03 November, 2007

Media Baru - Apakah Kerajaan sudah menguasainya?



Nampaknya media baru sudah menguasai fikiran dan politik di tanah air. UMNO juga harus bersungguh-sungguh memainkan peranannya dan bahkan menguasainya jika tidak ingin gagal menawan hati rakyat.

Bagaimanapun nampaknya kebanyakan para pemimpin UMNO masih lagi dengan fikiran lamanya dan tidak percaya bahawa media baru yang lebih bebas adalah media rakyat yang rakyat lebih senang menggunakannya. Kerajan tidak lagi boleh memaksa rakyat mendengar suara mereka malahan kerajaan sepatutnya lebih banyak mendengar suara-suara rakyat.

Biarpun suara-suara itu memedihkan, namun pahitnya harus juga ditelah. Kerajaan dan pemimpin sepatutnya mencari jalan bagaimana mereka dapat saling berinteraksi dengan rakyat secara yang lebih bebas dan terbuka lagi tanpa sebarang sekatan.