Sikap kita melebelkan orang itu parti sana telah membuatkan mereka lebih jauh dari UMNO sedangkan undi mereka juga sangat penting dalam setiap PRU.

6. Justeru, pemimpin-pemimpin UMNO hasrus berfikir dan berusaha untuk memasyarakatkan UMNO supaya UMNO BN akan kembali jadi darah daging dan semangat perjuangan rakyat terutamanya orang-orang Melayu yang masih memerlukan bimbingan dari kerajaan khususnya dalam mengembangkan ekonomi.

7. Pemimpin UMNO yang sedang berkuasa hendaklah sentiasa berfikir bagaimana dapat membantu membangunkan orang-orang Melayu dari semua segi. Janganlah slogan 'Hidup Melayu' hanya untuk dijeritkan bagi menaikan semangat sahaja namun pada hakikatnya pertolongan dan projek-projek masih diberikan kepada 'orang lain'.

8. Masih banyak yang pemimpin UMNO mesti perbaiki sekiranya ingin terus popular dan menjadi pejuang bangsa justeru tidak hairanlah apabila pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini ada ahli yang masih setia dan sanggup menitiskan airmata dalam mengenang masalalu dan mengimbau masadepan UMNO, tetapi berapa ramai yang peduli?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...