siapa didalam perigi buta ditengah padang hijau itu?
Cerita ini katanya berlaku pada zaman penjajahan jepun di Malaya @ Tanah Melayu, jauh sebelum negara kita merdeka. Cerita ini disampaikan dari mulut ke mulut dan akhirnya seakan menjadi sebuah cerita hikayat yang menjadi buah mulut. Bagaimanapun ceritanya menarik untuk kita renungkan dan jadikan panduan dalam kehidupan.
Menurut ceritanya, dari versi yang penulis dengar adalah begini;
Pada satu ketika disatu tempat yang tidak dicatatkan namanya, askar-askar jepun telah menahan beberapa orang yang terdiri dari bangsa India, Melayu dan Cina. Oleh kerana ketiadaan penjara atau lokap, maka mereka semua telah diletakkan didalam beberapa buah lubang yang dalam, yang kira-kira susah untuk mereka memanjat jika tanpa bantuan seseorang.
Di lubang yang diletakkan orang-orang India, pegawai jepun memberikan arahan supaya memadailah seorang askar saja yang pengawalnya, bagaimanapun pengawalnya bolehlah berkawal jauh dari lubang berkenaan kerana katanya orang-orang India ini hanya akan berbuat bising dan bergaduh sesama mereka dan tidak akan ada satu pun dari mereka yang akan berjaya keluar dari lubang berkenaan kerana mereka sibuk dengan pergaduhan.
Di lubang yang diletakkan orang-orang Cina, pegawai jepun memberikan arahan supaya diberikan kawalan yang sangat rapi kerana mereka ini dipercayaai akan saling bantu membantu sesama mereka untuk melonjakkan seseorang keluar keatas lubang dan sekiranya ada yang akan terlepas keluar maka mereka ini akan membantu dengan menarik yang lain keatas untuk sama-sama keluar dan bebas.
Manakala di lubang yang diletakkan orang-orang melayu, pegawai jepun memberikan arahan supaya tidak perlulah diberikan kawalan kerana orang-orang Melayu ini akan mengkhianati sesama mereka, jika ada yang hampir dapat keluar dari lubang maka akan ada diantara mereka yang akan menariknya semula kebawah kerana sifat dengkinya. Maka kesemua mereka ini akan kekal tinggal didalam lubang itu buat selama-lamanya.
Apa agaknya kalau ada sebuah lubang yang berwarna putih di padang rumput yang hijau?
Klik ke laman blog sahabat saya: Politik Anak Ayam
Tuan,
ReplyDeleteSaya memohon akhbar2 milik Melayu/Islam tidak memperkecilkan syariat Islam dengan menyiarkan keputusan2 NOMBOR EKOR(JUDI)dan HOROSKOP dalam akhbar2 tersebut kerana saya tidak mahu bersubahat dengan perkara2 mungkar/haram.
Lihat contoh akhbar Utusan, ada halaman soal jawab ugama mengatakan HARAM judi, tenung nasib dsb, tapi muka surat lain ada Keputusan Kuda, TOTO, magnum dsb.
Mungkin juga difikirkan untuk edaran dikawasan majoriti Melayu/Islam, ruangan untuk NOMBOR EKOR tersebut di"gelapkan" agar tidak menyinggung perasaan pembaca Muslim.
Pernah ada rakan2 beragama lain komen, "Utusan kalu bab ARAK, BABI, hina ISlam memang juara tapi bila tang JUDI yang merosak/mufliskan Bangsa senyap je malah menggalakkan nya pula.!!"
Jangan pula nanti akhbar2 ini akan dituduh yang khianati bangsa dan mencemarkan kesucian agama kerana PENYIARAN KEPUTUSAN2 NOMBOR EKOR (JUDI) dan horoskop itu.
Mohon Tuan membuat tulisan2 ttg isu ini dalam blog Tuan agar tindakkan sewajarnya boleh diambil pihak atasan.
Salam,
ReplyDeleteItulah perangai Melayu sejak dari zaman kesultanan Melaka lagi.....
kawan setuju dengan pandangan si Anony....
lubang itu untuk mahfuz iaitu anak saudara raja mendeliar dan juga sepupu si kitol ( novel tingkatan 5 ) pada tahun 1980an.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteAgak-agak penulis lah kalau ketiga-tiga bangsa tu Jepun letak dalam satu lubang ada tak kemungkinan ujud 1Malaya (pada masa sebelum merdeka) dalam lubang tu?
Salam semua,
ReplyDeleteTerima kasih atas segala pandangan dan komen disini. Saya terpanggil untuk menjawab komen dari sdr Tuan. Pandangan saya adalah; tidak akan ujud Satu Malaya atau kininya Satu Malaysia kerana ada satu bangsa itu akan sentiasa kekal dengan sikap rasis nya dan sentiasa akan memusnahkan yang lain, malanglah bagi bangsa Melayu dan India,