20 March, 2009
KENAPA BANG NUAR MESTI JADI PEMIMPIN! - MIMPIMERAPU
Bang Nuar memang patut jadi ketua. Dia memang patut jadi pemimpin. Dia akan membawa semua pengikutnya ke hadapan walau sekali sekala dia memandang ke belakang - ke-belakang pengikut-pengikutnya.
Memang cita-cita dia nak jadi PM. Hasratnya terpendam sangat lama. Terpendam dalam rindu dan dendam. Bila dia dipecat dari parti dia menentangnya dari luar. Dia tidak masuk mana-mana parti lain kerana dia sedar untuk jadi PM dia mesti jadi Presiden parti UMO.
Dia tubuh sebuah parti tapi dia tidak jadi ahli. Parti ini telah memperjuangkan kebebasannya sejak dia terlantar di perdu buluh. Parti itu parti Pu Kee Ar - parti kebebasan rakyat. Ramai golongan muda yang cacat mindanya atau down syndrom menyertai parti itu walau pun mereka tidak tau apa-apa tentang perjuangan. Walaupun mereka di Lembu-kan tetapi mereka tidak peduli. Pada mereka pejuang harus berkorban, hatta mereka terpaksa berbaring di atas-atas jalan menggantikan lembu-lembu yang telah di jadikan korban pada hari raya korban. Mereka tidak peduli.
Semakin hari harapan bang nuar semakin kelabu. Cahaya dan harapan untuk jadi PM semakin malap dan pudar. Rakyat telah melihat segala tembelang dan aksi drama tikam belakangnya. Ini yang buat bang nuar jadi kalut. Pada pikir bang nuar, rakyat mesti di tipu. Bagi menutup arang yang menconteng muka dan buntutnya bang nuar menuduh Dato' Ajib lakukan konspirasi. Maka setiap apa masalah atau penelanjangan tentang pekertinya maka Dato' Ajiblah yang dituduh merancangjannya. Kerana apa Dato'Ajib?, sebab Dato' Ajiblah yang akan diangkat jadi PM kelak. Jadi usaha memburukkan Dato' Ajib mesti dilakukan supaya Dato' Ajib nampak tidak layak jadi PM, barulah peluang bang nuar cerah semula.
Bang nuar memang patut jadi ketua. Bang nuar memang patut jadi pemimpin. Ini bang nuar sendiri yang kata. Tak ada orang lain yang lebih layak.
Aku pun terfikir kenapa bang nuar nak sangat jadi ketua? Ketua adalah pemimpin. Pemimpin yang akan memabawa pengikut semua kehadapan. Pempimpin yang akan arahkan semua pengikut bergerak kehadapan. Bila semua orang bergerak kehadapan bermakna pengikut akan membelakangi pemimpin itu, bermakna pengikut akan membuntuti pemimpin itu. Ooo! Patutlah bang nuar nak jadi pemimpin, sebab akan banyak buntut menghala kepadanya!
Bangun! Bangun! Hari dah pagi dah! Aku mendengar suara itu...
Apa??? Ooo!! Aku bermimpi lagi rupanya!! Hishhh!!
Cereka ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati dan yang mati pucuk.
Aku membaca diblog The “thirteen million plus Ringgit” guy rambles….
Majlis angkat sumpah Perdana Menteri Malaysia VI 3 April 2009
Pak Lah serah kuasa 2 April - MALAYSIAKINI
4 comments:
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”
Mana Boleh anwar jadi PM. Sepatutnya menjadi Ketua Pembangkang pun beliau tidak layak. Beliau hanya layak sebagai peliwat sahaja. Lepas tu kerana pandai bercakap, bolehlah jual ubat dijalan Tengku Abdul Rahman. Yang layak menjadi Ketua pembangkang ialah Lim Kit Siang, boss dalam DAP.
ReplyDeleteya betol...bang nuar hanya boleh jadi PENIPU MELAYU saje...PM jugak 2..
ReplyDeleteSEMALAM JUGA KITA SUDAH TAHU AKAN PENDIRIAN TUN YANG MENYOKONG TAN SRI MUHYIDIN YASSIN SEBAGAI TPM, ALHAMDULILLAH, INILAH YANG SAYA TUNGU TUNGGUKAN NI.
ReplyDeleteSAYA NAK CAKAP SIKIT LA KALAU ADA PENYOKONG ALI RUSTAM KAT SINI, YANG DATANG MEMBACA BLOG SAYA YANG TAK SEBERAPA INI, SAYA AMAT BERSIMPATI TERHADAP APA YANG DAH TERJADI KEPADA DATO SRI ALI RUSTAM, TAPI TUAN TUAN SEKALIAN, ANGGAPLAH INI SURATAN TAKDIR, BUKAN REZEKI DIA...
YALAH, BANYAK YANG PERTIKAI KENAPA BELIAU SAJA YANG KENA PADAHAL ORANG DAH DIDAPATI BERSALAH PUN MASIH BOLEH BERTANDING KAN? ITU SAYA TAK TAU, KITA TERIMA JE LA KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT...ALLAH TA'ALA MAHA MENGETAHUI DAN ALLAH TELAH MEMBERI KITA AKAL FIKIRAN, SO PILIH LAH DENGAN BIJAK YA. INGAT! INI BUKAN PERKARA MAIN-MAIN TAU! INI ADALAH SOAL MASA DEPAN NEGARA, APA KEPUTUSAN YANG KITA BUAT HARI INI AKAN MENENTUKAN HARI ESOK UNTUK ANAK CUCU KITA....JANGANLAH KITA TERPEDAYA DENGAN SEDIKIT HABUAN YANG TAK BERMAKNA!!! ESPECIALLY PERWAKILAN UMNO YANG BERJUMLAH LEBIH 2500 TU...MASA DEPAN UMNO TERLETAK DI TANGAN ANDA, MAKA UNDILAH DENGAN BIJAK DAN FIKIRLAH SEMASAK-MASAKNYA SEBELUM MEMBUAT PENGUNDIAN....
KEPADA PENYOKONG DATO SRI ALI RUSTAM, JANGANLAH IKUT HATI, JANGANLAH KERANA MARAH ANDA NANTI MEMBUAT KEPUTUSAN YANG AKAN DISESALI DI KEMUDIAN HARI....MARAH, YA SAYA FAHAM ANDA MARAH DAN ANDA MERASA BENDA YANG BERLAKU INI SEPERTI TIDAK ADIL KAN? TAPI TUAN-TUAN SEKALIAN, INI ADALAH SURATAN TAKDIR TUAN-TUAN, TERIMALAH TAKDIR ALLAH NI DENGAN HATI YANG TERBUKA DAN JANGANLAH ANGGAP APA YANG BERLAKU INI ADALAH PERANCANGAN JAHAT DARI SESETENGAH PIHAK, JANGANLAH KITA BEREMOSI! INILAH YANG HENDAK DILIHAT OLEH PIHAK PEMBANGKANG, MEREKA SUKA LIHAT ORANG-ORANG UMNO BERPECAH-BELAH!
YANG TAK MENARIKNYA, SEMALAM SAYA ADA MENERIMA SMS MENGATAKAN BAHAWASANYA PENYOKONG-PENYOKONG DATO SRI ALI RUSTAM AKAN SABOTAJ TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN DENGAN MEMBERIKAN SOKONGAN MEREKA KEPADA CALON YANG LAGI SATU! YANG PELIKNYA, KENAPA TAN SRI MUHYIDDIN DIPERSALAHKAN PULAK YA? KENAPA? WHY? HMMM....
TAHUKAH TUAN-TUAN, KALAU TIDAK DISEBABKAN OLEH KEBERANIAN DAN KELANTANGAN SUARA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN UNTUK MEMPERCEPATKAN PERALIHAN KUASA INI, ADAKAH PERALIHAN AKAN BERLAKU DENGAN SEBEGINI CEPAT? PATUTKAH TUAN-TUAN SEMUA MARAHKAN TAN SRI YANG SANGGUP MELETAKKAN LEHERNYA DI HUJUNG PEDANG DEMI MENYELAMATKAN UMNO TERUS DARI TENGGELAM? INIKAH CARA KITA MEMBALAS BUDI BAIK TAN SRI? DENGAN MENGIKUT EMOSI?
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN ADALAH SEORANG WIRA YANG SANGGUP MEYAMPAIKAN HASRAT AKAR UMBI WALAUPUN IANYA BOLEH MENCANCAM KEDUDUKAN BELIAU....MANA WIRA-WIRA LAIN MASA TU? SEMUANYA MEMBISU SERIBU BAHASA.....
INGATLAH, JANGAN LUPA AKAN JASA TAN SRI MUHYIDDIN KEPADA UMNO DAN NEGARA, SOKONGLAH BELIAU TANPA BERBELAH BAGI, BELIAU ADALAH PARTNER DATO SRI NAJIB YANG TERBAIK!!! INI JUGA DIAKUI OLEH TUN DR MAHATHIR.
JADI SAYA MINTAK PADA PENYOKONG-PENYOKONG ALI RUSTAM SUPAYA FIKIR MASAK-MASAK SEBELUM PEMILIHAN. ORANG TUA-TUA KATA IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA!
MARILAH KITA MENAIKKAN UMNO SEMULA KE SATU TAHAP YANG LEBIH TINGGI!!!
SEKIAN BUAT KALI INI DAN FIKIR-FIKIRKANLAH YA!!!!
Insaflah perwakilan UMNO.anda membawah suara wakil bahagian anda. undilah mengikut kehendak ahli banyak jika anda semua masih sygkan UMNO. jika tidak selamat berkuburlah UMNO. dan anda semua akan di kencing anak cucu nanti kerana anda telah membelot kehendak ahli dibawah senun
ReplyDelete