21 May, 2009

TAK TANDING DUN PENANTI KEPUTUSAN BERANI




Banyak pihak memandang BN/UMNO terutamanya PM sebagai penakut kerana tidak meletakkan calon di DUN Penanti dalam PRK yang tidak lama lagi. Media dan blog-blog pembangkang yang taksub kepada PR ternyata sangat teruja dan menghentam dari berbagai sudut. Soalnya apakah rasionalnya BN/UMNO menyertai PRK ini dan soal yang paling asasnya adalah apakah rasionalnya PRK ini diadakan?

PRK DUN Penanti diadakan kerana kerusi DUN tersebut dikosongkan oleh YB Fairuz Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang. Kenapakah YB Fairuz mengosongkan kerusi DUN Penanti tersebut setelah rakyat memberi mandat kepadanya? Apakah cukup wajar alasan yang diberikan oleh YB Fairuz hanyalah kerana ingin melanjutkan pelajaran dan memberikan lebih masa untuk keluarga? Apakah beliau sebelum bertanding sebagai calon DUN tidak memikirkan komitmen yang patut diberikan apabila terlibat dalam politik? Saya memandang alasan yang sebenarnya mengapa kerusi ini dikosongkan hanyalah kerana saja - suka-suka.

Beginilah apabila matlamat menghalalkan cara. Hanya kerana mencapai matlamat DS Anwar yang ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa gagasannya mendapat sokongan dan pada setiap PRK terkini PR pasti akan memenanginya. Hanya kerana itu beliau korbankan sesiapa saja termasuk YB Fairuz.

Kerana ingin dilihat sebagai perwira, pejuang dan terutamanya sebagai pemenang DS Anwar sanggup lakukan apa saja dan korbankan siapa saja. Inilah falsafah perjuangan DS Anwar – rakyat harus berkorban untuknya. Bermula dengan demonstrasi membebaskan Anwar dari tahanan dimana rakyat berjuang untuk pembebasannya. Diikuti dengan DS Azizah terpaksa berkorban mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh hanya bagi membolehkan DS Anwar jadi Ahli Perlimen yang datang dengan membawa angan-angan rampasan kuasanya, kini YB Fairuz pula terpaksa berkorban untuknya.

Perjuangan politik DS Anwar hanyalah diatas pengorbanan orang lain. Inikah sikap seorang pemimpin yang kita inginkan? Yang kita inginkan adalah seorang pemimpin yang berjuang untuk rakyat bukan pemimpin yang menagih perjuangan dari rakyat untuk dirinya.

Kalaupun BN bertanding dan memenangi DUN Penanti kedudukan dalam DUN Negeri Pulau Pinang tetap tidak berubah dengan PR masih kekal menjadi kerajaan yang memerintah. Jika pun BN bertanding dan menang namun PR tetap dalam keadaan sama seperti asal – tidak akan ada apa-apa perubahan kerana satu kerusi DUN ini. Sebaliknya saya melihat keputusan BN tidak bertanding adalah satu keputusan yang sangat bijak dan saya tidak ragu-ragu menganggap bahawa DS Mohd Najib PM kita adalah sebenarnya pejuang dan wira. Seorang pemimpin yang melihat bahawa tidak ada gunanya melatah bersama-sama mereka yang latah serta menjadi gila bersama-sama mereka yang gilakan kuasa.

Saya memberi tabik hormat kepada DS PM kerana berani menentang arus dan berani menghadapi cabaran dan tentangan walaupun ada sesetengah pihak menganggap beliau seorang yang penakut. Beliau berani menerima kritikan walaupun mengambil pendekatan mungkin tidak popular. Beliau memang seorang pejuang yang berani dan berdiri dihadapan rakyat, beliau bukanlah seorang pemimpin yang bersembunyi dibelakang rakyat dan membirakan rakyat berjuang untuknya.

Rakyat sudah dapat melihat siapakah pejuang sebenar yang berdiri dan memperjuangkan rakyat dan siapa pula sibacul yang mengaku pemimpin dan meminta rakyat berjuang untuknya. Awasilah dia yang sentiasa ada di belakang kita agar kes menikam belakang tidak akan berulang.

Jika BN bertanding maka PR @ PKR akan menentang atas alasan rakyat tak puas hati terhadap BN, maka apabila BN tidak bertanding tetapi masih ada calon bebas yang mendapat sokongan rakyat bermakna masih juga ada rakyat yang tidak berpuas hati terhadap PKR. Bermakna, yang tidak berpuas hati terhadap BN adalah PR @ PKR, tetapi masih ada rakyat yang tidak berpuas hati terhadap mereka juga. Menyokong PR bukanlah pilihan yang tepat ~ Beranikan Hati.


(klik ke - cakap salah tak cakap pun salah)

18 May, 2009

NIK AZIZ AKUI ADA RASUAH POLITIK DALAM PAS


'Sebenanyo Ambo Setuju Satu Malasia Ni, Oghe Gilo Jo Hok Tok Setuju Tu'


Akhirnya Nik Aziz mengakui hakikat yang sangat pahit untuk diterima oleh semua pihak terutama ahli-ahli PAS, yang selama ini disembunyikan dalam kalangan para pemimpin PAS bahawa ada berlakunya politik wang bagi membeli undi untuk mendapat jawatan tertentu dalam pemilihan parti.

Sebenarnya perkara ini bukanlah suatu perkara baru dalam parti PAS, bahkan ianya telah berlaku sejak lama dahulu namun ianya sangat cekap disembunyikan dengan memberikan nama yang lebih manis untuk mendapat ‘keredaan’ Allah (?) iaitu dengan memanggilnya derma ataupun sedekah. Dan gejala ini berlaku disegenap peringkat dan menular dengan cepat.

Selama ini pihak PAS hanya menuding jari kearah UMNO dengan melabelkan UMNO parti perasuah, namun kini ianya telah berbalik kearah muka mereka sendiri. Ibaratkan meludah kelangit, kini masanya muka mereka dipenuhi dengan ludah mereka sendiri. Malanglah bagi parti PAS, parti yang sering mengakui sebuah parti yang berlandaskan perjuangan Islam namun semua itu hanya retorik semata-mata. Hanya tinggal slogan bagi menarik undi dikalangan orang-orang melayu yang sudah tentunya beragama Islam.

Nampaknya jurang antara UMNO dengan PAS semakin rapat dan tidak lagi ketara akhirnya kerana apa yang UMNO lakukan dahulu juga dilakukan oleh PAS ketika ini. Yang membezakannya adalah hanya dari segi hukum kerana apabila dilakukan oleh UMNO segalanya akan jadi haram manakala apabila ianya dilakuikan oleh PAS maka hukumnya adalah halal – ini mengikut persepsi ahli-ahli PAS yang fatwanya dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin ulamak mereka.


Apabila kita mendapati kurangnya perbezaan dan banyaknya persamaan, maka eloklah dicari jalan penyelesaian. Satukan saja dan tolak segalah perbezaan yang ada itu.

16 May, 2009

DUN PERAK WAJAR DIBUBAR

Yang mana satu Speaker yang mana satu beruk sarkas?


Persidangan Dewan Negeri Di Bawah Pokok
- Apa agaknya usul yang sedang dibahaskan?
Jahanam Negeri bila jatuh ketangan puak ini
!


Kemelut politik di Perak dilihat semakin meruncing, dan segalanya adalah kerana sikap ADUN pembangkang yang berdegil, keras-kepala serta biadap, bukan sahaja terhadap DYMM Seri Paduka Sultan malah juga kepada sekelian rakyat yang menjunjung demokrasi dan memilih mereka dalam PRU12 yang lalu.


Sudah tentu pemimpin dan penyokong pembangkang mempunyai alasan lain untuk menegakkan benang basah mereka serta bertindak seolah-olah merekalah dipihak yang benar dan kerajaan dipihak yang salah. Demikianlah apa yang dihidangkan oleh pemimpin pihak pembangkang untuk santapan minda penyokong mereka yang telah taksub menurut setiap titah dan perintah.

Kerana itulah jangan hairan bila mana ada antara pengikut mereka yang terlalu taksub sanggup berbaring dan berguling-guling dalam tunjuk perasaan dan rusuhan dihadapan DYMM Sultan Perak sejurus sebelum YAB Dato’ Sri Zamri diperkenankan sebagai Menteri Besar Perak yang baru berikut kehilangan majoriti pembangkang dalam DUN Perak.


Berikutan kehilangan majoriti dalam DUN Perak dan kehilangan kuasa memerintah, maka ini telah membuatkan pihak Pakatan Rakyat khususnya YB Nizar hilang akal dan telah bertindak diluar kewarasan fikiran seorang yang patut dihormati sebagai pemimpin. Lihatlah apa yang telah mereka lakukan selama ini dan segalanya hanyalah kerana keinginan berkuasa semata-mata.


Adalah salah sama sekali jika kita katakan bahawa Pakatan Rakyat berjuang untuk kepentingan rakyat kerana apa yang kelihatan selama ini adalah mereka hanya perjuangkan diri dan kepentingan mereka sendiri, sebaliknya mereka meminta rakyatlah yang berjuang dan berkorban untuk kepentingan mereka. Kerana itulah mereka mengajak dan menganjurkan agar rakyat mengadakan rusuhan demi rusuhan hanya kerana bertujuan untuk melemahkan kerajaan BN yang memerintah.


Sudah tentu pihak Pakatan Rakyat yang menyedari kehilangan majoriti dalam DUN bererti kehilangan kuasa mereka dan mereka sedar bahawa mereka tidak mungkin akan mendapatkannya kembali melainkan dengan mengharapkan PRK DUN Seluruh Perak akan diadakan semula dan keputusannya akan memihak kepada mereka. Soalnya, wajarkan DUN Perak dibubarkan dan satu Pilihan Raya Kecil DUN diadakan semula?


Selepas PRU12 pada 3 mac 2008, atas alasan BN hanya memperolehi 28 kerusi berbanding DAP-18, PKR-7, dan PAS-6 maka Dato’ Tajol Rosli mengadap DYMM Sultan Perak memohon BN membentuk Kerajaan namun baginda menolaknya. Kemudian Dato’ Tajol memohon pembubaran DUN dengan alasan tiada parti yang memperolehi majoriti namun DYMM Sultan menolaknya atas alasan DAP, PKR dan PAS telah membentuk satu pakatan dan mempunyai majoriti dalam DUN Perak. Oleh itu jika alasan memiliki majoriti dalam DUN dijadikan pegangan untuk menolak pembubaran DUN yang dimohon oleh Dato’ Tajol maka apakah salah dan tidak wajar jika alasan yang sama diberikan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat bagi pembubaran DUN Negeri Perak?


Jika kita ingin mencari kebenaran - maka kebenaran ada disini, tetapi jika kita hanya inginkan kebenaran itu sentiasa memihak kepada kita biarpun kita salah maka kita akan sentiasa mencipta khayalan dan berbagai alasan yang akhirnya merosakkan seluruh rakyat dan Negara. Jika pemimpin pembangkang dan penyokong pembangkang berfikir secara rasional dan menggunakan pertimbangan yang sama dan adil, maka membubarkan DUN bukanlah jalan yang untuk menyelesaikan konflik di Perak. Oleh yang demikian soal membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan Pilihan Raya semula diadakan adalah tidak wajar ditimbulkan sama sekali.


10 May, 2009

BILA PENGGANAS JADI PEMIMPIN




PRU 12 lalu menyaksikan perubahan lasnkap politik negara. Tiba-tiba kita terfana kerana melihat pihak pembangkang mendapat perhatian rakyat. Minda politik rakyat telah berubah dengan menjurus kepada memilih parti dan pemimpin pembangkang yang mereka anggap dan pandang sebagai pejuang.

Kerana itu juga pemimpin pembangkang kita lihat dalam ucapannya dimana-mana sentiasa menonjolkan diri seakan merekalah pejuang bagi rakyat. Mereka juga sering menunjukkan kerajaan selama ini berlaku zalim dan melakukan perkara yang tidak betul lalu merkalah yang patut dipilih bagi menegakkan kebenaran.

Pemikiran kita telah diubah secara perlahan dan sistemetik menjadi penentang kerajaan. Kita juga telah dididik untuk mengiktiraf dan menghargai pembangkang kerajaan sebagai pejuang. Dan akhirnya kita secara tidak sedar telah dididik untuk bersikap membantah dan kurang ajar, kerana didalam fikiran kita telah tertanam bahawa membangkang, memberontak dan mengganas adalah perjuangan.

Apakah benar parti pembangkan berjuang untuk rakyat? Yang kita nampak adalah sebaliknya. Apabila DSA dikenakan jatuhkan hukuman bahkan sebelum itu semasa era pemerintahan TDM lalu, rakyat telah dikerah untuk melakukan beberapa siri demonstrasi jalanan bagi menentang kerajaan. Untuk apakah demonstrasi ini? Jawapannya adalah untuk membela DSA. Bermakna rakyat berjuang utuk DSA. tetapi apakah perjuangan DSA untuk rakyat? Apakah yang rakyat dapat dari perjuangan DSA itu? Jawapannya tidak ada.

Jiwa berontak rakyat telah disemarakkan. Rakyat diajak menghuru-harakan negara. Rakyat disuruh memilih mereka yang ganas dan kasar sebagai pemimpin, kononnya mereka inilah pemimpin perjuangan. Akhirnya apa yang berlaku apabila pengganas yang jadi pemimpin telah diterjemahkan di persidangan DUN Perak baru-baru lalu.

Kita dapat melihat sikap kurang ajar mereka yang kita lantik jadi pemimpin dengan melakukan perbuatan biadab dan tidak menghormati udndang-undang dan peraturan dewan. Kita melihat ada diantara ADUN yang sanggup naik atas meja kerana nak tunjuk samseng mereka. Apakah kita ingin melihat negara kita tidak dipimpin oleh pengganas? Apa akah jadi jika negara kita jatuh kepada pembangkang yang pemiumpin-pemimpin nya rendah moral? Apakah kita mahu negara kita diperintah mafia? Apakah kita suka negara kita jadi seperti cuba dan beberapa negara Amerika Latin lain yang diperintah secara keganasan?

Pemimpin mestilah bersih dan nampak bersih. Mungkin pemimpin berkenaan tidak dijatuhkan hukuman oleh mahkamah tetapi sekiranya pemimpin itu dituduh dan disiasat bermakna mereka tidak kelihatan bersih. Itu sepatutnya cukup untuk membuatkan kita menolak mereka. Kita sepatutnya memikirkan kesejahteraan rakyat dan kesetabilan negara. Pemimpin yang nampak bersikap seperti pengganas harus ditolak. Mereka bukan sahaja tidak layak jadi pemimpin bahkan mereka tidak layak untuk hidup bersama-sama kita yang mementingkan keharmonian masyarakat.

Juteru, kita meminta orang-orang melayu berfikir dengan lebih matang dengan menolak pembangkang dengan bersama-sama bersatu demi survival bangsa melayu dan Islam. Pemimpin pengganas dan parti pengganas harus ditolak tanpa kompromi. PKR dan PAS akhir-akhir ini jelas nampak sebagai parti menyokong keganasan harus ditolak kerana keganasan bukanlah budaya melayu dan budaya Islam.

Haruskan pengganas kita iktiraf sebagai pejuang? Hindraf? PAS? PKR? Masadepan Melayu dan Malaysia akan kearah kehancuran. Kita minta kerajaan bersikap lebih tegas. Jangan ada kompromi dengan sesiapa demi kesetabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan mesti bersikap tegas dan membuang segala barah dan duri dalam daging. BN mesti tetap unggul dan diterajui UMNO yang kuat. Mana-mana pihak yang cuba menguggat dan jadi duri dalam daging harus diusir. Kita mesti tunjukkan bahawa kita boleh berdiri tanpa mereka. Kita mesti berani mengakui kita melayu ultra tanpa rasa kesal menyinggung perasaan sesiapa. Kita mesti sedar bahawa Malaysia adalah Tanah Melayu.

08 May, 2009

PAKATAN RAKYAT / PENYOKONG GUNA HUKUM RIMBA




Peristiwa hitam yang berlaku di DUN Perak semalam membuktikan negara kita sekarang sedang menuju ke era hukum rimba di mana sesiapa yang kuat dan ada kuasa dialah yang menang dan boleh bertindak sesuka hati.

Ini ditunjukkan oleh ADUN-ADUN PR yang bertindak diluar jangkaan dan tanpa segan-silu menggunakan segala cara mereka untuk menghalalkan apa juga tindakan mereka. Undang-undang negara telah mereka ketepikan begitu saja.

Speaker, V.Sivakumar yang telah dilucutkan jawatannya kelihatan jelas sebagai seorang yang gila kuasa dan tidak mahu mengakui hakikat bahawa dirinya telah dipecat. Kita tertanya-tanya apakah undang-undang hanya betul jika ianya menyebelahi pembangkang dan dianggap salah jika tidak menyebelahinya. Hukum rimba apakah ini yang hanya betul jika memihak kepada mereka?

Apabila diminta mengosongkan kerusinya dan melepaskan jawatannya, V.Sivakumar Speaker haram itu telah mengingkari arahan dan tidak berganjak dari tempatnya dan menunjukkan dia tidak menghormati langsung undang-undang malahan mencabar undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Beginilah keadaan nya para pemimpin pembangkang yang tidak pernah ada wawasan membangunkan negara tetapi hanya inginkan jawatan yang dipegangnya untuk dipegang selama-lamanya.

Apakah mereka merasakan bahawa mereka ini adalah insan pilihan Allah yang melakukan hanya segala yang betul belaka? Apakah mereka merasakan bahawa hanya mereka yang lebih berhak dari orang lain? Apakah mereka sentiasa betul dan benar?

Malanglah bagi kita rakyat Malaysia dan penyokong serta pengundi mereka sebelum ini kerana semua nya telah jelas sekarang bahawa pemimpin-pemimpin PR tidak pernah berjuang untuk rakyat, tetapi merekalah yang menagih rakyat untuk berjuang untuk mereka. Ini jelas apabila diluar dewan semasa persidangan DUN Perak ramai golongan rakyat yang dipergunakan untuk melakukan huru-hara dan mencabar pihak polis dengan melakukan rusuhan.

Jelas kepada kita bahawa Undang-undang Rimba ini di praktikan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang dan diserapkan juga kepada penyokongnya bagi tujuan menghuru-harakan negara. Kita berharap agar rakyat tidak lagi menjadi bodoh dan diperbodohkan oleh pemimpin yang hanya berkepentingan peribadi.

PR sering mambuat tohmahan bahawa kerajaan melaksanakan undang-undang rimba sedangkan merekalah yang melakukan dan memulakannya. Malang sungguh bagi negara kita bila kesedaran politik kita yang rendah ini dipergunakan oleh pembangkang dan dimanapulasikan sepenuhnya.

Rakyat diajak berpolitik sepanjang masa sehingga melupakan tugas harian dalam keadaan ekonomi yang meruncing ini. Mereka tidak peduli kepada apa yang akan terjadi kepada rakyat asal cita-cita menguasi politik negara mereka tercapai. Mereka juga tidak pernah meunjukkan wawasan dan pelan pembangunan dan ekonomi mereka. Sebaliknya, rakyat hanya dihidangkan dengan cacimaki terhadap kerajaan dan pemimpinnya.

Kerana itu lah kini berlaku apa yang berlaku di DUN Perak, bila mereka yang tidak layak dipilih untuk jadi pemimpin. Mereka bukan saja setakat bodoh malahan mereka juga sombong bagi melengkapkan ungkapan 'Bodoh Sombong'. Kerana itu jugalah mereka tidak pernah menyedari hakikat bahawa mereka telah melakukan kesalahan dan sekarang mereka tidak diingini lagi oleh rakyat.



(Klik untuk baca Blog: Warisan Pahang)

(Klik untuk baca Blog: Graduan Melayu Muda)

07 May, 2009

DEMOKRASI YANG TIDAK DIHORMATI ~ Terkini - Sidang DUN Perak

Rusuhan Diluar Dewan di Perak


Pembangkan yang keras kepala dan
tidak menghormati demokrasi dalam sidang DUN Perak


Foto/Sumber: Malaysiakini


Kita menyaksikan dari kaca-kaca tv bagaimana demokrasi di Malaysia ini kian mati dan tidak dihormati. Pihak pembangkang sering menuduh bahawa kerajaan yang memusnahkan demokrasi tetapi sebenarnya mereka lah yang merosakkan dan tidak menghormati demokrasi dinegara kita ini.

Pada mereka demokrasi mesti sentiasa berpihak kepada mereka. Badan kehakiman mesti berpihak kepada mereka. Surat-surat khabar dan media-media lainnya juga mesti berpihak kepada mereka. Jika tidak bermakna tidaklah demokrasi menurut citarasa mereka.

Apakah demokrasi bermakna kebebasan berbuat apa-apa sesuka hati mereka? Kerana itulah atas nama demokrasi mereka anjurka segala macam huruhara. Mereka ada segala macam tunjuk perasaan dan rusuhan. Segalanya dilakukan hanya kerana inginkan mendapat faedah dan sokongan kepada mereka dan kumpulan mereka. Mereka tidak peduli apa akan jadi pada negara dan rakyat. Mereka tida peduli apa pandangan negara asing terhadap kesetabilan politik negara kita, bahkan mereka tidak peduli apakah iklim politik seperti sekarang ini mampu menarik pelabur asing melabur dan menjana ekonomi negara? Mereka tidak peduli jika ekonomi negara kita runtuh dan kita hidup dalam kedaifan.

Inilah cita-cita sebenar pemimpin pembangkang. Mereka hanya mahukan kuasa politik semata-mata. Mereka langsung tidak ada perancangan membangunkan negara. Kerana itu dalam kempen politik mereka tidak pernah mereka membincangkan secara serius pelan pembangunan ekonomi negara. Yang selalu mereka persoalkan adalah keburukan pemimpin-pemimpin kerajaan yang direka-rekanya. Mereka hanya dari kalangan yang hanya tahu menegur, menyatakan bahawa kerajaan tidak baik tetapi sebaliknya mereka lebih buruk lagi dan bahkan mereka bukan setakat gagal melaksanakan pembangunan bahkan mereka juga gagal merancang pembangunan itu. Dalam kata lain, mereka adalah dari kalangan orang yang bercita-cita jadi pemimpin tetapi kebodohan mereka tidak melayakkan mereka jadi pemimpin yang baik. Mereka juga terlibat dengan korupsi yang teruk, penyalahgunaan kuasa dan banyak lagi keburukan-keburukan lainnya.

Tahu kah kita apakah perbezaan besar antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat? Barisan Nasional berjuang untuk kesetabilan politik dan kesejahteraan rakyat sedangkan Pakatan Rakyat meminta rakyat nerjuang untuk mereka dengan menjadikan mereka benteng-benteng politik ketika tunjuk perasaan dan rusuhan. Apakah kita masih sanggup bodohkan lagi oleh Pakatan Rakyat dulu, kini dan selamanya? Ketahuilah bahawa ketika kamu berguling-guling bagaikan lembu ditengah jalan dan berjuang merempuh sekatan polis, pemimpin kamu sedang enak minum minuman yang segar dan dingin sambil memerhatikan kamu dengan senyuman sinis mereka sambil berkata - ' Lembu aku sedang berjuang!'

p.s;
Lihat apa yang sedang berlaku di Perak? Apakah mereka menghormati demokrasi? Saya cadangkan kerajaan ambil tindakan yang lebih keras. Hapuskan demokrasi ini jika demokrasi tidak dihormati. Apa maknanya demokrasi jika kehidupan kita tidak aman dan stabil? Istiharkan darurat dan sumbatkan semua mereka kedalam penjara supaya negara lebih aman dan makmur.

04 May, 2009

PENGUNDI JERANTUT YANG MALANG - UMNO BAHAGIAN JERANTUT YANG MALAP

YB ADUN Tahan merangkap
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut



Saya sangat tertarik dengan posting saudara spu diblog Suara Prihatin UMNO Jerantut ~ http://spu-bloggers.blogsport.com mengenai luahan perasaan hatinya yang mewakili penduduk Jerantut.

Nyata beliau sangat kecewa apabila MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob tidak melantik Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut sebagai senator walaupun jika mengikut giliran dan turutan sepatutnya kini adalah giliran wakil Jerantut dilantik sebagai senator. Malangnya MB Pahang lebih bersedia melantik kroninya Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuantan walaupun Parlimen Kuantan telah menyaksikan kekalahan kepada PKR.

Apakah makna kemenangan yang kita raih jika kemenangan itu tidak dihargai oleh pucuk pimpinan sendiri? Untuk makluman, kemenangan Parlimen Jerantut dalam PRU12 telah merosot dari PRU terdahulu.


Keputusan PRU 12:

P 081 (Parlimen Jerantut)
BN - 19'543
PAS - 17,597

N9 (DUN Tahan)
BN - 5,112
PAS - 3,755

N10 - (DUN Pulau Tawar)
BN - 8,720
PAS - 5,426

N11 - (DUN Damak)
BN - 5,674
PKR - 5,165
Bebas - 3,295


Kemenangan BN di N11 nampak terlalu tipis. Jika tidak ada calon bebas yang tujuannya hanya untuk memecah undi melayu kita yakin N11 telah jatuh kepada PKR. Kekecewan pemilih dan penyokong BN kerana MB tidak melantik Ketua Wanita Bahagian Jerantut sebagai senator mungkin akan menjejaskan sokongan terhadapa BN dalam PRU akan datang.


UMNO Bahagian juga tambah kecewa apabila pemimpin-pemimpinnya tidak juga lantik memegang sebarang jawatan peringkat tertinggi. Dalam Pergerakan Pemuda UMNO, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut juga diperlekehkan dengan tidak melantiknya sebagai Ketua Pemuda Negeri. (Sila lihat senarai penuh Ketua-ketua Pemuda Negeri)



SENARAI KETUA PEMUDA UMNO NEGERI

PERLIS - MOHSIN MOHD YUSOFF (KP PADANG BESAR)
KEDAH - BADROL HISHAM HASHIM (KP PADANG TERAP)
PULAU PINANG - NORMAN ZAHALAN (KP BAYAN BARU)
PERAK - MASLIN SHAM RAZMAN (KP KUALA KANGSAR)
SELANGOR - SUHAIMI MOHD GHAZALI (KP SEPANG)
WILAYAH PERSEKUTUAN - RIZALMAN MOKHTAR (KP BANDAR TUN RAZAK)
NEGERI SEMBILAN - MOHD HELMY DIN (KP RASAH)
MELAKA - KARIM YAACOB (KP BUKIT KATIL)
JOHOR - MOHD FADIL MUSKON (KP AIR HITAM)
PAHANG - ABU JIMI SAMAT (KP LIPIS)
TERENGGANU - SAIFUL BAHRI BAHARUDDIN (KP MARANG)
KELANTAN - ANUAR SAFIAN (KP KUBANG KERIAN)
SABAH - AZMAN RUSLAN (KP KENINGAU)


Bagi mengubat hati pentokong UMNO Bahagian Jerantut maka Ketua Pemuda telah melantik Ketua Pemuda Bahagian sebagai Sekretariat Hal Ehwal Luar Bandar - satu jawatan yang tak penting langsung dan menghadapi berbagai masalah terutama sekali di DUN Tahan yang mana Ketua Pemuda UMNO Bahagian jerantut sendiri adalah wakil rakyatnya. (Sila lihat senarai lengkap perlantikan seperti dibawah ini)


Biro, Sekretariat dan Unit Pemuda UMNO:


Biro Politik - Khairy Jamaluddin
Biro Pengurusan - Datuk Razali Ibrahim
Sekretariat Penerangan - Datuk Reezal Merican Naina Merican
Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan - Sohaimi Shahdan
Biro Pertanian dan Industri Asas Tani - Zubir Zabidi
Biro Antarabangsa / Aman Malaysia - Datuk Ahmad Zaki Zahid
Sekretariat Hal Ehwal Luar Bandar - Datuk Wan Amizan Wan Amdul Razak
Sekretariat Hal Ehwal Bandar - Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
Biro Putera UMNO - Megat Zulkarnain Omardin
Sekretariat Perhubungan NGO - Muhammad Suffian Awang
Biro Keahlian dan Pemilih - Hishamuddin Yahaya
Biro Pendidikan Politik - Ali Mazat Salleh
Biro Pelajaran - Mohd Gasing Saling
Biro Pengajian Tinggi - Syahrin Jamaluddin
Biro Agama - Mohd Affandi Yusoff
Biro Aduan Komuniti - Datuk Mohamad Khairun Aseh
Biro Sukan - Datuk Ahmad Darus
Biro Kebudayaan dan Keseniaan - Jamawi Jaafar
Biro Sosio Etika (Gejala Sosial) - Mohamed Iruan Zulkefli
Sekretariat Professional Muda - Shafiqurrahman Shamsuddin
Sekretariat Pekerja Muda - Nazir Hussin Akhtar Hussin
Sekretariat Perhubungan Kerajaan - Badrol Hisham Zaki
Sekretariat Pemuda BN dan Satu Malaysia - Mohd Faizal Ramli
Unit Pidato dan Penghujahan Umum - Lokman Noor Adam
Unit Media Baru -Tun Faisal Ismail Aziz
Unit Perang Saraf - Mohd Anis Hisham Abd Aziz
Akademi Pemuda - Khairul Azwan Harun
Biro Tugas-Tugas Khas - Abdul Razak Abdul Rahman


Bagaimanapun, kita berharap agar penyokong UMNO Bahagian Jerantut dapatlah berpuas hati dengan apa yang diberikan setakat ini, atau pendamkanlah segalanya buat sementara dan terjemahkanlah nanti dalam PRU13 akan datang supaya pemimpin yang lena diatas akan terbuka biji mata mereka kelak apabila pemilih menyatakan protes dipeti-peti undi.