Kata-kata

~ Perjuangan yang belum selesai.......dan tidak akan berakhir sampai bila-bila. Tidak perlu diingat dan tidak perlu dicatat....... ~

23 February, 2013

NAH PITIH NI 'NATE! .... (NAH DUIT INI BINATANG!)

Nah 'Nate, ambik pitih ni!!
(Apabila Nik Aziz menganggap pemberian BR1M seolah-olah memberi makan haiwan)


Nah 'Nate, ambik pitih ni wat leboh rayo
(Apabila Nik Aziz menerima sumbangan masyarakat Siam untuk bina lebuhraya....oppp! berapo semua pitih tu? Ado mano pitih tu? Serupo tabung memali ko?


1. Nik Aziz menghina ahli-ahli dan penyokong Pas sendiri apabila menganggap menerima BR1M bagaikan haiwan. Menerima duit bagaikan binatang? Bagaimana dengan penerima duit dari Nik Aziz sendiri bagi menyertai demonstrasi Bersih dulu? Apakah mereka itu binatang? Binatang menerima duit dari binatang? (Klik Sini)

2. Rakyat Kelantan semakin keliru dengan tindakan dan 'amanat-amanat' yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Mengharamkan apa yang orang lain lakukan namun dalam masa sama melakukan perkara serupa tetapi menghalalkannya. Klik Sini untuk melihat gambar-gambar haiwan memberi dan menerima duit.

3. Nampaknya Nik Aziz dalam keadaan terdesak untuk menyelamatkan kerusi (firaunnya) bagi kekal sebagai MB Kelantan buat selama-lamanya. Kerana itulah Nik Aziz sudah tidak peduli apa perasaan rakyat Kelantan lagi. Jika kerajaan Pas Kelantan gagal memberi  wang kepada rakyatnya sendiri kenapa pula salahkan rakyat yang ingin menerima wang pemberian kerajaan pusat? Lupakah pemimpin Pas pernah kata kalau kerajaan beri duit, ambil tetapi bila pangkah, pangkah Pas. Kenapa kali ini mereka tidak dendangkan lagi lagu dahulu? 

4. Rupanya benarlah ramalan dari banyak pihak bahawa Kelantan akan jatuh kepada Barisan Nasional dalam PRU13 nanti. (Klik Sini) Kerana itu jugalah Nik Aziz dan pemimpin Pas sudah jadi tidak tentu arah dan mengeluarkan kenyatan yang sering bercanggah serta mengelirukan. Pas sudah meroyan!

1 comment:

Anonymous said...

mu ambik pitih ni, mu supo aye..
mu pulok ambik pitih ni mu supo lembu..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...