12 August, 2009
BLOG-BLOG UMNO PAHANG......HUHU
Saya telah menulis sesuatu mengenai blog tidak lama dulu - Monolog: Blogs dan Goblok (Sila klik untuk baca) Blogger SPU juga menulis mengenai blogs beberapa kali - sila klik untuk baca disini dan disini tetapi setelah itu apakah yang telah berubah?
Ya! Ada beberapa blog baru dari UMNO yang telah dibina. Ini adalah suatu perkembangan yang baik kepada UMNO sendiri tetapi setakat manakah keberkesanannya? Sebagai penyebar maklumat, blog ditulis adalah untuk dibaca, jika tulisan kita gagal sampai kepada pembaca bermakna matlamat kita telah gagal sama sekali. Baca blog UMNO Pahang sini dan Pergerakan Pemuda UMNO Penjom (sini)
Di Pahang, sepanjang pengetahuan saya ada 2 laman blog aggregator yang menggabungkan blog-blog dalam satu laman blog. Gabungan Suara Anak Pahang dan Himpunan Blog Pahang Kenapa tidak blog-blog berkenaan minta di-link-kan dari blog-blog aggregator ini untuk ianya mudah dicapai oleh pembaca?
Apakah admin. blog-blog berkenaan merasakan bahawa tugas mereka telah selesai apabila selesainya membina lama blog dan menuliskan apa yang ingin disampaikan? Tahukan mereka bahawa ada berjuta laman-laman blog dan bagaimanakan laman blog yang mereka bina boleh dicapai oleh pembaca-pembaca? Tidakkah mereka tahu bahawa sebagaimana barangan jualan lainnya, blog juga harus dipromosikan untuk diketahui ramai?
Kepada blogger-blogger UMNO (Pahang) yang baru berblog (dan masih goblok), saya cadangkan supaya jangan besar diri dan hubungi laman blog aggregator berkenaan sebagai salah satu cara untuk mempromosikan blog yang dibina, percayalah bahawa lebih banyak blog kita di-link-kan dari blog lain maka akan lebih ramai pembaca yang akan kita dapati. (Tetapi jangan samakan dengan Blog Tun Dr. Mahathir - kerana ianya berbeza sama sekali)
Bagaimanakah blog-blog UMNO mampu menentang dakyah lawan jika pembacanya hanya segelintir sahaja. Mungkin Penerangan UMNO negeri perlu memberikan sedikit 'kick-start' untuk memberikan anjakkan kepada blogger-blogger UMNO untuk lebih berdaya saing dengan blog-blog pembangkang.
Bloggers perlu didik masyarakat luarbandar - kata Ketua Pemuda UMNO Pahang. Siapa yang akan mendidik jika bloggers UMNO Pahang sendiripun masih belum terdidik? Memang wajarlah bila Pahang Daily Online kata kita Blogger UMNO Karat ~ bRAVEhEART
5 comments:
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”
APA KATA KITA AJAK MEREKA BERGABUNG DENGAN SAHABAT2 KITA ?
ReplyDeleteSEBAB ITU SAYA LETAK DI BLOG SAYA KOLUM UNTUK BLOG BARU.
IA KHAS BAGI MEMPROMOSI BLOGGER BARU YANG BERSEMANGAT BERJUANG UNTUK ALIF BA TA.
MOGA USAHA KITA DAN MEREKA AKAN BERJAYA.
ADA MASA BILA KITA BOLEH JUMPA ?
SALAM.
pang5 boleh ym saya atau sms atau mungkin nanti saya ke melaka 13-16hb, boleh bincang pasal tu
ReplyDeletemereka ini bukan tahu dan nak ambil tahu sangat bab -bab ini. masing-masing nak kedarah duit projek tahu le dia orang. nak membaca dan menulis sikit amat pemalas. yang mereka tahu , bila nak pru mulalah pakai songkok senget dan songkok tinggi melangit. lepas pru maka terus ke kelab dangdut. itu jelah yang mereka tahu
ReplyDeleteSalam sdr Arif, aii! pedas dan pedih rasanya tapi apapun itu adalah kenyataan dan hakikat dan kita menyatakan kebenaran kerana kita sayangkan UMNO dan menyatakan kebimbangan menghadapi PRU13 nanti. Pematang Pasir nanti walau berapa ratus penjuru pertandingan sekalipun, BN tetap akan kalah lagi.
ReplyDeleteSalam uncle..
ReplyDeletedieorg buat blog kerana dapat duit kot..
pastu nak tunjuk pada yang suruh wat blog tu.."keje dah siap".
hehehehehe..