Suara Anak Pahang - Perlu Baca

24 May, 2013

MAJORITI SENYAP SOKONG ZAHID HAMIDI

Pembangkang berniat buruk hanya untuk merosakan negara.



1. Selama ini pihak keselamatan dilihat sebagai terlalu berlembut dengan perusuh yang didalangi pihak pembangkang. Segala peraturan dan akta yang ada tidak diperkuatkuasakan kerana tolak-ansur yang tujuannya tidak ingin mencetus sesuatu yang buruk terhadap nama baik negara. Namun pihak perusuh dan pembangkang sengaja mengambil kesempatan untuk memperlekehkan pihak keselamatan.

2. Pihak pembangkang mendalangi banyak rusuhan sebelum PRU13 dengan harapan supaya kerajaan menguatkuasakan peraturan yang ada dan membuat penangkapan lalu mereka kemudiannya dengan mudah menuduh bahawa kerajaan dan pihak keselamatan bertindak zalim. Itulah perancangan 'busuk' mereka sejak dulu lagi. Kerana itulah sejak awal lagi pasukan keselamatan dan kerajaan sudah dilabelkan sebagai zalim, jahat, perasuah bahkan polis juga digelarkan sebagai 'anjing'.

3. Penangkapan Adam Adli serta beberapa orang lagi yang berdemo menuntut membebaskan Adam  (Klik Sini) adalah satu lembaran baru bagi ketegasan pihak berkuasa kerajaan. Biarpun pembangkang sudah melebelkan sejak awal lagi bahawa sebarang tindakan oleh pihak polis itu sebagai satu kekejaman namun rakyat banyak tetap menyokong tindakan berkenaan. Permainan politik busuk pihak pembangkang sudah cukup meloyakan rakyat yang cintakan keamanan. Majoriti senyap yang selama ini hanya mendiamkan diri kini sedikit demi sedikit sudah mula bersuara bahawa apa yang pihak kerajaan dan pasukan keselamatan lakukan adalah benar dan majoriti rakyat tetap memberikan sokongan.

4. Rakyat sudah semakin sedar dengan tipu muslihat pembangkang selama ini. Lihat saja dengan tuduhan mereka ketika PRU13 berjalan. Mereka menuduh SPR tidak telus, ada pengundi hantu, ada 40 ribu pengundi Bangla yang dibawa masuk untuk mengundi, blackout dan segalanya. Semua itu hanyalah tohmahan yang tidak berasas yang berniat jahat untuk menburukkan kerajaan dan agensi kerajaan yang berkenaan. Namun satu perkara yang kita mesti ingat iaitu pihak pembangkanglah yang melakukakan perbuatan kotor selama ini dan mereka menuduh kononnya kerajaan dan BN yang melakukannya.

5. Anu arr dengan lentang menempelak Datuk Zahid Hamidi bahawa negeri ini bukan bapak Zahid Hamidi yang punya, namun dalam masa sama Anu arr sudah terlupa bahawa negeri ini bukan juga bapak Anu arr yang yang punya (Klik Sini).

6. Apakah rakyat masih menganggap Anu arr sebagai dewa yang segala perbuatannya tidak akan disanggah kerana menganggapnya adalah benar dan betul? Anu arr bukanlah seorang ahli politik yang patut dihormati kerana kegagalannya memegang prinsip. Anu arr adalah 'binatang' politik yang hanya menganggap bahawa hanya dia saja yang berhak sedangkan menafikan hak-hak orang lain. Lebih dari itu, Anu arr adalah 'setan' politik yang sanggup mengadaikan negara dan masa depan bangsanya sendiri hanya kerana ingin membalas dendam.

7. Siapa yang tergamak untuk berjanji menyerahkan pentadbiran negara kepada orang lain selepas hanya 2 tahun jadi Perdana Menteri? (Klik Sini) Bermakna bahawa beliau ingin jadi Perdana Menteri bukanlah kerana untuk membela rakyat tetapi hanya untuk memuaskan hatinya dan membalas dendam semata-mata. Apakah rakyat masih ingin pertaruhkan harapan mereka kepada manusia yang sedemikian ini? Memanggilnya sebagai 'insan' juga sudah tidak layak!

8. Klip Video dibawah ini adalah gambaran Si-Bangsat yang menentang perlaksanaan undang-undang. Beliau memang tidak layak berada di Parlimen kerana tidak menghormati sebarang keputusan yang Parlimen tetapkan. 'Anjing' ini juga pernah mengigit pegawai polis ketika mereka ingin melaksanakan tugas tidak lama dahulu. Patut juga dia di'nyah'kan dari negara ini.





Bacaan Tambahan:
http://belantan.blogspot.com/2013/05/tian-chua-ditahan-polis.html
http://brojinggo.blogspot.com/2013/05/tian-chua-harris-ibrahim-ditahan-polis.html




15 May, 2013

MENJELANG PERLANTIKAN EXCO NEGERI PAHANG.

Ikrar Menteri Besar Pahang


1. Khabarnya esok Dun Pahang akan dibentuk. Exco-exco kerajaan negeri akan dilantik bagi mengisi beberapa portfolio. Khabarnya juga jawatan Timbalan Menteri Besar akan diadakan semula dan 'orang muda' yang juga senior dalam exco kerajaan akan dilantik kejawatan itu. Untuk makluman, jawatan itu telah ditiadakan pada penggal lalu kononnya bagi meredakan perbalahan.

2. Saya sangat setuju apabila jawatan Timbalan Menteri Besar akan diisi oleh orang muda yang lebih memahami kehendak generasi masakini. Media Sosial yang jadi penghubung akan dapat lebih digiatkan dan digerakan sepenuhnya. Memang banyak yang masih perlu dilakukan. Jika dibandingkan cybertrooper sukarelawan penyokong kerajaan dengan dengan cybertrooper pembangkang memang nampak perbezaan ketara diantara keduanya ini terbukti dari segi impak yang diberikan dalam PRU12 dan 13 yang baru lalu. Red Beans Army Cyber troopers memang hebat dan memang tentera cyber upahan sepenuh masa (Klik Sini)

3. Berapa negeri yang ada unit cybernya seperti SelangorTV (Klik Sini) yang dapat menyiar dan melaporkan segalanya mengikut kehendak dan citarasa mereka sendiri dan yang lebih penting siarannya dapat ditonton pada bila-bila masa. Kerajaan negeri Selangor sedar akan kepentingan memiliki satu medium untuk mendekati rakyat. Kita juga masih belum terlambat untuk mengikuti langkahnya. Belajarlah dari mereka jika kita sedar bahawa kita ketinggalan dari mereka.

4. Perlantikan exco juga diharapkan akan berlaku beberapa pertukaran portfolio. Banyak rungutan dari pengusaha pelancongan yang mengatakan bahawa pelancongan di Pahang menemui jalan mati. Produk-produk pelancongan yang ada mestilah digilap semula dan diberikan nafas baru. Memang benar Pahang miliki sumber eko-pelancongan yang menarik namun jika tanpa usaha mempromosikannya tiada siapapun yang akan tahu apa yang kita ada. Kg. Cerating yang suatu waktu dulu jadi tumpuan pelancong asing kini sudah semakin sunyi. Kita harus tahu kenapa itu berlaku? Perbincangan dengan pengusaha pelancongan mesti diperbanyakkan untuk mengetahui apa yang mereka kehendaki.

5. PRU13 ini adalah harapan rakyat terhadap BN di Pahang. Jika kita gagal memahami kehendak rakyat bukanlah mustahil PRU14 nanti kita akan hadapi kesusahan yang lebih besar. Zaman pemimpin tahu segalanya sudah berlalu. Pemimpin dipilih rakyat untuk melaksanakan kehendak rakyat. Jika rakyat merasakan mereka gagal mendapat apa yang mereka kehendaki maka rakyat berhak memilih pemimpin bahkan parti lain bagi mencapai hasrat mereka. Apa akan jadi kepada BN  jika demikian jadinya?

'TSUNAMI CINA' DAN POLITIK PAHANG

Poster kempen PRU13: 
Calon Pas sanggup khianati PKR dengan bersekongkol dengan calon Bebas (DAP)


1. PRU13 berakhir dengan kemerosotan bertambah kepada BN dari 140 kepada 133 kerusi, kurang lagi 7 kerusi dari PRU12 lalu. Penganalisa politik menamakannya 'Tsunami Cina' apabila kaum cina tidak lagi menyokong BN khususnya kepada MCA dan Gerakan. Tidak siapa yang tahu apa sebenarnya yang kaum cina kehendaki apabila segalanya sudahpun diberikan. Mungkin kini masa untuk menghukum mereka pula.....(?)

2. MCA menetapkan tidak akan menerima serbarang perlantikan dalam kabinet demikian juga diperingkat negeri dan kerajaan tempatan sebagai protes kepada kaum cina sendiri yang tidak menyokong mereka. Bagaimana kaum cina akan menyampaikan suaranya kepada kerajaan atau melalui siapa kita tidak ketahui. Apapun kita serahkan saja urusan itu kepada pemimpin tertinggi kita. Bertambah beratlah bebanan yang terpaksa ditanggungnya, mana lagi untuk mengatasi siri demonstrasi yang di dalangi Anu arr yang semakin  hari semakin banyak yang menuduh PRU tidak telus ditempat mereka kalah namun dikerusi yang mereka menang mereka mendiamkan diri seperti 'lembu kenyang'.

3. Pahang juga tidak dapat mengelak dari kesan 'Tsunami Cina'. Keyakinan untuk memperolehi kemenangan bersih di Parlimen dan Dun akhirnya membuat Panglima Perang tersentak dengan kekalahan yang berganda. Hilang 2 lagi kerusi Parlimen di Temerloh dan Raub selain dari Kuantan dan Inderamahkota serta kalah 12 kerusi Dun. PRU13 menyaksikan BN Pahang kehilangan kerusi Dun Tanah Rata, Tras, Beserah, Semambu, Teruntum, Tg Lumpur, Mentakab, Kuala Semantan, Bilut, Ketari, Sabai dan Triang dari hanya 4 sebelumnya.

4. 2 Adun MCA yang menang PRU13 adalah Fong Koong Fuee (Cheka) dan Lau Lee (Damak). di kawasan yang majoriti Melayu dan sudah tentu kemenangan mereka adalah kerana undi Melayu. Jika mereka juga menolak perlantikan sebagai exco kerajaan negeri maka tiadalah suara kaum cina dalam kerajaan negeri Pahang. Bagaimanapun pasti MB Pahang ada penyelesaiannya tersendiri sebagaimana PM kita juga. Mungkin juga akan melantik wakil cina dari kalangan pemimpin pertubuhan bukan politik serta individu yang aktif memberikan khidmat sosial mereka kepada masyarakat. Kita mungkin perlu melihat kepada lebih ramai lagi Khoo Kay Kim dan Lee lam Thye untuk mengisi kekosongan ini.

5. Walau apa pun, Jerantut sudah sekian lama dipinggirkan. Tiada perlantikan exco sejak Adun Pulau Tawar disingkirkan. Jerantut yang menang bersih ke-empat-empat kerusi yang dipertandingkan dalam PRU lalu merasakan elok kali ini dilantik wakil ke kerajaan negeri. Mungkin bukan (melalui barang 'reject') dengan mengangkat semula exco yang telah disingkirkan dulu. Mungkin dengan perlantikan seorang senator dari wanita, perlantikan yang sepatutnya diberikan  mengikut giliran dahulu yang diberikan kepada Kuantan. Jika ini tidak berlaku tentu orang-orang Jerantut akan kecewa.

6. Politik Pahang juga sudah semakin rumit. Banyak yang kerajaan dan MB sendiri perlu lakukan untuk mengembalikan semula sokongan rakyat. Banyak janji-janji dahulu yang mesti ditunaikan. Banyak juga isu-isu besar yang perlu diselesaikan. Selain isu air yang berjaya dimainkan di Kuantan oleh pembangkang, isu tanah juga berjaya dimainkan di serata negeri. Permohonan tanah yang tidak diuruskan dengan baik menjadi masalah besar kepada rakyat. Penerokaan tanah haram nampaknya hanya memberikan keuntungan kepada satu-satu kaum sahaja. Kaum cina kelihatan berani menentang kerajaan dengan meneroka haram, demikian juga rakyat dari Kelantan yang banyak meneroka kampong baharu namun rakyat Pahang sendiri tidak mendapat apa-apa.

7. Seglaanya perlu penyelesaian segera dan telus dan faedah perlu juga dilihat dengan mengutamakan rakyat negeri Pahang sendiri. Jangan sampai rakyat Pahang kecewa dan merasa bahawa 'kera di hutan disusukan dan anak (sendiri) dirumah mati kelaparan'. Jangan kerana ini menarik undi kaum cina dan permastautin dari asal Kelantan membuatkan kerajaan akan hilang undi dari anak-anak Pahang sendiri.

10 May, 2013

KETIADAAN WAKIL MCA DALAM KERAJAAN DAN WAJAH POLITIK BARU

Prof. Khoo Kay Kim


Lee Lam Thye


1. Dato' Safuddin Abdullah konon membawa politik baru, akhirnya kecundang dan tercampak dipenjuru PRU13 yang baru lalu. Makna politik baru yang Dato' Saifuddin maksudkan itu mungkin berbeza sama sekali dengan kehendak masyarakat kita. Mungkinkah beliau mendepani zaman atau sebenarnya beliau disisih zaman. Tidak mengapa, kita terpaksa tinggalkan Dato' Saifuddin dengan idea politik barunya di Temerloh yang tewas kepada Nasruddin Hassan (Tantawi) (Pas) yang bukan pun anak tempatan.

2. Kemerosotan undi calon-calon MCA dalam PRU kali ini dianggap sebagai gelombang 'tsunami cina' oleh sesetengah pemikir politik (bukan Pemikir Politik Jerantut). Itu dianggap sebagai manifestasi kaum cina yang sudah hilang kepercayaan kepada MCA sebagai parti komponen dalam BN justeru berubahnya sokongan mereka kepada DAP. Akibat dari itu, MCA yang nyata sangat kecewa terhadap kaum cina yang enggan menyokong mereka telah mengumumkan untuk tidak akan menerima sebarang perlantikan sebagai menteri dan apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.

3. Sama ada ini mainan politik MCA yang berkemungkinan ada hubungan sulit dengan DAP atau mereka benar-benar ingin menghukum kaum cina kerana tidak menyokong mereka, namun yang jelas akan berlaku 'lompong' hubungan diantara rakyat dari kaum cina dengan kerajaan yang memerintah. Kaum cina tidak ada wakil yang mewakili mereka dalam menyambung suara rakyat dan ini bukanlah satu perkara yang baik untuk negara berbilang kaum seperti Malaysia ini yang perlukan wakil penyambung lidah rakyat dalam melaksanakan sebarang agenda bagi pembangunan.

4. Jika MCA enggan mewakili kaum cina dalam kerajaan kenapa tidak BN mendapatkan kalangan profesional yang berkelayakan dari kalangan NGO untuk mewakili mereka? Saya tertarik dengan tulisan diblog 'Ipoh Malay' (Klik) yang mencadangkan 2 nama iaitu Lee Lam Thye (Klik) dan Khoo Kay Kim (Klik). Saya melihat mereka adalah lebih jelas memberikan gambaran tepat kaum cina sebagaimana yang DS Najib inginkan dalam gagasan 1Malaysianya kerana kedua-dua mereka itu dilihat sebagai cina Malaysia yang tulin. Lee Lam Thye adalah bekas Ahli Parlimen DAP suatu masa dulu sementara Khoo Kay Kim adalah professor universiti yang rapat dengan bahasa dan budaya melayu. Kedua mereka adalah aktivis sosial yang disenangi oleh semua kaum di Malaysia.

5. Kerajaan BN di negeri-negeri serta kerajaan tempatan harus mendapatkan lebih ramai  Lee Lam Thye dan Khoo Kay Kim bagi mewakili kaum cina sebagai penyambung suara rakyat. Jika ini dapat kita lakukan, maka tidak akan ada lagi 'kelompongan' hubungan diantara rakyat dengan kerajaan BN yang memerintah. BN harus menerima hakikat bahawa sehingga PRU14 nanti BN akan mengharunginya tanpa bersama MCA yang sedang 'bermuhasabah' diri. 

6. Kehadiran Lee Lam Thye-Lee Lam Thye dan Khoo Kay Kim-Khoo Kay Kim ke dalam politik dan pentadbiran negara adalah sebenarnya wajah politik baru yang rakyat inginkan yang selaras dengan konsep 1Malaysia sebagaimana yang DS Najib bawa dan perjuangkan selama ini. Yang lebih penting Lee Lam Thye dan Khoo Kay Kim adalah cina yang bukan rasis seperti Lim Kit Siang  'and the gang' yang bakal merosakan perpaduan kaum di negara kita yang selama ini harmoni.


PAHANG KEKAL MB LAMA, DENGAN HARAPAN BARU

DSD Adnan Yaakob diacara mengangkat sumpah MB Pahang








1. Petang semalam, berlangsung di Istana Abu Bakar di Pekan, DSD Adnan Yaakob menandatangani dan mengangkat sumpah sebagai MB Pahang bagi kali ke-4

2. Hari ini khabarnya exco kerajaan negeri yang dilantik akan mengangkat sumpah dihadapan KDYMM Sultan. Menurut sumber, Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin akan dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar, satu jawatan yang dikosongkan pada penggal lalu.

3. Apapun kali ini kerajaan negeri mesti melakukan sesuatu bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada BN. Menambat hati kaum Cina namun dalam masa sama tidak menguris hati orang-orang Melayu sendiri.. Kita percaya tugas berat berada dihadapan dan dibahu MB. Kami penyokong UMNO BN akan sentiasa berdiri teguh dibelakang dan memberikan sokongan dan bantuan kepada MB dalam menjayakan visi dan misinya.

4. Kita yakin perlantikannya sekali lagi adalah untuk menyelesaikan dan menyempurnakan segala urusan yang tertunggak dan belum selesai. Masih banyak yang perlu beliau lakukan menjelang PRU14 nanti. Kejayaan BN mempertahankan Pahang adalah bergantung kepada apa yang beliau lakukan hari ini. Memang segalanya sulit dan rumit, bagai menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak. Rakyat terutama orang-orang Melayu menaruh harapan yang sangat tinggi kali ini, jika mereka dikecewakan tidak mustahil mereka akan berpaling kearah lain.

5. Apapun, agenda nasional adalah Orang Melayu mesti kembali dan bersatu, bagai biduk lalu kiambang bertaut sama ada atas dasar kebangsaan mahupun atas dasar Islam. Hanya bersatu akan membuatkan kita terus teguh bagi menjamin masa depan anak cucu dan generasi akan datang akan terus terbela. Segalanya adalah dibahu para pemimpin kita. Jawatan adalah tanggungjawab dan bukannya hak dan warisan.

09 May, 2013

PRU JERANTUT MENANG SEMUA, MOHON PERTIMBANG EXCO ATAU SENATOR

"Ku Lan"  berkata sesuatu kepada 
Dato' Norhelan Mahamud, Ketua Wanita UMNO Bahagian


1. Pahang masih berjaya kekal ditangan BN. Walaupun telah kehilangan 4 kerusi parlimen dan 12 kerusi dun tetapi masih kekalkan majoriti 2/3.

2. Bagaimanapun sesuatu mesti dilakukan bagi memantapkan BN dan UMNO itu sendiri. Kerana kita tidak akan tahu apa akan jadi dalam 5 tahun lagi. Kepimpinan negeri mesti datang dengan pendekatan baru dan berbeza untuk dapat menarik hati rakyat terutama golongan muda. Kita harus sedar bahawa waktu sudah mengubah segalanya.

3. Pagi ini Menteri Besar Pahang akan mengangkat sumpah dihadapan KDYMM Sultan Pahang setelah mendapat perkenan untuk mentadbir negeri sehingga PRU akan datang. Banyak perkara baru mesti dilakukan serta masih banyak perkara lama dan tertunggak mesti diselesaikan. Jika tidak lebih rakyat akan menterjemahkan kemarahan mereka dalam peti undi dalam PRU akan datang.

4. Pada penggal lalu, Jerantut tidak langsung diwakili oleh ahli parlimen didalam kabinet bahkan tidak juga diwakili oleh adun didalam dewan negeri sebagai exco kerajaan negeri. Malang sungguh bagi Jerantut walaupun menang bersih di kesemua kerusi yang dipertandingkan. Jikalau adun lama yang ada di Jerantut ketika ini tidak layak diangkat jadi exco, mohonlah kepada pemimpin tertinggi  agar mempertimbangkang untuk melantik seorang senator dari kalangan pemimpin-pemimpin yang ada di Jerantut mungkin dari kalangan Pemuda atau Wanita yang banyak membantu dalam PRU lalu.


08 May, 2013

KITA SUDAH TIDAK CINTAKAN KEAMANAN LAGI?

Rusuhan demi rusuhan dilakukan untuk capai cita-cita peribadi


1. Apa sebenarnya yang pakatan kehendaki? Dulu desak PRU, sekarang dah dilaksanakan. Sebelum itupun sudah desak itu dan ini...namakan saja....ISA...BPR...banyak lagi, semuanya dilaksanakan tetapi apakah mereka berpuas hati selepas mendapatnya? Justeru kita harus percaya bahawa memang ada agenda jahat dan terancang yang kehendaknya tidak lain tidak bukan adalah mengangkat Anu arr menjadi Perdana Menteri.

2. Baik. Mungkin satu pihak akan berpuas hati bila Anu arr jadi Perdana Menteri tetapi tidak kah mungkin ada pihak lain pula yang akan menentangnya seperti mana yang dilakukan selama ini? Dan jika itu berlaku apakah tidak mungkin negara kita akan jadi huru-hara sebagaimana apa yang berlaku di Mesir? Atau apakah benar ini agenda kuasa luar untuk menakluk negara kita dengan cara menguasai kita sebagai penasihat kononnya. Itu tidak mustahil jika kita melihat apa yang sedang berlaku dinegara-negara arab seperti di Iraq dan sebagainya.

3. Jangan lupa bahawa Iraq diserang atas alasan Saddam Hussin memiliki senjata kimia namun akhirnya 'habuk' pun tak ada. Tetapi ketika kebenaran sudah kita ketahui, negara Iraq sudahpun hancur. Apakah keadaan Iraq sekarang ini lebih aman dan mengembirakan rakyat dari sebelumnya? Apakah rakyat Iraq tidak merasa kesal kerana kebahagiaan yang mereka harapkan rupanya berubah menjadi kesengsaraan. Berapa ramai rakyat Iraq yang dulunya memberontak untuk kononnya mendapat kebebasan namun akhirnya kehuru-haraan dan kesengsaraan.

4. Khabarnya selepas PRU ini, pakatan akan mengadakan lebih banyak lagi rusuhan-demi rusuhan untuk menjatuhkan kerajaan DS Najib. Apakah kita tidak melihat dan belajar dari sejarah, bahawa rakyat Iraq dan Mesir yang yang merusuh dahulu itu adalah sama sebagaimana apa yang sebahagian rakyat kita lakukan sekarang ini.

5. Negara kita sudah tidak aman lagi. Negara kita diambang huru-hara. Namun itu semua bukanlah kehendak kita rakyat tetapi adalah kehendak orang-orang tertentu yang tamakkan kuasa untuk kepentingan diri sendiri, atau muingkin juga atas anjakan dari kuasa luar yang bertujuan untuk menguasai rantau ini.





PARLIMEN JERANTUT DALAM PRU13 (SIAPA BELOT?)

BN sapu bersih 4 kerusi Jerantut


1. Secara umumnya kita masih dalam mod pilihanraya. Demam dan kesannya masih terasa terutamanya bagi mereka yang terlibat secara langsung. Bagi kita sebagai rakyat biasa, seharusnya kita kembali memberikan tumpuan kepada tugas mutlak dan harian kita. Kita tidak perlu turut serta dalam sebarang bantahan kerana hakikatnya PRU13 sudah berlangsung dengan aman dan telus. Ini juga diakui oleh kerajaan Amerika (Baca Sini). Rakyat mesti lebih bijak dan jangan jadi alat individu atau golongan tertentu untuk mencapai cita-cita peribadi mereka semata-mata.

2. Di Jerantut, ramai meramalkan bahawa Parlimen akan dirampas pembangkang sekiranya calon terdahulu masih kekal dipertandingkan dalam PRU kali ini. Namun sebaik sahaja nama Hj Nazlan diumumkan sebaghai calon, banyak pihak merasakan bahawa belliau adalah calon yang tepat yang boleh memenangkan kerusi parlimen Jerantut.

3. Kerjasama banyak pihak telah memainkan peranan besar dalam kejayaan ini. Kita dapati bahawa mantan-mantan Ahli Parlimen juga turut memberikan khidmat bakti mereka dalam membantu kempen calon. Tengku Azlan serta Dato' Wan Abu Bakar turut membantu kempen calon-calon BN. Selain itu sentuhan 'otai' politik Jerantut, Dato' Ahmad Bazain (mantan adun Tahan) juga tidak dapat dinafikan. Bagaimanapun peranan Hj Kamaruzaman Baria (mantan Ahli Parlimen) sebagai Pengarah Bilik Gerakan Parlimen dilihat sangat berkesan pada PRU kali ini.

4. Hj Nazlan memenangi Parlimen Jerantut dengan 26,544 undi dari 49,600 kertas undi yang dikeluarkan. Jika kita lihat undi-undi yang diperolehi oleh calon-calon BN didun-dun, kita akan pertambahan besar dari jumlah berkenaan;

1) Dun Tahan mendapat 6,200 undi, dun Damak mendapat 7,900 undi dan dun Pulau Tawar mendapat 11,048 undi. Jumlah undi dun-dun adalah 25,153.

2) Undi yang didapati Hj. Nazlan - 26,544
    Tolak jumlah undi di dun-dun  - 25,153
    Perbezaan undi                       -  1,391

5. Itu membawa makna bahawa beliau mendapat 1,391 undi dari pembangkang atau mereka yang yang tidak mengundi BN yang kebanyakannya adalah dari Pas sendiri. Itu adalah kerana protes penyokong Pas yang tidak menyukai kerjasama Dr. Hamzah (calon Parlimen Pas) dengan calon bebas Cikgu Koh serta bantahan penyokong PKR sendiri yang merasa mereka dikhianati dalam pakatan oleh Pas bagi kerusi dun Damak. Dr. Hamzah mesti melihat ini sebagai hukuman terhadapnya kerana khianati penyokong Pas dan khianati calon PKR rakannya dalam pakatan. Pada saya, jika rakan mereka sendiri sanggup dikhianati apatah lagi rakyat?

6. Apapun BN Jerantut harus berbangga dengan pencapaian ini dalam memulihkan kepercayaan rakyat terhadap BN terutama sekali kepercayaan terhadap UMNO itu sendiri.
   

07 May, 2013

PRU 13 DAN DEMOKRASI KITA

Keratan akhbar


1. Demokrasi! Akhirnya semua rakyat Malaysia yang layak telahpun dapat menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil-wakil rakyat dari parti yang mereka sukai. Secara keseluruhannya PRU13 ini berlaku dalam suasana yang aman. Memang terjadi kekecohan disana-sini, memang ini tidak dapat dielakkan berikutan provokasi terancang dan melampau yang dilakukan oleh pihak pembangkang.

2. Ada kes pengundi berketurunan India yang dihalang dari membuang undi namun akhirnya diketahui  bahawa beliau adalah rakyat Malaysia yang sah, cuma mirip wajahnya seakan-akan bangla. Dalam kejadian lain, sebuah bas yang penuh dengan pekerja bangla yang dalam perjalanan ketempat kerja telah ditahan oleh penyokong pembangkang tertentu kerana menyangka mereka dibawa oleh BN bagi tujuan mengundi, namun akhirnya ternyata sangkaan mereka itu tidak benar sama sekali. Demikianlah bagaimana pemikiran sebilangan tertentu rakyat telah dihasut terlebih dahulu bahawa kerajaan BN akan melakukan bermacam-macam penipuan dalam PRU kali ini.

3. Salahnya adalah rakyat yang kurang cerdik dan mudah percaya pada segala apa yang dikatakan pembangkang kerana mereka sungguh mudah menuduh kerajaan tanpa memerlukan apa-apa bukti. Cerdiknya pemimpin berkenaan adalah mampu membuatkan rakyat yang kurang cerdik percaya bahawa segala penipuan mereka adalah benar tanpa perlu memberikan bukti kebenarannya.

4. Dalam kes pengundi hantu, saya mendapat maklum bahawa ada sebilangan bangla yang diberikan kad pengenalan palsu oleh pihak pembangkang, kemudian membawanya kepusat pembuangan undi untuk tujuan mengundi, tetapi pura-pura menangkap mereka dan menuduh ini adalah kerja jahat BN. Kenyataannya didapati apabila akhirnya bangla berkenaan menceritakan perkara sebenar ketika disoal siasat.

5. Dalam kehidupan zaman ini, adalah susah bagi kita untuk melihat yang mana satu betul dan yang mana satu salah. Yang mana jahat yang mana baik. Yang mana benar dan yang mana palsu. Kepalsuan ada dimana-mana, bahkan ada juga kalangan orang yang nampaknya berilmu dan beriman, namun akhirnya rakyat tahu dengan nyata bahawa mereka itu juga adalah syaitan yang berubah rupa.

6. Bagaimanapun kita harus berhati-hati dengan perancangan pembangkang untuk mengadakan kekecohan selepas PRU ini. Ini sudah mereka rancang lama dahulu jika mereka kalah. Mereka akan mengadakan kekecohan demi kekecohan untuk mengugat kestabilan negara. Mereka memang hendak lakukan rusuhan seperti di Mesir. 

7. Rakyat telah dengan bebasnya membuat pilihan dalan PRU lalu. Semua parti yang terlibat seharusnya menghormati suara yang rakyat berikan. Kepada anasir-anasir jahat diluar sana, tolonglah jangan paksa rakyat untuk memlilih kesengsaraan. Rakyat inginkan keamanan dan keharmonian, kehidupan yang bahagia. Tragedi 13 Mei masih hangat ada dalam ingatan sebahagian dari kita dan rakyat tidak ingin ianya berulang sekali lagi. Rusuhan-demi rusuhan  yang berlaku diluar negara sepatutnya menjadi contoh kepada kita bahawa kebebasan yang bermakna adalah bebas membentuk hidup yang bahagia. Demokrasi bukan bermakna bebas merusuh dan merosakkan kebebasan orang lain.


06 May, 2013

BN JERANTUT SAPU BERSIH




1. BN masih menang dan berjaya menubuhkan kerajaan di Pahang. Namun kehilangan kerusi dun kepada  pembangkang telah bertambah. Selain itu, penguasaan DAP jelas mendadak dan ini adalah manifestasi kecenderungan mengundi kaum Cina. Di kerusi-kerusi yang DAP tidak bertanding, jelas kemenangan calon pembangkang adalah kerana sokongan dan undi kaum Cina.

2. Banyak pihak meramalkan (sebelum penamaan calon) bahawa Parlimen Jerantut akan dapat dirampas pembangkang. Bahkan dun Tahan dan Damak juga akan jatuh ketangan pembangkang dalam arus  'tsunami' politik pembangkang. Namun apabila penaman calon berlangsung, saya yakin bahawa kedua-dua kerusi berkenaan akan masih dapat dikuasai BN.

3. Kerjasama calon parlimen Pas dengan calon dun Damak (Bebas)  hanya memberikan keuntungan kepada calon Cikgu Koh (ahli DAP). Pengundi Cina di dun Damak yang keluar beramai-ramai pada hari pembuangan undi hanya memberikan sokongan kepada Cikgu Koh tetapi tidak kepada calon Parlimen Pas dan tidak juga kepada Dato' Lau Lee. 

4. Kemenangan tipis calon BN dun Damak (majoriti 64 undi) adalah dari undi orang-orang Melayu yang masih kekal menyokong BN tanpa mengira siapa calonnya. Orang Melayu dun Damak rela tidak menyokong calon Melayu sendiri (dari PKR dan Bebas) kerana kesetiaan kepada parti. Dato' Lau Lee selepas mendapat mandat ini haruslah memberi lebih perhatian kepada orang Melayu. Sikapnya selama ini yang seolah-olah hanyalah wakil rakyat kepada kaum Cina semata-mata mestilah dikikis sebagai membalas jasa pengundi Melayu yang menyokong beliau.

5. Dato' Lau Lee dan pucuk pimpinan parti juga harus menerima isyarat ini dengan jelas bahawa pada masa akan datang orang-orang Melayu juga tidak akan tergak-agak untuk menyokong calon Melayu dikerusi yang majoritinya adalah dari kalangan orang Melayu. Jika orang Cina boleh menolak Datuk Ghani Osman di Gelang Patah, kenapa Melayu tidak boleh lakukan perkara sama jika calon hanya memberi berkhidmat untuk kaum mereka sahaja.

6. Kesedaran politik dikalangan rakyat sudah berubah dan semakin matang. Jika arus kecenderungan politik DAP mampu menarik sokongan kaum Cina, tentu UMNO mesti juga lebih memperjuangkan bangsa Melayu demia survivalnya, atau UMNO akan diketepikan oleh pengundi-pengundi muda masa depan. Masa 5 tahun bukanlah terlalu lama untuk generasi muda matang dalam politik dan berubah. Anak muda masih melihat bahawa UMNO masih mampu memperjuangkan masa depan mereka, namun mestilah lebih tegas perjuangkan kepentingan bangsa.





05 May, 2013

HARAPAN CAPAI MANDAT RAKYAT 2/3 ADALAH CERAH



1. PRU13 adalah pada hari ini. Kita rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi sah akan membuang undi pada hari ini.

2. Banyak perkara berlaku sebelum ini. Perang cyber telah berlangsung lama sebelum tarikh kempen politik ditetapkan. Kita akui bahawa peranan cybertrooper memberi impak yang besar dalam PRU ini. Dari blog ke facebook hingga ke tweeter, semuanya  bertujuan mempengaruhi pengundi untuk memilih.

3. Dalam PRU yang unik kali ini natihajnya hanya satu, memilih siapa Perdana Menteri. Memilih diantara siapa yang telah diberikan tanggungjawab dan harapan sebagai kesinambungan dan siapa yang berhasrat dan bertekad dengan apa cara sekalipun untuk jadi Perdana Menteri. 

4. Kita memiliih diantara DS Najib dan DS Anwar. Kita memilih diantara siapa yang telah diamanatkan untuk meneruskan kesinambungan dengan siapa yang belum kita ketahui kemampuannya. Kita memilih janji yang sebahagiannya telah ditepati dengan manifesto yang bukan janji. Kita memilih antara yang telah terbukti dengan yang kita masih sangsi.

5. Apapun pilihan majoriti rakyat kita, ini adalah masa depan yang kita bina untuk anak-cucu kita nanti. Jika pilihan kita salah pada hari ini, harganya sangatlah besar dengan mempertaruhkan masa depan generasi akan datang. Kesalahan yang kita lakukan hanya akan dapat dipebetulkan kembali paling awalpun adalah 5 tahun dari sekarang, ataupun ianya tidak akan dapat diperbetulkan selama-lamanya.

6. Selamat mengundi dan undilah calon BN untuk memilih DS Najib sebagai Perdana Menteri. Untuk memilih transformasi bukan reformasi dan revolusi. Untuk memilih kestabilan, kemakmuran dan keharmonian dan bukannya ketidaktentuan dan keharubiruan.




04 May, 2013

DUN TAHAN, KITA UNDI CALON BN WAN AMIZAN

Dato' Wan Amizan calon dun Tahan


1. Dato' Wan Amizan Wan Abd Razak telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan untuk sekali lagi menjadi calon seterusnya insyallah akan jadi wakil rakyat bagi penduduk di dun Tahan buat penggal ke-dua. Dalam PRU13 lalu, Wan Amizan telah mendapat 5112 undi dengan mengalahkan lawannya Nuridah binti Mohd Salleh (Pas) yang mendapat 3755 undi. Majoriti 1357.

2. Banyak pihak berpendapat PRU kali ini adalah pertarungan sukar bagi Wan Amizan kerana beliau kononnya dibeliti dengan berbagai masalah dan majoriti kecil dalam PRU lalu dibayangkan akan merosot pada kali ini. 

3. Dalam masa lebih 5 tahun sebenarnya telah banyak kejayaan yang telah beliau lakukan cuma kadangkala kita hanya melihat dari sudut yang berbeza. Bayangkan kita menanam sepohon pokok, apakah yang akan kita dapati dalam masa 5 tahun itu? Namun kejayaan Wan Amizan telah melampaui apa yang mampu kita capai bahkan dalam fikiran kita sekalipun.

4. Dun Tahan pernah jatuh ke tangan Pas. 5 tahun dun Tahan tersisih. Maaf, sudah tentu tiada sebarang pembangunan fizikal yang dapat dilakukan dalam tempoh itu kerana kerajaan negeri juga diperintah oleh BN.i Apabila dun Tahan dapat dirampas semula oleh BN, Dato' Wan Amizan telah berusah keras mengejar masa yang terbuang selama ini untuk memberi kemajuan kepada rakyat yang kebanyakannya adalah saudara maranya sendiri.

5. Memang pembangkang dan konco-konconya sejak awal lagi cuba memberi persepsi buruk kepada beliau. Cybertrooper pembangkang memang terlatih dan melakukan kerja dalam masa panjang merosakkan kreadibiliti calon bagi memudahkan mereka menangi pertandingan dikerusi yang ditandingi. Tetapi dengan apa yang Dato' Wan Amizan usahakan selama ini, kita percaya lebih ramai rakyat yang menghargai usahanya berbanding dengan yang membencinya, itupun atas alasan peribadi.

6. Gelombang sokongan rakyat terhadap BN dibawah pimpinan DS Najib turut juga memberi kesan positik kepada dun Tahan. Rakyat sangat percaya kepada transformasi yang dibawa DS Najib. Rakyat melihat walaupun cuma dalam 4 tahun masa sebagai Perdana Menteri, DS Najib telah mampu memulihkan kerosakan masalalu. Di dun Tahan, rakyat mesti terus memberikan kepercayaan kepada calon pilihan pucuk pimpinan untuk meneruskan kesinambungan pembelaan rakyat, dan dalam masa 5 tahun mendatang adalah masa untuk Dato' Wan Amizan membuktikan segala perancangannya dan usahanya dijayakan.

7. Berilah peluang 5 tahun lagi untuk beliau buktikan janjinya kepada rakyat dan kempuannya sebagai wakil yang dipilih. Jika ternyata beliau gagal, maka kita akan relakan beliau disingkirkan tetapi sebelum itu kita mestilah bersikap adil dengan memberinya kesempatan merealisasikan impiannya.

8. Kita tidak berniat untuk memuji beliau, namun hakikatnya beliau sangat mudah didekati oleh sesiapa saja. Beliau adalah pemimpin rakyat yang nyata berjiwa rakyat dan bertekad untuk perjuangkan permasalahan rakyat serta mempertingkatan taraf hidup rakyat. Kita yakin pengundi akan tetap memberikan sokongan dan undi mereka kepada calon BN ini demi kestabilan politik negara. Tuan Ibrahim calon Pas yang bertanding di Jengka mencanangkan bahawa beliau akan jadi MB Pahang sekiranya pakatan memerintah. Namun pada saya, saya tentu lebih rela Dato' Wan Amizan jadi MB Pahang berbanding dengan Tn Ibrahim. Kepada semua anak Sungai Tembeling, fikir-fikirkanlah. Jangan kita mengundi kerana rasa marah. Jangan akar kelambu kerana marahkan nyamuk dan jangan bakar 'leca' kerana marahkan pijat.

9. Saya akan tetap undi Dato' Wan Amizan calon BN bagi dun Tahan. Hidup BN.


Calon ditengah-tengah rakyat jelata


Mesra bersama pemuda-pemuda


Turun padang menemui akar-umbi


Gigih dan bersahaja.



03 May, 2013

DUN DAMAK: HARAM UNDI CIKGU KOH

Siapa tipu siapa dan siapa khianati siapa?


1. Dr. Hamzah calon parlimen (Pas) berkempen untuk dan bersama-sama calon Bebas (Bunga Raya / Dap) Cikgu Koh. Kerana itulah calon PKR Dr. Jamaluddin naik angin dan dendam kerana Dr. Hamzah sudah menikam belakangnya. Untuk meraih undi bagi PKR, Fuziah 'Toron' terpaksa didatangkan khas ke Jerantut dan menjaja mukanya di Pasar Borong siang kelmarin.

2. Cikgu Koh memang tidak wajar menolak keputusan dan perjanjian dalam pakatan bahawa kerusi dun Damak diperuntukkan untuk PKR. Dalam masa sama undi Pas sudah berpecah. Nik Aziz dalam kenyataannya terdahulu telah menyeru supaya undi calon Pas dan Pakatan, maknanya apabila Cikg Koh bertanding bebas adalah 'haram' jika mengundi beliau. Bagaimana pula Dr. Hamzah boleh berkerjasama dengan Cikgu Koh? Apakah Dr. Hamzah sudah berani melawan amanat Nik Aziz semata-mata ingin meraih undi kaum Cina? Jika demikian, Dr. Hamzah bukan saja menentang amanat Nik Aziz bahkan telah mengkhianati perjuangan dan hasrat penyokong dan pengundi Pas di seluruh Jerantut.

3. Apakah hukuman untuk pengkhianat Nik Aziz dan parti Pas ini sendiri? Sepatutnya beliau juga dihukum supaya jangan diberikan undi kerana pengkhianatan keada pemimpin  dan mursyidul am. Sepatutnya satu fatwa dikeluarkan bahawa mengundi calon yang menyokong calon lawan juga adalah haram, dan mengundi Dr. Hamzah juga adalah haram.

4. Bagi pihak BN, ini adalah satu keadaan yang baik untuk memudahkan kemenangan kepada calon BN Hj. Nazlan. Ada pihak menganggap ini hanyalah satu sendiwara belaka. Mereka menganggap bahawa Dr. Hamzah sudah yakin akan kalah dan dalam masa sama sudah ada perbincangan antara mereka dengan harga tertentu. Jika benar, kasihanlah kepada ahli-ahli Pas yang masih percaya bahawa kepada parti namun mereka telah ditipu begitu saja.

5. Ingat! Haram bagi Pas undi selain dari Pas dan Pakatan. Haram undi Bunga Raya. Tetapi halal undi BN kerana BN menjanjikan kemakmuran dan telah memberikan pelbagai faedah kepada rakyat. Orang-orang tua dikampong tak hendak harga kereta turun kerana mereka tiada kereta. Mereka tak hendak harga petrol turun kerana mereka tidak gunakan petrol. Mereka mahu dan hargai BR1M untuk belanja meneruskan sisa-sisa kehidupan mereka. Anak-anak muda mereka yang menentang BR1M tidak pula memberikan mereka bantuan kewangan, jadi kenapa mereka perlu bantah BR1M?


PARLIMEN JERANTUT KEKAL MILIK BN

Tuan Hj. Nazlan adalah bakal wakil rakyat 
yang merupakan calon yang benar-benar menjiwai hasrat rakyat


1. Sejarah parlimen Jerantut tidak pernah jatuh ketangan pembangkang. Walau siapa calonnya sama ada 'orang luar' atau pun 'calon payung terjun'. Pengundi Jerantut tetap memilih calon yang diberikan mandat oleh BN.

2. Ada beberapa dun sebelum ini (termasuk yang sudah bertukar nama akibat persempadanan semula) jatuh ketangan pembangkang, mungkin kerana ada sebilangan rakyat ingin mencuba-cuba ataupun hanya memberikan undi protes kerana marahkan kerajaan, parti dan pemimpin, namun kekesalannya membuatkan mereka kembali semula menyokong BN. Kerana mereka sedar dan insaf bahawa hanya BN yang mampu memberikan kemajuan dan perubahan kepada rakyat.

3. Mungkin ada kebenarannya dimana dalam sesuatu keadaan wakil rakyat yang terpilih tidak melaksanakan tugas dengan berkesan, namun itu bukanlah perjuangan BN sebagai sebuah parti komponen yang membela dan memperjuangkan rakyat. Rakyat boleh menolak wakil rakyat yang gagal melaksanakan aspirasi parti serta mengkhianati harapan rakyat. Bahkan pemimpin tertinggi juga akan menyingkirkan wakil rakyat yang sedemikian. Justeru, kegagalan wakil rakyat tertentu melaksanakan mandat yang rakyat berikan janganlah kesalahannya dihukum dengan menukarkan kerajaan yang telah merancang pembangunan lestari untuk rakyat.

4. Dasar transformasi negara yang dilaksanakan oleh PM mesti diteruskan. Sudah banyak yang kita dapat nikmati selama ini semenjak DS Najib mengambil alih kerajaan 4 tahun lalu dan banyak lagi kejayaan yang sedang ditempanya.

5. Ketika pihak sebelah sana (Pakatan) sibuk reformasi, demonstrasi dan bermacam-macam kekotoran politik yang dipanggil 'bersih', DS Najib terus membangunkan semula keruntuhan dan kelemahan yang berlaku. Ketika pembangkang berusaha memusnahkan, DS Najib terpaksa berkerja keras membangunkan. Memang mudah menyalahkan berbanding memperbetulkan dan melakukan sesuatu demi kebaikan. Rakyat harus melihat kesungguhan pemimpin masa kini untuk membangunkan rakyat aset yang sangat berharga.

6. Hj Nazlan adalah calon yang sangat tepat bagi mewakili rakyat bagi parlimen Jerantut. Sebagai anak watan yang menjiwai kehidupan dan susah senang hidup rakyat biasa, beliau sangat peka pada setiap permasalahan rakyat yang daif kehidupannya. Banyak pihak meletakkan harapan tinggi kepada beliau dan sangat berharap beliau terpilih sebagai ahli parlimen dalam PRU yang tinggal tidak berapa hari saja lagi. Beliau adalah satu pakej lengkap dengan ciri-ciri wakil rakyat yang mampu BN pertaruhkan. Berbudi bahasa, merendah diri, berpengetahuan akademik dan agama dan tidak berpolitik keterlaluan. Beliau adalah sebenarnya 'winable candidate', calon pilihan rakyat berbilang bangsa dan agama.

7. Berbanding dengan saingannya, Dr. Hamzah yang umum lihat sebagai calon yang kurang mesra dengan rakyat walaupun menampilkan watak berpengetahuan agama, namun beliau terlalu meletakan cita-cita politiknya terlalu tinggi diatas sehingga menenggelamkan keinginan untuk membela dan membawa harsat rakyat.

8. Keputusan PRU12 lalu, YBM Tan Sri Tengku Azlan telah mendapat 19,543 undi dan mengalahkan calon Pas Dr. Hamzah dengan hanya mengutip 17,597 undi dengan menang majoriti 1946 undi. Namun kali ini kita percaya calon yang diberikan mandat oleh pengerusi BN ini akan mendapat jumlah undian yang lebih besar lagi. Ini berdasarkan beberapa faktor termasuk ketidakstabilan dalam pakatan itu sendiri yang dilihat sudah berpecahbelah dengan calon parlimen Pas berganding dengan calon Bebas dun Damak serta mengenepikan calon PKR bagi dun Damak sendiri.

9. Faktor saudara-mara dan sahabat andai yang selama ini bersama dan menyokong Pas dan menyokong beliau sudah membuatkan calon dan penyokong pas Jerantut 'demam panas'. Demikian juga faktor saudara-mara dan sanak-saudaranya yang selama ini menyokong dan cenderung kepada PKR telah membuatkan AMK PKR Jerantut lumpuh sama sekali Namun andai kata beliau tewas, maka kekalahannya itu adalah kerana adanya pembelotan dari saudara-mara dan sahabat andai sendiri.

10. Pengundi Jerantut tetap menolak pakatan dengan agenda haru-biru mereka. Katakan tidak dan tidak seekali kepada mereka.. Ini kali lah? Ohhhh! Lain kali lah....atau,......mereka boleh blah!



Mendengar rintihan rakyat


Berkerjasama dengan calon dun Damak - ikhlas dan setia



Kemesraan dari persahabatan yang ikhlas

02 May, 2013

PRU 13, DUN DAMAK AKAN KEKAL MILIK BN!


Pakatan cacamarba: Meminang emak tapi kawini anak?


1. Pakatan nampaknya semakin tertekan dan berpecah-pecah. Penyokong serta pengundi pembangkang dan atas pagar juga semakin hilang punca dan tidak ketahuan. Segalanya adalah kerana pakatan tidak dapat kata sepakat dalam menentukan calonnya serta memberikan undi mereka.

2. Dun Damak sebelum ini ditandingi 3 penjuru oleh BN, PKR dan Bebas, kini menyaksikan pertandingan bertambah sengit kerana sudah jadi 4 penjuru. Keputusan pru lalu: Lau Lee - 5674, Mohd Noor - 5165 dan Cekgu Koh - 3295. Lau Lee menang dengan majoriti hanya 509 undi. 

3. BN masih mengekalkan calon MCA Dato' Lau Lee manakala Mohd Noor Jaafar yang dulunya calon PKR kini bertanding sebagai calon Bebas (Cangkul). Chegu Koh, yang dulu bertanding Bebas dan mengharap untuk mewakili pakatan atas lambang DAP namun terpaksa sekali lagi bertanding Bebas (Bunga Raya) akibat tidak diberi laluan oleh PKR yang menalonkan Dr. Jamaluddin Abd Rahim mewakili pakatan sebagai calon PKR.

4. Anehnya calon parlimen Dr. Hamzah (Pas) menyokong Chegu Koh dalam kempennya dan menganggap mereka sebagai rakan sepasukan. Dimana kesepakatan pakatan pembangkang yang dinamakan pai mereka masing-masing. Dr. Hamzah lebih menyukai Chegu Koh dari Dr. Jamaluddin sendiri. Apakah alasannya? Perjuangan agama atau kepentingan diri?

5. Pagi tadi Fuziah 'Toron' terpaksa menjual mukanya di pasar borong Jerantut untuk meraih undi bagi PKR kerana sudah tidak lagi percaya kepada Pas. Dr. Hamzah menipu PKR kah atau PKR menipu calonnya? Mungkin juga ini satu penipuan terancang terhadap Anu arr sendiri!

6. Perselisihan dalam pakatan telah memberikan ruang yang lebih luas untuk Lau Lee memenangi pertandingan itu nanti. Demikian ramalan banyak pihak bahkan pembangkang sendiri. Lau Lee boleh tidur lena setelah 8 akujanji tambahan untuuk pengundi di dun Damak.


Ceramah pembangkang di 410 yang dihadiri oleh hanya 
tak sampai 15 orang yang belum pasti akan mengundi pembangkang


Akujanji tambahan Lau Lee


Ostad Chegu Koh? Kahkahkah!


Slogan pakatan 'Ini Kali Lah' bagi dun Damak tidak sesuai sama sekali. Bahkan ianya akan dijawab dengan...'Lain Kali Lah'....hah hah hah! Chegu Koh boleh bungkus lah sebab anak muridnya sendiri di Kg. Lata Kasah yang dulu menyokong beliau kini sudahpun berubah arah. Penyokong kuat beliau di kawasan perumahan 410 juga hanya setakat politik cari makan. Bilik gerakan yang dibuka hanya untuk makan-makan mereka sekeluarga saja.




HANGAT: EJEN PARTI ISLAM CUBA SOGOK PENGUNDI


 


Merujuk perbualan telefon pemanggil (Balqish) adalah ejen sebuah parti Islam yang berpejabat di Bandar Pusat Jengka, Pahang. Beliau boleh dihubungi ditalian 013-9213784.

Beliau merayu undi bagi pihak  calon Pas dun Je minyakngka dan bersedia membayar 'duit minyak' kepada individu yang dihubunginya apabila individu berkenaan bersedia memberikan butiran nombor akaun banknya.

Nampaknya pemimpin dan parti syaitan sudah menunjukkan taring dan tanduknya, segala yang haram sudah dihalalkan untuk mereka sendiri bagi tujuan mendapatkan kuasa politik.

Calon dun Jengka yang juga terkenal sebagai 'along tanah felda' sudah mewar-warkan bahawa beliau akan menjadi MB Pahang jika pakatan menang di dun Pahang. 

Jangan sesekali kita berikan undi kepada beliau. Pahang adalah untuk anak-anak Pahang sendiri.



01 May, 2013

BILA SEKALI CHEGU BARD MENYUARAKAN KEBENARAN, IANYA SANGAT BERMAKNA...




1. Anu arr merancang kekecohan ketika hampir PRU ini nanti. Malaysia akan dijadikan sebagaimana Mesir. Akan ada gerakan sebagaimana 'Arab Spring' untuk melemahkan kerajaan. Segalanya bermula melalui media sosial pembangkang yang terlatih dan dibayar.

2. Anu arr sejak dari mula seringkali menyalahkan semua agensi kerajaan. Tidak ada satupun yang betul yang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan selama ini. Bahkan pasukan keselamatan pun dihina dan digelar anjing. Demikian Anu arr merendahkan agensi kerajaan untuk memberi gambaran bahawa kerajaan BN tidak baik. Justeru siapakah yang baik? Tidak lain tidak bukan adalah dirinya sendiri.

3. Apabila kesalahannya dibongkar, maka cepat-cepat dia menyalahkan siapa yang menbongkar itu. Merendahkan kreadibilitinya dan menghinanya supaya rakyat melihat ianya tidak layak dan kenyataannya juga tidak boleh dipakai.

4. Tidakkah kita terfikir dari berpuluh-puluh pengasan PKR siapa lagi yang tinggal bersama Anu arr? Kerana apa mereka meninggalkan Anu arr? Apakah semua mereka yang meninggalkan Anu arr itu salah atau dibayar? Anu arr si syaitan politik ini tidak pernah ingin menilai dirinya sendiri. Siapalah dia berbanding dengan DS Najib? Bezakan perwatakan dan peribadi antara mereka berdua ini.

5. Kenapa sewaktu Tun Abdulla jadi PM Anu arr langsung tidak menghentam Tun Abdullah? Kerana dia merasakan adalah lebih senang 'membunuh' orang yang sedang tidur berbanding membunuh seseorang yang sedang gigih bertugas. DS Najib tidak henti-henti melakukan sesuatu kebaikan untuk rakyat dan negara bahkan telah melakukan apa yang tidak kita terfikirkan sebelum ini. Memang mudah menyalahkan orang lain, tetapi apakah kita telah bebuat lebaih baik dari apa yang orang lain perbuatkan?

6. Berjanji memang mudah terutama jika kita sememang tiada niat untuk menunaikan janji-janji itu. Jika diikutkan kepada Anu arr, segalanya akan dimansuhkan sehingga akhirnya kerajaan boleh runtuh kerana ketiada sumber hasil untuk membangunkan negara lagi. Sebagai seorang tua dikampong, apakah ertinya menurunkan harga kereta biarpun sehingga 50% berbanding dengan menerima BR1M? Lebih ramai yang inginkan BR1M dari penurunan harga kereta kerana mereka akan mendapat kesan langsung dari bantuan berkenaan sedangkan mereka tidak akan mampu bahkan tidak terungin pun untuk membeli kereta walau berapa murah harganya sekalipun.

7. Kebenaran itu akan datang juga akhirnya. Penipuan demi penipuan juga akan lenyap oleh kebenaran. Berapa ramai orang yang seperti Chegu Bard yang sedar bahawa Anu arr sememangnya pembohong besar dan pemfitnah besar terutamanya dengan niat menjatuhkan kreadibiliti DS Najib. Cuma, Chegu Bard adalah seorang pencacai upahan yang makan hasil bayaran mencacainya sudah tentu jarang membuat pengakuan terbuka yang mempersalahkan Anu arr. Bahkan ramai lagi para pencacai upahan yang tahu kebenaran namun menyembunyikannya kerana 'cari makan'.

8. Undilah BN untuk kemakmuran dan kestabilan. Undi BN undi DS Najib. Segalanya hanyalah diantara Anu arr vs DS Najib. Saya akan tetap memilih DS Najib dan BN.




Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...