04 May, 2012

BLOGGER PEMBELA NEGARA



1. Baru-baru ini satu pertemuan telah diadakan di Ipoh diantara sahabat-sahabat lama dalam BPN, bertujuan untuk memberi semula nafas kepada BPN. Satu jawatankuasa khas untuk tujuan itu telah dibentuk dan beberapa persetujuan telah dicapai.

2. Sudah berkali-kali saya menulis mengenai BPN dan saya tidak akan jemu untuk terus menulis mengenainya. Semangat blogger pejuang pada zaman kita dikalahkan dalam media sosial dan nasib para sahabat lama yang tertinggal dan ditinggalkan begitu saja tanpa sebarang perhatian. Kerana itu kita akan bangkit semula untuk berdiri lebih perkasa.

3. Banyak sokongan diterima sebagai memberi suntikan semangat dan banyak juga pandangan diberikan, segalanya diambil perhatian dan diberikan pertimbangan. Syabas kepada semua sahabat yang masih lagi bersemangat untuk turut sama berjuang bersama-sama kumpulan-kumpulan yang sudah established dan dihormati seperti UMB, atau 1Agenda dan banyak lagi.

4. Harap jangan ada yang bimbangkan kami kerana kami hanya hadiir sebagai melukut ditepi gantang, izinkan kami untuk bersama-sama berjuang dengan perjuangan asal yang berpegangkan semangat ' Alif Ba Ta'. Kami hanya ingin berada dilandasan yang benar, tidak diperdayai dan tidak tertipu lagi. Adat berjanji berpegang pada kata. Kerana perjuangan yang ada hanya bagai enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing yang lain ditinggalkan tanpa pegangan dan harapan.

5. BPN ditubuhkan ketika zaman susah, musim meneroka, malangnya apabila tiba musim menuai BPN terpinggir atau dipinggirkan. Sejarah juga akan melupakannya jika ia tidak bangkit semula.

2 comments:

sekupangdua said...

Salam perjuangan...

Bagi sekupang dan rakan-rakan terutama di PCT akan terus menyokong BPN di mertabat dan di perkasakan semula

Sejarah telah menyatakan bahawa BPN merupakan kumpulan bloggers terawal di persada maya, mungkin sekarang sedikit hambar disebabkan peredaran masa serta kemunculan begitu ramai pelayar tegar mewarnai warna maya

Bagaimana pun bagi teman dan juga rakan-rakan di perak terutamanya setuju dengan pandangan serta usaha kembalikan saf pimpinan BPN.

Insyallah kami akan sentiasa bersama didalam saf...

bRAVEhEART said...

Salam. Terima kasih Sekupangdua. Bersama kita akan berusaha meletakkan kembali BPN dilandasan yang sewajarnya....insyallah!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...