27 March, 2009

ANTARA RASUAH DAN MARUAH


Bersihkan UMNO dari pemberi dan penerima rasuah. Najib MESTI tegas tnapa mengira siapa jika masih sayangkan UMNO, jika tidak pada PRU13 UMNO akan hanya tinggal nama.


Akhirmya diberitakan Muhyiddin menang dalam perebutan Jawatan Timbalan Presiden UMNO. Ramai menarik nafas lega dan berasa bahawa masih ada perwakilan yang masih waras dalam memilih antara rasuah dan maruah.

Diluar sana beberapa ahli UMNO dari cawangan-cawangan bersedia untuk keluar UMNO beramai-ramai dan membubarkan cawangan UMNO masing-masing kerana tidak puas hati berikutan keputusan pemilihan sayap parti.

Ramai yang tersentak dengan kemenangan KJ sebagai ketua pemuda dan mempertikaikan bagaimana calon yang mendapat pencalonan yang tersedikit kemudian terlibat dengan politik wang tetapi hanya dikenakan amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO boleh dibenarkan bertanding serta terpilih sebagai ketua pemuda?

Nyatalah bahawa perwakilan pemuda terdiri dari mereka yang lebih mengutamakan kepentingan diri dari kepentingan parti. Mereka adalah golongan yang gelojoh dan tamak yang memilih rasuah lebih dari maruah. Golongan ini kelak jika tidak dibendung akan merosakkan parti.

KJ didapti bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO.Walau hanya diberikankan amaran dan tidak ada tindakan diambil terhadapnya, namun dia tetap bersalah. Seperti juga Ali Rustam. Kenapa tindakan hanya didalam UMNO sahaja? Kita menuntut tindakan sewajarnya diambil dan mereka sepatutnya disiasat oleh SPRM.

Kita juga terfikir dari mana KJ mendapat wang begitu banyak untuk merasuah perwakilan yang jumlahnya bukan sedikit? Apapun kita harus mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka berdua dan tindakan tegas diambil oleh parti bagi membersihkan imej parti, jika tidak mereka akan sentiasa menjadi bebanan kepada UMNO selama-lamanya.

Mengubah UMNO harus bermula dengan pemimpin mereka. Memilih pemimpin yang bersih dan ikhlas berjuang untuk agama,bangsa dan negara. Jika kedua-dia sayap UMNO patah kerana tidak bersih, maka akan tempanglah UMNO selamanya.

PRU13, hanya hujung diselekoh. Jika kita masih hanya bercakap-cakap tentang ingin berubah tetapi tiada apa perubahanpun yang kita lakukan, maka kita akan kalah teruk dalam PRU nanti dan UMNO hanya akan tinggal jadi sejarah dan dilupakan. Banyak pihak melihat bahawa kemenangan KJ sebagai permulaan kepada kematian UMNO.

Klik baca: Inna Lillahi Wainna Hi Roji'un ... Al Fatihah Untuk UMNO

5 comments:

  1. SABAU, SABAU. TAPI NAMPAK ANDA DAH LEMBUT SIKIT DGN KEMENANGAN MUHYIDDIN. MUDAH2AN AKAN ADA PERUBAHAN BAGI MEMBERSIHKAN PEMUDA. INSYAALLAH. SABAR BOS.

    ReplyDelete
  2. KEMENANGAN MUHYIDDIN MENGUBAT DUKA NESTAPA, TETAPI KJ HARUS DISIASAT OLEH SPRM DAN TINDAKAN HARUS DIAMBIL BAGI MENDISIPLINKAN PARTI, JIKA TIDAK ORANG LAIN AKAN LAKUKAN JUGA KELAK

    ReplyDelete
  3. "... PRU13, hanya hujung diselekoh."

    Ungkapan sdr ini saya suka kerana menjadikan hati pejuang bangsa bertambah membara.

    Juga ia membuatkan saya merasa cemas, kerana si rempit KJ itu merempit di selekoh13, membabi buta (kerana itu sifatnya) .. takut-takut dibawa sama seluruh Melayu terbabas.

    Mudah-mudahan hanya dia terbalik.

    ReplyDelete
  4. Dal,
    terima kasih melawat blog saya,kunjungi lagi serta tingalkan komen membina, membetulkan mana yang salah, memberikan semangat apabila semangat kian luntur. Perjuangan yang belum selesai.

    ReplyDelete
  5. Pemimpin dan perwakilan UMNO tidak akan berubah.Ini lah kenyataannya.Bagi mereka wang adalah segalanya. Bagaimana rakyat nak menerima UMNO?.Aku rasa UMNO akan kalah dlm PRU 13 nanti.Jika Najib tidak dpt menawan hati rakyat.Harap pemimpin UMNO yg terpilih tidak angkuh,sombong dan bogkak serta dpt menerima kritikan rakyat dan memberi kehendak rakyat

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”