20 March, 2009

KJ SELAMAT HUKUMAN LDU TETAPI AKAN TERIMA HUKUMAN DI PAU





Seperti yang diramal banyak pihak, akhirnya KJ terselamat dari hukuman oleh Lembaga Disiplin UMNO. KJ layak bertanding Jawatan Ketua Pemuda UMNO. Keputusan LDU memang sudah diduga atas dasar keahlian UMNO kelas satu yang KJ miliki. Inilah lebihnya jadi menantu PM. Keistimewaan ini tidak pernah didapati oleh sesiapa pun termasuk anak Tun Dr. Mahathir sewaktu Tun jadi PM. Alangkah bertuah dan istimewanya KJ dan Pak Lah.

Kes Norza disiasat oleh SPRM, kenapa kes KJ dan Ali Rustam hanya berakhir di LDU? Apabila dijatuhkan hukuman oleh LDU apakah terbersih segala kesalahan mereka? Apakah salah pada LDU tetapi tidak bagi SPRM? Atau menyalahkan mereka dalam LDU hanya untuk menyelamatkan mereka dari SPRM? Malanglah jika kita menjadi ahli UMNO dari kalangan kelas 3 berbanding mereka yang kelas 1. Selama ini kira tidak tahu bahawa UMNO ada 3 perlembagaan untuk 3 kelas ahlinya.

Ali Rustam dihukum oleh LDU dan terhukum juga oleh PAU. KJ yang kelihatan selamat dari hukuman LDU akan menunggu hukuman oleh para perwakilan di PAU nanti. Bagi para perwakilan pemuda yang sayangkan UMNO tentunya tidak akan mengundi KJ dan kita memang berharap agar perwakilan akan berfikiran waras dan mementingkan UMNO lebih dari kepentingan diri dan mengambil sikap tidak akan mengundi KJ.

Undang-undang dari LDU apakah hanya menghukum pemberi rasuah sahaja? Bagaimana dengan mereka yang menerima dan memintanya? Apakah mereka tidak bersalah? Kita nak lihat LDU lebih waras atau TAR meletakkan jawatan.

8 comments:

PARPUKARI said...

PELIK KAN, DI DAPATI BERSALAH TAPI SUCI...HMMMMM

AKU CAKAP BANYAK KANG BH, MARAH PULAK PUAK2 DIA KANG...TAPI...PELIK LA BH KAN?

KAU TAK RASA PELIK KE BH?

Z-MAY said...

adakah itu yg bakal KJ terima di PAU?

one one no belen said...

KALAU kj TAK TERIMANYA DIA pau, UMNO akan terimanya di PRU 13.

.@blogger.com said...

Salam Bros,
Memang pelik ParpuKari, memang itu sangat pelik. Semua orang tak faham. Bro menyegar - betul kata bro, jika PAU tak menghukum KJ, rakyat akan hukum UMNO di PRU 13. Terima kasih komen semua.

.@blogger.com said...

menyegar?
SUDAH TUKAR KA? DULU SIAPALAH AKU!

one one no belen said...

haha.. tak nak jadi melayu dah nak jadi menyegar pulak..

.@blogger.com said...

hi hi! menegak! melintang! melentang! mencudat! HAH! MENCUDAT???

Anonymous said...

Parpu Kari...KJ ini kategori SUCI DALAM DEBU....

Laa nie orang dok sibuk kempen PR kecilkat Dua Bukit Satu Batang, CYBERCDO ingat nak kempen pasala KJ,ini....DAri 100 orang yang CYBERDO jumpa...98 orang yang tak mahu KJ ini jadi KP UMNO....termasuk CYBERCDO laaa...CYBERCDO SOKONG ANAK TDM TU....tapi..syyyyyythhh, jangan baeritahu orang laa...Kalau org tanya CYBERCDO sokong KJ, tapi bila undi nanti pasti pangkah anak TDM tu....nak idup beb !!!!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...