17 January, 2009

ESOK YANG CEMERLANG

BN dijangka dapat kekalkan kerusi parlimen KT esok


DS Najib TPM - Jeneral membawa kemenangan BN


PRK P036 belum lagi berakhir namun dari riak dan gelombang yang dirasakan kita sangat yakin bahawa UMNO/BN akan memenangi pilihanraya kecil kali ini. Majoriti bukan ukuran. Yang penting bagi BN adalah pengekalan kuasa bagi kesinambungan dan maruah serta bukti bahawa BN masih releven dan diterima rakyat khususnya di negeri Terengganu.

Beberapa hari di Kuala Terengganu, menyaksikan kemeriahan kempen dan gerak kerja petugas-petugas sangat memberangsangkan. Jentera dari negeri Pahang adalah diantara jentera yang banyak mendapat pujian ramai. Umum sangat maklum bahawa pertandingan ini juga adalah pertandingan yang melibatkan Pahang dimana pengerusi kempen pilihanrayanya adalah DS Najib sendiri. Perhubungan UMNO Negeri Pahang tidak rela menerima kekalahan yang mana akan mencacatkan imej DS Najib.

Walaupun pengundian hanya akan bermula pagi esok, namun saya rasa BN sudah boleh tidur lena dan menunggu saja keputusan diumumkan pada sebelah malamnya. Kehadiran pasukan keselamatan yang ramai di Kuala Terengganu menyakinkan semua bahawa tidak akan ada apa-apa yang tidak diingini akan berlaku. Kita juga dapat rasakan perbezaan diantara kempen pilihanraya P036 yang tenang dan dakam suasana harmoni berbanding P044 yang penuh dengan kekerasan.

Sama-samalah kita doakan agar BN mencapai kemenangan yang cemerlang bagi membuktikan bahawa rakyat khususnya rakyat negeri Terengganu masih menaruh harapan kepada BN dan menaruh kepercayaan kepada DS Najib serta menerima pelan peralihan kuasa yang dirancang.
Semoga hari esok akan lebih cemerlang dari hari ini dan semalam.


losong dt.amar,
wkf mempelam

2 comments:

  1. InsyaAllah BN menang jika maklumat yang saya terima salah.

    ReplyDelete
  2. HAHAHHAHHAHAHAHA. ESOK YANG CEMERLANG YA? JENERAL YANG MEMBAWA KEMENANGAN YA? AIK. APA JADI? KENA TIPU KE? BUKAN CONFIRM MENANG KE KATA ARITU? AHHAHHAHAHHAA.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”