12 February, 2009

POLITIK CONTENG-MENCONTENG






  • Politik DSA politik conteng-conteng. Melihat peluang DSN cerah untuk jadi No.1, dia awal-awal lagi menconteng muka DSN. Biar hitam legam. Biar buruk Biar sama buruk dengan mukanya, jadi jika ditandingkan tidaklah nampak mukanya terlalu buruk.


  • Kerana itu kita lihat DSA jarang sangat menghentam PM. Sasarannya hanyalah TPM kerana dia tahu PM takkan lama. PM akan lepaskan jawatan. Bila PM pergi siapa akan ganti? Kerana itu DSN harus diconteng. DSN harus dihitamkan. Biar rakyat menolak DSN. Biar rakyat terpaksa memilih dia walaupun dia sebenarnya yang lebih hitam diantara 10 budak hitam.


  • Maka dihitamkanlah DSN semahu-mahunya. Dicanangkan lah keseluruh Negara dan serata dunia bahawa DSN ini adalah insan yang paling tak guna. Setiap keburukan dan bencana yang berlaku maka DSN lah penyebabnya; Perempuan Mongolia mati di Malaysia DSN penyebabnya. Katak lompat keluar DSN penyebab. Katak lompat masuk DSN penyebab. Pada segala keburukan, DSN adalah penyebabnya. Ketentuan Allah, yang putih tetap putih.


  • PAS pun sama juga. Sana sini conteng UMNO. Tak cukup conteng UMNO conteng juga agama. PAS halal, UMNO haram. PAS syurga UMNO neraka. Semua UMNO buat tak betul tetapi semua PAS buat betul. ADUN Bota lompat ke PKR salah UMNO, ADUN Bota lompat UMNO semula salah UMNO juga?


  • Penyokong PAS dan PKR pun sama. Apa DSA kata dia ikut. Kadang-kadang lebih sudu dari kuah. Apa DSA kata semua mereka percaya. Hitam kata DSA hitamlah ia. Putih kata DSA putihlah ia. Jika babi dikata kucing oleh DSA maka kucinglah babi itu. Pemimpin PAS dan PKR mengata dan menghina UMNO tak apa. Wan Farid berkaraoke tak boleh, DSA berdangdut tak apa. DSA didakwa meliwat berkali-kali pun mereka tak percaya, mungkin jika mereka yang dah terkena sula baru nak percaya. Pada mereka DSA adalah insan suci. DSA lah keramat DSA lah wali. PAS pun anggap DSA sebagai ulamak yang mesti dituruti.


  • Bagi penyokong PKR dan PAS, Kuman diseberang lautan dan gajah ditepi mata, kedua-dua mereka tak nampak kerana mata dan hati mereka telah buta. Hanya para pemimpin PKR dan PAS yang melihat, tetapi bukannya kebenaran – hanya melihat kekuasaan dan penipuan. Rakyat telah berubah. Rakyat telah sedar, Rakyat benci dengan rusuhan. Jika ada peluang, rakyat akan ubah keadaan. PAS dan PKR akan dipinggirkan. Jika ada mana-mana pilihanraya, PAS dan PKR akan ditewaskan. Insyallah.


  • Kini TDM pun dihitamkan. 22 Tahun berjasa kepada Negara tetapi rakyat cuba hasut supaya melupakan. Di blog SUKJ jelas kelihatan. Anjing-anjing masih menyalak. Siapa KJ? Ini adalah klon DSA – memang serupa dan hampir sama. Jangan biarkan dia terlepas. Jika semasa kecil sudah mengigit jari jika besar nanti dia akan berani mengigit kaki. Tendang KJ dan anjing-anjingnya jauh-jauh. TDM mesti dihormati. TDM dah capai tahap dunia, jangan biarkan mereka yang baru nak jadi ketua pemuda hina TDM begini. Jangan mimpi KJ nak jadi ketua pemuda.



(Klik sini untuk baca blog OTAI) http://ramlyotai.blogspot.com/2009/02/tuduh-umno-jahat-adalah-permainan.html

(Klik utk baca, melainkan orang PAS jangan baca)

8 comments:

  1. Inilah masalahnya apabila nafsu menguasi hati dan perasaan. Kerana tamakkan kuasa, agama dipersenda dan diperalatkan..Insyaallah Allah bersama dengan orang yang benar...

    ReplyDelete
  2. Alah kamu ni, cuma penulis upahan aje... boleh belah lah.........

    ReplyDelete
  3. Keja kamu ni...asyik kutuk DSAI je...
    kamu tahu tak, DSAI adalah tokoh terbaik yg ada setakat ini ...

    ReplyDelete
  4. DSAI tokoh terbaik????????main belakang baik ke?hahahah kunyittttt

    ReplyDelete
  5. haha DSAI pemimpin terbaik? buta hati betullah sapa yg bercakap mcm ni..

    ReplyDelete
  6. apasal puak-puak pr, bila orang sokong kerajaan, depa cakap penulis upahan lah, agen umno lah, dah kena rasuah lah.

    depa agak depa saja yang boleh guna internet, orang lain tak boleh.

    bukan semua rakyat support pr pun. tu pun dah riak dan takbur. ingat, mati anwar ibrahim, maka berteraburlah pr di bumi malaysia ini.

    prinsip tak sama tapi nak kuasa punya pasal, ikut bontot anwar pun tak pa walau busuk.

    ReplyDelete
  7. Kadang2 BlueHope tfikir jgak...pmimpin2 pbangkang ni adakalanya o.k. Yg tak o.k nyer pnyokong2. Diaorang plak yg lbih2...lbih sudu dari kuah! Bkn pmimpin yg mghasut tpi pnyokong yg berapi2 sndiri. Insaf la kawan.. Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada mulut diam, ada BERANI...saman!

    ReplyDelete
  8. Salam semua,

    Nak komen BlueHope. Tak semuanya OK dan tak semuanya yang tak OK. Itu pada kedua-duanya. Ini adalah peribadi politikus itu sendiri.

    Masalah sebenarnya adalah penyokong. Orang politik ini cerdik yang bodohnya penyokong. Fanatik pulak tu.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”