06 March, 2009

JAMBATAN BAYANGAN


Mungkin bukan ini jambatan yang PM bayangkan itu




PM disaat cuba membayangkan jambatan yang akan dibina kelak




Hanya tinggal 3 minggu saja lagi memegang jawatan PM namun Pak Lah masih banyak tugas yang perlu dilakukan. Terbaru di Sabah Pak Lah umumkan ingin bina jambatan diantara Sabah dan WP Labuan. Alangkan bersungguh-sungguhnya Pal Lah bekerja.

Tetapi jangan lupa apa dah jadi dengan jambatan bengkok, (eh! bukan bengkok tapi lurus, eh! bukan lah lurus sangat bengkok lah sikit) - yang menghubung Johor dengan Singapura? Jambatan Pulau Pinang pula macamana?

Pak Lah tak payah nak buat lawak lah. Kalau betul nak lepaskan jawatan Presiden UMNO dan PM, sepatutnya tak payah pikir tentang pembangunan lagi dah. Itu projek jangka panjang dan akan dilakukan mungkin 2 atau 3 tahun akan datang sedangkan Pak Lah hanya ada masa 3 minggu lagi. Pak Lah patut pikir yang pendek-pendek saja. Sebagai contoh, tak payah nak pikir tentang tanam pisang sebab hasil hanya akan dapat setelah lebih 1 tahun. Kalau Pak Lah nak pikir tentang pertanian, memadailah dengan tanaman taugeh kerana hasilnya cepat.

Jambatan Sabah ke WP Labuan ini adakah sebuah jambatan bayangan? Mungkin juga seperti jambatan emas yang disyaratkan kepada Sultan Melaka ketika meminang Puteri Gunung Ledang? Dalam keadaan ekonomi yang lembab ini masih mampukan kita membelanjakan berjuta ringgit untuk membina jambatan?

Diluar hujan sedang turun. Banjir kilat mungkin berlaku bila-bila masa. Sistem peparitan dan saliran kita sangat perlu diberikan perhatian serius. Baru-baru ini KL banjir lagi. Mungkin berjuta ringgit kerugiannya. Pameran Perabut Antarabangsa juga turut tenggelam dan jadi Pesta Air Antarabangsa KL. Masalah ini siapa nak kena fikir?
Mata pun dan mengantuk! Zzzzzzzzz!!

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”