28 March, 2009

LANGKAH PERTAMA, TDM MENGUBAH UMNO

Tun Dr. Mahathir Mohamad
Negarawan Agong bertaraf dunia


Saya tidak berada di PWTC ketika itu. Saya hanya menonton di TV. Saya percaya bukan saya sahaja yang tidak percaya bahawa itu akan berlaku, tetapi ianya berlaku juga. Tun Dr. Mahatahir Mohamad akhirnya hadir di penghujung PAU membuat kejutan. Semua yang ada di dewan tergamam dan tidak percaya bahawa ianya berlaku. Saya menahan sebak dan airmata kerana saya sedar bahawa perubahan baru saja bermula.

Saya melihat ketika TDM sampai, semua mata menumpu kepadanya dan semua hadirin bangun memberikan hormat. Perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Disini jelas kita melihat aura Mahathir, yang tidak ada pada sesiapapun.

Inilah yang semua ahli UMNO dan orang-orang melayu inginkan. Jika penghormatan sebegini diberikan sejak dahulu lagi, sudah tentu perpecahan tidak berlaku dalam UMNO. Silapnya kita apabila kita tidak memberikan penghormatan yang sepatutnya kepada seorang bekas perdana menteri dan seorang negarawan. Percayalah bahawa kita tidak akan menemui seorang lagi Mahathir sekurang-kurangnya adalam jangka 50 tahun mendatang.

Saya masih menahan sebak didada. Saya menahan airmata buat kali kedua. Pertama kali airmata saya gugur kerana UMNO adalah apabila TDM mengumumkan mengundurkan diri. Dan kali keduanya adalah pada hari ini. Saya percaya jika orang melayu dan ahli UMNO beretika dan tahu menghargai pemimpin, Mahathir tidak akan menjauhi diri dari UMNO. Tetapi salahnya adalah kita yang tidak reti berterima kasih dan menghargai jasa seorang pemimpin agong.

Ingat? Bagaiman kita mula-mula menghina Mahathir dengan menghalangnya dari melayakan diri ke PAU dahulu? Melayu itu sepatutnya berasa malu kepada dirinya sendiri kerana tindakannya yang diluar batasan. Lalu jangan kita salahkan bangsa lain menghina pemimpin besar bangsa kita kerana bangsa kita sendiri yang memulakannya.

Tun telah memulakan langkahnya kearah perubahan UMNO dan perpaduan melayu. Apakah yang akan kita lakukan selepas ini? Segalanya terletak ditangan kita. Jika penghargaan seperti tadi diberikan kepada TDM sejak dahulu, saya pasti UMNO masih teguh dan kukuh. Ingatlah apa salah kita kepada TDM? Siapa yang dan bagaimana kita menghalangnya dari menjadi perwakilan ke PAU? Siapa yang menyembur pemedih kemata TDM semasa di K.Bharu? Alangkah hinanya manusia yang merancang dan melakukan itu. Tidakkah si-sampah itu merasa malu dan hina ketika ini terhadap apa yang telah dilakukannya?

Langkah ke-2 perubahan dalam UMNO, silakanlah DS Najib!

6 comments:

  1. Salam...

    Pakmie juga spt saudara, sebak hati ini bila Tun dijulang sebagai seorang wira yg mana sdh sekian lama pemimpin2 Umno melupai Tun.

    DS Najib, Muhyiddin adalah wira kpd bangsa meletakkan Tun ketempat asalnya.

    Pakmie berhrp DS Najib melengkapkan kabinetnya dgn memberi ruang kpd Mukhriz.....

    Hidup Umno....kesepakatan sebeni amat menakutkan Pembangkang.

    ReplyDelete
  2. GM, masa tu Cdo tengah makan, Dato Sri Najib (DSN) dah berucap hendak ke penamat, kamera focus kat Tun Dr. Mahathir...Cdo berhenti makan, dan fokus kat TV, samapi DSN abis berucap...bila lihat DSN,TDM dan Paklah , berpegang tangan semasa bergambar....Cdo menjerit ...YES....that is what I want to see...dan bertepuk tangan, anak-anak Cdo kehairanan dan berkata....Abah, takkan seronok sangat sampai tak basuh tangan bila nak bertepuk...Baru Cdo perasaan tangan tak basuh lagi....Cdo kata pada anak Cdo, yes Abah seronok sekali hari ini....Malam ini abah belanja kamu semua makan pizza. Anak Cdo tanya, kenapa...Cdo jawab sebab tanda-tanda pemulihan UMNO telah berlaku....ALHAMDULILAH.....

    ReplyDelete
  3. Kerja pertama DSN adalah menenda ng semua pemimpin yg melakukan rasuah jika kita masih mau UMNO kelihatan bersih di mata rakyat. jika tidak rakyat tetap memandang UMNO sebagai parti taik kucing byg busuk dan membusukkan.

    ReplyDelete
  4. ALHAMDULILLAH BRO! KAN AKU DAH KATA TDM MESTI JOIN UMNO BALIK PUNYA!

    YA AKU SETUJU TUGAS SELEPAS NI ADALAH TUGAS DS NAJIB UNTUK MEMPERBETULKAN KEADAAN...MUAHAHAHA

    ReplyDelete
  5. Ingat tak bagaimana si kaduk-kaduk tu berpesta memaki hamun kita selepas 8Mac08 dahulu?

    Bagi mereka ketika itu Nuar tu dewa, manakala Tun tu ..... .

    Selepas 29Mac2009 ni, macam mana agaknya pesta mereka?

    Aku ingin sangat nak tinjau dah jadi apa muncung-muncung mereka.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”