08 August, 2009

ULAMAK PAS, ULAMAK DAP

Fatwa: Beer bukan Arak


Nyata bahawa PAS tidak berkuasa dan gagal bersuara dalam Pakatan Rakyat bahkan mereka dengan hinanya dipermainkan oleh DAP. Rakyat melihat bahawa rendahnya taraf ulamak dalam PAS yang dengan mudah disamakan dengan bebrapa tokoh politik dari DAP.


Bangsa asing telah bukan saja merendah dan menghina Islam yang PAS perjuangkan bahkan mencabar PAS yang nyatanya tidak langsung berani bertindak. Mereka hanya berani menyalahkan UMNO dalam semua hal tetapi 'hilang telor' bila berhadapaan dengan DAP.

Kita tidak persoalkan maruah PAS yang dihina DAP tetapi kita persoalkan maruah Agama Islam yang sengaja disinggung oleh kafir harbi sahabat karib PAS itu. Apakah kita masih melihat PAS benar-benar memperjuangkan Agama Islam? Saya lebih melihat bahawa ulamak-ulamak dalam PAS hanya perjuankan diri dan kepentingan politik parti mereka saja.

Bahawa sebenarnya PAS telah gagal perjuangkan Agama Islam sepertimana yang mereka canangkan, lantaran itu kita harus kembali kepada UMNO untuk meneruskan memperjuangkan bangsa Melayu dan mengangkat martabat Agama Islam di negara kita ini. Janji kosong PAS penuh dengan retorik dan kepalsuan semata-mata.

Ulamak PAS berdiam diri. Apakah bererti mereka juga menyetujui fatwa bahawa beer itu bukan arak? Jika tiada bantahan dari mereka bermakna mereka bersetuju dengan kenyataan itu. Masihkah kita mahu menyokong PAS yang mengkafirkan UMNO satu ketika dulu tetapi menganggap DAP sebagai saudara?


...Dia menyentuh mengenai pendirian Mufti Selangor baru, Sheikh Ronnie Liu bahawa beer bukan arak.
"Tak lama lagi, PAS akan tukar laungan kepada Take Beer! Take Beer!" (Klik ke Blog Husin Lempoyang)

...Jeff Ooi pula mengaitkan "Syariah Islam sebagai ekstremis" semasa pertelingkahan beliau dengan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Razali Abdullah. Satu kenyataan yang sangat sensitif dan menjatuhkan maruah Islam serta menunjukkan yang beliau sangat anti Islam

Namun dalam isu Jeff Ooi ini, Dewan Pemuda PAS pusat, melalui ketuanya Nasarudin Hasan hanya mahukan supaya beliau menarik balik kenyataan atau memohon maaf secara terbuka. (Klik ke Blog Puakumbu antara blog dari Pahang yang perlu diberikan perhatian kerana tulisan nya yang menarik)

(Klik utk ke blog Kingdom Of Heaven)

5 comments:

Panglima Perang Cyber said...

salam saudara.

saya ada ulas juga isu ni...memang mereka sengaja nak cari pasal.

sila kunjungi blog saya..tq

ALeeN said...

PAS DH TAK RELEVEN LAGI.

KATA TIDAK PADA ARAK,ARAK ITU HARAM(AIR KENCING S***N)

.@blogger.com said...

Salam Panglima dan Aleen, Arak itu air kencing syaitan? Masalahnya PAS nilah yang setan nya. huhu ~ bRAVEhEART

PEJUANG CYBER said...

Walaupun Khalid adalah menteri besar Selangor tetapi beliau sama juga seperti Nizar , Boneka yang telah di tarik hidungnya. Mana janji -janji PAS sebelum memerentah. Jika kita menang hari ini , sebelum matahari terbit kita akan tutup kilang arak. Sekarang ini bukan kilang arak saja yang ada di Selangor. Selangor kini bagi tempat sarang maksiat. Di Pucung kini bagaikan Syurga dunia, Pucung sudah menjadi Thailand Malaysia. Bukan arak saja, Pelacuran kian membiak.

Anonymous said...

Salam semua..

masa duk dibawah semua bole cakap. semua bole buat..sbb belum dapat kuasa..bile dah ade kuasa sikit cakap lain buatnya lain. ingat diorg ni maksum ker..bile meludah kene muka sendiri dituduhnya org lain lak yg meludah..itulah dia puak-puak hampas

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...