22 June, 2009

MONOLOG: BLOGS DAN GOBLOK




Pendapat dan Pandangan dalam sembang YM dengan bloggers parpuKari,Gomo,cikguman serta Nobisha di Facebook diambil kira.

Secara keseluruhannya:
- Blog politik pembangkang lebih banyak dari blog pro kerajaan. Ada yang mengatakan bahawa rationya adalah 15:1
- Blog pembangkang lebih ramai follower dari blog pro kerajaan ini dengan mudah kita lihat apabila kita melayari blog-blog pro pembangkang tersebut.
- Blog pembangkang lebih ramai visitor / pembaca dari blog pro kerajaan. Ini pun dengan mudah kita kesan diblog-blog berkenaan.

Kenapa / mengapa?:
- Pembaca blog / pelayar internet terdiri dari lebih ramai kalangan penyokong pembangkang.
- Pembaca blog kebanyakannya dari kalangan generasi muda yg cenderong serta menyokong pembangkang
- Pro kerajaan kurang melayari internet seterusnya kurang membaca blog mungkin juga kerana masih kurang kesedaran tentangnya ..
- Penyokong pembangkang tidak / kurang melayari blog pro kerajaan ? Apakah kerana tidak tertarik atau kemungkinan lebih besar adalah kerana mereka berfikiran jumud

Siapa Blogger Pro Pembangkang?
- Kebanyakannya adalah golongan muda, pelajar atau lepasan IPTA
- Kebanyakan mereka adalah yang dibiayai oleh Parti Pembangkang
- Jiwa muda dan berontak mereka dengan mudah dipergunakan oleh pembangkang supaya membenci kerajaan

Siapa Blogger Pro Kerajaan?
- Kebanyakan mereka adalah individu yang berusia tetapi ada kesedaran dan berusaha membantu Kerajaan melalui penulisan blog
- Tiada tajaan dari mana-mana pihak, namun kebelakang ini di berikan sedikit perhatian dan penghargaan oleh kerajaan


Apakah UMNO memberi reaksi positif terhadap kewujudan Blog?
- Di beberapa buah negeri, ada usaha untuk meningkatkan kesedaran dan menyokong usaha blogger bagaimanapun beberapa negeri lain masih bergerak bagai siput umpamanya kedah yang telah merancang tetapi membatalkannya semula program perjumpaan blogger. Pahang nampak telah kehadapan tetapi perlu tingkatkan kualiti bukan setakat kuantiti.
- Di bahagian-bahagian UMNO, berapa blog yang dibina oleh UMNO dan bandingkan dengan blog pembangkang? Orang UMNO sendiri diperingkat bahagian masih kurang kesedaran atau hanya ambil sikap tidak peduli....(Goblok?)



Apakah yang harus UMNO lakukan?
- Nampak ada usaha UMNO untuk memberi ransangan kepada ahli-ahli di bahagian untuk memainkan peranan dalam penulisan blog. Bagaimanapun ini akan mengambil masa lama untuk belajar dan menimba pengalaman. Kenapa tidak didapatkan khidmat mereka yang sedia ada yang taat setianya kepada UMNO sudah teruji?
- UMNO patut menawarkan blogger pro kerajaan sedia ada untuk komited memberikan sumbangan dengan memberikan mereka tanggungjawab khusus dan juga sumbangan insentif kepada mereka.
- UMNO patut berfikiran lebih terbuka dengan membuka ruang lebih besar kepada mereka yang berada diluar UMNO untuk lebih rapat dalam memberi sumbangan dan jangan hanya mementingkan kroni mereka sahaja.


PRU13 hanya 3 tahun lagi. Sempatkah kita berubah? Mampukah kita buat U-turn atau sesekali drift.

Siput! Oh Siput!!

11 comments:

  1. bagus artikel nih... teruskan bro!

    ReplyDelete
  2. mmg betul bro...bnyk student pro pembangkang...wlupun mereka ini ad yg ditaja oleh kerajaan utk belajar di oversea...xreti2 nk bersyukur..
    mgkn jga blog pro kerajaan krg kerana:
    1) ramai yg pro kerajaan semua veteran(ada yg rjn bkk internet ad yg x ambil tahu lgsng)
    2) ramai student yg pro kerajaan lbh suka utk berdiam diri dan kebanyakannya takut utk menyuarakan pndpt takut kena ISA
    3)ad jgk student yg pro kerajaan tp xambik port ttg perkembangan politik so xtau nk tulis ap

    ReplyDelete
  3. aku tau cerita disebalik nie.. hahaha! :) sabar la wahai BPN ... :)

    ReplyDelete
  4. Wahai insan yg pro kerajaan dtglah pada kami.Kami adalah BLOGGER.Berilah kpd kami komitmen anda sepenuhnya.Kami ikhlas dan kami tak kisah.Kami sedia membantu.Kami inginkan kestabilan dan keamanan.Kami mangharapkan pembangunan dan kemajuan.Kami menanti kejayaan.Kami adalah pejuang bangsa,ugama dan negara.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. kita mesti mempertahankan keutuhan dan perpaduan bangsa Melayu, biarlah PAS tidak mahu bersatu dengan UMNO..yg penting jiwa2 org2 UMNO tidak rebah dan luntur semangat..bersatu kita teguh, bercerai kita roboh...

    ReplyDelete
  7. Salam dan terima kasih semua yang ikhlas memberikan komen, saya sedar dan nampak jelas keikhlasan sdr semua. Kita inginkan perpaduan melayu dan kita inginkan kesetabilan politik negara bagi menjamin keharmonian hidup kita. Kita fleksibel dan sanggup bertolak ansur dengan kaum lain tetapi cukuplah dan jangan naik atas kepala kami..ini TANAH TUMPAH DARAH KAMI...INI TANAH MELAYU...

    ReplyDelete
  8. Salam.
    UMNO mesti terus kekal dan relevan utk menjamin survival bangsa dan agama dinegara ini. Oleh itu UMNO mestilah sentiasa peka dan terkini didalam peredaran masa. Untuk tujuan ini saya ingin menyarankan supaya kita sama-sama berbakti dan menyumbang tenaga dan idea utk keutuhan parti. Saya menyeru supaya luangkan masa dan layari laman blog pembangkang utk menangkis segala tuduhan liar, fitnah, dan maki hamun mereka. Dengan cara ini dapatlah kita menjelaskan perkara sebenar supaya pembaca dan peserta blog tersebut boleh memahami dan menerima kenyataan. Ini adalah penting kerana pembaca blog berkenaan akan mudah terpengaruh dan dipengaruhi oleh dakyah-dakyah yg kebanyakannya terpesong. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Salam.
    UMNO mesti terus kekal dan relevan utk menjamin survival bangsa dan agama dinegara ini. Oleh itu UMNO mestilah sentiasa peka dan terkini didalam peredaran masa. Untuk tujuan ini saya ingin menyarankan supaya kita sama-sama berbakti dan menyumbang tenaga dan idea utk keutuhan parti. Saya menyeru supaya luangkan masa dan layari laman blog pembangkang utk menangkis segala tuduhan liar, fitnah, dan maki hamun mereka. Dengan cara ini dapatlah kita menjelaskan perkara sebenar supaya pembaca dan peserta blog tersebut boleh memahami dan menerima kenyataan. Ini adalah penting kerana pembaca blog berkenaan akan mudah terpengaruh dan dipengaruhi oleh dakyah-dakyah yg kebanyakannya terpesong. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Salam Sdr Neezam,
    Komen sdr menarik utk dibahaskan. Saya secara perobadi, buat mas ini tidak mampu utk menyerang blog lawan, saya hanya mampu bertahan dengan menulis dan memberikan pandangan dari sudut kita. Utk menyerang kubu lawan kita perlu ada kekuatan,perlua ada senjata,perlu tumpukan banyak masa. Saya sedar ada keperluan bagi blogger kita menyerang blog lawan dan meninggalkan komen disana. Masalnya pertama: komen kita mungkin ditapis dan tidak disiarkan, kedua: kita tidak punya banyak masa utk pergi dari satu blog ke satu blog lain - melainkan kita diberikan beberapa kemudahan oleh UMNO/Kerajaan yang akan memungkinkan perkara itu berlaku. Namun buat masa ini, kerjaan dan UMNO masih belum membuka matanya utk itu. Kita harap si siput ini mampu bergerak pantas nanti, hehehe

    ReplyDelete
  11. Salam,
    Bagaimana UMNO nak meraih semula sokongan rakyat sekiranya laungan kata janji tidak ditepati? Sila ikuti posting terbaru "MANA PERGI JANJI “KERAJAAN BERJIWA RAKYAT? ADUAN KEPADA PERDANA MENTERI TIDAK MENDAPAT RESPONS !" dalam blog http://www.luahfikiran.blogspot.com. Terima kasih atas sokongan

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”