04 December, 2008

Tahniah PAS Mencipta Sejarah Di Jerantut



JERANTUT 29 November – Satu pertemuan yang dikatakan bersejarah telah dicipta oleh PAS apabila mempertemukan dua orang tokoh dari dua bangsa berlainan agama di atas satu pentas ceramah dalam program Malam Kebudayaan Rakyat Malaysia. (baca disini)

Tokoh tersebut ialah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat Persatuan Hindu Sangam Siva Sri Ramachandran Siva Chariyar. Program yang berlangsung di Kompleks Imam As-Syafie (KIAS), Kg. Temin, Jerantut

Memasuki perkarangan komplek berkenaan kita sangat teruja apabila melepasi gerbang yang dihias indah dengan 2 batang pohon pisang berjantung dan berbuah seakan memasuki kuil hindu.

Malam Kebudayaan Rakyat Malaysia itu bermula dengan persembahan tarian singa dari persatuan Cina, pertunjukan gendang India dan persembahan nasyid. Menteri Besar Kelantan itu kemudiannya menandatangani plak perasmian bangunan baru KIAS dan dikalungkan dengan bunga malai dan selepang hijau sebagai anugerah penghormatan oleh Siva Sri Ramachandran.

Ceramah umum yang dipengerusikan oleh Abdullah Abdul Karim dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang N. Balasubramaniam. Hadirin terpukau dengan ucapannya apabila beliau membuat kejutan dengan memberi salam kepada muslimin dan muslimat yang hadir.

Lebih memukau lagi adalah apabila Persatuan Hindu Sangam yang selama ini terlibat mempertikaikan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu yoga (baca disini) diberikan penghormatan sedemikian. Nyatalah bahawa demi cita-cita, mereka ini sanggup lakukan apa saja waima menjual maruah bangsa dan agama.

Kita tambah terpukau lagi apabila Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat beria-ia benar mencadangkan keanggotaan parti itu kepada bukan Islam walaupun ia tidak dipersetujui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. (baca disini)

Apa yang kita bimbangi adalah sikap terlalu bergantung kepada bangsa lain akan membuatkan mereka besar kepala dan menambahkan lagi sikap cauvinis dan rasis mereka. Apabila kita dilihat terlalu mengharap maka mereka akan meminta lebih. (baca disini) Akhirnya kita akan jadi Pak Kadok, parti tak menang kuasa dan Negara tergadai.

6 comments:

  1. Dah mamai gamoknya si Nik Ajiz ni. Hindu Sanggam? Mmg tercipta sejarah la wehhhh! Teruk benor PAS ni wehhhh!! Kita orang Pahang, pakat-pakat la pulaukan Pakatan Rakyat yang dah teruk ni. Kah tak rela bertuankan DAP! Aok rela?

    ReplyDelete
  2. Kembara Politik,
    Koi nok kabo ke aok. Deme ni buat ikut sesuke ati deme aje. Amende kate deme betoi aje, kala kite buat mende same tok nye buleh pulok. Ace kita buat nye haram, dema buat halal. Pening lalat dengan puok deme ni. Hat yang banyok orang PAS ni bukan nye orang PAHANG, orang tempat laen - entak eh! Bersabo aje la rodong! Koi pon tak daye juge dengan deme ni.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Kata kita semua anak Malaysia tapi perpaduan yang ditunjukkan oleh PAS dikatakan pulak sebagai mengkhianat bangsa dan agama?

    Kalau macam ni gak mentaliti orang Melayu,sampai kiamat pun Malaysia takkan maju!

    BODOH!

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”