25 September, 2009
MOHON SEMBAH DERHAKA
Apakah lagi harapan yang kita ada untuk UMNO berubah? Saya yang menyertai UMNO sejak zaman remaja, menubuhkan dan menjadi Ketua Pergerakan UMNO Cawangan, Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian. Setelah UMNO diharamkan, sayalah yang menubuhkan semula UMNO Cawangan dan menjadi Ketua UMNO Cawangan. Ketika itu berkerja hanya dengan semangat untuk melihat bangsa melayu dikampong-kampong terus maju. Berusaha untuk mendapatkan pembangunan asas bagi keperluan penduduk seperti bekalan air dan letrik. Tiada istilah perebutan kuasa apalah rasuah politik. Bekerja dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan. Apabila merasakan tidak lagi mampu memberikan sumbangan kerana himpitan tugas dan waktu, maka dengan sukarela melepaskannya kepada orang lain.
Namun kini budaya itu sudah tiada lagi. UMNO kelihatan bukan lagi milik rakyat dan golongan marhaen. UMNO adalah milik golongan elit dan para penyangak bangsa. Perebutan kuasa berlaku dimana-mana dan mereka mengejar kuasa ini semata-mata untuk merebut harta dan peluang untuk dibahagikan sesama mereka. Saya tidak melihat apa-apa perubahan pada UMNO di Cawangan dan Bahagian saya, jika adapun perubahannya adalah; kearah kemusnahan. Justru saya bersetuju pendapat Tun Dr Mahathir bahawa UMNO sedang tenat dan menuju kearah kehancuran. UMNO akan musnah dan tumbang.
Disetiap PRK UMNO telah kalah - jangan berikan sebarang alasan lagi, tidak usah ada postmortem lagi kerana masalah UMNO adalah masalah dalam diri sendiri. Masalah adanya yang sanggup ,menikam dari belakang yang hanya mementingkan diri sendiri melebihi kepentingan bangsa dan negara. Krisis di Terengganu, bilakah akan berakhir?
Jangan lagi kita memasang mimpi dan angan-angan untuk PRU 13 kerana itu adalah penutup cerita - sejarah UMNO yang akan berkubur. Berapapun PRK yang akan ada nanti, UMNO tetap akan kalah dan kalah lagi selagi UMNO tidak merakyatkan semula parti.
Bukanlah Pakatan Rakyat itu yang terbaik, tetapi UMNO/BN ini yang semakin buruk prestasinya - kerana sikap kebanyakkan pemimpin-pemimpinnya. Saya yang selama ini memeggang panji-panji UMNO sudah merasakan tangan saya semakin goyah kerana disaat kita berjuang, sahabat kita yang lain sedang mengumpul harta rampasan perang atas titik peluh kita selama ini tanpa sedikitpun rasa hormat kepada kita.
Justru, kepada UMNO - aku mohon sembah derhaka!
12 comments:
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”
whoaaaaaaaa ....
ReplyDeletespeechless dowh!
paham2
Human Right
Teruskan berjuang dgn cara yg tersendiri abang besar!!!
HuGz
Salam. sometime kita perlu mengkritik untuk kebaikan.cuma masaalahnya pemimpin UMNO yg masih tak faham org kritik tapi masih tak nak berubah, the best way kita kalahkan aje UMNO biar semua pemimpin yg bangsat ni jadi pemungut sampah tepi jalan
ReplyDeleteBerbangga menjadi Melayu Muslim Malaysia yang bakal menyambut 'Arthur's Day' hari ini di Sunway Lagoon (bersamaan 6hb Syawal 1430H). Sempena 250 tahun, Guiness dicipta. Dengan semangat perpaduan, jom sambut Arthur's Day. ANDA BERANI?
ReplyDeletejom ramai2 pergi Sunway Lagoon. kat selangor kot.. Selamat punya, Take Beer!!
Saya tak tahu nak kata ape.........
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Semua,
ReplyDeleteBro Froddo, tq kerana fhm maksud yg tersirat dlm yg tersurat. Anon 3:51, pandangannya juga perlu diberikan perhatian oleh kepimpinan. wenkt, saya kurang arif dn kurang fhm maksudnya. Sdr ababina328, tk tau nk kata apa, jadi jgn berkata apa2.
Umno bukanlah bagus sangat tapi pakatan rakyat lagi hampas, dap kutuk melayu/islam,anwar sokong cina hindraf, semua orang dia tipu, pas maki melayu.
ReplyDeleteSalam 'Idil Fitri,
ReplyDeleteUMNO mula mengharungi perubahan mengikut kepimpinannya, tidak kiralah dari peringkat mana.......
Bila ada yang nampak UMNO itu satu lubuk untuk kekayaan maka orang akan menggunakan kekayaan untuk masuk ke dalamnya, kalau UMNO di lihat satu markas perjuangan maka orang akan bersifat wira untuka mencapainya.....
Apa yang penting, sikap pemilih untuk menentukan seseorang nahkoda sama ada melalui kebendeaan atau semangat juang....... itulah arah tuju UMNO di masa akan datang.....
Salam perjuangan..
ReplyDeleteap yang saudara ckpkan mmg betul
wlupun saya muda lg tp ttg pemimpin yg gila kuasa tamak harta neyh semua org pn tau..
nk buat cmne ad lg pemimpin umno yg xsedar diri...
semua org tau UMNO itu sendiri elok tp yg merosakkan umno adalah segelintir pemimpinya yg teruk..
wallahualam
sekiranya sesiapa mengatakan UMNO tu elok, apa yg eloknya?
ReplyDeleteMemang betul. Bukan Pakatan Rakyat yang bagus tetapi UMNO semakin lemah sebab ada banyak manusia yang hanya fikir tembolok masing-masing.
ReplyDeleteYang sedih...sebab nak undi dr cina dan india, masing-masing rebut bagi muka kat dia orang...apa yang tinggal kat orang melayu nnt?
Salam Para bloggers.Saya tidak nampak sehingga sekarang apakah perubahan didalam UMNO.Masih ramai didalam UMNO para pemimpin yg tidak disukai rakyat tetapi masih ada tempat.bagaimana kita nak buat rakyat mengundi kita jika kita tak buang semua perasuah perasuah tersebut? selagi mereka masih ada saya tak melihat rakyat akan menyokong UMNO.
ReplyDelete