16 May, 2009

DUN PERAK WAJAR DIBUBAR

Yang mana satu Speaker yang mana satu beruk sarkas?


Persidangan Dewan Negeri Di Bawah Pokok
- Apa agaknya usul yang sedang dibahaskan?
Jahanam Negeri bila jatuh ketangan puak ini
!


Kemelut politik di Perak dilihat semakin meruncing, dan segalanya adalah kerana sikap ADUN pembangkang yang berdegil, keras-kepala serta biadap, bukan sahaja terhadap DYMM Seri Paduka Sultan malah juga kepada sekelian rakyat yang menjunjung demokrasi dan memilih mereka dalam PRU12 yang lalu.


Sudah tentu pemimpin dan penyokong pembangkang mempunyai alasan lain untuk menegakkan benang basah mereka serta bertindak seolah-olah merekalah dipihak yang benar dan kerajaan dipihak yang salah. Demikianlah apa yang dihidangkan oleh pemimpin pihak pembangkang untuk santapan minda penyokong mereka yang telah taksub menurut setiap titah dan perintah.

Kerana itulah jangan hairan bila mana ada antara pengikut mereka yang terlalu taksub sanggup berbaring dan berguling-guling dalam tunjuk perasaan dan rusuhan dihadapan DYMM Sultan Perak sejurus sebelum YAB Dato’ Sri Zamri diperkenankan sebagai Menteri Besar Perak yang baru berikut kehilangan majoriti pembangkang dalam DUN Perak.


Berikutan kehilangan majoriti dalam DUN Perak dan kehilangan kuasa memerintah, maka ini telah membuatkan pihak Pakatan Rakyat khususnya YB Nizar hilang akal dan telah bertindak diluar kewarasan fikiran seorang yang patut dihormati sebagai pemimpin. Lihatlah apa yang telah mereka lakukan selama ini dan segalanya hanyalah kerana keinginan berkuasa semata-mata.


Adalah salah sama sekali jika kita katakan bahawa Pakatan Rakyat berjuang untuk kepentingan rakyat kerana apa yang kelihatan selama ini adalah mereka hanya perjuangkan diri dan kepentingan mereka sendiri, sebaliknya mereka meminta rakyatlah yang berjuang dan berkorban untuk kepentingan mereka. Kerana itulah mereka mengajak dan menganjurkan agar rakyat mengadakan rusuhan demi rusuhan hanya kerana bertujuan untuk melemahkan kerajaan BN yang memerintah.


Sudah tentu pihak Pakatan Rakyat yang menyedari kehilangan majoriti dalam DUN bererti kehilangan kuasa mereka dan mereka sedar bahawa mereka tidak mungkin akan mendapatkannya kembali melainkan dengan mengharapkan PRK DUN Seluruh Perak akan diadakan semula dan keputusannya akan memihak kepada mereka. Soalnya, wajarkan DUN Perak dibubarkan dan satu Pilihan Raya Kecil DUN diadakan semula?


Selepas PRU12 pada 3 mac 2008, atas alasan BN hanya memperolehi 28 kerusi berbanding DAP-18, PKR-7, dan PAS-6 maka Dato’ Tajol Rosli mengadap DYMM Sultan Perak memohon BN membentuk Kerajaan namun baginda menolaknya. Kemudian Dato’ Tajol memohon pembubaran DUN dengan alasan tiada parti yang memperolehi majoriti namun DYMM Sultan menolaknya atas alasan DAP, PKR dan PAS telah membentuk satu pakatan dan mempunyai majoriti dalam DUN Perak. Oleh itu jika alasan memiliki majoriti dalam DUN dijadikan pegangan untuk menolak pembubaran DUN yang dimohon oleh Dato’ Tajol maka apakah salah dan tidak wajar jika alasan yang sama diberikan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat bagi pembubaran DUN Negeri Perak?


Jika kita ingin mencari kebenaran - maka kebenaran ada disini, tetapi jika kita hanya inginkan kebenaran itu sentiasa memihak kepada kita biarpun kita salah maka kita akan sentiasa mencipta khayalan dan berbagai alasan yang akhirnya merosakkan seluruh rakyat dan Negara. Jika pemimpin pembangkang dan penyokong pembangkang berfikir secara rasional dan menggunakan pertimbangan yang sama dan adil, maka membubarkan DUN bukanlah jalan yang untuk menyelesaikan konflik di Perak. Oleh yang demikian soal membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan Pilihan Raya semula diadakan adalah tidak wajar ditimbulkan sama sekali.


10 comments:

  1. DUN Perak memang patut di bubarkan selepas persidangan DUN diadakan. jika majoriti menyokong untuk dibubarkan maka Menteri besar wajib menyampaikannya kepada sultan untuk dibubarkan.Isyaalah teratur...

    ReplyDelete
  2. DUN sememangnya perlu di bubarkan..

    Biarlah rakyat yang menentukan siapa yang wajar mewakili mereka bukan si katak.....

    ReplyDelete
  3. satu tajuk yg menarik...

    nak ubar mendenya..kalau mejoriti BN 31..31 vs 28...camne nk bubar..tak faham2 lagi ke suara mejoriti yg PR duk guna selama ni. Kena kat muka sendiri balik...

    ReplyDelete
  4. UMNO = HARAM

    Sabda Nabi Muhammad S.A.W "engkau bukan dari kalanganku jika engkau mati kerana bangsamu"

    ReplyDelete
  5. Salam kpd semua rakan/saudara seperjuangan,

    Marilah kita sahut seruan PM kita supaya kita semua menangkis tuduhan/tohmahan/fitnah yg dihamburkan oleh puak pembangkang. Kita rasionalisasikan dgn fakta, kenyataan dan realiti. Bukan dgn maki hamun dan sumpah seranah spt yg mereka lakukan. Mari kita ramai-ramai pergi "serang" laman blog mereka. Serangan pertama mestilah kehalaman blog "pahangdaily.blogspot.com" atau "cucumatkilau.blogspot.com". Terdapat bermacam-macam fitnah dan tohmahan serta maki hamun didalm blog tersebut. Ayuh saudara-saudara sekalian, sama-samalah kita tegakkan kebenaran..

    ReplyDelete
  6. PM Satu Malaysia Pecahbelahkan Satu Kampung!!


    Hampir setiap hari PM saya ini menjaja gagasan Satu Malaysia. Gagasan yang kononnya dapat membawa harapan baru kepada rakyat seluruh Malaysia. Gagasan yang kononnya dapat menyatupadukan rakyat.

    Satu Malaysia gagasan besar. Tapi tak mungkin sesuatu yang besar boleh dilaksanakan tanpa sesuatu yang kecil. Gagasan besar hanya boleh menjadi kenyataan dari pengukuhan gagasan-gagasan kecil di bawahnya. Seperti juga bangunan besar tidak mungkin tersergam di hadapan mata tanpa penyatuan batu-bata kecil yang membentuknya.

    Begitu juga dengan Satu Malaysia, ia tidak mungkin wujud tanpa adanya Satu Kampung kerana kampung adalah lokaliti yang paling kecil sebelum ianya membentuk pekan kecil, bandar, daerah, negeri dan negara. Tapi bagaimana PM boleh menjaja gagasan Satu Malaysia yang besar itu jika di peringkat kampung pun dia gagal mewujudkan perpaduan? Bukan saja gagal mewujudkan perpaduan, malah BN sendiri yang menjadi agen utama perpecahan!!

    Bukti kukuh ialah apabila Kerajaaan Persekutuan mewujudkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) bagi menyaingi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung JKKK di negeri-negeri yang dikuasai oleh PR selepas PRU-12 dahulu. Sebelum ini JKKP telah diwujudkan di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak sebaik saja BN tewas di negeri-negeri itu. Hari ini benih-benih perpecahan yang diilhamkan BN dicambahkan pula ke Kelantan. Hari ini, ketika dalam kereta tadi saya mendengar berita dari radio yang melaporkan bahawa JKKK yang dibekukan sejak tahun 1990-an apabila PAS menguasai Kelantan akan ditubuhkan semula dengan fungsinya diubahsuai termasuk namanya akan dikenali sebagai JKKP Kelantan.

    JKKP bukannya satu idea baru, ia idea lama BN untuk memecah belahkan perpaduan masyarakat. Malangnya benih-benih perpecahan ini dimulakan di peringkat paling bawah, di peringkat paling asas, di peringkat on the ground! Bayangkan jika dalam sesuatu bangunan asas batu batannya dibina tidak kukuh, sengaja dipecah-pecahkan, tunggulah ketika sesuai apabila bangunan itu pasti akan runtuh! Dan paling malang pencetus perpecahan ini ialah Kerajaan Persekutuan sendiri! Malangnya agen pepecahan ini datang dari idea mereka yang kononnya adalah penyoong kuat gagasan Satu Malaysia. Mereka ingin membina Satu Malaysia tapi mereka sendiri memecahbelahkan Satu Kampung!!

    Soalnya jika Satu Kampung pun BN gagal mewujudkan perpaduan, malah menanam bibit-bibit perpecahan, bagaimana hendak disatu padukan Satu Malaysia? Jika Satu Kampung pun gagal diterapkan idea perpaduan, usahlah bermimpilah tentang gagasan Satu Malaysia!!

    ReplyDelete
  7. UMNO,TIADA MAAF BAGIMU


    Pembangkang Zaman Dulu dan Sekarang

    Cukup berbeza Pemangkang dulu dan sekarang. Kita ambil cerita dulu:

    Pembangkang cukup dihinakan oleh UMNO ketika itu. Saya masih ingat bersama Pak Sako yang bertanding di Parlimen Temerloh. Kami naik boat dari Kuala Semantan ke Kg Sanggang. Jalanraya belum ada. Sesampai di Sanggang kami mahu naik tebing, tiba-tiba habis baju, seluar dan badan kami dibaling dengan najis manusia.
    Kami turun semula ke Boat. Terus terjun ke Sg Pahang. Basuh baju seluar dan badan serta merta, busuk betul tahi orang UMNO tu.
    Tapi kami degil, apabila baju kami dah kering, kami naik juga tebing itu dan terus ke kedai makan diatas tebing. Kami pinta beli minuman, dengan keras tuan kedai itu berkata: "Tak Jual" dan kami dihalau macam anjing.
    Suatu hari Cikgu Ali dan Abang Tan pergi ke Kg Belengu kerana ada temu janji ceramah. Menurun dari Bukit Kelulut, pemuda-pemuda UMNO telah tunggu dengan parang, penggali dan cangkul. Abang Tan kena undur kereta, bukan senang, jalan kampong yang kecil. Pemuda UMNO itu kejar dan pukul kereka dan pukul tingkap kereta kena kepada tepi mata Cikgu Ali, berdarah. Buat repot polis di Bandar Temerloh, hapah tak ada tindakan.
    Melalui lawyer Sivasubramaniam (pernah jadi ADUN Bandar Kuantan mewakili PRM), ketua pemuda UMNO Belengu yang memukul cikgu Ali itu disaman di Mahkamah. Masa bicara, Cikgu Ali dapat pampasan RM200.00, maka kami makan besarlah dengan duit yang dibayar oleh Pemuda UMNO tu.
    Pembangkang apa pun tak ada masa tu. Kadang-kadang adalah sebuah kereta buruk untuk seluruh kawasan Parlimen yang begitu besar. Kawasan Parlimen Temerloh adalah seluruh Daerah Temerloh iaitu dari sempadan Negeri Sembilan membawa ke Jerantut, membawa ke Jengka Satu, membawak ke sempadan Kuantan - luasnya adalah sebuah Negeri Sembilan dicampur Melaka.
    Tapi Pak Sako pada waktu itu hanya kalah lebih sedikit dari 1000 undi sahaja. Cukup kuat?
    Tak usah ceritalah tentang telur busuk dibaling kearah kami, bahkan botol, dan batu juga dibaling. Teruk betul duduk disebelah pembangkang pada waktu itu. UMNO betul-betul samseng, mereka tu ramai dan kami sedikit, dan jahat betul mereka itu.
    Cerita sekarang:
    UMNO takut bertanding di Penanti. UMNO takut nak bubarkan DUN Perak. UMNO takut nak berjumpa rakyat. Siang-siang Mahathir sudah cakap kalau diadakan Pilihanraya di Perak, BN akan kalah teruk.
    Dengan polis, spr, jabatan kerajaan, dan segala wang negara digunakan oleh UMNO, UMNO tetap takut.
    Kenapa takut? Berpuluh-puluh tahun mereka dah menipu rakyat, dan rakyat tidak akan maafkan UMNO lagi.
    Mudah ceritanya, kan?

    ReplyDelete
  8. langsung tak masuk akal untuk pembiubaran DUN hanya kerana PR kalah majoriti dalam DUN Perak. Apakah mereka akan mohon bubar jika mereka majoriti dalam DUN? Jawapannya tentu tidak. Inilah cara perlaksanaan oleh PR.

    ReplyDelete
  9. memang betul pun..buat per nak bubar..sape yang majoritilah memerintah..kalu tak percaya buat sidang dun minta wakil rakyat undi, mahu bubar atau tidak dun perak..

    ReplyDelete
  10. 31-28. agak-agak siapa yang menang? tak kan nak kena sediakan jawapan secara objektif?

    masa lompatan memihak kepada kita, kita syok gila. tapi bila lompatan ke sebelah sana, kita bising pulak. where got road?

    ni semua pasal dah kemaruk kuasa dan yang pastinya sudah dicucuk dap. dapat 6 kerusi jadi mb, tak ke seronok, gitu?

    sekarang, kuasa terletak di tangan sultan perak. terpulang pada tuanku untuk tentukan. tak payah bising-bising tuduh orang ini, orang itu.

    saya ambil kata-kata hikmat seorang ahli dewan ulamak pas pahang. dia cakap "nama pun raja melayu, bukan raja cina atau india". maknanya cina dan india tak payah hormat raja melayu.

    saya juga boleh cakap, kalau begitu sultan perak nak kan orang melayu memerintah kerana baginda sultan orang melayu. tak ke gitu?

    maknanya orang melayu (tak kira parti fahaman) kena bersatu supaya ugama dan bangsa kita terjamin.

    it is as simple as that. tak ke gitu?

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”