18 March, 2009
APA KURANGNYA ALI RUSTAM?
Pada Pak Lah Ali Rustam tiada kekurangan bahkan banyak kelebihannya. Seperti juga dengan KJ. Lagi banyak pemimpin UMNO yang jenis begini lagi cepat UMNO berkubur.
Dulu, semasa heboh suara pertikaikan Ali Rustam sebagai calon Timbalan Presiden UMNO yang di taja oleh Pak Lah, Pak Lah marah! 'Apa kurangnya Ali Rustam? Buruk sangatkah Ali Rustam?' - itu disuarakan Pak Lah.
Sekarang apa jadi? Apa Pak Lah nak kata tentang calon kesayangannya? Jika Lembaga Disiplin tidak membawa kesnya dan menjatuhkan hukuman, dan jika Ali Rustam menang pemilihan lalu kemudiannya kita dapati dia bersalah, apakah baik calon pilihan Pak Lah itu? Pak Lah tidak mengenal intan dan kaca, mujurlah kaca itu jatuh dan pecah berderai sebelum kita memilikinya.
Apakah jaminan bahawa Ali Rustam tidak akan lagi terlibat dengan politik wang akan datang? Sepatutnya hukuman lebih keras dikenakan. Bagaimana pula dengan Muhammad Taib? Tidakkah dia terlibat dengan politik wang juga? Jikalau UMNO sering sangat melindungi pemimpin-pemimpin mereka dari tindakan apabila lakukan kesalahan bagaimana reform akan berlaku?
Melihat pada keadaan sekarang ini,saya tidak percaya akan berlaku reform dalam UMNO dan kesudahan dari cerita tentang UMNO adalah ianya akan berkubur tidak lama lagi. Sebelum PRU13. Memang tiada siapa yang sayangkan UMNO lagi, termasuk para pemimpinnya. Semuanya lebih sayangkan diri sendiri dan anak menantu dari sayangkan parti UMNO.
11 comments:
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”
hapuskan KJ & Pak Lah dari UMNO...HIdup UMNO!!!!!
ReplyDeletesecara peribadi., sy masih menyokong datuk ali..
ReplyDeletekerana dimelaka kami tau macam mana datuk ali menjaga kawasannya...
cuma kesalahan pelobi yg keterlaluan menyebabkan datuk ali terjerat..
dan datuk ali adalah org yg liable terhadap tindakan ejennya.. dan sy yakin datuk ali terima dgn matang. tiada kena mengena dgn kenyataan yg dia adalah kesayangan paklah.
salam sdr. apache. lama dah tak dtg menjenguk dan berikan komen, sibuk ke? - bERANIKAN hATI
ReplyDeleteumno PARTI BISNES? Kenapa PAS dan DAP tak ada rasuah politik? tolong sebarkan pada sahabat lain.
ReplyDeletehttp://pkrpasdap.blogspot.com
Salam..saya bukan orang yang taksub pada politik, tetapi pemerhati dari jauh..tapi saya berpendapat Dato Ali telah dijadikan kambinbg hitam dalam membersihkan orang2 Pak Lah. Maaf jika saya tersilap.
ReplyDeleteAli Rustam sama seperti orang lain juga. Ada dua biji mata, dua keping telinga, dua lubang hidung, satu mulut, satu saje kepala, dua belah kaki dan betul-betul sama dengan anda. Bezanya hanya KEIMANAN dan takwa kepada Allah SWT.
ReplyDeleteKenapa Pak Lah yang disalahkan bila Ali Rustam dikenakan hukuman rasuah?
salam, berani hati terima kasih sudi singgah ke blog saya dan memberi sokongan moral kepada Datuk, seperti yang diminta, saya sudah link blog saudra dan sudah add sebagai follow, harap maklum. Salam Berani Berubah!
ReplyDeletesalam semua,
ReplyDeleteimanshah, sdr benar dalam menyatakan pendapat dan sebenarnya semua orang benar menyatakannya kerana itu adalah hak kita terutamanya di blog saya ini. sila datang lagi nanti untuk terus berbincang. Bungaraya, terima kasih -anda pun tidak salah. Cuma jika kita masih ingat dulu, pak lah menyatakan demikian ketika pertahankan Ali Rustam. Katanya apa salahnya Ali Rustam? Dan inilah jawapan kepada soalan Pak Lah. Ini lah salahnya Ali Rustam.
Salam saudara beranikan hati.
ReplyDeleteTerkadang dalam hidup penyokong membawa pengakhiran yang baik dalam diari hidup kita,tapi dalam kes dato`ali,harapkan sokong,sokong nak bawak rebah.
Saya pernah melihat bagaimana beliau melayan rakyat melaka.Siapapun melihat akan mengatakan beliau betul2 prihatin kepada rakyat melaka.Saya kagumi beliau sebagai role model yang ideal kapada YB2 seluruh Malaysia.Ramah lembut dan prihatin.
Pemimpin seperti ini amat jarang di temui,tapi nasib tak menyebelahi.Mungkin tertulis sudah di lauhul Mahfuz beliau lebih diperlukan di Melaka dari di pusat.
kj dan kt juga disabit,namun mm dilihat sebagai calon yg bersih,
pewakilan pemuda hendaklah beri mandat berdasarkan kehendak rakyat sebagai panduan.Lihatlah di luar sana rata2 UMNO diperlekehkan pilihlah pemimpin yang bakal melonjakkan semula UMNO sebagai parti pilihan rakyat.Tanyalah pemandu teksi,jururawat,guru2,peneroka,pekerja kilang,petani2,nelayan,buruh2,pelajar2 tapi jangan tanya pihak lawan yang sentiasa mendakwa kuasa rakyat tapi memerintah tak larat.
Revolusi dibuat saban tahun dalam persidangan pemuda,namun hujan yang ditunggu2 tak turun2 akhirnya UMNO kemarau sokongan dek kerana revolusi hanya tinggal revolusi.
Pulangkanlah perjuangan UMNO ditempatnya.Agar generasi kemudiannya dapat mewarisi parti keramat orang melayu yang kukuh, kuat,bersatu dan tidak hilang rohnya.
Pemimpin datang dan pergi,namun pemimpin yang dicari bakal tiba jua.Hujan rahmat bakal turun.
Yakin dan percaya UMNO akan berubah kerana legasi Tun Razak bakal mengetuai..HIDUP UMNO!!! HIDUP MELAYU!!!
Katalah apa nak kata pasal datuk ali...datang melaka dan tengok sendiri...Ketua Menteri Melaka terbaik dalam sejarah...
ReplyDeleteteruskan perjuanganmu DATOK ali persetankan apa org kata janji Melaka maju 2010,saya baru balik bercuti bersama keluarga diMelaka takniah Datuk,Melaka jauh berbeza dari 10 tahun dulu sama ada kebersihan dan juga mentaliti penduduk,teruskan usahamu datuk.
ReplyDelete