10 March, 2009

APABILA SEMUA KITA BETUL


4 Orang Buta dengan Gajah. Yang ke-5, buta hati - ke-luar negara bermesyuarat.


Pada suatu ketika sekumpulan 5 orang buta bersahabat yang tidak pernah mengenali gajah berpeluang mengenali haiwan tersebut. Namun mereka hanya menyentuh bahagian-bahagian gajah yang berlainan yang memberikan mereka tanggapan berbeza tentang haiwan tersebut, lalu mereka memberikan pandangan yang berbeza tentang haiwan itu:

OB1 :Oooo! Rupanya Gajah ini seperti sebatang pokok kelapa! (Kata yang menyentuh bahagian kaki gajah)
OB2 : Tidak! Gajah ini seperti seekor ular ( Kata yang menyentuh belalai)
OB3 : Ehh! Salah! Sebenarnya Gajah seperti sehelai daun yang lebar (Kata yang menyentuh telinga)
OB4 : Tidak! Tidak! Gajah hanya seperti sebatang lembing yang tajam (Kata yang menyentuh gading)
OB5 : ???? (Senyap)
OB1,2,3&4 bertanya: Kenapa? Macamana rupa gajah kamu?
oB5 : Aku rasa, gajah ini macam mulut tempayan perkasam, busuk dan masam! (Katanya yang menyentuh buntut gajah)

Moral cerita: Semua pihak merasa bahawa mereka dipihak yang benar kerana itu bedasarkan pengalaman, pengetahuan dan persepsi mereka sendiri sahaja - walaupun mereka hanyalah sekadar seorang kaki buntut.

Apa lagi, gelakkan lah! Kah!Kah!Kah!

p.s. Mungkin tanpa sedar Gapena telah diperalatkan atau memang sebenarnya Gapena berjuang untuk pembangkang tetapi bertopengkan Gapena. Selepas 6 tahun Dato', kesedaran apanya tu? Baru bangun tidur atau koma? Ketawakan juga Gapena yang malang ni! Kah!Kah!Kah!




Yang masuk ke dalam tu bukannya apa, nak menyelamatkan Al-Juburi yang masuk dan tak mahu keluar-keluar.

4 comments:

  1. salam bh?

    heheheheh aku mau ketawak ja..lucu eh pic 2!

    ReplyDelete
  2. Melihatkan gambar tu, jika kita rasa keja kita susah, ada yg lebih susah dari kita.

    ReplyDelete
  3. Salam MB,
    Kalau MB masuk kat situ, bau harum bunga pun akan hilang. Hi Hi!- BH

    ReplyDelete
  4. easing samuelsons swedish synthesizer intuitively letters quest wilsons teens iran squarely
    lolikneri havaqatsu

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”