12 March, 2009
SIAPA BERBOHONG?
1.Kita sedang berdepan dengan masalah ekonomi yang meruncing. Segala tenaga dan kekuatan sepatutnya ditumpu kepada bagaimana menangani masalah ekonomi bagi mensejahterakan rakyat.
2.Keadaan politik harus juga tenang dan stabil agar tumpuan dapat diberikan kepada isu ekonomi.
3.Malangnya kerajaan dibawah kepimpinan Pak Lah ini tidak dapat menunjukkan kesetabilan politiknya. Krisis politik Negeri Perak belum selesai sepenuhnya. Tentangan banyak pihak mengenai berbagai perkara tidak pernah putus, terbaru berkenaan PPSMI. Dengan kemenangan kurang 2/3 maka kerajaan bukanlah sangat teguh untuk hadapi berbagai ancaman dalam dan luar.
4.Tolakansur PM yang keterlaluan dalam banyak hal dilihat sebagai kelemahan yang sering diambil kesempatan oleh banyak pihak terutama pembangkang. Ini juga salah satu punca ketidak-stabilan politik negara.
5.Terlalu banyak penyebaran spekulasi yang tidak ditangani dengan segera dan betul juga salah satu punca membuatkan rakyat dalam kegelisahan.
6.Pelan Peralihan kuasa yang masih samar juga membuatkan rakyat gelisah. Ini ditambah dengan berita pertemuan antara PM dengan Anwar baru-baru ini. PM harus memberikan penerangan yang jelas mengenainya supaya tidak ada kekeliruan dan mengelak sebarang spekulasi.
7.Banyak spekulasi mengatakan bahawa ada konspirasi besar bakal berlaku berikutan pertemuan PM - Anwar ini bagi kelangsungan kekuasaan dan pemerintahan serta bagi memastikan tempat KJ dalam UMNO dan kabinet sebelum PM berundur. Bahkan lebih menakutkan adalah pelan penyingkiran dan penafian DSN sebagai PM.
8.Apakah Malaysiakini dan Mohd Sayuti Omar (MSO) berbohong dalam melaporkan mengenai pertemuan tersebut? Perdana Menteri menafikan laporan kononnya beliau mengadakan perbincangan dengan Anwar Ibrahim semasa menghadiri satu majlis keagamaan di Hulu Langat, semalam. Siapakah yang berkata benar? Siapakah yang berbohong? Pak Lah? Anwar? MSO? atau MalaysiaKini?
9.Rakyat sedang melihat, jika ada sesuatu berlaku kepada pelan peralihan kuasa dan penafian terjadap DSN sebagai PM maka sesuatu yang buruk akan berlaku kelak.
Rujukan:
1.Blog Rakyat Malaysia
2.KPMU.NET
3.UMNO-Reform 2
4.Malaysia Kini
5.Nobisha
6.Gerakan Anti PKR
7.Rajahmas
8.ParpuKari
9.Pena Biasa
3 comments:
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”
Katakan tidak kepada
ReplyDelete1. paklah
2. kj
3. ezam
4. B A B I
ezam pujuk kj, kj pujuk paklah, paklah pelepaih banduan liar berhati binatang dlm politik....depa semua ni terbabit dan sudah patut ditunjukkan pintu keluar oleh seluruh rakyat malaysia yang mahu melihat malaysia kembali ke landasan asal yang dibina oleh pm-pm terdahulu!
lepas tu semua penyokong UMNO yg buta mata dan hati tetap memilih paklah dan UMNO memerintah.akhirnya paklah bersekutu dgn anwar. untunglah melayu bila anwar jadi PM tahniah penyokong UMNO kerana buta hati dan tetap mengundi UMNO walaupun tau paklah tak layak memim pin.
ReplyDeleteSALAM BRO...
ReplyDeleteJANGAN DIKISAHKAN SANGAT HAL INI.
PADA AKU IANYA ADALAH HASIL DARI USAHA ANWAR UNTUK MELAGA-LAGAKAN UMNO.
LIHAT BLOGG PEMBANGKANG PADA HARI KEJADIAN. SEMUA NYA MENGELUARKAN ARTIKEL YANG SAMA.
ANWAR AL-JUBURI PERLU DI TENTANG HABIS-HABISAN.