28 August, 2009

PEMEGANG KUNCI SYURGA: TAKSUBNYA ORANG SEBELAH SANA

tuan guru pun manusia biasa, pun sakit juga



Ya sheikh! Ya Sayyid! Ya maulana! Marah sungguh sahabat saya ibnu sidik, orang sebelah sana bila saya menulis 'Orang PAS pun belum tentu masuk syurga'. Marahnya dia mungkin kerana baginya segala pemimpin PAS, tuan-tuan guru PAS dan Ulamak-ulamak PAS semuanya maksum namun dia terlupa bahawa mereka itu adalah manusia biasa dan ahli politik biasa. Setiap kata dan perbuatan mereka itu hanyalah berasaskan dan berlandaskan kepentingan politik semata-mata.

Kepada sahabat saya ini, apabila kita menyentuh dan menegur para pemimpin PAS kita harus memberikan fakta tetapi dia juga lupa bahawa ketika pemimpin-pemimpin PAS menjatuhkan hukuman dan memberi fatwa-fatwa kepada orang-orang UMNO mereka tidak pula menyertakan fakta. Siapa yang tidak mengesahkan sembahayang yang berimamkan orang UMNO, siapa yang mengharamkan daging sembelihan orang UMNO serta nikah yang diwalikan oleh orang UMNO?

Marahnya sahabat saya ini sehingga dia lupa PAS mengkafirkan UMNO kerana bersekongkol dengan MCA dan MIC tetapi kemudiannya menghalalkan PAS bersekongkol dengan DAP kafir harbi.Dia juga lupa akan cerita yang mereka sendiri telah putarbelitkan.

Sahabat ana, Husin Lempoyang - bukan Hasan Tempoyang (Hasan Tuah, Kg. Tempoyang, Kuala Lipis) ada cerita ringkas mengenai Nik Aziz. Sdr Husin Lempoyang ni feniaga Onta dari bazzar bagdad, selalu juga jual orang mau untung lebih - hehehe. Ente boleh klik disini untuk baca. Klik juga disini untuk baca lagi.

Lagi satu sahabat saya, penulis blog 'Sayap Kanan', juga mengulas mengenai Nik Aziz. Eloklah saudara ibnu sidik dan puak-puak sebelah sana menguntukkan sedikit masa untuk membaca disini - mana tahu kalau nak terbuka pintu hati dalam mencari kebenaran yang hakiki. Klik disini untuk baca blog yeop perak mengenai Nik Aziz.

Ini berita tentang 'Nik Abdul Aziz Nik Mat terbunuh dalam kemalangan' - sila klik disini untuk baca. Al-fatihah!

3 comments:

  1. Saya harap saudara penulis membuat rujukan dalam kitab Mustika Hadis Keluaran Jabatan Perdana Menteri Bad Iman dan Akidah dan Kitab Tauhid bagi mendapat jawapan dalam persoalan ini.Oleh yang demikian saya mendoakan agar Allah memberi hidayah dan membuka hati kita agar kita menjadi insan yang beriman kepada Allah dan tidak menjadi golongan yang kafir(ingkar).

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Terima kasih atas cadangan sdr itu. Saya juga mendoakan agar Allah memberi hidayah dan membuka hati kita agar kita menjadi insan yang beriman kepada Allah dan tidak menjadi golongan yang kafir(ingkar).

    ReplyDelete
  3. Salam 1Malaysia,

    ana tidak ada kena mengena dalam itu gambar!

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”