13 June, 2009
SIAPA PENGKHIANAT BANGSA MELAYU?
Siapakah sebenarnya yang sayangkan bangsa Melayu? Parti UMNOKah? Parti PASkah? Tetapi sudah tentu bukan PKR kerana PKR adalah parti multiracial. Dan PKR tidak sesekali memperjuangkan kepentingan orang Melayu biarpun pemimpin tertinggi mereka adalah dari kalangan bangsa Melayu.
Kerana apakah PKR yang ditubuh dan dipimpin oleh tokoh Melayu tidak perjuangkan bangsa Melayu? Jawapannya sangat mudah sepertimana seekor beruk menelan sebutir pisang - iaitu bagi mendapat sokongan bangsa-bangsa lain untuk menjamin tokohnya dapat memegang kuasa dan manjadi PM Malaysia (semuga dijauhi Allah)
PKR bukan sahaja sebuah parti yang tidak menyokong penerusan kekuasaan Melayu dan tidak pertahankan hak-hak orang Malayu bahkan PKR adalah parti yang memecahbelahkan perpaduan Malaysia yang selama ini terjalin baik dan hidup dalam aman damai dan harmonis.
Kerana apa saya katakan begitu? Selama ini, walaupun UMNO dikenali sebagai memperjuangkan hak-hak orang Melayu namun dalam masa yang sama dapat menerima parti-parti dari ras lain (MIC,MCA dll) untuk bersama-sama memerintah negara dengan aman damai dan hubungan harmoni antara kaum. Kita tidak pernah tunjukkan bahawa dengan kekuasaan Melayu akan menyekat kebebasan beragama bagi penganut agama lain dan kita tik juga menyekat bangsa lain untuk maju dalam ekonomi. Bahkan dasar kerajaan yang sedia ada sangat menggalakkan semua bangsa berusaha keras untuk berjaya dalam bidang ekonomi.
Kenapakah setelah sekian lamanya bangsa cina dan india hidup aman damai tanpa masalah dan diskriminasi, kini mereka seaakan berubah dan menghentam kerajaan serta memaksa kerajaan dengan berbagai cara untuk tunduk kepada tekanan mereka? Mereka memohon kerajaan memberikan mereka lebih hak seolah-olah selama ini mereka langsung tidak mempunyai hak sebagai rakyat Malaysia.
Semua ini kerana hasutan oleh pemimpin utama parti PKR yang sanggup menjual bangsanya sendiri hanya semata-mata untuk mendapatkan kuasa dan jawatan sebagai PM. Pada tokoh ini semua orang tidak layak dan berkelayakan menjadi PM. Hanya dia seorang sahaja yang layak. Dia adalah manusia yang telah dipilih Tuhan untuk memimpin Malayisa, Asia Tenggara dan Dunia keseluruhannya. Itulah perasaan yang tertanak di hati pemimpin itu. Sedangkan hakikatnya jauh panggang dari api.
Pada saya, DSAI adalah seorang pemimpin yang hanya berhasrat mencapai cita-ita politik peribadi beliau dan dia tidak pernah menghiraukan apa pun termasuk hak-hak orang melayu akan hilang nanti. Kerana itu dalam ceramah beliau, beliau ada menyatakan bahawa Malaysia ini bukan Melayu yang punya, tetepi Cina yang punya...india yang punya...
Siapakah yang sayangkan bangsa Melayu? DSAI? Tidak sekali-kali, bahkan beliaulah sebenarnya musuh Melayu dan pengkhianat bangsa Melayu.
p.s. Alhamdulilah kerana blogger albabina 328 telah dibukakan pintu hatinya untuk melihat sesuatu yang lebih terang dan jelas. Kembalilah kepangkal jalan, perjuangan dalam PAS tidak akan membawa apa-apa faedah kepada sesiapa pun selain dari tokoh-tokoh politik mereka sendiri.
3 comments:
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”
alangkah baiknya jika DSAI tidak dikeluarkan dari penjara...satu ketika dulu, orang bersimpati kpd beliau kerana tidak tahu hal yg sebenar...tetpi skrg sume dah terpelajar..dh blh menilai mana yg baik n buruk..tetapi bagaimanakah caranya untuk menarik perhatian mereka2 yg telah berpegang teguh kpd beliau???andainya mereka semua sedar yang perjuangan mereka hanya akan merosakkan bangsanya sendiri?? Bersatulah wahai anak bangsaku sekalian...
ReplyDeleteSaya cadangkan saudara atau blogger-blogger Melayu lain berusaha menulis tentang sejarah pengkhianat-pengkhianat bangsa, bermula dari Kitul (atau sebelum itu jika ada). Ini boleh meningkatkan kesedaran orang Melayu masa kini.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSdr Hidup Melayu, alhamdulillah kerana masih ada dan ramai yang punyai kesedaran terhadap perlunya perpaduan melayu dikembalikan kerana keadaan sekarang ini yang semakin tegang dan terhakisnya perpaduan melayu itu.
Sdr Alizul, mudah2an akan ada ramai lagi blogger yang akan menulis seperti yang saudara cadangkan itu. Ini baik untuk orang Melayu sendiri dan bahkan untuk bangsa asing supaya mereka sedar bahawa mereka adalah pendatang dan kita telah bermurah hati memberikan mereka ruang dibumi melayu kita ini ~ bERANIKAN hATI