12 December, 2008
SAJAK KEMBARA HILANG ARAH
(klik disini untuk perihal gambar orang di atas)
SAJAK KEMBARA HILANG ARAH
dari dalam sinar mata hitammu
terbayang jalan luas
yang terbentang
pohon dan hijau padang lalang
itu bukan jalan lurus
mesti ada persimpangan, atau
dipenghujungnya ada selekoh tajam
kelak kau pasti terjunam
ke gaung dan jurang dalam.
kembalilah !
ke arah dimana kamu bermula
tidak akan berdosa melanggar setia
biar sekali kau jadi jantan
kembara yang tahu arah tuju dan arah
pulang
sesungguhnya
keadilan dan kebenaran yang kau perjuangkan
ada di sini
di tempat di mana kau bermula
tatkala kau mula mendustakan kata.
bRAVE hEART
Jerantut
12/12/2008
2 comments:
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”
Dari Jerantut sampai ke Benta,
ReplyDeleteSinggah sebentar jumpa Soffi Razak,
Jangan dirayu jangan diminta,
Puak mata satu dalam nazak!
Mengkuang diraut dibuat tikar,
Tikar direndam sehari semalam,
Tidak kalah UMNO kerana PKR,
Melainkan kalau ada musah dari dalam!
APJ,
ReplyDeleteterima kasih pantun yang sangat indah dan dalam maknanya. Inilah budaya melayu sejati, kalau menyindir pun dalam senyum. Teruskan berpantun. Saya cadangkan jadikannya satu koleksi biarpun ianya berasal dari komen-komen. Terima kasih. Kita jumpa di Temerloh atau Kuantan tidak lama lagi.