Suara Anak Pahang - Perlu Baca

03 June, 2013

INIKAH WAKIL RAKYAT PEMBANGKANG KITA?

Berfacebook di Parlimen? Hehe...bukan susah jadi wakil rakyat


1. Pertambahan kerusi kepada pembangkang dalam PRU yang lalu adalah satu petanda bahawa demokrasi di negara kita masih dan tetap subur. Cuma mereka yang tamak dan berhasad dengki sahaja dan merasakan bahawa mereka patut menang semua yang mempertikaikan keputusan PRU13 yang lalu. Segala tohmahan tentang penipuan dalam pilihanraya akhirnya tidak terbukti sama sekali. Isu blackout dan pengundi Bangla akhirnya tenggelam begitu sahaja kerana memang sebenarnya itu semua tidak berlaku. Anu arr hanya mengada-adakan cerita bagi meningkatkan kemarahan rakyat supaya memberontak, namun rakyat tidaklah sebodoh itu, atau sekurang-kurang tidak semua rakyat sebodoh yang disangkakannya, yang mudah percaya pada segala tohmahan terhadap kerajaan.

2. Kemenangan lebih ramai pembangkang bagi kerusi parlimen tentunya akan akan memberikan lebih cabaran kepada kerajaan. Ianya juga baik kepada keseimbangan politik agar kerajaan tidak sewenang-wenangnya mengkhianati kepercayaan yang telah rakyat berikan. Bagaimanapun kualiti ahli parlimen itu juga sangatlah penting kepada peningkatan keperhatinan dan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Apalah gunanya ramai wakil rakyat pembangkang namun semuanya jahil politik serta gagal memberikan khidmat kepada rakyat yang diwakilinya dengan baik dan berkesan?

3. Pada penggal lalu, kita dapati ada wakil rakyat yang datang ke Parlimen dengan watak sebagai seorang jurugambar serta dipertontonkan berada didalam dewan sambil melayani facebook. Apakah ini wakil rakyat yang kita kehendaki dan mewakili kita? Yang kita kehendaki adalah wakil rakyat yang hadir di dewan berbahas dengan bijak berlandaskan fakta serta membawa usul dan perjuangan dikawasan yang mereka wakili. Sudah tentu tidak akan memberikan  faedah kepada rakyat jika wakil yang kita pilih hanya pandai berceramah dan berpidato dipentas-pentas pilihanraya namun gagal melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat. Harap-harap dalam sidang akan datang kita tidak akan melihat lagi adanya wakil rakyat yang tidak memberi tumpuan kepada persidangan ataupun hanya melayan mimpi serta 'melelehkan' air liur basi.

4. Namun yang mendukacitakan adalah kebanyakan wakil-wakil rakyat pembangkang adalah dari kalangan yang kurang faham dan tidak berpengetahuan sehinggakan mereka seakan tidak tahu apakah peranan sebenarnya mereka sebagai wakil rakyat. Bukan sedikit dari mereka yang tidak mengetahui tentang akta-akta dan perlembagaan tertentu justeru mereka jika berbahaspun tidak berada diatas dasar yang benar.

5. Wakil rakyat yang 'tersalah pilih' ini haruslah berusaha meningkatkan pengetahuan mereka dari masa ke semasa agar mereka tidak menghampakan rakyat yang memilih mereka dan mereka wakili. Jangan sampai ada yang tidak faham tentang sesuatu perlembagaan namun cuba menunjuk pandai yang akhirnya menyerlahkan kebodohan mereka sendiri.

6. Apa yang berlaku baru-baru ini, dimana Nurul Izzah mengecam larangan beliau memasuki Sabah adalah salah satu contoh ketidak fahaman beliau mengenai perlembagaan dan peraturan-peraturan tertentu. (Klik Sini) Secara mudahnya bolehlah diandaikan begini; Ini adalah rumah saya yang tentunya sayalah yang berhak sepenuhnya. Apakah orang lain berhak untuk masuk dan terus ke bilik tidur kita umpamanya? Sudah tentu tidak dan kita berhak menghalangnya. Demikian juga dengan Ketua Menteri Sabah. Tidak timbul soal penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. Jika menurut pendapat beliau bahawa kemasukan Nurul Izzah akan mendatangkan mudarat kepada Sabah maka beliau berhak menghalangnya tanpa memberikan sebarang alasan. Semoga wakil-wakil rakyat pembangkang akan bertambah cerdik selepas ini.




02 June, 2013

HANYA ZAHID BUKAN 'ROTI KOSONG' ?




1. Anu arr yang memulakan gerakan untuk merampas kuasa dari kerajaan. Berbagai cara dilakukannya. banyak pihak yang diheret bersama untuk merealisasikan impiannya. Parti politik Pas dan DAP serta NGO. Bermacam janji ditabur tapi tak satupun yang ditepati.

2. DAP yang bersama mereka pasti sedar bahawa impian Anu arr itu juga sukar untuk direalisasikan. Namun kenapa tidak menangguk diair yang keruh? Kerana itulah DAP ikut serta. Pasti mereka ada agenda tersendiri. Sama ada bersama atau tanpa Anu arr mereka sudah menanam harapan untuk mendapatkannya. 

3. Untuk mencapai impian Anu arr, beliau sanggup bertolak-ansur bahkan mengadai apa saja. Bahkan sanggup berjanji untuk menjadi PM selama 2 tahun sahaja dan kemudiannya akan serahkan kuasa kepada LGE. Ini yang membuatkan DAP bermati-matian menyokong Anu arr dalam PRU lalu.

4. Anu arr sudah mencipta gelombang bantahan rakyat terhadap kerajaan. DAP mulanya hanya mengikut bersama, namun apabila sudah melihat peluang itu ada maka mereka keluar dari gelombang dan bentuk arus sendiri untuk memiliki kuasa. Kini, sama ada Anu arr akan bersama mereka atau tidak, mereka akan tetap kuasai arus itu.

5. Negara, yang dahulunya melihat Anu arr sebagai pencetus masalah kini harus melihat DAP sebagai pembawa masalah. Rasis dan chauvinist ini punyai kewangan yang kukuh dan menguasainya tidak mustahil menggunakannya untuk merampas kuasa politik dari orang Melayu yang majoriti populasi.

6. Sikap pemimpin yang terlalu berlembut dan bertolak-ansur dengan kehendak satu kaum sangat mengecewakan rakyat khususnya orang Melayu. Tidak mustahil satu hari orang Melayu juga akan melarikan sokongan mereka kerana terlalu benci dan merasa dianaktirikan, bahkan ada yang menganggap sebagaimana bidalan; kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

7. Tun Daim Zainuddin, disokong oleh ramai blogger yang mewakili suara rakyat sudah mula bersuara. Menasihatkan PM supaya 'punahsihat-punahsihat'nya dipecat (Baca Sini, Sini, Sini dan Sini) Demikianlah jika masih yang 'besar' kepala dan menganggap hanya mereka yang betul tanpa ingin mendengar pandangan orang lain. Akibatnya kita tidak mencapai sasaran kerana PM hanya didodoikan agar akan terus percaya dan akhirnya lena.

8. Kesalahan PM terdahulu seakan-akan hendak diulang semula. Malanglah Melayu...malang Malaysia. Jangan salahkan rakyat dan pengikut yang akhirnya akan berpaling arah kerana pemimpin  kerana kecewa. Bukan mustahil pencinta UMNO sendiri akan tinggalkan parti kerana sudah tidak berpuashati. (Baca)

9. Dikala ini, teringat zaman Tun Mahathir; lembut tetapi tegas, keras dan bijaksana, ditakuti dalam masa sama dihormati. Mungkin kita terpaksa menunggu 100 tahun lagi untuk mendapat yang sebegitu, atau kita akan hilang kuasa dan apa yang kita ada dan bangsa Melayu akan jadi sebagaimana di Singapura. 

10. Syabas kepada Datuk Zahid Hamidi kerana sekurang-kurangnya tidak lagi hanya memberi amaran semata-mata. Zaman 'Roti Kosong' sudah berlalu. Beranilah diatas kebenaran dalam memikul tanggungjawab yang rakyat amanahkan. Jangan lagi ada yang menjulang keris kemudian momohon maaf kerana itu sedangkan orang lain menjulang tombak dan lembing tanpa memohon maaf kepada kita. Dahulukan Melayu dan peduli apa mereka mahu kata apa! Kita bukan rasis kerana kita Nasionalis!


Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...