PRK P036 semakin hampir. 3 calon layak bertanding. BN/UMNO – Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, PAS - Mohd Abdul Wahid Endut, Bebas - Azharudin Mamat @ Adam.
Calon bebas hanya kacau daun dan memecah undi. Pertarungan sebenar adalah antara calon UMNO dan PAS. Peluang jangkaan adalah 50 – 50. Bergantung kepada isu dan tawaran yang akan dijanjikan oleh calon.
Kemungkinan PAS akan bertindak agresif seperti di Ruslia dahulu tetap ada sebagai menagih simpati pengundi dan disamping akan menyalahkan Kerajaan dan UMNO. Ditambah pula dengan sokongan jentera PKR yang memang dikenal pasti bersikap agresif sejak dahulu lagi. Kerana itu tindakan PDRM menempatkan ramai anggota adalah tepat dan sangat wajar. PAS kini bukan sahaja parti yang bertopengkan agama bahkan menonjol kearah militant.
Masih ingat di Ruslia dahulu dimana beberapa buah bas ditahan dan penumpangnya dirampas kad pengenalan kerana mereka manganggap itu adalah pengundi-pengundi hantu yang dibawa dari utara semenanjung. Apa akan jadi jika mereka kalah dikawasan berkenan? Tentu mereka akan membenarkan tuduhan bahawa adanya pengundi-pengundi hantu. Tetapi sebaliknya telah berlaku dimana mereka menang maka isu pengundi hantupun berkubur begitu sahaja. Kepada orang-orang PAS, jika mereka kalah ianya adalah salah kerajaan dan ada sesuatu yang buruk telah kerajaan lakukan tetapi jika mereka menang ianya adalah kerana kekuatan dan sokongan rakyat kepada mereka. Tidak langsung timbul fakor jahat mereka dan ugutan secara kekerasan yang mereka lakukan.
Kini mereka meminta diundi kerana ingin kurangkan undi terhadap UMNO, bagi melemahkan UMNO. Dalam masa yang sama mereka juga tahu melemahkan UMNO adalah melamahkan kerajaan yang memerintah dan secara langsungnya melemahkan kuasa orang-orang melayu. Itu mereka tahu tetapi mereka tidak peduli kerana matlamat utama adalah kuasa kepada parti mereka. Jika PAS menang pun apakah PAS akan menjadi kuasa memerintah dan apakah suara melayu didengan didalam PAS? Jawabnya TIDAK.
PAS sedar bahawa mengalahkan UMNO bereti melemahkan melayu namun mereka tetap ingin lakukan ini kerana mereka lebih rela duduk dibawah kangkang DAP dari berkerjasama dengan UMNO. Mereka merasa untung melayu dibawah perintah DAP dari dibawah perintah UMNO/BN walaupun mereka sedar bahawa DAP lebih memberikan kepada cina daripada memberikan kepada melayu. Tetapi itu PAS tak peduli. PAS sebenarnya tidak cakna kepada bangsa melayu.Pemimpin-pemimpin PAS hanya pentingkan diri lebih dari pemimpin UMNO pentingkan diri mereka.
Rakyat telah sedar akan kesilapan yang dilakukan dalam PRU12 yang lalu. Rakyat tidak akan memberikan harapan sekali lagi kepada Pakatan Pembangkang ini lagi. Rakyat telah jemu dan meluat melihat sikap ahli-ahli parlimen dan DUN dari Pakatan Pembangkang ini yang tidak mampu meberikan kebajikan kepada rakyat. Sebahagian dari wakil-wakil rakyat tiddak mampu bercakap dalam dewan.
Apa yang telah dan akan PAS lakukan? Jika setakat menyokong DAP dalam pembangunan ternakan babi mega dan moden, rakyat tidak akan menyokong. Jika bersekongkol dengan DAP dan PKR dalam menutup tadika kemas di Perak yang membebankan anak-anak melayu, rakyat tentu sudah muak.
PRK P036, kita minta PAS dan penyokong-penyokongnya dahulu supaya balik lah kepangkal jalan dan sokonglah kerajaan dibawah teraju UMNO. Bertaubatlah! Hentikan kezaliman terhadap rakyat Terenggannu. Pesan-pesan dan sampai-sampaikan lah ini kepada saudara mara kita di Terengganu. Ingatlah bahawa tanpa PAS pun kita boleh bebas menjadi umat Islam yang menyayangi dan memperjuangkan agama. Di Negara lain pun tidak ada PAS namun islam tetap tegak sabagai agama Allah.
doakan UMNO akan berjaya...
ReplyDeleteSikap taksub pemimpin PAS menyebabkan orang melayu ramai yang terpesong..tetapi dalam masa yang sama UMNO mesti jelas dan kembali ke landasan perjuangan untuk agama dan bangsa supaya rakyat dapat menyedari bahawa hanyalah UMNO yang mampu menjaga agama dan bangsa di tanah melayu ini.
ReplyDelete