30 November, 2008

YANG HARAM

Thursday, November 20, 2008

1. Maka kita pun sibuk dengan projek yang Kerajaan PAS Kedah hendak lakukan - Ternakan Babi Moden. Sebelum itu Kerajaan PKR Selangor dah lancarkan Ternakan Babi Modennya. Kedua-duanya mendapat reaksi dari rakyat dan ahli-ahli UMNO sendiri diserata peringkat.
Babi adalah najis dan haram. Jika mana-mana pihak yang berurusan dengan perniagaannya adalah juga haram, jadi kerajaan yang membenarkan penternakan dan perniagaannya serta mengutip cukai keatasnya adalah haram menerima hasilnya.

2. Sibuk juga diseluruh negara tentang politik wang dalam UMNO. Ada pihak menafikannya. Ada pihak mengakuinya. Ada pihak meminta bukti adanya politik wang itu. Ada pihak yang disyakki mengamalkan politik wang tetapi menuduh orang lain. Tetapi soal pokoknya politik wang itu harus diaku bahawa ianya benar-benar belaku dimana-mana sepanjang pemilihan peringkat bahagian. Memberi rasuah dan menerima rasuah juga berdosa dan memakan hasil dari rasuah itu juga haram hukumnya.

3. Kita hidup dalam haram. Ada yang membesarkan anak-anak dengan duit haram. Membesarkan anak haram dengan duit haram. Memang haramjadah - siapa kita diantaranya.

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”