Suara Anak Pahang - Perlu Baca

28 February, 2013

KISAH BENAR PEMBANGKANG...





1. Buka klip video berkenaan di youtube, dan sign in....

2. Klik 'Like' tanda sokongan anda....

23 February, 2013

NAH PITIH NI 'NATE! .... (NAH DUIT INI BINATANG!)

Nah 'Nate, ambik pitih ni!!
(Apabila Nik Aziz menganggap pemberian BR1M seolah-olah memberi makan haiwan)


Nah 'Nate, ambik pitih ni wat leboh rayo
(Apabila Nik Aziz menerima sumbangan masyarakat Siam untuk bina lebuhraya....oppp! berapo semua pitih tu? Ado mano pitih tu? Serupo tabung memali ko?


1. Nik Aziz menghina ahli-ahli dan penyokong Pas sendiri apabila menganggap menerima BR1M bagaikan haiwan. Menerima duit bagaikan binatang? Bagaimana dengan penerima duit dari Nik Aziz sendiri bagi menyertai demonstrasi Bersih dulu? Apakah mereka itu binatang? Binatang menerima duit dari binatang? (Klik Sini)

2. Rakyat Kelantan semakin keliru dengan tindakan dan 'amanat-amanat' yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Mengharamkan apa yang orang lain lakukan namun dalam masa sama melakukan perkara serupa tetapi menghalalkannya. Klik Sini untuk melihat gambar-gambar haiwan memberi dan menerima duit.

3. Nampaknya Nik Aziz dalam keadaan terdesak untuk menyelamatkan kerusi (firaunnya) bagi kekal sebagai MB Kelantan buat selama-lamanya. Kerana itulah Nik Aziz sudah tidak peduli apa perasaan rakyat Kelantan lagi. Jika kerajaan Pas Kelantan gagal memberi  wang kepada rakyatnya sendiri kenapa pula salahkan rakyat yang ingin menerima wang pemberian kerajaan pusat? Lupakah pemimpin Pas pernah kata kalau kerajaan beri duit, ambil tetapi bila pangkah, pangkah Pas. Kenapa kali ini mereka tidak dendangkan lagi lagu dahulu? 

4. Rupanya benarlah ramalan dari banyak pihak bahawa Kelantan akan jatuh kepada Barisan Nasional dalam PRU13 nanti. (Klik Sini) Kerana itu jugalah Nik Aziz dan pemimpin Pas sudah jadi tidak tentu arah dan mengeluarkan kenyatan yang sering bercanggah serta mengelirukan. Pas sudah meroyan!

15 February, 2013

KISAH BENAR PAS TINGGALKAN BN

Oooo! Hok tu saloh umno, hok ni salah xxxxxx?, Hok tu pulop saloh xxxx. 
Ambo tok saloh pom......


1. Ramai berpendapat memang penting adanya UMNO dalam politik negara setidak-tidaknya sebagai tempat letakkan kesalahan. Justeru tidak hairanlah apa saja kelemahan mana-mana parti politik sama ada DAP, PKR atau Pas maka kesalahan akan diletakkan kepada UMNO / BN. Sehingga akhirnya jika lori langgar ayam, UMNO juga yang akan disalahkan.

2. Nik Aziz berbohong bila salahkan UMNO kerana perpecahan bangsa Melayu selama ini. Sepertia biasa, pertanggungjawabkan kesalahan sendiri kepada orang lain. Memang mudah jadi pembangkang kerana selain dari membangkang mereka hanya akan bangkang, bangkang dan bangkang.

3. Politik negara sudah banyak berubah. Masyarakat semakin cerdik dan pintar. Maklumat semakin mudah untuk didapati. Generasi muda tidak akan mudah tertipu lagi. Selamat jalan Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin Pas order lama kerana politik mereka sudah tidak relevan lagi dimasa kini.



Hok ni pulop saloh surat koba utusay malisia....


4. Baca jawapan Tun Dr Mahathir mengenai penipuan Nik Aziz dibawah ini atau Klik Sini ke blog beliau.


-----------------------


1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.
2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional.
3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.
4. Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu.
5. Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertanggungjawab keatas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.
6. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.
7. Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.
8. Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.
9. Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Dato Asri.
10. Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.
11. Pada Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi.
12. Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Tidak ada penipuan oleh UMNO.
13. Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai orang Islam disuruh oleh agama Islam supaya menyambut seruan kedamaian dari musuh. Orang Islam disuruh bersatupadu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.

HANGAT: ANU ARR JATUH DAN TIDAK BERUPAYA BANGUN..


Anu arr jatuh dan terpaksa dipapah untuk bangun


1. Akhirnya Anu arr jatuh kepenatan kerana satu perlawanan jangkamasa panjang. Anu arr cuba tandingi kegagahan DS Najib namun faktor umur dan kesihatannya tidak mengizinkan. Tenaga Anu arr sudah terlalu banyak dibazirkan ketika berlawan dengan 'wirawati' china @ chinadoll dulu. Banyak juga tenaga dibazirkan dalam perjuangan ala samurai 'menikam belakang'. Akhirnya Anu arr jatuh tersungkur, petanda dia juga akan tersungkur dalam politik negara. (Lihat Video Klip diatas)

2. Saya sudah katakan bahawa DS Najib adalah politikus marathon, yang boleh bertahan lama dalam jarak jauh. Beliau naik dalam politik walaupun atas ihsan kerana bapanya seorang PM, namun beliau menghayati politik dan menganggap jawatan sebagai perkhidmatan yang wajar diberikan kepada rakyat yang telah memilih beliau. Beliau naik perlahan tetapi konsisten.

3. Berbeza dengan Anu arr, seorang anak muda (suatu ketika dulu) yang dipungut dari jalanan yang gah namanya sebagai pahlawan tunjuk perasaan jalanan. Kemudian beliau diangkat oleh Tun Mahathir dari 'tepi longkang' ke takhta politik dan terus diberikan peluang sehingga ke jawatan TPM. Namun dia bukanlah seorang yang sabar menanti, tidak juga seorang yang tahu berterima kasih bahkan tidak tahu mengambil peluang kerana tidak bersungguh-sungguh berkhidmat sewaktu beliau berjawatan.

4. Kesihatan Anu arr yang semakin menurun juga akibat dari sumpah seranah dari insan-insan yang bencikannya serta yang pernah dianiayainya dahulu. Inilah balasan buat Anu arr didunia yang fana ini.

5. Apabila Karpal Singh bertegas inginkan Anu arr jadi PM sekiranya Pakatan Pembangkang menangi PRU13 nanti, ianya adalah satu pernyataan dari kesedaran bahawa peluang untuk Pakatan menang sangatlah tipis bahkan boleh dikatakan tidak ada sama sekali. Dari sudut lain, itu memberikan gambaran bahawa apapun Anu arr tidak akan kekal lama kerana faktor umur dan kesihatannya yang semakin buruk. Banyak ramalan menyatakan bahawa inilah peluang terakhir Anu arr berperanan sebagai Ketua Pembangkang kerana menjelang PRU14 nanti Anu arr sudah tua dan akan hilang upaya.

13 February, 2013

DS @NajibRazak, WE ARE READY......





1. Klip diatas buatkan para pencacai pembangkang terkantoi menipu kononnya seruan DS Najib diberi jawapan negatif oleh hadirin di perayaan sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang baru-baru ini. Demikianlah kerja pancacai pembangkang menyebarkan pembohongan mereka supaya rakyat akan menganggap itu adalah satu kebenaran. Kerja mereka tiada bezanya dengan perbuatan dajjal diakhir zaman. @Yop Tualang Sekah adalah salah satu pencacai pengangkut najis dan tentera dajjal yang turut menyebar fitnah berkenaan.

2. Marah sungguh 'ParpuKari' dengan pencacai pembangkang ni. (Klik Sini) Tapi apa kita nak kata jika itulah sumber rezeki mereka. 'Nurislah' akui mereka dibayar untuk setiap tweet yang dibuat. Malangnya mereka ini cari makan dengan menjual bangsa dan negara, mempertaruhkan keamanan dan kesejahteraan yang sedang kita nikmati selama ini.

3. Saya banyak bercakap dengan golongan 'senyap' yang tidak terlibat dengan media sosial yang melihat keadaan pembangkang sekarang ini tidak lebih dari ayam yang bertelur sebiji tetapi riuh sekampong. Rata-rata ramai yang berkeyakinan tinggi bahawa BN pasti akan mendapat kembali majoriti 2/3 dalam PRU13 nanti. Kepimpinan DS Najib sudah mampu menarik golongan muda merapatkan barisan serta mengekalkan golongan tua untuk meneruskan kesinambungan.

4. Saya setuju seperti kata TS Abdullah Ahmad dalam kolumnya di Sinar Harian 13hb Februari bahawa DS Najib bukanlah seorang pelari pecut yang hanya pantas untuk satu larian jarak dekat tetapi beliau adalah pelari marathon yang sentiasa bertenaga walaupun bermula perlahan.

5. Anu arr adalah sebaliknya. Semuanya pantas. Diletakkan sebagai Ketua Pemuda dalam usia muda. Pantas juga menaikan diri dikerusi Timbalan Perdana Menteri dengan memaksa Tun Ghaffar berundur. Anu arr juga mesti cepat untuk jadi Perdana Menteri kerana jika bukan sekarang bila lagi kerana usianya sudah semakin lanjut. Anu arr tidak mampu bertahan lama (cepat 'inzal')

6. Yang penting adalah apakah yang kita harapkan dari Anu arr? Ketika DS Najib bersusah payah berusaha untuk membantu rakyat dengan berbagai cara, Anu arr hanya pergunakan rakyat sebagaimana biasa untuk jadi perisai diri dan perlindungan dirinya. Ingat ketika keputusan mahkamah akan diumumkan, beliau pergunakan rakyat untuk mencetus huru-hara jikalau keputusan tidak memihak kepadanya.

7. Anu arr juga sedar bahawa peluang Pakatan Pembangkang untuk menang adalah tipis, justeru beliau sudah memberikan isyarat bahawa akan mengadakan rusuhan sebagaimana di Mesir bagi menumbangkan kerajaan. Beranikan Anu arr melakukan demikian kerana ini Malaysia dan bukan Mesir atau Syria. Rakyat Malaysia biasa dengan keamanan dan ingin terus mengekalkannya. Pemimpin datang dan pergi. Anu arr datang dan tiba masanya untuk dia pergi. Selamat Jalan. Anu arr menghitung hari.........

8. Biar bilapun PRU13 nanti, rakyat sudah bersedia untuk menunjukkan sokongan kepada BN dan DS Najib sendiri sebagi PM. Hati rakyat sudah bulat dan sepakat bahawa hanya DS Najib yang layak dipilh sebagai PM, dan tidak sekali-kali insan yang bernama Anu arr. Masa untuknya sudah tamat. Peluang untuknya juga sudah berakhir. Anu arr sendiri yang mensia-siakannya. Anu arr men'capati'kan janjinya.  (Klik Sini)

09 February, 2013

LAGI LINK HANGAT, ABBY ABADI


Ummmmm!!!


1. Kononnya selepas bergelar MJ (Mak Janda), Abby Abadi serta merta berubah. Kini dia mendapat kebebasannya semula. Kita tidak mahu mendedahkan segalanya disini. Namun yang pasti Abby Abadi semakin panas. Macam apam balik panas, bukan sejuk dingin macam sepat kering. Apabila dia menyertai Pas konon dia 360'o berubah. Serta merta dia diiktiraf sebagai uztazah Pas. (Harap sangat dia benar-benar jadi ustazah bukan setakat jadi ustadah semata-mata.

2. Namun Abby Abadi juga perlu diingatkan bahawa dalam Pas bukan semuanya putih hatinya, ada banyak yang hatinya hitam legam walaupun rambut dan  janggut memutih. Walaupun serban dah besar bakul. Jika tidak tak kan banyak duit-duti derma hilang begitu saja.

3. Yang lebih penting Abby Abadi harus ingat supaya jangan sesekali membiarkan didekati beberapa lelaki seperti Mat Sabu yang sinonim dengan Hotel Perdana bilik 121 ketika ditangkap berkhalwat bersama Normah. Berhati-hati juga dengan Saipul Bahrin ADUN Pas yang ditangkap berdua-duaan dengan isteri orang didalam keretapi  gerabak istimewa dimana pasangannya ketika itu hanya bertuala merah. Lebai-lebai Pas ni boleh sapu belaka....kalau dibiarkan nanti keretapi pun boleh buat u-turn.

4. Berikut adalah link hangat ke Abby Abadi. Amaran! BH tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang penyalahgunaan link hangat dan video klip yang disertakan ini. Kepada yang belum berkahwin atau yang menduda dan menjanda juga dilarang kerana dari melawat laman berikut. Link Hangat Abby Abadi (Klik Sini)  dan Video Klip Hangat (Klik Sini)


PRU13: @NajibRazak MINTA PEMBANGKANG AKUR KEPUTUSAN RAKYAT

DS Najib sudah dikenali dan menuruti jejak Tun Mahathir, 
menjulang Malaysia dan bangsa Melayu dimata dunia.


1. Diberitakan, sejurus selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO DS Najib mengadakan sidang akhbar. Antara intipati dalam sidang akhbar berkenaan adalah menasihatkan pembangkang supaya dapat menerima keputusan PRU13 nanti dengan hati yang terbuka dan jangan melakukan rusuhan serta apa-apa yang akan mewujudkan ketidakstabilan dalam negara. (Baca MalaysiaKini)

2. Saranan berkenaan memang wajar diberikan kerana banyak kali kita mendengar bahawa pembangkang berura-ura meneruskan pilihanraya dengan kekacauan dijalanraya. Bahkan memang sudah jadi kebiasaan pihak pembangkang mewujudkan ketakutan dikalangan rakyat. (Baca Sini) Anu arr hendak adakan kekacauan seperti di Mesir bagi tunjukkan bantahan dan tidak puashati rakyat, tapi berapa ramai rakyat yang menyokongnya? Selebihnya hanyalah pencacai yang dibayar termasuk para blogger seperti Tukar Tiub yang kecewa gagal dalam hidupnya. 

3. Hari demi hari penyokong pembangkang semakin ramai berubah arah dan menyokong kerajaan BN dibawah pimpinan DS Najib sama ada secara terbuka dan secara senyap-senyap. (Baca Sini) Di kampong-kampong, penyokong Pas berubah arah secara senyap-senyap kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan yang tidak lagi dilihat komited memperjuangkan Islam. Kerjasama erat dengan DAP bahkan dianggap sebagai menjadi 'anjing' DAP juga mengecewakan penyokong Pas kerana mereka pernah dulu mencerca UMNO yang berkerjasama dengan MCA/MIC (kafir zimmi) sedangkan kini mereka bersekedudukan dengan DAP kafir harbi.

4. Yang masih tetap tidak berubah dan masih mengharapkan belas ihsan dari DAP kafir harbi hanyalah blogger 'Aspan Alias' yang sah pencacai tegar. Tanpa rasa malu memutarbelitkan kenyataan DS Najib (Klik Sini) Malang sungguh bangsa Melayu dengan lahirnya manusia seperti ini, 'raja mendeliar' atau 'si kitol' millinium. Biarkanlah Si Luncai ini tenggelam dengan labu-labunya....huhuhu!

5. DS Najib sudah dikenali dan menuruti jejak Tun Mahathir, menjulang Malaysia dan bangsa Melayu dimata dunia. Orang itu terkenal juga terutamanya di Jepun (Klik Sini) Suami Kak Jijah ni memang hebat. Memang Anu gerah Tuhan. Papa NurulIzzah memang hebat...belakang....depan....atas ....bawah semua dia sebat. Errr!,,,,mana jam Omega tu?

08 February, 2013

KLIK LIKE, SOKONG @NajibRazak





1. DS Najib sudah berusaha sedaya upayanya menyatukan semua kaum di Malaysia dengan gagasan 1Malaysia. Beliau berusaha keras menstabilkan politik negara dari kemelut yang berpanjangan. Ketika beliau mengambilnya dari tangan pemimpin terdahulu, keadaannya sungguh berbeza, lemah dan huru-hara. Namun kini kita boleh bersama berbangga dengan pencapaian yang dilakukannya.

2. Bukan senang untuk memberi kebaikan berbanding dengan untuk menjahanamkan. Terutama dinegara seperti Malaysia ini yang pembangkangnya hanya tahu membangkang semata-mata. Di negara-negara maju, pembangkang boleh berlainan pendapat namun dalam satu-satu keadaan mereka mampu berkerjasama kerana punya pendapat yang sama.

3. Di negara kita, pembangkang hanya membangkang, membangkang dan membangkang. Jika diberikan mereka berkuasa maka mereka melakukan lebih buruk dari apa yang kerajaan lakukan, atau setidak-tidaknya mereka akan melakukan yang serupa. Justeru, kenapa mereka harus bangkang jika mereka juga lakukan yang sama?

4. Kepada para penyokong kerajaan yang selama ini berdiam diri, saya mohon agar lakukan sesuatu bagi menunjukkan kita menyokong DS Najib dan bersama-sama dengannya. Bukan susah, hanya daftar di youtube klik butang 'Like'. Tunjukkan bahawa kita prihatin dan bersemangat untuk bersama DS Najib mempertahankan kemakmuran negara.

07 February, 2013

ANU-GERAH UNTUK ANU ARR.....

Dengan tak malunya Kak Jijah menerima Anu gerah 'Sayyidatina Khadijah' 


1. Hebatnya apabila Kak Jijah 'Sepat Kering' diberikan Anu-gerah khas 'Sayyidatina Khadijah' pada Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013 yang dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada 2 Februari lalu. Konon Anu-gerah berkenaan kerana menghargai keberanian dan 'sumbang'an beliau dalam menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam kearah perpaduan. (Baca Sini) (Baca juga pandangan blog Jawa Bernam)

2. Kak Jijah ni memang berani, berani mempertahankan Anu arr dalam isu 'totey' bengkok 'membalun' Chinadoll serta berani bermati-matian mempertyahankan kenyataan bahawa Jam Omega Anu arr ada dalam simpanannya, namun sehingga sekarang tidak dapat ditunjukkan kepada umum. Kak Jijah juga berani mempertahankan Shamsidar 'madu gelapnya' dan merelakan bersama-sama berkongsi 'anu', memang Kak Jijah seorang perempuan yang hebat.

3. Tidak lama dulu Kak Jijah menyifatkan Anu arr sebagai Anu-gerah Tuhan. Seorang pemimpin yang terbaik segala-galanya. Kemudian Ostad Badrol pula memperakukan Anu arr itu adalah Imam Mahadi namun tidak lama selepas itu Ostad Badrol sendiri ditangkap ketika 'memandikan burungnya' bersama seorang 'isteri orang' dalam bilik hotel jam 3 pagi dalam keadaannya bertuala.

4. Anu arr tidak pernah bersumpah bahawa bukan dia didalam klip video seperti yang oleh Dato' Eskay. Anu juga tidak berani bersumpah bahawa dia tidak meliwat Saiful, Azizan dan Sukma. Yang selalu Anu arr lakukan apabila dituduh adalah menuduh orang lain.

5. Jika Kak Jijah di Anu-gerahkan  'Sayyidatina Khadijah', Anu arr secara tidak resminya di anu-gerahkan 'Anu-gerah Tuhan' dan 'Imam Mahadi' kenapa tidak kita lengkapkannya dengan Anu-gerah terulung untuk Anu  arr iaitu ' Anu-gerah Nabi Luth'






POLITIK JERANTUT BHG. 3: TRANSFORMASI UMNO BAHAGIAN

YBM 'Ku Lan' bersama Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut, 
tidak mustahil Dato' Norhelan jadi calon Parlimen jika gerakkerjanya dijadikan ukuran.


1. UMNO Jerantut mesti berubah. Keputusan YBM 'Ku Lan' untuk tidak bertanding lagi adalah satu perubahan yang besar maknanya. Itu juga adalah satu keputusan yang sangat berani kerana dalam banyak situasi, bukan ramai pemimpin yang sudah menduduki kerusi bersedia untuk turun. Contoh terdekat adalah ADUN Damak dan Pulau Tawar. Tentu pemergian YBM 'Ku Lan' nanti amat menyedihkan.

2. Yang paling sedih dan berdukacita dengan keputusannya adalah mereka yang rapat dan bergantung sepenuhnya kepada beliau. Nampaknya terpaksalah mereka yang berkenaan pandai memilih siapakah selepas ini akan jadi Ahli Parlimen Jerantut untuk dijadikan dahan untuk berpaut.

3. Walau siapapun kelak akan jadi Ahli Parlimen Jerantut, beliau hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa akan dijadikan sokongnya supaya tidak akan berulang peristiwa sokong membawa rebah. banyak pihak melihat bahwa kelemahan UMNO BN Jerantut selama ini adalah kerana sokong-sokongnya. (Baca blog-blog Jerantut yang banyak dan membincangkan persoalan sama sebelum ini. Sila tujuk senarai blog-blog Jerantut di notakaki)

4. Secara peribadi, BH tiada masalah sama ada Ahli Parlimen masih dikekalkan yang lama atau bertukar kepada yang baru, kerana yang lebih penting adalah membersihkan sokong-sokongnya terlebih dahulu supaya dapat sejajar dengan UMNO Kebangsaan dalam mentranformasikan UMNO di Peringkat Bahagian. Bagi menegakkan UMNO dan mengukuhkan strukturnya, UMNO mestilah disokong oleh mereka yang boleh diharapkan, telus, bersih, cekap dan yang penting sekali adalah amanah.

5. Yang banyak kita dengari adalah kebencian rakyat kepada UMNO adalah kerana sikap pemuka-pemuka UMNO Bahagian yang lebih merupakan pejuang yang hanya cenderung memungut harta rampasan perang bukan kerana keikhlasan dalam perjuangan itu sendiri.

6. Apapun, UMNO bahagian mesti melakukan perubahan yang drastik dan dapat menyakinkan rakyat bahawa UMNO Bahagian memang serius dan ikhlas untuk berubah. Andaikata UMNO gagal melakukannya, nantikan saja rakyat untuk mengubahnya.


# Blog-blog Politik Jerantut (Sebahagian):
1. Suara Api
2. Borok Politik Weh
3. Patpatsikulipat
4. Karok
5. 1,2,3,SiLekuk
6. MuaraSat
7. WZWH
8. uRag dRrulug
9. Orang Bukan Orang
10.Surat Untuk Pemimpin

06 February, 2013

HANGAT: LINK MELIHAT 'HUTAN' ELI WONG

Huh! Berpeluh dahi beb! Patutlah Pok Nik cepat-cepat ampunkan dosanya!


1. 'Eli Wong', nama penuhnya Elizabeth Wong Keat Ping  (黃潔冰) lahir pada 9hb Mac 1972 adalah ADUN Bukit Lanjan dan juga EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Selangor. Beliau mewakili PKR dalam PRU12 lalu dan terpilih (baca 'Tersalah Pilih) oleh pengundi DUN Bukit Lanjan sebagai wakil rakyat.

2. Eli Wong mendapat majoriti melebihi 5000 undi dan adalah majoriti kedua terbesar yang diterima oleh PKR dalam PRU pada 8 Mac 2008 lalu.

3. Sejak sebelum jadi wakil rakyat lagi beliau sudah terkenal sebagai pejuang kebebasan dan terlibat dalam banyak kempen 'human rights'. Namun akhirnya beliau jadi lebih terkenal sebagai 'ADUN Telanjang' apabila gambar-gambar bogelnya tersebar meluas diinternet.

4. Nampaknya moral para pemimpin PKR rata-rata terlalu rendah. Bermula dari Ketua Umumnya Anu arr Al-Juburi yang bukan saja terlibat beberapa kali dengan salah laku seks luar tabii meliwat  bahkan sejarahnya terakam sebagai pelanggan pelacur dari China (Chinadoll) terus kepada kisah Ostad Badrol yang tertangkap berkhalwat dengan isteri orang jam 3 pagi kemudiannya kisah gambar-gambar telanjang Eli Wong selepas pendedahan hubungan sulitnya.

5. Ramai dikalangan penyokong pembangkang yang tidak percaya dan menganggap ini adalah konpirasi UMNO semata-mata. Sayugia diingatkan bahawa UMNO tidak ada masa untuk sentiasa mengikut gerak geri dan memerhatikan bontot Eli Wong sepanjang masa.

6. Ketika kesnya sedang hangat diperkatakan, sangat menyedihkan apabila ada beberapa muslimah Pas yang meratap tangis memberikan sokongan kepadanya tanpa usul periksa. Jelas bahawa pada Pas, asal menyokong dan bersama Pas segala kesalahan dan kemungkaran akan tetap dipandang benar.

7. Bukan tujuan BH untuk 'melucah' namun sebagai bukti beberapa gambar bogel yang jelas menunjukkan 'hutan simpan Bukit Lanjan' Eli Wong ini tersiar dilama blog. (Klik Sini) AMARAN: Bagaimanapun segala risiko dari melawat laman berkenaan adalah tanggunggan sendiri dan BH tidak akan bertanggungjawab kepada apa yang berlaku akibat darinya.

8. PRU13 kita tolak pembangkang yang jelas membawa kepada kesesatan dan keruntuhan moral. Golongan muda mesti diselamatkan bagi memastikan negara akan kekal aman damai kerana anak muda hari ini adalah pemimpin masa depan.

POLITIK JERANTUT BHG. 2: CALON MELAYU BAGI DUN DAMAK



1. YBM Tan Sri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar, Ahli Parlimen Jerantut diberitakan tidak berminat lagi untuk bertanding kerusi parlimen Jerantut dalam PRU13 akan datang. Beliau juga dibayangkan tidak bertanding mana-mana kerusi hatta DUN Pahang. Dalam kata lain, beliau ingin bersara dari politik. Keputusannya harus dihormati dan pengundi Parlimen Jerantut perlu menerima hakikat bahawa beliau akan pergi.

2. Dalam temuramah dalam klip video diatas, ' YBM Ku Lan' membayangkan DUN Damak patut dipertandingkan oleh calon UMNO memandangkan majoriti pengundi terdiri dari kalangan orang-orang Melayu. ADUN Damak sekarang ini juga sudah begitu lama menduduki kerusi berkenaan. Dalam PRU lalu, calon Melayu dari PKR telah mendapat sokongan yang banyak sebagai petunjuk bahawa pengundi Melayu di DUN Damak sudah mehukan wakil rakyat Melayu yang mampu membela dan mempertahankan hak-hak orang Melayu. Jika bukan kerana Cik Gu Koh yang ketika itu bertanding sebagai calon bebas, sudah tentu Dato' Lau Lee tersungkur menyembah bumi.

3. Khabarnya PRU13 nanti, DAP akan meletakkan Cik Gu Koh sekali lagi dan kali ini sebagai calonnya. Protes pengundi cina terhadap Dato' Lau Lee mungkin akan diterjemahkan dalam undi mereka dengan memenangkan DAP bagi DUN Damak kelak jika pertandingan 2 penjuru berlaku. Melainkan adanya calon bebas Melayu yang berani mencari undi simpati yang akan memungkinkan pecahan undi berlaku dan akhirnya sama ada memenangkan calon Melayu atau berbalik kepada calon MCA jika undi cina mengikut pola pengundian terdahulu.

4. Apapun, pandangan YBM 'Ku Lan' supaya meletakkan calon Melayu di DUN Damak itu patut diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan jika sayangkan kerusi berkenaan. Secara peribadi saya melihat kerusi-kerusi lain di Parlimen Jerantut akan kekal selamat kecuali DUN Damak jika sesuatu tidak dilakukan.


05 February, 2013

POLITIK JERANTUT BAHAGIAN 1

Calon ADUN Damak; Lau Lee, Dr. Hamzah atau WZWH pilihan ke-3?


1. Memang politik Jerantut bergolak dan celaru sedikit sejak akhir-ahkir ini. Bahkan dari dulupun memang politik Jerantut sentiasa bergelora. Keadaan itu sememangnya dirancang kerana 'pemain' dalam politik Jerantut memang sedar bahawa mereka hanya akan beruntung dalam satu keadaan dimana 'Jong Pecah Yu Kenyang'.

2. Penyokong politik Jerantut sentiasa hendakkan adanya pertarungan, barulah mereka akan mendapat faedahnya. Bagi pemimpin yang bertanding pula juga sedar bahawa mereka akan diangkat jika mereka meng'hulur'. Itu berlaku didalam setiap kali pemilihan UMNO, namun peraturan baru nanti akan menghalang dari perbuatan membeli undi seperti yang diamalkan oleh UMNO, juga Pas, PKR dan DAP. Bahkan mereka lebih teruk lagi.

3. Blogger 'Suck-Mangkok' dengan mudah dan secara sembrono menentukan bahawa Parlimen Jerantut akan jatuh kepada Pakatan Pembangkang. Saya dah katakan pendapat saya, bahawa jika parlimen Jerantut jatuh ketangan pembangkang, ianya patut berlaku dalam PRU12 lalu kerana ketika itulah tsunami kuat melanda dan undi protes banyak menjurus kepada pembangkang. Saya sangat yakin dan pasti bahawa dalam PRU13 nanti, parlimen Jerantut akan tetap teguh pada gengaman BN, cuma berapa majoriti undi yang akan diterima itu bergantung kepada siapakah calonnya.

4. Tidak mustahil akan berlaku 'cas keting' sebagaimana sebelum ini kerana 'pakar' cas keting masih berada didalam AJK Bahagian untuk sentiasa mencari makan. Faktor perebutan kerusi berkenaan juga jadi faktor utama. Umum maklum bahawa ada 2 calon yang berani bertarung hingga 'mati' untuk menghidupkan kerier politik masing-masing. Ini diantara ADUN Tahan dengan ADUN Pulau Tawar.

5. ADUN Pulau Tawar sudah menduduki kerusinya dalam jangka masa lama. Pernah dilantik sebagai exco kerajaan negeri namun akhirnya disingkirkan. Selamilah apa yang tersembunyi. Seloknya beliau tidak dicalonkan sebagai Ahli Parlimen bahkan tidak juga mengekalkan kerusi DUN Pulau Tawar.

6. ADUN Tahan masih muda dan bertenaga namun ada juga cerita-cerita hitam yang mencacat-celanya. Kemungkinan tidak calonkan dikerusi sedia ada mungkin pasti. Jika dicalonkan ke kerusi parlimen pasti yang satu lagi akan mensabotajnya begitu juga jika yang satu itu dicalonkan tidak mustahil dia pula akan melakukan gerak-kerjanya. Sejarah politik Jerantut memang begitu.

7. ADUN Damak juga sudah sangat cukup lama. Kalau bukan kerana Cik Gu Koh bertanding sebagai calon ke-3, kemungkinan besar dia sudah tersungkur. Namun politik kaum yang bijak masih memilihnya berbanding dengan wakil rakyat Melayu. Justeru, jika kali ini pertandingan 2 penjuru berlaku diantara MCA dengan Cik Gu Koh dari DAP, tidak mustahil undi cina berpihak kepada DAP untuk mengajar BN. Jadi calon ke-3 Melayu adalah perlu walaupun sebagai calon Bebas.


BAI'AH PERTARUHKAN BINI - JAHILIAH


Jika yang macam ini, sanggupkah dipertaruhkan?





1. Menjelang PRU13 nanti, ramailah isteri-isteri calon Pas akan dipertaruhkan. Tinggi dan mulianya martabat kaum wanita pada mata para pemimpin Pas. Mungkin kerana itu jugalah para pemimpin Pas berebut-rebut beristeri banyak untuk pertaruhan yang lebih banyak atau setidak-tidaknya jika mereka kalah pertaruhan, mereka masih ada lagi isteri untuk pertarhan yang lain.

2. Kerana memandang rendah pada kaum wanita dan isterilah maka pengikut-pengikut Pas rela isterinya di'perkudakan' oleh para pemimpin mereka. Para pemimpin Pas pula lebih suka 'kahwin batin' dengan isteri-isteri sahabat dan penyokong mereka berbanding dengan berkahwin secara sah.

3. Pandangan rakyat terhadap Pas sungguh menyedihkan sehingga ada yang berkata....'ingat Pas ingat zina'. Ingat kisah Mat Sabu di Hotel Perdana Kota Bharu? Ingat YB Saiful Bahrin dalam Koc Keretapi? Kedua-duanya sah bersalah walaupun di 'ampunkan. oleh Tuan Guru Nik Aziz. Bahkan banyak lagi.......

4. Mungkin saya dianggap jahil tentang agama, tetapi pertaruhkan isteri untuk tujuan politik adalah amalan yang lebih jahil dari amalan jahiliah. Selain itu, jika pemimpin politik songsang ini sanggup pertaruhkan isteri mereka apa sangatlah jika mereka pertaruhkan harapan para penyokong dan pengundi mereka selama ini.






04 February, 2013

TUAN IBRAHIM TABUR JANJI PALSU DI JERANTUT ?

Inilah banner sensasi yang diletakkan di Jalan Jerantut-Benta 
namun beberapa hari saja dan ditanggalkan.


1. Pakatan Pembangkang sudah sekian lama mengidamkan kerusi Parlimen Jerantut. Khabar bahawa Ku Lan tidak akan bertanding pada PRU13 nanti membuatkan pembangkang tidak lena tidur dan termimpi-mimpikan kerusi berkenaan. Konon jika Ku Lan tidak bertanding lebih mudah harapan mereka dicapai.

2. Tidak pernah dalam sejarah Parlimen Jerantut kalah kepada pembangkang sebelum ini. Bagaimanapun dua kerusi DUN sudah pernah ditawan oleh pembangkang iaitu DUN Pulau Tawau oleh Semangat 46 apabila Pengerusi Tetap UMNO Bahagian sendiri yang berpaling tadah dan jadi calon. Manakala DUN Tahan dirampas oleh Pas kerana kealpaan dan cas keting ahli-ahli UMNO sendiri.

3. Kedua-dua kekalahan DUN-DUN berkenaan bukanlah kerana kekuatan pihak lawan tetapi adalah kelemahan yang nyata dalam UMNO sendiri. Sebahagian dari mereka yang berusaha mengalahkan UMNO itu masih ada dan ada dikalangannya terpilih sebagai AJK Bahagian. Segalanya kerana perebutan kuasa dan duit. Insyallah! saya akan menulis terperinci mengenainya dan siapa yang terlibat menikam UMNO BN dari belakang, tetapi bukan sekarang.

4. Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dr. Hamzah Jaafar cuba menarik perhatian rakyat terutama disekitar kampong tradisi sepanjang jalan Jerantut - Benta dengan menaikkan bannner konon Pas dan Pakatan akan menyempurnakan pembinaan lebuhraya tersebut jika rakyat mengundi mereka. Malangnya tak sempat beberapa hari banner berkenaan diturunkan semula. Mungkin kerana sedar tipu daya mereka tidak diterima rakyat.

5. Jikalau Dr. Hamzah ingin bertanding sekali lagi di parlimen Jerantut maka sudah tentu beliau menempah kekalahannya sekali lagi. Sebelum ini pun Dr. Hamzah sudah kalah berkali-kali. Sebaiknya beliau belajar erti serik dan mengundur diri.

6. Jika Tuan Ibrahim Tuan Man yang akan cuba bertanding di parlimen Jerantut, dia juga akan ditolak rakyat. Calon yang tidak berkreadibiliti sepertinya yang ditolak oleh Pas dalam pemilihan Timbalan Presiden Pas tentu akan dipandang remeh oleh rakyat.

7. Andai pembangunan yang akan dijadikan isu kempen untuk Tuan Ibrahim menang, sudah pasti ianya tidak akan berjaya. Kerana selama ini kita parlimen Jerantut sudah diwakili oleh beberapa orang menteri dan timbalan menteri, maka apalah sangat seorang ahli parlimen biasa dan mewakili parti pembangkang pula. Tentulah janjinya itu hanya disifatkan sebagai sebuah janji yang dusta semata-mata.

8. Beranikah hati Tuan Ibrahim Tuan Man bersumpah dan berbai'ah bahawa jika dia menang mana-mana kerusi sama ada parlimen Jerantut atau pun DUN Damak dia akan menyempurnakan lebuhraya berkenaan? Sedangkan Nik Aziz Menteri Besar Kelantan lagikan tidak mampu laksanakan janji-janjinya, inikan pula Tuan Ibrahim, yang tewas kepada Mat Sabu bagi Timbalan Presiden Pas. Apalah sangat. Rakyat Jerantut tidak akan percaya sedikitpun.

POLITIK 'KUDA MUDA' vs. 'UNTA TUA'

Selagi mereka masih ada, harapan pembangkang pasti sukar


1. UMNO BN berada didalam keadaan yang sangat lemah dalam PRU12 lalu. Kerana itulah BN kehilangan banyak kerusi. Pemerhati menyifatkannya sebagai dilanda tsunami politik. Apa yang berlaku adalah menefestasi berontak dan tidak puas hati rakyat yang diterjemahkan kepada kertas-kertas undi.

2. Namun UMNO BN telah melakukan transformasinya dengan pantas dan berkesan setelah dipimpin oleh DS Najib. Tidak hairan kerana DS Najib adalah pemimpin muda yang dapat merasai kehendak dan citarasa golongan muda. Bagaimanapun bukanlah tersangat mudah untuknya melakukan perubahan itu kerana DS Najib terpaksa berhadapan dengan golongan tua didalam kepimpinan UMNO dan BN sendiri yang tidak faham dan sukar berubah. Sehingga sekarang masih ada bahagian-bahagian yang tidak mampu berubah selaras dengan perubahan yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO pusat.

3. UMNO BN Jerantut juga masih kuat dan teguh. Tuduhan 'Suck-Mongkol' bahawa parlimen Jerantut akan jatuh kepada pembangkang hanyalah mimpi dan angan-angan kosongnya. Jika UMNO BN Jerantut harus kalah maka ianya pastilah dalam PRU12 lalu ditenggelamkan oleh tsunami politik yang melanda negara, namun itu tidak berlaku. PRU13 nanti akan berbeza sama sekali. Sokongan terhadap kerajaan BN semakin kukuh, golongan muda juga sudah percaya dan menyokong kerajaan. Golongan yang berontak dan protes dengan menyokong pembangkang dalam PRU lalu juga akan kembali kepangkal jalan. Justeru pembangkang jangan bermimpi akan ada gelombang tsunami politik kali kedua.

4. Parti politik pembangkang dipimpin oleh golongan tuan yang tidak memahami kehendak generasi muda. Ini membuatkan kerja DS Najib lebih mudah. Pemimpin bukan saja tidak memahami kehendak generasi muda bahkan usia tua mereka dan kekurangan tenaga membuatkan mereka sukar bersaing dengan DS Najib. Lihatlah DS Najib kesana kemari menghadiri banyak program-program tanpa menunjukkan keletihannya dalam usaha mengukukhan UMNO BN sedangkan pemimpin pembangkang sudah kehabisan tenaga serta hilang upaya.


                               
Fizikal Nik Aziz pun selalu letih dan sakit-sakit walaupun mulutnya masih 
kuat kafirkan orang itu dan orang ini, bahkan mendoakan pecah perut kepada DS Najib.


5. Jika parti pembangkang terutamanya Pas ingin memberikan cabaran kepada UMNO BN, parti berkenaan juga mesti dipimpin oleh pemimpin muda yang kuat fizikal dan mentalnya serta yang faham akan kehendak pengundi-pengundi muda. Malangnya Pas lebih rela pertahankan pemimpin tuanya dan memecat pemimpin muda seperti apa yang berlaku kepada Nasharuddin Mat Isa baru-baru ini. Tindakan itu membuatkan Pas terus dan tetap berada didalam kepompongnya sendiri, dan jumud.

6. Apa yang jelas adalah pihak pembangkang sudah hilang haluan dan arah tuju dalam perjuangan. Pakatan pembangkang semakin hari semakin rapuh dengan beberapa isu yang tidak mendapat persefahaman dan persetujuan bersama. Parti yang konon perjuangkan Islam sudah kelihatan tidak lagi terguh pada perjuangan kerana terpaksa dan dipaksa bertolakansur untuk menjaga perpaduan mereka itu. Malangnya Pas sahaja yant terpaksa bertolak ansur dan kehilangan sedikit demi sedikit sedangkan DAP mendapat semakin  banyak dari masa kesemasa.

7. Pas juga sudah tidak konsisten kepada perjuangan Islam. Bahkan menegakkan negara Islam sudah bukan lagi agenda utama mereka apabila didesak DAP untuk jadikan membina 'negara berkebajikan' sebagai perjuangannya. Apakah kerajaan BN bukan kerajaan berkebajikan dan kebajikan bagaimana yang mempu mereka lakukan ? Kalau kerajaan Kelantan diambil sebagai contah, kita nampak Pas gagal sama sekali memberikan kebajikan kepada rakyat dan penyokongnya selama memerintah. Apakah kebajikan yang dimaksudakan hanyalah kebajikan untuk para pemimpinnya serta puak kerabak dan kroninya sahaja?

8. Saya sangat yakin bahawa dalam PRU13 ini nanti BN bukan saja akan mendapat kembali mandat 2/3 bahkan dalam masa sama akan terus menenggelamkan parti-parti pembangkang yang ada dinegara kita. Parti-parti pembangkang yang ada dinegara kita masa kini sudah tidak lagi relevan. Jika kerana mereka parti pembangkang maka kerja mereka hanya membangkang setiap apa yang kerajaan lakukan tanpa memberikan cadangan bagaimana untuk melakukan sebaliknya, maka memang mereka sudah tidak diperlukan sama sekali.



                                 
BN tetap dihati - dulu, kini dan selamanya.


03 February, 2013

SUARA RAKYAT TOLAK NIK AZIZ DAN PAS


Nik Aziz celakooooo!......


Kebelakangan ini sudah banyak dan jelas kedengaran suara-suara rakyat disana-sini yang tidak puas hati dengan sikap para pemimpin serta parti pembangkang termasuklah Nik Aziz Mursidul Am Pas (baca Mursidul HAMPAS). Tidak puas hati dan protes ini diterjemahkan dengan pembagai cara antaranya memulaukan sebarang ceramah dan pertemuan yang melibatkan parti pembangkang, bahkan ada yang lebih berani menyuarakannya diforam-foram tertentu termasuklah di facebook dan laman blog.

Berikut saya salinkan Suara Rakyat yang menolak Nik Aziz yang saya angkat dari laman blog 'TheUnSpinners' untuk pertimbangan pembaca sekelian. Yang jelasnya adalah Nik Aziz semakin sesat dan menyesatkan, yang membenci sesama Islam tetapi menyayangi kafir, yang pernah menyatakan bahawa rela bersahabat walaupun dengan syaitan semata-mata kerana bencikan UMNO.


1. Apa yang perlu dihairankan sangat dengan tindakan sesat Nik Aziz laknatullah. Bukankah dia hanya mengikut telunjuk moyangnya yang jauh lebih hebat:

Orang Khawarij membuat ulah lagi dengan mengkafrkan Ali r.a. dengan berkata,

كفرت لأنك حكمت رجالا في حكم الله, إن الحكم إلا لله

“Anda telah kafir karena Anda telah menyerahkan urusan tahkim kepada orang dalam hukum Allah. Tiada yang berhak menghukum melainkan Allah.”

sepertimana moyangnya terdahulu pernah membentak Nabi (saw):

Untuk melihat sifat‑sifat mereka lebih jauh, kita lihat hadits‑hadits Rasul saw. yang membicarakan hal ini, diantaranya:

عن أبي سعيد الخذري قال: بينما نحن عند رسول الله (ص) وهو يقسم قسما أتاه ذوالقويصرة وهو رجل من بني تميم فقال: يا رسول الله اعدل. قال رسول الله (ص) ويلك ومن يعدل إن لم اعدل؟ قد خبتُ وخسرتُ إن لم اعدل. فقال عمر بن خطاب (ض) يا رسول الله ائذن لي فيه اضرب عنقه. قال رسول الله (ص) دعه فإن له أصحابا يحقر أحدكم صلاته مع صلاتهم وصيامه مع صيامهم يقرئون القران لا يجاوز تراقيهم ويمرقون من الإسلام كما يمرق السهم من الرمية

Dari Abi Said Al‑Khudry berkata, Tatkala kami bersama Rasulullah saw. dan beliau sedang membagikan ghanimah, datang Dzul Khuwaishirah salah seorang dari Bani Tamim dan berkata, “Wahai Rasulullah berbuat adillah!” Berkata Rasulullah saw., “Celaka! Siapa yang akan berbuat adil jika saya tidak berbuat adil? Niscaya saya celaka dan binasa jika saya tidak adil.” Berkata Umar bin Khattab, “Wahai Rasulullah! Ijinkan saya memenggal lehernya.” Berkata Rasulullah saw., “Biarkanlah dia. Sesunggulinya dia mempunyai banyak teman, dirnana dianggap remeh shalat di antara kalian dibanding shalat mereka, puasa kalian dibanding puasa mereka, mereka membaca Al‑Qur’an tidak sampai kecuali pada tenggorokan mereka. Mereka keluar dari Islam sebagaimana lepasnya anak panah dari busur.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Jadi kira Awang Adek ini nothing buat Setan macae Nik Aziz laknatullah. Tetapi Nik Aziz jangan ghirah sangat naik main benda kafir mengkafir kerana akan muncul orang beriman yang akan ikut pesanan Rasulullah (saw):

وفي رواية: إن من ضئضئ هذا قوما يقرئون القرآن لا يجاوز حناجرهم يقتلون أهل الإسلام ويدعون أهل الأوثان يمرقون الإسلام كما يمرق السهم من الرمية لئن أدركتهم لأقتلنهم قتل عاد

Dalam riwayat yang lain: “Sesungguhnya dari keturunan ini ada kaum yang membaca Al-Qur’an yang tidak sampai kecuali pada kerongkongan, mereka membunuh orang Islam dan membiarkan penyembah berhala, mereka keluar dari Islam sebagaimana lepasnya anak panah dari busurnya, jika saya menjumpai mereka pasti akan saya bunuh mereka seperti membunuh kaum Aad.” (HR. Bukhari dan Muslim)

dan itu jam usah melatah....


Warrior 231



2. Sebelum nak usaha mintak duit minyak yang tengah kaut nun, tuntutlah duit royalti lombong bijih emas, besi, perak, balak, air semulajadi (dibotol jual sebagai mineral water) dan pelbagai sumber alam dari taukey-taukey Cina yang dapat pajakan daripada Kelantan dulu.

Anonymous

YANG PEMIMPIN PAS MESTI JAWAB...




1. Yang datang berceramah naik kereta mewah dan menerima duit 'derma jihad', tetapi yang menderngar ceramah datang dengan honda cup buruk, kekadang lamp[u pun tak ada dan memberi derma. Berapa jumlah kutipan dan kemana disalurkan ada siapa yang tahu?

2. Apakah derma untuk tumbangkan kerajaan yang diperintah oleh orang Islam yang masih menunaikan kewajipannya sebagai orang Islam dianggap jihad? Ini bukan jihad tetapi ini jahat!

3. Kerajaan bina lebuhraya dan mengutip tol di tentang pembangkang, namun di Kelantan mereka sendiri sebelum lebuhraya dibina dan dikenakan tol (derma JAHAT), ni apa pulak ceritanya?

4. Dalam Barisan Nasional, pemimpin bantu rakyat tetapi dalam pakatan pembangkang rakyat kena bantu pemimpin.....derma serta sokong pemimpin walaupun didapati salah meliwat....ni apa cerita?

02 February, 2013

GEMPAR: MAT SABU SAKIT.....?

Sakit? Mat Sabu 'potong' 2 kali ?


1. Mat Sabu sakit? Baca diblog 'Horas' -  (Klik Sini)

2. Zalim dan kejamnya kerajaan UMNO BN bila mengarahkan sebuah keretapi barang melanggar Mat Sabu ketika beliau menyertai Demonstrasi Bersih dahulu. (Gambar bawah)




 3. Mat Sabu sewaktu latihan kerusi roda setelah berjaya sesi saringan bagi mewakili negara menyertai acara perlumbaan di Paralympic. (Gambar bawah)



4. Mat Sabu bersama Anu arr  ketika menerima anu-gerah pelakon 'sakit' politik terbaik. (Gambar bawah)




5.Tidur seorang yang zuhud. 'Ntah apalah yang diayat oleh Mat Sabu ni. Yang macam ni pun dia ada nafsu? (Gambar bawah)





6.  Memang sah Mat Sabu ni sakit. Menjelang PRU ni Mat Sabu selalu mimpikan kerusi sehingga sanggup duduki banyak kerusi kerana tamak halobanya. (Gambar bawah)




7. Baca sini mengenai penyakit dan kesakitan Mat Sabu. (Klik Sini) Kita mesti bersimpati dengannya.

01 February, 2013

NIK AZIZ KUTUK JANDA, CUMA ABBY ABODY SAJA YANG BEBAL


http://gelombangkick.blogspot.com/2013/01/nik-aziz-dakwa-wanita-kena-cerai-sebab.html

Nik Aziz Dakwa Wanita Kena Cerai Sebab Bermasalah, Termasuk @abby_abadi112 Ke ?

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan semua wanita yang menjadi janda akibat diceraikan suami semuanya dikalangan golongan wanita yang bermasalah.

“Saya tidak suka sebut keburukan orang lain. Awak fikir sendiri mana boleh seorang suami ceraikan isterinya kalau tidak ada masalah.......

(Baca sepenuhnya klik sini)

Kalau ikut teori Nik Aziz, Abby Abadi pun bermasalah juga, patutlah diceraikan suami, selalunya orang yang bermasalah turut akan pilih parti yang bermasalah.


1. Kesian Abby Abody yang bebal dan tidak faham tohmahan Nik Aziz itu. Mungkin selama ini Abby Abody menganggap bahawa dia diberikan perhatian dan dihormati oleh pemimpin Pas, rupanya beliau hanya dipergunakan saja.

2. Mungkin elok Abby 'mengoda' Mat Sabu yang masih terkenal sebagai casanova dengan harapan dapat peluang jadi isteri tambahannya. Mat Sabu pun masih 'hensem' dan perwatakannya masih menawan. Yang penting, lidahnya masih berfungsi baik seperti dulu.......


Bencinya Mat Sabu pada Najib


Ini cerita dulu-dulu semasa bersama Normah


Ini kalau ada cerita, saya tak tahu....hehehe

KAK JIJAH SEPAT KERING?

Keratan Keadilan 'Doll,y'



Patutlah Presiden PKR ini tidak mendapat perhatian ahlinya...sepat kering...dah macam Presiden Pas, terpaksa buat aksi-aksi gempaQ bagi mendaptkan perhatian.....

P/s:jijah ni tahu ke nama yang disebut tu dah lama syahid

Pendapat seorang pembaca dilaman fb Keadilan


1. DS Najib terpaksa berusaha keras dan pertaruhkan keselamatan dan nyawa untuk melawat Gaza dan melihat sendiri keadaan mangsa rejim Tel-Aviv dalam rangka sehari lawatan kemanusiaannya baru-baru ini. Namun segalanya diperlekehkan oleh puak-puak yang benci dan iri hati pada apa yang dilakukannya. Di sana DS Najib disanjung tinggi bahkan dianggap sangat berani melebihi para pemimpin negara arab lainnya yang tidak pernah menjejak kaki ke Gaza.

2. Di negara sendiri, DS Najib dicemuh dan diperlekehkan oleh pemimpin pembangkang serta para 'pencacai pengangkut najis' mereka. Mereka sedar dan akui bahawa mereka tidak akan dapat lakukan lebih baik lagi dari apa yang DS Najib lakukan itu. Justeru tiada apa yang lebih baik yang dapat mereka lakukan selain dari meburuk-burukkan perkerjaan baik DS Najib itu.

3. Tiba-tiba dikejutkan dengan berita pemimpin Hamas akan 'meliwat' Kak Jijah sepat kering. Opps! Pemimpin Hamas melawat  Malaysia untuk bertemu Presiden Keadilan. Maka terkejut beruklah para-para beruk dihutan yang akhirnya ketawa sakan pada cerita lawak itu. Mungkin pemimpin Hamas itu tidak ada pengetahuan dan silap fakta bahawa Malaysia masih diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional dan Perdana Menteri nya masih lagi DS Najib. Jika diibaratkan kita datang buat kunjungan ke sebuah pejabat sudah tentu yang ingin dan akan kita jumpa adalah ketua pejabat berkenaan, bukannya tukang kebun, tukang cuci atau pion. Jikapun ada kelangan pemimpin Hamas yang datang, mereka bukanlah mewakili keleluruhan badan berkenaan dan bukan juga mewakili rakyat Palestin.

4. Bagaimanapun demikianlah apa yang dilakukan oleh pembangkang untuk menunjukkan seolah-olah negara lain tidak mengiktiraf DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Siapalah Kak Jijah si sepat kering itu pada mata dunia? Dia bukannya Perdana Menteri, bukan juga isteri Perdana Menteri, bukan ketua pembangkang hanyalah presiden sebuah parti anak beranak yang dipinggirkan. Jikalau Anu arr sendiri sanggup melihat belakang orang lain dari memandang sepat kering, apalah ertinya lagi. Huuuwuuuuuu!



BERSIHKAN SPR?

Nik Aziz bersihkah sebagai MB Kelantan? Hehehehe....


1. Pembangkang berjaya menanamkan kecurigaan kepada sebahagaian rakyat, terutama yang menyokong dan bersimpati kepada mereka. Justeru, mereka mencari-cari dan mencanang-canang bahawa kerajaan tidak bersih. Bahkan 'konon' semua yang kerajaan lakukan tidak betul dan tidak bersih maka jadi tanggungjawab merekalah untuk membersihkannya. Konon itu perjuangan mereka - untuk rakyat.

2. Sebelum PRU12 mereka sibuk mencemuh SPR konon tidak bersih. Berbagai-bagai tuduhan dilemparkan; senarai pemilih, pengundi hantu dan sebagainya. Namun apabila mereka menang dan bahkan dapat menguasai beberapa negeri mereka tidak pula membuat bantahan kenapa mereka menang. Bermakna, jikalau mereka menang dan apa-apa yang memihak kepada mereka, maka ianya bersih dan baik serta betul. Apakah SPR bersih dan betul hanya dinegeri-negeri atau khususnya dikerusi-kerusi yang mereka menangi. Bagi kerusi-kerusi yang mereka kalah, SPR tidak bersih dan tidak betul?

3. Demikian juga terjadi kepada institusi kehakiman. Ianya dituduh tidak adil dan tidak bebas hanya kerana mendakwa pemimpin 'agong' mereka Anu arr. Satu himpunan yang ingin mencetuskan rusuhan diadakan pada hari Anu arr dijatuhkan hukuman kepada kes liwatnya. Jika Anu arr dijatuhkan hukuman bersalah pasti rusuhan akan berlaku namun takdirnya Anu arr dibebaskan dari tuduhan meliwat kerana teknikal, bagaimanapun tidak pula mereka mengatakan bahawa badan kehakiman itu bersih atau bebas.

4. Selain itu banyak lagi agensi-agensi kerajaan yang dicemuh sebagai tidak bersih dan sebagainya dengan niat untuk menyalahkan kerajaan. Segala apa dasar yang kerajaan lakukan ingin dilihat sebagai tidak betul dan tidak bersih. Mereka lupa bahawa sebahagian dasar yang kerajaan lakukan itu Anu arr terlibat sama dalam memutuskannya sewaktu beliau menjawat Timbalan Perada Menteri. Mereka juga terlupa atau buat-buat lupa bahawa pihak pembangkang pun terlibat sama dalam merangka sebarang dasar yang kerajaan lakukan melalui Sidang Parlimen. Mereka lupa bahawa sebagai pembangkan mereka juga berperanan sama dalam membangunkan negara, cuma dinegara Malaysia ini tugas pihak pembangkang lebih mudah iaitu hanya membangkang apa saja tanpa perlu memberikan alasan atau memberikan cadangan yang lebih baik.

5. Pembangkang juga pura-pura lupa bahawa kerajaan hanya merancang dan memastikan perlaksanaan sesuatu dasar namun hakikatnya yang melaksanakan dasar itu adalah agensi-agensi tertentu dan penjawat awam yang berkenaan. Bukan tidak ramai pula penjawat awam yang melaksanakan dasar yang pembangkang kecam itu adalah dari golongan penyokong mereka sendiri. Ada juga berlaku dimana penjawat awam yang melaksanakan dasar yang pembangkang kecam itu setelah bersara menyertai pembangkang. Justeru kita harus fikir-fikirkan siapa sebenarnya yang pembangkang salahkan?

6. Ini semua adalah agenda jahat pihak pembangkang untuk menjatuhkan dan melemahkan kerajaan. Segala yang kerajaan lakukan cuba dilihatkan sebagai salah dan tidak bersih. Apakah mereka itu bersih dan betul? Apakah mereka akan melakukan lebih baik dari yang dilakukan sekarang ini? Mampukan orang yang tidak bersih dan tidak baik melakukan perkara yang lebih baik? Anu arr yang disebut-sebut sebagai bakal PM jika pembangkang menang terpalit dengan segala macam kekotoran dari pekerjaan terkutuknya meliwat, melanggan pelacur chinadoll serta salahlaku melibatkan penyelewengan kewangan sewaktu menteri kewangan dan dijatuhkan hukuman, mampukah melakukan perkara baik? Anu arr tidak akan mampu jadi ketam untuk mengajar anaknya berjalan lurus kerana 'ianya' bengkok dan 'kelihatan' bengkok.

7. Lihatlah kepada kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah pembangkang yang tidak lepas dari pelbagai masalah, Selangor terutamanya. Yang jelas adalah pembangkang ini tidak lebih dari 'tikus yang membaiki labu'. Krisis air Selangor yang tidak dapat diselesaikan hingga sekarang, masalah perlombongan pasir yang diluar kawalan, terbaru isu perpindahan tanah milik orang asli kepada pihak lain yang dilakukan dalam diam-diam serta masalah sosial yang tidak dibendung. Pas, sebelum pakatan memerintah Selangor, bukan main garangnya konon hendak tutup semua kilang arak tetapi apabila pakatan memerintah mereka tambahkan sokong kepada kemaksiatan.

8. PRU13 ini, rakyat jangan diperbodohkan oleh pembangkang. Anak-anak muda harapan bangsa dan masa depan jangan ditipu dan pergunakan lagi. Para penyangap itu tidak akan bertanggungjawab jika negara kita huru-hara dan rakyatnya sengsara. Jangan digadaikan masadepan yang cerah dan gilang gemilang kerana janji kosong pembangkang. Beringat sebelum terkena.

9. Dalam satu sidang media, Tan Sri Abdul Aziz Yusof Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjawab soalan provokasi pengamal media pembangkang; 'Nak Tunggu bersih macama mana? Wallahualam! Nak pakai sabun macam mana pun saya tak tahu'. Jawapannya disambut dengangelak ketawa wartawan-wartawan lain. (Klik Sini)

10. Anu arr Shamsidar, Nik Aziz, Hj Hadi, Mat 'Sapu' Normah, Karpal Singh, Lim KIt Siang serta yang lain-lain juga perlu membersihkan diri mereka terlebih dahulu sebelum layak memperkatakan bersih dan kotornya orang lain.


Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...