16 February, 2014

ASPAN ALIAS - SANGGUP TELAN 'KAHAK' ANWAR?




Aspan Alias menulis tentang perselisihan antara Tun Mahathir dengan DS Anwar yang berpanjangan. Dulunya DS Anwar adalah 'penjilat' tegar Tun Mahathir. Apa saja yang Tun M lakukan beliau akan sokong. Ketika itu 'buah badampun tidak terasa pahit'.

Demikian juga bagi Tun M, tiada siapa boleh dan berani menyatakan kesalahan dan keburukan Anwar. Pasti akan disergah kerana Anwar adalah 'kekasih'nya. Kerana itulah juga Anwar bagaikan 'naik kepala'.

Tiada siapa yang dapat nafikan bahawa Anwar adalah bakal penggantinya yang pasti, cuma pada penghujung kisah, Anwar tumbang kerana ada bukti perilakunya yang buruk - disyaki dan terbukti keruntuhan moral dengan perlakuan seks songsang.

Benar mahkamah masih membicarakan kes liwat-2 nya. Bagaimanapun keruntuhan moralnya tidak dapat dinafikan bahkan diakui sendiri oleh beberapa pemimpin pembangkang. Mat Sabu adalah orang yang bertanggungjawab memberikan gelaran 'Al-Juburi' kepada beliau. Masa kan tidak jika ianya tidak benar.

Karpal Sing dengan lebih berani menyeru supaya Anwar bertaubat atas perlakuan songsangnya itu. Bahkan di Parlimen beliau mendakwa ada bukti Anwar meliwat ketika meminta Tun M memecatnya.

Namun inilah hakikat politik, apabila Anwar sudah sehaluan dan menyokong perjuangan DAP dalam Pakatan Pembangkang segala dosa-dosa Anwar terhapus begitu saja.

Penghujung tulisan Aspan Alias menyindir para menteri yang masih menyokong DS Najib yang dianggapnya juga sebagai pengampu. Mungkin Aspan juga terlupa melihat diri sendiri apabila terlalu melihat dan mencari kesalahan orang lain.

Siapakah Aspan Alias sebelum ini? Akhirnya sejarah akan menyaksikan beliau sanggup menelan 'kahak' Anwar..... Baca Sini                                                        http://pru13n9.blogspot.com/2012/06/aspan-kain-buruk-yang-dibaruakan-oleh.html