14 August, 2009

SOKONG PARPUKARI - UMNO PERLU DIBERSIHKAN SEGERA

Barah bagi UMNO mesti dibuang segera


2 Alam - Siang jadi wira, malam jadi sundal


PRK Permatang Pasir sudah semakin hampir. Ada desus-desas mengatakan bahawa PKR dan PAS akan turut berentap. Ada pendapat bahawa pertandingan 3 penjuru akan memberikan kemudahan kepada calon UMNO/BN. Benarkah begitu?

Dalam keadaan UMNO yang semakin sarat saya berpendapat walau pertandingan 100 penjuru sekalipun, UMNO/BN masih akan kalah. UMNO/BN masih gagal untuk meraih kemenangan dan kemenangan buat UMNO/BN hanyalah satu impian. Kenapa? Kerana UMNO masih sarat dengan masalah dalaman dan sebenarnya saya melihat UMNO masih belum berubah apa-apa pun.

Liabaliti dalam UMNO masih ada dan masih kukuh ditampoknya. Apakah tindakan yang kepimpinan UMNO ambil? Mereka yang terlibat dalam politik wang semasa pemilihan PAU hanya diberikan amaran dan dibenarkan bertanding. Ali Rustam dan Khairy - apakah tindakan terhadap mereka? Apakah kesalahan hanya dihukum jika mereka orang bawahan tetapi tidak jika mereka dari kalangan elite?

Saya setuju dengan pandangan sdr Parpukari mengenai KJ (Baca disini) Begitu juga dengan pandangan blogger Maya Khairy (Baca disini)

UMNO perlu dibersihkan sebersih-bersihnya dan ini harus dilakukan segera kerana PRU13 hanya ada lebih 2 tahun saja lagi. Kekuatan UMNO hanya dikampong-kampong tradisional namun pemimpin UMNO disetiap peringkat nampaknya masih mengabaikan penduduk di kampong-kampong tradisi ini. Ulu Tembeling umpamanya, selepas lebih dari 50 tahun merdeka apa pembangunan yang ada untuk mereka? Di Kuala Lipis di Kampong Dusun, di Kuala Kenong, jalan raya masih belum kelihatan dan penduduk masih mengunakkan bot untuk ke Kuala Lipis walaupun hanya 20KM dari pusat bandar.

Seorang kawan anak kelahiran Ulu Tembeling yang menetap dipusat pentadbiran kerajaan dengan sinis meluahkara rasa kecewa dalam sms kepada saya menulis; Parti apapun tak ada makna, yang bermakna adalah memperjuangkan HAK MELAYU ISLAM, lihat ECER yang dilancarkan ...semalam, Ulu Tembeling dipetakkan sebagai fruit belt,friut belt - buah neram yang jatuh hanyut melalui aliran air sungai untuk makanan ikan kelah liar sahaja, nak pasarkan buah lain tak boleh, durian dah jadi tempoyak baru sampai kat pasar Jerantut kerana kena ikut jalan balak 2 hari - keluarga aku di Ulu Tembeling di tipu lagi.

Dalam sms berikutnya beliau menambah; aku dah nak balik nak tanam buah ara bagi makan punai, pokok memaya bagi makan kancil,buah kenedai bagi makan burung merbah, tanam ubi kayu bagi makan babi dan tanam pisang bagi makan beruk - marketing tradisional yang tak perlukan jalanraya.

Rakyat melihat dan telah merasai ini. Jika kerajaan kepimpinan UMNO masih belum mahu mengubah, rakyat sendiri akan mengubahnya nanti kerana rakyat masih melihat dalam UMNO masih kebal dengan kronism dan nepotismnya. Lihat dengan mata hati, siapa didalam UMNO yang sedang berubah sekarang ini dan siapa yang hanya pentingkan diri sendiri? UMNO adalah syarikat bagi kontraktor pengampu mendapat projek. UMNO adalah persatuan dimana politikus bercakaran dan 'cas keting' berebut harta dan kuasa.

Yang ini perlu kita sokong: Blogger madugunung menulis - Penghinaan terhadap Melayu Islam (Klik untuk ke blog berkenaan)

10 comments:

  1. SALAM:

    Apa pun kita jangan percaya pada strategi talibarut bangsa..kita sudah banyak di perlihatkan lakunan mereka dari ribut dalam cawan kopi,yang terbaru ribut dalam cawan todi.

    inilah permainan politik talibarut yang perlu UMNo faham dan matang jangan mudah tertipu dengan muslihat mereka.


    Lakunan mereka membuat kita leka dan syok sendiri.Awas mereka lebih licik dari UMNO..kerana mereka adalah wira-wira yang berjuang untuk kantung dan perut..tanpa keberanian yang jitu mereka tidak berani turun dari bahtera Bangsa..berjuang menentang kita.

    UMNO perlu matang jangan menari mengikut irama pembangkang kelak tarian UMNO akan sumbang dan pincang.

    Sudah 2 lakunan yang dapat melalaikan bangsa...Yang pasti kita perlu hati-hati dan waspada..sebarang isu yang boleh membawa perpecahan dalam pembangkang hanya rekaan semata.

    Jangan samasekali kita turuti arus lakunan mereka.

    selagi isu itu tercetus dipihak pas dan PKR itu adalah babak lakunan..yang pasti ia tidak akan terjadi seperti yang UMNO mimpi.

    Contoh Isu Babi..talibarut dapat mengukur kemampuan kita menolak pembohongan mereka...Isu arak untuk menilai sejauhmana kita perlu pada sokongan mereka....


    Ingat isu yang ke-tiga mungkin akan membawa padah pada UMNO jika kita masih mengikut arus lakunan mereka.

    Mereka bijak untuk melalaikan UMNO dan bangsa..sambil menyelam...talibarut mampu membuat berbagai kerja dalam satu masa berbanding UMNO yang masih mampu menyelam dan minum air saja.

    Hari ini talibarut dapat membuat berbagai agenda semasa masa mereka menyelam.

    UMNO jangan tertipu lagi....kerana mereka bijak bermuka-muka sesama mereka.

    ReplyDelete
  2. KJ tuh menang pun sebab rasuah jer.. kalau tak memang tak ke mana..
    Aku sokong kalau dia join PKR.. memang tempat dia..

    ARAK is ok maaa...
    Takebeer
    Takebeer
    Takebeer

    ReplyDelete
  3. saya sokong anda. bersihkan sebersihnya.

    ReplyDelete
  4. Saya setuju, KJ adalah punca barah dalam UMNO dan perlu dibedah dan dibuang segera. Pada saya KJ adalah ejen PKR yang diletakkan oleh Anwar untuk memusnahkan UMNO. Siapa yang menghantar Pasport Anwar sejurus Anwar dibebaskan kalau bukan KJ. Selagi KJ dalam UMNO, UMNO akan tumbang dan itulah matlamat utama Anwar melalui kroninya KJ.

    ReplyDelete
  5. Salam...

    Saya membantah cadangan saudara. Masa sekarang bukanlah masa untuk kita mencari siapa salah dan siapa yang betul. Semua pihak baik dari kalangan Khairy ataupun tidak perlu mengenepikan sentimen berpuak dan kembali mengeratkan kerjasama antara Pemuda.

    Kita perlu memberi sepenuh kepercayaan, ruang dan peluang kepada KJ selaku pemimpin Pemuda kita yang baru untuk membuktikan kemampuannya. Bukannya terus menghentam dan melabel dengan pelbagai tanggapan negatif.

    Bagi saya, salah satu faktor peningkatan penerimaan pengundi muda di Manek Urai adalah disebabkan oleh kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh barisan Pemuda di bawah pimpinan KJ.

    Jadi apa salahnya jika kita sebagai Pemuda teguh berdiri di belakangnya dan memberi sepenuh komitmen bagi menaikkan semula prestij Pemuda selagi matlamat perjuangannya masih terarah di landasan yang betul.

    ReplyDelete
  6. Salam semua,

    Setuju dan bantah...bantah dan setuju, saya melihat bahawa kita boleh bersama berbicara dan berbincang demi bangsa dan negara. Yang benar pun bukan benar semua dan yang salah bukan salah semua. Kita cari jalan tengah...bersahaja ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete
  7. Sdr. padiyapa,

    Saya tak persoalkan masalah berpuak-puak, yang saya bincangkan adalah masalah barah dalam UMNO, masalah rausah untuk mendapat tempat dalam UMNO dan bukan tertumpu hanya kepada KJ, semua sekali yang terlibat dan KJ hanya sebagai contoh yg perlu diberikan pertimbangan wajar. Sdr. padiyapa, bagaimana KJ boleh menang disaat akhir sedangkan pada pencalonan beliau ditempat terbawah? huhu kita sama-sama tahu apa yang boleh berlaku ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete
  8. salam...

    bab ni srikandi hanya mampu berkata "NO KOMEN BH"

    ReplyDelete
  9. Srikandi Melayu,

    Rasa macam ini bukan pertama kali dengar kata 'No Komen' ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete
  10. oooo dulu korang puji si KJ,sekarang korang nak tendang2 dia cakap barah lah tu lah nie lah...time2 dulu2 korang tak nampak dia barah ker...baru sekarang ker,nie lah dasar umnoGok bila dia dah nampak ada kesillapan teknik dalam parti,mulalah sorang cakap barah lepas tue org org lain mengikut..kata bukan2 plak tuh..itulah kamu otak dah cerdik tapi akal tak panjang nak pikir sebAbnya rela menganguk kepala bila dah dapat lima posen tok beli ais cream....astarfirullah...

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”