14 January, 2009

TOLAK PAS - PARTI MILITAN DAN MENYOKONG KEGANASAN



PAS KE ARAH MILITAN DAN KEGANASAN




(Puak Militia Di Sebuah Negara Lain)
Penyokong Fanatik PAS akan Jadi begini Kelak Jika Tidak Disekat


Bibit Yang Di Semai PAS



Menahan Bas Dan Merampas Kad Pengenalan - Anak Pemimpin PAS Terlibat


PAS telah berubah. PAS telah jauh berubah berbanding dahulu ketika ia mula tertubuh. Ketika PAS mula dibentuk sebaik saja keluar dari UMNO. Rakyat tidak sedar bahawa parti ini ditubuhkan apabila pemimpin PAS yang kecewa dengan kekalahan Ahmad Fuad ketika bertanding dengan Onn Jaafar dalam merebut jawatan Presiden Perikatan lalu keluar menubuhkan PAS.

Dahulu PAS adalah sebahagian dari Perikatan atau sekarang dikenali sebagai Barisan Nasional. Pemimpin PAS adalah terdiri daripada orang-orang yang kecewa, yang inginkan pangkat dan kuasa tetapi tidak berjaya dalam pertandingan lalu keluar dan menubuhkan PAS. Nawaitu penubuhan PAS memang tidak jujur kerana cuma ingin merebut pangkat dan jawatan dan bukan untuk membela agama, bangsa dan negara sepertimana UMNO yang bermatian berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan bagi anak bangsa dan negara. Perjuangan UMNO lebih tulus dan ikhlas iaitu ingin membela agama, bangsa dan negara dari dosa penjajahan.

Perlembagaan awal PAS hanya mengariskan empat tujuan iaitu:

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

Namun kini PAS adalah parti penghasut. Ceramah PAS adalah bermotifkan politik yang diselitkan agama. Agama digunakan sebagai batu loncatan untuk menarik penyokong fanatik kepada PAS. Ini menyebabkan ramai orang tertarik untuk mendengarnya. Jika hanya ceramah agama semata-mata, orang ramai boleh ke surau atau masjid untuk mendengarnya, tetapi kini ramai juga khatib di masjid yang memberi khutbah atau ceramah bermotifkan politik dan bukannya agama. Jadi, masjid sekarang digunakan sebagai pusat penyebaran dakyah dan bukannya pusat penyebaran ilmu dan agama. Ceramah PAS yang penuh dengan maki-hamun membuktikan ramai orang gemar mendengar perkara-perkara yang tidak elok didengar kerana syaitan seolah-olah menghasut mereka menjadi lebih lupa daratan.
(Silabaca disini)


Malahan akhir-akhir ini PAS bertindak lebih agresif. Menyedari bahawa setelah sekian lama berjuang mereka masih gagal mendapat sokongan penuh rakyat maka mereka merangka strategi baru – iaitu menakut-nakutkan rakyat. Kerana itu kebelakangan ini kita dapati banyak sekali berlaku rusuhan dan tunjuk perasaan yang dianjurkan atau didalangi oleh PAS. Setiap kali tiba pilihanraya umum atau kecil akan ada kekecohan berlaku.

Namun PAS bijak dengan dengan provokasinya lebih dahulu menuduh bahawa UMNO/BN atau kerajaan merancang atau melakukan sesuatu keadaan yang tidak tenteram lalu mereka melakukannya dengan alasan bahawa mereka hanya mempertahankan. Perbuatan mereka ini tidak ubah seperti perlakuan Yahudi Zionist keatas Palestin – menuduh Palestin mengancam mereka dengan serangan mortar atau bahkan dengan balingan batu-batu yang hanya mencederakan tersangat sedikit rakyat Israel lalu mereka mengambil tindakan menyerang dengan peluru berpandu dengan alasan mempertahankan diri yang membunuh beribu-ribu rakyat Palestin.

PAS dilihat kearah membentuk sebuat parti yang bercorak militant. Ada antara anak-anak pemimpin mereka yang mendapat didikan dinegara-negara yang dikuasai oleh puak militant dan apabila kembali cuba menerapkan cirri-ciri tersebut bagi memastikan kejayaan PAS mendapatkan kuasa pemerintahan.

Jika kita masih tidak lupa, pada pilihanraya yang lalu anak seorang tokoh PAS telah menahan beberapa buah bas yang membawa penumpang dan merampas kad-kad pengenalan penumpang bas berkenaan dengan alasan bahawa mereka adalah suspek pengundi-pengundi hantu yang dibawa masuk untuk membantu UMNO/BN.

Rakyat mahukan keamanan dan keharmonian.Oleh itu rakyat harus membantu kerajaan mengekang keganasan dengan tidak membiarkan PAS berterusan melakukan kekerasan. Segalanya harus dilakukan dari awal. Bak kata ‘Api - semasa kecil menjadi kawan, setelah besar menjdi lawan’ Menyokong PAS samalah dengan menyokong melakukan keganasan. Susah hendak kita nafikan segalanya itu kerana kita sangat sedari bahawa dari sekecil-kecilnya PAS sering saja menanam bibit-bibit kebencaian. Dalam setiap ceramahnya mana ada yang bebas dari maki hamun? Cacian dan makian adalah jiwa dan rohani pemimpin-pemimpin PAS. Di surau-surau dan masjid, tanpa segan silu dan rasa berdosa, PAS akan memaki hamun sesiapa saja. Apakah ini ajaran Islam yang tulin? Beginikah Islam di zaman Rasulallah?

Telah banyak diperkatakan tentang ketidakjujuran PAS. Mereka yang memulakan perpecahan dengan memulakan sembahayang dua Imam. Mereka yang menjatuhkan hokum sembahayang yang di Imamkan oleh UMNO tidak sah, sembelihan orang UMNO tidak sah. Setiap apa yang kerajaan/UMNO/BN buat adalah haram dan tidak sah. Tapi dalam masa yang sama mereka melakukan perkara serupa. Surau dan masjid yang dibina menjadi markas dan pusat tarbiah mereka. Tidak haram dan tidak berdosa. Itulah wajah PAS sebenarnya.

Justru, dalam pilihanraya kecil P036 ini, tolaklah PAS kerana mengundi PAS bererti menyokong militant,bererti menyokong keganasan. Kita masih Islam walau tanpa PAS seperti di Negara-negara lain; Indonesia, Pakistan, Iran dan lain-lain Negara Arab. Tidak berdosa kita jika tidak mengundi PAS. (Baca disini) Kenapa perlu undi UMNO di PRK P036 nanti



HADIAH KEMPEN PILIHANRAYA P036 (Sila klik)

pas mudah lupa-segalanya kerana mabuk kuasa
http://www.pilihanrayakini.com/

wahid pas parti harapan kosong
http://ramlyotai.blogspot.com/2009/01/wahid-pas-parti-harapan-kosong.html

karpal singh sanggah sikap bermuka pas
http://ramlyotai.blogspot.com/2009/01/wahid-pas-parti-harapan-kosong.html

hudud pas berbanding hudud Allah
http://www.isuhot.com//modules.php?name=News&file=article&sid=715

pas mula tidak percaya kepada anwar
http://taipingmali.blogspot.com/2009/01/pas-mula-tidak-percaya-kepada-anwar.html

pas dimata anwar
http://lahabau.blogspot.com/2009/01/pas-di-mata-anwar.html


Nota:
Kepada semua jentera pilihanraya UMNO/BN yang memberikan khidmat pada PRK P036, semuanya diucapkan terima kasih. Khidmat bakti anda adalah satu perjuangan yang suci. Terutama kepada jentera Pahang dan pemimpin-pemimpinnya, tahniah diucapkan kerana khidmat cemerlang dan mengharumkan nama negeri Pahang.

Pada 25.3.1894 – Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau bertemu Tok Ku Paloh ketika mereka berlindung di Kg. Seberang Engku Ngah, Kuala Terengganu. Tok Ku Paloh mengumpul 100 orang dari Besut, Terengganu dan Hulu Lebir, Kelantan bagi membantu pejuang.

Ini masanya untuk cucu-cicit Pahlawan-pahlawan Pahang dahulu membalas budi Tok Ku Paloh dan orang-orang Terengganu. Kerana itu juga Pahang memilih Paloh sebagai perkampongan Pahang sepanjang pilihanraya kecil ini.

7 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. 2 Komen sdr kifli dipadamkan kerana terlalu panjang dan sebahagiannya tidak berkaitan dan luar tajuk. Harap maaf.

    ReplyDelete
  4. kalau setakat hang sorang nak tolak PAS tolaklah sedaya mana hang mampu yang pastinya majoriti orang KT sayang kat PAS............Selain menabur wang sebagai umpan memancing undi, UMNO/BN juga tak menang tangan menangkis pelbagai isu negatif yang membabitkan peribadi calon mereka Wang Farid. Inilah isu yang paling mengusarkan mereka. Inilah isu yang mereka cuba tangkis habis-habisan.


    Isu ini merupaka satu isu tempatan. Dan isu ini dibangkitkan oleh orang tempatan, iaitu para pengundi bagi PRK ini. Kalau isu ini tak serius.... tak kan lah pemimpin-pemimpin top UMNO,
    dari Pak Lah, Pak Jib, Muhyiddin, Opah Fidah dan tak ketinggalan Hishamuddin turun padang mempertahankan Wang Farid. Sebab tu orang kata he's a 'bad choice'.


    Tengah sibuk-sibuk orang... memperkatakan tentang hubungan dingin Wang Farid dengan Datuk Razali.... orang tertanya-tanya pula kenapa Wang Farid tidak datang ke majlis tahlil Datuk Razali??? Apakah betul seperti yang dispekulasikan??? Wallahu'alam.

    Dalam keadaan keluh kesah UMNO/BN cuba menangkis isu peribadi Wang Farid, mereka menerima satu lagi cruize missile yang dilancarkan oleh Pakatan Rakyat. Sasarannya, menghancurkan pengaruh UMNO di kalangan masyarakat Tionghua. Bekas Menteri Kabinet Pak Lah.... Zaid Ibrahim, pulak turun ke Kuala Terengganu untuk membantu kempen PAS. Sebagai permulaan, beliau ke kawasan majoriti masyarakat Tionghua dalam usaha untuk membuka mata mereka supaya memberi sokongan padu kepada calon PAS. Apa yang jelas.... sokongan masyarakat Tionghua ini semakin condong ke Pakatan Rakyat. So, kita perangatkan mereka lagi!


    Tapi.... yang peliknya, publisiti lebih dan lebih banyak kepada Pak Jib daripada Wang Farid. Siapa yang bertanding ni??? Wang Farid atau Najib??? And our Mr Najib pulak all out untuk menang pilihanraya ini. Ke sana ke mari.... ke situ ke sini.... ke hulu ke hilir. Fuuuyooo... energetic betul Pak Jib kita ni.....Tak penat ke??? Tak poning ko???

    Apa rahsia anda??? Ini mesti dia dah pekena kopi raggae!!!

    ReplyDelete
  5. Sdr. kifli,
    Kalau dah org KT semua menerima PAS dan mengundi pAS maka PAS akan menang PRK itu. Jadi apa perlu sdr takut dan menakutkan orang lain? Apa pun; yang kuat akan menang,yg pandai akn menang. Tuhan menentukannya. Tiada siapa yg runsing jadi kenapa harus sdr?

    Soal pemimpin2 turun kempen di KT saya nampak semua sama. |BN ada dan PR pun ada. Jadi bukan masalah.

    Soal publisti dlm media kerajaan - itu pun bukan masalah kerana dalam harakan atau mana2 media pem,bangkang mereka pun akan berat sebelah. Jadi itu pun biasa. Inilah politik. Jika tak tau apa politik jgn ungkit mengenainya.

    Cina bijak dari org melayu berpolitik. Sokongan mereka tidak tetap. Dimana ada untuk disitu mereka akn condong.Mereka tahu ada ketika mereka ada harga dan untuk mendapatkan undinya harus ada tawar menawar. Mereka harus dpt sesuatu dari apa yg mereka beri.

    Lihat di perak, mereka dpt pemilikan tanah 999 tahun. Sebab mereka bijak. Politik melayu rendah dan fanatik. Kerana itu sering dipermainkan.

    Sdr jgn risau. Sekali lg saya kata, jika PAS benar2 kuat maka PAS lah yg berhak menang. Saya tak akan risau dan akan ucap tahniah. Jadi sdr Kifli jgn bimbang. Tenangkan hati dan jika dah layak mengundi dan telah mendaftar maka pada hari mengundi nanti keluarlah mengundi. Buatlah PERTIMBANGAN dan pangkahlah BARISAN. Wabillahi-taufik..

    ReplyDelete
  6. Sdr kifli,
    Saya nak tanya satu soalan,jika BN berikan anwar jawatan PM dan anwar mesti masuk UMNO apa sdr fikir anwar akan lakukan? Jika Hj Hadi diberi jawatan MB Terengganu dlm UMNO apakah tindakannya? Dan Jika sdr diberikan sesuatu yg sgt sdr kehendaki apakah sdr akan masih marah2 lagi?

    Jawapannya..Inilah kehidupan. Inilah politik. JANGAN LUPE nGUNDI BARISANG.

    ReplyDelete
  7. Hang tolak Pas tak apa. Tapi kemenangan PAS di Kuala Terengganu sebab ahli atau penyokong UMNO tak keluar mengundi dan tolong pangkah PAS. Maknanya pakai lambang UMNO pada baju pada topi belum tentu pangkah UMNO sebab itu UMNO dijangka BN menang di Kuala Terengganu oleh sistem 'SMART'. Tapi PAS sebaliknya. UMNO perlu buat kajian mendalam perkara tersebut. Satu lagi UMNO kena kaji pengundi 40 tahun kebawah kebanykan sokong pembangkang. Saya ingat UMNO tak perlu serang pembangkang tapi hanya perlu jaga ahlinya,jangan sebotaj parti . sekian terima kasih.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”