10 June, 2009

TUHAN MELIHAT KEBENARAN TETAPI MENUNGGU


Leo Tolstoy



Saiful


1. Suatu waktu yang lama dulu, saya berpeluang membaca sebuah Novel terjemahan tulisan penulis agung Leo Tolstoy dan sehingga kini saya masih ingat salah satu ayat dalam novel berkenaan yang berbunyi 'Tuhan melihat kebenaran, tetapi menunggu'. Intipati novel tersebut mengisahkan seseorang yang telah dipenjarakan hanya kerana tuduhan sedangkan dia tidak bersalah. Akhirnya sehingga ke penghujung hayatnya, barulah dia didapati tidak bersalah namun segalanya telah terlewat dan kebenaran itu sudah tidak memberi makna yang bererti buat kehidupannya lagi.

2. Baca sedikit mengenai Leo Tolstoy sepertimana di Wikipedia:
Count Lev Nikolayevich Tolstoy (9 September [G.L.: 28 Ogos] 1828 – 20 November [G.L.: 7 November] 1910) (bahasa Rusia: Лев Никола́евич Толсто́й, IPA: [lʲɛv nʲɪkɐˈlaɪvʲɪtɕ tɐlˈstoj] listen (bantuan·maklumat)), selalunya disebut dalam bahasa Inggeris sebagai Leo (Lyof, Lyoff) Tolstoy, ialah seorang pengarang novel, esei, drama dan falsafah berbangsaRusia, dan juga seorang penyokong anarkisme Kristian yang pencinta damai dan pembaharu pendidikan. Beliau ialah ahli keluarga aristokrat Tolstoy yang paling berpengaruh.

Sebagai seorang pengarang fiksyen, Tolstoy dianggap oleh orang ramai sebagai salah seorang novelis agung yang dikenali terutamanya kerana mahakarya beliau seperti Peperangan dan Keamanan dan Anna Karenina. Dalam skop, keluasan dan gambaran realistik masing-masing mengenai kehidupan Rusia abad ke-19, kedua-dua buku ini berdiri di atas kemuncak fiksyen realisme. Sebagai seorang ahli falsafah moral, Tolstoy dikenali kerana idea-idea beliau mengenai tentangan tanpa kekerasan melalui karya-karya beliau seperti Alam Tuhan Ada di Dalam Anda, yang pula mempengaruhi tokoh-tokoh abad ke-20 seperti Mohandas K. Gandhi[1] dan Martin Luther King, Jr.

3. Tuhan melihat kebenaran tetapi menunggu, dan kita juga menunggu keputusan mahkamah mengenai kes liwat Saiful dan kita mohon Tuhan juga memperlihatkan kepada kita kebenarannya. Kita menunggu untuk melihat kebenaran itu dan kita berharap agar yang dituduh tidak lagi bermain sembunyi-sembunyi setelah enggan bersumpah tidak melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

4. Kita juga berharap jika kebenaran yang ditunjukkan Tuhan dimahkamah kelak tidak memihak kepada yang dituduh semoga penyokong-penyokong yang dituduh dapat menerima hakikat ini dengan penuh redha dan jangan menganggap itu hanyalah satu fitnah dan konspirasi.

1 comment:

  1. Apa kabar saudara. Maaf kerana lambat respon kepada cadangan saudara mengenai blogger pahang.

    Saya tidak mempunyai masalah sekiranya saudara mahu masukkan blog saya kedalam list blogger pahang.

    Dan apa maksud saaudara perbincangan yang lebih tulus mengenai blogger pahang?

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”