30 January, 2009
PILIH PAS KERANA ISLAM?
Saya teringat satu peristiwa yang benar-benar berlaku lebih empat tahun lalu, selepas PRU11. Saya catatkan disini tanpa membuat apa-apa perubahan yang ketara dan saya juga tidak memberikan apa-apa ulasan mengenainya. Saya hanya akan membiarkan saudara semua membuat penilaian sendiri.
Pada suatu pagi saya bertemu seorang 'Pak Aji' disebuah gerai minuman berhampiran perhentian bas Jerantut. Katanya dia datang dari Kg. Damak. Entah macam mana kami bercakap mengenai politik lalu terkeluarlah kata-kata/dialog begini;
Pak Aji: Politik dan Islam tak boleh dipisahkan....
Saya: Tapi zaman nabi dulu tak ada pun parti politik, tak ada pun parti PAS Islam juga.
Pak Aji: ?..........//
Saya: Di negara-negara Arab tak ada parti PAS tapi mereka Islam.,...
Pak Aji: ?..........//...
Saya: xx???@#$...
Pak Aji: Undi PAS masuk syurga....
Saya: (Nak elakkan pertelingkahan).. Saya pilihanraya dulu tak mengundi pun.
Pak Aji: Tak mengundi tak boleh, berdosa.
Saya: Kalau saya nak mengundi, siapa yang saya nak kena undi?
Pak Aji: Undi PAS lah, parti Islam.
Saya: Kalau saya undi DAP?
Pak Aji: Tak boleh berdosa. DAP parti kafir.
Saya: Tak apalah. Nanti kalau saya nak masuk Islam, saya akan undi PAS.
9 comments:
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”
Salam...
ReplyDeletePakcik tu demam...
PAS bukan tuhan...
PKR bukan tuhan...
UMNO bukan tuhan...
DAP bukan tuhan...
Nak pi syurga, banyakkan amal ibadat.
1)zaman nabi takde parti secara langsung tapi berdasarkan suku kaum dan bangsa.
ReplyDelete2)Nabi merupakan ketua dalam politik di Madinah. Nabi pun byk menyentuh pasal politik. ( kot2 ko tak tau. )
3)Menegakkan hukum islam adalah wajib.
4)Mengundi parti yg memperjuangkan islam adalah wajib ( kata para ulama seluruh dunia, bukan aku. )
5)BN kesayangan ko tidak memperjuangkan islam secara menyeluruh. mana boleh ambik sekerat2 je.
6)kalau kita jahil, kita belajar dgn org yang lbh tahu. Jgn belajar dr buku atau dengar2 dr org je. Jgn lak buat tafsiran sndr tntg agama. soal agama tak boleh ditafsir pakai logik.
7) Mungkin tuan lebih mengetahui.wallahua'alam.
Sdr Kereta lembu,
ReplyDelete1)zaman nabi takde parti secara langsung tapi berdasarkan suku kaum dan bangsa - BILA KITA BRCAKAP TENTANG FAKTA JADI KENALAH TUNJUKKAN FAKTA, OLEH ITU JAWAPAN UNTUK PERKARA 1 ADALAH DIZAMAN NABI TIADA PARTI.
2)Nabi merupakan ketua dalam politik di Madinah. Nabi pun byk menyentuh pasal politik. ( kot2 ko tak tau. )- KITA BERCAKAP TENTANG PARTI PAS, ADAKAH NABI SEBUTKAN TENTANG PARTI PAS? TIDAK!
3)Menegakkan hukum islam adalah wajib.- BETUL DAN BAGI SEMUA ORANG ISLAM DISERATA DUNIA
4)Mengundi parti yg memperjuangkan islam adalah wajib ( kata para ulama seluruh dunia, bukan aku. )- TOLONG NYATAKAN DENGAN JELAS ULAMAK MANA DAN DIDUNIA SEBELAH MANA. KALAU HANYA ULAMAK DARI PARTI PAS DARI MALAYSIA IANYA TIDAKLAH BOLEH DIKIRA KERANA ADANYA KEPENTINGAN POLITIK DENGAN MEMPERGUNAKAN ISLAM.
5)BN kesayangan ko tidak memperjuangkan islam secara menyeluruh. mana boleh ambik sekerat2 je. - MUNGKIN SAUDARA BETUL, TETAPI BN TIDAK PERNAH MENGHALANG PERJUANGAN ISLAM DI MALAYSIA. UMNO TIDAK PERLU LAGI MENYATAKAN MEMPERJUANGKAN ISLAM KERANA UMNO ITU SENDIRI PARTI ORANG-ORANG MELAYU YANG ISLAM. ADAKAH PKR DAN DAP YANG JADI SEKUTU PAS MEMPERJUANGKAN ISLAM? DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM LEBIH DARI UMNO?
6)kalau kita jahil, kita belajar dgn org yang lbh tahu. Jgn belajar dr buku atau dengar2 dr org je. Jgn lak buat tafsiran sndr tntg agama. soal agama tak boleh ditafsir pakai logik. - SAUDARA BETUL TENTANG INI DAN SAYA SETUJU.DAN DISINI SAYA TRIDAK BINCANGKAN SOAL UGAMA , SYA BINCANGKAN SOAL PAS PARTI YANG MENGAKU PARTI SILAM. JANGAN KELIRU DAN LARI DARI TAJUK PERSOALAN.
7) Mungkin tuan lebih mengetahui.wallahua'alam. - WALLAHUA'ALAM - HANYA TUHAN YANG LEBIH MENGETAHUI. MANUISIA BUKAN PENENTU SEGALANYA.KITA TIDAK LAYAK MENENTUKAN SESEORANG ITU KAFIR ATAU TIDAK DAN SESEORANG ITU MASUK SYURGA ATAU NERAKA, ITU URUSAN ALLAH BUKAN SAYA ATAU SAUDARA ATAU PARTI PAS ATAU ULAMAK PAS. DIAKHIR ZAMAN INI MANUSIA SANGGUP JUAL UGAMA MEREKA UNTUK KEPENTINGAN DIRI. SEMOGA KITA ADALH TERDIRI DARI ORANG-ORANG YANG SOLEH DAN BERADA DIPIHAK YANG BENAR.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSapa kata pas tu islam? atau umno tu islam? islam adalah islam yg sesungguhnya islam. bukan pas atau umno yg islam.
ReplyDeleteSiapalahaku ini tak tau isu ke? Kan PAS selalu kata mereka tu Islam dan UMNO bukan Islam, undi PAS masuk syurga undi UMNO masuk neraka. Ini cerita dah lama tak kan tau tau lagi?
ReplyDeletetu je la alasan yg dorang leh kasi
ReplyDeleteundi pas masuk surga
kalau yg undi tu x smayang, x puasa, dok fitnah orang camna lak?
pas ni sapa nak ckp psl surga?
sygnya org2 kg la yg jadi mangsa
Jgnlah dengar ckp org .. kalau dengar ckp org. org yahudi pun boleh mengaku dia islam kan..Yg penting kita gunakan kewarasan kita utk menilai.kalau takat kepala berserban aje belum tentu islamnya..
ReplyDelete...please where can I buy a unicorn?
ReplyDelete