07 March, 2009

FITNAH TERHADAP ANWAR





Tiba-tiba kita dikejutkan dengan suatu berita; Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas, Amizudin Ahmat MENDESAK DS Anwar mengambil tindakan keatas dua pemimpin PKR negeri yang didakwanya melakukan penyelewengan. Mereka didakwa menerima sejumlah wang daripada perusahaan kuari manakala seorang lagi melakukan penyelewengan tanpa menyebut jenis penyelewengan itu.

Ini adalah satu konspirasi yang cuba mencemarkan kredebiliti Anwar sebagai pemimpin Pakatan Rakyat. Ahli-ahli dan penyokong PKR diharapkan tidak mempercayai fitnah yang dilakukan oleh BN. Masakan ahli PKR terlibat dengan sebarang kes keruntuhan moral kerana mereka adalah insan pilihan sepertimana pemimpinnya juga.

Sepertimana dengan kes ELEZABETH Wong, ianya adalah fitnah oleh BN semata-mata. Mustahil bagi ahli Pakatan Rakyat berbuat sesuatu yang buruk. Itu semua fitnah. Kes liwat DS Anwar juga adalah fitnah. Jika kita masih ingat, dalam perbicaraan terdahulu mahkamah memutuskan bahawa ada berlaku kemasukan. Tapi mahkamah pun fitnah. Mustahil DS Anwar melakukan liwat kerana dia adalah insan yang maksum.

Tetapi segala tuduhan DS Anwar terhadap DS Najib semuanya adalah betul. Mustahil DS Anwar berbohong. Insan mulia seperti Anwar tidak pernah berbohong. Tidak pernah terlibat dengan rasuah. Dulu semasa beliau jadi TPM memanglah ada disabitkan dengan penyalahgunaan kuasa, tapi itu sikit aje dan patutnya tidak lah salah. Saja orang BN nak lebih-lebih dan fitnah kat dia.

Orang-orang Pakatan Rakyat masih boleh terus percaya kepada DS Anwar. Dia pemimpin agung negara dan bakal PM kita. Mungkin selepas DS Najib, atau selepasnya, atau selepas itu. Tak kisah lah bila tetapi harapannya masih ada. Mat Sabu dulu tu tersilap menggelar DS Anwar sebagai Al-Jubri. Sekarang Mat Sabu sebagai seorang ulamak pun dan percaya kepada DS Anwar kerana itu dia sanggup duduk dibelakang jubur DS Anwar. Sekarang ni Mat Sabu pun sanggup mencium jubur DS Anwar. Bolehlah kita panggil Mat Sabu ni sebagai Mat Sabu Al-Ciumi-Juburi.

Kita patut percaya kepada ulamak PAS kerana perjuangan PAS adalah perjuangan Islam. Tak akan PAS pun menipu kita seperti BN. Tapi dulu Mat Sabu pernah kata bahawa DS Anwar lebih ganas dari Tun Mahathir. Macamana ni? Nak percaya Mat Sabu ke nak percaya Anwar? Ahhh! dua-dua tak boleh percaya.

4 comments:

  1. DAP, PKR, PAS sama saja. Semua tak boleh dipercayai. Sekrg PAS menggadai perjuangan Islam retoriknya semata2 utk tidur sebantal dgn 2 lagi rakan kongsinya. DAP mmg anti Melayu & Islam. PKR selain hanya berjuang utk Anuar shj, kini menjadi kuda India & Cina... dan sekrg ni sibuk memperjuangkan hak penyamun2 yg ditembak polis.

    ReplyDelete
  2. http://pkrpasdap.blogspot.com

    tukar tajuk tu..

    bukan fitnah terhadap anwar..

    kenyataan pasal anwar..sebab yang buat ialah orang PAS

    ReplyDelete
  3. red rooster, terima kasih kerana melawat. abe MIE 'TERJAH' terima kasih nasihat tukar tajuk, sepatutnya gitulah tentu lebih sensasi.

    ReplyDelete
  4. Cantik..menarik..kau memang dboom...

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”